Thursday, February 20, 2014

AHLI UMNO SERTAI PKR!!! Tiga ranting PKR ditubuhkan di negeri kelahiran Najib

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiKy6yyn5EtsYhPg1xfbCtaKposUKNy0RuVH-XV0-MLju1kmSHUwraXv2lz2ANUBjujJUqGu69W-niLNQ5DKAek0dgeYJn_qBdeDhFvgQNkSYtOykTxhIi17cLcYH0HRWNAdcN89BR7dJW5/s1600/1SelamatTinggal+UMNO.jpgPada 22 Februari ini (Sabtu), di Maran akan diadakan program Ceramah sempena penubuhan tiga Ranting KEADILAN yang mana majoritinya diwujudkan oleh ratusan ahli Umno Maran yang akan menyertai KEADILAN.  
 
Program ceramah pada sebelah malamnya akan menampilkan YB Dato' Fauzi Abdul Rahman (Pengerusi KEADILAN Pahang/MP Indera Mahkota), YB Zulpuri (Adun Mentakab/Ketua Pembangkan Dun Pahang), YB Lee Chean Chung (Adun Semambu) dan YDP Pas Maran.  

KEADILAN Pahang mengucapkan tahniah kepada Ketua Cabang Maran, Sdr Boestamim beserta AJK-AJK dan seluruh ahlinya yang bekerja keras untuk menambah keahlian parti di Cabang Maran.  
 
Komitmen beliau di dalam menerajui Cabang Maran haruslah dipuji walaupun beliau tidak tercalon sebagai calon di dalam PRU 13 yang lalu.  Keikhlasannya memperjuangkan prinsip dan dasar parti lebih diutamakan dari kepentingan peribadi.
 
Di dalam PRU 13 yang lalu, prestasi Parti KEADILAN Pahang amatlah membanggakan.  Wakil KEADILAN telah dapat merebut dua Kerusi Dun di Dun Negeri Pahang iaitu melalui YB Lee Chean Chung, Adun Semambu dan juga YB Sim Choon Sian, Adun Teruntum.  
 
Di samping itu, dua Kerusi Parlimen yang dipegang oleh wakil KEADILAN pada PRU 12 melalui YB Azan Ismail di Parlimen Indera Mahkota dan YB Fuziah Salleh di Parlimen Kuantan telah berjaya dikekalkan dengan majoriti yang lebih besar.

Parlimen Indera Mahkota berjaya dipertahankan apabila YB Dato' Fauzi Abdul Rahman (Pengerusi KEADILAN Pahang) telah memperolehi majoriti besar iaitu 7, 523 undi menewaskan calon Umno/Bn.  
 
Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh berjaya mengekalkan Kerusinya untuk Penggal Kedua dengan majoriti yang meningkat iaitu sebanyak 4.515 undi.  

Sdr Boestamim - Ketua Cabang Maran
Meskipun cita-cita kita untuk ke Putrajaya gagal dicapai walaupun Pakatan Rakyat memperolehi undi popular 53% berbanding Bn sebanyak 47% sahaja, kejayaan Pakatan Rakyat khususnya KEADILAN di Negeri Pahang di dalam PRU 13 yang lalu amat membanggakan.  
 
Daripada tiada satu pun Kerusi di Dun Negeri Pahang di dalam PRU 12, KEADILAN mampu merampas dua Kerusi kali ini.

Kejayaan ini adalah kejayaan bersama di dalam Pakatan Rakyat di mana rakan-rakan kita PAS dan DAP juga mendapat faedah dari kerjasama yang baik ini.  
 
Banyak perkara yang boleh kita pelajari dari PRU 13 yang lalu bagi kita terus memperkuatkan saf Pakatan Rakyat bagi menghadapi PRU 14 nanti.

Gelombang rakyat mulai dapat dirasakan di Negeri Pahang sekarang walaupun PRU 13 baru sahaja selesai.  
 
Akibat dari kegagalan Najib selaku PM menunaikan janji-janji kepada rakyat sehingga kehidupan rakyat semakin tertekan sekarang, rakyat di Pahang kini mula berminat untuk bersama Pakatan Rakyat.  
 
Sewaktu musibah banjir besar melanda Pahang terutamanya di Kuantan, ramai yang kecewa dengan tindakan kerajaan negeri dan Pusat yang seolah-olah memandang remeh kejadian banjir yang berlaku.  Akibatnya, tidak kurang dari 100 ahli Umno Kuantan telah menyertai KEADILAN kerana hilang kepercayaan kepada Umno/Bn.PKR Pahang
 

No comments: