Monday, June 4, 2012

RM 100 JUTA !!! Selamat di bawah kerajaan PR, lebuh jika kerajaan UMNO yang perintah

SHAH ALAM, 5 JUN:Sejak distruktur semula Ogos tahun lalu, sejumlah RM100 juta berjaya diselamatkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam pengurusan sisa pepejal di negeri ini.

Perkara ini dinyatakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika merasmikanMajlis Penyerahan Lori Kompaktor Kepada Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini semalam.

“Daripada kajian UPEN (Unit Perancang Ekonomi Negeri), kita dapat mengurangkan kos pentadbiran dan pengurusan sampah.

“Jadi, saya akan bentangkan satu kertas yang mana penjimatan yang kita buat hampir RM100 juta dari perbelanjaan sebelumnya di antara RM350 juta hingga RM400 juta.

“Kesan penstrukturan semula dapat kita lihat hasilnya, kos semakin berkurangan dari sebulan ke sebulan,” ujar beliau.

Menurut Abdul Khalid, dari hasil penjimatan ini, Kerajaan Negeri akan mengembalikan kepada rakyat dalam bentuk pemotongan cukai pintu rumah pangsa kos rendah sebanyak 25 peratus sebagai langkah menjaga kebajikan rakyat negeri itu.

Abdul Khalid turut mencabar Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berbincang mengenai isu penstrukturan sampah yang dilaksanakan Kerajaan Negeri kini.

Jelasnya, Kementerian Perumahan tidak faham tentang pengurusan sampah dengan teliti. Tetapi membiarkan penyelewengan, kebocoran dan akhirnya rakyat terpaksa membayar caj lebih mahal dari sepatutnya.

“Jadi saya cabar Kementerian Perumahan untuk duduk sama-sama dengan kita dan wakil UPEN (Unit Perancang Ekonomi Negeri) Selangor, Saudara Azhar, lihat hasil keputusan pengambilalihan pengurusan pelupusan sampah daripada Alam Flora Sdn Bhd.

“Saya boleh tolong buatkan kira-kira. Kosnya cuma satu cawan teh sahaja untuk saya terangkan bagaimana usaha memantau kualiti, memantau kos dan usaha memantau kecekapan yang dapat diterjemahkan kepada manfaat untuk rakyat Selangor,” kata Abdul Khalid lagi.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan diterajui oleh Menterinya, Datuk Seri Chor Chee Heung.

Abdul Khalid turut memberikan contoh perbandingan dengan membandingkan harga lori pemampat sampah yang dibeli oleh Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) dengan pembeli lain.

“Contohnya Alam Flora, ketika mereka umumkan pembelian, saya lihat mereka membeli dengan harga RM100,000 lebih mahal dari kompaktor yang kita beli.

“Ketika saya masih di peringkat kajian untuk penilaian harga kompaktor, saya lihat Negeri Sembilan juga membeli dengan harga yang mahal walaupun Menteri Besar Negeri Sembilan pernah menjaga syarikat pengangkutan.

“Ini kerana kita beli, tiada komisyen, tiada orang tengah, orang tepi, orang belakang sebagai agen,” beritahunya.

K-POP, DRIFTER!!! Tujuannya nak tarik anak muda, yang dapat kutukan masyarakat kepada UMN/BN

4 JUN — Selepas perhimpunan belia anjuran BN, dua perkataan menjadi popular, K-Pop dan “drifter”.

“Korean Pop” atau K-Pop adalah menjadi minat anak-anak muda kini. Dengan membawa artis K-Pop ke perhimpunan belia BN, ia mampu menarik kehadiran besar anak-anak muda.


Akan tetapi, kerana “singkat”nya kain gadis-gadis Korea yang membuat persembahan, ia mendatangkan bala kepada BN.


Apabila terbongkar jutaan RM dibelanjakan untuk membawa masuk kumpulan K-Pop tersebut, dua kali bala kepada BN.


Sukan bermotor “drift” memang telah lama menarik minat anak-anak muda Malaysia. Seorang “drifter” akan dilihat cool oleh gadis-gadia muda yang cun melecun.


Malang tak berbau, kemalangan berlaku ketika sukan drift sedang berlangsung.


