Semasa hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan, Dato
Husam Musa turut menggulung Akta Darurat 1978 kepada Kelantan, dan pada
ketika itu juga Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) bangun dan memperli
yg kerajaan Pas agak rapat dengan DAP.
"Kerajaan Negeri menyatakan DAP lebih baik daripada Umno. Saya berharap
saudara Husam boleh menjadi Menteri Besar Kelantan, kerana anda adalah
pejuang Islam sebenar," katanya ADUN BN Bukit Bunga itu semalam.
Dengan Parti Pas duk sebuk2 ingin untuk melaksanakan hukum Hudud, tetapi
ditentang oleh beberapa pimpinan dalam Pakatan Rakyat sendiri dan
semasa penggulungan itu juga Mohd Adhan Kechik BN Bukit Bunga turut
membangkitkan hubungan Pas dengan DAP dengan memberi kenyataan salah
seorang pemimpin DAP yang menentang hukum hudud.
Husam Musa menjelaskan, pemimpin tersebut adalah bukan beragama Islam,
Wakil BN itu senyap lalu duduk. Takkan dia tak tahu, org bukan Islam
memang tak sokong, lainlah kalau dia itu Islam memang patut
dipertikailah kalau tak sokong, sekarang siapa orang Islam yg tak
sokong?
Baru2 ini pun puak2 disana itu semakin menggelabah apabila Datu’Nik Aziz
terus mempertahankan hubungan Pas dgn DAP didalam Pakatan Rakyat dengan
mengaitkan beberapa hujah kenapa perlu ada hubungan itu.Mengejar Cahaya
Wednesday, October 17, 2012
LAPORAN AUDIT!!! Di Kedah angkara UMNO, di negeri UMNO tadbir angkara siapa lagi kalau bukan UMNO
JOHOR
Antara beberapa penemuan yang mengejutkan dalam laporan Ketua Audit Negara yang baru dikeluarkan ialah :
Rupanya, dalam
sibuk menuduh negeri Pakatan Rakyat tidak cekap dalam menguruskan sumber
kewangan negeri, tiba-tiba negeri yang ditadbir Umno ini sejak merdeka
semakin lama semakin membimbangkan.
Menurut Laporan
Ketua Audit Negara, prestasi Kumpulan Wang Disatukan bagi Johor menjunam
lebih RM50 juta kepada RM450.50 juta berbanding RM505.81 juta pada
tahun 2010.
Laporan tersebut
mendedahkan kerajaan negeri mencatatkan lebihan hasil berjumlah RM6.40
juta menjadikan defisit Akaun Hasil Disatukan pada 31 Disember 2011
berkurangan kepada RM319.29 juta berbanding baki defisit berjumlah
RM325.69 juta pada 2010.
Tambah laporan itu lagi, hasil kerajaan negeri pada 2011 juga menurun kepada RM841.77 juta berbanding RM1,023.17 juta pada 2010.
Penurunan juga berlaku ke atas prestasi perbelanjaan kepada RM835.37 juta pada 2011 berbanding RM864.81 juta pada 2010.
Ekoran
itu, Ketua Audit Negara menegur kerajaan negeri pimpinan menteri besar,
Abdul Ghani Othman supaya mengekalkan perbelanjaan secara berhemah
tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan dan pembangunan ekonomi negeri serta
berusaha menambah sumber pendapatan.
“Tindakan
mengutip tunggakan hasil perlu diteruskan kerana jumlah tunggakaan hasil
pada tahun 2011 berjumlah RM160.81 juta telah menurun sejumlah RM15.09
juta atau 8.6 peratus berbanding RM175.90 juta pada tahun 2010.
“Tindakan yang
lebih berkesan perlu diambil juga untuk menuntut tunggakan pinjaman
daripada Perbadanan Johor (JCorp) berjumlah RM75.14 juta,” tambah
laporan itu.
Ketua Audit
Negara juga menggesa Johor mempertingkat prestasi kewangan supaya
pendapatan yang diperoleh dapat menampung perbelanjaan mengurus dan
menanggung tanggungan semasa.
“Penetapan
Indeks Prestasi Utama (KPI) dan operasi semua syarikat subsidiari perlu
dipantau dengan tegas untuk memastikan pelaburan kerajaan negeri dalam
syarikat subsidiari tersebut memberi pulangan sewajarnya,” kata Ketua
Audit Negara, Ambrin Buang.
MELAKA
Hutang kerajaan negeri Melaka meningkat kepada RM865.94 juta iaitu meningkat sebanyak RM12.87 juta.
Fakta didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara berkaitan Penyata
Kewangan Kerajaan Negeri Melaka dan Jabatan/Agensi tahun 2011 bahagian
II muka surat xiii.
Manakala Kerajaan Negeri Melaka hanya membayar hutang sebanyak RM0.18juta sahaja pada tahun 2011. Kalau macam inilah prestasi membayar hutang, kita yakin sampai bilapun hutang kerajaan negeri tidak akan habis.

NEGERI SEMBILAN
Antara beberapa penemuan yang mengejutkan dalam laporan Ketua Audit Negara yang baru dikeluarkan ialah :
Perbelanjaan tahunan untuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
telah menurun ke RM 5.63 juta untuk tahun 2011 berbanding RM 7.15 juta pada
tahun 2010.
Hasil cukai tanah telah menurun ke RM 112.51 juta untuk
tahun 2011 berbanding RM 114.03 juta pada tahun 2010.
Penjualan saham yang begitu banyak. Pada akhir tahun 2011,
pelaburan saham Kerajaan Negeri dalam Penyata Kedudukan Kewangan berjumlah
RM0.59 juta. Ini merupakan penurunan sebanyak 97.5% ekoran 3 daripada 4 saham
Kerajaan Negeri iaitu saham Telekom Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Berhad dan
Malaysia Airport Holdings dengan nilai pokok RM22.91 juta telah dijual dalam
tahun 2011.
