Monday, September 10, 2012

MAI BACA!!! Rahsia UMNO dalam tangan Dr Mahathir

http://theonlinecitizen.com/wp-content/uploads/2011/02/kl20_060408_tun_ucap-a.jpgDr Mahathir kata kalau PR memerintah, dia orang akan perintah selamanya. Mengikut Mahathir dia tahu beberapa rahsia. Rahsia yang Dr Mahathir maksudkan itu mesti yang buruk dan yang tidak baik. Kerana apabila PR memerintah, orang akan tahu rahsia buruk UMNO- rasuah, rompakan, lanun, manipulasi jentera kerajaan, komisyen kepada menteri, KSU yang korap, pegawai kerajaan yang korap, rasuah dalam syarikat milik kerajaan,skendel pembinaan lebuh raya, pelabuhan, jambatan bengkok, skendel IPP. Semua rahsia ini menyebabkan rakyat tidak mahu lagu memilih UMNO. 
 
UMNO akan jadi 4 huruf yang melambangkan segala yang mungkar kepada orang melayu yang Bergama Islam. Sebagai orang Islam , semua orang Melayu tahu bertaqwa bererti jangan buat mungkar dan menyeru kepada makruf. UMNO mewakili kuasa yang mungkar dan kerana itu, orang Melayu akan menolak nya. Prinsip ini amat mudah difahami. 
 
PR akan berkuasa lama selagi ia menjalankan dasar dan pemerintahan yang makruf. Apa yang sukar nya mengenai rahsia ini? PR bukan kerana Anwar Ibrahim. PR adalah kerana mereka mewakili suara rakyat yang mahukan kerajaan yang lebih baik. 
 
Apa yang UMNO dakwa, semua orang lain boleh buat. Perjuangkan orang Melayu? Semua orang Melayu dalam PAS, PKR, bahkan DAP pun boleh berjuang untuk orang Melayu. NGO dan pertubuhan2 bukan kerajaan pun boleh bersuara untuk orang Melayu. 
 
UMNO tidak memiliki monopoli berjuang untuk orang Melayu. Zaman UMNO memonopoli semua sudah berakhir. Berjuang untuk Islam? Dengan sumber yang ada, semua orang boleh buat. Memelihara instutusi istana? Selagi orang Melayu hendakkan institusi itu dan ada perlindungan undang2, ia tetap kekal. Tidak ada masaalah. 
 
Pendek nya, apa yang UMNO kata mereka boleh buat, orang lain boleh buat dengan baik. Membangunkan negara? Sedangkan UMNO dengan half six leaders nya boleh buat, mustahil orang dalam PR tak boleh buat. Fakta nya, kepimpinan dalam PR lebih berkualiti dari yang masih ada dalam UMNO. 
 
Bukan Dr Mahathir seorang sahaja yang tahu rahsia. Ramai lagi tahu bagaimana UMNO terutama bila Dr Mahathir jadi PM dan presiden UMNO mengekang minda orang Melayu. Kita tahu rahsia UMNO kekal berkuasa. 
 
UMNO kekalkan kuasa dengan menakutkan orang Melayu. UMNO kekal sebab orang Melayu diperbodohkan. UMNO kekal kerana orang Melayu dijadikan bangsa meminta minta dan bergantung kepada UMNO. Ini sangat berlawanan dengan semangat yang hendak dibawa oleh Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak. Orang Melayu jadi punah bila Dr Mahathir ambil alih memimpin orang Melayu. 
 
Orang Melayu diperbodohkan dengan menanam dalam minda mereka bahawa jika UMNO tidak ada, maka masa depan orang Melayu gelap. Kenapa, walaupun setiap keududukan kuasa dikuasai oleh orang Melayu, keududukan orang Melayu ketinggalan juga? 
 
Ini membuktikan bahawa disebalik laungan UMNO berjuang untuk bangsa, agama dan tanah air,  kepentingan yang mereka perjuangkan ialah kepentingan segelintir yang terpilih. Pendapatan orang Melayu selepas merdeka, selepas UMNO berkuasa RM100 berbanding dengan Cina( 1500) dan India( 1200). Kenapa ini terjadi? 
 
Suatu petang sebelum pertandingan ketua pemuda UMNO Malaysia berlansung, saya berada dirumah Dato Najib di Jalan Duta. Antara topik yang dibualkan ialah mengenai penglibatan Dr Mahathir dalam pertandingan UMNO. Terutama kerana ketika itu, anak Dr Mahathir pun bertanding untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda. 
 
Saya menyatakan apa hal Dr Mahathir ini- tidak ada yang kena bila orang lain jadi PM selain dari dia dan tidak ada yang baik jadi Ketua Pemuda selain anak dia. Najib telah menjawab- Dr Mahathir ni nak sibuk mengenai orang lain. Dedah keburukan orang lain. Kalau kita dedahkan hal dia- pelabuhan lah, leburaya lah, TOL lah, IPP lah..banyak lagi lah.
Inilah UMNO. Jaga rahsia sama sendiri. 
 
Kita tahu bahawa DR Mahathir tidak akan bertanding lagi.  Tapi oleh kerana dia sekarang sudah menjadi jurucakap kepada UMNO, maka kita attack dia. Lagi dia bising, kita suka sebab ia menjadi alasan dan semangat kepada kita untuk mendedahkan keburukan UMNO. Objektif kita ialah menjatuhkan UMNO.
 
