Tuesday, October 9, 2012
KEDUTAAN MALAYSIA DITUTUP!!! Sambut Rosmah, adakah dia lebih mulai dari Permaisuri Agong?
DOHA, Qatar: Kedutaan Malaysia di Doha ditutup kepada orang ramai selama tiga hari, Isnin hingga Rabu, ekoran lawatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke negara itu.
Makluman penutupan itu dibuat melalui pekeliling yang dikeluarkan oleh pejabat kedutaan itu menerusi Persatuan Malaysia Qatar (MAQ).
Menurut sumber Harakahdaily di Doha, inilah pertama kali maklumat pejabat kedutaan ditutup dibuat demi untuk melayan tetamu negara.
Sebelum ini, Perdana Menteri dan Yang Dipertuan Agong pernah melawat Qatar namun tidak ada pengumuman seumpama itu dibuat.
Menurut Bernama, Rosmah Mansor mengadakan kunjungan hormat ke atas isteri Perdana Menteri Qatar, Sheikha Noor di Al-Wajba Palace, kediaman rasmi Perdana Menteri Qatar di sini 8 Oktober.
Pertemuan Rosmah dan Sheikha Noor yang berlangsung kira-kira 15 minit dan diikuti jamuan tengah hari itu turut disertai lapan anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) serta isteri Duta Malaysia ke Qatar, Abariah Jazri.
Rosmah tiba di sini petang Ahad bagi menghadiri Forum Pelabur Asia 2012 (IIF).
Terdapat 4,600 rakyat Malaysia di Qatar yang terdiri daripada golongan profesional, usahawan dan pekerja serta keluarga mereka.
Ekoran pengumuman itu, mereka sangat terkejut kerana tidak ada pengumuman penutup kedutaan dibuat walaupun ketika Perdana Menteri dan Yang Dipertuan Agung melawat negara itu.
Penutupan ini bagi mereka sangat menyusahkan dan yang melecehkan mereka adalah ia ditutup kerana lawatan isteri Perdana Menteri sahaja.
"Kalau ditutup kerana nak layan Yang Dipertuan Agung ke, PM ke, kita fahamlah. Tetapi tutup kerana isteri PM, lecehlah," kata sumber itu kepada Harakahdaily.
BONGKAR!!! 3.1 juta warga asing dalam Daftar Pemilih di Malaysia
RCI SABAH TERCEMAR DAN UTOPIA?
BUKTI.....Mutalib
(kanan) mengabadikan kenangan bersama salah seorang peminatnya, Mr Lai
yang datang daripada Semenanjung Malaysia untuk membeli buku 'IC Projek
Agenda Tersembunyi Mahathir (?) yang berharga RM1,500 sebuah.
Oleh : MOHD HALIM AHMAD
PENUBUHAN
Suruhanjaya Siasatan DiRaja (Sabah) untuk menyiasat isu kebanjiran
rakyat asing dan kerakyatan songsang telah dicemari sikap pemimpin Sabah
yang tidak mempunyai semangat nasionalisme dan hanya utopia (tidak
mungkin wujud di alam nyata).
Penulis
Kontroversi, Mutalib M.D berkata demikian ketika mendedahkan penemuan
terbarunya di Forum Perdana RCI Sabah di sebuah hotel di Kota Kinabalu
baru-baru ini.
"Apa
ertinya RCI jika pemimpin kita yang mencemarkannya melalui penglibatan
terus mereka dalam isu kerakyatan songsang? Berhargakah RCI jika panel
yang ditubuhkan atas perkenan DYMM Yang Di Pertuan Agung, bukannya atas
Daulat Sultan Sulu, Datuk Akjan tidak mempunyai wibawa dan mudah
diperlekehkan masyarakat?," tanya Mutalib secara sinis.
Mutalib
kesal kerana Dewan Undangan Negeri Sabah dan Ibu Pejabat UMNO gagal
mengesan bahawa Adun Sebatik, Datuk Abdul Muis Picho adalah PATI yang
mendapat kerakyatan songsang, tetapi menjadi salah seorang penggubal
undang-undang di Sabah.
"Malah
kita kesal kerana PATI boleh menggunakan pengaruh Istana untuk hidup
mewah dan mendapat suaka politik di Sabah. Kenapa polis dan imigresen
tidakpun menyiasat kerakyatan 'Isteri' Adun Sekong, Pia Binti Dahlan
yang menggunakan nama keluarga terdekat TYT (Tun Juhar) untuk
mendapatkan MyKad, sekalipun beberapa laporan polis telah dibuat?" tanya
Mutalib yang menunjukkan beberapa bukti penting.
Selain
Pia, isteri Ahli Parlimen Silam, Hajjah Fatmah Abdul Aziz juga turut
menggunakan dokumen palsu dan memalsukan keterangan diri untuk
mendapatkan kedudukan dan suaka politik di Sabah.