Terdapat 33 unit rumah Rumah Awam Harga Rendah (RAHR) yang
masih kosong semenjak tahun 2005. Tunggakan sewa Rumah Awam Harga Rendah (RAHR)
semakin meningkat pada tahun 2011 berbanding tahun 2009 dan 2010 iaitu sebanyak
25.4% berbanding kutipan sepatutnya. Terdapat rumah Rumah Awam Harga Rendah (RAHR yang
belum dikeluarkan hak milik walaupun pembeli telah selesai bayaran sewa beli
antara 1 hingga 7 tahun.
Tunggakan sewa premis Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
(MAINS) mencapai 25.0% daripada jumlah hasil sewa yang sepatutnya diterima. Empat
projek usaha sama yang ditandatangani oleh MAINS di antara tahun 2000 hingga
2002 dengan syarikat pemaju telah mengambil masa yang lama selepas tempoh
perjanjian untuk mendapatkan pulangan yang dijanjikan kerana pelbagai masalah. Satu
daripada projek usaha sama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) masih belum bermula walaupun perjanjian telah
ditandatangani pada tahun 2002 dan menyebabkan baki pulangan kepada MAINS
sejumlah RM7.9 juta masih tertangguh.
Program Pembangunan Industri Lembu Dan Kerbau di Negeri
Sembilan adalah kurang memuaskan kerana sejumlah 254 (77.4%) perjanjian Skim
PINTAF dan 27 (26.7%) perjanjian Skim TRUST masih belum disediakan walaupun
bantuan ternakan telah diagihkan.
Pejabat Daerah Dan Tanah Rembau dan Kuala Pilah. Antara kelemahan
yang diperhatikan ialah:
1. Terdapat pembinaan kemudahan awam dalam kawasan tanah
milik tanpa dokumen kebenaran daripada pemilik.
2. Tiada
penyenggaraan kemudahan awam secara berkala.
3. Daftar inventori
kemudahan awam di mukim luar bandar tidak diselenggarakan bagi tujuan rujukan
untuk penyenggaraan dan baik pulih.
YNS Management Sdn. Bhd. (YNSM) merupakan sebuah syarikat
milik penuh Yayasan Negeri Sembilan (Yayasan) dengan modal saham diterbitkan
dan modal berbayar berjumlah RM0.50 juta. YNSM masih mempunyai kerugian
terkumpul yang agak tinggi iaitu sebanyak RM0.43 juta pada tahun 2010
berbanding modal berbayar RM0.50 juta.
Kelemahan yang ditemui adalah seperti berikut:
1. Pengurusan aktiviti YNSM tidak memuaskan kerana
aktivitinya semakin berkurangan.
2. Tiada pertambahan kontrak baru dan tiada penetapan kadar
harga bagi aktiviti khidmat pembersihan yang merupakan aktiviti utama syarikat.
3. Tadbir urus korporat berkaitan pematuhan YNSM kepada
Pekeliling Perbendaharaan mengenai tatacara pembayaran bonus serta kekerapan
mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah adalah kurang memuaskan.
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN - Negeri
Roadstone Sdn. Bhd.
Terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki seperti
berikut:
1. Berlaku kelewatan kutipan hasil jualan batu-batan
daripada pelanggan antara 7 hingga 58 bulan.
2. Tiada pemantauan Unit Audit Dalam dan Jawatankuasa Audit
3. Pembayaran bonus tidak mendapat kelulusan Pihak Berkuasa
Negeri.
MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN
Terdapat beberapa kelemahan dalam pengurusan program ini
seperti berikut:
1. Sejumlah 79.6% bilangan kompaun di bawah Undang-undang
Kecil Taman bagi tempoh 2009 hingga 2011 masih tertunggak.
2. Undang-undang Kecil Vandalisme sukar dilaksanakan
menyebabkan meningkatnya kejadian vandalisme terhadap landskap yang
dibangunkan.
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN
1. Empat lot tanah masih belum dimajukan, 3 daripadanya
telah dimiliki PKNNS melebihi 20 tahun menyebabkan PKNNS telah menanggung
bayaran cukai sejumlah RM0.33 juta tanpa sebarang hasil.
2. Tanah milik masih dalam kaveat pihak ketiga telah
tertangguh pembangunannya sedangkan sejumlah RM91,368 perlu dibelanjakan untuk
cukai tanah dan cukai pintu setiap tahun.
3. Pulangan projek sejumlah RM1.99 juta masih belum
diperoleh akibat projek terbengkalai yang mana sepatutnya disiapkan pada bulan
Mei 2007.
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2011 untuk N.Sembilan
Pada akhir tahun 2011, pelaburan saham Kerajaan Negeri dalam
Penyata Kedudukan Kewangan berjumlah RM0.59 juta. Ini merupakan penurunan
sebanyak 97.5% ekoran 3 daripada 4 saham Kerajaan Negeri iaitu saham Telekom
Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Berhad dan Malaysia Airport Holdings dengan
nilai pokok RM22.91 juta telah dijual dalam tahun 2011.
A. UNIT PERUMAHAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI -
Pengurusan Program Rumah Awam Harga Rendah (RAHR)
Pelaksanaan program ini bertujuan untuk menyediakan
kemudahan perumahan yang sempurna kepada golongan berpendapatan rendah di luar
bandar dan pinggir bandar disamping kemudahan asas dan sosial. Bagi tempoh
tahun 2009 hingga 2011 peruntukan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Sembilan
untuk program RAHR berjumlah RM11.54 juta di mana sejumlah RM9.65 juta telah
dibelanjakan untuk projek sedia ada.
Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga
November 2011 mendapati secara amnya pengurusan program RAHR adalah kurang
memuaskan. Terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki seperti berikut:
1. Terdapat 33 unit
rumah yang masih kosong semenjak tahun 2005.
2. Rumah yang belum
diagih didapati tidak disenggarakan dengan baik.
3. Tunggakan sewa
semakin meningkat pada tahun 2011 berbanding tahun 2009 dan 2010 iaitu sebanyak
25.4% berbanding kutipan sepatutnya.
4. Terdapat rumah
yang belum dikeluarkan hak milik walaupun pembeli telah selesai bayaran sewa
beli antara 1 hingga 7 tahun.
