1. Semakin jelas “MCA anti Islam”. MCA terlalu prejudis terhadap
Islam malah berani menentangnya secara terbuka. Tidak hanya Presiden MCA
Dr Chua Soi Lek sebelum ini mengambil posisi lantang mempertikai
perlaksanaan hukum Islam, tetapi kini Pengerusi Wanita MCA Yu Chok Tow
dan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie mendedahkan sikap dan wajah
MCA yang sebenar.
2. Pengerusi Wanita MCA Yu Chok Tow
melahirkan kebimbangan MCA terhadap Ahli Parlimen Islam khasnya
daripada UMNO dan BN akan menyokong perlaksanaan hudud di Malaysia
berasaskan tanggungjawab sebagai seorang muslim.
3. Satu
kecelaruan yang parah sedang berlaku dalam Barisan Nasional hari ini
khasnya melibatkan kedudukan UMNO dan MCA. Selama ini UMNO telah cuba
menunjuk sikap bahawa mereka menentang hasrat PAS untuk melaksanakan
hukum Allah swt. tetapi kelantangan UMNO itu belum cukup meyakinkan
sekutunya MCA untuk menerima UMNO sebagai rakan “sebantal” dalam
menentang Islam dan perlaksanaan syariatnya di Negara ini.
4.
UMNO terpaksa “menutup mata” dan “menyumbat mulut” terhadap apa jua
kenyataan dan tindakan MCA demi mencari sepangkah dua undi dari non
muslim yang rata – rata pada hari ini telah menolak Barisan Nasional
yang penuh dengan kurap dan kudis rasuah.
5. Naib Pengerusi
Wanita MCA Heng Seai Kie pula secara terbuka memfitnah Tuan Guru Hj
Nik Abdul Aziz Mursyidul AM PAS sekaligus mempersendakan hukum Allah
apabila beliau menyebut :
"Pakatan menipu kita untuk percaya
bahawa hudud PAS tidak akan menjejaskan hak bukan Islam kerana
(berdasarkan hujah Nik Aziz) tiada undang-undang untuk menghalang orang
Islam daripada merogol bukan Islam.
"Jika kamu tonton klip
Youtube, kamu tahu bahawa Nik Aziz berkata berkata, wanita patut tutup
aurat, jika tidak mereka patut dirogol.
"Daripada ucapan Nik
Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam
merogol bukan Islam, adakah saya benar?"
6. Saya mendesak
supaya Heng meminta maaf di atas keceluparan dan kebiadabannya terhadap
Islam dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Tuduhan yang tidak masuk aqal dan
berniat jahat.
7. UMNO dan MCA sangat terdesak berdepan
scenario iklim politik mutaakhir yang menyaksikan peralihan undi ketara
kalangan non muslim dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat.
Akhirnya mereka terpaksa mengamalkan “politik biawak” apabila bercabang
lidah dalam kempen mereka.
8. Berdepan pengundi
melayu, mereka berkempen supaya jangan sokong PR kerana kemenangan PR
akan menyebabkan kuasa politik dan ekonomi akan jatuh ke tangan non
muslim. DAP akan jadi Perdana Menteri dan sebagainya.
9.
Lidah yang sama terus bercabang apabila mereka berkempen pula di
kawasan pengundi non muslim supaya jangan menyokong PR kerana kemenangan
PR akan menyebabkan hukum hudud terlaksana di Malaysia. Sokong PR
ertinya sokong DAP. Sokong DAP ertinya sokong hudud. Begitulah nada dan
bahasa kempen mereka.
10. Kini MCA melahirkan pula keraguan
mereka kepada UMNO. Selayaknya mereka berpisah apabila “bersekedudukan”
tanpa mempercayai antara satu sama lain. Selayaknya UMNO keluar dari
Barisan Nasional kerana tidak lagi dapat kepercayaan daripada MCA.
Orang melayu sewajarnya membuka mata melihat apa yang berlaku hari ini
untuk mreka membuat pilihan yang tepat.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Nasrudin dah berani bersuara kembali selepas dimarahi karpal krn menipu semasa berdebat dgn mengatakan karpal sudi menerima hudud.
ReplyDeletehanya beruk umno yang suka buat komen macam ni. beruk umno kesayangan Soi Lek .
ReplyDeleteBeruk umno yang sanggup membela Soi Lek demi upah dari umno
Kuatkan semangat nasrudin. Kalau menipu, memanglah kene marah. Jgn sbb kene marah sikit terus merajuk.
ReplyDeletebiar p lar kt depa..bg makan haram kt anak bini perkara biasa..setan kan..tu yg sanggup jg cybertrooper umngok tu..dl kini dan selamanya setan...bkn kami yg ckp..mahadir yg ckp
ReplyDelete