Monday, January 31, 2011

YB tidur dah tak dapat elaun, tak apa Umno boleh bagi elaun ?

Elaun YB Badrul dihentikan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgs-4pN-6971a3N6oeXtsaDc8qWvM6dQamoERwc5mHCG7-EQNcmDY4Hr-6gGHLLxJGUi7lVUnGXgH55-ggQi08sfsn5ZagbJdiZMiS61gtsMxskRgk43P6ycLfOfpcPedd2YmON0PNWcvof/s400/orang+gila.jpgSHAH ALAM, 1 Feb. : Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Kim menegaskan tiada pembayaran elaun diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah selepas 15 Januari lalu.

Menurutnya, elaun yang diberikan kepada ADUN mewakili parti PKR sebelum ini diberhentikan berikutan kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang.

“Kekosongan kerusi itu telah dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) pada 21 Januari yanng lalu.

“Sekiranya ada pembayaran yang dilakukan kepadanya melebihi 15 Januari lalu kita akan menarik balik dan untuk bulan Februari, kita tidak akan memberikan kepadanya elaun lagi,” katanya.

Chang Kim berkata, kesemua elaun diberikan kepadanya ditarik balik dan sekiranya terbayar, pihak kami akan mengambil semula.

Terdahulu, Chang Kim telah mengisytiharkan DUN Pelabuhan Klang kosong berikutan Badrul Hisham mewakili kerusi itu gagal hadir ke Sidang DUN dalam tempoh enam bulan tanpa alasan munasabah.

Keputusan itu dibuat selaras dengan peruntukkan Undang- Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 di bawah Artikel 69.

Lanjutan daripada tindakan Chang Kim, Badrul Hisham telah memfailkan saman pemula bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau masih wakil rakyat yang sah bagi kerusi tersebut.

Saman itu difailkan melalui firma guaman Tetuan Hafarizam Wan &Aisha Mubarak di Pejabat Pendaftar Mahkamh Tinggi Sivil, dekat sini, baru- baru ini.

Badrul memenangi DUN Pelabuhan Klang atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum (PRU ) Ke 12 lalu dengan majoriti 4,407 undi dan bertindak keluar parti dan menyertai UMNO pada Mei tahun lalu

Buat laporan audit menyeluruh

Kementerian Kesihatan disaran buat laporan audit

http://www.thenutgraph.com/user_uploads/images/2009/09/18/180909_TEMPLE_JK.jpgSHAH ALAM , 1 Feb. : Kerajaan Negeri Selangor menyarankan Kementerian Kesihatan supaya membuat laporan audit secara menyeluruh berhubung aspek pembinaan bagi seluruh bangunan hospital di negara ini.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, laporan audit itu dibuat bertujuan untuk memastikan tidak berlakunya pembinaan bangunan yang kurang berkualiti sehingga boleh membahayakan pesakit di masa hadapan.

Katanya, Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk mengatasi masalah ini kerana tugas tersebut adalah di bawah tanggungjawab kerajaan Pusat.

“Saya berpendapat masalah ini tidak mungkin akan berlaku sekiranya pembinaan hospital tersebut mengikut spesifikasi pembinaan yang telah ditetapkan.

“Saya juga mahu cadangkan kepada Kementerian Kesihatan supaya membuat audit berhubung aspek pembinaan sesebuah hospital di negara ini, ini bertujuan bagi mengelakkan berlakunya kes pembinaan hospital kos rendah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau juga melahirkan perasaan khuatir masalah ini akan berterusan sekiranya masalah pembinaan tidak mengikut spesifikasi seperti yang berlaku di Hospital Serdang.

“Nasib baik tiada pesakit yang mengalami kecederaan ketika melalui laluan pejalan kaki di hospital itu,” katanya.

Kelmarin, siling di kawasan lobi utama Hospital Serdang dilaporkan runtuh, dipercayai insiden pertama seumpamanya yang berlaku di hospital itu sejak ia mula beroperasi pada Disember 2005.

Insiden yang berlaku kira-kira 12.30 malam itu telah mengakibatkan bahagian-bahagian dan serpihan siling bertaburan di kawasan lantai lobi.

Jurucakap hospital berkata, tiada kecederaan yang berlaku kerana ketika kejadian tiada orang awam atau pelawat berada di sekitar lokasi.

Umno tak faham perkataan jahiliah

Nik Aziz pertahankan dakwaan jahiliah

http://malaysianstory.files.wordpress.com/2009/11/nik_aziz_new1.jpgKOTA BHARU, 1 Feb. : Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa terdapat masyarakat di negara ini yang masih tidak memahami perkataan jahiliah sebagaimana yang digunakannya semasa kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Katanya, setelah 50 tahun negara merdeka, orang bukan Islam masih belum memahami Islam sehingga perkara yang paling asas seperti soal larangan bersalaman antara bukan mahram dipertikaikan.

“Islam adalah rahmat. Sekular pula warisan jahiliah. Ada yang marah saya apabila saya membangkitkan soal jahiliah. Sukalah saya ulangi, setiap perkara yang bertentangan dengan Islam ialah jahiliah.

“Datangkanlah apa jua jenis nama ideologi sekalipun, jika tidak selari dengan Islam, pastinya ia jahiliah walaupun tidak memakai nama jahiliah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, label jahiliah terhadap mereka yang tidak mengundi Pas itu tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang yang dikatakan Mursyidul Am dan dipanggil ustaz.

Nik Aziz turut mempersoalkan sikap pemimpin-pemimpin UMNO yang menghentam beliau semasa mengeluarkan kenyataan jahiliah.

“Kita dituduh sebagai kuda tunggangan DAP. Jika Timbalan Perdana Menteri sendiri menyebut Pas tidak pernah menggugurkan agenda negara Islam, UMNO pula bagaimana?” katanya.SH

Demo besar-besaran protes barang naik dan isu Mesir



KUALA LUMPUR 1 Feb : Satu perhimpunan besar-besaran pada Jumaat ini dirancang gabungan Pakatan Rakyat bersama 71 NGO dan orang ramai yang akan berhimpun di kedutaan Amerika selepas solat Jumaat 4 Februari ini.

Ini kerana, Amerika dianggap adalah sekutu rapat kepada regim Husni Mubarak yang sedang dihalau keluar oleh rakyat Mesir sekarang.

Menurut Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi dalam satu kenyataannya berkata, perhimpunan kali ini akan dibuat secara besar-besaran.

Selain Amerika, mereka juga mensasarkan kerajaan Malaysia apabila menaikkan lagi harga minyak RON 97 sebanyak 10 sen lagi kepada RM2.50.

Menurut sumber kenaikan ini amat melampau dan mencekik pengguna di Malaysia kerana harga kosnya tidak setinggi itu.

"Harga kos minyak RON 97 pada masa ini (semasa kenaikan minyak) adalah RM2.03 sahaja. Harga dijual oleh pengeluar minyak kepada pengusaha adalah RM2.3856. Harga Jual pula adalah pada harga RM2.50," kata satu sumber.

Ini bererti satu keuntungan yang berganda telah diambil oleh pengusaha yang dipercayai ada melibatkan keuntungan untuk pihak-pihak yang berkepentingan.

Kenaikan ini disifatkan sebagai hadiah untuk pengundi Tenang kerana telah memberikan kemenangan kepada BN dalam pilihan raya kecil Ahad baru-baru ini.

"Dewan Pemuda PAS Negeri - negeri juga diminta untuk mengerahkan semua anak - anak muda bangkit menyatakan semangat kebersamaan kita disamping kita turut akan menyatakan bantahan kenaikan harga minyak dan harga barang yang semakin menjadi - jadi dalam negara kita," kata Nasrudin dalam kenyataannya.

Tempat berhimpun ialah di dua lokasi iaitu Masjid KLCC dan Masjid Tabung Haji dan sejurus solat Jumaat, semua akan berhimpun di Masjid Tabung Haji untuk menyatakan dua bantahan itu.

Timbalan Presiden PAS dan Tuan Hj Mohd Sabu AJK PAS Pusat dan pimpinan - pimpinan pemuda PAS dijangka akan memimpin perhimpunan ini.

