PAS Perak mendakwa mereka mendapat maklumat dalaman bahawa Menteri Besar, Zambry Abdul Kadir akan digugurkan dalam pilihan raya umum ke 13 ini.
Koordinator
Jawatankuasa Isu dan Strategik PAS negeri, Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss
berkata, pengguguran Zambry bukan lagi rahsia dan cerita dongeng, malah
ianya ‘hangat’ diperkatakan oleh banyak pihak.
Naib
Ketua Pemuda PAS Pusat itu juga mendakwa, majlis perasmian serentak
Umno cawangan seluruh Perak pada 8 Mei 2010 oleh Datuk Seri DAhmad
Zahid Hamidi apabila beliau meninggalkan majlis selepas merasmikan tanpa
menunggu ucapan Dr Zambry.
Beliau
juga mendakwa, terdapat gerakan atas nama ‘Gerakan Anti Zambry’ (GAZ)
yang yang diwujudkan oleh pihak tertentu pada Jun 2010 yang ingin
menyingkirkan Zambry.
Katanya, ada seorang menteri yang menjadi ketua Umno bahagian yang tidak pernah hadir mesyuarat Umno Perak.
Rungutan
“Ini tidak termasuk beberapa rungutan berikutan kepimpinan Umno bahagian tidak diberikan tempat-tempat penting sebaliknya diberikan kepada ‘orang-orang kanan’ Dr Zambry yang masih muda.
“Ini tidak termasuk beberapa rungutan berikutan kepimpinan Umno bahagian tidak diberikan tempat-tempat penting sebaliknya diberikan kepada ‘orang-orang kanan’ Dr Zambry yang masih muda.
“Dengan
menjelangnya pula pilihanraya umum (PRU) ke 13, Zambry masih gagal
menyelesaikan isu pembahagian kerusi antara komponen BN.
“Tanda-tanda
ini juga kelihatan berikutan kekerapan ‘turun padang’ oleh Perdana
Menteri, Najib Altantuya dan timbalannya, Muhyiddin Yassin ke Perak,”
tambahnya.
Raja
Ahmad Iskandar berkata, beberapa pendedahan salahguna kuasa Zambry juga
baru-baru ini juga mendorong ‘kehangatan’ pengganti beliau
‘disebut-sebut’ kembali.
“Siapakah yang bakal menggantikan Zambry? Adakah di kalangan menteri atau ‘orang baru’ yang bakal menggantikannya?
“Walaupun
media pro Umno sekarang sedang ‘hangat’ memperomosikan Zambry, sudah
ada beberapa ketua Umno bahagian bertemu dengan kepimpinan pusat untuk
memastikan Zambry ‘bakal’ disingkirkan,” kata Raja Ahmad Iskandar lagi.
No comments:
Post a Comment