Bila dah
semakin hampir dengan pilihanraya umum ke 13 ni, tiba2 nama bekas KPN,
Musa Hasan menjadi begitu popular. Mula2 dengan kes saman terhadap Anwar
Ibrahim yang ditarik balik tanpa penjelasan. Atau lebih tepat lagi,
diselesaikan secara rahsia antara mereka.
Wa yang pelik
tu, Musa Hasan bagi warning supaya jangan pertikai keputusan tersebut
kerana ianya masalah peribadi antara dia dengan Anwar Ibrahim dan orang
lain tak payah masuk campur. Apa yang rahsia sampai orang lain tak boleh
mabik tahu pun wa tak tau la. Terlalu peeribadi mungkin.
Terbaru cerita
Musa Hasan nak buat sidang media di Thailand berkenaan kes pembunuhan
model cun dari Monggolia, Altantuya Sharibuu. Apasal nak buat sidang
media sampai ke Thailand? Kat Malaysia dah tak selamat ke? Takkan bekas
KPN pun takut dengan ugutan kan?
Tapi bila
perkara ni terdedah, Musa Hasan menafikan wujud perkara tu. Timbul
kemusykilan bila pihak Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT) sendiri
memuat naik ke laman mereka mengakui bahawa Musa Hasan mahu mengadakan
sidang media berkenaan kes pembunuhan Altantuya Sharibuu di kelab
tersebut.
Mungkin
Musa Hasan berasa tak selamat bila perkara ini terdedah. Wa cuma
mintak kalau dia ni seorang yang berani dan jujur, mengapa mesti takut
untuk nyatakan kebenaran. Atau mungkin dia berasa sudah tidak selamat
memandangkan kebangkitan rakyat dalam menghadapi PRU 13 nanti, momentum
rakyat untuk menukar kerajaan semakin terserlah.
Jadi kalau
kerajaan yang ada sekarang ni tumbang, tak mustahil kes tersebut akan di
korek semula dan beliau seterusnya akan menjadi sasaran kerana kes
tersebut berlaku semasa dia masih laggi memegang jawatan sebagai Ketua
Polis Negara.
Daripada di
sabitkan kemudian, lebih baik dia selamatkan diri dia dari sekarang, itu
pendapat wa la tapi apa pun kita tunggu kerana kebenaran bakal
terserlah jugak nanti. Mana mungkin bangkai gajah mampu di tutup begitu
sahaja.Kopitarikkaw2
Tak lama lg Musa masuk PR lah tu....dah nampak clue nya sikit2..
ReplyDeleteamin.. sekiranya beliau jujur dan ikhlas..
ReplyDeletePada gua musa ni x pyh masuk PR lh, ape hebatnya dia berpolitik n pengaruhnya tiada untung pn PR... jgn jadi melayu mudah lupa, semasa dia IGP segala tindakanya selalu menindas PR n pemimpin PR... adekah org begini kita nak terima sebagai ahli PT... pieee jahanamlah.... lupa kan saja dia...... biar nasibnya jadi mcm bekas2 pemimpin BN jika BN/Umporno kalah....
ReplyDeletekalau betul dia nk berubah apa salahnya..kita harus terima dgn hati terbuka & berwaspada.sejarah islam telah banyak membuktikannya.
ReplyDeleteStuju dgn anon 15:56
ReplyDelete