Friday, January 18, 2013

GELORA UMNO!!! 6 bakal calon UMNO berentap untuk rebut DUN Kemunting

Zahir
N16 DUN Kemunting didalam Parlimen Taiping Perak sekarang sudah riuh rendah diperkatakan oleh penduduk disini mengenai perebutan dan percakaran sesama sendiri dikalangan ahli UMNO untuk jadi bakal calon bagi PRU akan datang.

Penyandang kerusi DUN Kemunting YB Dato Mohd Zahir Khalid yang menang di N16 pada PRU lepas dengan yang menang mejoriti hanya 555 undi dikatakan masih didalam keadaan tidur tak lena untuk mengekalkan keduduknya sebagai ADUN Kemunting. 

Walaupun YB yang digelar "YB Banner" ini sudah bersiap sedia sekiranya dicalonkan semula,namun keadaan dalaman UMNO di Kemunting sebenarnya bergolak amat kencang sekarang.

Apa tidak-nya....dikhabarkan ada 5 orang lagi individu  dikatakan bakal jadi calon  dan sedang hebat mengumpul kekuatan penyokong sendiri untuk bertanding di DUN Kemunting. 

Para penyokong UMNO di DUN Kemunting mulai berpecah-pecah menjadi beberapa kumpulan dan ada pening kepala dengan situasi ini.

Berikut adalah serba sedikit kisah dan cerita  5 individu yang hangat diperkatakan akan bertanding di N16 yang memeningkan kepala penyokong UMNO sendiri.

PERTAMA: YB Dato Mohd Zahir Khalid ( Sinopsis cerita seperti yang diatas)

Shalimin
KEDUA: Ketua UMNO Bahagian Taiping Datuk Shalimin  dikatakan telah dipelawa oleh MB Perak yang tidak halal DS Zambry Kadir untuk bertanding di N16, namun dikatakan Shalimin masih berbelah bagi untuk menerima tawaran Zambry tersebut kerana beberapa sebab. Sebab pertama ialah kerana risau jika tewas bertanding dalam PRU itu nanti akan memburukan krebilitinya sebagai seorang Ketua Bahagian serta Setpol kepada Zambry sendiri akan tercemar. Kedua disebabkan Shalimin masih berasa segan dengan YB Zahir yang juga rakan baik-nya dan akhir sekali Shalimin juga dikatakan telah dijanjikan jawatan senator dari UMNO Pusat sekira-nya UMNO BN berkuasa lagi selepas PRU13...jadi tak bertanding pun tidak jadi hal buat Shalimin sebab dah dijanji capati oleh Najib dengan jawatan....hahaha..

Yatimah
KETIGA: Datin Yatimah Bt Khalid  isteri kepada Dato Malek (mantan KBU Taiping) juga dikatakan hangat dilobi oleh wanita UMNO Taiping untuk dicalonkan,tambahan pula Yatimah adalah seorang isteri kepada seorang mantan YB bagi DUN N16.

KE-EMPAT : Anas Md  Yusof seorang AJK UMNO Bahagian dikatakan juga disenaraikan untuk bertanding- dari senarai  UMNO Pusat.

KE-LIMA : Jeffry Mohd Rejab  bekas Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian juga dikatakan disenaraikan sebagai bakal calon di N16.- dari senarai  UMNO Pusat. (Dikatakan dibantah keras oleh kebanyakan ahli UMNO sendiri).

KE-ENAM :  Individu bernama Faizal  seorang peguam juga dikatakan akan bertanding bagi N16. Khabarnya Faizal ini adalah satu-satunya calon yang bersih dikalangan 6 nama yang hangat sekarang dalam UMNO Kemunting Taiping.

"Kami akan boikot UMNO sekiranya orang yang dicalon bukan pilihan kami" - Kata seorang ahli UMNO yang ditemui.

Hahaha....mana satu-kah calon UMNO bagi  N16 DUN Kemunting yang akan ke pertandingan PRU13..??? 

Nampaknya 6 Jahanam sudah muncul di N16 Kemunting yang sudah memporak peranda-kan dalaman UMNO...hahaha....Orangni

1 comment:

Anonymous said...

Makbul juga doa kehancuran UMNOku selama ini ...amin amin aminnnn