Thursday, January 23, 2014

KEFAHAMAN ISLAM ALA UMNO!!! Bukan daging saja haram, gambar babi pun haram

Babi2KUALA LUMPUR 23 JAN: Tindakan menggelapkan gambar dua ekor babi dalam akhbar The New York Times adalah satu tindakan yang melucukan dan tidak perlu kerana hanya melibatkan haiwan biasa yang tidak memaparkan aksi melampau.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil ketika dihubungi menyatakan, tindakan lucu tersebut adalah bukti, sikap dan tindakan tidak logik Kementerian Dalam negeri (KDN) melaksana tapisan sesuatu bahan untuk disiarkan.

“Ini melucukan, bukti sikap tidak logik KDN melaksanakan tapisan yang kita anggap tidak menyeluruh.

“Dalam kes ini gambar haiwan tersebut digelapkan tetapi dalam sesetengah majalah hiburan tiada penapisan dibuat terhadap gambar yang kurang sopan.

“Seringkali bila ada sesuatu berita atau rencana yang disiarkan dapat memberi kesan kurang baik kepada kerajaan, ia sering digelapkan.



“Sebelum ini beberapa perkataan dan paparan contohnya dalam majalah The Economist digelapkan kerana memberi terhadap tanggap tertentu terhadap kerajaan,” katanya.

Pada 2011 KDN memadam laporan perhimpunan Bersih 2.0 dalam majalah The Economist keluaran 16 Julai dengan menggunakan dakwat hitam kekal.

“Kenapa digelapkan mereka tidak jelaskan,” kata Fahmi.

Justeru, kata Fahmi, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi perlu tampil menjawab mengapa sesetengah perkara walaupun tidak perlu ditapis namun digelapkan

Sedangkan dalam hal lain dibiarkan walaupun seharusnya kandungan yang dipaparkan itu memerlukan tapisan.

Muka haiwan berkenaan dalam artikel bertajuk “Demand grows for pigs raised outside” (Permintaan untuk babi yang diternak di luar kian meningkat) serta satu lagi gambar di muka surat 19 dihitamkan serta menimbulkan persoalan apakah haiwan itu terlalu sensitif sehingga perlu digelapkan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=58539

No comments:

Post a Comment