Tuesday, March 29, 2011

Cakna Rakyat PAS Parit Buntar meriah

PARIT BUNTAR, 29 Mac : Walaupun hujan lebat mencurah-curah pada waktu pagi, program Cakna Rakyat yang dianjurkan oleh PAS Parit Buntar dengan kerjasama Dewan Pemuda, Dewan Muslimat serta PAS Cawangan Sungai Baru Pangkal telah berjaya menarik kehadiran masyarakat setempat untuk menyertai pelbagai acara yang disediakan oleh pihak penganjur.

Menurut Ketua Penerangan Pemuda PAS Parit Buntar, Hairul Nizam Ishak, hampir 100 kanak-kanak menyertai pertandingan mewarna yang membabitkan murid pra sekolah sehingga tahun enam.

" Malah setiap acara kanak-kanak seperti tiup belon, kapal terbang kertas, isi air dalam botol serta boling kelapa mendapat sambutan ramai peserta.

" Program wanita juga mendapat sambutan hangat. Acara yang ditawarkan seperti gubahan lipatan, masakan berasaskan ubi, meraut lidi, anyam ketupat, menulis khat berjaya menarik minat penyertaan wanita dari usia muda hinggalah warga emas" katanya


Menurut Hairul Nizam, selain acara sukaneka dan pertandingan, penganjur juga turut menyampaikan sumbangan kepada 20 ibu tunggal terpilih di kawasan ini.

" Kaunter khidmat kesihatan juga dibuka untuk masyarakat di sini memeriksa tahap tekanan darah, kandungan gula dalam darah serta nasihat kesihatan.

" Seramai 10 orang doktor telah memberikan khidmat secara percuma merawat mereka"katanya

Beliau berkata, kaunter daftar pemilih juga dibuka untuk memberi peluang penduduk di sini mendaftarkan diri sebagai pengundi.


"Acara sebegini sebenarnya mendekatkan kami dengan masyarakat. Sememangnya masyarakat di sini dahagakan program sebegini kerana banyak manfaat yang boleh diperolehi di atas penganjuran Cakna Rakyat ini." katanya

Turut hadir dalam program ini adalah Yang Dipertua PAS Parit Buntar, Harun Hashim, Naib Yang Dipertua, Ahmad Azhar Sharin serta ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari.



Sebahagian peserta wanita menyertai pertandingan anyaman ketupat


Kanak-kanak berebut meniup belon terbesar


Golongan warga emas menerima rawatan percuma dari doktor

Blogger Umno Kedah salah sondol , Sanusi jawab

Menjawab hujah pemimpin & blogger UMNO KEDAH yang semakin 'galak' sejak dua menjak nie..

Depa kata kita jawab! Nanti kita kata, depa tak larat jawab kot!!

http://umno-online.com/wp-content/uploads/2010/10/bn_menang_kedah_senang.jpg


1. Kata Blogger UMNO, Kerajaan Negeri la ni tak buat apa-apa...kata Bashah pulak rakyat Kedah rugi 3 tahun berbanding negeri lain, kata Daim, Kedah negeri miskin dan perlukan kerajaan pusat, khususnya di Langkawi.

2. Jawab saya rakyat kedah bukan rugi 3 tahun, tapi 53 tahun yakni sepanjang tempoh berada di bawah Barisan Nasional. Kedah tak pernah kaya kalau Daim nak tau, tapi sejak 3 tahun ni, para pegawai negeri tak kena meminjam dari perbendaharaan persekutuan untuk bayar gaji kakitangan awam...kalau dulu di bawah BN, Ya! Bulan Januari hingga Mac, pegawai kewangan terpaksa menebal muka ke Putrajaya pinjam untuk bayar gaji.

3. Mulai tahun 2013, SADA akan mula membayar hutang kerajaan dulu untuk bekalan air sebanyak 1.9 bilion, dan kerajaan sudah menyusun jadual perolehan dan pembayaran. Maklumlah kerajaan BN hanya tahu berhutang dan tak reti nak bayar...maklumlah dulu Kedah kaya! Kayap kot?

4. Bashah bersungguh-sungguh kata rakyat Kedah rugi berbanding Negeri 9 dan Melaka. Ada apa di negeri-negeri tu dalam 3 tahun ni. Melaka ada sekolah mengandung, Negeri 9 sunyi sepi kecuali Nilai yang kaya dengan kain baju. Yang banyak pi beli ialah orang luar termasuk orang Kedah.

5. Daim kata PAS tak mampu bawak kemajuan, kita tanya dia selama 53 tahun UMNO buat apa di Kedah...awat Kedah masih miskin...takkan baru miskin 3 tahun kebelakangan ni pulak? Kedah dulu buat KUIN atas rumah kedai di Mergong, Kedah sekarang buat kampus tetap RM330 juta, tak sapu duit pusat pun!

6. Depa kata PAS tak reti perintah, malas dan baloq liat! Tak bawa industri besar untuk buka peluang kerja. Awat? Dulu peluang banyak ka? Depa kata infrastruktur tak bertambah. Laaaa...dulu bajet dekat JKR sekitar 50 – 60 juta setahun, la ni pun bajet kepada JKR tahun 2010 RM70 juta... apa yang kurang? Pegawai dan jabatan yang dok buat dan dok belanja bajet tu, jabatan dan orang tu la juga, kita tak ada buka jabatan baru pun!

7. Bashah kata PAS tak laksana janji dalam manifesto pilihanraya, satu pun tak buat! Aik betoi ka...ha dengar ni! Lusa saya akan tunjukkan satu persatu bagaimana 74% kandungan manifesto terlaksana. 8.7% dalam proses pelaksanaan dan 17.3% yang tak dapat dilaksanakan...kita tengok dia nak kata apa pulak.

8. Blogger UMNO yang makan upah mencaci PAS kata PAS pokka hijau, kita jawab depa boya merah! Boya makan bangkai apa saja yang ada di depan, belakang ekoq dia libas lagi.

9. Blogger kata PAS kerja dok ceramah, tak reti memerintah. Kita jawab Nabi pun ceramah, berkhutbah, mengajaq sebab ceramah juga medium dakwah. Lagipun depa kawal semua TV dan akhbar perdana, kita radio pun tak dak.

10. Blogger UMNO kata kerajaan tak gentlement sebab batalkan ceramah Umni Hafilda. Kita kata PAS tak ada kuasa batalkan ceramah, polis saja ada kuasa walaupun selalu salah guna kuasa. Wahai UMNO! Ceramahlah di mana pun tapi jangan guna premis awam. Dewan tu dewan orang ramai guna duit kerajaan, jangan guna untuk aktiviti parti politik. Ini baru demokrasi. Buatlah markaz sendiri, atas tanah sendiri, duit sendiri, pastu hentam lah ceramah sampai pagi pun tak dak sapa nak kacau.

