Sunday, October 7, 2012

KES CULIK!!! Siapa ahli politik di Kedah yang ditahan polis?

Seorang ahli perniagaan yang juga pemimpin sebuah parti politik di Kedah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes penculikan anak seorang doktor pakar kulit berusia 13 tahun, dua minggu lalu..

Siapa agaknya pemimpin yang dimaksudkan itu?.. biasanya kalau ianya melibatkan pemimpin dari Pakatan Rakyat, nama parti yang diwakilinya akan jelas dipaparkan tapi kali ini disembunyikan..

Ini laporan dari Lidah Rasmi UMNO @ Utusan

http://1.bp.blogspot.com/-CkPKAF1jN6E/TwblBuK-WOI/AAAAAAAAEXA/Rf-qMBZmChs/s1600/tanda-soal+kepala.jpg
ALOR SETAR 7 Okt. - Seorang ahli perniagaan yang juga pemimpin sebuah parti politik di Kedah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes penculikan anak seorang doktor pakar kulit berusia 13 tahun, dua minggu lalu.

Lelaki yang juga kontraktor berusia 52 tahun itu ditahan selepas menghadiri satu mesyuarat parti di sebuah restoran di Jalan Sekerat, Sungai Petani kira-kira pukul 6 petang semalam.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad berkata, penahanan tersebut bagi membantu siasatan kes setelah pihaknya berjaya menangkap lima suspek sebelum ini.


"Lelaki itu adalah suspek keenam ditangkap berkaitan dengan kes ini. Dia ditahan reman selama lima hari sehingga 11 Oktober ini bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini ~
Utusan
Ini pula laporan berkaitan kes culik tersebut di atas..
ALOR SETAR - Polis menahan empat lelaki yang disyaki terlibat menculik anak seorang doktor pakar kulit berusia 13 tahun dengan menuntut wang tebusan RM500,000 di sini Selasa lalu.

Kesemua suspek (gambar di atas )yang terdiri daripada tiga lelaki tempatan dan seorang warga negara Myanmar itu ditahan dalam serbuan berasingan Khamis lalu dan awal pagi semalam.


Suspek pertama ditahan di sebuah rumah di Kuala Kedah di sini malam Khamis lalu manakala tiga lagi rakannya dicekup di sebuah kuil yang dalam pembinaan di Taman Sutera, Sungai Petani pukul 2 pagi semalam.


Dalam serbuan di Taman Sutera, salah seorang suspek dikatakan cuba menyorok di dalam kuil itu selama hampir dua jam sebelum polis memberkasnya dengan kerjasama anggota bomba.


Menurut sumber, kanak-kanak lelaki itu diculik ketika pulang dari kelas tuisyen di sini kira-kira pukul 10 malam Selasa lalu.

Bagaimanapun.. tak kiralah walau dari parti mana sekalipun pemimpin tersebut.. undang-undang harus ditegakkan tanpa memilih bulu, jangan pula jika beliau dari pihak Barisan Nasional, siasatan berakhir ditengah jalan..ASD

KANTOI!!! Mahathir berbohong dizaman media baru..sapa yang pelupa ( Video pertemuan Mahathir dan Soros )


RAKYAT Malaysia tidak akan kenal dengan George Soros jika tidak dikenalkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir. Tun Mahathir orang yang mempopularkan George Soros di negara ini.

Rakyat Malaysia mulai mengenal George Soros sejak Tun Mahathir menghentam spekulator matawang kaya raya itu dan menuduhnya sebagai punca kejatuhan matawang dan ekonomi Malaysia pada tahun 1997.

Tun Mahathir menggelarkan George Soros sebagai penyangak matawang. Beliau mahu rakyat Malaysia percaya bahawa kejatuhan ekonomi Malaysia pada tahun 1997 adalah kerana penyangak matawang ini meskipun Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu adalah dirinya sendiri.

Tun Mahathir mahu rakyat percaya bahawa George Soros menjahanamkan ekonomi Malaysia walaupun segala kuasa, keputusan dan lain-lain di dalam menentukan hala tuju ekonomi negara terletak di dalam tangan beliau pada waktu itu.

