Tuesday, December 31, 2013

APA NAK JADI?!!! Macai UMNO cipta fitnah, Laman FB Polis jadi tukang sebar

Page Laman Sosial FB PDRM kini diserang oleh rakyat kerana dikatakan tidak berpuas hati kepada individu yang mengendalikan page tersebut yang memuat naikkan gambar yang langsung tiada kaitan dengan kecedaraan anggota polis semasa bertugas di Perhimpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) di Dataran Merdeka malam tadi.

Gambar seorang lelaki cedera di kepala yang sedang memekap kepalanya yang sedang berdarah tidak konsisten dengan apa yang diberitahu oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin


 "bahawa 3 anggota polis cedera di tangan apabila peserta perhimpunan merempuh kawalan anggota polis di Dataran Merdeka pada 11 malam".

MACAM SAMA JER!!! Polis jumpa parang dan pisau dalam longkang, cari bom tak jumpa ?

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFcDxX5jYhz0EJHyArOVO5mBrLNFZLvvsbXmXESS4m5eur20TwAT5acwHB3lyOBJuIBYn32im5yZpPI8MwAeGJSMXxSMprCA1CTA6ZA1W4jGQ0karE-gzyMDQhVebmoTmciguWbk8KNdw/s1600/1525593_602625456473718_1300568961_n.jpg
 Gambar Hiasan

Empat bilah parang dan tiga pisau ditemui di dalam longkang berhampiran Kompleks Dayabumi, dipercayai dibuang oleh peserta perhimpunan haram yang memenuhi Dataran Merdeka malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata senjata itu ditemui oleh polis bantuan pada 9.30 malam.

Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 6 Akta Senjata Berbahaya, katanya sambil memberitahu bahawa tiga anggota polis cedera di tangan apabila peserta perhimpunan merempuh kawalan anggota polis di Dataran Merdeka pada 11 malam.

Tiga anggota polis itu di rawat sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur, katanya kepada pemberita selepas perhimpunan haram itu di Kuala Lumpur.

DARI JAM 11.30 HINGGA 12.15 MALAM!!! Peristiwa sebenar , DBKL tutup lampu lampu handphone jadi bukti


[HD]12.15 AM: Himpunan diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku serta bacaan doa oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Fadhli Saari.

Penganjur kemudian mengumumkan himpunan bersurai.

12.10 AM: Kelihatan peserta himpunan mula beredar keluar dari kawasan Dataran Merdeka dengan aman. Tiada kekacauan berlaku.

Pertama kali dalam sejarah tiada persembahan bunga api di Dataran Merdeka pada malam ini.

11.56 PM: Beberapa minit menjalang detik 12 malam memasuki tahun 2014. Dataran Merdeka masih aman. Peserta himpunan Turun memenuhi kawasan padang dan persekitaran Dataran.

Pihak polis dan anggota DBKL dilihat terus berkawal.


11.30 PM: Pesembahan dan musik dihentikan. menunggu detik jam 12 malam. Kelihatan ada dikalangan penonton mula bergerak keluar dari kawasan dataran.


11.20 PM: Suasana himpunan masih aman, tiada sebarang kekecohan. Sebahgian peserta sudah memasuki kawasan Dataran.


TERKINI TURUN!!! (Video) Rakyat tidak hirau larangan kerajaan korup



KUALA LUMPUR: Di sebalik keghairahan sambutan tahun baru 2014 penuh temasya oleh sesetengah pihak malam ini, sebahagian rakyat Malaysia memilih untuk turun membantah kenaikan kos hidup yang bakal dihadapi menjengah tahun baru esok.

Pada malam ini, ramai rakyat Malaysia dijangka turun untuk menyatakan bantahan secara aman khususnya di Dataran Merdeka, di mana tempat berlangsungnya acara sambutan ambang 2014 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), yang menelan belanja hampir RM15 juta.

Himpunan malam ini dinamakan 'Himpunan Turun' yang merupakan inisiatif dari rakyat sendiri yang diketuai Kumpulan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) dan beberapa lagi NGO lain.

