KUALA LUMPUR 7 APRIL: Tindakan kerajaan membawa dua ekor panda dari
negara China dengan kos RM25 juta adalah tidak masuk akal dan merupakan
pembaziran berulang, kata Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Shari.
Yahya
berkata, pembaziran tersebut jelas bertentangan dengan seruan kerajaan
yang menggesa rakyat supaya berjimat cermat ketika kenaikan harga barang
dan kos sara hidup.
“Memang tidak masuk akal, belanja untuk dua ekor panda sampai RM25 Juta.
“Kerajaan kononnya nasihati rakyat supaya bejimat cermat, tetapi
dalam masa sama membawa panda dengan harga RM 25 juta. Itu menunjukkan
satu contoh bahawa kerajaan ini tidak berjimat langsung, ” katanya.
Kata Yahya, tindakan itu jelas merupakan keputusan kurang bijak
apabila melibatkan kos terlalu tinggi, sedangkan pulangannya belum tentu
berhasil.
“Saya tidak nampak perbelanjaan RM25 juta ini akan memberikan
pulangan kerana hanya melibatkan 2 ekor panda dan tidak semua orang akan
menyumbang dan berbelanja untuk ini.
“Ini satu contoh pembaziran yang diulang-ulang dan tidak sepatutnya dilakukan oleh kerajaan,” katanya ketika dihubungi.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel sebelum
ini berkata Malaysia menerima kehadiran dua panda gergasi berkenaan
dari Chengdu, China pertengahan bulan ini.
Pasangan panda yang dinamakan Fu Wa dan Feng Yi itu akan dipinjam
selama 10 tahun dan diletakkan di Kompleks Giant Panda di Zoo negara.
Manakala kos pembinaan eksibit dianggar RM25 juta. Daripada jumlah
itu, RM15 juta ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan
bakinya oleh kerajaan.
Sementara itu, Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Nazree Yunus
berkata, kerajaan perlu menyemak semula dana yang dikeluarkan untuk
pasangan panda berkenaan.
Menurutnya, keutamaan harus diberi kepada rakyat di kala mereka
dihambat dengan bebanan pelbagai kos sara hidup akibat penarikan balik
subsidi minyak dan kenaikan harga barangan.
“Perbelanjaan ini harus disemak semula. RM25 Juta boleh dilakasanakan bagi membantu anak muda dengan bantuan yang munasabah.
“Bagi saya ia satu pembaziran, banyak perkara lain yang boleh
dilakukan dengan hambatan kenaikan harga minyak dan kos sara hidup,”
ujarnya
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=60527
Rakyat lapar di Baling nak bagi makan panda? Rumah rakyat di JB rosak dan terbengkalai nak bagi duduk sekandang dgn panda?
ReplyDeleteBukankah lebih bijak kalu 25 juta tu bagi kat macai umno sebagai upah menyalak??
Panda didahulukan pencapaian dijuta2kan
ReplyDeletebodoh bangang.sekian terima kasih..hidup kerajaan untuk panda!!!!
ReplyDelete