Cuba periksa di internet, tulis saja "Mahathir dan George Soros" di Google maka berlambak-lambak gambar Tun Mahathir bermesra bersama orang yang digelarkannya sebagai penyangak matawang itu boleh ditemui.

Setelah hampir 10 tahun Tun Mahathir menghentam dan meletakkan punca kejatuhan ekonomi Malaysia 1997 di atas bahu George Soros, pada tahun 2006, beliau jugalah orang yang membersihkan nama penyangak matawang itu.

Pada 16 Disember 2006, The Star melaporkan Tun Mahathir telah berjumpa dengan George Soros dan membuat kesimpulan bahawa spekulator matawang itu tidak boleh dipersalahkan di atas kejatuhan ekonomi Malaysia kerana dia tidak melakukannya.

Jelas di sini, Tun Mahathir telah mengubah persepsi rakyat Malaysia terhadap George Soros. Daripada  watak penyangak matawang yang diciptanya kepada insan yang tidak berdosa menyebabkan kejatuhan ekonomi Malaysia.

Namun kali ini, beliau kembali semula dengan propaganda lamanya menggelarkan George Soros sebagai penyangak matawang yang kejam semata-mata untuk menakut-nakutkan rakyat daripada menyokong Pakatan Rakyat.

Tun Mahathir menyebarkan propaganda baru kononnya mengundi Pakatan Rakyat bermakna mengundi George Soros. Maka George Soros terpaksa diberi persepsi jahat semula supaya relevan dengan propaganda baru ini.- MS


Kedahkini

ZAHID HAMIDI!!! Kantoi 2 kali, malu! malu!

KANTOI NO 1

Keratan akhbar Cina di bawah, dikutip dari facebook... Saya kata, "itu anak dia kot. biaq pi lah dia peluk cium sebab itu anak dia. Jangan 'haruan makan anak' udah laaaa"

Kawan saya kata, "Tok Zahid nie tak ada pun anak macam itu. Bini dia pun tak ada yang macam itu."


"Takkan perempuan simpanan kot...dia ini Islam Hadhari dan Wasatiyyah. Orang agama kalau nak peluk pun, dia mungkin peluk bini muda saja yang free hair ala wathatiyyah saja...." kata kawan saya seorang lagi.


Ada sesiapa tahu siapa perempuan yang Zahid Hamidi peluk ni?



Sumber :
Faqar


KANTOI NO 2
 
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, kontrak perolehan kapal selam Scorpene, pesawat Sukhoi dan alat ketenteraan lain, tidak dikemuka untuk tujuan pengauditan. “Ia tidak terkandung dalam laporan yang dikemuka Jabatan Ketua Audit Negara.

“Tugas Jabatan Ketua Audit Negara bukan menyiasat penyelewengan, tetapi menegur sekiranya perolehan tidak mengikut prosedur sepatutnya. “JKAN, pertama akan mengaudit secara random apa yang dilapor kepada mereka. Dalam isu pembelian Scorpene, cara membuat pembayaran tidak dikemuka dalam penelitian audit. Sepatutnya penelitian ini dibuat oleh SPRM,” ujarnya.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendesak semua pihak ‘harus menerima jawapan kerajaan’ mengenai isu itu seperti dijelaskan dalam laporan Ketua Audit Negara (LKAN).

Azan dalam pada itu mengesyaki laporan audit sengaja lewat dikemuka ke parlimen, sebagai usaha untuk melindungi sesuatu.


“Saya mengesyaki, oleh kerana tahun ini tahun kedua ia tergendala untuk diserah kepada parlimen, ada antara laporan yang ‘dikeluarkan’ untuk tujuan membentangkannya kepada parlimen,” ujarnya.


Sementara itu, Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, Isu pokok dalam skandal pembelian Kapal Selam Scorpene adalah integriti dan sistem Perolehan Kementerian Pertahanan.


Katanya, hingga kini kerajaan tidak telus menjawab soalan dibangkit Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pakatan Rakyat berhubung komisen dalam urusniaga tersebut.


“Rakyat hanya mengetahui isu ini selepas ia didedah NGO Suaram, melibatkan kerugian wang rakyat sebanyak RM7 bilion dan ini satu jumlah yang sangat besar.