Kita bagi 10 ni dulu untuk pusingan awal ni. Esok kita tanya pulak bagi depa jawab. Isu-isu esok ialah balak yang menggondolkan bukit di Bendang Man, Sik, perbandingan pendapatan kerajaan dari industri balak, guna duit GLC berjuta-juta untuk UMNO dan pemimpin UMNO dan banyak lagi!

Muhammad Sanusi Md Nor,
SETPOL MB Kedah.

Video Seks : UMNO memang terbabit , tidak boleh nafi

Johari : UMNO Terbabit Dalam Penayangan Video Seks Anwar



SHAH ALAM, 29 MAC: Ahli Parlimen Sungei Petani Johari Abdul berkata kepimpinan Umno tidak boleh menafikan pembabitan mereka dalam fitnah video seks terhadap Anwar Ibrahim kerana beliau dijemput untuk menonton rakaman itu seminggu sebelum ia ditayangkan kepada media.

Johari berkata pembabitan langsung Pengerusi Risda Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik yang juga bekas Ketua Menteri Melaka dalam video itu adalah satu lagi petanda jelas pembabitan langsung Umno pada peringkat tertinggi.

“Bagaimana nak kata orang Umno tidak terlibat. Tan Sri Rahim yang sambut saya dan bukan sahaja Tan Sri Rahim bercerita tentang betapa buruknya akhlak Anwar ini kerana berlakon dalam filem hitam putih ini. Dia tawar saya untuk lompat. Kemudian dia kata akan membawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak),” katanya.

“Walaupun saya mendiamkan diri dan tidak berkata apa-apa tetapi apa yang saya ingin sebut ialah tidak mungkin semua ini tidak dirancang kerana saya telah dihubungi oleh agen yang ingin membawa saya seawal 15 haribulan (Mac) dan saya tonton filem ini pada 21 hb Mac,” tambah beliau.

Najib, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno menafikan pembabitan Umno dalam fitnah video lucah itu selepas ramai pihak sangsi bahawa Rahim dan dua rakannya sanggup mendalangi video itu tanpa pengetahuan Presiden Umno dan Timbalannya.

Johari menjadi Ahli Parlimen Pakatan pertama yang diundang Rahim menonton video itu. Namun beliau menegaskan pelaku dalam video itu bukan Anwar berasaskan susuk tubuh dan bahasa badan walaupum mempunyai iras wajah Ketua Pembangkang itu.

Pejabat Parti Keadilan Rakyat pula mengemukakan bukti catatan Twitter dan Facebook Anwar untuk membuktikan Ketua Pembangkang itu dirumah dan berinteraksi di alam siber ketika rakamkan itu dikatakan dibuat.

Johari berkata taktik menfitnah musuh politik sudah sebati dalam Umno, justeru tidak ada pihak terkejut dengan isu video seks yang kini dihadapi oleh Anwar.

Beliau berkata Umno menggunakan taktik menfitnah bukan sahaja terhadap musuh di luar parti tetapi juga di dalam parti menerusi surat layang, buku, video, mengupah penulis blog dan lain-lain.

“Fitnah adalah mainan politik dalam Umno itu sendiri. Setiap kali ada mesyuarat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi, fitnah juga akan digunakan. Bagi mereka yang biasa dengan perjalanan Umno, buku yang macam-macam cerita diletakkan dalam beg perwakilan di dewan adalah perkara biasa,” kata beliau.

“Ini bukan sesuatu yang ganjil tetapi adalah asam garam Umno,” katanya dalam forum khas Menyanggah Politik Fitnah anjuran TVSelangor di Shah Alam semalam.

Johari berkata fitnah video seks yang dihadapi oleh Anwar hanyalah kesinambungan taktik kotor yang diguna oleh pemimpin Umno untuk menjatuhkan musuh politik.

“Cuba kita lihat pada tahun 1998, siapa Perdana Menteri? Mantan Perdana menteri Tun Dr. Mahathir. Tahun 2008, Perdana Menterinya adalah Tun Abdullah Badawi. Tahun 2011, Perdana menterinya adalah Najib Tun Razak. Jadi, apa bezanya? Tiada beza. Maknanya Perdana menteri yang datang daripada Umno akan mengiyakan taktik begini kerana sememangnya inilah permainan yang dimainkan oleh Umno di peringkat yang berbeza- beza,” tambah beliau.

Pada tahun 1998, Anwar dipecat dari kerajaan dan Umno serta difitnah dengan tuduhan liwat dan rasuah sebelum dihumban enam tahun dalam penjara.

Pada tahun 2008, selepas memimpin Pakatan Rakyat menawan empat negeri dan mengekalkan Kelantan serta menamatkan majoriti dua pertiga Umno- BN di Parlimen, tiba-tiba Anwar sekali lagi menghadapi pertuduhan fitnah liwat.

Johari berkata pusingan terbaru fitnah yang dihadapi oleh Anwar jelas didalangi oleh Umno, namun berkata apa yang membimbangkan sekarang ialah taktik itu turut dipergunakan oleh parti komponen Barisan Nasional seperti MCA.

“Tetapi dalam kes-kes terdahulu termasuklah fitnah ketiga ini nampaknya Umno sendiri mengheret komponen dia. Bukan sahaja mereka telah graduate, malah menurunkan ilmu ini kepada komponen parti pula ,” ujar beliau lagi.

Musuh politik Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek sebelum ini menyebarkan sebuah video beliau mengadakan hubungan seks dengan kenalannya untuk memaksa pemimpin itu meletakkan jawatannya sebagai orang nombor dua parti pada 2007.

Soi Lek kembali bertanding untuk jawatan utama dalam parti itu tahun lalu dan menang selesa.

Johari mengingatkan Umno supaya mendokong tanggungjawab memerintah negara seperti yang diamanahkan oleh rakyat dan bukannya menggunakan untuk mengaib dan menjatuhkan musuh.

Video Seks : Langkah terakhir UMNO halang PR

http://img.nattawat.org/images/3h48si230yfm5gufx51.jpgSHAH ALAM – Serangan bertubi-tubi yang dilancarkan ke atas pemimpin Pakatan Rakyat (PR) sejak akhir-akhir ini tidak akan sesekali melemahkan persiapan mereka merampas Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu video seks yang didakwa melibatkannya merupakan tindakan terdesak UMNO untuk menghalang kemaraan PR dan rakyat walaupun ia taktik kotor dan tidak masuk akal.