"Pertama, isu penangkapan, kekerasan dan pembantaian regim Mesir ke atas rakyat mesir yang menuntut perubahan di negara mereka.

"Kedua, isu kenaikan harga minyak dan barang keperluan utama rakyat dalam negara kita," katanya dalam kenyataan itu.

Antara 71 pertubuhan yang turut serta dalam perhimpunan ini adalah ILMAM, Ikram, JIM, GMI, SAMM dan lain - lain termasuk kompenan parti politik Pakatan Rakyat seperti AMK dan lain-lain.

Himpunan sejuta rakyat Mesir desak Mubarak letak jawatan

Gesaan untuk keluar beramai ramai menuntut Mubarak letak jawatan

KAHERAH: Satu pakatan pembangkang menggesa sejuta penduduk Mesir meningkatkan tekanan terhadap Presiden Hosni Mubarak melepaskan kuasa selewat-lewatnya Jumaat depan dengan keluar beramai-ramai memprotes di tengah ibu kota Kaherah mulai semalam.

Seramai 30 hingga 40 wakil pergerakan terbabit juga mendesak supaya mogok umum dilancarkan di seluruh negara itu bagi memaksa Mubarak berundur selepas 30 tahun berkuasa.

Pakatan itu yang kebanyakannya pergerakan belia selain Ikhwanul Muslimin yang diharamkan, merancang untuk berarak dari Dataran Tahrir (Kemerdekaan) bagi memaksa Mubarak menyerah kuasa.

Jurucakap beberapa kumpulan terbabit berkata, wakil mereka berunding sejak petang semalam bagi membentuk strategi bersama menggulingkan Mubarak.

Mereka juga akan memutuskan sama ada pemenang anugerah Nobel, Mohamed ElBaradei akan dinamakan sebagai jurucakap penunjuk perasaan.

Ikhawanul Muslimin pula menyatakan bahawa ia tidak akan menerajui penentangan terhadap Mubarak.

“Kami tidak mahu mengancam revolusi ini,” kata Mohamed Mahdi Alef, bekas pemimpin kanannya.

Mengulas tindakan mogok, salah seorang penaja bantahan, Israa Abdel-Fattah, berkata: “Kami tidak mahu keadaan pulih semula sehingga Mubarak tidak lagi memerintah. Kami mahu penduduk tidak bekerja hingga beliau berundur.”

Israa adalah pengasas kumpulan 6 April, pergerakan belia yang mendesak pembaharuan demokratik dilakukan sejak 2008.

Bank, sekolah dan pasaran saham ditutup buat hari kedua manakala ramai terpaksa berbaris di luar kedai roti untuk menambah bekalan.

Kawat berduri menutup laluan ke Dataran Tahrir dari jalan utama, kawasan plaza yang diduduki penunjuk perasaan sejak Jumaat lalu, menjadikannya pusat kempen menjatuhkan Mubarak yang dipersalahkan atas kemiskinan berleluasa, inflasi, sikap tak peduli pihak berkuasa dan penindasan ke atas penduduk.

Beribu-ribu orang berhimpun di dataran itu sejak awal pagi, ramai yang tidur di kawasan padang atau dalam khemah. Ramai yang mula tiba sejak awal lagi.

Anggota polis dan pengutip sampah juga muncul semula di jalan raya Kaherah manakala stesen kereta api bawah tanah dibuka semula selepas askar dan sukarelawan bersenjatakan cotar dan parang menjaga keamanan semalaman.

Sementara itu, stesen televisyen Al-Jazeera pula menyatakan, enam wartawannya sudah dibebaskan selepas ditahan sehari selepas televisyen itu diarah memberhentikan operasinya.

Agensi

Umno tukang usung MCA yang hina Islam

Umno terpaksa galas MCA yang lumpuh

KUALA LUMPUR, 1 Feb: Keputusan pilihan raya kecil Tenang menunjukkan beban Umno sebagai tukang usung MCA semakin bertambah, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar).

"MCA semakin lumpuh, seolah-olah sudah patah kaki dan tangannya. Umno kini mendapat kerja baru sebagai tukang usung MCA.

"Tak ada batu, beban digalas," katanya.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, kalau dalam permainan bola, hanya Umno sahaja yang berhempas pulas bergerak ke serata padang.

"Umno terpaksa berlari sendirian sekeliling padang. Dialah penjaga gol, dialah pemain pertahanan, dialah pemain tengah dan dialah penyerang.

"MCA hanya jadi tukang bising suruh Umno buat itu ini dan tukang tengok di dalam padang sedangkan tukang tengok atau penonton sepatutnya berada di luar padang. Perkara tersebut dirungutkan oleh orang-orang Umno sendiri," katanya.

Malah bukan setakat itu sahaja, kata Mahfuz, MCA juga seolah-olah menjadi tukang sabotaj kempen Umno dengan perbuatan menghina Islam sehingga menimbulkan kemarahan anak kandung Umno, Perkasa.

Tidak cukup dengan itu, MCA juga seolah-olah mendorong pemimpin Umno menghina hukum Allah.

"Kerana terpengaruh dan begitu seronok dengan permainan MCA menghina hukum Allah, (Menteri Besar Johor, Datuk) Abdul Ghani Othman dengan begitu ghairah menghina hukum potong tangan sedangkan perkara itu merupakan ketetapan Allah dalam al-Quran.

"Ketika DAP sedang belajar berhenti mengecam hukum Islam walaupun tidak mahu dan tidak menyokongnya, Umno tetap meneruskan watak sebagai penghina hukum Islam.

"Kalaupun tak mahu buat atau tak sokong, Umno tak sepatutnya menjadi pak turut MCA menghina hukum Islam," katanya.

Pilihan raya kecil Tenang juga memperlihatkan kelemahan dan ketiadaan pengalaman jentera Umno Johor untuk "berperang" dengan pembangkang.

"Kalau tidak dibantu oleh jentera Umno dari luar, Umno Johor yang sudah biasa menang mudah dan mengejek-ejek penyertaan PAS dalam pilihan raya negeri itu tak ubah seperti anak ayam kehilangan ibu," katanya.

Walaupun dibantu oleh jentera Umno luar yang lebih pengalaman "berperang" dengan pembangkang, katanya, Umno tetap terpaksa berhempas pulas untuk menghadapi aura calon PAS, Normala Sudirman.

"Pelbagai fitnah yang mereka sasarkan terhadap Normala dan keluarganya membuktikan Umno merasa tergugat dengan keperibadian calon PAS itu," katanya.

Dengan apa yang dihadapi oleh Umno dalam pilihan raya kecil Tenang itu, Mahfuz menjangkakan zaman Umno menang mudah dan boleh bersenang lenang menghadapi pilihan raya di Johor akan semakin berakhir.

Pemimpin AS desak Mubarak dengar tuntutan rakyat Mesir

Mubarak sebatang kara



KAHERAH , 1 Feb. : Presiden Mesir, Hosni Mubarak, akhirnya merasai sendiri kekecewaan apabila ditinggalkan individu yang dipercayai selama ini, sama seperti perasaan rakyat Mesir yang tidak pernah dihiraukan.

Washington yang dulunya penyokong utama Mubarak dan sanggup menghabiskan berbilion dolar memberi bantuan, sedangkan hutang AS sendiri mencecah hampir AS$14 trilion (RM43 trilion), kini mula menekan pemimpin kuku besi itu supaya mendengar tuntutan rakyat yang mahukan kebebasan politik.

Dalam masa sama, AS juga dilihat semakin was-was sama ada sekutu kuat mereka itu akan berjaya bertahan selepas kebangkitan rakyatnya, sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam tempoh 30 tahun pemerintahan kuasa mutlak Mubarak.

Tetapi AS yang bijak bermain kata-kata, dilihat belum mahu meninggalkan Mubarak secara terbuka kerana Washington gentar tindakan itu akan meresahkan diktator Arab lain yang menjadi sekutu AS.