5. Terdapat tapak
tanah program Rumah Awam Harga Rendah yang masih belum didaftar sebagai hak
milik Kerajaan Negeri walaupun pampasan telah dibayar kepada pemilik asal
seawal tahun 1982 hingga 2004.
B. MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN - Pengurusan Hartanah
Bagi tahun 2009 hingga 2011, nilai hartanah yang dimiliki
oleh MAINS seperti yang dilaporkan di dalam penyata kewangan beraudit pada
akhir tahun 2011 berbaki sejumlah RM45.04 juta. Terdapat beberapa kelemahan
yang perlu diperbaiki seperti berikut:
1. Tunggakan sewa
premis mencapai 25.0% daripada jumlah hasil sewa yang sepatutnya diterima.
2. Empat projek usaha
sama yang ditandatangani oleh MAINS di antara tahun 2000 hingga 2002 dengan
syarikat pemaju telah mengambil masa yang lama selepas tempoh perjanjian untuk
mendapatkan pulangan yang dijanjikan kerana pelbagai masalah.
3. Satu daripada
projek usaha sama tersebut masih belum bermula walaupun perjanjian telah
ditandatangani pada tahun 2002 dan menyebabkan baki pulangan kepada MAINS
sejumlah RM7.9 juta masih tertangguh.
C. JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR - Pengurusan Program
Pembangunan Industri Lembu Dan Kerbau
Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga Oktober
2011 mendapati pada keseluruhannya pelaksanaan Program Pembangunan Industri
Lembu Dan Kerbau di Negeri Sembilan adalah kurang memuaskan kerana:
1. Sejumlah 254 (77.4%) perjanjian Skim PINTAF dan 27
(26.7%) perjanjian Skim TRUST masih belum disediakan walaupun bantuan ternakan
telah diagihkan.
2. Sebanyak 227 ekor
anak lembu atau 79.4% agihan Skim PINTAF bagi tempoh tahun 2004 hingga 2009
belum dipulangkan oleh penternak kepada Jabatan.
Bagi tahun 2009 hingga 2011, Jabatan telah diperuntukkan
sejumlah RM2.23 juta bagi Skim PINTAF di mana kesemua jumlah tersebut telah
dibelanjakan untuk membeli 782 ekor lembu dan 130 ekor kerbau.
Manakala bagi Skim TRUST dalam tempoh 3 tahun tersebut,
sejumlah 1,242 ekor lembu bernilai RM6.63 juta telah dibekalkan oleh Jabatan
PerkhidmatanVeterinar Putrajaya.
Sehingga tahun 2011, Jabatan mempunyai 2,037.72 hektar
kawasan padang ragut dan sejumlah RM1.79 juta telah dibelanjakan bagi tahun
2009 hingga 2011 untuk membangunkan kawasan padang ragut tersebut.
D. PEJABAT DAERAH DAN TANAH REMBAU DAN KUALA PILAH -
Pembinaan Dan Penyenggaraan Kemudahan Awam Di Mukim-Mukim
Bagi tahun 2009 hingga 2011 Kerajaan Negeri Sembilan telah
memperuntukkan sejumlah RM15.13 juta untuk tujuan pembinaan dan penyenggaraan
kemudahan awam di mukim-mukim luar bandar di Negeri Sembilan di mana sejumlah
RM14.12 juta telah dibelanjakan.
Pengauditan yang dijalankan di Pejabat Daerah Dan Tanah
Rembau dan Kuala Pilah antara bulan Julai 2011 hingga Oktober 2011 terdapat
beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki dan diambil tindakan yang sewajarnya
oleh pihak yang berkaitan. Antara kelemahan yang diperhatikan ialah:
1. Terdapat pembinaan kemudahan awam dalam kawasan tanah
milik tanpa dokumen kebenaran daripada pemilik.
2. Tiada
penyenggaraan kemudahan awam secara berkala.
3. Daftar inventori
kemudahan awam di mukim luar bandar tidak diselenggarakan bagi tujuan rujukan
untuk penyenggaraan dan baik pulih.
Bagi memperbaiki kelemahan yang dibangkitkan adalah
disyorkan supaya Pejabat Daerah Dan Tanah memberi pertimbangan kepada perkara berikut:
1. Kemudahan awam
yang dibina di kawasan tanah milik perlu mendapatkan kebenaran izin guna tanah
atau izin lalu secara bertulis dari pemilik tanah untuk mengelakkan
pertelingkahan di masa hadapan.
2. Pejabat Daerah Dan
Tanah perlu memastikan Pengerusi JKKK bertanggungjawab menyelia kemudahan awam
di kawasan masing-masing.
E. MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN - Pengurusan Program
Pengindahan Dan Landskap
Peruntukan bagi program pengindahan dan landskap bagi tempoh
tahun 2009 hingga 2011 masing-masing berjumlah RM1.69 juta, RM0.75 juta dan
RM4.46 juta.
Terdapat beberapa kelemahan dalam pengurusan program ini
seperti berikut:
1. Sejumlah 79.6% bilangan kompaun di bawah Undang-undang
Kecil Taman bagi tempoh 2009 hingga 2011 masih tertunggak.
2. Undang-undang Kecil Vandalisme sukar dilaksanakan
menyebabkan meningkatnya kejadian vandalisme terhadap landskap yang
dibangunkan.
F. PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN - Pengurusan
Hartanah
Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) sebagai
sebuah agensi pembangunan yang diberi tanggungjawab bagi memimpin, menyertai
dan menggalak penyertaan proses perubahan sosioekonomi ke arah mencapai
matlamat pembangunan negeri. Nilai hartanah PKNNS bagi tempoh tahun 2009 hingga
2011 masing-masing RM45.36 juta, RM43.12 juta dan RM42.18 juta.
Terdapat beberapa kelemahan dan tindakan terdahulu yang
perlu diberi perhatian supaya tidak berulang, antaranya adalah seperti berikut:
1. Empat lot tanah masih belum dimajukan, 3 daripadanya
telah dimiliki PKNNS melebihi 20 tahun menyebabkan PKNNS telah menanggung
bayaran cukai sejumlah RM0.33 juta tanpa sebarang hasil.
