PARIT BUNTAR : Musim menuai padi merupakan aktiviti yang paling sibuk bagi pesawah untuk mendapatkan punca pendapatan.
Di dalam kawasan parlimen Parit Buntar terdapat kira-kira 3,000 petani mengusahakan sawah padi.
Masalah petani seperti penyakit padi bena perang, sistem pengairan dan sebagainya sering mendapat perhatian Ahli Parlimen Parit Buntar yang juga AJK PAS Pusat, Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa.
Dr Mujahid juga amat memahami masalah kaum pesawah di sini dan beliau turut membawa permasalahan-permasalahan mereka ke sidang Parlimen di antaranya tentang insentif golongan pesawah, maklumat tentang perusahaan padi berasaskan sistem ladang, masalah penyakit padi dan banyak lagi.
Baru-baru beliau turut menyertai golongan petani untuk menuai padi dengan mengendalikan mesin padi di kawasan Sungai Kota.
Dr Mujahid berkata, ini merupakan pengalaman hebat dan
sesungguhnya amat perit bagi mereka yang mengusahakan sawah padi.
" Perit
jerih mereka ingin saya kongsi bersama pada hari ini.
" Saya turut berasa
sedih apabila padi yang sudah masak diserang penyakit bena perang. Ini
akan menyebabkan petani mengalami kerugian" katanya
Katanya, masalah petani ini sudah dibawa ke peringkat atasan dengan menggesa kerajaan membantu mereka
yang diserang penyakit padi ini.
No comments:
Post a Comment