PARIT BUNTAR : Lebih 50 keluarga memerlukan di Parit
Buntar gembira apabila menerima sumbangan di rumah masing-masing bagi
meringankan beban mereka dalam membuat persediaan menghadapi perayaan Deepavali.
Setiausaha Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar Hairul Nizam Ishak berkata, Pas Parit Buntar bersama Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar bekerjasama mengambil inisiatif dengan mengadakan kunjungan ziarah ke rumah masyarakat India.
" Kita menyampaikan sumbangan Deepavali kepada masyarakat India miskin yang bakal menyambut hari perayaan mereka itu.

"
Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Husin mengetuai rombongan Pas Parit Buntar
turun padang menemui masyarakat India bagi menyampaikan sumbangan disamping
mengucapkan selamat pada mereka " katanya
Beliau
berkata, rombongan yang menziarahi rumah masyarakat India ini dapat menyelami
keperitan hidup mereka sekeluarga.
" Walaupun sumbangan kami tidak seberapa, akan tetapi kunjungan ke rumah mereka disambut senyuman dan meriah.
" Mereka berasa gembira dan terharu kerana pimpinan Pas datang ke rumah mereka untuk mengucapkan selamat dan menyampaikan sumbangan" katanya

Tambahnya,
Pas Parit Buntar sentiasa mendekati golongan yang kurang bernasib baik dan akan
cuba membantu sedaya upaya meringankan beban rakyat tanpa mengira kaum.
"
Melalui konsep negara berkebajikan, kita akan meneruskan usaha membantu golongan yang
susah tidak kira masa.
“ Ini amalan tradisi Pas Parit Buntar sejak
dulu lagi yang sentiasa berusaha membantu masyarakat India terutama ketika
menyambut Deepavali” katanya
No comments:
Post a Comment