Dengan konsep "Duduk dan Bantah" dengan pakaian hitam, himpunan malam ini dijangka bermula jam 9 malam, sehingga tiba detik jam 12 malam.

Pihak berkuasa bagaimanapun melabelkan perhimpunan malam ini sebagai "Himpunan Guling Kerajaan", dan mengancam akan bertindak tegas terhadap mereka yang terlibat.

Beberapa bukti turut ditampilkan sebagai menyokong dakwaan tersebut termasuk penemuan bom yang dikaitkan dengan himpunan malam ini.

PENYEBAR MAKLUMAT PALSU!!! Cukuplah Utusan yang tergedik-gedik, kenapa Polis yang terketar-ketar ?

TURUNKUALA LUMPUR 31 DIS: Polis digesa berhenti menyebarkan maklumat palsu berhubung himpunan membantah kenaikan harga barang yang dijadualkan di Dataran Merdeka, malam ini, kata NGO hak asasi Lawyers for Liberty (LFL)

“Polis seharusnya menjalankan tugas menegakkan undang-undang dan melindungi rakyat yang mahu menunaikan hak mereka untuk berhimpun secara aman yang dijamin Perlembagaan.

“Polis seharusnya tidak bersikap bersikap berat sebelah melindungi kepentingan politik Barisan Nasional apabila bersama media arus perdana memberi imej palsu terhadap peserta himpunan,” kata jurucakap LFL, Eric Paulsen.

Menurut Eric, kenyataan kononnya peserta himpunan mahu menggulingkan kerajaan dengan kekacauaan dan menggunakan bom adalah taktik jahat.

Monday, December 30, 2013

JANGAN TERKEJUT!!! Newsmaker 2013 pilihan pembaca ialah .........




 
Mengikut tradisi setiap tahun, selama lebih satu dekad, Malaysiakin akan memilih seorang newsmaker sebelum kita melabuhkan tirai hujung tahun.

Newsmaker ini dipilih mengikut takrif  'seseorang yang tindakannya menjadi tajuk berita, yang memberi kesan kepada wacana awam dan memberi impak kepada politik Malaysia, ke arah yang lebih baik atau lebih teruk lagi'.

Tahun ini, Malaysiakini menyenaraikan 12 individu bagi anugerah Newsmaker 2013 untuk dipilih oleh seramai 1,450 orang pelanggan berbayar portal berita ini.

Mereka mengundi dengan menunjukkan keutamaan mereka bagi setiap tokoh – satu markah untuk pilihan paling rendah dan 10 markah untuk pilihan paling tinggi.

Berdasarkan keputusan tinjauan ini, pembaca Malaysiakini pada tahun ini nampaknya memberi pengiktirafan kepada wanita paling kontroversi di Malaysia.

Dan pemenangnya ialah...

Newsmaker 2013 ialah Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

11 LANGKAH BERJIMAT!!! Tapi tetap boros, kos sara hidup rakyat tetap naik



Tindakan kerajaan mengurangkan perbelanjaan sektor awam didakwa bersifat berat sebelah dan tidak menyentuh kepada perkara-perkara besar yang menyebabkan bebanan kewangan kepada rakyat.

Sebaliknya apa yang berlaku kata Pengarah Strategi PKR, kos sara hidup rakyat tetap meningkat dan pemborosan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak dapat ditangani.

"Saya juga ingin menegur Datuk Seri Najib kerana langkah-langkah penjimatan yang diumumkan beliau banyak melibatkan kakitangan awam di bawah, seolah-olah memberi gambaran bahawa kakitangan kerajaan adalah punca utama pembaziran pentadbiran beliau.

"Langkah-langkah seperti menjimatkan elektrik, mengurangkan perbelanjaan kain rentang dan lain-lain memberi gambaran seolah-olah beliau menyalahkan kakitangan kerajaan," ujar Rafizi Ramli yang juga ahli Parlimen Pandan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri berkuatkuasa esok.

