BUKTI.....Mutalib
(kanan) mengabadikan kenangan bersama salah seorang peminatnya, Mr Lai
yang datang daripada Semenanjung Malaysia untuk membeli buku 'IC Projek
Agenda Tersembunyi Mahathir (?) yang berharga RM1,500 sebuah.
Oleh : MOHD HALIM AHMAD
PENUBUHAN
Suruhanjaya Siasatan DiRaja (Sabah) untuk menyiasat isu kebanjiran
rakyat asing dan kerakyatan songsang telah dicemari sikap pemimpin Sabah
yang tidak mempunyai semangat nasionalisme dan hanya utopia (tidak
mungkin wujud di alam nyata).
Penulis
Kontroversi, Mutalib M.D berkata demikian ketika mendedahkan penemuan
terbarunya di Forum Perdana RCI Sabah di sebuah hotel di Kota Kinabalu
baru-baru ini.
"Apa
ertinya RCI jika pemimpin kita yang mencemarkannya melalui penglibatan
terus mereka dalam isu kerakyatan songsang? Berhargakah RCI jika panel
yang ditubuhkan atas perkenan DYMM Yang Di Pertuan Agung, bukannya atas
Daulat Sultan Sulu, Datuk Akjan tidak mempunyai wibawa dan mudah
diperlekehkan masyarakat?," tanya Mutalib secara sinis.
Mutalib
kesal kerana Dewan Undangan Negeri Sabah dan Ibu Pejabat UMNO gagal
mengesan bahawa Adun Sebatik, Datuk Abdul Muis Picho adalah PATI yang
mendapat kerakyatan songsang, tetapi menjadi salah seorang penggubal
undang-undang di Sabah.
"Malah
kita kesal kerana PATI boleh menggunakan pengaruh Istana untuk hidup
mewah dan mendapat suaka politik di Sabah. Kenapa polis dan imigresen
tidakpun menyiasat kerakyatan 'Isteri' Adun Sekong, Pia Binti Dahlan
yang menggunakan nama keluarga terdekat TYT (Tun Juhar) untuk
mendapatkan MyKad, sekalipun beberapa laporan polis telah dibuat?" tanya
Mutalib yang menunjukkan beberapa bukti penting.
Selain
Pia, isteri Ahli Parlimen Silam, Hajjah Fatmah Abdul Aziz juga turut
menggunakan dokumen palsu dan memalsukan keterangan diri untuk
mendapatkan kedudukan dan suaka politik di Sabah.
"Jika
PATI boleh menjadi TYT, Ketua Menteri (Sakaran), Adun (Muis) dan Ketua
Jabatan serta isteri orang kenamaan, apa yang mampu RCI lakukan
melainkan untuk memberikan pengiktirafan?," kata Mutalib yang menggesa
agar rakyat Sabah membuka mata dengan memantapkan jati diri menolak
PATI.
Mungkin
tiba masanya, kata Mutalib, rakyat Sabah bangkit menyelesaikan isu ini
secara glokal kerana tidak mampu diselesaikan Kerajaan Persekutuan yang
langsung tidak mempunyai 'Political Will' setelah isu ini berakar umbi
dan mendominasi UMNO sejak 1991.
"Warganegara
songsang atau PATI yang mendapat kerakyatan melalui IC Projek bukan
lagi rahsia seperti kewujudan Iblis dan Syaitan. Tidak perlu dibuktikan
oleh Suruhanjajaya atau 'Ghost Buster' kerana hanyalah kerja sia-sia,"
tegas Mutalib lagi.
Mutalib
menjelaskan, kuasa rakyat lebih ampuh kerana tidak ada bala tentera di
dunia yang dapat menewaskan pemikiran rakyat yang cintakan negara
melebihi daripada jiwa dan raga mereka.
Namun
jika rakyat Sabah tidak mampu bangun melawan kezaliman melalui
'Pilihanraya' yang sudah dicemari pengundi hantu, maka salah satu jalan
yang terbentang ialah memupuk semangat nasionalisme seperti sejarah Kuih
Bulan di negara China.
