Aku tertarik dengan ulasan sebuah Blog Pro UMNO yang dengki dengan jumlah kehadiran tersebut, dalam laporan oleh Pencacai UMNO itu beliau menulis ceramah Anwar telah gagal kerana menurutnya orang ramai telah diangkut dengan bas sekolah.
Dalam postingnya itu disertakan dua keping gambar, gambar pertama disiarnya sekeping gambar yang nampak seperti gambar pada awal ceramah diwaktu orang ramai masih belum memenuhi ruang padang.
Gambar kedua pula ialah gambar sebuah Bas Persiaran, yang ditulis sebagai gambar bas sekolah yang diletakkan jauh dari padang..
Dari apa yang dilaporkan oleh Tulang Besi @ Malaysia Waves, ceramah DSAI di Padang Bola 3K, Subang Jaya, SS13 hampir 10,000 Rakyat Subang Jaya telah hadir memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim.
Dalam ucapannya di Subang Jaya ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan sekiranya beliau didapati bersalah dan dihukum penjara pada 9 Januari ini ia akan membantu Pakatan Rakyat neraih lebih banyak sokongan pengundi dan rakyat Malaysia akan bangkit menentang gejala rasuah dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN).
“Jika saya dihukum penjara, kita akan dapat lebih banyak sokongan...Anwar masuk atau tidak ke dalam penjara tiada masalah, pilihan raya akan datang kita mesti menang walau apa jua cara.
“Anda boleh tahan lelaki itu dalam penjara tetapi misi akan semakin kuat seperti biasa malah lebih kukuh,” katanya.
Anwar menuduh “musuh politiknya” memperbesarkan tuduhan terhadap dirinya dengan pelbagai tohmahan seperti pro-Kristian, pluralisme, ejen Yahudi dan homoseksual.
“Jangan ancam saya dengan hukuman penjara. Mereka pernah memukul saya, mereka pernah membogelkan saya.
“Tetapi jika mereka fikir dengan mengurung saya akan menyebabkan Pakatan Rakyat di hujung tanduk maka mereka salah, kami telah bersedia sejak tiga tahun lalu,” dakwanya menambah pemimpin Pakatan Rakyat bersedia menghadapi “sebarang kemungkinan” yang berlaku.
Bagi aku jumlah tersebut adalah satu jumlah yang biasa dalam setiap ceramah yang DSAI merupakan pemidato utamanya.ASD
Friday, January 6, 2012
RUPANYA!!! Surau kat kampung Pengerusi BBSMS @ UMNO pun tak dak, dok kalut pertahan surau tempat lain
Semangatnya Tuan Pengerusi pertahankan surau sedangkan surau kat kampung sendiri pun tak dak
Oleh: Saiburi Sudin
SS tak jemu untuk terus berbahas isu madrasah Salihiah sepertimana Nabi Musa tidak jemu-jemu menangani karenah kaum Bani Israel yang tak habis-habis putarpusing, putarbelit, loyar buruk, persenda2kan Nabi Musa dengan pelbagai gelagat.
Macam tulah kira2 isu Madrasah Salihiah, kita hujah kot ni depa pusin kot nu, kita hujah kot nu depa putag kot ni... Alang2 hilang sabag kalau dok ada depan mata mau aku boh penendang. Itu tak kira lagi dengan tohmahan, fitnah, bohong, maki hamun, sumpah seranah, gelaran yang buruk2, biadap dan tidak berakhlak yang dilemparkan terhadap Menteri Besar, Exco Kerajaan Negeri, orang2 kanan PKNK, Sanny Ho dan DAP (yang takdak kena mengena pun dengan isu ini).
Mufti ajak dengan elok untuk berbincang, berunding, bermuzakarah... dengan angkuh Pengerusi BBSMS cakap 'Mufti pi cakap di mahkamah!'.. Heiii kecik ja aku nampak budak Cot ni. Dekat Mufti pun langsung tak hormat.
Isu baru diputagpusin kononnya keputusan Fatwa tak habag kat Tuanku, jadi tak timbul isu depa derhaka. Pemakluman terhadap Tuanku cuma prosedur, keputusan fatwa berdasarkan muzakarah ulamak dan amanah ulamak terhadap ilmu dan hukum hakam agama.