"Jika
PATI boleh menjadi TYT, Ketua Menteri (Sakaran), Adun (Muis) dan Ketua
Jabatan serta isteri orang kenamaan, apa yang mampu RCI lakukan
melainkan untuk memberikan pengiktirafan?," kata Mutalib yang menggesa
agar rakyat Sabah membuka mata dengan memantapkan jati diri menolak
PATI.
Mungkin
tiba masanya, kata Mutalib, rakyat Sabah bangkit menyelesaikan isu ini
secara glokal kerana tidak mampu diselesaikan Kerajaan Persekutuan yang
langsung tidak mempunyai 'Political Will' setelah isu ini berakar umbi
dan mendominasi UMNO sejak 1991.
"Warganegara
songsang atau PATI yang mendapat kerakyatan melalui IC Projek bukan
lagi rahsia seperti kewujudan Iblis dan Syaitan. Tidak perlu dibuktikan
oleh Suruhanjajaya atau 'Ghost Buster' kerana hanyalah kerja sia-sia,"
tegas Mutalib lagi.
Mutalib
menjelaskan, kuasa rakyat lebih ampuh kerana tidak ada bala tentera di
dunia yang dapat menewaskan pemikiran rakyat yang cintakan negara
melebihi daripada jiwa dan raga mereka.
Namun
jika rakyat Sabah tidak mampu bangun melawan kezaliman melalui
'Pilihanraya' yang sudah dicemari pengundi hantu, maka salah satu jalan
yang terbentang ialah memupuk semangat nasionalisme seperti sejarah Kuih
Bulan di negara China.
"Minda
rakyat harus menolak sebarang paksaan untuk menerima 'Warga Penyu'
sebagai ahli dan pemimpin parti tanpa sebarang alasan dan menolak hadis
atau dalil palsu untuk menghalalkan kerakyatan songsang," kata Mutalib
yang telah mendedahkan banyak bukti yang beliau perolehi, termasuk
penglibatan pemimpin UMNO dan pegawai kanan kerajaan.
Kata
Mutalib, tidak ada yang dapat membantu rakyat Sabah menyelesaikan isu
yang menjadi ibu segala masalah kerana semua pihak mempunyai kepentingan
politik dan penubuhan RCI hanyalah usaha murni untuk menjinakkan rakyat
Sabah yang mula memberontak.
Panel
RCI, kata Mutalib tidak perlu bersusah payah mengambil masa enam bulan,
malah satu minggu sudah mencukupi untuk mendapatkan bukti kerana
kerajaan telah menangkap lebih 15 Pegawai Pendaftaran dan 25 Orang awam
pada 1996 yang terlibat dengan Sindiket IC Projek dan Skandal X Files
Ops Gembleng di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Panggil
sahaja beberapa nama yang saya dedahkan dalam kesemua buku saya terutama
IC Palsu, IC Projek dan 007-Lelaki Malaysia Terakhir untuk memberi
keterangan secara bersumpah, sama ada di Dewan Undangan Negeri atau di
khalayak ramai seperti Inques atau Pendengaran Umum. Kenapa perlu
dirahsiakan atau secara tertutup?" tanya Mutalib lagi.
Tegas
Mutalib, najis manusia walau dibungkus dengan tupperware atau dipanggil
dengan nama Christian Dior, tetap juga najis dan berbau busuk, apatah
lagi kegiatan subversif memberi kerakyatan kepada warga asing; merupakan
pengkhianatan kelas tertinggi di dunia.
"Kenapa
melunakkan dosa pemimpin lalu dan memaksa Najib menanggungnya sedangkan
salah seorang 'Pengkhianat(?)' iaitu Dr Mahathir masih bernyawa dan
sudah mengaku kewujudannya melalui beberapa kenyataan di dalam blognya
dan media?" tanya Mutalib yang menyifatkan rakyat Malaysia tidak berlaku
adil kepada Najib yang telah bersetuju menubuhkan RCI; sedangkan
Mahathir dan Pak Lah hanya mengunci bicara sebelum ini.
Berhubung
'Pengundi Untuk Disewa' yang wujud dalam Sistem Pilihanraya di
Malaysia, kata Mutalib akan menjadi lebih mudah untuk dibersihkan jika
rakyat dan parti politik mendesak pendaftaran semula pemilih berdasarkan
beberapa mekanisme untuk memastikan tidak ada PATI atau Warga Penyu
yang mengambil kesempatan mendaftar atau didaftarkan sebagai pemilih.
"Jika
kerajaan atau SPR tidak mahu mendaftar semula, maka mereka boleh
menggunakan 'Hak Asasi' mereka untuk memboikot PRU-13 tanpa perlu
mengadakan Demonstrasi Jalanan seperti Bersih atau Piket yang dibiayai
negara atau NGO asing yang berniat untuk menumbangkan kerajaan yang
dipilih rakyat," kata Mutalib dengan nada tegas.