UMNO bukanlah pilihan mutlak untuk orang Melayu. Orang Melayu sekarang ada banyak pilihan. Tidak ada UMNO, orang Melayu dan Malaysia tetap akan membangun dan maju. Tidak ada UMNO, kepentingan orang Melayu tetap dijaga. 
 
Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana majority penduduk negara ini adalah Melayu. Dari 18 juta orang Melayu, ahli UMNO hanya 3 juta. Dari 6 orang Melayu, hanya seorang ahli UMNO. Jika seorang ahli UMNO mati, ada 5 lagi orang Melayu. Jika 3 juta ahli UMNO tidak ada, ada 15 juta lagi orang Melayu. Jadi tidaklah benar, jika UMNO tidak ada, maka orang Melayu akan terbiar.
 
Orang Melayu tak sedar, bahawa bila Dr Mahathir ambil alih sebagai PM lah , maka sedikit demikit sedikit, DEB dihapuskan. DEB ertnya, orang Melayu membangun secara organik- diberi sumber ekonomi, membagunkan diri mereka, memperolehi pengalaman dan kemahiran dan bersaing. Semangat DEB ialah memberi orang Melayu joran atau pancing supaya mereka boleh memancing hari hari dan makan ikan hari. 
 
Mahathir tidak percaya dengan pendekatan ini. dia kata cara ini lambat. Cara yang lebih baik ialah jumpstart ekonomi orang Melayu. Cara nya ialah dengan memilih golongan tertentu supaya melajukan ekonomi orang Melayu. Ekonomi yang laju ialah ekonomi mereka yang Dr Mahathit pilih dan Dr Mahathir pilih Cina dan India sama. 
 
Majoriti orang Melayu ketinggalan. Itulah sebabnya mengapa perbezaan pendapatan dikalangan orang Melayu sendiri adalah perbezaan yang terbesar. Pengagihan kekayaan antara cina sama cina, India sesama India lebih adil. Sesama Melayu kurang adil, sebab UMNO pilih bulu. Ini rahsia Mahathir.SAKMONGKOL AK47

BUKTI BERGAMBAR!!! UMNO dan MCA berebut kerusi Parlimen Pandan


Kini sudah bermula perebutan kerusi antara UMNO dengan MCA di Selangor.

Beberapa bidang kain rentang kini dipasang merata-rata bagi membuktikan kata-kata admin.


Kononnya akar umbi UMNO maukan supaya calon dari UMNO dipilih bagi membawa lambang BN pada PRU 13 nanti.


Kawasan ini kawasan tradisi dari dulu diserahkan kepada calon MCA mewakili BN.


Parlimen Pandan yang kini diwakili oleh bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Kiat.


Ong Tee Kiat sudah pun mengumum kan yang beliau akan pertahankan kerusi tersebut.


Calon dari Pakatan Rakyat sudah pun dihebohkan iaitu Sdr Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR.


Yang peliknya siap bagi nama lagi sebagai calon pilihan akar umbi UMNO. Major (B) Iszeham.


Siapa Major (B) Iszeham ini terus terang admin langsung tak kenal. Inilah kali pertama admin dengar namanya.


Setahu admin Ketua UMNO Bahagian Pandan kini berdepan dengan perbicaraan tuduhan melakukan rasuah salah guna kuasa memberikan kotrak angkut sampah.


Apakah MCA melalui Presidennya Chua Soi Lek yang terkenal sebagai amat membenci Ong Tee Kiat akan menyerahkan kerusi Parlimen Pandan kepada UMNO sebagai cara mau membunuh karier politiknya?


Atau ini adalah sebahagian dari strategi Chua Soi Lek sendiri.


APA-APA PUN.....KERETAKAN BN SELANGOR KIAN MELEBAR DAN KINI MENUNGGU SAAT DAN KETIKA UNTUK PECAH BERDERAI BILA SAMPAI MASA PRU 13 NANTI.


BURUK UNTUK UMNO TETAPI BERITA BAIK UNTUK RAKYAT.OMAK KAU


ISU UST. NASHA!!!! ‘Syaitan dikenali' menangis - ayat power Ketua Penerangan PAS



KUALA LUMPUR: Tindakan dan kebijaksanaan Majlis Syura Ulamak PAS mengurus perangkap yang dipasang oleh musuh, menyebabkan keputusan yang diambil oleh kepimpinan semalam dalam isu yang sengaja digembar-gemburkan mengenai Ustaz Nasharudin Mat Isa benar-benar mengecewakan musuh.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataannya hari ini berkata tindakan tersebut menyebabkan ‘syaitan yang dikenali' menangis manakala 'para malaikat yang tidak dikenali' insya Allah akan gembira.


Ekoran itu, Tuan Ibrahim menasihatkan agar semua ahli dan pimpinan tidak terkena perangkap-perangkap yang dipasang oleh musuh dengan gempuran media mereka.


“Mereka gila mengimpikan Pakatan Rakyat berpecah atau dalaman parti bergolak. Bagi sesebuah parti di ambang ajal, tiada yang lebih menyeronokkan baginya melainkan musuh mereka berpecah.