Facebook dan Twitter menjadi medan untuk mengutuk tindakan BN membawa artis K-Pop serta kemalangan yang berlaku ketika sukan drift berjalan.


Ia menyebabkan menteri belia dan sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meminta maaf kepada rakyat seluruh negara.


Shabery sedar, walaupun berjaya menghimpunkan ramai belia, K-Pop dan drifter telah menyebabkan imej perhimpunan belia tersebut tercalar.


Azhar Idrus


Sebagai tindakan balas terhadap perhimpunan demi perhimpunan yang dianjur oleh Umno dan BN, PAS menghimpunkan puluhan ribu orang di Kedah dua tiga hari lalu.


PAS juga membawa “fenomena” anak muda terkini, Ustaz Azhar Idrus.


Barang siapa yang tidak mengenali Azhar Idrus, adalah orang yang ketinggalan zaman dan tidak mengikuti perkembangan semasa.


Walaupun Ustaz Azhar Idrus ini adalah seorang pendakwah Islam, kepekaannya mengikuti perkembangan terkini anak muda menyebabkan beliau menjadi begitu popular.


Setiap kali beliau datang ke Masjid Negeri Shah Alam, keadaan ibu negeri Selangor ini akan bertukar menjadi seolah-oleh seperti Lebaran. Ertinya, kenderaan akan melimpah ruah mengelilingi masjid.


Pada malam tahun baru, susuk tubuh Azhar Idrus dengan gandingan Zizan “Raja Lawak” berjaya menarik kehadiran lebih ramai anak muda ke Dataran Shah Alam berbanding Datuk Seri Najib Razak di ICT.


Siapa pilihan orang muda?


Sebenarnya, dua-dua acara anjuran Umno-BN dan PAS diatas hanyalah “penyedap rasa” dalam sesuatu masakan.


Dengan mengundang artis K-Pop tidaklah bermakna Umno akan dilihat lebih terbuka.


Dengan membawa “Ustaz Cool” tidaklah menggambarkan PAS sebagai tidak bersama reality masyarakat.


Yang lebih utama adalah apakah dasar atau polisi yang dibawa oleh kedua-dua parti politik Melayu tersebut.


Hari ini, kedua-dua Umno dan PAS telah bertukar watak. Kalau dahulu PAS seringkali dilihat sebagai ekstrimis Islam dan mengamalkan Islam garis keras, kini giliran Umno pula.


Masyarakat bukan Islam terutamanya etnik Cina berdiri teguh di belakang PAS. Dalam banyak hal yang melibatkan persoalan Islam atau Melayu, pendirian PAS dilihat lebih “moderate”.


Kehadiran NGO seperti Perkasa pimpinan Datuk Ibrahim Ali, Jati pimpinan Datuk Dr Hasan Ali dan watak-watak seperti Datuk Zulkifli Noordin menambahkan lagi kebenciaan orang bukan Islam terhadap Umno.


Umno tidak boleh selama-lamanya bergantung dengan sokongan orang Melayu Felda serta di kawasan pendalaman. Sekarang mereka telah kalah di hampir kesemua kerusi di kawasan bandar di Semenanjung Malaysia.


Jika tiada Sabah dan Sarawak, BN tumbang pada PRU 12 lalu. Mampukah selama-lamanya Sabah dan Sarawak menjadi “fixed deposit” BN?


Walau apa yang bakal berlaku selepas PRU 13, terimalah dengan hati terbuka. Jangan sampai Malaysia hancur hanya kerana berlaku pertukaran parti yang menguruskan negara -Amin Iskandar

MENTALITI MENTERI BN!!! Bida plat kereta guna RM 24 000 wang rakyat


KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) kesal dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mempertahankan bidaan RM24,200 yang dibuatnya untuk nombor pendaftaran WWW15 baru-baru ini.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) mempersoalkan apakah rasional menteri berbelanja untuk hanya nombor pendaftaraan kereta rasmi yang boleh menyara rumah kos rendah buat sebuah keluarga miskin atau menaja seorang pelajar miskin untuk masuk universti.

Baginya, sikap dan mentaliti menteri beginilah yang membuatkan rakyat sedang mual dengan kepimpinan negara yang ada sekarang, hanya kerana mereka terus berkuasa, apa saja tindakan dianggap punya rasional belaka.