Mutalib
yang menghabiskan banyak masanya menjalankan kajian dan mengumpul bukti
kewujudan Pengundi Hantu atau Pengundi Untuk Disewa Di Malaysia memberi
amaran bahawa gerakan memberikan kerakyatan songsang masih berjalan
sekalipun dalam sekali kecil namun telah mencatatkan jumlah yang
membimbangkan.
"Kini
terdapat lebih 3.1 juta warga asing dalam Daftar Pemilih di Malaysia,"
dedah Mutalib yang mengejutkan peserta Forum namun memaklumkan bahawa
data terbaru tersebut akan dimuatkan dalam buku terbarunya kelak.
Melalui
segala bukti yang didedahkan dalam Power Point, rakyat Sabah sewajarnya
bersatu hati dan menyokong perjuangan Mutalib yang tidak berhenti
mendesak dan mencari formula bagi menyelesaikan isu kerakyatan songsang
yang merantai Sabah selama ini.
Sumber : sabahkini.net
MAT SABU DIPUKUL!!! Blogger UMNO pembohong besar, mai baca cerita sebenar
GEORGETOWN: "Macamana
boleh timbul cerita Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu di pukul
ketika makan nasi Kandar di Lebuh Queen semalam pada hal beliau jadi
tempat peniaga yang mengamuk mengadu suruh Abang Mat bercakap dengan
Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya jangan halau para peniaga kecil di
Padang Kota."
(Antara
blog Umno yang melaporkan Mohamad Sabu kononnnya dipukul. Gambar beliau
bersama isteri ketika pembedahan lutut dahulu dijadikan gambar sokongan)
Demikian
kata seorang pegawai peribadinya, Mohd Noor Ismail ekoran laporan
beberapa blog Umno kononnya Mohamad Sabu dipukul semalam.
Beliau
ketika dihubungi menafikan berita karut tersebut dan menyifatkan ianya
satu usaha menjatuhkan imejnya sebagai seorang yang dikenali ramai
tambahan lagi peranannya dalam PAS ketika ini.
Memang
benar ketika asyik menjamu selera di kedai nasi kandar semalam ada
berlaku perselisihan faham antara dua peniaga (seorang lelaki dan
perempuan) dengan empat orang penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau
Pinang (MPPP) yang dikatakan baru sahaja selesai menjalankan tugas
melarang peniaga di sepanjang jalan Padang Kota.
Bila
berlaku pertengkaran sehingga meja di tendang, mereka bertiga iaitu
Saudara Razak dan Ustaz Mod serta Mohamad Sabu cuba mendamaikan keadaan
manakala rakan lain terus makan.
"Saya
lihat penguatkuasa MPPP, dua beruniform dan dua lagi berpakaian biasa
langsung tidak bertindak apa-apa sebaliknya mereka hanya mempertahankan
bahawa mereka hanya menjalankan tugasan serta mengatakan memang di
kawasan berkenaan di larang berniaga sama sekali sejak dulu lagi bukanya
peraturan baru.
"Namun peniaga berkenaan terus sahaja tendang meja sehingga habis pingan dan cawan bertaburan, " ujarnya.
Setelah
suasana agak tenang peniaga terbabit katanya, menghala pula ke arah Haji
Mohamad seakan mahu menyerang tetapi yang sebaliknya berlaku apabila
salah seorang peniaga (perempuan) mengenali Haji Mohamad dan memintanya
supaya menyuarakan permintaan peniaga kepada Ketua Menteri supaya
membenarkan mereka menjalankan aktiviti penjualan di situ untuk
selama-lamanya.
Jelas
Mohd Noor, mereka mendakwa, sikap yang diambil oleh MPPP dan Kerajaan
Pakatan Rakyat menganak tirikan peniaga Melayu yang mencari rezeki di
situ.
Selepas sahaja mendengar pandangan Haji Mohamad mereka pun bersurai.
"Blog
pro Umno pembohong mencipta cerita yang tidak lojik. Yang hairannya di
mana pula mereka dapat gambar kononnya suasana kedai berkecamuk dan
malang lagi ada yang meletakan gambar isterinya, Kak Normah berada di
sisi katil hospital untuk mengukuh dakwaan mereka. Apa pun cakap kirim
salam pada semua blogger tersebut, " tegasnya dengan nada berseloroh.
Sebelum
ini Harakah pernah mengeluarkan kenyataan Ahli Majlis MPPP, Haji Mohd
Yusof Mohd Noor yang mengatakan peraturan yang diguna pakai oleh MPPP
merupakan peraturan lama iaitu sejak di zaman Barisan Nasional (BN)
berkuasa.
Cuma di
waktu itu mereka tidak bertindak sehinggalah mereka (peniaga)
menyebabkan keadaan menjadi kotor, mengganggu lalu lintas dan lebih
mendukacitakan peniaga di situ bukannya penduduk tempatan.