2. Tanah milik masih dalam kaveat pihak ketiga telah
tertangguh pembangunannya sedangkan sejumlah RM91,368 perlu dibelanjakan untuk
cukai tanah dan cukai pintu setiap tahun.
3. Pulangan projek sejumlah RM1.99 juta masih belum
diperoleh akibat projek terbengkalai yang mana sepatutnya disiapkan pada bulan
Mei 2007.
G. YAYASAN NEGERI
SEMBILAN - YNS Management Sdn. Bhd.
YNS Management Sdn. Bhd. (YNSM) merupakan sebuah syarikat
milik penuh Yayasan Negeri Sembilan (Yayasan) dengan modal saham diterbitkan
dan modal berbayar berjumlah RM0.50 juta. YNSM ditubuhkan pada 15 September
1988 dengan nama N.S. Concentrate Rubber Sdn. Bhd. dan ditukar nama kepada YNS Management
Sdn. Bhd. Pada 22 Februari 1992.
Pada awal penubuhannya, fungsi syarikat ini adalah untuk
menyediakan kakitangan bagi perkhidmatan pentadbiran dan teknikal kepada
Yayasan serta syarikat subsidiari Yayasan. Di samping itu, YNSM juga
menjalankan perniagaan urus niaga saham, menyediakan perkhidmatan pembersihan,
pengurusan tempat letak kereta dan percukaian.
Aktiviti YNSM bagi tempoh tahun 2008 hingga 2011 lebih
menjurus kepada perkhidmatan pembersihan, sewaan kenderaan, pembekalan komputer
dan perkhidmatan sewaan papan iklan elektronik.
Pengauditan yang dijalankan pada bulan Mei hingga Jun 2011
mendapati pengurusan YNSM secara keseluruhannya adalah kurang memuaskan.
YNSM masih mempunyai kerugian terkumpul yang agak tinggi
iaitu sebanyak RM0.43 juta pada tahun 2010 berbanding modal berbayar RM0.50
juta.
Kelemahan yang ditemui adalah seperti berikut:
1. Pengurusan aktiviti YNSM tidak memuaskan kerana
aktivitinya semakin berkurangan.
2. Tiada pertambahan kontrak baru dan tiada penetapan kadar
harga bagi aktiviti khidmat pembersihan yang merupakan aktiviti utama syarikat.
3. Tadbir urus korporat berkaitan pematuhan YNSM kepada
Pekeliling Perbendaharaan mengenai tatacara pembayaran bonus serta kekerapan
mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah adalah kurang memuaskan.
H. PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN - Negeri
Roadstone Sdn. Bhd.
Negeri Roadstone Sdn. Bhd. (NRSB) ditubuhkan pada 22 April
1974. NRSB mempunyai modal saham dibenarkan berjumlah RM10 juta dan modal
berbayar berjumlah RM4 juta pada RM1 sesaham yang mana Perbadanan Kemajuan
Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) memegang 51% saham.
Objektif penubuhan NRSB adalah untuk menjalankan aktiviti
penggalian, jualan batu-batan, kerja-kerja pembinaan/kontrak, penurapan jalan
dan infrastruktur. NRSB mempunyai sebuah syarikat subsidiari iaitu Roadstone
Construction & Development Sdn. Bhd. (RCDSB) yang telah ditubuhkan di bawah
Akta Syarikat 1965 pada 10 April 1991. RCDSB mempunyai modal saham dibenarkan
berjumlah RM0.50 juta dan modal berbayar berjumlah RM0.10 juta bernilai RM1.00
seunit dan 100% milik NRSB.
Terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki seperti
berikut:
1. Berlaku kelewatan kutipan hasil jualan batu-batan
daripada pelanggan antara 7 hingga 58 bulan.
2. Tiada pemantauan Unit Audit Dalam dan Jawatankuasa Audit
3. Pembayaran bonus tidak mendapat kelulusan Pihak Berkuasa
Negeri.
SUDAH DIBONGKAR!!! Orang kuat UMNO yang menyeleweng Kerajaan PAS Kedah yang dapat nama
Kerajaan Negeri Kedah diserang isu pernyelewengan di Bahagian Perumahan, rupanya yang terbabit ialah orang kuat UMNO!!!!!!!!
1) Orang ini adalah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Kedah (kini dilaporkan melepaskan jawatan) tetapi masih memegang jawatan ad hoc dalam UMNO.
2) Dia merupakan orang kuat bekas MB Kedah Dato' Seri Mahdzir Khalid.
3) Dia adalah KCS yang memegang jawatan penting di bahagian Perumahan Pejabat SUK dan pembuat keputusan dalam banyak perkara penting di bahagian tersebut.
4) Dia adalah orang kanan, rakan rapat dan kroni kepada Dato' Rasli Basir SUK Kedah yang didesak meletakkan jawatan.
5) Dia seorang yang tidak menghormati pihak berkuasa negeri, tidak pernah hadir ke pejabat Exco bila dipanggil oleh Exco berkaitan untuk urusan yang berkaitan dengan tugasannya. Kalau ada urusan Exco kena pi mengadap dia, bukan dia boleh dipanggil mengadap Exco.
6) Dialah orangnya yang bertanggungjawab dengan isu RM2.55 juta kepada 5 kontraktor yang tidak wujud 'melaksanakan projek' Taman Seri Gemilang, Flat seberang Terus, Taman Wira, Flat Alor Malai, Flat Simpang Kuala, Flat Seberang Terus, Flat Tongkang Yard dan Taman Kota Nelayan. (Seperti terkandung dalam laporan Ketua Audit Negara 2011).
7) Akibat dari dakwaan penyelewengan yang dilakukan di atas, dia telah ditahan reman oleh SPRM selama 9 hari dan akan akan didakwa oleh SPRM di mahkamah pada bila-bila masa.
Ini baru muqaddimah... pendedahan berikutnya ialah apa hubungannya dengan Mahdzir Khalid, isu pembinaan Kompleks MPSP, penyelewengan PKB, mengeluar duit tunai GLC untuk dana UMNO/BN dalam PRU12... semuanya akan kita dedahkan selepas ini.Kedahkini

MEDIA UMNO PUTAR BELIT!!! Wakil PBB Dimitri Vlassis cakap lain, media UMNO tafsir kot lain
Ayoh, sudah kantoi lagi.
