Panel
tiga hakim diketuai Clement Allan Skinner membuat keputusan itu selepas
membenarkan permohonan Khairy untuk menggantung prosiding tersebut
sementara menunggu rayuan berhubung keengganan Mahkamah Tinggi
mengetepikan perintah bertarikh 26 November yang menghalang beliau
memfailkan pembelaan dalam saman berkenaan.
Tuesday, December 25, 2012
KES KHAIRY FITNAH!!! Buta je, Khairy kena bayar RM 30 Ribu kepada Anwar
Mahkamah
Rayuan memerintahkan perbicaraan kes saman fitnah RM100 juta ketua
pembangkang, Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin
Abu Bakar, yang ditetapkan untuk pendengaran Rabu ini di Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur, digantung.
AES !!! Bukti Menteri ini pentingkan kroni, disokong pencacai UMNO
Kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) diteruskan, bukti beliau lebih pentingkan kroni berbanding bantahan dan kehendak rakyat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang.
Mengikut Datuk Seri Kong Cho Ha, Putrajaya akan tetap teruskan operasi AES walaupun Jabatan Peguam Negara membeku semua prosiding kes saman, minggu lalu.
Beliau turut mengakui pelaksanaan sistem itu mendapat tentangan rakyat dan bermasalah dari sudut perundangan, tetapi tetap berdegil tidak akan berhenti mengeluarkan saman.
MAI BACA!!! Pukulan yang tepat singgah ke Najib..
Sebuah akhbar harian Bahasa Inggeris bertarikh Ahad, 16hb Disember 2012
telah melaporkan Perdana Menteri Najib Tun Razak sebagai berkata, "The
Opposition only thinks about chaos. A vote for them is a vote for riots,
disturbances and demonstrations".
Diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia ia bermaksud "pihak pembangkang
hanya berpikir perihal huru-hara. Satu undi untuk mereka ialah satu undi
untuk rusuhan, kacau-bilau dan tunjuk perasaan."
Kenyataan PM Najib diatas jelas menunjukkan bahawa beliau sedang
bertungkus-lumus cuba mempengaruhi minda rakyat bahawa pihak pembangkang
ialah puak yang jahat. Adakah beliau telah kehabisan idea yang bernas
untuk berhujah dengan fakta dalam usaha beliau untuk mendapat sokongan
rakyat?
PURA-PURA TAK TAHU!!! Hoi pencacai UMNO pi tanya Awang Adek, isu projek tanah di Gua Musang
UNTUK PAPARAN YANG LEBIH BESAR DAN JELAS, SILA KLIK PADA FOTO.
Saya merujuk kepada beberapa laporan akhbar yang masih lagi memainkan isu berkenaan sekeping tanah seluas tanah 10,526 hektar milik kerajaan negeri Kelantan yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusi Menteri Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008.
Saya merujuk kepada beberapa laporan akhbar yang masih lagi memainkan isu berkenaan sekeping tanah seluas tanah 10,526 hektar milik kerajaan negeri Kelantan yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusi Menteri Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008.
Sekalipun penjelasan
telah diberikan panjang lebar dalam kenyataan sebelum ini, tetapi
kelihatan pemimpin UMNO bersama beberapa NGO pro UMNO masih belum faham
atau 'berpura-pura untuk tidak faham'.