Menurutnya, selepas tuduhan liwat kedua dikenakan ke atasnya seolah tidak dapat lagi mempengaruhi rakyat, beliau mendakwa UMNO menggunakan isu video seks sebagai helah baru dan menggambarkan seolah mereka adalah juara moral.

Katanya, UMNO terutamanya bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik yang mendedahkan video seks tersebut tidak layak bercakap soal moral kerana beliau sebelum ini didakwa terlibat dengan pelbagai tuduhan rasuah dan rogol.

“Dalam kes video seks ini, yang menjadi peliknya, mereka yang mengedarkannya pula diraikan, mereka ini muncul dan menggelar diri mereka tokoh baru, inilah cara mereka,” katanya ketika berucap pada Program Solat Hajat dan Ceramah Perdana Melawan Fitnah malam kelmarin.

Beliau berkata, walaupun pelbagai cara digunakan untuk menamatkan karier politiknya, Anwar menegaskan pihak-pihak ini tidak akan berjaya kerana kekuatan di sebalik kariernya adalah sokongan padu daripada rakyat.

“UMNO tidak akan mampu mematikan saya, kuasa yang mampu mematikan saya hanya kuasa Allah SWT dan rakyat, bukan UMNO,” katanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut mengingatkan keseluruhan jentera pilihan raya PR agar memberi perhatian sepenuhnya kepada pilihan raya negeri Sarawak yang akan berlangsung bulan depan.

Katanya, isu video seks yang panas diperkatakan sekarang tidak seharusnya menggugat keyakinan kerana matlamat utama adalah mahu mengubah suasana politik yang lebih mementingkan rakyat.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, peristiwa pendedahan itu yang dibuat oleh kumpulan menggelar diri mereka sebagai Datuk T adalah satu perkara amat menjijikkan.

Lebih 200 aktivis berhimpun bantah Kilang Tanah Jarang, Gebeng




KUALA LUMPUR 30 MAC: Pekarangan Parlimen pagi tadi dikejutkan dengan kehadiran ratusan warga Kuantan berarak bagi menyampaikan satu memorandun membantah perlombongan tanah jarang (rare earth) di Gebeng, Kuantan.

Kira-kira 200 ahli badan bukan kerajaan (NGO), Warga Prihatin Kuantan (CCOK) berarak di persimpangan masuk Parlimen memakai baju bertulis 'Hentikan Lynas' serta memegang sepanduk-sepanduk yang membantah kelulusan perlombngan diberi kepada syarikat Australia, Lynas Corporation daripada melombong 'thorium', sejenis elemen radioaktif yang kebiasannya digunakan sebagai bahanapi reaktor nuklear.

Kordinator CCOK, Ahmad Shah berkata perarakan hari ini bertujuan mengiring wakil CCOK untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta agar kerajaan Umno-BN tidak membenarkan kilang tersebut dibina di Kuantan.

Beliau menjelaskan, buat masa ini Lynas hanya diberi kebenaran untuk membina kilang sahaja dan lesen perlombongan serta pemprosesan bahan radioaktif belum diluluskan lagi.

Tambah beliau, sebelum ini warga Kuantan yang bimbang kerajaan akan memberikan lesen tanpa mengambil kira pandangan dan kebajikan masyarakat tempatan ada menulis surat rasmi kepada Perdana Menteri menyatakan pandangan mereka tetapi tiada maklumbalas sehingga hari ini.

Wakil Majlis Peguam, Andrew Khoo Chin Hock yang hadir sebagai pemerhati berkata Majlis Peguam bimbang dengan perjalanan isu ini kerana ia mmelibatkan kebajikan masyarakat tempatan, dan kerajaan sepatutnya mendengar rintihan masyarakat tempatan berkenaan isu ini.

Dijangkakan wakil CCOK akan menyampaikan memorandum tersebut kepada wakil Perdana Menteri di Parlimen pagi ini.

Tidak ada kerja, 300 000 serbu program pemuda Umno

300,000 Pengunjung BN Youth Job Bukti Isu Pengangguran Serius

Merujuk kepada berita yang diterbitkan oleh The Star hari ini mengatakan bahawa 300 000 orang pengunjung karnival BN Youth Jobs. Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan Malaysia percaya bahawa jumlah ini membuktikan bahawa anak muda terutama dikalangan graduan mengalami masalah pengangguran dan pekerjaan tidak mengikut taraf pendidikan yang serius.

Berdasarkan jawapan parlimen dan kenyataan akhbar oleh Menteri Sumber Manusia Datuk S. Subramaniam pada Jun 2010 dan statistik Jabatan Perangkaan Jun lepas, menyatakan kadar pengangguran adalah pada tahap 3.7 peratus atau sekitar 426 600 orang yang menganggur. Daripada 426 600 ribu ini, 7.5 peratus atau sekitar 32 000 adalah penganggur dikalangan graduan.

Kadar pengangguran ini sudah cukup membuktikan bahawa generasi muda masih dalam krisis pekerjaan. Maka tidak hairan kehadiran yang ramai ke karnival ini menuntut tindakan yang lebih tegas menyelesaikan masalah pengangguran.

Karnival semata-mata tidak mampu menyelesaikan masalah Graduan menganggur dan Graduan bekerja tidak mengikut taraf pendidikan. Ini melibatkan langkah kerajaan mengurus ekonomi dan tatakelola yang baik bagi membanyakkan peluang pekerjaan baik diperingkat kerajaan mahupun swasta.

Dasar kerajaan Barisan Nasional yang boros, mengkayakan syarikat kroni dengan projek mega dan masalah rasuah yang melebar dalam pentadbiran kerajaan menjadikan Negara muflis dan akhirnya dana bagi membaiyai peluang-peluang pekerjaan di kurangkan diperingkat kerajaan dan pelabur tidak berminat melabur akibat rasuah dan dasar ekonomi yang berat sebelah.

Diakhir kenyataan ini, Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan Malaysia ingin menegaskan bahawa masalah pengangguran dikalangan generasi muda terutama dikalangan graduan adalah masalah yang membelenggu kelompok ini. Justeru, karnival semata-mata bukanlah tindakan mampan yang mampu menyelesaikan masalah pengangguran jangka masa panjang.

Dasar ekonomi yang lebih adil, menghapus rasuah adalah merupakan prinsip penting bagi membanyakkan peluang pekerjaan dalam Negara.

MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI
Pengarah Biro Mahasiswa,
Angkatan Muda Keadilan (AMK)

#Pemuda Umno seronok canang kata programnya berjaya tarik anak muda. Tapi tak sedar anak muda Malaysia bukan pergi nak sokong mereka tapi nak cari kerja.