Tiada siapa yang boleh mengatasi, mengubah, meminda atau tidak mempersetujui hukum hakam yang Allah tetapkan berdasarkan muzakarah oleh para ulamak; seorang abdi mahupun seorang raja. Apatah lagi sepanjang sejarah Tunku Abdul Halim tidak pernah menyanggah fatwa yang dibuat oleh Majlis Fatwa yang baginda naungi. Maka tepat sangat untuk berkata, menyanggah fatwa Majlis Fatwa bererti menyanggah Tuanku Sultan. Tak payahlah UMNO berhempas pulas menegakkan benang basah.
Mereka berhujah lagi, antaranya....
Malah surat dibawah memperjelaskan lagi beberapa isu yang menjadi persoalan hebat iaitu:
1. Bahawa penjualan Madrasah Salihiah adalah dipohon oleh PKNK, dan tidak ada kena mengena dengan cadangan menambahbaik wakaf. Ia dipohon oleh Dato' Abdul Rahman Ibrahim dan sudah tentu dengan perkenan pengerusi PKNK, Ustaz Azizan.
2. Ia juga menjelaskan bahawa kebenaran perobohan surau itu adalah kebenaran bersyarat iaitu, Surau itu mesti lebih besar, lebih luas, seboleh-bolehnya berasingan dari bangunan lain dan ditadbir bersama oleh JK Madrasah Salihiah yang ada.
3. Jadi, adakah terdapat bukti bahawa syarat-syarat tersebut telah dipenuhi? Kerana sibuk memaki hamun, Kerajaan PAS tidak sedar bahawa Fatwa bersyarat tersebut tidak langsung dipenuhi, malah tidak berani dibentangkan kepada rakyat mahupun pihak jawatankuasa Madrasah. Walhal penglibatan JK asal Madrasah adalah sebahagian dari syarat Fatwa tersebut. Bukan setakat tidak bekerjasama dengan JK Madrasah yang ada, JK tersebut diserang kiri kanan. Apa bentuk kerjasama kah ini?
Dan jika syarat tidak dipenuhi oleh kerajaan PAS dan PKNK, mengikut fatwa ini bermakna perobohan tidak boleh dilaksanakan. MAIK dan Majlis Fatwa tidak boleh dipersalahkan perobohan diteruskan.
Cuba lihat (1) diatas... SS takmaulah tak guna perkataan 'bangang' yang depa guna, memanglah pada mulanya belum tahu lagi nak buat macam mana terhadap madrasah tu, itu pasailah pi tanya Majlis Fatwa sebab ia adalah tanah wakaf yang berkaitan dengam hukum hakam. Lepas Majlis Fatwa habag kena buat macam mana, baru PKNK dan pemaju tahu nak buat macam mana. Tidak timbullah soal 'tiada kena mengena dengan menambahbaik wakaf' pada masa itu kerana kerana Majlis Fatwa belum beri nasihat.
Betul (2) kebenaran adalah bersyarat, syarat2 itulah yang dipatuhi oleh pemaju. Cha habag mai syarat mana yang pemaju/PKNK tak patuhi. (3) Depa menuduh syarat tersebut TIDAK LANGSUNG DIPENUHI Habag mai, syarat apa tu.. Jgn dok buat fitnah tak habis2.. syarat apa yg tak dipatuhi???
Mungkin syarat dimaksudkan ialah, surau baru mesti ditadbir bersama dengan jawatankuasa asal surau. Cerdiklaa sikit abangg, syarat itu hanya AKAN dipatuhi. Ia tak boleh dipatuhi lagi sebab surau baru tak buat lagi. Siap surau baru nanti.. Pilah pakat tadbir sama2 dengan pemaju atau PKNK. Datuk Amirudin habag dekat Tandop kelmarin, kalau jawatankuasa lama surau nak tadbir 100% pun ambiklah, buat bagi elok.
Kononnya jawatankuasa lama surau diserang kiri kanan..ini satu lagi fitnah. Sapa pun tak pernah dok kata apa dekat jawatankuasa surau, yang diserang ialah BBSMS..depa ni baru muncul, bukan pernah dok makmurkan surau pun sebelum ni. BBSMS ni alat UMNO, alat Tok Bashah, antara penasihatnya Sobri Sudin. Sebahagian besar dari AJK surau tu dah menghindarkan diri akibat menyampah dengan gelagat BBSMS.
