Saturday, October 20, 2012

SELUDUP RM 40 JUTA!!! Nazri Aziz telah menjerut dirinya

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz telah menjerut dirinya dalam percanggahan apabila beliau mengatakan di Parlimen semalam bahawa bukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) Hong Kong yang membersihkan nama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman daripada kes rasuah wang ‘seludup’ RM40 juta dari Hong Kong pada Ogos 2008.

Menjawab soalan tambahan oleh Ahli Parlimen DAP Cheras, Tan Kok Wai, Nazri berkata di Parlimen semalam:

“Yang Berhormat bercakap tentang wang yang dibawa masuk daripada Hong Kong. Saya hendak sebut di sini itu bahawa siasatan yang dijalankan bukan daripada SPRM. Siasatan dijalankan oleh ICAC iaitu Hong Kong yang terkenal dengan penyiasatan without fear or favor. ICAC telah pun menyatakan itu bahawa tidak ada kes rasuah di sini. Soal sumbangan kepada mana-mana pertubuhan pun tidak ada kesalahan. Kalau macam mana-mana parti pun hendak menerima wang tidak ada kesalahan, boleh terima orang hendak sumbang bagilah, apa salahnya.”
Akan tetapi, Nazri menceritakan perkara yang berlainan dalam jawapan bertulisnya kepada Ahli Parlimen PKR Batu, Chua Tian Chan minggu lepas berkenaan perkara yang sama iaitu:

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Jabatan Peguam Negara telah meneliti dan mempertimbangkan keterangan yang dikemukakan oleh SPRM dan memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan. Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan UMNO Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri.

Pada masa yang sama kes tersebut telah turut disiasat oleh Independent Commission Against Corruption Hong Kong (ICAC). Berdasarkan siasatan ICAC berkaitan kes ini dan keputusan siasatan SPRM yang tersebut diatas, ICAC juga tidak mengambil apa-apa tindakan lanjut.

Mengenai kes yang turut difailkan di Mahkamah Switzerland, ia merupakan permohonan Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (MACMA) oleh ICAC bagi tujuan menyiasat perkara yang sama. Permohonan MACMA ini juga telah ditarik balik atas alasan yang sama yang dinyatakan diatas.

Daripada jawapan bertulis Nazri minggu lepas, kes tentang matawang Singapura bernilai RM40 juta di dalam bagasi seorang ahli perniagaan Sabah, Michael Chia yang cuba diseludup keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos 2008 bolehlah disimpulkan seperti berikut:

Peguam Negara Tan Sri Gani Patail berdasarkan kertas siasatan yang diserahkan kepadanya membuat keputusan “elemen rasuah tidak dapat dibuktikan” dan bukannya ICAC Hong Kong.

Walaupun ICAC turut melakukan siasatan-siasatan mereka sendiri, ia berdasarkan keputusan Peguam Negara dan siasatan SPRM yang menunjukkan “elemen rasuah tidak dapat dibuktikan” dengan itu ICAC tidak meneruskan sebarang tindakan lanjut. Itu sangat berbeza daripada apa yang Nazri katakan semalam bahawa ICAC yang membersihkan nama Musa daripada pertuduhan rasuah dan SPRM menurutinya!

Berdasarkan keputusan Peguam Negara bahawa “elemen rasuah tidak dapat dibuktikan” maka ICAC menarik balik permintaannya kepada pihak berkuasa Switzerland memohon kerjasama dalam “urusan melibatkan jenayah” yang telah dilaporkan terhadap sebuah akaun bank Swiss.

Banyak persoalan menuntut jawapan tentang wang ‘seludup’ RM40 juta dari Hong Kong ke Malaysia yang berakhir sebagai “sumbangan kepada UMNO Sabah”, yang sepatutnya Nazri jelaskan di Parlimen pada hari isnin sewaktu peringkat jawatankuasa perbahasan Belanjawan 2013 di Jabatan Perdana Menteri, termasuklah:

Pertama sekali, bilakah SPRM menghantar kertas siasatan tentang wang ‘seludup’ RM40 juta itu kepada Peguam Negara? Bilakah Peguam Negara membuat keputusan “elemen rasuah tidak dapat dibuktikan” lalu menutup fail? Adakah SPRM bersetuju sepenuhya dengan Peguam Negara bahawa “elemen rasuah tidak dapat dibuktikan” dalam kes itu, jika begitu, bilakah SPRM sendiri sampai kepada kesimpulan sedemikian?