Dengan objektif sedemikian, mereka memasang pelbagai perangkap bagi memerangkap ahli dan pimpinan agar memasuki jerat yang mereka sengaja pasangkan.


"Alhamdulillah, PAS dengan pengalaman lama dalam politik negara berjaya mengenali mana perangkap yang dipasang itu,” kata beliau.


Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menasihatkan agar semua ahli dan pimpinan jangan menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit dalam menghadapi isu yang sengaja dilontar oleh musuh, kerana musuh kini sangat tidak senang dengan perkembangan dan sokongan rakyat kepada kita kini.


“Mereka memang dilatih untuk kerja jahat ini, dan janganlah keikhlasan kita menyebabkan kita gagal mengenali mana sahabat dan mana musuh,” nasihat beliau.


Selain jangan bersangka buruk pada orang lain, Tuan Ibrahim turut menasihatkan agar semua jangan melakukan perkara yang menimbulkan buruk sangka orang lain terhadap diri sendiri.


“Janganlah kemarahan kamu kepada sahabatmu menyamai kemarahanmu pada musuhmu, kerana kemarahan kepada sahabat kerana kecintaan kamu kepadanya, sedangkan kemarahan kamu kepada musuhmu adalah kerana kemurkaan Allah kepadanya.


"Lantaran itu, menghadapi kesilapan sahabat tentulah tidak sama kardahnya menghadapi musuh. Perasaan kita turut berubah dan seluruh cita rasa akan berbeza.


"Lantaran itu juga, janganlah kita bergembira di atas dukacita sahabat, dan jangan pula bersedih di atas kegembiraan musuh,” tambah beliau

ISU POLITIK SABAH!!! Musa Aman lebih popular berbanding pemimpin lain di Sabah

GPPS Minta Blog Pembangkang Minta MaafApabila blog ini menyiarkan artikel dari blog Jalan Pulang di sini
, ada sesuatu yang menarik dapat dilihat dari komen para pembaca.

Artikel ini telah mendapat 84 komen dari pembaca , sedangkan artikel lain hanya purata 20 komen sahaja. 

90% dari komen berkenaan datangnya dari Sabah, sebelum ini kebanyakan komen adalah dari Semenanjung.

80% dari komen ini menyokong Musa Aman kekal sebagai Ketua Menteri Sabah dengan memberi hujah Musa Aman telah membawa banyak pembangunan kepada rakyat Sabah dan membawa banyak pelaburan ke negeri Sabah.

Kebanyakan komen yang menyokong Musa Aman menyatakan bahawa tidak ada pemimpin yang mampu menyaingi kebolehan dan kepimpinan Musa Aman termasuk Shafie Afdal dan Lajim Ukin.

Kenapa yakin komen ini dari rakyat Sabah bukan pencacai Umno? Kerana komen yang diberi adalah ilmiah dengan hujah berbeza dengan kebiasaan komen pencacai Umno dari Semenanjung yang penuh dengan makian, mencarut dan lucah.

Justeru itu, harapan pemimpin Umno lain di Sabah yang berangan-angan mengantikan Musa Aman adalah tipis. Najib pastinya akan tetap memilih Musa Aman sebagai pemimpin No 1 di Sabah berdasarkan sokongan tinggi rakyat Sabah terhadap beliau.

Pakatan juga tidak boleh mengharapkan Lajim Ukin untuk memberi saingan kepada Musa Aman. Seseorang tokoh baru yang lebih berwibawa perlu diketengahkan bagi membawa cabaran Pakatan di Sabah.

Walaupun dikaitkan dengan dakwaan beberapa skandal rasuah, Musa Aman masih popular kepada rakyat Sabah terutama bumiputera Islam. 

Tentu ada yang istimewa kepada Musa Aman berbanding Ketua Menteri sebelumnya sehinggakan rakyat Sabah masih berharap beliau kekal sebagai Ketua Menteri Sabah.

Bukti sayangnya peribumi Sabah kepada Musa Aman , ada NGO di Sabah memberi amaran akan membuat laporan polis jika artikel berkenaan Musa Aman yang diambil dari blog Jalan Pulang tidak ditarik balik dari blog ini.

MAKAN MALAM TERBESAR!!!Samseng tidak patahkan semangat Pakatan di Johor

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agak cemas akan peristiwa keganasan yang dilakukan oleh samseng politik yang juga penyokong BN dengan peristiwa menyimbah cat ke atas bas yang dinaiki beliau, mereka juga memberhentikan konvoi beliau dan juga memaksa polis menangkap pengawal peribadi Anwar kerana cuba melindunginya.

Namun, Anwar tidak akan membiarkan ugutan ini mematahkan usaha jelajah ke serata Malaysia untuk menemui pengundi sebelum pilihanraya umum ke 13, yang mungkin akan diadakan pada November ini.


Semua tertumpu kepada destinasi Anwar yang seterusnya- Johor, tempat lahirnya Umno yang juga merupakan kubu kuat BN.

Tidak percuma TETAPI sudah habis dijual

Memandangkan reaksi yang agak ganas dari penyokong Umno-BN di Melaka, yang cuba menyekat konvoi bas pada hujung minggu untuk masuk, suatu pertemuan yang mendebarkan akan dijangka apabila Anwar mula menjelajahi Johor pada Jumaat, 14 September ini (Jelajah Bas Anwar Ibrahim).