Pemuda Umno juga tuduh pemuda PR tak buat program macam mereka buat. Kena la faham pemuda Umno mudah buat program tu sebab syarikat kerajaan dan swasta tak takut buka kaunter. Tapi jika pemuda PR buat sahih tak berani nak buka kaunter sebab dah banyak kali diugut oleh puak Songkok Tiga Jengkal.

Tarian Poco Poco Umno haram kata Mufti Perak

IPOH – Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.

(Gambar-gambar Puteri dan Wanita UMNO sedang asyik Poco Poco di laman Web Puteri UMNO di
http://puteriumno.my/portal/galeri-foto-umum/album/majlis-tarian-poco-poco-bersama-penduduk-setempat- )

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.

Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.

“Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0330&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

TARIAN POCO-POCO HARAM

Tarian ini sangat popular di negara kita pada masa kini. Ia bukan sahaja dilakukan oleh orang kebanyakan malah oleh golongan atasan dalam pelbagai bentuk majlis keraian.

Jabatan kerajaan juga tidak ketinggalan mengadakan tarian poco-poco sebagai menggantikan senaman pagi untuk peserta kursus. Asas pengharaman kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian.

Mesyuarat tersebut juga telah mengambil keputusan bahawa pengharaman tersebut akan diwartakan. Apabila diteliti semula, saya baru perasan pergerakan langkah tarian ini, ke depan, ke belakang, ke kiri dan ke kanan menyerupai bentuk salib.

Saya berharap Allah mengampunkan saya dan semua yang pernah terlibat dengan tarian ini kerana kita semua lalai, suka mengikut sesuatu perkara tanpa usul periksa. GRED S 22 Kuala Lumpur

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm

“Aku tak tergila nak tengok video tu”





KULIM, 29 Mac: "Aku tidak tergila-gila nak tengok video tu macam pemimpim-pemimpin Umno," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu memulakan ucapannya ketika berucap dalam majlis ceramah isu semasa di Dewan Bandaran Kulim, malam tadi.

Intronya disambut tepukan gemuruh dan gelak ketawa hadirin yang telah memenuhi ruang dewan walaupun hujan turun dengan begitu lebat sebelum majlis bermula lagi.

Beliau yang merujuk kepada isu video seks lucah yang sedang diperkatakan mendakwa pembabitan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Umno dan BN kebelakangan ini.

Katanya lagi, adalah satu sejarah kepada negara apabila parti pemerintah menaja video lucah dalam negara, tetapi tiada tangkapan dan dakwaan yang dibuat samada terhadap pelakon, pengedar, pemilik maupun yang menayangkan video tersebut.

Menurutnya lagi, apabila keadilan sudah tidak menjadi keutamaan dalam pentadbiran sesebuah negara, maka rakyat menjadi mangsa kezaliman yang tidak adil oleh penguasa tersebut.

"Kita boleh membuat perbandingan apabila mereka bersungguh-sungguh memaksa pimpinan dari PR untuk menonton video yang telah mereka-reka dan rencana itu. Mana mungkin tiada agenda kalau bermati-matian, memaksa orang lain supaya tengok video tu.

"Kerajaan jangan cuba memperbodohkan rakyat. Jangan cuba nak cucuk hidung kita dan ditarik tali. Rakyat boleh bezakan mana yang dirancang dan mana satu yang asli," kata beliau lagi.

Dalam pada itu, beliau juga menggesa kerajaan supaya segera melaksanakan keadilan dalam sistem pilihan raya dalam negara sepertimana yang menjadi tuntutan sehingga 1 Mei ini.

"Rakyat dah beri masa yang begitu cukup kepada kerajaan untuk menjalankan tugas mereka mengendalikan pilihan raya dengan cara adil dan telus. Empat perkara yang dituntut dalam pilihan raya mesti mereka tunaikan sepertimana tuntutan.

"Jika mereka engkar sehingga 1 Mei nanti, maka saksikan kebangkitan rakyat pada bulan Jun ini yang akan memenuhi ruang jalan-jalan raya menuntut supaya keadilan dilaksanakan terhadap sistem pilihan raya yang berat sebelah dalam negara, " ujarnya lagi.

Tegasnya lagi, demokrasi bukan milik Umno dan BN sahaja. Demokrasi mesti diterima pakai untuk semua rakyat negara ini. Ia perlu diaplikasikan secara total dalam semua aspek pentadbiran negara bagi mewujudkan keadilan.

Katanya lagi sejarah yang berlaku di Tunisia, Mesir dan Libya kini harus menjadi sandaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk melihat bagaimana kemarahan rakyat boleh menumbangkan sebuah kerajaan yang telah lama memerintah.

"Tengok dan ambil iktibar apa yang berlaku di negara-negara tersebut. Jangan asyik beri amaran kepada rakyat. Lebih parah jika rakyat memberi amaran kepada pemerintah yang zalim seperti Umno dan BN," tambah beliau lagi.

Eskay pernah jadi Tukang Urut Negara

Eskay Rupanya Tukang Urut Mahathir?

Oleh MSO

SEMASA saya berada di Kuching Sarawak lagi kawan ini mencari saya. Katanya ada perkara penting. Saya kata bagi tahulah, tak boleh katanya, sebab melalui telefon. Nanti orang tape susah nanti. Dari gambaran percakapan kawan ini saya sudah mengagak apa yang hendak diceritakan ada kena mengena dengan kes video lucah yang panas waktu itu

Jam 6.00 petang semalam kami berjumpa untuk sama-sama ke stadium Melawati Shah Alam Selangor, untuk solat hajat. Saya lebih kepada untuk cover majlis berkenaan, nak lihat perkembangan terbaru dan reaksi orang ramai ekoran pendedahan video lucah itu.

Apa lagi katanya pada malam Sabtu lalu ketika Anwar Ibrahim mengadakan ceramah di Melawati polis sudah mula tunjuk taring. Orang ramai juga sudah mula tunjuk kuku. Nampak polis dengan orang ramai nak bertempur sekali lagi.

Pertempuran polis dengan orang ramai ini nampaknya akan berlaku di setiap era perdana menteri, Tahun 1998 dulu di era Mahathir, membawa ke era Abdullah Badawi pada tahun 2004 kemudian membawa pula kepada era Najib Razak.

Apapun era Mahathir jadi PM polis nampak lancang dan kejam. Kejam tidak kejam, sampai ketua polis bertukar menjadi serigala memukul muka Anwar hingga lebam teberam. Sampai kena tubuh suruhanjaya di raja la.



Di zaman Abdullah polis tidaklah sekejam itu. Rupanya perangai polis ini ikut perangai siapa jadi PM. Bagaimana di zaman Najib? Itulah yang mengajak saya ke stadium Melawati semalam. Saya ingat episod yang terlepas dipandang mata saya di Melawati yang jaraknya tidak sampai 3 km dari rumah saya tak sempat tonton kerana saya di Kuching, akan bersambung di Shah Alam.