“Sebab itu Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak harus menjawabnya dengan jujur dan telus termasuk persoalan melibatkan harga, keupayaan kapal selam dan bayaran komisen luar biasa yang dikait dengan beliau semasa menjadi Menteri Pertahanan,” katanya.
~anwarblog

10 OKTOBER 2012 !!! Najib akan buktikan berani merasmikan debat

Debat Piala Perdana Menteri?? Serius??!!

Bukankah mereka kata debat ni bukan budaya kita? Tapi siap ada piala beliau lagi?

Ini saja la yang dia berani kot. Ajak berdebat, kecut. Bila berbahas, ponteng.

KEJAYAAN BN DI SABAH!!! Menjadikan Sabah negeri termiskin di Malaysia

TIMBALAN Ketua Menteri,(TKM) Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, nampaknya betul-betul marah apabila pembangkang menuduh Barisan Nasional gagal membawa pembangunan di Negeri Sabah selepas memerintah negeri itu selama 49 tahun.



Memang benar kata TKM Sabah ini, selepas
49 tahun memerintah Sabah, Barisan Nasional telah berjaya membawa pembangunan ke Negeri Sabah. Buktinya Sabah telah berjaya menjadi Negeri paling miskin di dalam Malaysia.

Bukan itu sahaja, malah Barisan Nasional telah berjaya menjadikan Negeri Sabah
memiliki 40% daripada segala kemiskinan yang ada di negara ini. Hasilnya kini 40 peratus orang miskin tinggal di Sabah terutama di kawasan pedalaman.

Perkara ini didedahkan oleh akhbar berpengaruh Sabah,
Borneo Post yang memetik hasil laporan Bank Dunia. Rujuk printscreen di bawah.



Kepada rakyat Sabah, teruskanlah menyokong Barisan Nasional, jika mahu Negeri Sabah memiliki 100 peratus segala kemiskinan yang ada di bumi Malaysia ini suatu hari nanti.


ReJaM© "
Pairin Kitingan mahu tipu siapa? Rakyat atau diri sendiri? "

SKANDAL PKFZ!!! Mahathir, Najib wajib hadir ke mahkamah

KUALA LUMPUR 7 Oktober: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak wajib hadir memberi keterangan dalam perbicaraan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di mahkamah.
Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, kedua-duanya, termasuk Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak boleh memberi alasan untuk lari daripada undang-undang.

Beliau mengulas keterangan bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik bahawa ketiga-tiga mereka mempunyai kepentingan peribadi dalam projek itu.
Namun, Fuziah tidak menolak kemungkinan mereka memilih untuk berdiam diri dan tidak hadir dalam perbicaraan.

“Kita perlu ingat ketika kes Fitnah 1 pada tahun 1998, Mahathir juga disapina oleh peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim namun beliau tidak hadir.

“Mahathir manusia yang kebal dari undang-undang, malah beliau mengatasi undang-undang yang ada dan kesinambungan kekuasaan mutlak  itu diteruskan Najib.

“Jadi saya tidak terkejut jika mereka memilih untuk tidak hadir,” katanya.

Akhbar Sinar Harian semalam melaporkan 3 Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Razak dan Tun Abdullah Ahmad Badawi akan disapina untuk memberi keterangan dalam perbicaraan skandal PKFZ membabitkan mantan Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik.

Dr Ling didakwa atas satu tuduhan utama dan satu tuduhan pilihan menipu kerajaan Malaysia dengan mengelirukan Jemaah Menteri untuk memberi persetujuan terhadap pembelian tanah di Pulau Indah, Pelabuhan Klang.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu antara 25 September 2002 dan 6 November 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya.

Mengikut pertuduhan utama, Dr Ling didakwa menipu kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan lembaga Pelabuhan Klang (LPK).SK

SAMAN RAKYAT 1MALAYSIA!!! ST1M nama baru bagi AES yang memeras duit rakyat

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan supaya saman kenderaan melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dinamakan Saman Rakyat 1Malaysia (ST1M).

Beliau juga meminta rakyat supaya memahami bahawa AES hakikatnya direka untuk memberi manfaat kepada MCA yang menjadi kroni Umno di dalam Barisan Nasional (BN).