Sudahlah Cot oii. (Cot @ Mansor adalah Pengerusi BBSMS)..Datuk Amirudin dah habag, sebahagian dari istibdal tu.. akan bina sebuah surau di Jalan Lumpur, ada beratus orang Islam kat situ tapi nak buat sebuah surau pun tak boleh pikiag selama ni. Kampung asai hang tu Cot, dok kalut surau Salihiah, kampung sendiri pun tak dak surau. SS tunggu Cot habag kata, orang Jalan Lumpur dok makmurkan Surau Salihiah tu la.. (SS tunggu nak libaih balik),
Cukup dulu... Tunggu depa serang apa pulak, SS bersedia dengan stok peluru untuk setahun, dann la sampai lepas pilihanraya.
Kedah La
BUKAN PASAL NAK PERTAHAN SURAU!!! UMNO naik gila lawan Majlis Fatwa, derhaka kat Agung
Politik pem-bangunan adalah fahaman bahawa kejayaan sebuah kerajaan pemerintah ialah membangunkan bangunan besar- besar, tinggi-tinggi, panjang-panjang...hingga tiada bangunan di dunia ini boleh menandinginya. Kemajuan negara diukur dengan jumlah dan saiz bangunan.
Kalau ada bangunan itu semua, berjayalah kerajaan, majulah negara, majulah rakyat, membangunlah masyarakat. Ini mazhab UMNO sejak Merdeka lagi.
Tak percaya tunggu musim kempen pilihanraya PRU13 nanti, apa PM dan menteri-menteri nak syarahkan di TV dan akhbar.
Plaza Tengku Yaakob selama 33 tahun adalah lambang kegagalan politik pembangunan UMNO di Kedah. Ia semak, menyakitkan mata, sarang penagih dan bagai habuk dalam kelopak mata penganut mazhab ini.
Selama beberapa dekad, bertukar menteri besar dan exco, ia gagal diselesaikan.
Kejayaan Kerajaan Negeri sekarang melalui PKNK menyelesaikan lambang kegagalan 33 tahun UMNO/BN dalam kes Plaza Tengku Yaacob adalah pukulan maut kepada mereka.
Parti yang tidak bercakap pasal menara tertinggi di dunia, bangunan pencakar langit, jambatan terpanjang tiba-tiba dalam tempoh 3 tahun mampu menyelesaikan masalah bangunan yang cacat di tengah bandar Alor Setar.
Hati mana yang tidak sakit, muka mana yang tak malu, telinga mana yang tak merah, lidah mana yang tak kelu!
Gara-gara malu dan jatuh saham mazhab politik pem-bangunan itu, satu-satunya modal yang ada untuk gagalkan Aman Central ialah Madrasah Solihiah dan tanah wakaf. Maka di pasanglah kaki dan perkakas yang sedia menurut perintah untuk GAGALKAN Aman Central.
Cari apa saja alasan, gerakkan apa saja sentimen, pertikai apa saja keputusan dan fatwa, pusing apa saja fakta...asalkan Aman Central yang akan menjadi mercu tanda baru bandar Alor Setar dapat digagalkan.
Bukti kewujudan perkakas ini ialah kelibat Sobri Sudin yang tetiba bertungkus lumus dalam isu surau dan wakaf...nampak macam bagai rusa masuk kampung.
Sewaktu demontrasi depan majlis pelancaran pecah tanah Aman Central, dia terjumpa saya dan dia cakap lain daripada apa yang dia buat sekarang...
Tidak membina Aman Central tidak menjejaskan PAS Kedah...tidak mencafatkan Ustaz Azizan sebagai MB. Lagipun kata mereka PAS bukan pandai pun buat pem-bangunan...,
PAS parti yang tolak kemajuan dunia, PAS tak pandai cipta kemajuan... PAS parti tok lebai...tak reti memerintah. Dalam tak pandai itu, PAS ada kompleks sendiri, setiap kawasan ada markaz sendiri...
Berjaya meneyelesaikan kes Plaza Tengku Yaakob adalah satu alamatul-kubra bahawa mazhab yang dianut oleh BN/UMNO sejak Merdeka sedang menuju ke kubur.
Mari selamatkan madrasah adalah ayat lain untuk satu seruan Ayuh! Gagalkan Aman Central! Ke guane?
Muhammad Sanusi Md Nor
SETPOL MB Kedah
CONTENG 'UMNO BABI'!!! Boleh tuduh PR yang buat, satu lagi boleh dapat projek cat bangunan UMNO di Kedah
Dulu semasa PRK Permatang Pauh, ada kejadian bendera BN dibakar.. seperti biasa dengan sepantas kilat pencacai UMNO dan pemimpin mereka meletakkan perbuatan tersebut kebahu PKR yang bertanding disitu kononnya perbuatan tersebut telah dilakukan oleh Ahli-Ahli PKR.