Sama ada media pencacai Umno yang sememangnya pakar memutar belit kenyataan atau memang tak paham apa yang dikatakan!
Wakil Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) yang dilapor memuji Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sebuah persidangan antarabangsa baru-baru ini berkata komen beliau telah disalah tafsir oleh pihak media.
Dimitri Vlassis yang merupakan ketua cawangan rasuah dan jenayah ekonomi UNODC berkata, beberapa komennya semasa sidang akhbar yang diadakan di Kuala Lumpur 10 hari yang lalu telah disalah faham atau diambil di luar konteks.
Vlassis berkata beliau mahu membuat penjelasan kerana komennya itu telah "disalah tafsir dan mungkin telah menimbul tanggapan yang silap".
Menurut wakil PBB itu, beliau memuji SPRM kerana menganjurkan persidangan tahunan keenam Persatuan Pihak Berkuasa Anti-Rasuah Antarabangsa (IAACA) di Kuala Lumpur.
Semasa sidang akhbar tersebut, Vlassis berkata, beliau telah ditanya mengenai persidangan IAACA dan sama ada perbelanjaan untuk mengadakannya itu berbaloi.
Katanya, beliau menjawab persidangan memenuhi tujuan yang sangat berguna dalam mengumpulkan agensi-agensi pakar tersebut bersama, dan membantu mereka bertukar pandangan dan pengalaman serta mengukuhkan kerjasama antarabangsa.
Menurutnya, UNODC menyokong IAACA sejak penubuhannya dan menganggap setiap peluang untuk mencapai matlamat tersebut sebagai wajar dan berguna.
"Saya memuji SPRM kerana menganjurkan persidangan tersebut dan mengucapkan terima kasih atas layanan kepada semua peserta, termasuk diri saya dan rakan-rakan lain dari UNODC atau UNDP," katanya dalam satu kenyataan semalam.
JALAN PULANG

DEMI KRONI UMNO !!! Hutang Perwaja RM1,628.68 juta hapus kira, hutang PTPTN rakyat wajib bayar
Ini jadual dari Laporan Ketua Audit Negara 2011. (lihat halaman 34)
Hutang tertunggak Perwaja Terengganu Sdn Bhd sejak 17 tahun lalu sehingga 31 Disember tahun lepas sebanyak RM1,628.68 juta.
No dua, UDA Holdings Bhd.
Tak perlulah saya jelaskan individu mesra Umno di belakang syarikat ini.
Laporan Ketua Audit Negara 2011 Pada halaman 35 antara lain menyebut:
"Peruntukan akan disediakan bagi menghapus kira hutang Perwaja Terengganu Sdn Bhd bermula tahun 2011 dan dijangka selesai Pada tahun 2027..."
Impian mahasiswa untuk mendapatkan pendidikan percuma ditolak mentah-mentah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, peminjam PTPTN wajib bayar hutang sebab itu tuntutan agama.
Habis, kenapa HAPUS KIRA RM1,628.68 JUTA HUTANG PERWAJA?
Kroni Umno?
Berapa komisen yang Umno dapat dengan tebus hutang ini?
Zainulfaqar Yaacob
Fotojurnalis / Blogger
George Town, Pulau Pinang
SharpShooter

DEMO BANTAH ST1M!!! BN kaut duit rakyat , PR tawar penyelesaian
oleh: al Husseyn
Mengkayakan kroni? Pagi tadi sekitar jam 10.00, satu demo membantah pelaksanaan AES atau ST1M ( Saman Trafik1 Malaysia ) telah diadakan dihadapan pintu masuk JPJ Ipoh.
Mengapa diswastakan?
Bantahan rakyat akan diteruskani
Mengkayakan kroni? Pagi tadi sekitar jam 10.00, satu demo membantah pelaksanaan AES atau ST1M ( Saman Trafik1 Malaysia ) telah diadakan dihadapan pintu masuk JPJ Ipoh.
Mengapa diswastakan?
Demo tersebut bertujuan menentang kezaliman sistem tersebut tajaan
kerajaan Barisan Nasional dan mendesak agar Saman Trfik 1Malaysia AES
ini dimansuhkan.
Safarizal Saleh- PSU Pemuda PAS Perak turut serta
Hanya dalam masa 8 hari pelaksanaan AES di 14 kawasan mulai 23 September lepas, 63,558 rakyat telah disaman!
Bantahan rakyat akan diteruskani
Sebanyak 831 buah kamera bakal dipasang dengan anggaran kutipan
sebanyak RM 5 Bilion daripada poket saku rakyat kepada Kerajaan BN dan
syarikat kroni.
Terima kasih kepada polis yg mengawal lalu lintas..
Yang pakai ketayap tu datang dari Parit! Semangat sungguh.
Pelaksanaan saman ekor melalui system AES yang diberikan kepada 2
buah syarikat swasta iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd dengan
melibatkan anggaran keuntungan lebih RM 700 juta setahun kepada syarikat
swasta ini.
Ini jelas membebankan rakyat hasil tindakan kerajaan Barisan Nasional dengan alasan bagi menangani masalah kemalangan jalanraya.
AES: Pakatan semak semula jika tawan Putrajaya
KUALA LUMPUR:
Pakatan Rakyat berpendirian akan menyemak serta mengkaji semula
pelaksanaan Automated Enforcement System (AES) jika berjaya menawan
Putrajaya pada Pilihan raya Umum yang akan datang.
Berkata pada sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di Parlimen, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memberitahu selain semakan semula pelaksanaan AES, Pakatan akan turut membuat semakan kepada perjanjian antara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan syarikat yang melaksanakannya.
"Jika kita mengambil alih Putrajaya nanti, kita akan membuat semakan serta kajian semula terhadap perlaksanaan AES.