"Tiada perubahan dalam rancangan langsung. Kami tidak akan takut pada samseng politik yang cuba bermain kasar kerana dengki. Rakyat Johor sedang memerhati dan mereka adalah penentu apa jenis politik yang mereka mahu bertapak di negeri mereka," ketua PKR Johor Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.

"Anwar akan melawat beberapa bandar bersama-sama pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang lain dan pada waktu malam, kami akan mengadakan makan malam terbesar yang belum pernah disaksikan oleh rakyat Johor. Ini adalah untuk mengucapkan terima kasih kepada rakyat di negeri ini kerana sokongan dan semangat yang diberikan kepada kita semasa ceramah sejak setahun yang lalu. Memang ia bukanlah percuma, tetapi ianya bertujuan untuk mengutip dana, tetapi rakyat Johor akan berpeluang untuk berkumpul dan bertemu serta mendengar sendiri amanat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. "

Sudah, 800 meja telah dijual sepenuhnya. Makan malam yang dianjurkan oleh bahagian Jui Meng ini akan diadakan di tempat letak kereta Sutera Mall di Skudai. Jadual lawatan Anwar belum ditetapkan lagi tetapi lawatan mungkin akan bermula di Ledang pada pukul 11 pagi.

Terancam

Johor, dan juga Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak disifatkan sebagai 4 negeri dalam senarai paling terancam BN. Pakatan dijangka membuat kejutan besar di empat negeri ini semasa PRU ke-13 nanti.

Johor mempunyai 26 kerusi Parlimen dan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri. Dalam pilihan raya umum 2008, BN Johor kehilangan hanya satu kerusi parlimen dan 6 kerusi Dewan Undangan Negeri. Ia telah banyak menyumbang dalam mengekalkan kekuasaan BN, sebab itulah ia dikenali dengan nama "kubu" Umno-BN.

Tetapi langit tidak kekal cerah bagi BN selepas itu. Bukan sahaja Umno kehilangan sokongan orang Melayu, tetapi parti komponen BN iaitu MCA, Gerakan dan MIC mungkin akan lenyap selepas PRU ke-13 kerana pengundi sudah muak dan melarikan diri dari parti-parti ini.

"Untuk mendapatkan gambaran bagaimana Johor berada dalam keadaan yang mencemaskan bagi BN, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk meneliti bilangan kerusi yang dipegang oleh MCA, MIC dan Gerakan di sini. Selebihnya dipegang oleh Umno dan jika anda telah menghadiri ceramah Pakatan dan memerhatikan kadar peratusan Melayu yang besar, maka anda akan memahami kenapa Umno mula panik," kata Jui Meng.

"Ia juga begitu ketara bahawa PAS cukup yakin untuk menggunakan Naib Presidennya Salahuddin Ayub untuk bertanding kerusi DUN di sini supaya jika Pakatan menang di Johor, Salahuddin akan menjadi ketua menteri dan begitulah yang ditetapkan oleh Pakatan."

7 daripada 15 kerusi Parlimen dan 12 daripada 35 kerusi Dewan Undangan Negeri bagi MCA adalah di Johor. Bagi Gerakan, salah satu daripada dua kerusi parlimen dan 2 daripada empat kerusi Dewan Undangan Negeri mereka berada di Johor. Begitu juga MIC, satu daripada tiga kerusi Parlimen dan empat daripada tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri berada di Johor. Selebihnya dipegang oleh UMNO.

Malaysia Chronicle

BALING KASUT!!! Kenapa Perkasa cemas ?

BAGAIMANA Perkasa, sebuah NGO politik yang berimej samseng boleh cemas dengan dakwaan ia yang melempar kasut dalam masjid di Kedah yang disasarkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkasa tidak mengaku ia  angkaranya dan menggesa ia disiasat dan buktikan ia angkaranya.


Orang Alor Setar kenal suku sakat Perkasa di situ dan di antara orang kuat Perkasa itu adalah orang UMNO. Dengan kejadian samseng di masjid itu, penyokong-penyokong Anwar yang memenuhi masjid itu tidak payah untuk mengecam  anasir-anasir  Perkasa yang ada di tengah mereka. Penyokong Ketua Pembangkang – PKR dan PAS – yang ada di masjid tidak teragak-agak menuduh ia gara-gara angkara Perkasa.


Perkasa ditubuhkan oleh Ibrahim Ali, MP Pasir Mas yang memang dikenali samseng sejak di zaman pelajarnya lagi. Ditubuhkannya Perkasa adalah membela UMNO yang tidak dapat mendakwa sebagai pembela Melayu kerana parti itu adalah penjual bangsa Melayu. Apa yang UMNO dan pemimpinnya cakap tentang Melayu tidak dipercayai orang.


Perkasa muncul bagi menggantikan UMNO untuk bercakap tentang orang Melayu. Ia mengaku NGO sebenarnya bekerja untuk UMNO dan kerajaan pimpinan Najib.


Bahasa orang politik pendekatannya adalah radikal. Pada orang  Melayu radikal itu adalah samseng.