Padahal kisah sebenarnya ialah bendera UMNO/BN itu telah dibakar oleh petugas UMNO/BN sendiri yang kecewa setelah apa yang dijanjikan oleh beberapa pemimpin UMNO/BN tempatan diawal kempen PRK tersebut tidak ditepati.
Begitu juga setelah berakhir PRK tersebut, tersebar pula berita bangunan UMNO di Tanah Liat telah dipecahkan cerminnya oleh penyokong Pakatan Rakyat yang terlalu gembira dengan kemenangan DSAI dalam PRK itu..
Bila diselidik.. kisah sebenarnya ialah ianya telah dipecahkan oleh beberapa orang ahli sebuah pertubuhan yang dijemput membantu UMNO/BN dalam PRK tersebut..
Dinding-dinding kaca bangunan tersebut telah dipecahkan kerana wakil pertubuhan tersebut mendakwa mereka telah ditipu oleh pemimpin UMNO/BN di situ.. dimana jumlah yang ditawarkan semasa mereka dijemput adalah tinggi dan ianya jauh berbeza dengan jumlah yang mereka dapat..
Itu belum lagi kisah sekumpulan Mat Rempit dianiayai oleh beberapa pemimpin UMNO/BN tempatan..
Dan hari ini.. bila timbul berita beberapa bangunan milik UMNO Kedah disembur cat dengan kata-kata BABI, Rosmah Bodoh, Najib Bodoh, UMNO BABI dan UMNO BODOH , penyokong Pakatan juga yang dipersalahkan ini kerana menurut pencacai-pencacai UMNO ianya terbukti dengan adanya perkataan Anwar 901.
Yang hairannya bangunan tersebut dikawal oleh Pengawal Keselamatan.. pukul 6.15 pagi baru pengawal tu sedar.. takkanlah sampai diconteng depan pintu pun tak sedar kot.. tengok gambar kat bawah..
Kah..kah..kah.. aku kata pencacai UMNO bodoh karang.. ada pulak yang marah.. tapi memang bodoh pun.. tak ada cara lain dah nak provoke ke?ASD
Conteng Tengah Malam Kerja Orang Penakut – UMNO Kedah
ALOR SETAR, 6 Jan – Beberapa bangunan milik UMNO Kedah disembur cat dan kata-kata nista terhadap parti itu menjelang keputusan mahkamah pada Isnin ini berhubung kes liwat melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Turut menjadi mangsa ialah kenderaan orang awam serta bas yang disembur cat warna hitam dengan perkataan “Bebaskan Anwar” dan “Gerakan 901″.
Bangunan Tunku di sini yang menempatkan pejabat Badan Perhubungan UMNO Kedah, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah dan Bank CIMB, disembur perkataan memburukkan UMNO, Barisan Nasional dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Bangunan UMNO Padang Terap di Kuala Nerang dan bangunan UMNO Kubang Pasu di Jitra turut menjadi sasaran kumpulan tidak bertanggungjawab yang menyembur perkataan serupa.
UMNO Kedah membuat laporan polis di Balai Alor Setar, Kuala Nerang dan Jitra, pagi ini.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata UMNO Kedah sangat kesal dengan perbuatan vandalisme berunsur provokatif itu.
“Orang penakut sahaja yang sanggup melakukan perbuatan menconteng ini,” katanya yang mencabar golongan ini bersemuka dengan UMNO secara berdepan dan bukan dengan cara menconteng bangunan pada waktu malam.
Pengurus Harta UMNO Kedah, Salleh Saad, berkata beliau menerima panggilan daripada seorang pengawal keselamatan pada 6.15 pagi ini berhubung perbuatan itu yang dipercayai dilakukan antara 3.30 pagi dan 5 pagi tadi.
Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid, menganggap perbuatan itu dilakukan orang biadab yang sakit hati.
Beliau bersama Ketua Polis Padang Terap, DSP Ku Yaacob Ku Hamad meninjau bangunan yang menjadi sasaran kumpulan tersebut.
Di Jitra, laporan polis berkaitan perbuatan itu dibuat oleh pemandu van UMNO bahagian Kubang Pasu, Shahrizal Saidin di Balai Polis Jitra.