Tambahan
lagi sikap mereka menjaja dengan kenderaan kecil menimbulkan runggutan
daripada peniaga 'Medan Renung' yang berada berhampiran yang dikenakan
sewa oleh MPPP.
TANDA UTUSAN NAK BANKRAP!!! Terpaksa minta maaf kerana banyak kalah saman, surat khabar pun tak laku
Pasal
apa, tiba-tiba Utusan Malaysia minta maaf , mungkin kerana faktor
kewangan kerana utusan telah banyak kali kalah dalam saman malu terutama
kes Lawan Lim Guan Eng bukan sikit jumlah harus dibayar ratusan ribu.
Dalam kes saman YB Teresa Kok keatas utusan terang-terang UM membuat fitnah jadi untuk mengelak dari kalah dalam kes saman ini tentunya denda ratusan ribu ringgit utusan terpaksa menarik kes ini dengan menyelesaikan dengan penyaman.
Kita tahu utusan terus merosot tiada keuntungan lagi semenjak akhir-akhir ini untuk mengelak dari bangkrap tentu lebih baik mohon maaf sahaja.......
Dalam kes saman YB Teresa Kok keatas utusan terang-terang UM membuat fitnah jadi untuk mengelak dari kalah dalam kes saman ini tentunya denda ratusan ribu ringgit utusan terpaksa menarik kes ini dengan menyelesaikan dengan penyaman.
Kita tahu utusan terus merosot tiada keuntungan lagi semenjak akhir-akhir ini untuk mengelak dari bangkrap tentu lebih baik mohon maaf sahaja.......
Share to Twitterto Facebook
Tak habis-habis dengan fitnah, memutar belit berita demi survival Umno.
Itulah Utusan Malaysia yang kini popular dengan akhbar pecacai Umno tegar,
pemfitnah nombor satu setelah beberapa siri saman fitnah yang telah
dimenangi ramai ikon politik terutamanya dibarisan Pakatan Rakyat.
Nampaknya, media penjilat Umno neh tak serik-serik buat hal dan tak kira
masa dan siapa!
Buktinya, Pengerusi Institut Akhbar Malaysia, Chamil Wariya dan
Utusan Malaysia terpaksa merafak sembah dan memohon maaf
pada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim. Ini semua
kerana fitnah dari akhbar penjilat Umno ni la yang disiarkan dalam
artikel bertajuk 'Politik Baru YBJ'. Artikel neh yang diterbitkan oleh
edisi hujung minggu akhbar harian milik Umno tuh pada 12 Oktober 2008.
Peguam Zalil Mohd Mess - dalam kenyataan pemohonan maaf yang
dibacakan di Mahkamah Tinggi hari ini berkata artikel itu telah diubah
oleh edisi hujung minggu Utusan Malaysia - Mingguan Malaysia - tanpa
persetujuan Chamil. Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim
Abdul Hamid Sultan Backer manakala peguam Sankara Nair yang
mewakili Teresa memberitahu mahkamah bahawa ahli parlimen DAP
itu tidak menuntut sebarang bayaran kos daripada Chamil.
Katanya, Utusan Malaysia perlu membayar RM50,000 kos sebagai
sebahagian daripada penyelesaian tersebut dan penerbit bersetuju
untuk menyiarkan permohonan maaf itu dalam Mingguan Malaysia.KedahKini
Itulah Utusan Malaysia yang kini popular dengan akhbar pecacai Umno tegar,
pemfitnah nombor satu setelah beberapa siri saman fitnah yang telah
dimenangi ramai ikon politik terutamanya dibarisan Pakatan Rakyat.
Nampaknya, media penjilat Umno neh tak serik-serik buat hal dan tak kira
masa dan siapa!
Buktinya, Pengerusi Institut Akhbar Malaysia, Chamil Wariya dan
Utusan Malaysia terpaksa merafak sembah dan memohon maaf
pada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim. Ini semua
kerana fitnah dari akhbar penjilat Umno ni la yang disiarkan dalam
artikel bertajuk 'Politik Baru YBJ'. Artikel neh yang diterbitkan oleh
edisi hujung minggu akhbar harian milik Umno tuh pada 12 Oktober 2008.
Peguam Zalil Mohd Mess - dalam kenyataan pemohonan maaf yang
dibacakan di Mahkamah Tinggi hari ini berkata artikel itu telah diubah
oleh edisi hujung minggu Utusan Malaysia - Mingguan Malaysia - tanpa
persetujuan Chamil. Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim
Abdul Hamid Sultan Backer manakala peguam Sankara Nair yang
mewakili Teresa memberitahu mahkamah bahawa ahli parlimen DAP
itu tidak menuntut sebarang bayaran kos daripada Chamil.
Katanya, Utusan Malaysia perlu membayar RM50,000 kos sebagai
sebahagian daripada penyelesaian tersebut dan penerbit bersetuju
untuk menyiarkan permohonan maaf itu dalam Mingguan Malaysia.KedahKini
MAI BACA!!! Pengakuan Mahathir di mahkamah, kerana rakyat atau kerana mahu popular?