"Apa yang kita lihat sekarang AES ini bukan sahaja telah membebankan rakyat serta untuk mengaut keuntungan tetapi juga lokasi-lokasi pemasangan AES ini turut meragukan," jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Tambahnya lagi, isi kandungan perjanjian juga turut menjadi isu utama semakan tersebut, ini bagi memastikan tidak wujud unsur-unsur keuntungan mahupun perkara yang boleh membebankan rakyat.
"Kita akan semak semuanya, begitu juga dengan kadar had laju sekarang sama ada masih sesuai ataupun tidak.
"Ini adalah kerana teknologi kelajuan sesebuah kereta itu telah meningkat dan ia sudah jauh bezanya sejak dari awal hadlaju itu ditetapkan," sambung beliau lagi.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut berpendapat pelaksanaan AES ini bersifat meragut hak rakyat.
"Kita menyokong apa yang telah diputuskan oleh Pakatan Rakyat dalam pelaksanaan AES ini dan ia perlu dipertimbangkan semula
"Pelaksanaan AES ini hanyalah bersifat meraih keuntungan dengan cara meragut wang dari poket rakyat," kata beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Beliau berpendapat kerajaan perlu mengadakan rundingan sebelum pelaksanaan AES dilaksanakan.
"Rakyat tidak berpuashati dengan pelaksanaan ini, mereka menyifatkan ia bukannya untuk mengurangkan kemalangan tetapi lebih kepada mencari keuntungan," sambung beliau lagi
Untuk makluman, AES adalah satu sistem yang dinaiktaraf dan beroperasi selama 24 jam sehari untuk merakam kesalahan hadlaju dan juga di persimpangan lampu isyarat.

RUPANYA!!!! Program Tranformasi Najib tiada kelulusan Kementerian Kewangan
KUALA LUMPUR - Semakan Audit mendapati, Program Transformasi Kedai
Runcit (TUKAR) yang dicanang Umno BN kononnya untuk menaik taraf kedai
runcit tidak mendapat kelulusan Kementerian Kewangan.
Berdasarkan Laporan Ketua Audit (LKAN) 2011, pelantikan konsultan dan
pembekal program itu diuruskan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Koperasi
Malaysia (SKM) dengan melantik sebuah syarikat secara lantikan terus.
“Bagaimanapun, tiada surat kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk
pelantikan ini. SKM tidak mengeluarkan surat tawaran pelantikan
konsultan dan pembekal program TUKAR kepada syarikat tersebut.
“Pelantikan ini hanya dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah SKM pada mesyuarat Lembaga Pengarah pada 30 Mei 2011,” LKAN dipetik.
Audit juga mendapati, tiada perjanjian ditandatangani antara SKM dengan
syarikat konsultan dan pembekal program selain geran asas program itu
yang belum digunakan.
“Tiada dokumen yang boleh dirujuk sebagai panduan untuk syarikat
melaksanakan program TUKAR dan tiada penetapan dibuat bagi perkara
tersebut.
“Antaranya spesifikasi dan nilai pengubahsuaian kedai runcit, senarai
peralatan yang sepatutnya dibekalkan kepada koperasi, tempoh jaminan
bagi kerja pengubahsuaian dan peralatan elektrik dan tempoh penghantaran
bekalan barang kepada koperasi,” jelas LKAN.
Tambah LKAN, prestasi koperasi selepas mendapat bantuan geran adalah tidak memuaskan.
“Pemantauan dilaksanakan dengan menggunakan borang prestasi yang sepatutnya dihantar ke SKM setiap enam bulan.
“Bagaimanapun, analisis Audit mendapati hanya 232 daripada 678 atau 34
peratus koperasi yang menerima geran dari tahun 2009 hingga 2011 telah
menghantar borang prestasi selepas 12 bulan menerima geran,” kata
laporan itu. ~kd
TERKINI!!! Bukti perbicaraan Skandal Scorpene terbongkar, UMNO nak nafi lagi...
Beberapa minggu lalu, pencacai Umno termasuk Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) dan polis menyerbu pejabat Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
cuba mencari apa saja bukti bagi menakut-nakutkan NGO tersebut dari
meneruskan pembongkaran skandal komisen kapal selam kelas Scorpene yang
membabitkan perdana menteri Najib Altantuya.
Puas mencari namun nampaknya tiada apa yang dapat menghalang Suaram dari terus membongkar dan mendedahkannya kepada umum.
Tidak lama kemudian, Umno dan Barisan Nasional (BN) mendakwa bahawa
tiada perbicaraan berlangsung di Paris, Perancis seperti yang didakwa
Suaram menerusi satu kenyataan yang dibuat bekas pendakwaraya negara
itu, Yves Charapenel.
Namun, untuk membuktikan bahawa kenyataan Charpenel itu silap, salah
seorang peguam yang berhujah di hadapan dua hakim yang mendengar kes
tersebut pada Mac lalu, Fadiah Nadwa Fikri tampil dengan satu lampiran
faksimili yang dihantar dari Paris.
Fadiah memuat naik gambar lampiran tersebut menerusi akaun Twitter miliknya sebentar tadi (gambar atas).
Faksimili lampiran muka surat dua dari tiga helaian tersebut dihantar
kepada Pengerusi Suaram, Kua Kia Soong itu bertarikh 11 April 2012 dan
dialamatkan kepada peguam Suaram di Paris, William Bourdon yang dihantar
pulang dari KLIA ke Paris pada Julai tahun lalu.
Hakim tribunal Grande de Instance di Paris, Roger le Loire yang menjadi
salah seorang hakim tribunal tersebut mengesahkan bahawa Suaram masih
salah satu pihak yang menuntut dalam perbicaraan tersebut.
Surat tersebut ditulis dalam Bahasa Perancis dan terjemahannya dalam
Bahasa Inggeris dilakukan seorang lagi peguam yang dilantik, Joseph
Breham.
JALAN PULANG
KENYATAAN MEDIA: 17 OKTOBER 2012
SIASATAN Scorpene:
SUARAM menjelaskan maklumat yang salah dan MENDUSTAKAN
"... Siasatan setakat ini telah memberikan keterangan yang mencukupi
untuk menuding jari kami pada pegawai-pegawai Malaysia dalam siasatan
kehakiman ..."
