Aku tertarik dengan ulasan sebuah Blog Pro UMNO yang dengki dengan jumlah kehadiran tersebut, dalam laporan oleh Pencacai UMNO itu beliau menulis ceramah Anwar telah gagal kerana menurutnya orang ramai telah diangkut dengan bas sekolah.
Dalam postingnya itu disertakan dua keping gambar, gambar pertama disiarnya sekeping gambar yang nampak seperti gambar pada awal ceramah diwaktu orang ramai masih belum memenuhi ruang padang.
Gambar kedua pula ialah gambar sebuah Bas Persiaran, yang ditulis sebagai gambar bas sekolah yang diletakkan jauh dari padang..
Dari apa yang dilaporkan oleh Tulang Besi @ Malaysia Waves, ceramah DSAI di Padang Bola 3K, Subang Jaya, SS13 hampir 10,000 Rakyat Subang Jaya telah hadir memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim.
Dalam ucapannya di Subang Jaya ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan sekiranya beliau didapati bersalah dan dihukum penjara pada 9 Januari ini ia akan membantu Pakatan Rakyat neraih lebih banyak sokongan pengundi dan rakyat Malaysia akan bangkit menentang gejala rasuah dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN).
“Jika saya dihukum penjara, kita akan dapat lebih banyak sokongan...Anwar masuk atau tidak ke dalam penjara tiada masalah, pilihan raya akan datang kita mesti menang walau apa jua cara.
“Anda boleh tahan lelaki itu dalam penjara tetapi misi akan semakin kuat seperti biasa malah lebih kukuh,” katanya.
Anwar menuduh “musuh politiknya” memperbesarkan tuduhan terhadap dirinya dengan pelbagai tohmahan seperti pro-Kristian, pluralisme, ejen Yahudi dan homoseksual.
“Jangan ancam saya dengan hukuman penjara. Mereka pernah memukul saya, mereka pernah membogelkan saya.
“Tetapi jika mereka fikir dengan mengurung saya akan menyebabkan Pakatan Rakyat di hujung tanduk maka mereka salah, kami telah bersedia sejak tiga tahun lalu,” dakwanya menambah pemimpin Pakatan Rakyat bersedia menghadapi “sebarang kemungkinan” yang berlaku.
Bagi aku jumlah tersebut adalah satu jumlah yang biasa dalam setiap ceramah yang DSAI merupakan pemidato utamanya.ASD
Read more ...