"Minda
rakyat harus menolak sebarang paksaan untuk menerima 'Warga Penyu'
sebagai ahli dan pemimpin parti tanpa sebarang alasan dan menolak hadis
atau dalil palsu untuk menghalalkan kerakyatan songsang," kata Mutalib
yang telah mendedahkan banyak bukti yang beliau perolehi, termasuk
penglibatan pemimpin UMNO dan pegawai kanan kerajaan.
Kata
Mutalib, tidak ada yang dapat membantu rakyat Sabah menyelesaikan isu
yang menjadi ibu segala masalah kerana semua pihak mempunyai kepentingan
politik dan penubuhan RCI hanyalah usaha murni untuk menjinakkan rakyat
Sabah yang mula memberontak.
Panel
RCI, kata Mutalib tidak perlu bersusah payah mengambil masa enam bulan,
malah satu minggu sudah mencukupi untuk mendapatkan bukti kerana
kerajaan telah menangkap lebih 15 Pegawai Pendaftaran dan 25 Orang awam
pada 1996 yang terlibat dengan Sindiket IC Projek dan Skandal X Files
Ops Gembleng di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Panggil
sahaja beberapa nama yang saya dedahkan dalam kesemua buku saya terutama
IC Palsu, IC Projek dan 007-Lelaki Malaysia Terakhir untuk memberi
keterangan secara bersumpah, sama ada di Dewan Undangan Negeri atau di
khalayak ramai seperti Inques atau Pendengaran Umum. Kenapa perlu
dirahsiakan atau secara tertutup?" tanya Mutalib lagi.
Tegas
Mutalib, najis manusia walau dibungkus dengan tupperware atau dipanggil
dengan nama Christian Dior, tetap juga najis dan berbau busuk, apatah
lagi kegiatan subversif memberi kerakyatan kepada warga asing; merupakan
pengkhianatan kelas tertinggi di dunia.
"Kenapa
melunakkan dosa pemimpin lalu dan memaksa Najib menanggungnya sedangkan
salah seorang 'Pengkhianat(?)' iaitu Dr Mahathir masih bernyawa dan
sudah mengaku kewujudannya melalui beberapa kenyataan di dalam blognya
dan media?" tanya Mutalib yang menyifatkan rakyat Malaysia tidak berlaku
adil kepada Najib yang telah bersetuju menubuhkan RCI; sedangkan
Mahathir dan Pak Lah hanya mengunci bicara sebelum ini.
Berhubung
'Pengundi Untuk Disewa' yang wujud dalam Sistem Pilihanraya di
Malaysia, kata Mutalib akan menjadi lebih mudah untuk dibersihkan jika
rakyat dan parti politik mendesak pendaftaran semula pemilih berdasarkan
beberapa mekanisme untuk memastikan tidak ada PATI atau Warga Penyu
yang mengambil kesempatan mendaftar atau didaftarkan sebagai pemilih.
"Jika
kerajaan atau SPR tidak mahu mendaftar semula, maka mereka boleh
menggunakan 'Hak Asasi' mereka untuk memboikot PRU-13 tanpa perlu
mengadakan Demonstrasi Jalanan seperti Bersih atau Piket yang dibiayai
negara atau NGO asing yang berniat untuk menumbangkan kerajaan yang
dipilih rakyat," kata Mutalib dengan nada tegas.
Mutalib
yang menghabiskan banyak masanya menjalankan kajian dan mengumpul bukti
kewujudan Pengundi Hantu atau Pengundi Untuk Disewa Di Malaysia memberi
amaran bahawa gerakan memberikan kerakyatan songsang masih berjalan
sekalipun dalam sekali kecil namun telah mencatatkan jumlah yang
membimbangkan.
"Kini
terdapat lebih 3.1 juta warga asing dalam Daftar Pemilih di Malaysia,"
dedah Mutalib yang mengejutkan peserta Forum namun memaklumkan bahawa
data terbaru tersebut akan dimuatkan dalam buku terbarunya kelak.
Melalui
segala bukti yang didedahkan dalam Power Point, rakyat Sabah sewajarnya
bersatu hati dan menyokong perjuangan Mutalib yang tidak berhenti
mendesak dan mencari formula bagi menyelesaikan isu kerakyatan songsang
yang merantai Sabah selama ini.
Sumber : sabahkini.net