Anwar dalam jelajah Merdeka Rakyatnya singgah bertazkirah di sebuah masjid di Kedah. Lalu samseng tadi mensabotaj lampu dan pembesar suara hingga bergelap dan suara tazkirah tadi tidak didengar. Antara yang menjolok mata, anasir itu melempar kasuk yang disasarkan kepada Anwar tetapi mengenai orang lain.


Tidaklah banyak kejinya  antara melempar kasut di masjid dengan memijak dan menungging punggung pada gambar Najib di Dataran Merdeka yang heboh sekarang.


Orang melondeh seluar dan memijak gambar PM itu sudah dikenal pasti kerana polis memang memerhatikan  semua yang berlaku dalam Himpnan Janji Merdeka itu.


Walaupun Anwar itu Ketua Pembangkang dan Perdana Menteri menunggu, polis tidak terasa ia ada tanggungjawab melindungi majlis yang dihadirinya dari  diganggu samseng. Tidak seperti polis di negara-negara yang mengiktiraf sisstem ketua pembangkang, menjaga keselamtan Ketua Pembangkang sama dengan menjadi keselamatan Perdana Menteri.


Bukan Perkasa saja pertubuhan  samseng di dunia. Biasanya pertubuhan samseng itu membuat kacau  terhadap seterunya di mana-mana saja. Kadang-kadang mereka  meletupkan bom dan menembak orang.


Dalam setiap kejadian mereka nantinya mengaku bahawa kejadian itu mereka yang melakukannya. Mereka tidak sekadar tembak curi atau pukul lari. Mereka kemudian menghantar mesej kepada polis atau kepada media mengaku mereka yang punya angkara.


Semseng itu ada keberanian dan seoleh-oleh ada benda yang diperjuangkannya. Ia dibuat begitu kerana mereka mahu orang tahu akan kewujudannya dan kegiatannya. Tentulah pengakutan itu ada risiko tindakan ke atasnya.


Mereka sanggup menghadapi risiko itu.


Akan tetapi Perkasa tidak ada keberanian itu. Orang ramai di tempat kejadian tahu anasir Perkasa ada di situ dan mereka amat yakin ia angkara  Perkasa. Sama ada dakwaan orang itu betul atau  tidak, orang luar yang mengikuti kegiatan Perkasa percaya Perkasa boleh melakukannya.


Mungkin Perkasa tidak terlibat. Tetapi memandangkan Perkasa itu memang samseng, orang boleh percaya  ia yang buat.


Sangkaan orang itu adalah satu pengiktirafan kepada Perkasa. Perkasa patutnya seronok dan berbangga bila orang akui ia garang, berani  dan samseng.


Tetapi apabila Perkasa dituduh melempar kasut ia seorang tergamam. Tidak berkata beberapa ketika. Lama kemudian baru ia bersuara tidak mengaku dan menyuruh supaya disiasat.


Tidakkah itu cemas namanya?Rakyat Marhaen

INILAH PADAHNYA!!! Bila Najib mahu sekatan politik dilakukan kepada Anwar

Isu pengawal peribadi Anwar mengeluarkan pistol kini menjadi isu baru untuk menyerang PR. Ia segera dikaitkan dengan pelbagai kemungkinan dan andaian jika PR memenangi pilihanraya akan datang. PR dikatakan memulakan politik ganas, tidak toleransi, ghairah menggunakan senjata dan pelbagai lagi.

Ada juga andaian yang mengatakan bahawa ini merupakan petanda awal sekiranya PR menang pilihanraya nanti, mereka akan menggunakan pistol dan senjata api untuk menghalang demonstrasi UMNO ketika itu.


Sebenarnya tindakan pengawal peribadi itu bukanlah sesuatu yang pelik dan diluar SOP jika dikaji dari awal bagaimana deretan ancaman yang diterima oleh Anwar sejak akhir-akhir ini. Tindakan menunjuk pistol hanyalah sekadar gertakan kepada 50 pemuda yang terus menerus memberikan ancaman untuk mengelakkan mereka terus menjadi ganas.


Kereta Anwar sebelum ini pernah disabotaj yang dipercayai bertujuan mengakibatkan kemalangan dan kematian. Cermin keretanya juga pernah dipecahkan. Anaknya Nurul Izzah juga menerima ancaman yang serupa, malah ugutan bunuh terhadap anaknya juga pernah diterima.


Sebaik PKR melancarkan bas Jelajah Merdeka Rakyatnya, ia disambut dengan simbahan cat merah dalam jelajah pertamanya di Kelantan. Di Melaka pula, selain disimbah cat oleh lebih kurang 50 pemuda yang dipercayai ahli UMNO, bas tersebut cuba dihalang perjalanannya.


Politik apa ini? Ia tidak lain menunjukkan UMNO sudah hilang kewarasan dalam berpolitik. Dalam sebuah negara merdeka yang mengamalkan demokrasi, semua rakyat bebas pergi ke mana saja. Dalam politik pula, sesiapa saja bebas menyokong parti mana yang disukai dan diyakininya.


Tindakan menghalang laluan bas jelas terkeluar daripada landasan demokrasi. Sementara Najib dan lain-lain pimpinan UMNO bebas bergerak di negeri-negeri yang dikuasai PR seperti Selangor, Kedah Pulau Pinang dan Kelantan sambil mengeluarkan pelbagai kecaman dan serangan kepada kerajaan negeri terbabit, amalan yang sama harus juga diberikan kepada pimpinan PR. Mereka seharusnya dibebaskan bergerak di negeri-negeri yang dikuasai UMNO.