Katanya, baru sahaja rakyat mempersoalkan kerajaan  mengesahkan mengeluar perbelanjaan besar untuk perhimpunan jutaan belia di Putrajaya.

Beliau menambah, walaupun sebahgiannya adalah ditaja oleh swasta namun imej kerajaan sangat dipersoalkan.

"Membayar RM2.4 juta untuk penari separuh bogel dari Korea dianggap tidak bermasalah sedangkan ada rakyat yang bercekang mata untuk mencari nafkah  dalam keadaan kos hidup  yang terus meningkat," ujarnya dalam satu kenyataan.

Azmi brkata, nampaknya kerajaan yang ada sekarang lebih cepat membawa negara ke ambang muflis.

Katanya, pimpinan negara seolah memejam mata dan memekak telinga dengan apa yang sedang berlaku di Eropah.

"Di kala ekonomi Greece dan kini Portugal dan ia sedang merebak ke seluruh Zon Eropah, berada di ambang keruntuhan ekonomi yang serius dan rakyat bangkit mengguna hak demokrasi di jalan raya, pemimpin Malaysia terus berbelaja besar dengan hal-hal yang sama sekali tidak produktif malah membazir," ujarnya lagi.

Ujarnya, pemimpin kerajaan Malaysia kini masih terus mengamalkan polisi rendah akal dan tidak menunjukkan tahap kematangan mengurus sumber negara dengan beramanah.

"Kami berpendapat menteri berkenaan sudah jauh ketinggalan zaman dalam berfikir seolah rakyat tidak akan mempersoalkan tindakannya. Beliau mengambil sikap simplistik bahawa kuasa boleh melakukan apa sahaja tanpa diteliti oleh rakyat," katanya.

Beliau juga mempersoalkan kenyataan Tiong Lai bahawa tindakan itu diambil kerana nombor baru itu untuk kereta rasmi baru yang sudah melepasi jangka hayat.

"Adakah alasan ini masih boleh diterima oleh rakyat?" tanya beliau.

Justeru, katanya Teras ingin bertanya, apakah tidak ada peraturan dan garis panduan berbelanja dari Perbendaharaan Negara dalam hal-hal seperti ini.

"Adakah ada dalam peraturan, sesebuah agensi atau menteri boleh mengeluarkan perbelajaan untuk hal seperti membida nombor pendaftaraan kereta rasmi?" tanya beliau lagi.

Menurut laporan media berbahasa Cina, Liow menjelaskan bahawa bidaan itu dijalankan oleh pegawainya. Soalnya kuasa pembidaan itu diperkenankan oleh menteri dan dizinkan walaupun menelan belaja yang besar.

Tambahnya, Teras amat kesal kerana nampaknya Menteri Malaysia berfikir bahawa dengan nombor pendaftaraan unik seperti WWW 15 dianggap melambangkan kehebatan.

"Inikah mentaliti menteri yang ada?

"Kami sama sekali tidak dapat menerima mana-mana perbelanjaan wang awam untuk perkara-perkara yang tidak ada kena-mengena dengan kebajikan rakyat. Malah kami mengutuk dan membantah budaya membazir dan menyalahguna wang rakyat untuk hal yang remeh dan dan tidak perlu.

"Kami mendesak agar pembidaan itu dibatalkan dan wang itu diserah kembali kepada Perbendaharan Negara," kata Mohd Azmi.

TUDUH PAS SESAT!!! Fathul Bari yang pengecut berdebat

31 Mei lalu kami menghantar surat rasmi jemputan debat kepada Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU) melalui emel dan fax.


Surat rasmi pelawaan debat kepada ILMU

Tajuk yang kami kemukakan ialah “PAS vs Umno : Siapa Sesat” dengan menampilkan Pemuda PAS Gombak yang mewakili PAS serta ILMU yang mewakili Umno.

Ia dijadualkan berlansung pada 26 Jun akan datang, di Dewan Beringin, Taman Sri Gombak.

Emel sama kami hantar kepada media dan dimasukkan ke dalam Facebook rasmi kami beserta blog www.PemudaGombak.com.