Naib Ketua UMNO bahagian, Zulfitri Yaacob berkata Shahrizal tiba di pejabat pada 8 pagi dan mendapati van UMNO serta bangunan dan beberapa kenderaan yang diletakkan berdekatan bangunan UMNO Kubang Pasu disembur dengan perkataan-perkataan serupa di bangunan UMNO lain - UMNO Online
POLIS MUNGKIR JANJI!! Syarat tambahan dari polis atau UMNO?
Tak sampai 24 jam selepas pertemuan antara pemimpin PKR dengan pihak polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen yang mempersetujui dan membenarkan himpunan Bebaskan Anwar 901 diadakan di perkarangan tempat letak kereta Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta, rupanya polis sudah mungkir janji!!
Naib Presiden PKR, N Surendran yaang turut menghadiri pertemuan pagi tadi dalam mesejnya di Twitter sebentar tadi menyatakan bahawa:
@nsurendrann Police broke their word by imposing 10 conditions tonite on 901 rally- not agreed by us
@nsurendrann Polis mungkir janji dengan mengenakan 10 syarat malam ini berhubung himpunan 901- tidak dipersetujui dengan kita (PKR)
Antara 10 syarat yang ditetapkan polis dalam kenyataan mereka sebentar tadi melalui laman Facebook PDRM pada jam 6:58 petang tadi adalah:
Bahawasanya Ketua Polis Daerah Sentul setelah menimbangkan faktor-faktor keselamatan dan ketenteraman awam mengenakan syarat-syarat berikut kepada pihak penganjur serta peserta Perhimpunan 901 yang akan berlangsung pada 9 Januari 2012 di parkir awam Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, sebagaimana berikut :
1) Penggunaan risalah / banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI semasa perhimpunan berlangsung.
2) Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ TIDAK DIBENARKAN. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.
3) Pengucapan awam TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.
4) Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding Mahkamah.
5) Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di parkir awam sebelah kiri jalan utama ke Mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.
6) Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta-peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan parkir Mahkamah.
7) Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.
8) Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan.
9) Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut.
10) Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.
Kesemua 10 syarat yang ditetapkan TIDAK SAMA SEKALI DIRUNDING dengan Pakatan Rakyat dan PKR selaku penganjur perhimpunan!
Nampaknya polis cuba bermain kasar dengan mengenakan syarat yang keterlaluan dan tak masuk akal.
Apa pandangan anda?
Wajarkah kita katakan polis lidah bercabang kuat menipu macam tuannya Umno-APCO??
Lu pikir la sendiri!!
JALAN PULANG
NI DIA!!! Dua Blogger UMNO yang fitnah Ustaz Azhar Idrus
Rasanya ramai yang dah tahu dalam tiga empat hari neh ustaz Azhar Idrus [UAI singkatan selepas neh] menjadi mangsa fitnah pihak2 yang tertentu. Disini kita akan dedahkan siapakah dalang2 di sebalik fitnah terbabit dan kenapa mereka tegar menfitnah UAI disini.
Dipercayai mereka menfitnah UAI adalah disebabkan ustaz mendapat perhatian yang luar biasa hebatnya daripada masyarakat malaysia terutamanya masyarakat muslim di malaysia. Malahan apa yang lebih hebat ialah ustaz mendapat tempat di kalangan anak2 muda yang lazimnya kita tahu mereka lebih mudah berhibur daripada mendengar ceramah2 dan kuliah2 agama.
Atas sambutan hebat neh larh, maka setiap kali ustaz melakukan kuliah agama, walaupun di mana2 sahaja, ia mendapat sambutan yang begitu hebat daripada masyarakat setempat. Orang akan memenuhi setiap inci ruangan di dalam masjid atau lokasi2 yang menjadi tempat untuk memberikan kuliah yang dijayakan oleh ustaz.
Ini termasuklah majlis sambutan tahun baru, baru2 neh. Ia berjaya menghimpunkan hampir 80+++ umat. Sudah tentu ini senario yang luar biasa. Bagaimana, program yang tiada promosi melalui media arus perdana dan tv boleh menghimpun orang seramai neh? Apa yang hebatnya pada ustaz neh? Agaknya itulah yang bermain2 di fikiran orang2 yang dengki tak sudah. Lalu, mereka memasang perangkap untuk mencemarkan reputasi UAI.