Bagaimana dengan arahan Panel Penilai Operasi SPRM kepada SPRM dalam mesyuaratnya pada bulan Mei untuk mengumpul bukti lanjut terhadap Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman sebelum dibawa untuk pendakwaan yang kemudiannya Peguam Negara dapati “elemen rasuah tidak dapat dibuktikan” terhadap Musa dalam kes wang ‘seludup’ RM40 juta dari Hong Kong?

Arahan Panel Penilai Operasi SPRM kepada SPRM dalam mesyuaratnya berkaitan dengan siasatan SPRM terhadap pertuduhan rasuah ke atas Musa Aman hanya didedahkan awal bulan ini oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Mohd Shukri Abdul seperti yang dilaporkan Malaysiakini dalam berita bertajuk “Anti-graft panel wants more evidence against Sabah CM”.

Bolehkah disimpulkan bahawa sehingga awal bulan ini, SPRM tidak sedar bahawa Peguam Negara telah membuat keputusan yang “elemen rasuah tidak dapat dibuktikan” terhadap Musa Aman?

Kedua, bilakah ICAC Hong Kong dimaklumkan mengenai keputusan “elemen rasuah tidak dapat dibuktikan” oleh Peguam Negara dalam kes wang “seludup” RM40 juta Michael Chia dan bilakah pula ICAC menarik balik permohonan kepada pihak berkuasa Switzerland meminta kerjasama bagi sebuah pertuduhan serius penggubahan wang haram terhadap UBS, bank terbesar Switzerland, berikutan laporan pendedahan dokumen-dokumen yang mengaitkan Musa Aman dengan akaun rahsia bank UBS di Hong Kong dan Zurich?RM

LIDAH BIAWAK!!! UMNO, MCA, GERAKAN sama sahaja



UMNO, MCA dan Gerakan sama-sama 'berlidah biawak'?


Oleh ZULKIFLI YAHAYA
Ramai yang tidak faham isu sebenar mengapa pakatan ahli-ahli majlis PR mendesak Dato' Rasli Basir Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah meletakkan jawatan, lalu mendesak saya membuat penjelasan dalam kolum Harakah. Saya mengambil masa hampir separuh hari untuk mencari sudut fokus yang tepat dan 'selamat' (pada kedudukan saya) untuk menulis tetapi gagal.

Saya memimpin sebuah unit di bawah SUK dan bekerja melaksanakan misi seorang Menteri Besar. Justeru setiap ayat yang boleh difahami maksudnya maka ia membayangkan imej MB. Maka saya membuat ketetapan untuk tidak mengulasnya. Biarlah gerombolan ahli majlis yang diketuai oleh Basir Ismail menjalankan kerja mereka dan saya menjalankan kerja sendiri.


Isu kedua yang kecoh di Kedah ialah isu pelaksanaan Islam yang kemudian mengundang kenyataan-kenyataan kontroversi. Segalanya bermula dengan persepakatan MCA dan Gerakan  Kedah menyerang kerajaan negeri Pakatan dengan menggunakan  isu perkauman. Hampir tiga tahun mereka mengasak dengan isu yang sama iaitu kuota perumahan 50-50,  'kegagalan' membina semula kandang pemotongan babi yang telah diruntuhkan berhampiran kampung Melayu dan dakwaan kononnya PAS memaksa papan iklan menggunakan tulisan jawi. Antara yang membangkitkan isu tersebut ialah Dato' Chor Chee Heung (MP Alor Setar), Dato' Chong Itt Chew (Pengerusi MCA Kedah) dan Tan Keng Liang (Ketua Pemuda Gerakan Kedah).


Saya tidak berhasrat untuk menjelaskan lagi kedua isu tersebut setelah berkali-kali menjelaskan dalam ruangan ini. Untuk isu ketiga, jawapannya sangat mudah iaitu tiada arahan memaksa tulisan jawi di papan iklan oleh pihak berkuasa tempatan. Mereka hanya digalakkan lalu peniaga lebih selesa menggunakan tulisan jawi memandangkan masyarakat Muslim adalah majoriti di negeri ini. Tetapi biasalah BN, fitnah seolah-olah menjadi rukun yang wajib dilakukan oleh parti mereka.


Terbaru ada pihak berkuasa tempatan yang bercadang mengenakan peraturan terhadap aktiviti pengiklanan. Syaratnya sangat mudah, jika model iklan yang dipaparkan itu Muslim ia wajib menutup aurat. Jika modelnya bukan Muslim ia mestilah berpakaian sopan. Foto seorang wanita bukan Muslim yang memakai choengsam sudah dianggap sopan. Yang tidak sopan ialah wanita yang mendedahkan pangkal dada, paha atau memakai bikini.


