Saturday, April 9, 2011

PANAS!! Pilihanraya DUN Sarawak: Ternyata ramalan BN bakal tumbang benar!!




Najib Altantuya yang baru berkunjung ke Kuching kelmarin dikatakan terpaksa
kembali semula malam ini kerana perisikan polis memberitahunya

Barisan Najis dalam keadaan "sangat tidak selesa"!

Ternyata ramalan sesetengah pihak yang mendakwa Barisan Najis sedang dalam "Bilik ICU" 100% tepat!

Malah dalam beberapa temubual bersama penduduk Sarawak sendiri oleh beberapa sumber kami yang berada di Kuching, Miri, Bintulu dan Sri Aman, Barisan Najis semakin sukar mengekalkan kemenangan yang diraih pada 2006!


Lebih membimbangkan lagi, arus penolakan pengundi yang melanda kawasan bandar seperti Kuching, Sarikei, Miri dan Bintulu dan kawasan separa bandar seperti Pending, Kota Sentosa, Meluan dan Senadin kini turut meresap ke kawasan pedalaman seperti Engkilili, Ngemah dan Ba'kelalan!


Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan Kementerian Komunikasi malam tadi (Sabtu) menyebut bahawa Najib Altantuya akan berulang-alik dari Semenanjung ke Sarawak dalam tempoh enam hari ini bermula malam ini, petanda besar bahawa Barisan Najis semakin tidak selesa walaupun dia baru saja bertandang ke Kuching 7 April lalu.


Bahkan, kunjungan timbalannya, Muhyiddin Yassin aka Sembab ke Bintulu semalam juga tidak banyak mengubah keadaan.



Muhyiddin Yassin mencuba pemainan
di Tadika Mutiara Sedidik
selepas
merasmikannya di Rumah Panjang Sait Jaya

kira-kira 22 kilometer dari bandar Bintulu semalam

Malah, Muhyiddin sendiri nampaknya semakin menjauhi Taib Mahmud, dan khabar-khabar angin mengatakan hubungan Taib-Najib semakin dingin setelah Taib mengasak Najib Altantuya berhubung isu Alkitab yang diberi nombor siri juga sememangnya benar!

Dengan perkembangan terkini setelah kempen pilihanraya masuk hari keempat semalam, membuktikan bahawa Barisan Najis semakin terdesak mempertahankan kemenangan 62 daripada 71 kerusi yang dicatatnya pada 2006.

Taib mengharapkan agar ketibaan Najib Altantuya malam ini bakal mengubah senario yang semakin bahaya buat Barisan Najis.


Dengan hari pengundian cuma lima hari lagi, sesuatu perlu dilakukan juga buat Pakatan Rakyat bagi mengekalkan momentum kemaraan pengundi yang semakin jelak dengan pentadbiran Taib Mahmud dan Barisan Najis.


Anda masih kurang percaya?


Tunggu lagi perkembangannya sehari dua ini!


JALAN PULANG


Najib kembali semula ke Sarawak: Petanda BN dalam keadaan genting?


Barisan Nasional Najib Razak yang baru melawat Kuching kelmarin, akan kembali semula ke bumi kenyalang pada hari esok, malah akan berulang-alik antara Semenanjung dengan Sarawak, sehinggalah Jumaat minggu depan.


Jadual perjalanan Najib mencungkil pertanyaan, sama ada keadaan di Sarawak telah menjadi genting buat BN?


Sejak hari penamaan calon pada 6 April, ceramah anjuran DAP di kawasan bandar seperti Kuching, Sibu dan Miri mendapat sambutan yang hangat, malah "angin perubahan" juga kencang di sesetengah kawasan bumiputera.


Najib yang baru sahaja menjelajah hampir semua pelusuk di kawasan Kuching kelmarin, akan kembali semula ke sini pada hari esok untuk program mesra rakyat.


Menurut notis media yang diedarkan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Najib akan tiba di Lapangan Terbang Kuching pada jam 7.40 petang esok


Dan akan menghadiri program mesra rakyat di stadium tertutup MBKS di Bintawa Kuching pada jam 8.30 malam.


Kemudian, Najib akan melawat Kuching, Betong, Lubok Antu pada keesokannya, dan bertolak balik ke Kuala Lumpur.


Pada 12 April, Najib akan kembali ke Kuching pada waktu malam, melawat Engkilili, Sebuyau dan Kuching pada 13 April.


Pada malam 13 April, Najib akan meneruskan perjalanan ke Miri, dan melawat Marudi, Ba'kelalan, Limbang dan lain-lain lagi pada 14 April.


Pada 15 April, Najib akan menjelajah kawasan Miri, termasuk Kapit, Song dan sebagainya, sebelum kembali ke Kuala Lumpur pada jam 1.45 petang.


Apa yang menarik, kawasan di mana Najib turun untuk lawatan adalah kawasan "panas" yang disenaraikan ahli akademik.


Pensyarah Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak, Faisal Syam Hazis sebelum ini menyenaraikan 29 kawasan hangat, antaranya 15 kawasan majoriti pengundi Cina, 7 kawasan Iban, 3 kawasan Melayu/Melanau, 2 kawasan Bidayuh dan 2 kawasan orang Ulu.