AS tidak mampu lagi menyelamatkan rejim Mubarak dan bagi menjaga kepentingan sendiri, Washington memilih untuk berada di pihak yang benar apabila revolusi ini dicatatkan dalam sejarah kelak.

Tidak cukup ditinggalkan AS, Mubarak juga tidak mendapat sokongan daripada sekutu utamanya di Timur Tengah, iaitu rejim Israel.

Tel Aviv mengelak daripada mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai keadaan di Mesir, malah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengarahkan semua menteri negara itu supaya tidak memberi sebarang komen mengenai isu itu secara terbuka.

Israel dilaporkan hanya meminta negara lain menekankan kepada dunia mengenai kepentingan kestabilan politik di Mesir, itu pun hanya kerana Zionis mula bimbang keselamatan mereka sendiri akan terancam jika tiada lagi orang suruhan yang boleh mengikut kata.

Tentunya Netanyahu tidak boleh tidur malam memikirkan kemungkinan parti pembangkang Mesir, yang juga sekutu kuat pejuang Hamas di Gaza, Ikhwan Islam, mentadbir negara itu jika Mubarak digulingkan.

Kawan-kawan yang dahulunya angkuh dan lantang bersuara menentang dunia kini sunyi sepi, meninggalkan Mubarak keseorangan mengutip sisa-sisa pemerintahan diktatornya yang sudah dipecahkan rakyat Mesir.

Mungkin kini Mubarak sedang berfikir, sia-sialah pengorbanan dan kesetiaan tidak berbelah bagi beliau terhadap AS dan Israel selama ini.

Dan mungkin beliau mula sedar, satu-satunya golongan yang patut dicurahkan segala pengorbanan dan perhatian adalah rakyatnya sendiri.

Bagaimanapun, seperti kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.SH

"Adapun UMNO, bolehkah perjuangan mereka dibawa ke akhirat?”- Tuan Guru Nik Aziz


PAS puas hati walaupun kalah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhTwq7wURp9bqbdntMHpE41zNqQ_g3o_VvkhI450cBQStDBXR_M6wi5TQR2llLUPX_4KeJN6oaE8q3Zfo5bwptSFh_3-0HIV2VE-7m2wk1ISk3L901Pm_5OIwT87KSm5Z8FXqEIDJv4LR6r/s320/nik_aziz.jpgKOTA BHARU, 1 Feb. : Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang walaupun parti itu mengalami kekalahan.

Menurutnya, Pas bukannya memburu kemenangan dalam pilihan raya di dunia semata-mata, tetapi dalam masa yang sama turut memburu kemenangan di akhirat.

“Pas tewas di Tenang, namun kami berpuas hati kerana melaksanakan tugas amar makruf nahi mungkar (menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran).

"Adapun UMNO, bolehkah perjuangan mereka dibawa ke akhirat?” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

PRK Tenang menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azahar Ibrahim berjaya mengalahkan pencabarnya, Normala Sudirman daripada Pas dengan majoriti 3,707 undi.

BN mendapat 6,699 undi manakala Pas 2,992 undi.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bagaimanapun mempersoalkan tindakan pemimpin BN yang mengetepikan etika dan undang-undang demi mendapatkan kemenangan.

“Lihatlah di Tenang, dijanjikan peruntukan RM30 juta tanpa sedikit pun dijeling Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Barangkali bagi mereka (UMNO), pengundi di Tenang boleh dibeli seperti membeli binatang ternakan. UMNO masih belum serik mempermainkan rakyat kerana hanya itu termampu dilakukan mereka,” katanya.SH

Tidak cukup dengan Kelab Umno, nak tubuh pula Kelab Putera 1Malaysia di luar negara

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi8C5wviOZ7GR6pLNM_GJJySaYp7SrkfqrfH4Cx2S8QY1uxGNdksx6ukkbnJ1boqFeWZvYmuUDkz1lFY99zzufZ2bo3GAHl_EtpzqadRbiJT4EEYCO_FSzJCMdsoKPo7GqQYqyIOT8-gWkC/s1600/Azeez+dimasukkan+ke+wad+HKL+Utusan+Malaysia+5-10-09.jpg

Tidak cukup dengan Kelab Umno yang ditubuhkan ke luar negara , Umno nak tubuh pula Kelab Putera 1Malaysia di luar negara.

Tunggulah pelajar-pelajar luar negara , Aziz and The Gang datang secara rombongan bertemu anda. Kata sahaja Putera 1Malaysia tapi sebenarnya Putera Umno sebab bawa bendera Umno tayang kepada pelajar luar negara.

Jika Putera 1Malaysia , tak adalah bendera keris telanjang. Dah tak ada sokongan dekat Malaysia bawa pula ke luar negara. Ingat pelajar Malaysia di luar negara macam orang kampung Umno. Bagi baju berebut nak pakai, bagi bendera pasang.

Pelajar di luar negara akan bertemu dengan Putera 1 Malaysia yang akan dibantu khas oleh MSD yang juga talibarut Umno.

Tapi jangan terkejut jika yang datang itu bukan Putera Umno tapi Bapak Putera Umno yang mengaku Putera 1Malaysia.

Tunggulah kedatangan bapak Putera 1Malaysia bertemu anda diluar negara.

Beritanya :

BRISBANE , 30 Jan. : Kelab Putera 1Malaysia akan dilancarkan di luar negara dengan menjadikan Australia sebagai negara pertama penubuhan kelab itu.

Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata penubuhan kelab luar negara itu bertepatan dengan kejayaan yang telah banyak dicapai dalam menjalankan kerja-kerja kebajikan yang melangkaui batas sempadan antarabangsa menerusi siri misi kemanusiaan di beberapa negara.

"Kita sudah bersedia melebarkan sayap berikutan telah memperolehi pencapaian yang membanggakan dengan menjadi badan bukan kerajaan (NGO) yang berjaya di peringkat antarabangsa," katanya.

Abdul Azeez yang kini mengetuai misi bantuan membantu mangsa banjir yang melibatkan pelajar Malaysia di sini turut memberi keyakinan penubuhan kelab itu akan mengambil kira kepentingan dan kebajikan pelajar dan keluarga Malaysia di luar negara.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Malaysia ketika Majlis Ramah Mesra Kelab Putera 1Malaysia bersama pelajar dan rakyat Malaysia di bilik gerakan mangsa banjir di Hawken Drive, St.Lucia di sini, malam tadi.

Sebelum ini, kelab itu telah melaksanakan Misi Bantuan Kemanusiaan di Gaza, Palestin dan di Pakistan yang mendapat maklum balas positif dari pelbagai lapisan rakyat Malaysia termasuk pelajar. - Bernama

Pemuda PAS teguh bersama rakyat Mesir

KUALA LUMPUR, 31 Jan: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) melahirkan pendiriannya akan berdiri teguh bersama rakyat Mesir yang memperjuangkan Islam, mempertahankan kedaulatan negara, memperbaiki kestabilan politik dan ekonomi serta mengembalikan kesejahteraan rakyat.

Mereka turut menolak sebarang bentuk pengaruh daripada Amerika Syarikat dan Israel dalam pembentukan polisi Mesir, di samping berharap agar pemerintahan baru di negara itu dapat membantu negara umat Islam di Palestin secara konsisten dan menjadi asas kepada kesatuan negara-negara Arab di Timur Tengah.

Ketua DPPP, Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi menegaskan, DPPP mengutuk keras sebarang bentuk kekerasan dan kekasaran yang dilakukan oleh regim Hosni Mubarak terhadap peserta demonstrasi serta menuntut agar desakan mereka dilayan secara profesional dan adil.

Menurut beliau, ini termasuklah membebaskan kesemua tahanan peserta demonstrasi dan pengamal media kerana ia bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia.

"Dewan Pemuda PAS Malaysia menyeru kepada sebarang usaha ke arah pembubaran Parlimen Mesir dan penganjuran pilihanraya umum yang telus dan bersih.