 Namun semua parti komponen BN menjadikan isu perkauman sebagai penyambung hayat mereka. MCA dan Gerakan pun memalu gendang di kalangan masyarakat bukan Muslim di Kedah bahawa peraturan melarang iklan separuh bogel adalah peraturan yang melampau.


 Kenyataan pemimpin MCA dan Gerakan itu disiarkan secara besar-besaran dalam semua media Cina. Pegawai Khas kepada Menteri Besar, Teh Kok Soo memberi penjelasan panjang lebar kepada semua media tersebut untuk menangkis serangan, namun yang tersiar hanya beberapa baris. Media Cina juga mutakhir ini mungkin sudah diberi kata dua oleh Umno sehingga mereka hilang kebebasan bersuara. Transformasi dalam demokrasi yang kononnya dilaungkan Najib rupanya membawa media Cina ke era komunisme.


Setiausaha Dewan Himpunan Penyokong PAS Kedah, William Khor menjawab kalau hudud dilaksanakan pun ia sangat baik kerana berjaya banteras jenayah. "Kalau saya kena 'potong' pun saya tetap akan sokong PAS," katanya. Jawapan sebegitu tentulah tak diperlukan oleh bukan Muslim, cuma pedas menyindir sebahagian orang Melayu yang menolak hudud.


Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik tidak berpuas hati dengan kenyataan racis MCA dan Gerakan lalu mengadakan sidang media menjelaskan isu sebenar. Rupanya kenyataan beliau tidak diputarbelit oleh media Cina tetapi Utusan Malaysia pula yang mengambil peranan memutarbelit isu itu dari persepsi perkauman Melayu Islam.


DAP kononnya dituduh akan menentang apa-apa peraturan yang berunsur keIslaman yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri, termasuk peraturan iklan tidak sopan. 'PAS perlu restu DAP' dijadikan tajuk utama Utusan Malaysia sebagai tindakan provokasi perkauman terhadap orang Melayu.


Lee Guan Aik lantas menyelar tindakan akhbar pemfitnah itu menyiarkan berita yang bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan beliau.


"Berita tersebut adalah berniat jahat bagi melaga-lagakan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah, mahupun di Malaysia.
“Pada 14 Oktober 2012, saya ada buat sidang media bagi mengulas pelaksanaan garis panduan papan iklan yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

“Dalam kenyataan tersebut, saya langsung tidak menyatakan DAP menentang undang-undang berunsurkan Islam jika mahu dilaksanakan di sini (Kedah), tetapi saya berkata bahawa apa-apa sahaja undang-undang yang perlu dilaksanakan memerlukan persetujuan ketiga-tiga parti (Pakatan Rakyat).


“Ianya perlu dibincang bagi mendapat pandangan semua pihak dahulu, baru boleh dilaksanakan, bukan saya kata PAS perlu restu DAP baru boleh laksana undang-undang berunsurkan Islam, ini bertujuan bagi melaga-lagakan kami (Pakatan Rakyat),” jelas beliau ketika dihubungi," ujarnya.
Begitulah MCA, Gerakan dan UMNO; mereka dari satu badan (BN) tapi lidah yang terjelir masing-masing pincang bercabang. Lain di hadapan Melayu, lain pula di hadapan Cina bukan Muslim.

PARIT BUNTAR!!! 1000 penuhi Dataran Purnama mendengar penjelasan isu semasa

PARIT BUNTAR : Lebih 1000 orang telah memenuhi Dataran Purnama, Kg. Kedah untuk mendengar ceramah penerangan isu-isu semasa yang disampaikan oleh Pengerusi SAMM Badrul Hisham Sahrin ( Che gu Bard ) dan Penceramah Bebas popular Ust. Sahril Long. 
 
Ketua Penerangan PAS Parit Buntar Fakhrurrazi Haji Khalid berkata,  walaupun Che gu Bard sudah beberapa kali berceramah di kawasan Parit Buntar namun kehadiran orang ramai untuk mendengar ceramahnya tidak berubah. 
 
" Orang ramai juga amat meminati ceramah yang disampaikan Ust. Shahril Long yang memasukkan unsur jenaka dalam ceramahnya. 
 