Mari kenali terlebih dahulu pemfitnah2 ustaz di bawah neh ;
[abaikan gambar papa gomo].
AAKJ = AZMY AWANG KELANA JAYA melalui blognya mencerca ustaz dengan pelbagai tohmahan yang karut marut. Siapa sebenarnya dia neh? Apa peranan dia? Owh.. dia neh ialah blogger umno. Dari awal lagi kita bukan nak tuduh umno sebarangan disini. Aku minta maaf kalau pendedahan neh menyakitkan ahti ahli2 umno yang lain tetapi aku terpaksa juga cakap sebab dah memang dorang neh blogger umno. Nak buat macam mana?
Dia neh antara orang yang terlibat dengan nadi rakyat. Tahu apa jawatan nya? Ketua NADI RAKYAT. Fungsi nadi rakyat ialah menyerang pakatan rakyat di alam cyber. Lantaklah kerja dia.. dia punya pasal. Tapi napa dia serang ustaz? Ini yang kita marah.
Nak serang pr dia punya pasal. Dah sah2 blog dia blog politik pro umno so serang pr memang tak pelik. Tapi bila dia serang dan tohmah ustaz macam2 di blognya, itu lah jadi pelik pasal ustaz neh berceramah sampaikan ilmu islam. Bila pula ustaz neh memaki hamun umno bagai melainkan dia hanya menyampaikan fakta?
Walau apa pun pandangan politik ustaz, itu hak ustaz sepenuhnya. Tapi bila dia berceramah, dia betul2 ajar pasal islam. Bukan nya dia mengajar yang bukan2. Takanlah disebabkan ceramah dia sering mendapat sambutan hangat maka anda ada hak nak tohmah ustaz macam2 disini?
Menurut rakan dari pkr yang aku temui semalam mengatakan bahawa azmy neh ialah mentor score A. Untuk rekod, score A pernah dipromosikan oleh nur amalina, pelajar cemerlang SPM tahun 2004. Wahh.. orang bijak rupanya. Bukan calang2 orang boleh jadi mentor score A. Tapi apahal perangai di dalam internet tak sebijak di luar internet? Ada lagi beberapa info sulit pasal azmy neh yang dia beritahu. Tetapi bab2 peribadi neh kita malas nak usik lah. Sebab kalau kita main isu peribadi dorang, maka kita dengan dorang pun dah takde beza.
Dan lihat pula gambar kedua ;
[maaf, caption gambar bukan dari aku]
Siapa sebenarnya blogger taipingmali yang menfitnah ustaz konon nya ustaz berzina dan minta ustaz jelaskan dakwaan terbabit? Dan yang paling teruk ada yang mencabar ustaz agar saman andai apa yang didedahkan oleh taipingmali neh adalah fitnah. Wahh.. sendiri dakwa, sendirilah kasi bukti. Apahal pula ustaz kena saman ko?
Pekerjaan sebenarnya taiping mali neh ialah seorang cikgu di SK. Simpang. Dia menetap di kampung expo, kamunting, perak. Umur cikgu? 52 tahun dah nak masuk 53 tahun dah. Wahhh.. seorang cikgu rupanya. Nama penuh ialah Najimy Awang. Apa kaitan cikgu neh dengan umno? Sekali lagi, aku minta maaf pada ahli2 dan penyokong2 umno. Bukan niat nak sakitkan ahti korang tapi dah memang dorang neh blogger umno. Nak buat macam mana? Terpaksalah aku cakap juga.
Bersepah juga lah cerita2 peribadi cikgu neh yang aku dapat tapi tak pasti lah kesahihan dia. Lagipun kalau kita siarkan disini pun buang masa. Pasal peribadi dia, takde sapa pun yang ingin nak tahu kan? Peranan cikgu neh di dalam umno ialah sebagai penyelaras bloggers2 pro umno untuk negeri perak.
Setiap blogger neh di bayar rm2,500 sebulan untuk update blog. Memang mereka dibayar. Sebab itu blogs umno tiada iklan. Sebab mereka ada gaji. Bagi aku tak salah. Blogger pun ada tanggung tertentu. Andai mereka di bayar, so what? Salah ke? Yang penting sekarang bukan pasal gaji or bayaran, yang penting sekarang isi penulisan. Kalau dibayar tapi menulis fitnah pun buat apa? Kalau dibayar tapi sebarkan kebenaran aku rasa orang pun tak kesah.