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak bersetuju dengan pengambilalihan tanah secara paksa ke atas projek Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ), walaupun beliau tahu cara itu dapat menyelamatkan wang kerajaan.October 08, 2012
Beliau
berkata, amalan pengambilan secara paksa itu akan membuatkan dirinya
menjadi ahli politik yang tidak popular, kata bekas perdana menteri itu
ketika menjadi saksi kepada bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling
Liong Sik yang sedang dibicarakan kerana menipu Kabinet dalam pembelian
tanah untuk projek PKFZ.
“Tidak, selalunya apabila kerajaan mahu mengambil alih tanah, nilainya diletakkan sangat rendah kerana pegawai kerajaan mahu membantu kerajaan untuk menjimatkan wang,” kata Dr Mahathir selepas menjawab soalan dari peguambela Wong Kian Kheong.
“Sebagai ahli politik yang bergantung kepada populariti, saya tidak menggemari untuk membeli tanah dengan nilai yang diberikan oleh kerajaan. Ini akan membuatkan saya tidak popular dan status saya bergantung kepada populariti saya,” katanya lagi.
Dr Mahathir juga ditanya oleh Wong adakah beliau akan mengambilalih secara paksa semasa beliau menjadi perdana menteri, menteri kewangan dan menteri tugas-tugas khas.
Dr Mahathir memberitahu Wong bahawa kerajaan mahu mengambilalih secara paksa pada tahun 2002.
Bekas Perdana Menteri itu juga memberitahu mahkamah bahawa dia atau mana-mana menteri kabinet tidak membuat aduan polis ketika Kabinet ditipu apabila meluluskan projek PKFZ.
Beliau juga memberitahu pegawai polis memberitahunya jika penyiasat bertanya kepada dirinya, Dr Ling tidak akan dikenakan sebarang dakwaan melakukan jenayah.
Dr Ling, yang menjadi menteri pengangkutan selama 17 tahun dari Januari 1986 hingga Mei 2003, didakwa menipu Kabinet dengan meluluskan pembelian tanah seluas 999.5 ekar untuk projek PKFZ, yang mengakibatkan kerugian kepada kerajaan.
Projek yang pada mulanya bernilai RM1.1 billion pada tahun 1997, telah meningkat menjadi RM4.6 billion pada 2007.
Menurut firma audit PricewaterhouseCoopers (PwC) berkata pada tahun 2009, kos projek tersebut kadar faedah dari pembayaran hutang boleh mencecah RM12.5 billion.
Sejak Disember 2009, enam individu telah didakwa ke mahkamah termasuk bekas presiden MCA, Dr Ling dan pengganti beliau sebagai menteri pengangkutan, bekas timbalan presiden Tan Sri Chan Kong Choy.
Kedua-duanya dituduh menipu kepada Kabinet.
Dr Ling juga menghadapi dua tuduhan alternatif dengan dakwaan menipu Kabinet dengan membeli tanah tersebut dengan harga RM25 per kaki persegi termasuk 7.5 peratus kadar faedah — telah diketahui dan dipersetujui oleh JPPH walaupun tidak ada sebarang perjanjian.
Beliau menghadapi hukuman penjara selama tujuh tahun, denda atau keduanya jika didapati bersalah di bawah Seksyen 418 Kanun Keseksaan.KedahKini
“Tidak, selalunya apabila kerajaan mahu mengambil alih tanah, nilainya diletakkan sangat rendah kerana pegawai kerajaan mahu membantu kerajaan untuk menjimatkan wang,” kata Dr Mahathir selepas menjawab soalan dari peguambela Wong Kian Kheong.
“Sebagai ahli politik yang bergantung kepada populariti, saya tidak menggemari untuk membeli tanah dengan nilai yang diberikan oleh kerajaan. Ini akan membuatkan saya tidak popular dan status saya bergantung kepada populariti saya,” katanya lagi.
Dr Mahathir juga ditanya oleh Wong adakah beliau akan mengambilalih secara paksa semasa beliau menjadi perdana menteri, menteri kewangan dan menteri tugas-tugas khas.
Dr Mahathir memberitahu Wong bahawa kerajaan mahu mengambilalih secara paksa pada tahun 2002.
Bekas Perdana Menteri itu juga memberitahu mahkamah bahawa dia atau mana-mana menteri kabinet tidak membuat aduan polis ketika Kabinet ditipu apabila meluluskan projek PKFZ.
Beliau juga memberitahu pegawai polis memberitahunya jika penyiasat bertanya kepada dirinya, Dr Ling tidak akan dikenakan sebarang dakwaan melakukan jenayah.
Dr Ling, yang menjadi menteri pengangkutan selama 17 tahun dari Januari 1986 hingga Mei 2003, didakwa menipu Kabinet dengan meluluskan pembelian tanah seluas 999.5 ekar untuk projek PKFZ, yang mengakibatkan kerugian kepada kerajaan.
