PAS
Kawasan Kemaman baharu sahaja menyelesaikan mesyuarat agung tahunannya
baru-baru ini.
Kepimpinan baharu telah dipilih. YDP baharu bagi sesi
2013-2015 ialah Ustaz Alias Hamid (sebelumnya SU PAS Kemaman, Pengarah
MTD Kemasik dan mantan calon PRU13 bagi DUN Kemasik.) YDP sesi
sebelumnya Hj Ismail Harun tidak bertanding bagi memberi ruang kepada
kepimpinan baru.
(Jazakallahu khairan kathira atas jasa dan sumbangan
yang diberi). Timbalan YDP ialah Ust. Muhamad Nik Nasri Nik Malek. (kekal sebagaimana sesi
sebelumnya).
Naib YDP Ustaz Hazri bin Jusoh (NYDP sesi lepas, Pengarah
MTD Kijal, mantan calon PRU13 melawan Ahmad b Said). Ketua Penerangan
ialah YB Tn Hj Hanafiah Mat (ADUN Cukai, Pengarah MTD Cukai).
Setiausaha
yang baharu ialah Mohd Hafiz Adam. Bendahari ialah Tn Hj Johan Ismail
(kekal).
AJK lain juga telah dipilih dalam mesyuarat agung baru-baru ini
termasuk yang akan dilantik.
Ketua Dewan Muslimat kekal dengan Ustazah
Fainah bt Mat dan ketua Dewan Pemuda mendapat ketua baharu Ustaz Ramlan
Mahmud selepas ketua sesi lepas YB Ustaz Hishamudin Karim melepaskan
jawatan kerana sudah menjadi ADUN Tepoh dan kembali ke Kuala Terengganu.
Mudah-mudahan Allah merahmati dan memberkati saf kepimpinan yang ada
ini bagi menerajui bahtera perjuangan PAS khususnya di Parlimen Kemaman.
(gambar: Wartawan Sinar Harian menemuramah YDP dan TYDP PAS Kemaman
selepas mesyuarat agung selesai)NikNasri.com
No comments:
Post a Comment