Rujuk http://pemudagombak.com/v1/?p=1338

Kenapa Pilih Tajuk Ini?

Antara persoalan yang timbul daripada pihak ILMU, media malah para rakan FB ialah mengapa pilih tajuk ini?

Ya, tajuk ini nampak kontroversi dengan perkataan “sesat” pada tajuk debat.


Wacana bertajuk "PAS - Parti Ajaran Sesat" fathul Bari boleh jadi ahli panel pula, tapi debat "PAS vs Umno: Siapa Sesat" takut?

Tahukah anda, selama ini Umnolah yang selama ini mempopularkan tajuk ini dengan tuduhan yang dilemparkan kepada PAS – Parti Ajaran Sesat?


Apa kata Ulama Muda Umno?

Malah, tajuk ini sudah diwacanakan oleh Umno dan ia menjadi kelebihan kepada ILMU.


Nah, salah seorang penelisnya ialah Fathul Bari yang gentar dengan tajuk debat "PAS vs Umno: Siapa Sesat".

Lebih jauh lagi, Ustaz Fathul Bari, jurucakap ILMU yang menjadi pembentang utama wacana tersebut!


Satu lagi kenyataan yang mengatakan PAS sesat oleh seorang ustaz ILMU; Fauzan Yahya

Justeru, inilah medan terbaik untuk ILMU memberi penjelasan yang terbuka di pentas debat yang kami sediakan.

Bukankah ini satu tawaran yang cukup lumayan bagi ILMU? inilah medannya untuk ILMU mendedahkan ‘kesesatan’ PAS!

“Kami mahu berdebat dengan TGHH dan TGNA”

Ini respon awal mereka yang dipetik daripada web www.antarapos.com.



Fathul Bari cabar TGHH boleh pula? Pemuda Gombak cabar Fathul Bari, ditolak kerana kami bukan pembuat dasar?

(Rujuk: http://pemudagombak.com/v1/?p=1358)
Boleh lihat respon Ust Fathul Bari di http://www.youtube.com/watch?v=xrNsJkgRmW0

Katanya juga “Mereka (Pemuda PAS Gombak bukan pembuat dasar”.

Beberpa persoalan yang timbul dari respon Fathul Bari.

1. Di manakah kedudukan ILMU dan Fathul Bari dalam Umno?
2. Adakah ILMU  pembuat dasar dasar Umno?


Ayuh, kita kupas satu persatu persoalan tersebut.


Persoalan pertama, di mana kedudukan ILMU di dalam Umno sehingga merasakan tidak layak berdebat dengan kami dan mahukan Presiden dan Mursyidul Am kami?

Merujuk kepada website Umno, tidak adapun ILMU sebagai sebahagian organisasi dalam Umno.



Malah, Ust Fathul Bari, Dr Fadlan, Ust Fauzan bukan siapa-siapa pun di dalam barisan kepimpinan Umno.

Jika hendak berdebat, biarlah sekufu. Jika hendak berdebat dengan Presiden kami, hantarlah Presiden Umno, baru setaraf, bukan?

Malah, jika hendak dibandingkan taraf dengan Dewan Pemuda PAS Malaysia, ILMU masih belum setaraf. Yang setaraf denhgan DPPM ialah Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

Setaraf dari segi ranking dan kedudukan dalam parti masing-masing.

(Kami difahamkan, Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan pernah menghantar jemputan debat kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tapi sepi tanpa jawapan)

Paling tinggi pun ialah Fathul Bari, pernah beberapa kali menjadi perwakilan Umno Perlis peringkat bahagian.

Justeru, atas keinsafan ini, kami daripada Pemuda PAS Gombak mengambil inisiatif ini untuk berdebat dengan mereka. Biar kami meninggikan taraf mereka yang tiada apa-apa pun dalam Umno ke sama taraf dengan pemuda kawasan.

Kemudian, kita pergi ke persoalan kedua; Adakah ILMU pembuat dasar?

Jika soalan pertama “Di manakah kedudukan ILMU dan Fathul Bari dalam Umno?”, jawapannya ialah “Tidak ada apa-apa”, apatah lagi soalan “Adakah ILMU pembuat dasar Umno?”.

Oh, sudah tentu tidak sama sekali. Tidak perlu dihuraikan panjang.