"Pihak penganjur pilihanraya mestilah bebas daripada sebarang campur tangan parti politik, di samping menjamin kebebasan media untuk melaporkan perkembangan dan hasrat rakyat kepada pengundi dan masyarakat luar," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi memorandum khas DPPP yang diserahkan bersama memorandum yang diserahkan oleh para pemimpin PAS, Pakatan Rakyat dan beberapa NGO kepada kedutaan Mesir, di sini, hari ini.

Menerusi memorandum itu, DPPP turut melahirkan sokongan dan komitmen solidariti kebangkitan rakyat Mesir menentang regim autokratik Hosni Mubarak.

"Penentangan rakyat Mesir adalah manifestasi penolakan prinsip ketidakadilan, kezaliman dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh pemerintah sejak beberapa dekad yang lalu," katanya.

DPPP turut mengucapkan tahniah khususnya kepada golongan muda yang berani dan aktif menyertai agenda revolusi bagi menuntut keadilan dan pembaharuan di Mesir.

"Malah, kami mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan takziah kepada keluarga-keluarga mangsa yang terkorban mahupun tercedera dalam saingan revolusi ini," tegasnya.

Pergolakan politik di Mesir kini adalah ekoran kejatuhan regim pemerintah Zein Al-Abidin di Tunisia lalu menjalar ke beberapa buah negara jiran lain termasuk Yaman, Oman, Algeria dan Jordan.

Dengan perkembangan terbaru yang berlaku di Mesir, DPPP turut menjangkakan teori domino itu akan terus berantai sehingga memberikan kesan revolusi keadilan sedunia.

"Namun melihat perkembangan pergolakan politik hari demi hari di Mesir, DPPP melihat situasi semakin kritikal apabila pihak pemerintah tidak mengambil langkah drastik untuk menyelesaikan perkara pokok dan sebenarnya.

"Sebaliknya, mereka melakukan pembantaian terhadap peserta demonstrasi seperti menembak dengan menggunakan gas, air dan pukulan terhadap mereka. Malah lebih parah lagi apabila hubungan komunikasi melalui media baru dan telefon disekat untuk memadamkan kemaraan rakyat," katanya.

Jelas, menurut beliau, sikap yang ditunjukkan itu telah mencabul hak asasi manusia dan memburukkan wajah demokrasi di Mesir.

Berdasarkan pendedahan-pendedahan media antarabangsa, pihak berkuasa Mesir telah mengambil pendekatan kekerasan untuk mengawal dan meredakan keadaan.

"Walau bagaimanapun, desakan terhadap agenda reformasi, kestabilan, demokrasi dan kebebasan tetap menjadi agenda utama dan kami menyokong usaha tersebut," tegasnya.

Beliau berharap agar hasrat DPPP yang disuarakan melalui memorandum itu dapat disampaikan kepada pihak-pihak simpatisan dan pejuang revolusi kebangkitan rakyat di Mesir.

Pelajar Malaysia mahu kerajaan bawa keluar dari Mesir

KUALA LUMPUR, 31 Jan: Seramai 11,319 pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di Mesir mahu kerajaan segera membawa mereka keluar dari negara itu ekoran suasana tidak selamat akibat demonstrasi besar-besaran sejak Selasa lepas.

Difahamkan, keadaan huru-hara hampir semua tempat berlaku ekoran rusuhan melibatkan pertempuran rakyat negara itu dengan pihak polis dan tentera.

Lebih menyulitkan keadaan, apabila semua jaringan komunikasi diputuskan termasuk internet dan menyebabkan rakyat negara itu terputus hubungan bukan sahaja di kalangan mereka malah dengan negara luar.

Keadaan itu juga mengakibatkan status pelajar Malaysia di negara itu sukar dipastikan biarpun kerajaan Malaysia mendakwa kesemua mereka kini selamat.

Kebimbangan tersebut juga turut dirasai ibu bapa dan ahli keluarga yang sedang menanti khabar dari negara yang sedang bergolak itu.

Lebih membimbangkan mereka, ekoran terdapat dakwaan seorang pelajar Malaysia di Iskandariah menjadi mangsa rogol selepas tempat tinggal mereka dipecah masuk perompak.

Namun sehingga kini belum ada pihak yang boleh membuat pengesahan tepat berhubung dakwaan tersebut.

Bagi sekumpulan pelajar yang masih boleh menembusi Internet khususnya mereka yang telah berada di Lapangan Terbang Kaherah setakat ini, beberapa perkembangan terbaru turut dimaklumkan.

Perkembangan semasa keadaan mereka di Mesir boleh diikuti melalui laman blog http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com dan laman Facebook Selamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir.

Mereka memaklumkan berada dalam keadaan ketakutan lebih-lebih lagi 6 ribu banduan dilaporkan telah terlepas dari penjara.

Selain rusuhan, jenayah rompakan turut berlaku ekoran hampir keseluruhan kemudahan negara itu kini lumpuh dan mengakibatkan krisis tempat tinggal dan makanan.

Di Mansurah, mereka mendakwa akan berlaku rusuhan besar jam 11 pagi Mesir iaitu jam 5 petang di Malaysia dan kawasan itu kini telah diisytihar 'kod oren'.

Balai polis di sana pula difahamkan telah dikuasai orang jahat yang telah merampas dan senjata dan pakaian polis dan sekarang menyamar sebagai anggota polis.

Namun mengikut maklumat mereka, tiada sebarang insiden membabitkan pelajar Malaysia di Mansurah, namun seorang pelajar Indonesia didakwa telah ditembak.

Di Tanta pula, penduduk dikenakan catuan bekalan air dan elektrik.

Turut difahamkan, seorang pelajar Malaysia terkena tembakan di kaki akibat peluru sesat, namun tiada sebarang pengesahan dari pihak berkuasa Malaysia setakat ini.

Berbeza di Kaherah, suasana kini dilaporkan semakin pulih selepas pihak tentera mengambil alih.

Lapangan terbang juga kini dilaporkan mula dibuka selepas dikatakan ditutup semalam namun berdepan beberapa masalah lain.

Suasana sama turut berlaku di Alexandria di mana keadaan semakin dan bertambah baik untuk pelajar Malaysia.

Namun mereka kini berdepan kenaikan harga barang, ekoran banyak kedai ditutup.

Sejak Selasa lepas beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan.

Masyarakat Arab hari ini trut memberi amaran sekiranya Husni Mubarak tidak meletak jawatan dalam tempoh empat hari dari hari ini, mereka akan melancarakan peperangan (civil war).

Sehubungan itu, mereka menasihatkan agar rakyat asing termasuk pelajar malaysia meninggalkan mesir dalam tempoh tersebut.

Daripada 11,319 pelajar Malaysia di negara itu, 6,135 orang sedang mengikuti pengajian Islam dan selebihnya dalam bidang perubatan.

Menangani krisis ini, Jabatan Penuntut Malaysia (JPM) Mesir bekerjasama rapat dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah (KBMK) untuk mengaktifkan pasukan teras bagi menangani sebarang kemungkinan risiko keselamatan, dan sebuah bilik operasi krisis dibuka sejak Rabu lepas di kedutaan.

JPM Mesir akan menyediakan nasihat keselamatan yang bersesuaian dengan situasi dan masa untuk dimaklumkan kepada mahasiswa serta pegawai Hal Ehwal Pelajar negeri-negeri.

Berikut antara laporan dari kedua-dua sumber tersebut:

1- "Assalaamu'alaikum..azizi, tadi baru dpt call seorang kakak thn 4, dia kata skg mmg 24 hrs xblh keluar rumah. Kalau nk beli brg2 or mknn kene mintak tlg ikhwah/mushrif yg telah ditetapkan utk setiap rumah belikan and mana2 akhawat yg duk sorg2 kene pegi duk rumah org lain. And pasal banduan and rompakan tu, polis pesan kat diorg supaya xbnyk guna lighting sgt.supaya nmpk mcm rumah tu xde org.sbb polis suspek perompak akan target rumah student malaysia."

Reported by: Teem Fauzi, Semester 6 MMPME Mansoura University..

2- Berita terbaru..

"Ada beberapa org pelajar perubatan dari Iskandariah berjaya sampai dengan selamat ke airport Cairo (kaherah).. Keadaan kat airport Cairo terlalu sibuk, penuh dengan penumpang yang ingin meninggalkan mesir dengan segera..