" Penjelasan isu politik semasa yang disampaikan oleh Che gu Bard sangat terperinci dan berfakta " katanya 
 
Fakhrurrazi berkata, PAS Parit Buntar akan lebih kerap mengadakan siri ceramah penerangan di kawasan parlimen Parit Buntar bagi memberi kefahaman kepada penduduk di Parit Buntar tentang isu politik semasa. 
 
" Siri penerangan yang kita buat bukan sekadar ceramah perdana tapi meliputi pelbagai kaedah lain seperti pengedaran risalah penerangan, ceramah kelompok dan media online. 
 
" Setakat ini, penerangan yang dibuat mencapai sasaran namun perlu dipertingkatkan lagi" katanya. 
 
Tambahnya, sungguhpun PAS Parit Buntar aktif menjalankan siri penerangan tidak bermakna aktiviti membantu rakyat ditinggalkan seperti yang dimomokkan oleh Umno. 
 
" Program kebajikan dan kemasyarakatan terus berjalan malah semakin aktif, program tarbiyah juga terus berjalan seperti dirancang. 
 
" Kita bukan bercakap kosong dan sebab itulah Umno tidak boleh menuduh kita tanpa bukti kerana kita sentiasa menjawab hujah mereka dengan bukti dan fakta" katanya 
 

 Pengerusi SAMM Badrul Hisham Sahrin ( Che Gu Bard )

Penceramah Bebas Ust. Sharil Long

JANGAN TAK TENGOK!!! Bukti video UMNO memperjuangkan nasib orang Melayu



Ini adalah luahan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peniaga-peniaga Kompleks Niaga Utam, Bangsar Utama tentang nasib peniaga-peniaga Melayu disitu yang akan diusir keluar dari Kompleks itu.

Menurut beliau Nong Chik yang telah datang ke Kompleks itu pada 26 Ogos 2011 telah berjanji ‘Bangunan ini tidak akan disentuh oleh pihak UDA, tiada pembangunan akan dibuat di Kompleks Niaga Utama’.

Tapi kini.. janji tinggal janji.. peniaga-peniaga Melayu tersebut bakal diusir keluar dari Kompleks tersebut September 2013 dan notis akan diterima mereka menjelang bulan Mac ini..
UMNO memperjuangkan nasib Melayu?...

Pemimpin UMNO yang ada sekarang tidak lagi meletakkan Bangsa Melayu sebagai agenda utama perjuangan mereka tetapi kroni dan poket mereka lebih didahulukan.. itu adalah hakikat..


Jika perkara seperti di atas berlaku dinegeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.. nescaya 3 hari 3 malam media tunggangan UMNO akan menyiarkannya...  ASD

MARI TENGOK !!! Heng Seai Kie si mulut celupar kesayangan Syaitan Yang Dikenali




Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie meniru ketuanya Chua Soi Lek bermulut celupar. Beliau mendakwa PAS menbenarkan perbuatan rogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.



Bercakap dalam Persidangan Agung Wanita MCA di Kuala Lumpur hari ini, Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang didakwa menyebut demikian tentang wanita.


"Pakatan menipu kita untuk percaya bahawa hudud PAS tidak akan menjejaskan hak bukan Islam kerana (berdasarkan hujah Nik Aziz) tiada undang-undang untuk menghalang orang Islam daripada merogol bukan Islam.


"Jika kamu tonton klip Youtube, kamu tahu bahawa Nik Aziz berkata berkata, wanita patut tutup aurat, jika tidak mereka patut dirogol.


"Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?" tanya Heng, di hadapan 1,032 perwakilan.

Tuduhan Heng amat tidak bertanggungjawab. Mana mungkin Tok Guru berniat demikian, Heng sengaja menimbulkan isu tersebut untuk menakutkan bukan Islam kepada PAS dan PR.Mutaligat


sumber –

TIADA FAKTA UMNO AUTA!!! Menjawab Auta TV3 dan Ketua UMNO Cawangan

Air tidak surut : gambar ini diambil jam 5.30 petang hari jumaat dihadapan rumah ketua kampung johan setia
Saya tidak berkesempatan menonton TV3 semalam namun saya dihubungi tanpa henti oleh pengundi-pengundi di Parlimen saya selepas siaran berita TV3 menyiarkan lapuran keadaan banjir di Kampung Johan Setia.

Mengikut lapuran dari penonton-penonton TV tersebut kononnya Ketua Umno Cawangan mengakui bahawa saya dan YB Shuhaimi Shafiee ada turun melawat mangsa banjir tapi tidak berbuat apa-apa untuk mengelakkan banjir tersebut dari berlaku.