DESAKAN 'TURUN' MAKIN KUAT!!! Rakyat serang Najib bertalu-talu, Ali Tinju hanya pertahan Rosmah

Laman Facebook rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus dipenuhi rungutan dan juga kritikan masyarakat berikutan kenaikan kos harga barang menjelang berlabuhnya tirai 2013.

Dalam tulisan sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM 2014) di laman miliknya, Najib "diserang" bertalu-talu oleh pengguna Facebook yang merasakan kenaikan harga barangan dan peningkatan kos sara hidup terlalu membebankan mereka.

"2014 bakal menjelma dan sudah pasti tahun depan akan lebih bermakna dengan kemeriahan Tahun Melawat Malaysia. Saya difahamkan persiapan sedang giat dijalankan di 37 buah pintu masuk negara untuk menyambut kedatangan pelancong-pelancong. 

Sama-samalah kita buka pintu negara dengan senyuman dan ucapan 'Selamat Datang'," kata Najib dalam laman Facebook rasminya.

POTONG ELAUN 10% !!! Najib takut gelombang kemarahan rakyat, cuba komestik kerajaan korup


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur hari ini mengumumkan kerajaan akan melaksanakan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam bermula 1 Januari 2014.

Ini termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, dan pegawai kanan kerajaan Gred Utama Sektor Awam C ke atas antara lima hingga 10 peratus.

- Bernama


10% je ,nak bagi sejuk lah tu

ini semua gula,gula nak sedapkan hati rakyat.

CERITA LAMA !!!! Polis jumpa sejumlah senjata dan molotov cocktail

BERSIH 2.0 (2011) lebih 2000 report polis telah dibuat.

Polis telah mengadakan sidang akhbar menyatakan telah menjumpai sejumlah senjata dan molotov cocktail yang disimpan oleh peserta BERSIH...

YANG PELIKNYA...SIAPA PEMILIK SENJATA TERSEBUT?KENAPA POLIS TAK MEMASANG PERANGKAP UTK MENCEKUP PEMILIKNYA???

Sunday, December 29, 2013

AMAR SINGH SUDAH NAFI!!! Tapi TV3 dan Utusan tidak nafi, Saman tetap saman

Polis Kuala Lumpur nafi kaitkan empat NGO dengan letupan bom malam Tahun Baru
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Ishar Singh (gambar) menafikan beliau pernah mengeluarkan kenyataan mengaitkan empat badan bukan kerajaan (NGO)  dengan perancangan letupan bom  pada sambutan malam Tahun Baru 31 Disember ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Katanya beliau hanya menyebut rancangan pengeboman itu dilakukan oleh individu lain manakala empat NGO itu pula dikenal pasti sebagai kumpulan utama yang terbabit dalam perhimpunan dikatakan bertujuan menggulingkan kerajaan malam esok.

"Ketika sidang akhbar, saya menyebut tentang empat NGO itu dikenal pasti akan hadir dan berhimpun di situ.

Perhimpunan itu pula salah di sisi undang-undang dan mereka tidak dibenarkan berhimpun kerana tidak memohon sebarang permit.

BUKAN GOSIP!!! Amar Singh akan disaman RM 100 Juta jika tidak minta maaf

ChegubardSHAH ALAM 29 DIS : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan mengambil tindakan saman terhadap Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur , Datuk Amar Singh Ishar Singh sebanyak RM100 juta yang mengaitkan mereka antara dalang himpunan guling kerajaan 31 Disember ini.

Pengasasnya, Badrul Hisham Shaharin, berkata tuduhan Amar Singh itu bersifat fitnah jahat serta cuba mengalih isu sebenar terhadap kemarahan rakyat akibat kenaikan kos hidup.

“Saya dengan ini mendesak fitnah ini ditarik balik oleh Datuk Amar Singh Ishar Singh dan permohonan maaf dituntut. Dia harus dedah apa sumber dia, dan dedah bukti gred A sekiranya ada.