Benar seperti saya kata, kawan ini nak bercerita mengenai video lucah. Mengenai identiti dan latar belakang salah seorang yang menjadi penunjangnya, yang bernama Shazryl Eskay atau Datuk T.

Menurut kawan ini dia kenal benar dengan Shazryl seorang ini. Dia bukan sembarangan orang. Dia bukan Melayu jati dan bukan juga mamak jati. Bukan juga Siam jati. Katanya, ayah Shazryl ini adalah seorang India yang berasal dari Sarawak. Manakala emaknya pula berbangsa Siam berasal dari Kedah. Ertinya di dalam tubuhnya tidak ada setitik pun darah Melayu, macam Mahathirlah.

Wah betullah apa yang dicerita oleh Johari Abdul di stadium Shah Alam malam tadi. Ketika Johari Abdul bercerita saya tersenyum sahaja. Tetapi cerita Johari itu tidak panjang dan sampai kepada 'potet' (mauduk) sebenarnya. Apa diceritakan Johari si anak keling + siam ini hanya ada syarikat di Langkawi Kedah, setakat itu saja.

Adapun menurut kawan ini dia kenal anak keling + siam ini semasa dia berada di Okhlahama, Amerika Syarikat. Ketika itu dia menjadi fisiotrapi atau dalam bahasa orang kampung tukang urut kepada atlit Malaysia. Sama sajalah dengan tukang urut barang di Chow Kit atau pun Puduraya. Itu saja tugasnya.

Tugasnya ialah mengurus atlit Malaysia. Kata kawan itu dia juga pernah mengurut dengan anak keling + siam ini dan memang berbaloi. "dia memang sesuai untuk mengurut orang besar," begitulah cerita kawan ini.

Kehebatan dia ini pandai mengurut barang diketahui oleh menteri sukan yang ketika itu Abdul Ghani Othman, MB Johor kini. Ghani merekmen kepada Mahathir untuk merasai penangan anak keling + siam ini. Entah macam mana Mahathir jadi minat dan menyuruh Ghani mengambil orang ini untuk menjadi tukang urut negara - urut atlit.

Hasrat Mahathir itu dipersoalkan oleh beberapa pegawai di Majlis Sukan Negara. Timbul perbalahan kerana untuk mengambil orang ini menjadi tukang urut negara tidak boleh sebab dia tidak ada kelulusan setaraf dengannya untuk menjalankan tugasnya. Apa lagi tugasnya bukan saja menjadi tukang urut tetapi dia juga akan jadi tukang bancuh ubat kepada atlet. Tetapi kerana ia diatas kehendak Mahathir syarat itu dilanggar maka jadilah orang ini sebagai tukang urut negara. Ertinya Mahathir sedia melanggar syarat kerana mahukan orang yang separuh berketurunan dengannya ini.

Kisah ini juga ada dalam pengetahuan Ismail Said, bekas setiausaha parlimen menteri belia sukan. Dia boleh menceritakan bagaimana pertikaian untuk melantik orang ini sebagai pegawai perubatan alias tukang urut negara.

Mahathir ada tujuan lain di sebalik itu, dia mahu jadikan Eskay ini sebagai tukang urutnya. Cerita kawan itu di sinilah Mahathir berhubung dengan SK. Mahathir juga bermurah hati telah melantik Eskay menjadi setiausaha perdagangan Malaysia di Thailand.

Apakah anologi dan moral di sebalik cerita berkenaan? Dua daripada orang yang terlibat dengan pembikinan video lucah itu adalah kenalan rapat dan kepercayaan Mahathir. Rahim Tamby Chik adalah rapat dengan Mahathir orang yang mendapat blessing daripada didakwa atas tuduhan rasuah. Rujuk kepada pendedahan Lim Kit Siang dan Anwar malam tadi.

Eskay pula sebagai tukang urut orang yang mungkin dapat jamah senjata politik paling sulit Mahathir. Mungkin Eskay tahu saiz dan kepanjangannya sekali.

Cuma kalau tidak rapat dengan Mahathir ialah si Shuib Lazim. Ini pun tidak kisah kerana Shuib adalah proxy dalam kepentingan tertentu Mahathir dan juga Daim. Kalau begitu maka makin jelaslah apa yang sudah mulai menjadi clear. Walahualam

10 perkara pelik bin ajaib dalam politik Malaysia

10 Benda Menakjubkan Mengenai Politik Malaysia

Oleh : Cursing Malay

1. Anda didapati rasuah,anda dijatuhkan hukuman dalam parti kemudiannya anda buat comeback.Anda katakan itu bukan rasuah,itu politik wang.Selepas membuat comeback yang berjaya,anda boleh menang pilihanraya dan selepas itu anda dapat pula jawatan Pengerusi FELDA.

2. Anda dituduh merogol seorang remaja bawah umur sehingga dia mengandung.Memang gadis itu mengandung,memang dia dah dihantar ke sekolah pemulihan akhlak tapi anda terlepas tuduhan.Karier politik anda tenggelam sekejap tapi bagaimanapun anda tetap berjaya jadi Pengewrusi RISDA.

3. Perdana Menteri adalah seorang yang cuba memupuk semangat berbilang kaum di kalangan rakyatnya.Presiden UMNO pula bermati-matian mempertahankan satu bangsa sebagai tuan di kalangan rakyatnya.

4. Buruk macam mana pun perangai pemimpin,bila mereka meninggal,mereka akan tetap dikenang sebagai wira atau patriot Malaysia.



5. Islam adalah agama rasmi Malaysia.Tetapi,apabila sebuah kerajaan negeri dikecam dan diserang oleh pemimpin bukan Islam mengenai pengharaman loteri,apa yang kerajaan pusat mampu lakukan adalah biarkan sahaja kerana pemahaman politik yang berlawanan.

6. Negara mana lagi anda akan jumpa isteri Perdana Menteri mempunyai tanggungjawab yang sangat besar dalam pembangunan sesebuah negara?

7. Rakyat digesa beli barangan buatan Malaysia jadi ramai yang beli kereta Proton.Menteri beli kereta luar sebab tak yakin dengan kereta Proton.

8. Cuba periksa kelulusan menteri Kabinet Malaysia dan bandingkan dengan portfolio yang dipegang.Ada banyak benda pelik di situ.Nampak jelas pengaruh berpolitik overrule kelayakan seseorang.

9. Orang Cina cuba bela orang Melayu yang jadi mangsa rogol kena hantar ISA,orang Melayu yang merogol dibebaskan.

10. Kerajaan mana dalam dunia yang takut dengan seorang lelaki yang dikatakan peliwat,perampas isteri orang dan pelanggan pelacur?