"AES direka khusus untuk berdasarkan konsep 'kongsitium' yang diamalkan di dalam BN- lu tolong gua, gua tolong lu.

"Itu perkara asas yang mesti difahami oleh semua rakyat," katanya.

Bagi Ahli Parlimen Pokok Sena itu, isunya bukan saja ketelusan sistem tender AES, tetapi yang pertama sekali yang mesti dipersoalkan adalah model perniagaannya.

"Mengapa sistem penguatkuasaan kerajaan boleh diswastakan?

"Dalam kata lain, bagaimana saman pun boleh diswastakan?" Mahfuz memnpersoalkan.

Beliau menyifatkan apa yang berlaku di sebalik AES yang direka khusus berdasarkan konsep 'lu tolong gua, gua tolong lu' BN itu sebagai perkara baru .

"Saya diberitahu bahawa ini perkara baru dalam ilmu pentadbiran dunia yang tidak diajar dalam mana-mana universiti terulung dunia," katanya.

Menurut Mahfuz, ilmu ini hanya terdapat dalam kurikulum subjek kronisme dalam universiti Umno BN di mana MCA ternyata semakin menjadi tukang kutip untung di dalam BN.

"Tahniah Umno," sindir beliau.

Memandangkan AES dibuat bertujuan utk memeras rakyat, sebab itulah Mahfuz mencadangkan agar nama sistem itu digantikan dengan ST1M.

Baginya, cara terbaik untuk menghentikan penindasan ST1M ialah membuang Umno BN dari tampuk pemerintahan.

"Ini kerana merekalah yang merosakkan negara dengan rasuah dan tamak haloba mereka hingga ST1M pun boleh ada," katanya.

Syarikat berkaitan MCA sebelum ini dilaporkan telah mendapat kontrak saman pengangkutan AES.

Syarikat-syarikat tersebut adalah Ates Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd.

Menurut portal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pula, 831 tempat yang disebut sebagai kawasan blackspot telah disenaraikan sebagai lokasi pemasangan kamera AES di seluruh negara.

KETAKUTAN NAJIB!!! Bukan hanya diguling Pakatan tapi Muhyiddin

http://3.bp.blogspot.com/-3a51mmg2I8o/TudRzCMidSI/AAAAAAAAQgg/Nj4vdcWM6bc/s320/din+vs+jib.jpgUntuk kesekian kalinya Najib merayu lagi. Sebelum ini sudah beberapa kali beliau merayu, baik kepada pengundi Melayu, Cina, India dan rakyat biasa. Kali ini Najib merayu agar beliau diberi mandat yang lebih besar dalam pilihanraya akan datang dengan alasan untuk meneruskan pembangunan negara dan mencapai cita-cita menuju Wawasan 2020.

Dalam wawancara program CNBC Conversation, Najib nampaknya secara terus-terang menyatakan hanya dengan mandat yang besar saja membolehkannya terus melaksanakan program-program yang sudah diramcang selama ini.


Kebimbangan Najib terhadap mandat besar ini pada hakikatnya menyerlahkan pelbagai perkara. Sementara beliau merasakan mandat besar amat perlu untuk survival politiknya, rakyat pula beranggapan sebaliknya. Rakyat amat bimbang dengan perilaku Najib serta barisan kepimpinan UMNO sekiranya mandat besar terus diberikan kerana ia mungkin menggalakkan lebih banyak berlaku skandal, perbuatan rasuah dan amalan membolot kekayaan peribadi.


Dengan mandat nyawa-nyawa ikan sekarang pun, pelbagai perkara buruk terus juga dilakukan tanpa segan silu, apatah lagi jika ada mandat lebih besar. Yang merompak kekayaan negara, terus juga merompak. Yang bergaya mewah dan membeli pelbagai hiasan mahal-mahal di luar negara, tanpa malu-malu memperaga kemewahan di sebalik derita yang ditanggung rakyat. Amalan campurtangan dalam pentadbiran kerajaan, mengutamakan kroni dalam pemberian projek, pembaziran dan sebagainya terus berlaku seolah-olah tidak ada titik noktaknya.


Bayangkan jika mandat lebih besar diperolehi Najib!