Semua perbuatan tidak matang ini menunjukkan bahawa UMNO cuba mengelak rakyat daripada mengamalkan kebebasan yang dibenarkan oleh perlembagaan negara. Setelah berpeluang 55 tahun berkuasa, UMNO seharusnya menunjukkan kematangan sepadan dengan usianya.


Melakukan tindakan tidak matang seperti menyimbah cat dan menghalang laluan hanya menambahkan kebencian rakyat kepada UMNO yang sememangnya sudahsedia bertompok selama ini.


Sokongan dan penolakan rakyat seharusnya diterima dengan jiwa tenang. Rakyat tidak mungkin menolak sesebuah kerajaan tanpa sebab kerana kebanyakan rakyat bukan lagi duduk dalam gua seperti di zaman batu. Rakyat hari ini penuh dengan maklumat dan mereka tidak mudah lagi dibohongi.


Masalah UMNO ialah oleh kerana ia sudah berkuasa sebegitu lama, ia merasakan ia akan kekal selama-lamanya sehingga hari kiamat. Mereka yang menentang dan menolak UMNO dianggap pengkhianat dan tidak mengenang jasa. Rakyat sentiasa diminta menyokong UMNO walaupun pemimpinnya berperangai buruk serta rakus mengaut kekayaan negara tanpa belas kasihan.


Sehingga ia sudah dianggap seperti syaitan oleh Tun Mahathir pun, rakyat terus diminta menyokong UMNO.


Tindakan agresif dan ganas beberapa kumpulan dalam UMNO sekarang tidak lain adalah berpunca daripada saranan Najib sendiri. Najib sekarang begitu terdesak untuk mempertahankan kuasanya. Di suatu ketika beliau menegaskan bahawa UMNO akan mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekali pun. Dan terbaru ini beliau menyeru ahli-ahli UMNO supaya melakukan sekatan politik bagi menghalang kemaraan Anwar dan PR menuju Putrajaya.


Saranan Najib itu yang diulang-ulang oleh pelbagai peringkat pimpinan dalam UMNO lainnya tentulah akhirnya menghasilkan sesuatu tindakan yang boleh mencetuskan keganasan dan di luar batas-batas demokrasi. Mereka mungkin menafsirkan ucapan Najib yang mahu Putrajaya dipertahankan dengan apa cara sekali pun dan sekatan politik dilakukan untuk menghalang kemaraan PR sebagai "lesen" untuk melakukan apa saja termasuk menyimbah cat dan menghalang laluan bas yang membawa Anwar ke sebuah jamuan hari raya di Melaka.


Sebelum ini UMNO juga kerap mengganggu ceramah-ceramah PR dengan mengadakan ceramah di kawasan berdekatan sambil menghalakan mokrofon ke sasaran lawan. Umi Hafilda tentunya masih ingat bagaimana beliau selalu hilang suara kerana terlampau menjerit ke arah ceramah-ceramah PR sambil mengeluarkan perkataan jijik, hina dan kesat yang dikaitkan dengan Anwar.


Tindakan itu direstui, malah kadangkala dibanggakan oleh UMNO. Tentulah akhirnya ia akan menjurus kepada tindakan lain yang lebih agresif pula.


UMNO nampaknya hanya menerima demokrasi dan kebebasan jika memihak kepadanya. Jika berlawanan dengan seleranya, ia bukan lagi demokrasi bagi UMNO. Kewarasan berpolitik dan tidak sedia menerima kekalahan bukan sahaja masih menebal di kalangan ahli bawahan tetapi juga masih menebal di peringkat pimpinan.


UMNO Melaka dan di mana-mana saja seharusnya bersikap matang dan menerima kebebasan dan demokrasi dengan hati terbuka. Hujah harus dilawan dengan hujah. Kemaraan PR harus dilawan dengan khidmat kepada rakyat yang lebih baik, bukannya dengan aksi ganas dan samseng.


Oleh kerana pimpinan UMNO umumnya sering terpalit dengan pelbagai kepentingan serta salah laku ketika berkuasa, maka kuasa yang ada cuba dipertahankan untuk mengelakkan ianya terdedah kepada umum. Ahli bawahan diseret untuk mempertahankan kuasa seolah-olah untuk kepentingan rakyat walau hakikatnya yang ingin sangat dipertahankan ialah kepentingan peneraju kuasa sahaja. (SH 10/09/2012)


TIRU UMNO!!!MCA tendang apa sahaja selagi boleh buat isu



KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan BN melalui KTM Komuter mengadakan gerabak khas untuk wanita diterima tetapi bila PAS menyediakan tempat yang sesuai untuk wanita makan di majlis hari raya dikritik oleh MCA.

Inilah masalah besar yang dihadapi oleh MCA sekarang, terlalu takut kehilangan kuasa sehingga semua perkara dianggapnya musuh.


Akhbar MCA, The Star hari ini membuat tinjauan khas tentang program Hari Terbuka PAS Negeri Sembilan yang menyediakan tempat khas untuk wanita makan.


Namun, sebagaimana yang disahkan oleh Anggota Parlimen Rasah, Anthony Loke, mana-mana wanita yang ingin makan bersama lelaki, mereka tidak dihalang.