Topeng Perak kantoi, Parpu Kari minum kopi 'O' dikatakan arak

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi5YfUCHfpiDXaMkOC0H-sopAkuHGn630TCVPOZAnmqeB1cSBPQvm9RP_axNdvOFyNDbWWPfDiJJ6cD7jJEOLk1BiF6U4LqTEF3QEsb5cGQawizGpbeU58a_WfGsZ0dtmL2EUH_U5o41jI/s1600/parpufull.jpg

Mana ada beer, itu air teh dan kopi saja. Blogger Topeng Perak dah menipu ni, Parpu Kari minum kopi 'O' saja . Kawan dia minum air teh 'O' cuma gelas je ade tulis TIGER dan GUINNESS tapi Parpu Kari dah samak.

Yang ada buih tu, Parpu Kari kan mamak mesti lah tarik punya jadi teh 'O' dan kopi 'O' tu baru lepas tarik nak bagi suam sikit tu yang ada buih.

BN tidak mustahil akan tumbang di Sarawak

BN boleh tumbang di Sarawak – Dr Agus

http://umno-online.com/wp-content/uploads/2011/03/pilihanraya_sarawak11.jpgSeorang penganalisa politik tidak menolak kemungkinan Barisan Nasional (BN) boleh tumbang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 16 April ini jika pengundi bukan Melayu meneruskan kecenderungan menyokong pembangkang sebagaimana ditunjukkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sibu 16 Mei tahun lalu.

Pensyarah Sains Politik Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, BN perlu bersungguh-sungguh menarik sokongan pengundi bukan Melayu kembali ke pangkuan mereka jika tidak mahu kalah.

“Jika tidak, saya sifatkan mereka akan sukar untuk menang pada PRN kali ini,” katanya.

Katanya, ini kerana senario kemerosotan undi bukan Melayu kepada BN di negeri ini amat jelas selain isu kepimpinan, pengurusan masyarakat luar bandar, penyalahgunaan kuasa dan tekanan hidup rakyat.

“Saya lihat pembangkang mampu buka jalan baru bagi perjalanan politik Sarawak,” kata Mohammad Agus.

Senada dengan beliau, pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Aziz Bari yakin pembangkang mampu mengurangkan majoriti BN pada PRN ini.

Katanya, meskipun agak sukar untuk menang, pembangkang berpeluang cerah untuk merampas banyak kerusi pada pilihan raya ini.

“Ini kerana, sekarang ada banyak isu yang boleh dimainkan oleh pembangkang untuk menggugat Kerajaan Negeri. Ini termasuk isu tanah, pampasan, Injil dan pembolotan kuasa,” katanya.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak mempunyai 71 kerusi dengan 62 dikuasai BN.

DAP diwakili lapan ADUN manakala Bebas, satu.

“Jika pembangkang mampu dapat tiga kali ganda daripada kedudukan sekarang, itu sudah cukup baik. Inilah masanya untuk mereka menguatkan kedudukan dalam DUN,” katanya.

Aziz mengakui, untuk menang, pembangkang memerlukan belanja yang banyak kerana sebahagian besar kawasan di Sarawak masih pedalaman.

“Itupun bukan bermakna rakyat Sarawak tidak bermaklumat,” katanya.

Aziz berkata, kejayaan DAP merampas kerusi Parlimen Sibu dari tangan BN PRK 16 Mei 2010 membuktikan sokongan pengundi Sarawak kepada pembangkang semakin meningkat.

“Apa yang berlaku di Semenanjung tak boleh dijadikan ukuran kerana di Sarawak, isunya berbeza,” katanya. -SH

“Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia”

200 penduduk Kuantan berhimpun aman di Parlimen hari ini

KUALA LUMPUR: Kira-kira 200 penduduk Kuantan dijangka hadir di Parlimen esok untuk menyerahkan memorandum bagi menghalang pembinaan kilang memproses nadir bumi (rare earth) yang mengeluarkan sisa buangan radioaktif di Kawasan Perindustrian Gebeng, dekat Kuantan, Pahang.

Memorandum disertai petisyen “Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia” yang ditandatangani penduduk Kuantan itu akan diserahkan kepada pegawai di Pejabat Perdana Menteri pagi ini.

Memorandum itu antaranya menyatakan luahan penduduk yang khuatir akan ancaman risiko radiasi apabila kilang milik sepenuhnya syarikat perlombongan dan memproses kimia daripada Australia, Lynas Corporation Ltd itu dijangka siap dibina pada hujung tahun ini.

Loji pemprosesan sejenis bijih besi, Lathanide yang mengeluarkan 0.05 peratus Thorium pada setiap sekilogram sisa buangan yang terhasil itu mengandungi radioaktif dan karsinogen (boleh menyebabkan punca barah) turut mendatangkan risiko kepada industri pelancongan sekitar Balok dan Cherating.

Memorandum itu merupakan salah satu kempen kesedaran yang diusahakan Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh sejak dua minggu lalu kepada penduduk tentang risiko pendedahan radiokatif yang dihasilkan kilang tersebut.

“Hampir 90 peratus sambutan positif diterima daripada penduduk bandar Kuantan yang mahu pembinaan loji tersebut dihentikan serta merta.

“10,000 tandatangan sudah dikumpulkan, penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum dan umur serta kanak-kanak akan berhimpun secara aman diperkarangan luar Parlimen untuk mengedarkan risalah serta lencana kepada ahli Parlimen dan Menteri meminta supaya nyawa dan kesihatan mereka tidak dipertaruhkan,” katanya kepada FMT di sini hari ini.

Katanya, 10 orang wakil daripada penduduk akan dibenarkan masuk ke dalam bangunan Parlimen menyerahkan sendiri memorandum tersebut.

Menjangkakan halangan daripada pihak polis, Fuziah berharap agar perhimpunan aman ini dapat berjalan lancar serta hasrat penduduk Kuantan menyuarakan bantahan kepada Perdana Menteri dapat dipenuhi.

“Mereka ini hanya orang awam biasa dan bukannya penyokong yang agresif. Walau apa pun halangan esok, saya yakin penduduk sudah bersedia,” katanya.

SAR terus di perkukuhkan di Kedah

Jam 3 , 28 Mac 2011 Kerajaan Kedah Sekali lagi memberi sumbangan bagi Sek Agama Rakyat dan Pondok Seluruh Kedah .

MB Ustaz Azizan menyampaikan ucapan di hadapan Tuan-taun Guru petang tadi beliau berkata " Saya akan jadikan Kedah pusat ilmu agama seperti Fattani dan Kelantan".