Untuk makluman semua Ketua Umno Cawangan nampak begitu naif dan bercakap tidak mengikut fakta dan memalukan diri sendiri.

Ini adalah fakta kerja-kerja Tebatan Banjir yang telah YB Shuhaimi dan saya dilakukan bersama Jabatan Pengairan dan Saliran Klang.



1. Kerja-kerja Menaiktaraf Sistem Saliran Di Kawasan Johan Setia @ Kg. Sc. Mukim Klang, Selangor Darul Ehsan (siap Julai 2012) Kos rm350,000

2. Kerja-kerja Menaiktaraf Sistem Saliran Serta Pengukuhan Tebing Dan Ban Parit Tanah Kg. Johan Setia Bermula Ch Di Hadapan Sek. Menengah Johan Setia Utk Mencegah Banjir Di Kwsn Kg. Johan Setia, Daerah Klang, Selangor (Siap September 2012) Kos rm320,000

3. Kerja pengorekan dan pembersihan parit johan setia dari persimpangan Jalan Banting sehingga ke Jalan Kebun. (Siap September 2012) kos rm20,000

4. Kerja pengorekan dan pembersihan parit Jalan Kebun dari SMK Jalan Kebun sehingga ke persimpangan Jalan Kampung Lombong (Siap September 2012) kos rm20,000

Jumlah keseluruhan adalah rm 710,000. 

5. Disamping itu, susulan dari banjir pada 19 Oktober 2012 JPS Klang sedang dalam pelaksanaan kerja pengorekan parit sepanjang Jalan Pandamar, dan juga sepanjang Jalan Rojian.

Umum mengetahui.keadaan sebenarnya punca banjir adalah paras air laut yg tidak surut atau istilah (air pasang keling). Hujan yang turun menyebabkan air semakin bertakung lalu mengakibatkan banjir.Ianya satufenomena alam, tiada manusia yg mampu mengatasinya. Adalah jelas bukan kerana longkang atau parit yang tersumbat, tidak dikorek atau YB tak buat kerja.

TV3 hanya mencari keuntungan politik sahaja. Saya tidak mengungkit tapi kalau fenomena seperti ini apakah YB Umno boleh buat. 

Apa pun menjadi kebanggaan saya bila saya bersama sukarelawan Jabatan Amal, Briged Amal, Sukarelawan Masjid An Naim Jalan Kebun, Persatuan Penduduk Taman Setia membantu membersihkan rumah-rumah dan semasa lawatan tersebut tidak ada seorang pun yang saya temui menyalahkan sesiapa, sebalik menyatakan apa yang berlaku adalah takdir dari Allah SWT.

Hairan bin ajaib dari pukul 3 pagi Jumaat hingga pukul 1.00 tengahari saya bersama sukarelawan berada di Kampung Johan Setia tidak kelihatan langsung Ketua Kampung tersebut, JKKP dan RELA datang membantu .... sebaliknya saya diberitahu ramai anggota RELA sepatutnya membantu mangsa-mangsa banjir dikampung mereka tetapi mereka lebih rela bertugas menjaga lalu lintas dirumah kenduri ... kerana imbuhan yang tak seberapa.Dr Siti Mariah


TAHUKAH KITA!!! Projek Hina Islam oleh MCA disokong oleh UMNO





Seremban, 09 Okt. – Makan Malam Mega yang dianjurkan oleh parti MCA Pusat dan Badan Perhubungan MCA Negeri di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Seremban berlangsung meriah sekali.

Majlis makan malam bertajuk ‘Stability Above Chaos’ bertemakan UBAH – Say no to Hudud PAS, 

menarik seramai mungkin rakyat berbangsa Cina di padang tersebut. Anggaran kehadiran adalah seramai 10,000 orang atau melebihi dari sasaran target oleh MCA Pusat dan Badan Perhubungan MCA Negeri.

 
Pada PRU12 (2008), berlakunya tsunami politik apabila pengundi Melayu, Cina dan India telah menunjukkan protes melalui undi mereka dan berlakunya kemerosotan di dalam jumlah kerusi yang dimenangi oleh Barisan Nasional sebelum ini.

Namun, di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang mengantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2009, lanskap politik itu kembali pulih dan berubah.

