KUALA LUMPUR:
PAS Kawasan Kuala Pilah memilih Abdul Karim Shahimi Abdul Razak sebagai
Yang Dipertua (YDP) PAS kawasan bagi sesi 2013-2015 selepas berlakunya
pertandingan dua penjuru dengan penyandangnya, Zaharudin Osman pada
mesyuarat agung tahunan kawasan tersebut yang diadakan semalam.
Selain YDP, jawatan Timbalan Yang Dipertua (TYDP) juga turut berubah apabila Norazman Mohamad dipilih oleh perwakilan, menggantikan Mohamad Nor Abdul Rahim.
Semua jawatan dipertandingkan kali ini, melainkan jawatan Ketua Urusan Ulama PAS Kuala Pilah yang menang tanpa bertanding, yang disandang Ustaz Fuad Osman.
Sementara itu, beberapa usul dibentangkan antaranya usul bagi membincangkan dan menuntut kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) N16 Seri Menanti dari PKR, yang sebelum ini merupakan kerusi PAS pada pilihan raya umum ke-12 lalu.
Mesyuarat agung tahunan yang disempurnakan perasmiannya oleh Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar itu membabitkan 92 perwakilan daripada 20 cawangan.

No comments:
Post a Comment