Najib Altantuya yang baru berkunjung ke Kuching kelmarin dikatakan terpaksa kembali semula malam ini kerana perisikan polis memberitahunya Barisan Najis dalam keadaan "sangat tidak selesa"! |
Ternyata ramalan sesetengah pihak yang mendakwa Barisan Najis sedang dalam "Bilik ICU" 100% tepat!
Malah dalam beberapa temubual bersama penduduk Sarawak sendiri oleh beberapa sumber kami yang berada di Kuching, Miri, Bintulu dan Sri Aman, Barisan Najis semakin sukar mengekalkan kemenangan yang diraih pada 2006!
Lebih membimbangkan lagi, arus penolakan pengundi yang melanda kawasan bandar seperti Kuching, Sarikei, Miri dan Bintulu dan kawasan separa bandar seperti Pending, Kota Sentosa, Meluan dan Senadin kini turut meresap ke kawasan pedalaman seperti Engkilili, Ngemah dan Ba'kelalan!
Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan Kementerian Komunikasi malam tadi (Sabtu) menyebut bahawa Najib Altantuya akan berulang-alik dari Semenanjung ke Sarawak dalam tempoh enam hari ini bermula malam ini, petanda besar bahawa Barisan Najis semakin tidak selesa walaupun dia baru saja bertandang ke Kuching 7 April lalu.
Bahkan, kunjungan timbalannya, Muhyiddin Yassin aka Sembab ke Bintulu semalam juga tidak banyak mengubah keadaan.
Muhyiddin Yassin mencuba pemainan di Tadika Mutiara Sedidik selepas merasmikannya di Rumah Panjang Sait Jaya kira-kira 22 kilometer dari bandar Bintulu semalam |
Dengan perkembangan terkini setelah kempen pilihanraya masuk hari keempat semalam, membuktikan bahawa Barisan Najis semakin terdesak mempertahankan kemenangan 62 daripada 71 kerusi yang dicatatnya pada 2006.
Taib mengharapkan agar ketibaan Najib Altantuya malam ini bakal mengubah senario yang semakin bahaya buat Barisan Najis.
Dengan hari pengundian cuma lima hari lagi, sesuatu perlu dilakukan juga buat Pakatan Rakyat bagi mengekalkan momentum kemaraan pengundi yang semakin jelak dengan pentadbiran Taib Mahmud dan Barisan Najis.
Anda masih kurang percaya?
Tunggu lagi perkembangannya sehari dua ini!
JALAN PULANG
Najib kembali semula ke Sarawak: Petanda BN dalam keadaan genting?
Barisan Nasional Najib Razak yang baru melawat Kuching kelmarin, akan kembali semula ke bumi kenyalang pada hari esok, malah akan berulang-alik antara Semenanjung dengan Sarawak, sehinggalah Jumaat minggu depan.
Jadual perjalanan Najib mencungkil pertanyaan, sama ada keadaan di Sarawak telah menjadi genting buat BN?
Sejak hari penamaan calon pada 6 April, ceramah anjuran DAP di kawasan bandar seperti Kuching, Sibu dan Miri mendapat sambutan yang hangat, malah "angin perubahan" juga kencang di sesetengah kawasan bumiputera.
Najib yang baru sahaja menjelajah hampir semua pelusuk di kawasan Kuching kelmarin, akan kembali semula ke sini pada hari esok untuk program mesra rakyat.
Menurut notis media yang diedarkan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Najib akan tiba di Lapangan Terbang Kuching pada jam 7.40 petang esok
Dan akan menghadiri program mesra rakyat di stadium tertutup MBKS di Bintawa Kuching pada jam 8.30 malam.
Kemudian, Najib akan melawat Kuching, Betong, Lubok Antu pada keesokannya, dan bertolak balik ke Kuala Lumpur.
Pada 12 April, Najib akan kembali ke Kuching pada waktu malam, melawat Engkilili, Sebuyau dan Kuching pada 13 April.
Pada malam 13 April, Najib akan meneruskan perjalanan ke Miri, dan melawat Marudi, Ba'kelalan, Limbang dan lain-lain lagi pada 14 April.
Pada 15 April, Najib akan menjelajah kawasan Miri, termasuk Kapit, Song dan sebagainya, sebelum kembali ke Kuala Lumpur pada jam 1.45 petang.
Apa yang menarik, kawasan di mana Najib turun untuk lawatan adalah kawasan "panas" yang disenaraikan ahli akademik.
Pensyarah Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak, Faisal Syam Hazis sebelum ini menyenaraikan 29 kawasan hangat, antaranya 15 kawasan majoriti pengundi Cina, 7 kawasan Iban, 3 kawasan Melayu/Melanau, 2 kawasan Bidayuh dan 2 kawasan orang Ulu.
Menurut beliau, 29 kawasan tersebut bakal menyaksikan pertarungan sengit antara BN dengan Pakatan Rakyat.
Tujuh kawasan Iban adalah Bukit Begunan, Engkilili, Batang Ai, Ngemah, Pelagus, Kemena, dan Batu Danau.
Tiga kawasan Melayu/Melanau adalah Sadong Jaya, Beting Maro dan Saribas.
Dua kawasan Bidayuh adalah Kedup dan Bengoh.
Dua kawasan orang Ulu adalah Belaga dan Ba'Kelalan.
SUPP memisahkan diri dari Taib Mahmud
Sentimen "Undur Taib" semakin menyemarak sejak pilihan raya negeri berlangsung, terutamanya di beberapa kawasan bandar yang majoritinya pengundi Cina.
Kawasan bandar ini kebanyakannya dipertandingkan calon SUPP, yang kelihatan semakin sukar untuk menangkis tuduhan rasuah, penyalahgunaan kuasa terhadap kerajaan Taib Mahmud.
Malah, teori "wakil dalam kerajaan" oleh SUPP turut disanggah oleh pembangkang.
Calon SUPP Pending Sim Kui Hian misalnya, cuba mengaitkan program Taman Kenyalang Rivival dan "Bintang Walk" di Jalan Padungan dengan kerajaan persekutusan dan PM Najib, mungkin sebagai petanda untuk mengasingkan diri daripada Taib Mahmud.
Malah, slogan "transformasi" SUPP juga adalah tiruan daripada slogan Najib.