Menurut beliau, 29 kawasan tersebut bakal menyaksikan pertarungan sengit antara BN dengan Pakatan Rakyat.


Tujuh kawasan Iban adalah Bukit Begunan, Engkilili, Batang Ai, Ngemah, Pelagus, Kemena, dan Batu Danau.


Tiga kawasan Melayu/Melanau adalah Sadong Jaya, Beting Maro dan Saribas.


Dua kawasan Bidayuh adalah Kedup dan Bengoh.


Dua kawasan orang Ulu adalah Belaga dan Ba'Kelalan.


SUPP memisahkan diri dari Taib Mahmud


Sentimen "Undur Taib" semakin menyemarak sejak pilihan raya negeri berlangsung, terutamanya di beberapa kawasan bandar yang majoritinya pengundi Cina.


Kawasan bandar ini kebanyakannya dipertandingkan calon SUPP, yang kelihatan semakin sukar untuk menangkis tuduhan rasuah, penyalahgunaan kuasa terhadap kerajaan Taib Mahmud.


Malah, teori "wakil dalam kerajaan" oleh SUPP turut disanggah oleh pembangkang.


Calon SUPP Pending Sim Kui Hian misalnya, cuba mengaitkan program Taman Kenyalang Rivival dan "Bintang Walk" di Jalan Padungan dengan kerajaan persekutusan dan PM Najib, mungkin sebagai petanda untuk mengasingkan diri daripada Taib Mahmud.


Malah, slogan "transformasi" SUPP juga adalah tiruan daripada slogan Najib.

Read more ...

Kebangkitan rakyat Sarawak di luar dugaan, mencemaskan BN

Perhimpunan Pakatan terus jadi tarikan


Ribuan penyokong Pakatan Rakyat membanjiri perhimpunan yang diadakan di beberapa lokasi di utara Sarawak, malam tadi.

Jumlah yang hadir dikatakan melebihi daripada jangkaan pemimpin pembangkang sendiri.

Beberapa sumber berkata jumlah hadirin di perhimpunan di Miri, Senadin dan Bintulu adalah 7,000 orang manakala pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dalam tulisan di Twitter menyifatkan “puting beliung” sedang melanda negeri itu.


Perhimpunan terbesar dikatakan di Miri dengan kehadiran tidak kurang 4,000 penyokong yang datang untuk mendengar ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga adalah setiausaha agung DAP.


Rali kedua terbesar adalah di Senadin - yang tidak jauh dari Miri - di mana dianggarkan tidak kurang 2,000 orang berkumpul di klinik calon PKR Dr Teo Yu Kheng bagi mendengar ceramah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada ucapannya, Anwar berkata masa sudah tiba untuk rakyat berhenti menjadi pemerhati pasif kepada perompakan hasil mahsul Sarawak yang memperkayakan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan pemimpin BN lain termasuk kerabat keluarga dan kroni mereka.

"Jangan biarkan Taib atau Najib (Razak) atau Rosmah (Mansor) sekalipun menentukan nasib kita.


Kita sendiri mesti bangun dan tentukan nasib negeri ini demi masa depan anak cucu kita.


“Sudah cukup rakyat Sarawak menderita miskin disebabkan kerakusan BN. Sekarang masa yang amat sesuai untuk berubah," katanya sambil disambut tepukan gemuruh hadirin.


Manakala di Bintulu, kira-kira 1,000 orang hadir pada perhimpunan yang dianjurkan oleh DAP dengan pemimpin veterannya, Lim Kit Siang dijemput sebagai penceramah.


DAP dikatakan kini memberi tumpuan di dua bandar di utara Sarawak - iaitu di Sibu dan Miri selepas yakin, kerusi-kerusinya di Kuching boleh diperttahankan tanpa sebarang masalah besar.


Semua kerusi di Sibu dan Miri itu adalah di kawasan yang sebelum ini dianggap sebagai kubu kuat Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang begitu sukar ditembusi.

Sesetengah pihak mendakwa jumlah hadirin yang ramai belum tentu dapat menjamin bahawa DAP mampu menumbangkan calon-calon BN, termasuk presiden SUPP, Tan Sri Dr George Chan, khususnya di kerusi Piasau.

Chan, adalah juga timbalan ketua menteri Sarawak dan ini penggal ketujuh beliau mempertahankan kerusinya.

Meskipun jumlah hadirin yang ramai, belum tentu dapat diterjemahkan sebagai undi, namun pemimpin DAP cukup selesa kerana di kalangan yang hadir itu, ramai yang menyumbang kepada tabung parti itu, terutamanya di Miri dan Bintulu.

Di Miri, ketua pemuda DAP Anthony Loke melaporkan kira-kira RM20,000 berjaya dikutip di kalangan penyokong parti itu yang menghadiri perhimpunan semalam, manakala Kit Siang pula berkata RM10,896.70 dikutip di Bintulu.

Read more ...