“SAMM akan menghantar notis undang-undang terhadap Datuk Amar Singh Ishar Singh dan media terbabit. Saya akan memulakan proses saman sebanyak RM100 juta ke atasnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MARI SERTAI!!! Pertandingan email palsu hantar kepada Rosmah, adakah Polis akan siasat Rosmah?

MP Pandan Rafizi Ramli berkata beliau akan menganjurkan satu pertandingan mengarang emel palsu dengan hadiah sehingga RM1,000 untuk melihat sama ada polis akan turut bertindak ke atas perbuatan seperti itu.

Beliau mengumumkan perkara tersebut sebaik selesai disiasat selama kira-kira 40 minit hari ini, ekoran penyebaran satu emel berhubung rancangan membuat letupan semasa sambutan malam tahun baru 31 Disember.

Pengarah strategi PKR itu berkata beliau akan menganjurkan pertandingan itu sebagai reaksi kepada siasatan berkenaan, yang dianggapnya sebagai satu lawak jenaka.

Rafizi berkata beliau akan memilih karangan emel palsu paling menarik dan kreatif untuk ditujukan kepada perdana menteri, ketua polis negara dan timbalan ketua polis negara.

"Kita akan umumkan (butiran pertandingan) esok, oleh kerana kita anggap (siasatan polis sebagai) lawak jenaka.

"Anda (polis) bazir wang rakyat, dan bazir masa semua orang. Awak (wartawan) kena tunggu di depan ini tengah hari untuk berita.

Saturday, December 28, 2013

ORANG KATA TURUN , DIA FITNAH GULING!!! Mari Baca 33 kenyataan bangang pemimpin Umno/BN

1. Kalau harga ayam mahal jangan makan ayam. Makan ikan dan daging pula. - Hasan Malek

** Mengulas rungutan pengguna yang bising mengenai kenaikan harga ayam.

2. Pendatang asing di Sabah tidak gugat keselamatan negara - Nazri Aziz

** Mengulas pertanyaan rakyat yang bertanya mengenai kebanjiran warga asing. 

3. Penceroboh di Lahad Datu bukan pengganas - Hishamuddin Hussien

** Mengulas persoalan rakyat yang bertanya mengenai kejadian di Lahad Datu sebelum situasi bertukar tragedi ketika itu. 

4. Pengguna boleh guna laluan tidak bertol kalau tidak mahu bayar tol - Wahid Omar

** Mengulas rungutan pengguna yang bising mengenai kenaikan kadar tol. 

5. Kita ada sistem pengurusan banjir terbaik di dunia - Shahidan Kassim.

** Mengulas rungutan mangsa banjir kenapa bantuan lambat tiba.

6. Sistem pendidikan kita terbaik berbanding UK dan USA. - Muhyiddin Yasin.

** Mengulas laporan mengenai perbandingan prestasi pendidikan antara negara.

7. Pistol yang hilang mungkin terjatuh dalam laut. - Ketua Polis Negara

** Mengulas laporan audit mengenai kehilangan pistol oleh anggota polis.

8. Harga barang naik ialah ketentuan Allah SWT - Ustaz Fathul Bari

** Mengulas sikap rakyat yang menyalahkan penyokong2 BN yang undi BN sekaligus menyebabkan harga barang naik..

9. Kita perlu hormat penunggang2 motorsikal VVIP yang mengiringi VVIP di atas jalanraya. Perlu beri laluan kepada mereka. Ini budaya kita. Mungkin kita perlu wujudkan undang2 tertentu.. - Hasan Malek.

** Mengulas sikap rakyat yang taknak bagi laluan pada VVIP atas jalanraya.

10. Rosmah pun ada jasa pada negara. Rosmah juga selesaikan masalah rakyat. - Najib Razak

BELUM PUN RAKYAT TURUN!!! Najib dah 'TERGULING' dek anak ROSMAH

Riza_AzizKUALA LUMPUR 27 DIS: Anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berusia 36 tahun dilaporkan membeli satu unit kondominium berharga USD33.5 juta (RM110 juta) di New York, menurut Sarawak Report.