Projek yang pada mulanya bernilai RM1.1 billion pada tahun 1997, telah meningkat menjadi RM4.6 billion pada 2007.
Menurut firma audit PricewaterhouseCoopers (PwC) berkata pada tahun 2009, kos projek tersebut kadar faedah dari pembayaran hutang boleh mencecah RM12.5 billion.
Sejak Disember 2009, enam individu telah didakwa ke mahkamah termasuk bekas presiden MCA, Dr Ling dan pengganti beliau sebagai menteri pengangkutan, bekas timbalan presiden Tan Sri Chan Kong Choy.
Kedua-duanya dituduh menipu kepada Kabinet.
Dr Ling juga menghadapi dua tuduhan alternatif dengan dakwaan menipu Kabinet dengan membeli tanah tersebut dengan harga RM25 per kaki persegi termasuk 7.5 peratus kadar faedah — telah diketahui dan dipersetujui oleh JPPH walaupun tidak ada sebarang perjanjian.
Beliau menghadapi hukuman penjara selama tujuh tahun, denda atau keduanya jika didapati bersalah di bawah Seksyen 418 Kanun Keseksaan.KedahKini
NOH OMAR NAK KELENTUNG APA PULA!!! Pembekal benih 'tak layak' didakwa menang tender RM164.8 Juta
Di samping itu, ia mendakwa pembekal bumiputera yang berkelayakan
telah ditolak atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan dalam kriteria tender.
Bagaimanapun, salah seorang pembekal yang dikatakan gagal memenuhi kriteria tender, dan yang digambarkan sebagai kroni Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, telah mempertahankan keputusan tender tersebut, manakala seorang lagi pembekal yang dihubungi oleh Malaysiakini enggan mengulas mengenai kontroversi itu.
Surat yang dikatakan bocor itu, bertarikh 20 Julai 2012, telah didedahkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar di Parlimen Rabu lepas dan salinannya diedarkan kepada pihak media.
Surat itu ditandatangani oleh bahagian perolehan kerajaan Kementerian Kewangan dan dialamatkan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Hashim Abdullah.nian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, telah mempertahankan keputusan tender tersebut, manakala seorang lagi pembekal yang dihubungi oleh Malaysiakini enggan mengulas mengenai kontroversi itu.
Surat yang dikatakan bocor itu, bertarikh 20 Julai 2012, telah didedahkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar di Parlimen Rabu lepas dan salinannya diedarkan kepada pihak media.
Surat itu ditandatangani oleh bahagian perolehan kerajaan Kementerian Kewangan dan dialamatkan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Hashim Abdullah.
UMPAN BAJET TAK MENJADI!!! Orang Melayu , Cina, India sudah pandai makan umpan tak kena kail
Di Johor, orang tidak tanya MCA akan tinggal berapa kerusi sahaja lagi tetapi orang tanya tinggal berapa orang sahaja lagi di dalam MCA, kata Mohamad Sabu.
"Itu baru di Johor, tempat lain pun sama atau mungkin lebih teruk untuk Umno BN (Barisan Nasional)," katanya lagi.
Timbalan
Presiden PAS itu menyatakan demikian merujuk kepada kesan Bajet 2013
yang dibentangkan Najib yang disifatkan tidak memberi kesan
besar kepada perubahan sokongan rakyat untuk menyokong BN.
Di Johor katanya, MCA dalam keadaan nazak, dan bajet BN itu tidak mungkin akan memberi nyawa baru untuk menyelamatkan parti itu.
Menjelaskan
lebih lanjut apa yang dimaksudkannya itu, Mohamad berkata, rata-rata
orang Cina tidak peduli pun belanjawan itu kerana yang lebih penting
bagi mereka ialah tarikh pilihan raya kerana mereka sudah tidak sabar
hendak menamatkan cengkaman kuasa Umno Barisan BN.
Malah, katanya, orang-orang Cina rata-ratanya tidak mengendahkan umpan yang bertujuan memancing undi mereka itu.
Mohamad
berkata, kerajaan Umno BN terus merosakkan orang-orang Melayu apabila
meneruskan amalan 'memberi ikan dan bukan kail' kepada mereka melalui
pemberian duit sekali bagi dan pemberian-pemberian lain seumpamanya.
"Ketika bangsa lain boleh diumpamakan sudah maju dengan peralatan
canggih untuk menangkap ikan di laut dalam, kerajaan Umno BN terus
merosakkan orang-orang Melayu dengan memberikan ikan kepada mereka dan
bukan memberi kail," katanya lagi.
Mohamad berharap orang-orang Melayu menolak perbuatan menghinakan
mereka dengan duit sekali bagi seperti itu dan menuntut penyelesaian
jangka masa panjang terhadap masalah asas mereka.
Umpamanya, kata beliau, masalah pengangguran yang sebahagian besarnya melibatkan orang-orang Melayu.
