KUALA LUMPUR: Seperti dijangka Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak tiada dalam Dewan Rakyat ketika Ketua Pembangkang Datuk
Seri Anwar Ibrahim mengambil tempat membahaskan Bajet 2013 pagi ini.
Anwar
yang bangun membahaskan bajet itu hampir 90 minit pada sesi pagi ini
hanya berdepan dengan celahan oleh pemimpin dan back-benchers BN lain.
Sepanjang
membahaskan Bajet 2013 itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang
Pauh turut melontar beberapa persoalan kepada kerajaan khususnya kepada
Najib.
Bagaimanapun lontaran persoalan itu cuba dijawab oleh back-benchers BN dengan angka dari jabatan statistik.
Antara
yang bangkit mencelah semasa Anwar membahaskan bajet itu adalah Datuk
Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) serta Datuk Tajuddin Abdul Rahman
(BN-Pasir Salak).
Anwar yang nyata kecewa dengan keadaan berlaku itu sempat membidasnya di hujung perbahasannya.
"Sebab
itu dalam belanjawan, tradisinya bila kita hujah menteri kewangan
(Najib) kena ada. Ini kita ajak debat tak berani, nak bahas di parlimen
pun tak sanggup, kemudian suruh back-benchers sahaja pertahan.
"Dia
tak pernah duduk dalam kabinet, dia tak tahu apa dasar. Dia hanya baca
angka ikut jabatan statistik" katanya merujuk kepada back benchers.
Anwar akan menyambung perbahasannya selepas sesi rehat parlimen jam 2.30 petang ini.
Semalam, Anwar turut melontarkan cabaran kepada Najib agar hadir ke Dewan Rakyat hari ini ketika beliau membahaskan bajet.
“Saya
cabar Najib hadir bagi mendengar ulasan saya mengenai Bajet 2013. Dia
nak cakap (mencelah), saya bagi peluang untuk dia berhujah, barulah
boleh jadi pemimpin.
"Ini huha huha depan geng dia, depan aku
hang tak berani,” katanya ketika berucap di program Jelajah Merdeka
Rakyat di Taman Medan semalam.
Beliau juga turut mencabar Presiden Umno itu untuk berdebat berkenaan ekonomi negara.
jgn salahkan kak jib..dia tu proksi je..pm sebenarnya kan abg rosmah..kak jib tu kan menteri wanita je..sebab dia memangggg sukakan wanita
ReplyDelete