PAS Kawasan Jerlun mencalonkan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
sebagai Presiden PAS bagi pemilihan parti tahun ini. Sementara itu, Naib
Presiden, Datuk Paduka Husam Musa pula dicalonkan sebagai Timbalan Presiden PAS.
Pencalonan dibuat pada Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 52 PAS Kawasan
tersebut yang berlangsung pada 16 September lalu di Markas PAS Kawasan,
Lubuk Pinang di sini.
Dalam mesyuarat agung yang sama, para perwakilan juga bersetuju untuk
mencalonkan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar; Ahli Parlimen
Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad dan Salahuddin Ayub selaku Naib
Presiden.
Bagi pemilihan jawatan -jawatan lain termasuk Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat, para perwakilan bersetuju untuk menyerahkan kepada
Jawantankuasa PAS Kawasan yang baru dipilih untuk sesi 2013-2015 untuk
membuat keputusan.
Husam bergambar kenangan dengan Jawatankuasa PAS Kawasan Jerlun
sambil menunjukkan simbol "#Rabia" sebagai tanda sokongan kepada rakyat
Mesir.
Husam merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke 52 PAS Kawasan Jerlun
yang berlangsung di Markas PAS Kawasan, Lubuk Pinang 16 September lalu.
Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya turut hadir selaku wakil Perhubungan PAS Kedah.
No comments:
Post a Comment