"Belum kira lagi yang tidak graduan, yang bertaraf siswazah pun sehingga
40,000 orang menganggur kebanyakannya berbangsa Melayu," katanya.
Beliau meminta orang-orang Melayu berfikir, adakah duit sekali bagi
RM250 boleh menyelesaikan masalah mereka? "Jangan biarkan kerajaan Umno
BN hina kita dengan gula-gula murahan seperti itu," kata Mohamad.
ZAMAN NAJIB!!! UMNO sudah tidak boleh dikenali lagi
Najib akan tercatat dalam sejarah
sebagai seorang ‘unelected Prime Miniter’ negara ini kerana beliau tidak
mengadakan pilihanraya sehingga tamat
penggal mandat Abdullah Badawi dahulu. Beliau tidak berapa yakin untuk mendapatkan
sokongan rakyat. Berbagai-bagai cara dilakukan untuk mendapat kepastian yang BN
masih diterima tetapi sehingga hampir habis saki baki penggal yang di perolehi
oleh Abdullah Badawi dahulu Najib masih tidak berkeyakinan untuk menang dalam
PRU yang akan datang ini. Ini sahaja sudah meyakinkan rakyat yang Najib belum
berkeyakinan yang beliau akan mendapat sokongan rakyat.
Allahyarham Tun Razak juga
memakan masa lebih dari empat tahun untuk memanggil pilihanraya. Tun Razak
telah memanggil pilihanraya hanya pada bulan Ogos 1974 setelah beliau mengambil
alih jawatan Perdana Menteri dari Tunku Abdul Rahman pada tahun 1970 dahulu.
Tetapi perbezaan di antara Tun Razak dan Najib Tun Razak amat besar.
Tun Razak menghabiskan waktu
selama empat tahun untuk menyelesaikan isu-isu yang tidak selesai dan akhirnya
telah berjaya mendapat formula untuk mencapai perpaduan kaum dan melakukan
initiatif politik yang baru dan menubuhkan Barisan Nasional.(BN). Akhirnya
semua rakyat berpadu dan memberikan mandat kepada BN yang melalui pilihanraya
buat kali pertama di atas nama baru, iaitu Barisan Nasional. Tun Razak hanya
mengetuai pilihanraya negara sekali sahaja kerana beliau telah meninggalkan
kita pada Januari 1976 dahulu.
BN telah berjaya menautkan yang
berbalah di antara kaum dan BN telah mendapat mandat yang begitu besar selepas
Parlimen dipulihkan semula setelah negara ditadbir oleh MAGERAN sejak
tercetusnya kejadian 13 Mei 1969. Oleh kerana kejadian itulah Tun Razak yang
telah bertungkus lumus mencari formula untuk menyatukan kembali rakyat
berbilang kaum dan kaum-kaum bukan Melayu telah memberikan sokongan kepada Tun Razak dalam pilihanraya 1974 itu.
Tetapi ia amat jauh bezanya di
era Najib Tun Razak. Di zaman dan era Najib Tun Razak pula terbalik. Rakyat
yang berpadu sebelumnya telah berpecah mengikut lunas-lunas perkauman. Rakyat
sedang dipisahkan oleh UMNO melalui isu perkauman yang menebal untuk menyatukan
Melayu di bawah UMNO. Tetapi orang Melayu tidak juga mahu bersatu di bawah
UMNO.
Orang Melayu sudah rimas berada
di bawah UMNO kerana pemimpin-pemimpin mereka sudah tidak betul dan seolah-olah
telah ditutup hijab mereka. UMNO sudah hilang hidayah sepenuhnya sehinggakan
parti itu sudah tidak tahu lagi mengenali yang mana satu yang baik dan yang
mana yang buruk. Yang buruk dikatakannya baik dan yang baik dianggap mereka
sebagai buruk. Semuanya terbalik dan sekarang bertambah lah keyakinan saya yang
UMNO itu adalah pembawa dalil hari hampir kiamat.
Apa yang dilakukan oleh UMNO
dahulu, diterbalikkan oleh pimpinan UMNO sekarang. Kalau dahulu Felda ditubuhkan
untuk memberikan orang miskin yang tidak bertanah sebidang tanah seluas sepuluh
ekar dengan tanaman kelapa sawit dan getah, sekarang ini Felda telah membuka
tanah seluas 1 juta ekar dan tidak menempatkan mereka yang bertanah ke
dalamnya. Sebaliknya di urus sejuta ekar ini di bawah Felda Plantation. Semua
tanah yang kaya dengan hasilnya ini disenaraikan dipasaran saham untuk
kepentingan kapitalis dan kroni UMNO yang tidak pernah pun memasuki tanah
rancangan Felda.