Hakikatnya rakyat tidak mahu lagi memberi mandat besar, bukan saja kepada UMNO tetapi juga kepada mana-mana kerajaan sekali pun. Dalam pilihanraya akan datang, baik BN atau PR, rakyat tidak mungkin memberi mandat yang begitu besar. Mandat besar ibarat mengundang mala petaka tujuh keturunan.


Kerana ketiadaan mandat besarlah, Najib sekurang-kurangnya tahu juga memberi rakyat pemberian tunai melalui BR1M, baucer buku, wang saku untuk pelajar sekolah dan sebagainya. Dengan mandat besar, jangan harap semua itu akan diberikan.


Dengan mandat besar, yang mungkin berlaku ialah amalan berganda di kalangan pimpinan UMNO terus memperkayakan diri dan keluarga masing-masing. Dengan mandat besar juga, semua isteri dan anak pemimpin akan terus bergaya mewah, mampamer gelang lebih besar dan beg tangan paling mahal.


Dengan mandat besar, lihat sahaja bagaimana Tun Mahathir mengatur perjalanan kekayaan anak-anaknya dan dengan mendapat besar juga, lihatlah bagaimana Taib Mahmud memobolot segala hasil dan projek perniagaan di Sarawak sehingga beliau dan kaum keluarganya menjadi antara keluarga paling kaya di negara.


Menolak mandat yang besar bererti mewujudkan "check and balance" dalam pentadbiran kerajaan dan amalan kehidupan mana-mana pemimpin.


Kebimbangan lain yang dirasakan Najib jika beliau gagal mendapat mandat besar ialah masa depan politiknya sendiri dalam UMNO. Beliau tahu tradisi UMNO dan BN selama ini ialah menang majoriti dua pertiga dan jika kurang daripada itu, ia akan diangggap gagal. Lihat saja Pak Lah pada pilihanraya 2008, hanya kekurangan 8 kerusi daripada majoriti dua pertiga, beliau akhirnya dipaksa melakukan peralihan kuasa.


Orang yang berani mendesak Pak Lah ketika itu ialah Muhyiddin Yassin. Hari ini Muhyiddin hanya setakuk berada di bawah Najib. Ini bermakna jika Najib gagal mendapat majoriti dua pertiga, Muhyiddin lebih mudah memaksa Najib untuk berundur. Suara Muhyiddin sebagai TPM dan Timbalan Presiden UMNO kali ini tentunya lebih berpengaruh berbanding ketika beliau mendesak Pak Lah berundur dahulu.


Najib yang hanya menumpang kuasa atas saki-baki peninggalan Pak Lah, diakui bukan saja di Malaysia tetapi juga seluruh dunia bahawa lebih kelemahannya berbanding wibawanya. Tidak ramai yang mengakui beliau mampu membawa kemenangan lebih besar daripada 2008. Yang merasa dan mengharapkan beliau dan UMNO akan kalah juga makin meningkat.


Majalah Economist juga baru-baru ini meramalkan Najib bakal menerima nasib seperti bekas PM England Gordon Brown, yang turut memerintah atas saki-baki Tony Blair tetapi kemudiannya apabila mengadakan pilihanraya, parti Buruh pimpinannya tewas kepada Konservatif pimpinan David Cameroon.


Dalam situasi Najib, dua suasana sedang menghimpitnya. Beliau dan BN mungkin tewas kepada Anwar dan PR dalam pilihanraya umum akan datang. Jika itu berlaku, nasibnya sama seperti Gordon Brown. Situasi kedua ialah BN mungkin menang tetapi dengan majoriti yang amat tipis dan lebih kecil daripada 2008. Jika itu berlaku, Muhyiddin sedang menunggu untuk menariknya turun.