Maka, alasan mereka menolak jemputan kami berdebat kerana Pemuda PAS Gombak bukan pembuat dasar, sudah tidak releven sama sekali.

Jadi, apa lagi alasan ILMU?

Masih awal untuk ILMU menolak mentah-mentah pelawaan kami. Malah kami berikan masa yang secukupnya untuk ILMU memberi respon kepada kami dan persediaan secukupnya. Di dalam surat kami, tarikh akhir respon debat tersebut adalah pada 14 Jun.

Ayuh ILMU, tunjukkan kebenaran kalian!http://pemudagombak.com

GERAN TANAH RAKYAT!!! Bawah kerajaan UMNO kena bayar RM 24 000 , kerajaan PR hanya RM 1000

BESTARI JAYA 04 JUN : Jika di bawah Umno-BN dulu, seorang penduduk Kampung Jaya Setia perlu membayar sampai RM24,000 jika mahukan geran tanah.

Harga yang tinggi bagi mendapatkan geran adalah sebab utama 320 orang kampung itu tidak mendapat hak milik kepada tanah yang ibubapa mereka teroka selama lebih 40 tahun.Namun, keresahan mereka bertukar menjadi kesyukuran apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Kerajaan Selangor.




Ketua kampung, Osman Badaie, 65, berkata semua penduduk amat menghargai jasa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sangat prihatin dengan rakyat di negeri ini.

Melalui “Skim Hakmilik Persendirian”, kesemua pemohon dari Kampung Jaya Setia bakal menerima geran tanah dengan premium RM1,000.Osman berkata dengan bayaran premium RM1,000, penduduk di sini mampu untuk mendapatkan geran pemilikan tanah masing-masing.

“Kami penduduk sangat-sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Menteri Besar kerana bermurah hati mengurangkan beban kami.


“Sebelum ini, kami dikehendaki membayar sebanyak RM24,000. Jumlah itu sangat mahal, penduduk tidak mampu tetapi selepas Menteri Besar bertukar tangan, Alhamdulillah semuanya selesai,” katanya ketika ditemui.


Semalam 79 penduduk menerima geran hak milik tanah mereka dalam fasa kedua proses pemberian geran oleh kerajaan negeri. Dalam fasa pertama, seramai 118 mendapat geran mereka, manakala 123 penduduk lain akan menerima geran dalama fasa ketiga pada September depan. Majlis penyampaian geran hak milik tanah itu disempurnakan oleh Menteri Besar dan MP Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.


Seorang lagi penerima, Abdul Hamid Sever Khan, 54, melahirkan rasa lega kerana penantian 47 tahun untuk memiliki tanah bapanya telah berakhir. “Ini merupakan tanah yang diteroka oleh allahyarham bapa saya, sekarang saya mewarisi tanah ini. Ini merupakan saat paling gembira apabila dapat memegang geran sendiri.” Abdul Hamid yang mempunyai tiga orang anak, berkata hasil titik peluh bapanya mengerjakan tanah itu terbayar dengan penerimaan geran itu.


Seorang lagi penerima Noriaini Abu Bakar, 62, pula berkata geran tersebut adalah hadiah yang


amat bermakna untuk seluruh keluarganya.Katanya, beliau dan allahyarham suaminya berusaha untuk mendapatkan geran pemilikan itu bagaimanapun tidak berjaya kerana tidak mampu.


“Walaupun tanah rumah ini hanya suku ekar tetapi ianya bermakna kerana hanya ini sahaja peninggalan arwah suami saya kepada saya dan tujuh anak yang lain.“Saya sangat gembira dan sekiranya suami saya masih hidup dia juga semestinya gembira.“Saya sangat berterima kasih kepada Menteri Besar kerana tidak sampai lima tahun beliau memegang jawatan sebagai MB tetapi beliau sangat prihatin dengan golongan seperti kami,” katanya.


Dalam majlis itu juga, sembilan orang menerima RM1,500 sebagai pertolongan khairat kematian waris-waris mereka di bawah Skim Mesra Usia Emas.


Sebanyak lima buah sekolah sekitar Ijok juga menerima bantuan sebanyak RM5,000 setiap sekolah.