Joseph Breham, peguam Perancis
SUARAM telah diletakkan di bawah pengawasan luar biasa tidak kurang
daripada 6 agensi kerajaan dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dan
disiasat untuk pelbagai dakwaan salah laku. Pemimpin dan kakitangan
utama SUARAM telah berkali-kali diminta ke pejabat Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) dan disiasat oleh polis di bawah Seksyen 112 Kanun
Tatacara Jenayah (CPC).
Walaupun agensi-agensi ini telah bekerja berlebih-lebihan untuk mencari
kesilapan yang tidak wujud, SUARAM terus menjadi sasaran serangan
berterusan oleh NGOs dan kumpulan pro-kerajaan yang sama, kejam syaitan
dan dibicarakan dalam media arus perdana untuk pelbagai salah laku yang
didakwa; ketua yang kami hubungan yang luas dengan kepentingan asing,
menjadi penerima Soros dan sumber-sumber lain dana asing serta
mendaftarkan diri sebagai syarikat bukan masyarakat.
Pentadbiran Barisan Nasional telah pergi ke media untuk menjatuhkan SUARAM dan merendahkan imej kita di mata rakyat Malaysia.
Seperti yang telah sentiasa menjadi kes, banyak condong media arus
perdana kami, telah hampir tidak pernah diterbitkan hak kami reply, dan
kita mengalami Meal laporan tidak berasas yang diterbitkan oleh mereka.
Untuk organisasi hak asasi manusia agak kecil, yang telah wujud selama
lebih daripada 23 tahun, serangan seperti yang tidak seimbang dan
membuli mencerminkan pemikiran pentadbiran tidak selamat dan terdesak,
dalam masa sama mendiamkan suara-suara kritikal dalam memimpin sehingga
Pilihanraya Umum.
Minggu lepas bagaimanapun telah menyaksikan serangan ke atas anjakan
SUARAM daripada salah laku pelbagai dakwaan kami, untuk sesuatu yang
lebih spesifik: Kes Scorpene. Jadi sebab sebenar untuk gangguan dan
ugutan telah akhirnya muncul. SUARAM sedang dihukum dan dicerca untuk
peranan sebagai pemberi maklumat dalam kes Scorpene. Sebaliknya
menyiasat aduan, SUARAM sedang disiasat sebaliknya.
Dan apa cara yang lebih baik daripada mempunyai bekas Ketua Perancis
Pendakwaan, Yves Charpenel yang berada di bandar untuk persidangan,
untuk mengatakan bahawa terdapat "tiada percubaan" di Perancis.
Untuk memudahkan rujukan, penyata Encik Charpenel diterbitkan semula dalam perkara-perkara berikut: -
"... Media di Malaysia harus dapat membezakan antara khabar angin dan fakta-fakta, dan antara penyiasatan dan perbicaraan ..."
"... Saya sedar tentang semua kekecohan itu ditendang oleh media
tertentu (organisasi) di Malaysia sejak ini tetapi apa yang boleh saya
katakan adalah bahawa ini adalah tidak lebih daripada percubaan oleh
media ..."
"... Satu percubaan adalah percubaan dengan semua peraturan. Penyiasatan adalah perkara yang lain ... "
Kami ingin mengkategorikan menjelaskan kedudukan kami dalam perkara-perkara berikut: -
1. Ia adalah satu fakta bahawa siasatan ke atas skandal Scorpene telah dimulakan. Ia bukan khabar angin;
2. Semua kenyataan sebelumnya yang dikeluarkan oleh SUARAM telah
menggunakan istilah "siasatan kehakiman" dan "penyiasatan jenayah" silih
berganti;
3. Pada masa yang material tidak SUARAM telah menggunakan istilah "percubaan" dalam penyata SUARAM kepada orang awam;
4. Perbicaraan adalah berbeza daripada penyiasatan;
5. Siasatan mengenai skandal Scorpene sedang dijalankan di Paris dan
oleh cara tidak dijalankan oleh media di Malaysia apatah lagi
dibicarakan oleh media di Malaysia;
6. Dalam semua pernyataan pada masa lalu, kami telah mengekalkan sangat
jelas bahawa aduan yang difailkan oleh SUARAM pada akhir tahun 2009,
telah membawa pendakwa Perancis untuk mencari bukti prima facie yang
mencukupi untuk membolehkan siasatan untuk berpindah ke mahkamah terbuka
untuk siasatan mendalam;
7. Satu siasatan kehakiman telah dimulakan pada 16 Mac 2012, dan SUARAM telah dijadikan suatu pihak sivil dengan kes itu;
8. Siasatan itu didengar di Tribunal Grande de Instance;
9. Dua hakim telah dilantik untuk mempengerusikan kes itu; Roger Le Loire dan Sergie Tournaire;
10. SUARAM telah memberi keterangan di hadapan hakim pada 19 April 2012;
11. Hakim-hakim siasatan / arahan mempunyai kuasa untuk menyiasat serta
mendengar saksi sebagai sebahagian daripada tugas dalam mempengerusikan
siasatan itu;
12. Satu senarai saksi Malaysia diserahkan kepada hakim yang berkata
beliau akan membuat keputusan apabila memanggil saksi ini sebagai saksi
peguambela;
13. Persekutuan Antarabangsa untuk Hak Asasi Manusia (FIDH) tidak
mempunyai peranan dalam siasatan berterusan kehakiman seperti yang
didakwa oleh Kelab Wartawan Muda Malaysia, walaupun SUARAM sebagai ahli
dalam pakatan hak asasi manusia;
14. Encik Charpenel adalah bekas Ketua Pendakwaan;
15. Encik Charpenel telah tiada pengetahuan mengenai siasatan Scorpene;
16. Setakat ini, peguam untuk SUARAM telah tidak diberitahu oleh
pendakwa bahawa siasatan Scorpene tidak akan meneruskan perbicaraan
penuh;
17. Encik Charpenel telah tidak dilantik sebagai pendakwa untuk siasatan Scorpene;
18. Encik Charpenel telah mengulas mengenai perkara yang dia tidak biasa dengan dan oleh itu, tanpa merit dan autoriti.
Pada masa yang material tidak SUARAM telah menyesatkan rakyat Malaysia
mengenai kemajuan dan fakta kes Scorpene, seperti yang didakwa oleh
media BN.