"Saya telah duduk satu meja bersama Mohamad Sabu (Timbalan Presiden PAS) dan isterinya. Tidak ada sesiapa yang larang kami," kata Anthony Loke sebagaimana dilaporkan The Star.


Semalam, majlis hari raya PAS Pusat di Padang Kelab Sultan Sulaiman juga menyediakan tempat makan khas untuk wanita sahaja.


Tetapi mana-mana pihak yang ingin makan di mana-mana pun tidak pula dilarang oleh AJK yang bertugas.


Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Abdul Ghani nyata terkejut dengan isu yang dimainkan oleh The Star ini.


Katanya, langkah yang dibuat oleh PAS Negeri Sembilan adalah untuk memberikan ruang yang selesa untuk tetamunya khasnya wanita makan.


"Saya tidak tahu mengapa hal ini menjadi isu sekarang kerana kita telah melakukan hal ini sejak dari dahulu," kata Taufek sebagaimana dilaporkan The Star.


Dalam laporannya, Ketua Biro Politik dan Strategi MCA, Datuk Lee Yuen Fong  menyesali langkah PAS itu.


"Kenapa kita perlu asingkan sedang kita membuat majlis rumah terbuka dan ditempat terbuka.


"Ini menunjukkan langkah yang PAS akan ambil apabila berkuasa nanti," katanya sebagaimana dilaporkan oleh The Star.

TOKSAH TUNGGU 7 HARI!! Mai saman la ni jugak wahai Perkasa


KUALA LUMPUR:
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar bertegas tidak akan meminta maaf kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berikutan kenyataannya bahawa kumpulan itu membaling kasut ke dalam masjid. 
(Aksi segolongan aktivis yang dikatakan ahli Perkasa di Masjid Al - Hussain baru-baru ini)

Beliau berkata demikian setelah diberitahu bahawa Perkasa memberi tempoh selama tujuh hari kepadanya untuk meminta maaf berikutan kenyataannya bahawa kumpulan itu membaling kasut ke dalam masjid ketika serangan mereka ke atas Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar baru-baru ini.

"Saya tidak perlu meminta maaf atas perbuatan yang memang dilakukan oleh Perkasa.
"Apa yang saya nyatakan memang berasas dan saya ada saksi-saksi," tegas Mahfuz (gambar).

Beliau juga berkata, Perkasa tidak perlu tunggu tujuh hari untuk mengambil tindakan undang-undang ke atasnya.

"Apa perlu tunggu begitu lama? Hari ini juga Perkasa boleh failkan kes mereka ke mahkamah.

"Mereka banyak duit dan mereka tidak ada masalah untuk melakukan perkara itu," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz sebelum ini menegaskan, tidak ada gambar dan tidak ada rakaman yang disiarkan dalam Youtube tidak boleh menjadi bukti bahawa peristiwa itu tidak berlaku kerana ramai yang menyaksikan kasut dibaling ke dalam rumah Allah itu ketika serangan Perkasa ke atas masjid itu.

"Kalau tak ada rakaman sekalipun, kenyataan saksi-saksi juga diiktiraf oleh undang-undang," kata Mahfuz sambil mengulangi penegasan bahawa beliau tidak akan meminta maaf kepada Perkasa.

Ketua Perkasa Kota Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail sebelum itu memberi tempoh selama tujuh hari kepada Mahfuz untuk meminta maaf berikutan kenyataanya bahawa Perkasa membaling kasut ke dalam masjid tersebut.

Beliau juga menuntut tiga akhbar termasuk Harakah menarik balik laporan mengenai perbuatan itu.

Mohd Yusof yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Alor Setar berkata, tindakan undang-undang akan diambil terhadap Mahfuz dan tiga akhbar berkenaan jika mereka enggan berbuat demikian.

Beliau mengulangi dakwaannya sebelum ini kononnya apa yang dinyatakan itu tidak berasas sama sekali semata-mata kerana tidak ada rakaman video yang menunjukkan perbuatan membaling kasut itu berlaku.

Menarik balik artikel PANAS DI SABAH!!! Musa Aman disuruh bercuti? Siapa yang ganti?

Blog PASPB menarik balik artikel bertajuk PANAS DI SABAH!!! Musa Aman disuruh bercuti? Siapa yang ganti? yang diambil dari blog Jalan Pulang  dan memohon maaf kerana menyiarkan artikel berkenaan. Admin PASPB

ZAMBRY PENING!!! UMNO dan MIC berebut kerusi tak habis lagi

Kalau sebelum ini sesiapa ingat,, Zambry dengan sombong dan bongkak mengeluarkan kenyataan yang masaalah pembahagian kerusi DUN Negeri Perak dah lama selesai dah.... semua parti komponen BN dah bersetuju.. 


 Kowtim,,, jangan tak runding.... 



Bukan kerusi DUN Behrang sahaja oii,, kerusi DUN Pasir Panjang tempat aku sendiri pun masih dok kalut,,, Kerusi ini pun secara tradisinya kerusi kouta MIC,,, majoriti penduduk melayu... sebelum ini aku duk dengar,, kononnya nak adakan pertukaran dengan dengan kerusi DUN Trong,,, he he apakah UMNO Trong setuju.... 