"Pelajar melaporkan bahawa untuk sampai ke Airport Cairo dengan selamat, jangan gunakan jalan utama, gunakan jalan alternatif, jalan dalam (pada hemat dan pengalaman saya, mungkin jalan dari highway suez, jalan tu mmg sunyi dan tak ramai org kita tahu jalan tu boleh hubungkan ke Airport Cairo dari pintu belakang (terminal 3)..

Sumber: Yaacob Hassan Ghani melalui adik beliau mahasiswi perubatan Iskandariah, Akmal Aziz (Mansurah)

3- Maaf kerana lambat update, ada masalah sedikit..

Dapat update dari kawan2 kat airport, mereka semua terkandas, semua airlines delayed and refuse utk terbang buat masa ini. Difahamkan juga bahawa saya adalah trip terakhir pelajar malaysia yang berjaya klua dari mesir, ketika keadaan masih aman.. sama2 kita mendoakan agar airport kembali pulih dan berfungsi, agar semua rakyat kita dapat pulang ke tanah air

Sumber: Tengku Afiq Silahudeen (MMPME sem6, terkandas di airport), dilaporkan oleh Azizi Al Fahri

4- Laporan dari Lapangan Tebang Kaherah:

Semua fligh ke luar mesir telah dibatalkan, semua flight masuk ke mesir tidak dapat dipastikan, harga ticket melambung sehingga 7 kali ganda, huru hara kat airport, dibanjiri manusia, dalam masa 24 jam, sekiranya tidak ada perubahan terhadap jadual penerbangan, pelajar malaysia yg berada di airport akan bergerak pulang ke negeri masing2..

sumber: Tg Afiq Silahudeen, dilaporkan oleh: Azizi Al Fahri

Maut terjun bangunan sebaik dengar ibu baca al-Quran

Remaja terjun flat setelah dengar bacaan ayat al-Quran

GEORGETOWN, 31 Jan. : Seorang pemuda yang dikatakan pernah menganggotai satu kumpulan agama, nekad terjun dari tingkat lima sebuah flat di Bukit Gedung malam kelmarin mengakibatkannya maut dalam perjalanan ke hospital.

Mangsa, Shamsul Kamal Mohd Shafeeuddeen, 24, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat cedera parah di kepala akibat terjatuh dari ketinggian 50 meter.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang juga mempunyai saudara kembar dikatakan bertindak di luar kawalan selain agresif dan keluar dari rumahnya sebaik mendengar bacaan ayat al-Quran oleh ibunya.

Mangsa yang berlari keluar dari rumahnya yang terletak di aras dua flat itu beberapa kali dipujuk abangnya supaya tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya namun mangsa tidak mengendahkannya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Lai Far Hin ketika dihubungi semalam mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) yang mana hasil siasatan awal, keluarga mangsa mendakwa mangsa mengalami masalah kemurungan sejak beberapa tahun lalu.

“Hasil siasatan mendapati kes ini tiada kaitan dengan unsur jenayah,” katanya.SH

Setelah 20 tahun dibuang negara, Rached Ghannouchi pulang ke Tunisia

Setelah lebih 20 tahun dalam buangan, ahirnya Rached Ghannouchi kembali pulang ke tanah airnya. Beliau merupakan pemimpin Ennahda ( Kebangkitan) yang ditubuhkan pada tahun 1981. Ennahda adalah pergerakan Islam di Tunisia yang menentang rejim sekular.

Beliau dikatakan akan memastikan Ennahda menyertai pilihan raya demokrasi Tunisia sebagai salah sebuah parti yang bertanding. Ada penganalisa berkata, kekuatan sebenar pergerakan Islam di Tunisia masih kabur. Mereka terlalu lama menghilang dari persada politik masyarakat Tunisia.

Ada juga rakyat yang membantah kepulangan Rached Ghannouchi. Mereka risau akan kemunculan pejuang Islam ala-ala Taliban. Ini semua di tolak oleh pemimpin Islam tersebut. Apa yang labelkan oleh pemimpin dahulu terhadapnya adalah bohong belaka. Rached Ghannouchi dikatakan amat berminat dengan cara kerajaan Turki berfungsi sekarang melalui parti AKP. Dia sebenarnya berfahaman sederhana.

Kejatuhan regim kuku besi Tunisia tidak bermakna kebangkitan fundamentalis Islam. Apa sistem pemerintahan dan juga jenis pemimpin yang bakal naik bergantung kepada rakyat Tunisia selepas ini. Diharapkan pilihan raya yang bakal dijalankan akan telus tanpa gangguan pihak luar atau dalam yang berkepentingan.

Baca laporan asal di sini.

Pengerusi SPR penipu : Ada undang-undang membolehkan SPR lanjut masa pengundian

Diskriminasi Bantuan, Mafrel Gesa SPR Ambil Perhatian


SHAH ALAM 31 Jan. : Presiden Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh berkata pihak yang mendakwa berlakunya diskriminasi berhubung bantuan semasa untuk keluar mengundi perlu membuat laporan dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) digesa memberi perhatian kepada isu ini.

Sebelum ini wujudnya dakwaan terdapat diskriminasi berikutan bantuan yang dihantar pasukan Polis, Tentera dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA) hanya menumpukan kawasan kampung dan FELDA.

Mereka mendakwa lebih banyak kemudahan pengangkutan dikerah ke kawasan Felda - yang merupakan penyokong kuat BN.

Sekurang-kurangnya dua pusat pengundian - SMK Kamarul Ariffin dan dewan serbaguna Kampung Paya Merah di bandar Labis terputus hubungan kerana teruk dilanda banjir.

Kedua-duanya masing-masing merupakan pusat pengundian bagi Bandar labis Tengah dan Bandar Labis Timur yang didominasikan pengundi Cina dan dimenangi PAS dalam dalam pilihan raya umum.

Daripada 12 daerah mengundi, PAS hanya memenangi di tiga daerah majoriti pengundi Cina pada 2008.

"Saya tak boleh nak pastikanlah adakah berlakunya diskriminasi begitu, mungkin kalau ada , maka pihak parti perlu membuat dakwaan atau laporan dan perkara ini perlu diberi perhatian oleh pihak SPR," katanya.

Dalam perkembangan lain Syed Noh berkata terdapat undang-undang yang membolehkan SPR melanjutkan proses pengundian akibat bencana alam yang menimpa kawasan DUN Tenang bagi memberi ruang kepada pengundi.

Beliau turut tidak menolak, proses pengundian terjejas akibat bencana alam yang berlaku sehingga menyebabkan peratusan yang keluar mengundi menurun, dan sepatutnya pihak SPR, polis dan bomba membuat persiapan lebih awal dalam menghadapi situasai seperti ini.

"Mungkin juga SPR boleh menimbangkan untuk menambahkan masa mengundi, kerana situasi yang sama berlaku pada tahun 2004 semasa pilihanraya di Selangor, di mana tempoh mengundi tu bukan sehingga jam 5 petang tetapi ditambah setengah jam atau 1 jam untuk beri peluang kepada pengundi untuk mengundi, " katanya lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengumumkan 71.8 peratus atau lebih 10,592 pengundi keluar mengundi sebelum membetulkannya kira-kira jam 10 malam tadi.

Peratusan keluar mengundi rasmi pilihanraya kali ini mengikut SPR ialah 66.7 peratus atau kira-kira 9,736 pengundi mencatatkan penurunan berbanding tahun 2008 iaitu sebanyak 73 peratus jumlah keluar mengundi.

Analisis krisis di Mesir

Protes Di Mesir, Beberapa Isu Utama


Protes besar-besaran di Mesir kini memasuki hari keenam, selepas protes menuntut perubahan politik di negara itu meningkat dengan dramatik bermula selepas solat Jumaat yang lepas.

Situasi masih lagi panas dengan protes di bandar-bandar utama berterusan, dan aktivis Mohamed el-Baradei menyertai protes, mengambil peranan kepimpinan dengan memberi ucapan-ucapan menuntut pengunduran Hosni Mubarak dan menyatakan bahawa perubahan makin hampir.

