Friday, October 5, 2012

UMNO PENING!!! Bilik Gerakan UMNO menjadi Markas PAS di Negeri Sembilan


Malam ini akan diadakan ceramah di Kg Baru Chengkau Ulu (tepi jalan utama ke Gunung Datuk). Pengarah MTD Kota Sdr Izamri memberitahu dulu rumah ini dijadikan bilik gerakan Umno semasa pilihanraya umum. Baru-baru ini tanpa disangka-sangka ianya menjadi Markas PAS untuk salah satu UPU di DUN Kota.

Manusia merancang, Allah juga merancang. Perancangan Allah mengatasi segala-galanya.
 
PJ NS

RAMPAS TANAH RAKYAT!!! Regim UMNO makin zalim menekan rakyat yang hidup susah


Tindakan regime Zionist mengusir, merampas dan meruntuhkan rumah-rumah milik rakyat Palestine bukanlah satu perkara yang luar biasa buat kita kerana berita mengenainya sering kita baca di berbagai-bagai media.


Nampaknya kekejaman puak Zionist tersebut telah dijadikan sebagai ikutan oleh sebuah parti yang berkuasa dan sering mencanangkan bahawa merekalah pejuang bangsa yang sebenar.

Jika di Pulau Pinang, pemimpin dari parti perkauman itu yang menyebabkan Melayu terpinggir dan tersingkir hingga menyebabkan ada ahlinya yang kecewa hingga bertindak membakar baju BN miliknya ( Lihat di SINI )


Di Terengganu pula untuk merampas semula tanah yang telah dianugerahkan kepada penduduk miskin ketika tampuk pemerintahan negeri dikuasai oleh PAS suatu masa dulu, 84 buah rumah milik Melayu yang miskin bakal menyembah bumi.

Beberapa buah rumah di Rancangan Tanah Berkelompok Kg Alor Jejawi Kuala Besut telah mula dirobohkan pada Khamis lalu.


Operasi merobohkan semua kediaman tersebut akan dijalankan berperingkat-peringkat.
Menurut beberapa orang penduduk operasi meroboh semua kediaman tersebut dijalankan semasa pemilik tiada di rumah.

Selain dari itu semua pemilik kediaman mendakwa tidak menerima sebarang notis dari mana-mana pihak untuk mengosongkan kediaman mereka.


Difahamkan semua pemilik mempunyai geran sementara untuk menduduki tanah terbabit.

Pemilik rumah-rumah terbabit adalah terdiri daripada mereka yang susah dan mereka mendirikan rumah tersebut secara berdikit-dikit.


"Mereka membangunkan rumah itu sehari demi sehari, secara berdikit-dikit sehingga ada yang telah siap dan ada masih dalam pembinaan, di Rancangan tanah Berkelompok Kuala Besut adalah 


"rombongan yang datang semalam, merobohkan rumah tersebut berlaku (ketika) penghuninya tiada di rumah...betapa zalimnya kerajaan yang tidak bersama kehidupan rakyat, 

 "mereka tahu rakyat hidup susah (tetapi) mereka terus menekan, memburu, memaki dan menghamun.....dalam keadaannya semahu-mahunya, sehinggalah rumah mereka (di)roboh dan runtuh,"tegas Yang DiPertua PAS Besut Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.




Pimpinan Pas Kawasan Besut melawat tapak rumah yang dirobohkan

Sumber gambar dari Tinta Hijau dari Kaki Bukit

BAKAR BENDERA PAS!!! Ketakutan hilang kuasa regim zalim


Gambar ini di ambil ketika ceramah umum Pakatan Rakyat yang disertai oleh Tamrin Ghaffar Baba di Alai, Melaka malam tadi.

Dilaporkan bendera Pas ini di curi dan dibakar oleh individu yang belum dikenal pasti.

Tekanan demi tekanan kepada Pakatan Rakyat serta penyokongnya, namun semakin kuat tekanan di beri makin kuat kami menentang kezaliman rejim Umno BN.

