Pada 22 Februari ini (Sabtu), di Maran akan diadakan program Ceramah
sempena penubuhan tiga Ranting KEADILAN yang mana majoritinya diwujudkan
oleh ratusan ahli Umno Maran yang akan menyertai KEADILAN.
Program
ceramah pada sebelah malamnya akan menampilkan YB Dato' Fauzi Abdul
Rahman (Pengerusi KEADILAN Pahang/MP Indera Mahkota), YB Zulpuri (Adun
Mentakab/Ketua Pembangkan Dun Pahang), YB Lee Chean Chung (Adun Semambu)
dan YDP Pas Maran.
KEADILAN Pahang mengucapkan tahniah kepada Ketua Cabang Maran, Sdr
Boestamim beserta AJK-AJK dan seluruh ahlinya yang bekerja keras untuk
menambah keahlian parti di Cabang Maran.
Komitmen beliau di dalam
menerajui Cabang Maran haruslah dipuji walaupun beliau tidak tercalon
sebagai calon di dalam PRU 13 yang lalu. Keikhlasannya memperjuangkan
prinsip dan dasar parti lebih diutamakan dari kepentingan peribadi.
Di dalam PRU 13 yang lalu, prestasi Parti KEADILAN Pahang amatlah
membanggakan. Wakil KEADILAN telah dapat merebut dua Kerusi Dun di Dun
Negeri Pahang iaitu melalui YB Lee Chean Chung, Adun Semambu dan juga YB
Sim Choon Sian, Adun Teruntum.
Di samping itu, dua Kerusi Parlimen
yang dipegang oleh wakil KEADILAN pada PRU 12 melalui YB Azan Ismail di
Parlimen Indera Mahkota dan YB Fuziah Salleh di Parlimen Kuantan telah
berjaya dikekalkan dengan majoriti yang lebih besar.
Parlimen Indera Mahkota berjaya dipertahankan apabila YB Dato' Fauzi
Abdul Rahman (Pengerusi KEADILAN Pahang) telah memperolehi majoriti
besar iaitu 7, 523 undi menewaskan calon Umno/Bn.
Parlimen Kuantan, YB
Fuziah Salleh berjaya mengekalkan Kerusinya untuk Penggal Kedua dengan
majoriti yang meningkat iaitu sebanyak 4.515 undi.
Sdr Boestamim - Ketua Cabang Maran |
Meskipun cita-cita kita untuk ke Putrajaya gagal dicapai walaupun
Pakatan Rakyat memperolehi undi popular 53% berbanding Bn sebanyak 47%
sahaja, kejayaan Pakatan Rakyat khususnya KEADILAN di Negeri Pahang di
dalam PRU 13 yang lalu amat membanggakan.
Daripada tiada satu pun
Kerusi di Dun Negeri Pahang di dalam PRU 12, KEADILAN mampu merampas dua
Kerusi kali ini.
Kejayaan ini adalah kejayaan bersama di dalam Pakatan Rakyat di mana
rakan-rakan kita PAS dan DAP juga mendapat faedah dari kerjasama yang
baik ini.
Banyak perkara yang boleh kita pelajari dari PRU 13 yang lalu
bagi kita terus memperkuatkan saf Pakatan Rakyat bagi menghadapi PRU 14
nanti.
Gelombang rakyat mulai dapat dirasakan di Negeri Pahang sekarang
walaupun PRU 13 baru sahaja selesai.
Akibat dari kegagalan Najib selaku
PM menunaikan janji-janji kepada rakyat sehingga kehidupan rakyat
semakin tertekan sekarang, rakyat di Pahang kini mula berminat untuk
bersama Pakatan Rakyat.
Sewaktu musibah banjir besar melanda Pahang
terutamanya di Kuantan, ramai yang kecewa dengan tindakan kerajaan
negeri dan Pusat yang seolah-olah memandang remeh kejadian banjir yang
berlaku. Akibatnya, tidak kurang dari 100 ahli Umno Kuantan telah
menyertai KEADILAN kerana hilang kepercayaan kepada Umno/Bn.PKR Pahang
No comments:
Post a Comment