Selain itu beliau berkata " Kerajaan beliau wsangat titik beratkan pendidikan agama kerana untuk membentuk rakyat bertaqwa pada Allah ".

Beliau berjanji akan siapkan INSANIAH di Kuala Ketil selewat-lewatnya 2012 dan 2013 Insyallah dapat dimenafaatkan .

Selain itu MB akan menubuhkan Pusat Tahfiz Sains di Pulau Toba Langkawi .

Terdapat 23 buah Pondok di negeri Kedah dan 35 buah Sekolah Agama yang Alhamdulillah masih hidup aktif . Keseluruhan Tn Guru Setiap Pondok Kedah turun pada majlis kali ini .

Ini merupakan sumbangan kali kedua kerajaan Negeri pada Pondok dan Sek Agama Rakyat .








Mujahid pertimbang jawatan lebih tinggi

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhiHv_XeqDu7zr3lIiumJaQH6Rc8I3Pa9VCRxmSSUx898RF4bA-C6Rr9kd6jfO4QJ8VJQjKPoRge8xVBzd0rD4e97ep8m5BsaIU2nOHEMcjZaHjNG0iC1AuaLWRjumwaQdVec8VXrbGqfNk/s1600/Ust+mujahid.4.JPG
SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa sedia menimbang untuk bertanding jawatan yang lebih tinggi, termasuk kerusi Timbalan Presiden Pas pada pemilihan yang dijadualkan Jun ini.

Ketika dihubungi petang semalam, Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, jika ada pencalonan daripada Pas kawasan, beliau akan beri perhatian serius.

"Sudah tentu saya mahu menyumbangkan sesuatu untuk parti agar kekal maju seiring dengan perkembangan politik semasa," katanya.

Mujahid berkata demikian ketika ditanya mengenai saranan pelbagai pihak menerusi Internet supaya beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Menurutnya, jika ditakdirkan beliau berjaya dalam pemilihan, sudah tentu beliau akan cuba menerapkan idea yang diketengahkannya menerusi buku kontroversi 'Menuju Pas Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme' yang dihasilkannya tahun lalu.

"Saya sangat berhajat untuk membawa pembaharuan yang positif bagi Pas. Itupun saya akan mengkaji terlebih dahulu sama ada perubahan itu dapat diserapkan atau tidak. Jika ada ahli parti yang mahu transformasi dinamik seperti yang saya lontarkan dalam buku itu dilaksanakan, saya akan cuba.

"Apa yang pasti, transformasi itu harus bergerak seiring dengan prinsip perjuangan parti, al-Quran dan Sunnah," katanya.

Ditanya mengenai bantahan kumpulan tertentu dalam Pas terhadap kandungan buku itu, yang sekali gus boleh menjejaskan peluang dirinya untuk mendaki kedudukan yang lebih tinggi dalam parti, Mujahid ada pandangan tersendiri: "Setiap apa yang mereka hujahkan, ada positif dan ada negatif."

"Saya sendiri sebelum tulis buku ini, sudah buat kajian. Saya ambil kira semua pandangan dan sudahpun berbincang dengan pelbagai pihak menerusi wacana di seluruh negara," katanya.

Mujahid berkata, beliau tetap yakin ramai ahli Pas berminat untuk tahu dan mungkin juga mahu beliau melaksanakan idea pembaharuan itu berdasarkan sambutan dua kali cetak buku tersebut setakat ini.SH

Ustaz Azizan sedia tanding Timbalan Presiden



http://img154.imagevenue.com/loc870/th_13815_azizan1spot_122_870lo.jpgALOR SETAR - Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sedia bertanding jawatan Timbalan Presiden atau Naib Presiden pada muktamar parti yang dijadual Jun ini, sekiranya mendapat pencalonan.

Namun, katanya, ian bergantung kepada sokongan ahli sama ada memihak padanya atau sebaliknya.

“Pencalonan belum selesai lagi, tengok lah sama ada undian berpihak pada saya atau tidak. Jika mendapat pencalonan tinggi, dan saya yakin boleh menang serta mampu pikul amanah ketika itu, saya terima lah,” katanya, selepas menyampaikan sumbangan RM300,000 kepada 33 buah sekolah bawah Hal Ehwal Sekolah Agama (Hesa) dan 25 sekolah pondok, semalam. Hadir sama, Pengerusi Hesa, Ahmad Yahya.

Azizan yang juga Menteri Besar Kedah berkata, keputusan muktamad berhubung perkara itu juga bergantung kepada faktor-faktor lain, antaranya kesihatan dan sokongan ahli yang padu.

“Saya tidak mahu menyibuk dalam hal (pencalonan) itu, tetapi kalau ada sokongan yang banyak dalam kalangan ahli, saya terima tetapi pada masa sama keadaan kesihatan kurang mengizinkan, saya perlu timbang semula,” katanya.

Menurutnya, keputusannya itu mungkin berubah mengikut keadaan terkini kerana tempoh pemilihan masih panjang.

Mengulas ura-ura yang bertiup kencang mengatakan Azizan akan bertanding bagi jawatan kedua atau ketiga tertinggi parti pada pemilihan kali ini, Azizan berkata, kalah menang bukan persoalannya, yang penting ialah kemampuan calon untuk memikul amanah.

“Dari 1990 sampai sekarang saya tak berhenti bertanding; ada menang, ada kalah. Itu perkara biasa. Saya juga pernah bertanding jawatan Naib Presiden dan kalah. Biasa lah, itu perkara kecil kerana kami bukan mahu rebut jawatan, sebaliknya mahu pilih yang paling layak,” katanya.

Azizan berkata, sekiranya ahli Pas memberi amanah kepadanya untuk berkhidmat kepada parti, dia tidak akan menolak, dan menerima dengan penuh tanggung jawab selagi mampu.

“Ini amanah, jika mampu, saya terima,” katanya.

Ditanya mengenai siapa yang layak memegang jawatan Timbalan Presiden parti, sekiranya Timbalan Presiden sedia ada, Nasharuddin Mat Isa tidak bertanding pada pemilihan kali ini, Azizan berkata, ahli perlu membuat penilaian sendiri dan pihaknya tidak berdepan masalah dengan mana-mana pemimpin Pas sebelum ini.

“Itu kerja ahli untuk menilai termasuk cadangkan nama calon. Saya tiada masalah walau siapa pun yang dilantik,” katanya.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan Nasharuddin akan membuat pengumuman rasmi berhubung perkara itu setelah tersebar khabar kononnya beliau tidak akan bertanding mempertahankan jawatan itu.

Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahuddin Ayub telah menyatakan hasrat tidak akan bertanding jawatan nombor dua itu, manakala Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Husam Musa belum memberi kata putus berhubung perkara itu.SH

Kad Pengenalan kepada warga asing bukti Umno sangat terdesak

Azmin : Umno-JPN Bersekongkol Supaya Warga Asing Boleh Mengundi



SHAH ALAM 29 MAC : Umno dan Jabatan Pendaftaran Negara dilaporkan bersekongkol menyediakan kad pengenalan untuk pendatang asing supaya mereka mengundi parti itu pada pilihanraya umum akan datang.

ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali yang membuat pendedahan itu berkata, ketua Umno cawangan tertentu dan kakitangan JPN “membuka kaunter’ di lokasi-lokasi tertentu di luar waktu pejabat bagi mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing.

Berucap di sidang Dewan Negeri Selangor, Azmin berkata usaha-usaha licik juga sedang dilakukan untuk membawa penyokong-penyokong tegar Pakatan Rakyat keluar daripada Selangor bagi mencerahkan peluang BN merampas balik negeri ini pada PRU akan datang.

“Kita akan teliti pengundi yang dibawa keluar dari Selangor dan pengundi yang dibawa masuk ke Selangor,” kata beliau ketika menyertai perbahasan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

Pada suku tahun ketiga 2010, seramai 130,097 mendaftarkan diri sebagai pengundi baru di negeri Selangor terdiri di kalangan generasi muda.

Azmin menggesa kerajaan negeri Pakatan Rakyat memantau JPN kerana agensi itu dilihat campurtangan dalam aliran politik negara.

"Kerajaan (Pakatan Rakyat) harus memantau JPN sebab terdapat sumber sahih JPN mengeluarkan kad pengenalan di luar waktu pejabat dan lokasi yang mencurigakan dan turut hadir ketua-ketua Umno cawangan mengeluarkan kad-kad pengenalan kepada warga asing mahu jamin kuasa," katanya.

Dalam pada itu, Azmin turut mengecam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mampu mengekang amalan rasuah secara terang-terangan apabila Pilihan Raya Kecil sejak tahun 2008 dan pada Pilihan Raya Negeri yang akan berlangsung di Sarawak.

Beliau berkata kecenderungan SPR memihak kepada Umno terserlah menerusi kegagalan badan itu bertindak terhadap Perdana Menteri Najib Razak kerana menawarkan sogokan secara terang-terang khususnya kepada pengundi di Sibu tahun lalu dan Merlimau baru-baru ini.

"Nyata sekali SPR bertindak bagi mewakili kepentingan UMNO dan BN bukannya rakyat. Media yang tidak adil, malahan memutarbelitkan kenyataan Pakatan Rakyat dan membakar sentimen perkauman sempit menjadi hidangan harian media milik UMNO," ujar Azmin lagi.

Perkasa gagal memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air

Arman Sah Letak Jawatan Dalam PERKASA


Ketua wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Arman Azha Abu Hanifah hari ini mengumumkan peletakan jawatannya secara serta merta setelah membayangkan rasa tidak puas hatinya terhadap kepemimpinan badan itu.

Arman membayangkan peletakan jawatannya adalah kerana Perkasa dilihat gagal memperjuangkan asas-asas yang didokong oleh beliau.

"Saya meletakkan jawatan ini atas dasar prinsip, prinsip saya secara peribadi adalah prinsip memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air," kata beliau.

Beliau menolak desas-desus kononnya tindakan itu didorong oleh rasa keciwa kerana tidak memperolehi sebarang imbuhan menerusi Perkasa walaupun badan itu dikatakan didokong oleh Umno.

"Orang kata saya keluar dari Perkasa sebab tidak mendapat projek. Ini semua fitnah dan saya tidak pernah melobi apa-apa untuk mendapatkan projek sepanjang saya dalam Perkasa," tambah beliau.

Menurut Arman beliau mahu aktif dalam politik namun belum membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.

"Saya ingin melangkah lebih jauh dalam memartabatkan prinsip saya, iaitu perjuangan dari segi politik kepartian, di mana saya akan lihat mana-mana parti politik yang membawa perjuangan agama bangsa dan negara."

Selain Arman Azha, Ketua Wiranita Raihan Sulaiman Palestine juga memutuskan untuk meletakkan jawatan beliau bulan lalu.

Polis berat sebelah



SHAH ALAM 29 MAC : Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad kesal dengan tindakan polis yang mengamalkan sikap berat sebelah terhadap Pakatan Rakyat dalam memberikan ruang kebebasan untuk parti itu mengadakan ceramah secara terbuka.

Idris Ahmad melalui kenyataan medianya berkata, beliau juga turut mempersoalkan keengganan polis untuk mematuhi keputusan yang dibuat mahkamah sebelum ini dimana ceramah politik yang diadakan di kawasan persendirian, tidak menyalahi undang-undang.

“PAS ingin mengingatkan polis, bertindaklah secara profesional, jangan cemar institusi ini. Jangan salahkan rakyat jika rakyat tidak hormat institusi polis, tetapi salahkan diri sendiri,”.

“Polis buat-buat tidak faham mengenai keputusan mahkamah yang memutuskan polis kalah dalam perbicaraan di Jelebu, Tampin,” katanya.

Sebelum ini, mahkamah Majistret Jelebu pada Julai 2001 memutuskan Mohamad Sabu ketika itu Ahli Parlimen Kuala Kedah, tidak bersalah kerana mengadakan ceramah tanpa permit di Markaz Pas Jelebu.

Idris berkata demikian bagi mengulas, beberapa siri ceramah di Pokok Sena Kedah dan terbaru di Taman Melawati, Gombak 25 Mac lalu di kawasan persendirian yang berakhir dengan kekecohan berikutan campur tangan polis.

Menurut Idris, beliau juga turut mendakwa polis bertindak secara bertentangan dengan undang-undang kerana mereka bersifat angkuh apabila masuk ke tempat ceramah seolah-olah satu provokasi kepada orang ramai.

“Setakat ini, jika perhimpunan atau ceramah yang dianjurkan Pakatan Rakyat jika tiada gangguan polis, akan berakhir dengan aman. Semua maklum jika perhimpunan diganggu polis, maka akan berakhir dengan kekecohan,” katanya.

Justeru, Idris mengingatkan polis betapa rakyat tertanya-tanya mengapa polis begitu agresif mengganggu ceramah Pakatan Rakyat tetapi tidak mengambil tindakan tegas dalam isu tayangan video seks palsu yang kian tersebar kepad umum kini.

Malah, polis sebaliknya tidak pula menyerbu Hotel Carcosa yang menayang video lucah pada 21 Mac 2011.

“Mungkin kerana ia melibatkan mereka yang kebal dan bebal.

“Di manakah Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Kedua-dua seksyen itu berkaitan larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam,” tegasnya.