Masih terlalu awal untuk memutuskan dan menyimpulkan apa-apa berhubung perkembangan di Mesir ketika ini, tetapi apa yang jelas ialah prospek perubahan semakin kelihatan di negara Arab berpengaruh itu.

Beberapa isu utama walau bagaimanapun dapat diperhatikan dalam perkembangan di Mesir, melibatkan tindakan Hosni, reaksi Washington dan laporan-laporan dan ulasan terhadap peritstiwa bersejarah di negara itu pada masa ini.

1. Berdasarkan perkembangan semasa, Presiden Hosni Mubarak tidak nampak lagi boleh mengekalkan kedudukan sebagai pemimpin Mesir dengan hanya melakukan perubahan-perubahan seperti melantik naib presiden dan melantik kabinet baharu. Sekiranya masih kekal, Hosni akan berdepan masalah yang besar dan bakal kehilangan sokongan kuasa besar dan masyarakat antarabangsa, serta terus berdepan tentangan rakyat.

2. Pelantikan Omar Suleiman yang mempunyai hubungan baik dengan Israel dan Amerika Syarikat (termasuk berperanan dalam extraordinary rendition) tidak menjanjikan apa-apa yang positif kepada rakyat Mesir melainkan hanya untuk kepentingan kuasa asing dan Hosni sendiri. Pelantikan Omar sama sekali bukan apa yang dituntut dan perlu dilakukan.

3. Mohamed el-Baradei semakin mempunyai potensi untuk muncul sebagai pemimpin baharu Mesir, sebahagian besarnya kerana sokongan Barat dan popularitinya di Mesir pada masa ini, dan digelar sebagai figur penyatu dalam politik Mesir. Beliau juga merupakan tokoh yang paling banyak menerima liputan positif media asing. Penyertannya dalam protes mendapat ulasan positif dan diangkat sebagai pemimpin yang berani berdepan Hosni serta menuntut diktator itu berundur. Hal ini juga menunjukkan sisi politik domestik bukan satu-satunya naratif yang sepatutnya diterima dalam melihat perkembangan di Mesir dan Asia Barat pada masa ini.

4. Ikhwan al-Muslimin mula menerima serangan mengaitkannya dengan unsur-unsur "militan" dan "teroris," dalam rangka wacana yang kritikal terhadap sebarang elemen Islam dalam politik. Walaupun sejarah menunjukkan rekod yang tidak sepenuhnya baik bagi Ikhwan, kumpulan ini merupakan kuasa politik yang sah di Mesir. Kritikan Ikhwan tidak terlibat dalam penentangan juga menyeleweng kerana kumpulan ini berdepan tekanan dan tangkapan pasukan keselamatan secara agresif, terbaharu sejak 2009.

5. AS telah bertindak berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan berhubung protes dengan cuba mengimbangi sokongan kepada hak fundamental rakyat dengan desakan perubahan kepada rejim Hosni. Kenyataan Setiausaha Negara Hillary Clinton Jumaat lalu cuba mengimbangi dan menyediakan ruang manuver pada masa depan, apapun kesudahan kepada rejim Hosni. Jelas bahawa Washington masih menyokong rejim sedia ada, tetapi tetap akan meneruskan hubungan baik dengan pemerintah selepas ini sekiranya rejim sekarang tumbang. Apabila tiba masanya, AS juga akan mendesak Hosni berundur.

6. Kepentingan AS - dan Israel - di Mesir terlalu besar dan tidak terhad kepada rejim Hosni. Selepas Israel, Mesir ialah penerima bantuan ketenteraan terbesar dari AS. Malah, kepentingannya mungkin akan dapat lebih dipelihara dan dicapai di bawah pemerintah baharu. Kedudukan Mesir sebagai negara Arab pertama mengiktiraf Israel dan yang paling berkeupayaan berperang dengan Israel - terutama disebabkan faktor sempadan - menjadikan Mesir tidak boleh dilepaskan oleh Washington. Palestin dan Gaza ialah satu isu yang paling menjadikan Mesir diperlukan oleh Israel untuk bekerjasama dengannya, kerana hanya Mesir negara yang boleh menguatkuasakan kepungan Gaza selain Israel.

7. Perubahan politik di Mesir bakal mencetuskan gelombang yang jauh lebih besar berbanding yang tercetus dari Tunisia. Walaupun tidak semestinya akan membawa kepada perubahan rejim lain, perkembangan di Mesir telah mengubah permainan di Asia Barat. Sekiranya perubahan yang bermakna terlaksana di Mesir, termasuk dalam aliansi dengan Jordan dan Arab Saudi, lanskap politik serantau akan berubah dengan dramatik. Perubahan dalam aliansi Kaherah-Riyadh-Amman secara dramatik mampu menjejaskan pengaruh kuasa-kuasa terbesar dunia Arab itu.

Harga petrol naik, pengundi Umno di Tenang akan diberi potongan harga ?

Harga Petrol dinaikkan lagi kerana BN telah menang di Tenang!


Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut seorang sumber kerajaan.

Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.


Malaysiakini

SPR tipu rakyat Malaysia, peratus keluar mengundi hanya 66.7% tapi diumum 71.8 %

BN Menang Undi Melayu-Ilham Centre


SHAH ALAM 31 Jan.: Firma penyelidik bebas, Ilham Centre dalam kajiannya menyifatkan kemenangan Barisan Nasional di DUN Tenang, bukanlah kayu pengukur kepada pola sokongan masyarakat Melayu terhadap kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Pengarah Eksekutifnya, Muhamad Hisomudin Bakar ketika dihubungi Tv Selangor berkata, masyarakat Melayu di Tenang agak terpinggir dengan isu-isu semasa seraya mengakibatkan undian mereka tertumpu kepada faktor parti semata.

" Kita melihat pengundi Melayu di Tenang bagi kerajaan, ia bukanlah satu kayu pengukur untuk corak pengundian pola Melayu ke seluruh negara sebab pengundi Melayu di Tenang ini ia agak ekslusif kerana mereka tidak makan isu.

" Faktor yang kuat ialah kerana kawasan tradisi masyarakat Melayu dan Felda, mereka memilih atas dasar parti amat tinggi. Dalam kajian kita, kita mendedahkan ia meliputi 62.5 peratus," jelas Hisomudin.

Kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang semalam kekal milik BN selepas calonnya Azahar Ibrahim berjaya meraih 6,699 undi berbanding calon PAS, Normala Sudirman yang mendapat 2,992 undi.

Proses pengundian semalam berjalan dalam keadaan hujan lebat tanpa henti dan banjir di beberapa kawasan pusat pembuangan undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dicadangkan untuk memanjangkan tempoh membuang undi, bagaimanapun enggan bertoleransi sehingga mengakibatkan jumlah keluar mengundi hanyalah 67 peratus walaupun suruhanjaya itu menyasarkan 80 peratus pengundi keluar untuk membuang undi masing-masing.

Malah menurut Hisomudin, kesilapan pengumuman peratusan keluar mengundi malam tadi turut membayangkan sikap tidak profesional suruhanjaya itu.

" Kami melihat sebenarnya bila keputusan undi yang dikeluarkan berbentuk 'flip flop', seolah-olah sikap SPR ini tidak profesional dalam membuat bacaan terhadap data-data yang dikeluarkan kepada pihak media.

Untuk rekod, seramai 73 peratus keluar mengundi pada pilihan raya umum 2008.

Namun paling mendukacitakan, apabila SPR sebagai badan yang dipertanggungjawabkan mengeluarkan fakta mengelirukan apabila sebelum itu mengumumkan 71.8 peratus atau lebih 10,592 pengundi keluar mengundi.

Bagaimanapun menjelang jam 10 malam tadi, SPR mengumumkan pembetulan peratusan iaitu 66.7 peratus atau 9,736 keluar mengundi.

Namun menurut Hisomudin, jika keadaan baik, PAS mungkin berjaya menambah undi di antara 700 hingga 800 undi.

Walaupun majoriti BN meningkat kata Hisomudin, namun BN ujarnya gagal mempertahankan undi bukan Melayu yang dilihat condong ke arah pembangkang.

" Kami melihat MCA menerima tamparan hebat sebab sepanjang pemerhatian kami di kawasan masyarakat Tionghua, bendera BN tidak kelihatan.

" Masyarakat Cina terkesan dengan kenaikan harga barang yang tidak terkawal di bawah pentadbiran BN sekarang. Pengundi Cina ini mereka lebih kritis
berbanding Melayu," ulas Hisomudin lagi.

Tambah beliau, imej bekas menteri kesihatan itu yang terpalit dengan skandal seks turut mempengaruhi sokongan masyarakat Cina di Tenang terhadap beliau
walaupun kerusi parlimen Labis, diwariskan kepada anaknya.

Bahkan pengundi Cina juga katanya, tidak lagi terpengaruh dengan momokan MCA bahawa PAS adalah sebuah parti yang bersifat extrem.

" Saya boleh sifatkan juga berlakunya peralihan luar biasa dengan kejayaan PAS meyakinkan pengundi bukan Melayu terhadap perjuangan mereka. Dahulunya PAS
dianggap sebagai extrem, radikal, negara Islam dan sebagainya yang dilabelkan kepada PAS,nampaknya berjaya dijelaskan kepada masyarakat Tionghua dan meningkatkan pola sokongan kepada parti berkenaan.

Sementara itu, mengulas pola pengundian masyarakat Melayu di Tenang, Hisomudin tidak menolak kemungkinan kenaikan harga getah menyebabkan pengundi mudah merasa selesa walaupun harga bahan keperluan asas meningkat naik.

" Mungkin kita boleh anggap kenaikan harga getah itu memberikan sedikit keselesaan kepada pengundi Melayu yang beranggapan begitu," kata Hisomudin.

Menurutnya lagi, jentera BN juga kelihatan begitu bersungguh-sungguh untuk memenangi undi masyarakat Melayu yang terang-terangan memihak kepada mereka
sehingga mengabaikan pengundi bangsa lain terutama sekali pengundi Cina yang memihak kepada parti lawan.

" Daripada segi kerahan untuk membawa keluar pengundi,kita melihat dalam keadaan banjir, jentera BN memang tenyata fokus untuk mengeluarkan pengundi Melayu berbanding dengan undi Cina," tambahnya lagi.

Justeru katanya, tidak ada penanda aras paling jelas kepada BN untuk mengukur sokongan dan keyakinan rakyat berbangsa Melayu kepada mereka.

Manakala Pakatan Rakyat pula katanya, walaupun kalah di Tenang namun ia menyaksikan sokongan bukan Melayu terus memihak kepada gagasan itu dan usaha perlu dilipatgandakan untuk meyakinkan pengundi Melayu serta bergerak dalam kesepaduan yang utuh.

" Pakatan Rakyat juga perlu bermuhasabah dan menilai semula kerana sebenarnya pola sokongan Pakatan Rakyat meningkat di kalangan pengundi bukan Melayu dan perlu menembusi keyakinan orang Melayu untuk memilih Pakatan Rakyat pada pilihan raya akan datang," kata Hisomudin.

" Sedikit kelemahan kepada Pakatan Rakyat ialah ia tidak wujud dalam satu wajah gabungan yang padu berdepan dengan jentera kerajaan,"tambahnya lagi.

Umur 85 tahun bawa motor 500cc , kena saman

Warga emas terkejut kena saman

Utusan Malaysia 31 Jan 2011

KANGAR 30 Jan. - Melihatkan keadaannya yang uzur, pasti ramai tidak percaya seorang lelaki warga emas berusia 85 tahun menerima surat saman kerana memandu melebihi had laju.

Bagaimanapun, itulah yang terjadi kepada Bakar Ismail (gambar) dari Kampung Sungai Padang, Simpang Empat, yang menerima surat saman atas kesalahan tersebut.

Lebih mengejutkan, kesalahan itu didakwa dilakukannya ketika menunggang motosikal berkuasa 500cc di Kilometer 6.2 Lebuh Raya Utara Selatan, 30 Julai tahun lalu.

Bakar yang mempunyai lima cicit hairan bagaimana dia boleh menerima saman di kawasan yang dia sendiri tidak tahu selok-beloknya.

"Surat saman itu tertera nombor pendaftaran motosikal pak cik iaitu PV 738 kerana memecut lebih daripada had laju dibenarkan iaitu 98 kilometer sejam (kmj) berbanding had laju sepatutnya, 80 kmj.

"Pak cik mana ada motosikal 500cc, yang pak cik ada hanyalah Honda C70, tersadai dalam bangsal sejak tahun lalu," katanya kepada pemberita di rumahnya di sini.

Bakar turut pelik kerana walaupun nombor pendaftaran motosikal tertera sama dengan motosikal Honda C70 miliknya namun kapasiti enjinnya adalah berbeza.

"Motosikal pak cik itu telah berusia lebih 35 tahun, mana mampu pecut dan kalau diikutkan motosikal itu tidak boleh pergi jauh sekadar pekan Simpang Empat sahaja.

"Lagipun motosikal itu tiada cukai jalan, sudah lama pak cik tidak perbaharui cukai jalannya," katanya yang telah membeli motosikal terpakai itu pada 4 September 1979 dengan harga RM1,200.

Katanya, walaupun pernah sampai ke Kuala Lumpur namun dia tidak tahu selok-belok jalan di ibu negara apatah lagi lebuh raya berkenaan.

Tambahnya, surat saman yang dikeluarkan oleh pihak polis di Kuala Lumpur itu dikirim ke rumahnya pada Disember lalu.

"Berdasarkan saman itu, ia dikeluarkan anggota polis peronda pukul 1.53 tengah hari dengan kompaun RM300 dan tawaran kompaun RM150," katanya.

Anak Bakar, Mohd. Nor, 47, berkata, dia telah merujuk perkara itu ke Balai Polis Trafik Kangar dan diminta menulis surat kepada pihak bertanggungjawab di Kuala Lumpur untuk penjelasan.

PAS Kawasan Labis kena turun padang

LABIS, 31 Jan: PAS kawasan Labis khususnya calonnya di Tenang, Cikgu Normala Sudirman diseru supaya terus turun padang bagi memberikan khidmat terbaik untuk masyarakat walaupun kalah dalam pilihan raya kecil baru-baru ini.

"Asas yang sangat baik telah dibina untuk Dun Tenang. PAS kawasan Labis, khususnya Cikgu Mala mesti terus turun padang," kata Mazlan Aliman AJK PAS Pusat yang juga Ketua Penerangan jentera PAS di PRK Tenang.

Menurut beliau, PAS menghormati keputusan pengundi walaupun jelas sekali dalam pilihan raya ini sebagaimana biasa PAS bertanding melawan jentera kerajaan pusat dan negeri Johor bukannya BN dan Umno.

"Adalah jelas PAS bertanding melawan jentera kerajaan (Pusat dan Johor)," katanya.

Sebagai parti politik, katanya, Umno dan BN tiada kekuatan apa-apa.

"Projek segera jutaan ringgit, sogokan dan propaganda media pro BN telah digunakan sepenuhnya (dalam kempen mereka)," kata beliau.

Mazlan juga berjanji, Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) pimpinan beliau akan terus memperkasa gerakkerja sesuai dengan mottonya menarajui perubahan.

Beliau juga, bagi pihak jentera penerangan PRK ini, mengucapkan ribuan terima kasih kepada pimpinan Pakatan Rakyat, petugas parti, dermawan, pengamal media dan sukarelawan yang datang dari seluruh negara bagi membantu jentera PAS dan Pakatan dalam pilihan raya kecil ini.

Tambang untuk Ro$mah ke negara teluk ada, tambang untuk bawa pelajar di Mesir pulang tak ada

Anwar : Bawa Balik Rakyat Malaysia Di Mesir Segera


KUALA LUMPUR 31 Jan. : Kerajaan Malaysia digesa untuk merencana membawa balik rakyatnya di Mesir yang kini terdedah kepada situasi merbahaya ekoran protes besar-besaran di negara itu, kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Perkembangan ini sewajarnya menyedarkan Kerajaan Malaysia bahawa mereka perlu segera merencana kepulangan rakyat kita dari Mesir.