Kami ingin menekankan bahawa sistem kehakiman Perancis berbeza secara
meluas daripada sistem British / Komanwel, maka pemahaman yang betul
diperlukan oleh rakyat Malaysia arif, untuk memahami perkembangan kes
itu. SUARAM tidak akan menanggung tanggungjawab salah faham dan
kekeliruan yang sengaja yang disebabkan oleh pelbagai pihak ke atas dgn
hukum kes.
Unsur Utama dalam Kes
Sorotan dari Kertas Siasatan.
Bekas pengarah kewangan DCN, Gerarde Philippe Maneyas telah membuat
tuntutan untuk 32 juta Euro yang didakwa digunakan untuk merasuah
pegawai-pegawai Malaysia bagi pembelian daripada Scorpene. Kita tahu
bahawa sekurang-kurangnya 32 juta Euro yang dibayar oleh Thales
International (Thint) Asia untuk Terasasi.
Terdapat invois oleh Terasasi bertarikh 2000/01/10 untuk 100.000 Euro.
Terdapat juga invois dari Terasasi ke Thint Asia, bertarikh 2004/08/28
untuk 359.450 Euro dengan nota tulisan tangan berkata: "Razak mahu ia
tergesa-gesa."
Dengan undang-undang baru Perancis dan Konvensyen OECD terhadap rasuah
di tempat selepas tahun 2002, pedagang senjata Perancis terpaksa mencari
jalan untuk membayar komisen kepada pelanggan asing mereka. Kaedah yang
digunakan adalah untuk mewujudkan "pembekal perkhidmatan" yang boleh
"meningkatkan invois" untuk mengambil tempat komisen.
Negara perantara kemudiannya digunakan untuk memudahkan pembayaran.
Syarikat-syarikat yang digunakan dalam kes Malaysia "Gifen di Malta,
Eurolux di Luxemburg dan Technomar di Belgium. Antara ivoices terbongkar
perbelanjaan perjalanan Baginda dan Altantuya ke Hong Kong dan Macau.
Parlimen di Malta juga telah mempersoalkan kerajaan mereka untuk
mendapatkan jawapan alih peranan Malta dalam kes ini.
Oleh itu, apabila syarikat negeri Perancis DCN menamatkan kontrak,
Thales mengambil alih sebagai sebuah syarikat swasta, tidak melibatkan
negeri. Thales International telah dilantik untuk menyelaras hubungan
politik.
Suatu kontrak kejuruteraan komersial kemudiannya ditandatangani antara
DCNI dan Thales, yang disebut sebagai "C5". Ia meliputi 30 juta Euro
dalam kos komersial di luar negara. Satu lagi "perjanjian perundingan"
telah ditandatangani pada tahun 2000 antara Thint Asia dan Terasasi
untuk 2.5 juta Euro.
Walaupun kita telah diberitahu tentang Perimekar dan peranannya,
terdapat telah menjadi senyap pin jatuh pada TERASASI syarikat lain.
Menteri Pertahanan Zahid Hamidi menafikan mempunyai apa-apa pengetahuan
mengenai syarikat ini dalam jawapan beliau kepada Parlimen Jun lalu.
Pembayar cukai mempunyai kepentingan yang sah untuk mengetahui peranan
TERASASI bagaimanapun, soalan-soalan penting berkaitan skandal Scorpene
telah bertemu dengan senyap. Sehingga hari ini, kerajaan belum
menjelaskan kepada awam peranan TERASASI yang sebenar. Mungkin 6 agensi
pasukan petugas ditubuhkan untuk menyiasat SUARAM perlu menggunakan
bahan-bahan penyelidikan dan mula mengkaji TERASASI.
Joseph Breham dalam sidang akhbar bersama kami di Bangkok, juga menemui
bahawa dokumen rahsia telah ditemui di pejabat Thales, milik Tentera
Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengenai cadangan yang dikaitkan dengan
kapal selam. Adakah dokumen ini dijual kepada Thales dengan langsung
tidak memperdulikan rahsia negara?
Soalan yang masih tidak terjawab.
Kewajipan Malaysia di bawah Undang-undang Konvensyen Pencegahan Rasuah PBB.
Malaysia sebagai penandatangan UNCAC sejak 2008, kini diwajibkan untuk
bekerjasama dengan negara bangsa lain dalam mencegah, menyiasat dan
mendakwa pesalah rasuah. Pihak Negeri terikat untuk memberi bentuk
tertentu bantuan undang-undang bersama dalam mengumpul dan memindahkan
bukti untuk digunakan dalam mahkamah dan mengekstradisi pesalah.
Satu trend yang menyeluruh dalam perjuangan menentang rasuah
trans-sempadan bidang kuasa sejagat. Ini bermakna negara boleh membawa
kepada percubaan dan mendakwa di negara itu mereka yang dituduh
melakukan jenayah di negara lain.
Skandal kapal selam Scorpene menyediakan platform bagi bidang kuasa
sejagat untuk diguna pakai. Dengan mengesahkan UNCAC, Malaysia telah
memberi isyarat kepada dunia kesanggupan kami untuk mengemukakan kepada
rangka kerja kerjasama antarabangsa.
Persoalannya ialah SPRM menendang-memulakan penyiasatan skandal
Scorpene? Fakta penuh boleh diberitahu di Parlimen dan dikeluarkan
kepada orang awam?
Serangan yang dilancarkan terhadap SUARAM, sebagai pemberi maklumat
dalam Siasatan Scorpene adalah mencerminkan kerajaan terdesak yang telah
menyedari magnitud dan kesan perjanjian Scorpene. SUARAM mengulangi
keperluan untuk institusi awam di Malaysia untuk berfungsi secara bebas
dan berkesan dalam mempromosikan tadbir urus yang baik dan memerangi
rasuah.
Dikeluarkan oleh,
SUARAM