Cikgu najimy neh juga diarahkan oleh zambry kadir untuk buat portal yang mempromosikan dia [zambry kadir] dan program2 anjuran bn perak. Portal peraktoday larh hasilnya. Kalau korang pernah buka blog parpukari, mesti ada nampak link peraktoday kan? Napa parpu promote ye? Sebab dia pun penyelaras untuk bloggers gak. Cuma dia banyak up posting2 di peringkat nasional manakala cikgu pula focus peringkat negeri.
Bagi aku cikgu najimy neh patut tunjukkanlah contoh yang baik dah awak tue seorang cikgu kan. Itupun kita tertanya2 juga napa seorang cikgu boleh slumbernya brpolitik. Takde pula kena soal bila buat dua kerja dalam satu masa ye? Hahaha..
Bagi aku larh kan, aku nak ulang balik apa yang ali abu [admin rosmah mansur] pernah bagitau aku beberapa hari lepas. Benda neh pun anwar ibrahim sebut semalam ketika aku hadir dalam perjumpaan bloggers.
Ahli2 umno neh sebenarnya baik2 belaka. Mereka neh tak salah. Jangan serang ahli2 umno. Yang salah neh pemimpin2 mereka. Makan duit rakyat, songlap, tak amanah dan sebagainya. Kebanyakkan ahli2 umno neh terseret dengan fitnah atas peranan media massa. Jadi tanggungjawab kita ialah terangkan kepada mereka dengan fakta, dengan hujah, bukan dengan maki hamun.
Jadi, sama macam dalam kes di atas neh. Aku tahu ahli2 umno pun tak suka dengan fitnah2 yang dibawakan oleh bloggers umno. Tapi janganlah disebabkan mereka umno maka korang tutup mata pula dengan fitnah2 tersebut. Buktikanlah anggapan ali abu dan anwar ibrahim terhadap korang neh adalah fakta dengan menolak fitnah2 di atas neh. Kali neh mari kita bersatu menolak fitnah.
Jadi, sama macam dalam kes di atas neh. Aku tahu ahli2 umno pun tak suka dengan fitnah2 yang dibawakan oleh bloggers umno. Tapi janganlah disebabkan mereka umno maka korang tutup mata pula dengan fitnah2 tersebut. Buktikanlah anggapan ali abu dan anwar ibrahim terhadap korang neh adalah fakta dengan menolak fitnah2 di atas neh. Kali neh mari kita bersatu menolak fitnah.
Minta tolong sesangat pada kawan2 umno agar buka mata, buka ahti, memanglah kita faham tak semua dalam umno itu jahat tetapi yang menguasai umno kini adalah orang jahat. Sebab tue bloggers umno berani buat posting macam neh sebab bos mereka pun menerima budaya2 fitnah neh. Aku tak pasti lah benda neh betul ke tak, tapi dengar citer nama ustaz kini dah naik bukit aman pasal kuliah takde tauliah. Harapnya andai ustaz ditahan kelak, kali neh marilah kita bersatu mempertahankan ustaz youtube kita yang satu neh. Bai.
Sozcyili : Sila klik sumber pertama neh.. betul ka peraktoday guna webhosting yahudi? Hahaha.. owhhh.. yahudikan orang tapi sendiri pun apart of yahudi?
sozcyili.blogspot.com
sozcyili.blogspot.com
KAJIAN UM!!! Orang Melayu yakin dengan PAS di Perak, Orang Melayu juga yakin dengan PAS di Selangor
KL, 5 Jan 12: Orang Melayu jangan bimbang kerana PAS diyakini menjaga kepentingan bangsa Melayu. Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Malaya terhadap negeri Selangor, daripada 795 orang responden berbilang kaum, 32 peratus dari mereka yakin PAS boleh menjadi alternatif kepada Umno bagi menjaga kepentingan orang Melayu di negeri itu.
27 peratus mengatakan tidak manakala 41 peratus lagi menyatakan tidak pasti. Kajian terhadap etnik melayu sahaja pula menunjukkan 37 peratus orang Melayu di negeri itu bersetuju PAS mampu menjaga kepentingan Melayu lebih baik berbanding Umno.
Hanya 27 peratus orang Melayu yang dikaji itu mengatakan tidak, manakala selebihnya adalah tidak pasti. Kajian berkenaan dijalankan oleh Pusat Kajian Dan Demokrasi Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) di Selangor.