Antaranya, Sekolah Agama Rakyat Kafa Integrasi Al-Hilal, SAR Kafa Al-Awwabin, Maahad Tahfiz Al-Hidayah Wal Ehsan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Chih dan SJKC Ijok.

INILAH DR NASOHA!!! Sanjung Tun Mahathir, hina Tuan Guru Nik Aziz


Perghh, mendidih darah jugaklah bila tengok sedap jer maki ulama kunun ada lesen sebab dia ni profesor!

Tetapi rupanya, apa yang blog Umno-APCO hentam tak pulak diceritakan siapa sebenarnya Prof Dr Nasoha yang seenaknya bercakap ikut perut bukan ikut akal.


Lihatlah gambar di atas, yang berbaju batik biru dan bersongkok itulah Nasoha tetapi perhatikan siapa yang duduk memakai cermin pemeriksaan mata?


Budak sekolah pun tahu itu siapa, Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu yang kelmarin memaparkan kebodohannya suruh penjawat awam yang tak setia dengan KERAjaan Umno-APCO supaya letak jawatan.


Alasanya makiannya, Nabi Muhammad SAW mengajak manusia kepada Allah sebaliknya Nik Aziz mengajak manusia bersama Pas.


Dangkal, jahil dan 'biawak m###os' sungguh pemikiran dan pengamatan minda profesor ini terhadap politik.


Jelas beliau jahil tidak dapat menilai dan mengupas serta memahami mantik perjuangan Nik Aziz.


Ada juga profesor seperti ini di negara ini.


Kekesatan dan kekasaran beliau menggunakan bahasa dan anologi memburukkan Nik Aziz itu saya tidak dapat menerimanya.


Pasti kalau kata-kata itu dihemburkan di hadapan saya, saya akan menyempak orang sebegini dan meludah mukanya beberapa kali.


Dia ternyata lebih busuk dan kohong dari Salentia yang melacur diri kepada kebendaan dan dunia.


Orang digelar prof ini saya percaya membuat pernilaian demikian terhadap siasah Nik Aziz berdasarkan kepercayaan beliau bahawa Tok Guru itu membuat pernyataan bahawa undi Pas akan masuk syurga atau perjuangan Pas adalah menyamai perjuangan Rasulullah?


Pernyataan ini tidak disetujui oleh profesor ini dan inilah menjadikan dia persis babi gila yang menyodok bukit rendah.


Tidak mengapa kalau tidak bersetuju atau hendak mencerca Nik Aziz.


Sebaliknya apa yang perlu diketahui apakah sahih bahawa beliau (Nik Aziz) ada membuat pernyataan demikian; undi Pas masuk syurga?


Kalau Nasoha tidak dapat mengesah atau mendengar sendiri pernyataan Nik Aziz itu maka jelas beliau membuat kesimpulan dan melebelkan Nik Aziz tanpa bukti-bukti yang jelas dan konkrit.


Apakah itu bukan fitnah dan bukankah fitnah itu kawan syaitan?


Di sini siapakah yang memakai akhlak syaitan dan iblis?


Saya percaya cercaan Nasoha kepada Nik Aziz itu berdasarkan dakwaan seorang mufti kononnya Nik Aziz ada membuat kenyataan demikian.


Kalau benar begitu Nasoha tidak boleh membuat tuduhan dan ulasan begitu kerana mufti itu sendiri belum memberi bukti yang Nik Aziz berkata demikian.

Sampai ke hari ini mufti itu diam membisu apabila Nik Aziz meminta bukti atas tuduhan dan dakwaan itu.

Adalah malang kalau orang bertaraf prof dianggap sebagai mursyid juga bertindak seperti sesetengah ketua cawangan parti politik atau pun turut sama menjalankan kerja-kerja syaitan atau bercakap sambil berkomor air liur syaitan seperti mana sesetengah dilakukan oleh editor akhbar PB.


Nampaknya negara ini ditimpa malang yang bermalangan kerana bukan saja orang politk mulut busuk, ulama dan sarjana kepala notak juga mula dhinggap penyakit birat mulut.


Dalam carian di Google, Nashoa merupakan anak Melayu pertama mendapat kelulusan sarjana dalam bidang Optometri dari Universiti Melbourne, Australia.