Riza Shahriz Abdul Aziz, anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor daripada perkahwinan terdahulu membeli hartanah di West 63rd Street di Park Laurel, New York.

Laporan itu memetik laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal yang menyatakan Riza membeli hartanah tujuh bilik itu pada 19 November 2012.

Laporan New York Times itu menyatakan, unit megapuri (penthouse) yang terletak di Central Park West dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali Park Laurel Acquisition.

Friday, December 27, 2013

BERITA PANAS !!!! Rafizi dan Cikgu Bard 'dibelasah' hero Umno depan balai polis

Kumpulan itu menayangkan gambar Rafizi secara terbalik dan bertindak mengoyak serta memijaknya di perkarangan balai polis.
PETALING JAYA: Lima badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pemuda Umno hari ini membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin yang didakwa sebagai dalang menghasut rakyat turun menyertai Himpunan 31 Disember.

Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M), Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Pertubuhan Memartabat Jaringan Melayu Malaysia (MJMM), Pemuda Umno Petaling Jaya Utara, serta Bridget Kesatria Mahasiswa masing-masing mengemukakan laporan polis di Balai Polis Damansara di sini petang tadi.

Turut diserahkan beberapa bukti bergambar dan salinan video rakaman ucapan Rafizi dan Badrul, atau dikenali CheguBard.

Sejurus selepas selesai membuat laporan, kumpulan itu menayangkan gambar Rafizi secara terbalik dan bertindak mengoyak serta memijaknya di perkarangan balai polis.

DANAI PERKASA!!! NGO Melayu pro UMNO tak puas hati, Gerakan pula 'sakit hati'

Tindakan kerajaan menyalurkan dana kepada kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini menimbulkan perasaan tidak puas hati kumpulan NGO Melayu-Islam yang lain.

Antara yang menyuarakan perasaan tidak puas hati itu, Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).
Mereka yang juga mengaku terlibat mempertahankan hak-hak orang Melayu dan umat Islam di negara ini turut mahukan pengiktirafan, termasuk menerima penyaluran dana itu.

Presiden MJMM Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, mereka mengesyaki PERKASA mendapat bantuan daripada kerajaan tetapi perkara ini tidak pernah didedahkan secara terbuka sebelum ini.

“Sekarang, dengan pendedahan PERKASA mendapat dana kerajaan... saya rasa tidak adil hanya PERKASA mendapat dana ini,” kata Rani dalam SMS kepada Malaysiakini hari ini.

Thursday, December 26, 2013

TAHUN 2014!!! UMNO/BN bukan akan diguling tapi terguling

Rakyat Malaysia menanti tahun 2014 dengan kebimbangan kenaikan kos sara hidup. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Disember, 2013.Rakyat Malaysia menanti tahun 2014 dengan kebimbangan kenaikan kos sara hidup. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Disember, 2013.Tahun 2014 sudah pastinya bukan berita gembira bagi majoriti rakyat Malaysia berpendapatan rendah kerana kenaikan kos sara hidup yang bakal mereka hadapi.
Semasa berkempen menjelang Pilihan Raya 2013 lalu, Barisan Nasional melalui “Manifesto: Menepati Janji, Membawa Harapan” memberikan pelbagai janji indah seperti mengurangkan kos sara hidup.
Di antaranya adalah penurunan harga kereta secara berperingkat, menyediakan sejuta rumah mampu milik, pendidikan lebih baik, pembangunan luar bandar secara agresif dan keselamatan awam.
Akan tetapi selepas pilihan raya 5 Mei, apa yang rakyat dapat?

Bermula September lalu, subsidi minyak dan gula dipotong, menyebabkan kenaikan harga kedua-dua bahan berkenaan.
Perlu diingat, kenaikan harga minyak dan gula mempunyai kesan berantai kepada barangan lain. Dalam erti kata lain, janji kerajaan harga barang lain tidak akan naik selepas subsidi minyak dan gula dipotong tidak boleh digunapakai.

