Mahkamah
Rayuan memerintahkan perbicaraan kes saman fitnah RM100 juta ketua
pembangkang, Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin
Abu Bakar, yang ditetapkan untuk pendengaran Rabu ini di Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur, digantung.
Read more ...
Panel
tiga hakim diketuai Clement Allan Skinner membuat keputusan itu selepas
membenarkan permohonan Khairy untuk menggantung prosiding tersebut
sementara menunggu rayuan berhubung keengganan Mahkamah Tinggi
mengetepikan perintah bertarikh 26 November yang menghalang beliau
memfailkan pembelaan dalam saman berkenaan.