 
Majlis malam ini, disempurnakan oleh Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Menyambut kehadiran beliau, Timbalan Ketua MCA Pusat merangkap Menteri Kesihatan Malaysia, Dato’ Sri Liow Tiong Lai dan Senator Dato’ Dr. Yeow Chai Thiam, Dato’ Siow Chen Pin, EXCO Kerajaan Negeri.


Menteri Besar di dalam ucapannya, mengingatkan hadirin yang hadir, bahawa walaupun BN menang tipis pada PRU lalu, ia bukanlah mengambarkan kerajaan BN adalah lemah. Kemenangan tipis tersebut, turut memberi gambaran bahawa kemenangan pembangkang itu menunjukkan perangai sebenar mereka.

 
Di bawah nama Pakatan Rakyat, mereka berlainan idealogi, DAP dengan prinsip politiknya, PKR hanya mahu melihat Anwar menjadi Perdana Menteri dan PAS yang dulunya memperjuangkan negara Islam, hari ini tunduk bisu dengan rakan parti yang lain.

Menurut Menteri Besar, rakyat negara dan negeri ini perlu melihat dan berfikir sebaik-baiknya kerajaan bagaimana untuk mentadbir, sama ada kerajaan yang telah terbukti membangunkan negara selama 55 tahun ini, ataupun mahu memilih kerajaan yang mengenepikan rakyat.


Ujar beliau, “ketika pilihanraya, kita perlu menolak pemimpin yang hanya mahu menang, tetapi tidak pandai mentadbir. Apabila diberi peluang mentadbir, ternyata mereka gagal.”

 
Tambah beliau, “kita perlu membuat pertimbangan yang wajar, kerana dengan pertimbangan yang wajar memberi masa depan yang lebih baik.”

“Orang Melayu negeri ini tidak akan mengundi DAP, malah mungkin tidak akan mengundi PAS. Apabila mengundi PAS, sama seperti kita mengundi DAP yang tidak menghormati agama Islam.

 
“Malah PAS boleh mengkafirkan UMNO, apa lagi kepada bangsa yang tidak menyokong mereka. Dengan slogan UBAH – say no to Hudud PAS, mengambarkan bangsa Cina juga memahami apa yang terselindung di sebalik agenda mereka.” katanya lagi.

Transformasi dari Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak turut membantu kepercayaan rakyat ini kembali kepada Barisan Nasional.











Sumber : KoG

BANCIAN TERKINI!!! Lebih 95 % tolak kamera AES JPJ kepunyaan Kerajaan BN



Kuala Lumpur - by @tiewnama..
kerajaan persekutuan dibawah kendalian Barisan Nasional

berkata bahawa kerajaan TIDAK AKAN memansuhkan akta AES

kerana iainya bertujuan mendidik PENGGUNA JALANRAYA

dan bukannya bertujuan MENGAUT KEUNTUNGAN MAXIMA

RM beribu juta untuk kroni seperti yang di gembar gemburkan oleh Pakatan Rakyat


JPJ yang ''mewakili'' dan menjadi juru cakap kerajaan BN berkata sebanyak

63,000 gambar telah di tangkap di 21 lokasi AES hanya selama 8 hari.


rakyat pula mengkritik bahawa JPJ di bawah Barisan Nasional tidak memasang

kamera AES ini di kawasan maut tetapi di kawasan lapang dan jalan yang luas

yang lurus yang hanya boleh di bawa 35kmj hingga 70kmj saja!


berikut adalah Bancian dan Undian dari Rakyat Malaysia sendiri berkaitan dengan

kamera AES yang di letakkan di 813 kawasan seluruh malaysia.


2,345 orang tidak bersetuju dengan sistem Kamera AES

66 orang bersetuju dengan sistem AES..


buat perbandingan di sini adalah seperti berikut..

2,345 + 66 = 2411 orang yang mengundi secara rawak.


2,411 / 100 = 1% mewakili 24 orang,


tidak bersetuju mewakili 97.5% 

berbanding yang bersetuju hanya 2.5% saja!


adakah ini yang di katakan oleh menteri pengangkutan dan timbalannya 

serta pengarah JPJ bahawa sistem ini di terima oleh MAJORITI Rakyat Malaysia?


seperti sedia maklum, rakyat malaysia kini mahukan sebuah kerajaan yang jujur

dan amanah dalam menjaga KEBAJIKAN rakyat, bukan mengaiaya mereka dengan

tindakan tindakan yang di lihat semakin hari semakin MELAMPAU!.Erapasca


CARTA BANCIAN & UNDIAN SEPERTI GAMBAR DI BAWAH.