Seramai 80,000 rakyat yang tidak bertanah
dan yang sepatutnya dimasukkan ke dalam Felda tidak dilakukan. Kalau dahulu
pimpinan sibuk untuk membina ekonomi rakyat yang miskin kali ini UMNO membina ‘empire’
untuk kroni-kroninya dan rakyat yang miskin di minta nya untuk bersyukur dan
berterima kasih dengan wang BRIM yang sejemput itu. Bagi UMNO rakyat tidak
layak menjadi kaya raya. Kekayaan hanyalah untuk kroni dan keluarga pemimpin
UMNO dan beberapa rakyat yang eksklusif sahaja.
Peneroka-peneroka Felda hanya diberikan
saham sebanyak 800 unit sekeluarga. Jika ada sepuluh orang dalam keluarga itu
mereka bahagi-bahagikan lah diantara sepuluh orang ahli keluarga itu. Peneroka
hanya mendapat kuah sahaja tetapi mereka yang tidak kena mengena dengan
peneroka mendapat dagingnya. Masih ada peneroka yang berpuas hati dengan
mendapat kuah ini.
Agaknya mereka cukup dengan kuah
sahaja. Kalau makan kuah, daging kuah itu rasa daging juga. Seorang peneroka
yang sebaya dengan saya di Serting berkata dengan sindirannya, “Aspan, kito
dapek kuah ajo.. Jadilah... Kok kuah gulai ayam pun, kuah tu pun ghaso ayam
jugak. Daging ayam tu biarlah dia oghang mentekedaghah. Kalau kito nak ghaso
daging ayam eh, kito tukarlah kerajaan yang boleh boghi kito makan daging eh.”
Kata-kata seperti ini meresap di kalangan
masyarakat marhean kita. Mereka tidak bercakap kuat-kuat kerana mereka tidak
tahu untuk berkata secara politik. Mereka hanya akan menunjukkan manifestasi
mereka melalui peti undi. Seorang rakan peneroka saya di Felda Rokan pula
marah-marah dengan akhbar Utusan dan beliau sudah berhenti membaca akhbar itu.
Semasa beliau datang berjumpa dengan saya di Subang Jaya beliau berkata,
“Utusan ni den buet mungkuih daging ajo bang. Den sokaghang baco Harakah dan
Sinar Harian. Anak-anak den pun bilo balik kampung kato, yang kito kono tukar
korajaan sekaghang ni. Lotih den negok UMNO ni”.
Keadaan ini berlaku di mana-mana
dan tidak mampu UMNO untuk mengubatinya. UMNO sudah terlalu lekeh pada pandangan
mereka walaupun bermacam-macam cara UMNO untuk menyekat mereka dari mencari
pilihan kepada UMNO. UMNO sudah di pandang seperti haiwan kurap oleh mereka
yang berfikir kerana kejahilan UMNO memahami perasaan rakyat bawahan sudah
tidak ada lagi.
UMNO di peringkat
bahagian-bahagian hanya di penuhi dengan kroni ketua-ketua bahagian dan
kebanyakkan mereka ada lah kontraktor kelas F. Penjawat awan di daerah-daerah
pun ada lesen kelas F. Mereka dengan menggunakan nama isteri atau anak-anak
mereka. Kerja kontrak kecilan pun di sapu bersih oleh penggiat UMNO dan ini
berlaku di seluruh negara.
Dua tiga hari lagi Najib akan ke
Sabah lagi kerana Sabah yang beliau anggap
sebagai simpinan tetap untuk UMNO sudah menolak parti itu. Jika Najib berulang
alik ke Sabah setiap hari pun keadaan amat
sukar untuk diperbaiki. Takut-takut yang dikejar tidak dapat, yang dijinjing
pula berciciran. Najib perlu sedar yang tidak semua pimpinan UMNO bersimpati
dengan beliau kerana ada pihak yang ingin mengambil kesempatan dari kelemahan
Najib ini untuk menguasai kerajaan.
Tapi apa pun saya tetap merasakan
Najib merupakan seorang Perdana Menteri UMNO yang terakhir dan beliau akan
kekal tercatat sebagai ‘unelected Prime Minister’ negara kita.
Rakyat perlu bersedia untuk
mengalami politik baru di bawah pentadbiran baru dan mula belajar memperbaiki
sikap dan mentaliti mereka terhadap politik dan siasah negara. Kita memerlukan
pimpinan yang mempunyai sahsiah yang baik dan kita perlu jauhi pemimpin yang
sentiasa memenjarakan pemikiran kita.
Jika UMNO tidak lagi diberi
mandat dalam PRU ini, ia bermakna kita akan mencapai kemerdekaan dan terlepas
dari penjara dan mula membentuk pemikiran yang sesuai dengan keadaan dan zaman
ini.
UMNO sudah tidak tentu lagi rupa
dan bentuknya lagi. Pada hakikatnya UMNO sudah wujud lagi. UMNO hanya
tinggal pada namanya sahaja. Macam P Ramlee yang hanya tinggal namanya
sahaja. P Ramleenya sudah meninggalkan kita lama dahulu.Aspan Alias