Dengan terus merayu agar beliau terus diberi mandat lebih besar, Najib sebenarnya sedang berusaha mengelakkan kedua-dua situasi itu. Tetapi ketakutan beliau akan kehilangan kuasa sudah dapat dirasai sekarang ini. ( SH 07/10/2012)

UMPAN BAJET TAK MENJADI!! Orang muda tetap tolak Najib

http://sphotos-b.xx.fbcdn.net/hphotos-snc7/c0.0.403.403/p403x403/487643_10151065164856510_815396522_n.jpgCubaan Najib untuk memikat hati pengundi muda nampaknya tetap melalui jalan buntu. Dalam Bajet 2013, beliau memperkenalkan BR1M 2.0 yang memperuntukkan habuan sebanyak RM250 untuk orang bujang berusia antara 21 hingga 30 tahun yang berpendapatan RM2000 ke bawah, selain memperkenalkan rebet RM200 untuk mereka memiliki telefon pintar.

Pemberian itu disambut dingin oleh majoriti orang muda. Berbanding gejala rasuah, skandal dan penyelewengan yang terus berleluasa, habuan RM 200 dan RM250 itu langsung tidak mengocak iman mereka. Lagi pula, berbanding PR yang menawarkan penurunan harga kereta, pinjaman PTPTTM dihapuskan dan sebuah kerajaan yang lebih telus dan terurus, ia ternyata jauh lebih menarik hati golongan muda.


Sebab itu, walaupun bajet ini kali dianggap terbaik oleh UMNO, rakyat dan anak muda umumnya hanya berbicara sehari dua saja mengenainya. Selain tiada pembaharuan dan arah tuju yang jelas, bajet kali ini hanya dipenuhi pemberian tunai yang minta dibalas dengan undi dalam pilihanraya sahaja. Selebihnya kosong.


Dengan hasrat untuk berinteraksi dengan golongan muda yang menguasai dunia maya, Najib juga cuba meniru pendekatan Anwar dengan tampil melalui Google Hangout dalam program #tanyanajib pada 3 Oktober lalu dengan tujuan mempromosi segala macam "goodies" yang diagih-agihkannya bak Santa Claus itu.


Namun agak malang juga, soalan-soalan yang diajukan dalam program itu akhirnya dijadikan medan bahan jenaka dan mempersenda beliau. Lebih banyak soalan menyindir, mempersenda, memperlekeh malah mempermain-mainkan Perdana Menteri berbanding soalan yang berkaitan dengan bajet, walaupun ia agak hebat dipromosi sebelumnya. Isteri beliau, Rosmah Mansor juga turut dijadikan bahan jenaka dalam soalan yang dikemukakan anak-anak muda.


Ketika rakamannya disiarkan di Youtube pula, dalam tempoh sekejap saja penonton yang tidak suka atau dislike melonjak begitu tinggi berbanding mereka yang suka atau like. Direkodkan sebanyak 1,400 dislike berbanding 104 like dalam tempoh singkat sehingga akhirnya menyebabkan rakaman itu "diprivatekan" untuk mengelakkan lebih banyak timbunan dislike daripada penonton yang tentunya terdiri daripada anak-anak muda.


Video Najib itu bagaimanapun kemudiannya disiarkan pula dalam web astroawani dan sehingga kini penonton yang dislike sudah melebihi 10,000 berbanding hanya 1000 lebih yang like.


Hakikat in memperlihatkan bahawa Najib sebenarnya ditolak mentah-mentah oleh majoriti anak muda. Pemberian goodies atau gula-gula pilihanraya langsung tidak memikat hati anak muda kerana bukan itu yang dimahukan oleh mereka daripada sebuah kerajaan dan dari seorang Perdana Menteri.


Jika sekadar duit tunai RM200 atau RM250, anak-anak muda sebenarnya boleh memperolehinya dengan meminta daripada ibu bapa masing-masing atau melakukan kerja sambilan di KFC atau Mc Donalds pada hujung minggu. Daripada sebuah kerajaan, pengharapan anak-anak muda lebih daripada itu.


Mereka tentunya mengharapkan kerajaan dan pemimpin yang baik, mengutamakan rakyat dan peka kepada keperluan mereka seperti pendidikan, pengangkutan, pekerjaan, kesihatan, perumahan dan sebagainya. Dan mereka juga mahukan kerajaan yang bebas dari skandal, rasuah, penyelewengan serta elemen membolot kekayaan peribadi di kalangan pemimpinnya.


