Dr.Zaiyadi
Awang Noh adalah bekas Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan dan pernah
bertanding di Parlimen Bachok atas tiket BN tapi kalah kepada PAS, kini
dilantik oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengerusi AMANAH
Negeri Kelantan dalam satu majlis anjuran UTTV Cakna UT di Kelantan
Trade Center KTC pada tahun 10 April 2012 lalu.
Seorang yang masih berpengaruh di Bachok yang mana ibu beliau adalah
bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Bachok. Zaiyadi telah di 'tohok' atau
dibuang dari berperanan oleh UMNO Negeri Kelantan dan UMNO Bachok kerana
bimbang ketokohan beliau akan terserlah dari pemimpin UMNO Negeri
Kelantan yang lain sekiranya Zaiyadi diberi tempat dan peranan yang
berguna dalam UMNO.