Kajian dibuat dari 3 hingga 11 Disember lalu dan meliputi kawasan parlimen Puchong, Sepang, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Selayang, Gombak, Ampang, Hulu Langat, Pandan, Subang dan Shah Alam.
Enam puluh peratus daripada responden terdiri daripada bangsa Melayu manakala Cina dan India pula masing-masing mewakili 25 dan 12 peratus responden.
Jadi, jangan ragu-ragu lagi, undilah PAS diyakini menjaga kepentingan bangsa Melayu. Insya Allah! (IH)
27 peratus mengatakan tidak manakala 41 peratus lagi menyatakan tidak pasti. Kajian terhadap etnik melayu sahaja pula menunjukkan 37 peratus orang Melayu di negeri itu bersetuju PAS mampu menjaga kepentingan Melayu lebih baik berbanding Umno.
Hanya 27 peratus orang Melayu yang dikaji itu mengatakan tidak, manakala selebihnya adalah tidak pasti. Kajian berkenaan dijalankan oleh Pusat Kajian Dan Demokrasi Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) di Selangor.
Kajian dibuat dari 3 hingga 11 Disember lalu dan meliputi kawasan parlimen Puchong, Sepang, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Selayang, Gombak, Ampang, Hulu Langat, Pandan, Subang dan Shah Alam.
Enam puluh peratus daripada responden terdiri daripada bangsa Melayu manakala Cina dan India pula masing-masing mewakili 25 dan 12 peratus responden.
Jadi, jangan ragu-ragu lagi, undilah PAS diyakini menjaga kepentingan bangsa Melayu. Insya Allah! (IH)
TOLAK ULAMA SAMPAI TAHAP TU !!! UMNO minta Mahkamah Tinggi batal fatwa Majlis Fatwa
Puak UMNO ni dah gila tak ketahuan hala....depa failkan injuksi ke mahkamah utk membatalkan fatwa yg telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kedah.....aku rasa ini kali pertama aku dengar suatu fatwa dibawa ke mahkamah utk diputuskan sebagai 'batal'....adakah kuasa mahkamah hanya dikepalai oleh seorang atau dua hakim punya kredibiliti utk membatalkan suatu fatwa yg dibuat secara musyawarah mengikut perimbangan maslahah dan hukum-hakam oleh 10 ulamak besar Kedah.
Sudah ketandusan isu puak2 ini hinggakan hukum-hakam dijadikan bahan mainan dgn mahkamah yg tak ikut hukum Islam dijadikan platform penghakiman.
Mereka tolak ulamak mentah2 dan lebih yakin dengan 'ilmu Islam' yang dimiliki oleh hakim. Mereka mereka begitu berani untuk biadap dengan ulamak serta menolak hasil muzakarah ulamak? Kerana depa lebih yakin dan taksub terhadap pandangan para penasihat mereka iaitu Yahudi APCO, Tuang Guru Chua Soi Lek, Tuang Guru Samy Vellu dan Tuang Guru Joseph Pairin Kitingan totok Kristian.
Marilah kita memerangi golongan yang MENOLAK ULAMAK ini sehingga mereka tersungkok makan tanah. Allahuakbar.
nukilan Pengundi PAS Kedah
admin kedahlanie : kat bawah nie kami sertakan surat rasmi MUFTI dan KEPUTUSAN MAJLSI FATWA...lepas tu hangpa pakat pikiaq sendiri laa nooo...
Sudah ketandusan isu puak2 ini hinggakan hukum-hakam dijadikan bahan mainan dgn mahkamah yg tak ikut hukum Islam dijadikan platform penghakiman.
Mereka tolak ulamak mentah2 dan lebih yakin dengan 'ilmu Islam' yang dimiliki oleh hakim. Mereka mereka begitu berani untuk biadap dengan ulamak serta menolak hasil muzakarah ulamak? Kerana depa lebih yakin dan taksub terhadap pandangan para penasihat mereka iaitu Yahudi APCO, Tuang Guru Chua Soi Lek, Tuang Guru Samy Vellu dan Tuang Guru Joseph Pairin Kitingan totok Kristian.
Marilah kita memerangi golongan yang MENOLAK ULAMAK ini sehingga mereka tersungkok makan tanah. Allahuakbar.
nukilan Pengundi PAS Kedah
admin kedahlanie : kat bawah nie kami sertakan surat rasmi MUFTI dan KEPUTUSAN MAJLSI FATWA...lepas tu hangpa pakat pikiaq sendiri laa nooo...