Sunday, April 27, 2014

DASAR PEMBOHONG!!! Gani Patail peguam peribadi Saiful? Obama pun Najib nak bohong

obama_najib_KUALA LUMPUR 28 APR: Perdana Meneri, Datuk Seri Najib Razak berbohong tentang kes Fitnah II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.

Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, kenyataan Najib bahawa Fitnah II adalah kes peribadi antara seorang individu dengan individu yang lain adalah sangat mengejutkan, tidak jujur dan terang-terangan palsu.

“Kes terhadap Anwar bukan tindakan peribadi oleh seorang individu. Ia adalah dakwaan jenayah yang dibawa Peguam Negara

“Peguam Negara adalah penasihat undang-undang dan bertindak bagi pihak kerajaan,” kata Surendran dalam kenyataannya hari ini.

Semalam, pada sidang media bersama Obama di Putrajaya, Najib berkata bahawa kes Fitnah II adalah kes yang difailkan seorang individu terhadap Anwar dan bukannya tindakan kerajaan.


Justeru kata Surendran, penafian tersebut adalah tindakan pura-pura yang memalukan, kerana Najib sendiri dikaitkan apabila dia secara peribadi bertemu saksi utama kes, Saiful Bukhari Azlan dua hari sebelum kejadian fitnah itu dikatakan berlaku.

“Kalau ia aduan seseorang yang tidak melibatkan pemerintah, mengapa Perdana Menteri bertemu pengadu sebelum insiden?

“Tidak ada penjelasan masuk akal pernah diberikan Najib mengenai pertemuan jahat ini,” kata Surendran.

Rambahnya, Najib juga sengaja mengabaikan kebimbangan luas oleh pemerintah dan organisasi dari seluruh dunia terhadap dakwaan keatas Anwar dan secara hipokrit menyatakan bahawa Fitnah II adalah kes biasa.

“Kenyataan Najib tak masuk akal, memalukan negara di hadapan media antarabangsa dan Presiden AS yang melawat negara ini,” tegas Surendran.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=6107

Wah... hebat..hahaha...



Dalam banyak-banyak isu sidang media (PC) antara Barack Obama dan Najib, kes bontot Saiful juga yang timbul...



"ISU Anwar juga timbul dalam PC bersama PM dan Obama. Najib kata kes bontot Siaful bukan antara kerajaan UMNO BN Vs Anwar tapi Vs individu" - Tweet dari Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Tun Faisal dalam twitter.com.



Nampaknya isu hero bontot tersohor UMNO (Saiful) telah mendapat penjelasan dan pembelaan dari PM Najib.



Syabas dan tahniah kepada hero isu bontot Saiful...kerana sidang media (PC) antara presiden Amerika dan Najib menyentuh namanya..fuh..!! Glamour gelir Saiful...bontotnya dah masuk dalam PC Barack Obama....hahaha....orang ni

No comments:

Post a Comment