Zahir |
N16 DUN
Kemunting didalam Parlimen Taiping Perak sekarang sudah riuh rendah
diperkatakan oleh penduduk disini mengenai perebutan dan percakaran
sesama sendiri dikalangan ahli UMNO untuk jadi bakal calon bagi PRU akan
datang.
Penyandang
kerusi DUN Kemunting YB Dato Mohd Zahir Khalid yang menang di N16 pada
PRU lepas dengan yang menang mejoriti hanya 555 undi dikatakan masih
didalam keadaan tidur tak lena untuk mengekalkan keduduknya sebagai ADUN
Kemunting.
Walaupun YB
yang digelar "YB Banner" ini sudah bersiap sedia sekiranya dicalonkan
semula,namun keadaan dalaman UMNO di Kemunting sebenarnya bergolak amat
kencang sekarang.
Apa tidak-nya....dikhabarkan
ada 5 orang lagi individu dikatakan bakal jadi calon dan sedang hebat
mengumpul kekuatan penyokong sendiri untuk bertanding di DUN
Kemunting.
Para penyokong UMNO di DUN Kemunting mulai berpecah-pecah menjadi beberapa kumpulan dan ada pening kepala dengan situasi ini.
Berikut adalah
serba sedikit kisah dan cerita 5 individu yang hangat diperkatakan akan
bertanding di N16 yang memeningkan kepala penyokong UMNO sendiri.
PERTAMA: YB Dato Mohd Zahir Khalid ( Sinopsis cerita seperti yang diatas)
Shalimin |
KEDUA: Ketua UMNO Bahagian Taiping Datuk Shalimin dikatakan
telah dipelawa oleh MB Perak yang tidak halal DS Zambry Kadir untuk
bertanding di N16, namun dikatakan Shalimin masih berbelah bagi untuk
menerima tawaran Zambry tersebut kerana beberapa sebab. Sebab pertama
ialah kerana risau jika tewas bertanding dalam PRU itu nanti akan
memburukan krebilitinya sebagai seorang Ketua Bahagian serta Setpol
kepada Zambry sendiri akan tercemar. Kedua disebabkan Shalimin masih
berasa segan dengan YB Zahir yang juga rakan baik-nya dan akhir sekali
Shalimin juga dikatakan telah dijanjikan jawatan senator dari UMNO Pusat
sekira-nya UMNO BN berkuasa lagi selepas PRU13...jadi tak bertanding
pun tidak jadi hal buat Shalimin sebab dah dijanji capati oleh Najib
dengan jawatan....hahaha..
Yatimah |
KETIGA: Datin Yatimah Bt Khalid
isteri kepada Dato Malek (mantan KBU Taiping) juga dikatakan hangat
dilobi oleh wanita UMNO Taiping untuk dicalonkan,tambahan pula Yatimah
adalah seorang isteri kepada seorang mantan YB bagi DUN N16.
KE-EMPAT : Anas Md Yusof seorang AJK UMNO Bahagian dikatakan juga disenaraikan untuk bertanding- dari senarai UMNO Pusat.
KE-LIMA : Jeffry Mohd Rejab bekas Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian juga dikatakan disenaraikan sebagai bakal calon di N16.- dari senarai UMNO Pusat. (Dikatakan dibantah keras oleh kebanyakan ahli UMNO sendiri).
KE-ENAM :
Individu bernama Faizal seorang peguam juga dikatakan akan bertanding
bagi N16. Khabarnya Faizal ini adalah satu-satunya calon yang bersih
dikalangan 6 nama yang hangat sekarang dalam UMNO Kemunting Taiping.
"Kami akan boikot UMNO sekiranya orang yang dicalon bukan pilihan kami" - Kata seorang ahli UMNO yang ditemui.
Hahaha....mana satu-kah calon UMNO bagi N16 DUN Kemunting yang akan ke pertandingan PRU13..???
Nampaknya 6 Jahanam sudah muncul di N16 Kemunting yang sudah memporak peranda-kan dalaman UMNO...hahaha....Orangni
Makbul juga doa kehancuran UMNOku selama ini ...amin amin aminnnn
ReplyDelete