UBAH WANG HARAM RM 6 JUTA!!! Pegawai Tinggi Polis bergelar 'Datuk' dipanggil SPRM

Post Pic
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis mengesahkan seorang pegawai tinggi polis bergelar 'Datuk' telahpun memberi keterangan, dipercayai berhubung kes pengubahan wang haram RM6 juta.(Gambar sekadar Hiasan)

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafa Ali berkata, pegawai polisberkenaan memberi keterangan di Putrajaya, Selasa lepas.

"Sebenarnya pegawai polis yang kita panggil itu adalah untuk mengambil keterangan dia, rakam percakapan.

"Dia telah memberi kerjasama yang baik dan keterangan telah diambil. Tidak ada tangkapan dibuat," katanya ketika ditemui pada sidang media Panel Penilaian Operasi (PPO) di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di sini.

Wednesday, December 25, 2013

ZAHID TERGUGAT!!! Didakwa belanja lebih RM 2 Juta, sogok duit dan beras

zahid_hamidiKUALA LUMPUR 25 DIS: Keputusan Mahkamah Persekutuan membenarkan petisyen pilihan raya parlimen Bagan Datoh didengar semula, menggugat kedudukan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut pempetisyen pilihan raya, Madhi Hasan, beliau akan memberikan keterangan dan mendedahkan bukti salah laku pilihan raya yang dilakukan Zahid.

“Melalui keputusan Mahkamah Persekutuan, kita akan beri bukti kukuh mengenai kesalahan yang berlaku ketika pilihan raya umum lepas bagi parlimen Bagan Datoh,” kata Madhi Hasan yang juga Ketua Cabang KEADILAN Bagan Datoh.

“Terdapat dua isi petisyen. Pertama ialah Zahid menyogok pengundi dengan beras dan wang
“Ia salah mengikut undang-undang (Akta Kesalahan Pilihan Raya) kerana pemberiannya jelas bermotif mendapatkan undi.

“Petisyen kedua ialah perbelanjaan pilihan raya Zahid yang melebihi had yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

NAH KO IBRAHIM ALI!!! Rupanya MKN, BTN, JASA yang bagi bantuan kepada PERKASA

NGO pendesak PERKASA mengakui bahawa tiga agensi utama kerajaan – Majlis Keselamatan Negara (MKN), Biro Tatanegara (BTN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) menyalurkan bantuan kepada pertubuhan berkenaan bagi menjayakan programnya.

Setiausaha agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata bantuan yang disalurkan oleh agensi kerajaan kepada pertubuhan itu bagaimanapun tidaklah sebanyak mana berbanding dengan usaha yang dijalankan untuk menarik sokongan golongan Melayu kepada BN.

Tuesday, December 24, 2013

HANGAT!!! Didakwa langgar Artikel 30 Perlembagaan Perak, berjayakah 2 ADUN BN disingkirlan?


Tujuh bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), dua calon PAS Perak mengambil tindakan mahkamah untuk menyingkirkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) kerana tidak menjadi penduduk negeri itu semasa hari pengundian, 5 Mei lalu.

Saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Julai dan tarikh perbicaraan ditetapkan pada 24 Februari 2014.

Salah seorang peguam dalam kes itu, Robin Lim, berkata saman difailkan terhadap Adun Manong dari BN, Mohamed Kamil Shafie dan Adun Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya kerana melanggar Artikel 30 Perlembagaan Perak.

Katanya, Adun negeri tersebut mesti menjadi penduduk tetap Perak semasa hari pengundian.“Mereka menetap di Lembah Klang dan pemilihan mereka sebagai Adun bertentangan dengan Perlembagaan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Saman difailkan oleh Jamil Dzulkarnain yang tewas kepada Mohamed Kamil sementara satu lagi saman difailkan Misbahul Munir Masduki terhadap Shahrul Zaman.