Adalah tidak munasabah membiarkan rakyat kita terdedah kepada bahaya dan tersepit di celah-celah keributan menuntut Perubahan. Saya menggesa kerajaan segera membawa pulang rakyat kita di sana. Jangan tunggu sehingga nasi menjadi bubur," tegas Anwar dalam satu kenyataan.

Anwar berkata lagi ketegangan di Mesir tidak akan mengendur dalam beberapa ketika ini. Protes menuntut Perubahan disertai puluhan jika tidak ratusan ribu rakyat setiap hari di beberapa kota utama negara tersebut.

Keadaan semakin tidak menentu, keselamatan orang awam tidak lagi terjamin. Lebih membimbangkan adanya laporan bahawa wujudnya kumpulang samseng yang melakukan jenayah sewenang-wenangnya.

"Saya difahamkan rakyat Malaysia yang kini tinggal di Mesir hampir mencecah 11 ribu orang, 10,328 dari jumlah tersebut merupakan pelajar yang mendaftar dengan kedutaan Malaysia di sana. Saya khuatir kedutaan kita menghadapi kesukaran untuk mengawasi serta menjamin keselamatan para pelajar dan rakyat Malaysia," katanya.

Tambah Anwar lagi,beberapa hari ini regim Hosni Mubarak telah mengambil tindakan untuk merencat penggunaan internet terutamanya jaringan media sosial seumpama Facebook dan Twitter. Malah, perkhidmatan telefon mudah alih juga sukar diperolehi.

"Adalah mustahil buat kedutaan Malaysia mengawasi serta menjamin keselamatan seluruh rakyat kita di sana kerana sistem telekomunikasi sudah lumpuh dan tidak lagi berkesan," ujar Anwar lagi.

Kalah besar di Tenang bukan PAS, tapi.....

Guan Eng : PRK Tenang Yang 'Menang' Bukan Calon



PULAU PINANG 31 Jan. : Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempunyai analisis tersendirinya berhubung keputusan pilihan raya kecil Tenang yang berlangsung semalam dengan mengangap kemenangan besar bukan kepada calon tetapi ada pihak lain.

"Saya rasa pemenang yang paling besar bukanlah calon, pemenang paling besar ialah Menteri Besar Johor,Datuk Seri Ghani yang telah menunjukkan kemampuan dan kebolehan beliau.

Pihak yang paling kalah yang paling besar bukanlah Pakatan Rakyat ,saya rasa kita tahu pihak siapa yang kalah yang paling besar," kata Guan Eng dalam sidang medianya di sini hari ini.

Apabila ditanya tentang pihak yang dimaksudkannya itu, beliau masih enggan menyatakannya.

"Dalam hari, kamu tahulah siapa dia," katanya Lim lagi, dipercayai merujuk kepada kemampuan MCA di kawasan Cina di Labis.

Tambah Guan Eng lagi beliau merasa kesal SPR tidak menangguhkan pilihanraya kecil tenang semalam yang menghadapi banjir sehingga menyebabkan ramai penduduk di kawasan itu terjejas dan terpaksa dipindahkan serta menyebabkan beberapa laluan utama di situ ditutup sementara.

"Saya rasa kesal sedikit bahawa apabila masalah banjir yang begitu teruk berlaku di Labis, mereka sepatutnya menangguhkan hari pengundian untuk membantu mangsa-mangsa banjir,tetapi ini tidak dilakukan,dan ini telah menyebabkan penyokong-penyokong yang mengundi Pakatan Rakyat tidak dapat keluar mengundi," katanya.

Guan Eng juga berkata bahawa sokongan kepada Pakatan Rakyat di kawasan pekan menunjukkan peningkatan walaupun BN membuat pelbagai bentuk serangan dan tohmahan kepada calon PAS,Normala Sudirman.

" Tetapi analisa menunjukkan sokongan kekal di kawasan pekan untuk Pakatan Rakyat tetapi BN menambah sokongan di kawasan Felda," katanya.

Pilihan Raya Kecil (PRK) N 5 Tenang berakhir semalam dengan keputusan rasmi, calon Barisan Nasional (BN) Azahar Ibrahim memperoleh 3,707 majoriti undi menumpaskan calon PAS-Pakatan Rakyat, Nomala Sudirman.

Bagaimanapun terdapat sedikit kekeliruan berkaitan jumlah yang keluar mengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengumumkan 71.8 peratus atau lebih 10,592 pengundi keluar mengundi sebelum membetulkannya kira-kira jam 10 malam tadi.

Peratusan keluar mengundi rasmi pilihanraya kali ini mengikut SPR ialah 66.7 peratus atau kira-kira 9,736 pengundi mencatatkan penurunan berbanding tahun 2008 iaitu sebanyak 73 peratus jumlah keluar mengundi.

Polis ambil alih siasatan kes lanun Somalia


KUALA LUMPUR 31 Jan. : Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini mengambil alih siasatan ke atas tujuh rakyat Somalia yang menyerang sebuah kapal Malaysia di perairan Teluk Aden pada 20 Januari lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pihaknya akan membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan akan menyoal kesemua tahanan termasuk anak kapal MT Bunga Laurel dan anggota pasukan keselamatan Angkatan Tentera Malaysia yang terlibat dalam operasi menyelamat kapal dagang tersebut.

"Ini adalah prosedur biasa dalam mana-mana siasatan. Kita akan ambil keterangan kesemua mereka bagi menyiasat dan menyelesaikan kes tersebut,"katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Ismail berkata pihaknya akan memohon untuk mendapatkan perintah reman dari Majistret hari ini bagi menahan rakyat Somalia terbabit dalam satu tempoh bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Kesemua rakyat Somalia itu tiba di negara ini kira-kira 9.15 pagi tadi di Pelabuhan Klang dan kini ditahan di Pusat Tahanan Bukit Jalil.

MT Bunga Laurel dilaporkan sedang melalui perairan Teluk Aden apabila diserang dan ditawan selama dua jam oleh sekumpulan tujuh orang lanun Somalia yang bersenjatakan AK-47 serta pistol, kira-kira 11.40 malam pada hari Jumaat tersebut.

Bagaimanapun komando Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang ditugaskankhas untuk sentiasa mengawasi kapal-kapal Malaysia yang melalui perairan tersebut daripada serangan lanun, telah berjaya mematahkan serangan tersebut dan menyelamatkan 23 anak kapalnya.

Tiga orang lanun tercedera dalam operasi menyelamat Operasi Fajar itu tanpa sebarang kecederaan dialami oleh anak-anak kapal dan para anggota komando TLDM.

Kes runtuhan bumbung stadium : Jurutera Perunding didakwa




KUALA TERENGGANU 31 Jan.: Seorang jurutera perunding hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen berhubung kes runtuhan bumbung Stadium Sultan MizanZainal Abidin di Gong Badak di sini pada Jun 2009.

Wan Manan Wan Ali, 51, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menipu dengan berpura-pura bertindak sebagai pemeriksa yang diiktiraf mengeluarkan dokumen bertarikh 15 Jan 2009 iaitu dokumen mengenai sistem teras bumbung utama dan kerja yang berkaitan dengannya, bagi cadangan untuk membina dan menyiapkan stadium utama atau kompleks Sukan Negeri Terengganu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 15 Jan dan 29 Mac 2009 di pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu. Dia didakwa memberi dan menandatangani dokumen berkenaan kepada Pengarah JKR negeri, Rosli Zainal, dan turut bertindak memperdaya Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong, untuk mempercayai dia adalah pemeriksayang diiktiraf.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang menetapkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Hakim M.Bakri Abdul Majid menetapkan 17 Mac ini untuk sebutan semula kesdan membenarkan Wan Manan diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh diwakili Wan Zainuddin Wan Musa manakala pendakwaan dilakukan oleh Syafinas Shabudin daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).