Gambar~fb

JUAL/TIPU TANAH ORANG MELAYU!!! Ketua Cawangan UMNO bakar baju UMNO


Marah apabila menyedari dirinya menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO, Ketua Cawangan UMNO Permatang Tengah bertindak membakar baju UMNO/BN miliknya di tengah-tengah Pekan Permatang Pauh petang tadi.


Ketua UMNO Cawangan Batu 5, Permatang Tengah, Permatang Pauh itu yang dikenali sebagai Talib dalam masa yang sama juga mendesak Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Faudzar meletakkan jawatan mereka.

Talib ketika kejadian mendakwa dirinya mewakili seluruh Ahli UMNO Cawangan Batu 5, yang takut untuk kedepan.


Ini perlu kerana menurut beliau kedua-dua pemimpin UMNO di Pulau Pinang itu telah menipu dan menjual harta dan tanah milik Melayu di Pulau Pinang.



Antara yang jelas membuktikan penipuan kedua-dua pemimpin UMNO itu dakwa Talib ialah Bazaar Perdana, Bandar Perda dan yang terbaru ialah penjualan tanah yang dimiliki oleh 31 orang Melayu di Kampung Terang Balik Pulau, Pulau Pinang.

Dalam transaksi penjualan tanah itu, dakwa Talib syarikat milik kedua-dua pemimpin UMNO Pulau Pinang itu telah memperolehi keuntungan RM5 Juta setelah menjualnya kepada pemaju. “Adakah begini caranya Pemimpin UMNO Pulau Pinang memperjuangkan nasib Melayu Pulau Pinang?” soal Talib.





“Mereka sering memekik dengan slogan HIDUP MELAYU!! HIDUP MELAYU!! Tapi dalam masa yang sama merekalah sebenarnya yang menyebabkan Melayu Pulau Pinang terpinggir dan merempat di tanah air sendiri”

Dalam masa yang sama beliau juga telah mengedarkan risalah atau dokumen yang menyokong dakwaannya itu kepada orang ramai yang melalui jalan tersebut.


Antara kandungan risalah tersebut ialah senarai nama 31 orang pemilik yang telah menjadi mangsa kerakusan pemimpin UMNO itu, dokumen yang membuktikan tanah tersebut telah dibeli dan dijual semula serta salinan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang mana didalamnya tersenarai nama pemimpin UMNO itu sebagai pemilik syarikat terbabit.



Ketika ditanya adakah beliau masih akan kekal bersama UMNO setelah sedar dirinya menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO?

Jawabnya "Hang tunggu 14hb ini!!"..


Kata orang... Terbakar kampung nampak berasap. Terbakar hati siapa yang tahu..



Untuk pengetahuan semua Talib sememangnya telah lama bersama UMNO.. buat yang masih baru atau berhingus bak kata Talib.. fikir-fikirkanlah.. jangan biarkan diri anda terus menjadi mangsa pembodohan pemimpin UMNO!!


ASD

PENDEDAHAN GANGSTERISME!!! Seorang Menteri, dua Ketua Pemuda BN didakwa terbabit

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pemuda MIC, T Mohan antara yang didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan gangster berkaitan kaum India.

Sepucuk surat yang bertarikh 20 April 2012 ditulis oleh ‘Ahli Umno Selayang Baru’ dihantar ke peti surat pejabat Gabungan Hak dan Kebajikan Rakyat (Power) menyatakan, ketiga-tiga pemimpin terbabit menghadiri satu majlis Deepavali di The Mines, Sri Kembangan.
Surat tersebut diajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan, majlis Deepavali itu dihadiri oleh 7,000 orang pemuda-pemuda India yang merupakan ahli geng kongsi gelap 36.

Turut dimaklumkan dalam surat berkenaan, tetamu kehormat yang hadir diberikan cenderahati dengan logo agama Hindu geng 36.

