KUALA
LUMPUR 23 JAN: Tindakan menggelapkan gambar dua ekor babi dalam akhbar
The New York Times adalah satu tindakan yang melucukan dan tidak perlu
kerana hanya melibatkan haiwan biasa yang tidak memaparkan aksi
melampau.
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil ketika dihubungi
menyatakan, tindakan lucu tersebut adalah bukti, sikap dan tindakan
tidak logik Kementerian Dalam negeri (KDN) melaksana tapisan sesuatu
bahan untuk disiarkan.
“Ini melucukan, bukti sikap tidak logik KDN melaksanakan tapisan yang kita anggap tidak menyeluruh.
“Dalam kes ini gambar haiwan tersebut digelapkan tetapi dalam
sesetengah majalah hiburan tiada penapisan dibuat terhadap gambar yang
kurang sopan.
“Seringkali bila ada sesuatu berita atau rencana yang disiarkan dapat
memberi kesan kurang baik kepada kerajaan, ia sering digelapkan.
Thursday, January 23, 2014
NAJIB BUAT 'DO NO'!!! Pemimpin UMNO resah, BN kian lemah, rakyat makin marah
Walaupun jangka masa PRU 14 masih ada empat tahun lebih daripada sekarang, tetapi sudah ramai yang bercakap mengenai kemungkinan UMNO bakal kalah dalam pilihanraya itu.
Bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin yang pandangannya mengenai politik jarang tersasar, secara terbuka berkata, BN akan kehilangan kuasanya jika PRU 14 diadakan dalam suasana seperti sekarang di mana kelemahan kepimpinan Najib Razak begitu ketara dan diperkatakan oleh ramai orang.
Tokoh Wartawan Negara, A Kadir Jasin pula membayangkan tiga senario yang bakal berlaku iaitu sama ada Najib berubah, beliau ditukarkan jika gagal berubah dan jika tiada apa-apa yang berubah, BN akan tewas dalam pilihanraya akan datang.
Seorang lagi bekas wartawan iaitu Zainuddin Maidin yang juga merupakan bekas Menteri Penerangan, tidak jemu-jemu menyarankan agar bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad diberikan semula kuasa dan pengaruh dalam kerajaan, dengan terbaru mencadangkan agar dilantik sebagai Menteri Mentor bagi membantu Najib, suatu gambaran hakiki bahawa kepimpinan Najib begitu lemah dan tidak bermaya sehingga Mahathir yang sudah berusia 89 tahun dan lebih 10 tahun bersara, dirasakan perlu dipanggil semula untuk menyuntik "ubat kuat" kepada Najib.
Pemimpin UMNO yang lain pula, sama ada secara terbuka atau sembunyi-sembunyi, ramai yang turut resah tentang hidup mati UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang.
Bagi semua pemimpin ini, UMNO, BN dan kerajaan selepas PRU 13 lalu bukannya bertambah baik dan diterima oleh rakyat, sebaliknya menjadi semakin lemah, kalut dah hilang punca dalam mengurus banyak perkara.