Pimpinan UMNO Lumut bakal-bakal calon masing-masing dah duk pasang angan-angan nak jadi calun... apakah MIC setuju... 

aku setuju UMNO bertanding...sebab aku nak tengok pengundi India nak undi siapa?.....
ManjungMari



BERGELORA!!!Team Najib- Muhyiddin tidak sehaluan lagi ?


Semenjak pasukan Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai BN pada 2009, perdana menteri dan timbalan perdana menteri itu cuba menonjolkan satu imej kepimpinan yang sepadu.

Namun, di saat pilihan raya makin hampir, tanda-tanda keretakan semakin ketara pada keutuhan kepimpinan yang digambarkan itu dan contoh paling jelas dilihat melalui reaksi kerajaan yang mengelirukan berhubung pindaan Akta Keterangan.


Susulan kepada bantahan Seksyen 114A Akta Keterangan oleh pengendali laman web, Najib pada 14


Ogos mengumumkan di Twitter bahawa beliau akan mengarahkan kabinet mengkaji semula peruntukan undang-undang yang menimbulkan kontroversi itu.

Sehari kemudian, Muhyiddin yang mempengerusikan mesyuarat kabinet semasa ketiadaan Najib membuat keputusan yang bertentangan arahan perdana menteri supaya mengkaji semula pindaan tersebut.


Malaysiakini difahamkan bahawa Muhyiddin juga memanggil dua timbalan menteri, Datuk Saifuddin Abdullah dan Gan Ping Sieu, serta ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin berhubung pendirian mereka yang tidak bersetuju dengan peruntukan pindaan akta tersebut.


Mesyuarat pada 15 Ogos itu pada awalnya memutuskan untuk menegur ketiga-tiga pemimpin Umno berkenaan ekoran pendirian itu yang bertentangan dengan kerajaan.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengesahkan perkata itu namun menjelaskan bahawa ia hanyalah satu cadangan yang ditolak Najib selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet sekali lagi pada 28 Ogos.


Walaupun dengan keputusan perdana menteri sedemikian, Muhyiddin pada 3 September memanggil dua timbalan menteri berkenaan ke pejabatnya,


Perkara ini disahkan sekali lagi oleh Nazri yang hadir ke mesyuarat tersebut, namun beliau menjelaskan bahawa tiada sebarang teguran dikeluarkan.


Menteri undang-undang itu juga berkata, beliau tidak memanggil timbalan menteri berkenaan tetapi dijemput oleh Muhyiddin untuk menjelaskan peruntukan tersebut kepada Saifuddin dan Gan.


Di sebalik babak yang berlangsung itu, komplot politik di peringkat parti nampaknya juga sedang digerakkan.


Menurut sumber PKR, puak Umno yang memihak kepada Muhyiddin dipercayai bertanggungjawab membocorkan dokumen projek sambungan LRT laluan Ampang yang mengaitkan Najib dalam pemberian kontrak kontroversi itu kepada George Kent (Malaysia) Bhd.

PKR menggunakan dokumen tersebut untuk menyerang Najib dengan dakwaan bahawa perdana menteri masuk campur dalam proses tender terbuka projek tersebut supaya memihak kepada konsortium George Kent.

Pengerusi konsortium tersebut ialah Tan Sri Tan Kay Hock yang disifatkan sering bermain golf dengan Najib.


Ketika dihubungi, pengarah strategi PKR Rafizi Ramli yang bertanggungjawab mendedahkan skandal


itu berkata, identiti individu yang menghantar dokumen tersebut ke ibu pejabat PKR tidak diketahui.

Katanya, dokumen tersebut dihantar dalam satu sampul surat.


"Kesemua dokumen itu lengkap jadi terpulang kepada saya bagaimana hendak menggunakannya," kata Rafizi yang menambah, identiti individu yang menghantar dokumen berkenaan menjadi bahan spekulasi.Kedahkini

PENEROKA MULA RUGI!!!! Saham Felda terus jatuh ke paras bawah 4.70



KUALA LUMPUR: Saham Felda Global Venture Holding (FGVH) terus menjunam jatuh dengan pantas menuju harga awal ketika dilancarkan iaitu RM4.55 apabila jatuh lapan sen lagi tengahari ini.

Saham itu terus jatuh sebanyak 89 sen sejak mencecah RM5.55 pada 5 Julai lalu dan ditutup pada harga RM4.69 tengahari ini.

Saham FGVH terus jatuh selepas mencecah batasan saikologinya apabila jatuh ke RM5.00 Rabu minggu lepas, iaitu jatuh sehingga 31 sen.

Mula rugi

Sementara itu, Penasihat Ekonomi Anak (Persatuan Anak Peneroka Felda), Dr Rosli Yaakob (gambar atas) berkata, peneroka Felda kini mula rugi apabila sahamnya jatuh melepasi 4.70.

Ini kerana, dividen yang diperolehi tidak akan mampu menampung interest pinjaman yang mereka buat untuk membeli saham FGVH.

"Kadar interest pinjaman mereka untuk membeli saham ini pada kadar RM4.45 kini lebih tinggi berbanding dengan dividen yang mereka perolehi," kata Dr Rosli.

Kini, semasa laporan ini ditulis, saham FGVH adalah lebih rendah dari RM4.70 iaitu RM4.69.