Pengerusi Power, S Gobi Krishnan berkata, beliau menerima surat berkenaan pada 3 Oktober lalu yang diletakkan pada peti surat pejabatnya di Sentul.

Khuatir dengan perkara berkenaan, beliau yang ditemani oleh Setiausaha NGO Warga Aman (Warga Aman), S Barathidasan membuat satu laporan polis di Balai Polis Travers bagi menggesa pihak polis menyiasat kesahihan surat berkenaan.

“Saya terkejut memandangkan surat ini memberitahu perkara ini dengan teliti.

“Saya minta polis menyiasat kebenaran adakah ketiga-tiga individu berkenaan terlibat dalam kumpulan gangster kerana ini adalah tuduhan berat,” katanya ketika ditemui di luar balai polis.

Terangnya lagi, perkara ini mampu menjejaskan negara dan ketenteraman awam. -selangorku

PANAS!!! Blogger No 1 UMNO turut belasah Ali Rustam

BLOGGERS NO 1 UMNO – hentam Ali Rustam kerana kos persandingan anaknya. Melawati laman tersebut, Umno Reform2 melihat bagaimana laman no 1 Bloggers UMNO bertindak turut menghentam Ketua Menteri Melaka kerana kos persandingan anaknya yang dikatakan mencecah RM 600,000.00.
Tindakan Ketua Menteri Melaka itu dikatakan memberi kesan kepada persepsi rakyat khususnya menjelang PRU 13. Isu ini telah dikatakan oleh Ketua Menteri Melaka sengaja dibawa kerana mereka dengki melihat hampir 130,000 kehadiran yang menunjukkan sokongan terhadap beliau. 

130,000 rakyat hadir MENUNJUKKAN SOKONGAN TERHADAP BELIAU – pasti menaikkan bulu kening politikus bukan sahaja dalam pembangkang tetapi dalam UMNO sendiri. - Umno Reform2 
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, Pakatan Rakyat "dengki dan iri hati" apabila sengaja memperbesar-besarkan SINI
 

Bapak bengong punya pasal...mempelai jadi mangsa


Pengantin malang...

Selalunya menjadi Raja Sehari adalah saat paling bahagia dan saat yang akan diabadikan oleh setiap pasangan pengantin,tetapi tidak untuk pasangan Mohd Ridhwan Mohd Ali dan Nur Azieha Mohd Ali.Atas 'kebengongan' bapak dan bapak mertua pasangan pengantin ini yang merasakan dia macam 'Sultan Melaka' si Ali apakenama,saat manis kini bertukar menjadi mimpi ngeri bila kos perkahwinan dan jemputan yang hadhir (dikatakan mencecah 130 ribu orang) mencetuskan kontrovesi sehingga saat ini.

Selebih nya hangpa baca kat Blogger No 1 UMNO  >> 
  SINI
 
Demo LoNie

KAJIAN TERKINI!!! Ranking Musa Aman merudum, Sabah tumbang ?

Tinjauan awam mendapati, tahap kepuasan pengundi terhadap Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman jatuh bawah 50 peratus walaupun kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih kekal tinggi.

azlan
Tinjauan Merdeka Center mendapati tahap kepuasan pengundi terhadap Musa jatuh daripada 60 peratus pada November 2009 kepada 45 peratus pada September 2012.

Jika dibahagikan berdasarkan etnik, mengejutkan apabila pengurangan mendadak 21 peratus berlaku di kalangan responden Bumiputera Islam daripada 72 kepada 51 peratus.

Populariti Najib masih stabil apabila 75 peratus responden berpuas hati dengannya berbanding 77 peratus pada 1999.

Perkembangan itu selari dengan kepuasan pengundi terhadap kerajaan yang mencatatkan angka 56 peratus - turun enam peratus daripada sebelum ini.

Dapatan itu merupakan yang kedua dan terakhir daripada tinjauan pandangan yang dijalankan antara 6 hingga 17 September untuk mengukur tanggapan pengundi terhadap perkembangan terkini di Sabah.