Tetapi Najib dengan memberi tunai sebanyak itu, dalam masa yang sama gagal mewujudkan kerajaan yang benar-benar diyakini serta kelompok pemimpin yang bersih moralnya. Bahkan beliau juga gagal mencontohkan diri dan keluarganya sebagai idola yang boleh dijadikan ikutan serta teladan.


Meskipun sebelum ini dalam beberapa program yang melibatkan anak-anak muda, mereka dilihat memberi sokongan dengan kehadiran yang ramai tetapi sebenarnya kehadiran itu bukan untuk Najib. Ia mungkin hanya untuk UMNO dan kerajaan sahaja. Dan mungkin juga kehadiran dalam beberapa program sebelum ini adalah sekadar pengisian masa lapang saja.


Ramai anak muda sebenarnya tidak suka dengan cara kepimpinan Najib yang penuh retorik, bergaya mewah, tidak tegas serta kurang keberanian dalam menghadapi isu yang melanda negara. Selain anak-anak muda yang sebahagian besarnya tetap menolak UMNO dan kerajaan yang ada, sebahagian lagi mungkin hanya menerima UMNO atas sebab-sebab nostalgia namun tidak rela negara ini terus dipimpin oleh Najib selepas pilihanraya ini.


Bagi anak muda, dengan menyatakan penentangan secara terbuka kepada kepimpinan Najib, ia adalah pembuka lembaran kepada perubahan sistem baru politik negara ini. Ramai kalangan anak muda yang merasakan negara ini akan menjadi lebih malap sekiranya ia terus dikuasai oleh UMNO. Lebih gelita jika Najib terus kekal sebagai PM. Menolak UMNO dan Najib hanyalah untuk merubah sistem politik yang ada dan menandakan bermulanya sistem dua parti yang dilihat amat praktikal demi kebaikan semua orang.


Dengan menumbangkan Najib dan UMNO dan menjadikan PR kerajaan baru selepss pilihanraya akan datang, rakyat akan dapat menilai perbezaan antara BN dan PR. Jika selepas lima tahun, PR gagal berfungsi dengan baik dan tidak menunaikan janji-janjinya, PR dengan mudah boleh dijatuhkan dan digantikan dengan BN semula.


Permulaan kepada sistem kerajaan yang boleh bertukar ganti itu hanya mungkin dapat dilakukan jika UMNO ditumbangkan terlebih dahulu. Tanpa UMNO dan BN ditumbangkan, ia mustahil dilakukan atau mungkin memerlukan 50 tahun akan datang lagi untuk melakukannya.


Anak muda secara umumnya menguasai lebih 40 peratus daripada pengundi berdaftar dan dilihat paling aktif. Gambaran penolakan anak muda yang dipamerkan terhadap Najib dalam program Google Hangout serta terhadap gula-gula pilihanraya dalam Bajet 2013 adalah sesuatu yang baik untuk negara dan kita semua.


Penolakan itu bukan saja harus sentiasa dipertingkatkan, malah seharusnya diraikan juga. (SH 05/10/2012)

TERKINI!! Najib terbang lagi ke Sabah, petanda BN dalam bahaya




Buat kali kelima tahun ini, Perdana Menteri, Najib akan sekali lagi melawat Sabah selama dua hari, satu lagi bukti bahawa pergolakan politik dalaman Barisan Nasional (BN) negeri semakin serius sejak akhir-akhir ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Penerangan sebentar tadi, Najib dijangka akan tiba di Kota Kinabalu pada 13 Oktober, lawatan selama dua hari Najib sebagai apa yang disifatkan "penderitaan kehilangan kredibiliti dan kehilangan aura seorang pemimpin yang lemah".


Dia akan disambut Ketua Menteri yang semakin hilang sokongan, Musa Aman, Naib Presiden Umno-APCO yang mengintai jawatan Musa, Shafie Apdal dan pemimpin parti komponen BN negeri lain seperti Joseph Pairin Kitingan dan Bernard Dompok.


Sebaik tiba, Najib dijangka terus melawat ke Kampung Inobong di Penampang untuk merasmikan majlis pecah tanah bangunan Mahkamah Anak Negeri dan merasmikan pembukaan sebuah jambatan baru yang menyeberangi Sungai Moyog.


