Penolong Setiausaha Pas Parit Buntar Hairul
Nizam Ishak berkata, kehadiran Bekas Menteri Penerangan memang
dinanti oleh penduduk di sini yang kebanyakannya merupakan bekas penyokong kuat
Umno.
“ Kehadiran yang ramai pada hari ini
termasuk orang Tionghua Kuala Bagan Tiang ini membuktikan perjuangan Pas kini
diterima penduduk di sini.
“ Umno Parit Buntar tidak boleh lagi mendabik
dada menyatakan Bagan Tiang adalah kubu kuat mereka kerana ramai penduduk sudah
berubah menyokong Pakatan Rakyat” katanya
Menurutnya,
Pas Cawangan Kuala Bagan Tiang yang baru setahun ditubuhkan juga aktif
mengadakan pelbagai program kebajikan
dan kemasyarakatan di kawasan ini.
“ Kebelakangan ini, Umno juga turut
memberi tumpuan mengadakan program di kawasan ini bagi mengekang perubahan
sokongan penduduk kepada Pas.
“ Tahniah kepada Pas Cawangan yang
sudah mempunyai markas sendiri dan aktif mengadakan program sehingga membimbangkan
Umno Bahagian Parit Buntar” katanya
Turut hadir memeriahkan majlis ini ialah Ahli Parlimen Parit
Buntar Dato’ Dr Mujahid Yusuf Rawa, Pengerusi DHPP Perak Beh Heng Khim, Ajk
Pas Kawasan Parit Buntar dan Ajk DHPP Parit Buntar
Sementara itu, Tan Sri
Abdul Kadir Sheikh Fadzir juga telah menyampaikan ceramah perdana pada sebelah
malam di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin, Titi Serong.
Abdul
Kadir dalam ucapannnya meminta rakyat menolak Umno kerana Umno kini dipimpin
oleh ‘perompak dan penyamun’
“Mereka curi duit berbilion-bilion, juta-juta tak main
dah, kita perlu tumbangkan kerajaan Umno BN untuk pastikan negara selamat
daripada perompak yang berlesen ini.
“Pemimpin Melayu Umno kini jadi penderhaka kepada bangsa
Melayu sendiri. Umno untuk Umno sahaja, mereka tidak bela Bumiputera dan Melayu
lagi,” katanya
Menurutnya, mereka hanya mengampu dan menangis tetapi tiada hala tuju perjuangan berbeza dengan pejuang Umno pada zaman Datuk Onn Jaafar sehingga Tun Hussein Onn.
Menurutnya, mereka hanya mengampu dan menangis tetapi tiada hala tuju perjuangan berbeza dengan pejuang Umno pada zaman Datuk Onn Jaafar sehingga Tun Hussein Onn.
“ Lebih setengah daripada bangsa Melayu dipinggir
daripada menerima bantuan dan pembelaan.
“Lebih 50 tahun
Umno khianati bangsa sendiri” katanya di hadapan lebih 1000 orang yang hadir .
Turut hadir Ahli Parlimen Parit
Buntar Dato’ Dr Mujahid Yusuf Rawa, ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari dan pimpinan
Pas Kawasan Parit Buntar
No comments:
Post a Comment