MUKA TAK MALU!!! Najib pemimpin Asia Tenggara pertama gunakan Google Hangouts yang banyak dislike

MEMETIK satu laporan portal berbahasa Inggeris The Star, akhbar online milik MCA itu mendakwa, Najib Razak yang bersiaran secara langsung dalam #TanyaNajib di YouTube merupakan pemimpin asia tenggara pertama menggunakan Google Hangouts.



Namun kalau kita lihat,
pada 17 Ogos 2012 yang lalu, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim terlebih dahulu telah menggunakan Google Hangouts di dalam program #BorakAnwar yang bersiaran secara langsung di YouTube.

Beliau sekaligus menjadi
rakyat Malaysia serta pemimpin pertama di Asia Tenggara yang menggunakan Google Hangouts untuk bersiaran secara langsung menerusi program #BorakAnwar [YouTube].



Apa yang lebih penting, video #BorakAnwar masih boleh diakses sehingga kini serta menerima
lebih banyak undian likes berbanding dislikes, tidak seperti yang berlaku kepada video #TanyaNajib yang menerima puluhan ribu dislikes rujuk sini [Tanya Najib].

ReJaM© "
Pemimpin Asia Tenggara pertama dapat puluhan ribu dislikes di Google Hangouts"

RAMAI DAH KENA!!! Bil anggaran TNB caj lima kali ganda

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjBZNLs2l2INzS-27zhcQ66oV0yFlT_U-nUdFl90bt4lmackVj7UwguEC_uUOndYheZL7_GK2duutMQfUbRkyBsNpafwWeSKIGKxSbAKvptClYJUrU9WAnDNs2OBxB9LM_aXivc8QcYL0cr/s400/XZ0CAJ7XRHICA9LL6M7CA6W68K7CAPA97MDCAB645W9CAAZIQXLCAZQU7GSCAX3QP09CAOWQDQMCACMS4FLCAN8B7Z0CA0YGYEVCAWUF1M4CAN142PXCA0VM1DNCALLJY36CAHBWPQ5CA93GE6ECA0TWXZ2.jpgJELEBU - Seorang pekerja pembinaan melahirkan rasa tidak puas hati apabila menerima bil elektrik pada bulan ini yang berjumlah lima kali ganda daripada bulan sebelumnya.

Zulhimi Abdul Latif, 41 berkata, kebiasaannya caj bil elektrik yang dikenakan sekitar RM50 hingga RM60 sebulan.


Menurutnya, lazimnya setiap bulan dia memperuntukkan RM200 untuk membayar semua bil kelengkapan rumahnya.


“Tetapi pada bulan ini, saya menerima bil anggaran Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berjumlah RM280. Saya membuat pertanyaan kepada pihak berkenaan dan bertanya mengapa perlu diberi bil anggaran sedangkan saya membuat bayaran bil setiap bulan.


“Mereka menjawab "kerajaan suruh buat macam ini" dan saya juga merujuk kepada wakil rakyat kawasan dan beliau menyatakan "ini adalah dasar kerajaan",” katanya.


Zulhimi yang ternyata kecewa dengan situasi itu berkata, bil anggaran atau penyelarasan itu tidak wajar dilakukan kerana ia membebankan pengguna.


Katanya, tarikh pembayaran yang tertera di bil berkenaan adalah selewat-lewatnya 27 September ini, namun kakitangan swasta sepertinya menerima gaji selepas tarikh berkenaan.


“Saya mahukan bil bulanan yang tepat. Misalnya bil September untuk penggunaan elektrik bulan itu sahaja dan bukannya bil anggaran.


“Bil anggaran ini juga tidak menyatakan penggunaan elektrik pada bulan berapa dan ini menyebabkan saya keliru,” katanya yang menyewa kediaman di Taman Bandar Tinggi, Kuala Klawang.SH