Beliau kemudian akan menuju ke Kundasang untuk menghadiri mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin BN negeri di Taman Kinabalu Kundasang di mana Kinabalu International Climbathon kali ke-26 akan diadakan pada hujung minggu dan akan melepaskan seramai 658 peserta dari 28 buah negara jam 7 pagi pada 14 Oktober.


Perdana Menteri kemudian akan terbang ke Kudat menggunakan helikopter dan melakukan sesi 'walkabout' di Kampung Ayer dan hanya akan tertumpu di sekitar bandar tersebut tanpa memasuki kawasan yang lebih terpencil.


Jadual akhir, Najib kemudiannya akan membuat lawatan ke Tuaran, parlimen yang menyaksikan bekas Timbalan Presiden UPKO, Wlifred Bumburing keluar dari BN awal Julai lalu untuk acara bertemu rakyat sebelum kembali ke Kuala Lumpur jam 5 petang pada hari yang sama.


Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam satu mesej di Twitternya menyebut bahawa kesemua kawasan parlimen yang bakal dijelajah Najib adalah antara paling bermasalah bagi BN untuk mengekalkan kerusinya dalam pilihanraya umum akan datang.


Pengalamannya selama dua minggu berada di negeri di bawah bayu itu semasa lawatan kerja awal bulan lalu membuktikan bahawa Najib kini terdesak mengembalikan sokongan kaum Kadazandusun dan Murut kerana kemaraan berterusan Parti Reformasi Sabah (STAR) yang diketuai adik Pairin, Jeffrey Kitingan semakin membimbangkan BN negeri.


Manakala isu pendatang tanpa izin yang sudah lama dibiarkan berlarutan dijangka terus menghantui Najib walaupun panel penubuhan Jawatankuasa Siasatan Diraja (RCI) sudah memulakan siasatan mereka awal minggu ini.


Untuk rekod, parlimen Penampang yang diwakili Bernard Dompok cuma menang dengan majoriti 3,063 undi mengatasi calon KEADILAN, Dr Edwin Bosi dalam pilihanraya umum lalu berbanding majoriti yang diperolehi Peter Monjutin dari BN sebanyak lebih 12 ribu undi .


Sementara parlimen Putatan pula menyaksikan kemenangan Marcus Mojingoh susut lebih 1,200 undi menewaskan calon KEADILAN, Saukinah Yussof yang memperolehi 6,485 undi.


JALAN PULANG

DEDAH!!! Mahathir, Pak Lah, Najib Ada Kepentingan Dalam PKFZ - Dr. Ling Liong Sik


KUALA LUMPUR 7 Oktober: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak wajib hadir memberi keterangan dalam perbicaraan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di mahkamah.

Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, kedua-duanya, termasuk Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak boleh memberi alasan untuk lari daripada undang-undang. Beliau mengulas keterangan bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik bahawa ketiga-tiga mereka mempunyai kepentingan peribadi dalam projek itu.


Namun, Fuziah tidak menolak kemungkinan mereka memilih untuk berdiam diri dan tidak hadir dalam perbicaraan.

“Kita perlu ingat ketika kes Fitnah 1 pada tahun 1998, Mahathir juga disapina oleh peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim namun beliau tidak hadir.


“Mahathir manusia yang kebal dari undang-undang, malah beliau mengatasi undang-undang yang ada dan kesinambungan kekuasaan mutlak itu diteruskan Najib.


“Jadi saya tidak terkejut jika mereka memilih untuk tidak hadir,” katanya.


Akhbar Sinar Harian semalam melaporkan 3 Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Razak dan Tun Abdullah Ahmad Badawi akan disapina untuk memberi keterangan dalam perbicaraan skandal PKFZ membabitkan mantan Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik.


Dr Ling didakwa atas satu tuduhan utama dan satu tuduhan pilihan menipu kerajaan Malaysia dengan mengelirukan Jemaah Menteri untuk memberi persetujuan terhadap pembelian tanah di Pulau Indah, Pelabuhan Klang.


Beliau didakwa melakukan perbuatan itu antara 25 September 2002 dan 6 November 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya.


Mengikut pertuduhan utama, Dr Ling didakwa menipu kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan lembaga Pelabuhan Klang (LPK).
~kd