Sekarang beliau merupakan dekan di Fakulti di International University College of Tehnology Twintech, Pengerusi Octagon Petroleum Technology Sdn Bhd dan Pengarah dan Perunding Utama di Integrative Holistic Wellness Centre Sdn Bhd. (Sila rujuk:
http://mthago.wordpress.com/drn/)


Selain itu beliau juga seorang pemuja Mahathir Mohamad dengan mengarang syair, puisi dan lirik-lirik lagu menyanjung tinggi Mahathir Mohamad.

Dari latar belakang aktiviti itu jadi tidak hairanlah kalau profesor ini bertindak macam profesor gila.

JALAN PULANG

PARIT BUNTAR!!! Jamuan tengahari bersama Presiden PAS kumpul dana pilihanraya Pemuda PAS Parit Buntar


PARIT BUNTAR, 4 Jun : Dewan Pemuda PAS Parit Buntar mengambil peluang kehadiran Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Haji Hadi Awang untuk mengadakan Program Jamuan Tengahari Bersama Presiden PAS.

Bendaharinya Ridhuan Othman berkata, Dewan Pemuda telah menjual kupon majlis makan tengahari berkenaan kepada orang ramai yang ingin bersama Presiden PAS.

"Tuan Guru Presiden hadir ke Parit Buntar menyampaikan sumbangan kepada warga emas pelbagai kaum di Pekan Lama, Parit Buntar. 
 
" Beliau kemudian hadir ke majlis makan tengahari ini. Hampir 1000 orang telah hadir dalam program ini yang bertujuan mengumpul dana pilihanraya Dewan Pemuda PAS Parit Buntar" katanya
 
Ridhuan berkata, Presiden PAS telah memenuhi harapan orang ramai untuk makan tengahari bersama beliau dan menyampaikan pesanan perjuangan dalam majlis berkenaan.
 
Turut hadir menemani Presiden PAS ialah Pesuruhjaya PAS Perak Ust. Abu Bakar Husin dan Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa.



INSAF!!! Penyokong Hasan Ali kecewa JATI bergerak dengan bantuan PERKASA dan UMNO



Tulang Besi terserempak dengan seorang kenalan dari zaman Tulang Besi aktif di dalam Perhubungan PAS Selangor. Setelah berborak panjang lebar, dia pun buka kesah Hasan Ali. 

Rupanya, di awal penubuhan JATI oleh Hasan Ali, beliau antara yang yang diharap oleh Hasan Ali untuk menyokong usaha Hasan Ali.

Pada mulanya beliau mahu juga menolong Hasan Ali. Namun, pada suatu hari, beliau mendapat telefon dari salah seorang barua Hasan Ali meminta beliau menganjurkan ceramah Hasan Ali. Beliau lantas bertanya jentera manakah yang beliau harus gunakan untuk menganjurkan ceramah itu. 

Beliau diberitahu untuk bekerjasama dengan PERKASA dan Pemuda UMNO kawasan beliau. Pada saat itu, beliau terus insaf dan sedar. 

Segala usaha Hasan Ali ini rupanya didalangi UMNO. Patutlah Hasan Ali dalam masa yang begitu pendek boleh menganjurkan ceramah seluruh Malaysia.

Juga, Hasan Ali mengharapkan Anwar Ibrahim didapati bersalah atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari Al Kazzab. Ini kerana beliau mensyaratkan semua penyokong beliau dalam usaha JATI ini memperjuangkan kononnya Anwar Ibrahim adalah seorang peliwat.

Dengan kata lain, antara syarat menjadi aktivis JATI adalah melakukan dosa Qazaf dengan mempercayai dan berkempen Anwar Ibrahim meliwat.

 Syukur kenalan Tulang Besi ini terus istiqamah dalam PAS. Beliau amat aktif dalam PAS Kawasan dan mungkin akan jnaik lebih tinggi lagi selepas ini, inshaalah. Pada Hasan Ali, berhentilah jadi penipu. 

Video "Murtad" yang beliau tunjukkan kepada umum tu pun tiada siapa yang percaya. Akhirnya, Hasan Ali berjuang untuk menaikkan parti yang memusuhi Islam, yakni UMNO. 

TULANG BESI