Orang Iban Muai BN, Sarawak bakal meranapkan BN

Oleh ramziredang

"Seorang calon wanita BN Sarawak, merasa gerun dengan perubahan angin rakyat yang membenci BN dan tidak mampu membendung rasa ketakutan lagi. Dia sedar sebahagian besar rakyat Sarawak sangat marah dan benci BN sehingga dia merayu kepada pengundi, "dont think what u angry in the past but think what u can get in the future"

Ramai pemimpin tempatan mula tidak menghadiri majlis yang diadakan oleh calon BN. Tetapi majlis yang diadakan oleh calon pakatan rakyat mendapat sambutan sangat luarbiasa.

Satu kawasan kubu kuat PBB bakal menjadi kubur kepada PBB, itu janji penduduk kampung kelka.

Di kebanyakan kawasan, anak muda tempatan nampaknya akan menjadi satu gerakan yang memulakan segala perubahan. Setiap kawasan yang dilawati pemimpin pakatan rakyat akan dibantu oleh anak muda tempatan sebagai petugas. Ini adalah petanda besar bahawa anak muda telah memainkan peranan penting untuk mempengaruhi orang tua tempatan

Ketua ketua suku rumah panjang pula menyambut besar kedatangan pemimpin PR dan ramai di kalangan Ketua rumah panjang sendiri berucap mencelah akan menjatuhkan BN. Mereka sudah jemu diperkotak katikkan tentang tanah adat.

Antara kawasan yang jelas memberi sambutan besar terhadap pemimpin pakatan rakyat adalah:

1. Kg Jepak

2. Rumah panjang Lampoh

3. Dun Kakus

4. Rumah panjang puji,selangau,tamin

5. Kg Hijrah

6. Pekan julau

7. Pekan Saratok(sambutan sangat luar biasa)

8. Kg baru ulu betong

Saya sekadar menyebut sebahagian, masih banyak lagi kawasan kawasan yang terdiri dari majoriti orang melayu dan iban, menunjukkan sokongan dan sambutan luar biasa terhadap pakatan rakyat.

Mereka seolah olah berkobar kobar ingin menjatuhkan segera BN. Kalau pada PRU ke 12, sebahagian besar kawasan bandar yang terdiri dari pengundi cina telah menolak BN, kini momentum tersebut telah meletup di kawasan pendalaman dan kawasan ulu.

Nyatalah kini Taib Mahmud bakal mengakhiri riwayat politiknya dengan episod suram. Ternyata Taib yang sudah terlalu lama di pentas atas bakal dinyahkan ke bawah oleh rakyat yang selama ini mengangkat naik dirinya ke persada billionair.

Taib bakal mengikuti jejak langkah Wan Mokhtar, menteri besar terengganu yang kalah dengan tidak disangka kerana asyik dibuai kemewahan tanpa sedikitpun menghiraukan rasa berdosa membaham harta negeri. Hinggakan saat saat terakhir dan hampir pilihanraya pun masih lagi sempat membeli mercedes model baru. Bila Terengganu jatuh ke tangan PAS, beliau berkeras tidak mahu menyerahkan kereta tersebut. Nasib baik kerajaan PAS menghadiahkan terus kereta tersebut sebagai mengenang jasa pemerintahannya selama hampir 30 tahun.

Saya percaya pakatan rakyat tidak akan menang secara majoriti di Sarawak, tetapi sebahagian besar akan berjaya ditawan. Ini nanti akan membawa tsunami politik yang lebih besar di semenanjung.

Sebagaimana yang berlaku ketika tsunami politik PRU12. Selama ini Sabah dan Sarawak adalah kawasan yang menjadi aset kukuh untuk BN. Namun dari kawasan yang kukuh dan kuat itulah bermulanya gerakan keruntuhan BN.

Kitai Muai BN

Read more ...

Rakyat Sarawak tiada apa-apa, Taib Mahmud kaya raya

http://www.buletinonline.net/images/stories/prnsarawak1/dapur%20kayu.jpgKOTA SAMARAHAN - Kemiskinan yang berlaku dikalangan penduduk Sarawak khususnya dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Muara Tuang adalah jauh lebih teruk daripada yang dibayangkan.

Menurut calon PAS yang bertanding di DUN tersebut, Noraini Hamzah (Kak Ani), kebanyakan rakyat tidak memiliki apa-apa harta benda walaupun tanah yang mereka duduki, kerana ia tidak diberi geran hak milik.

Beliau mendakwa, ia menambahkan beban kehidupan rakyat apabila lebih satu keluarga tinggal di dalam rumah yang mereka bina atas tanah yang bukan milik mereka itu.

"Ada yang tinggal lebih 15 orang dalam satu rumah, bukan satu keluarga, anak yang dah kahwin pun duduk (di)situ, cucu yang dah kahwinj pun duduk (di)situ, satu keluarga dalam sebuah rumah,"ujarnya ketika ditemui pada Sabtu, 9 Apriil.

Selain itu, katanya, masih ada ralkyat Sarawak duduk dipinggi bandar yang masih memasak dengan dapur kayu kerana tidak mampu untuk membeli dapur dan gas.

"Percaya tak? dalam zaman yang moden (kini) masih lagi orang memasak (guna) dapur kayu!,"jelas Kak Ani, menceritakan kemiskinan rakyat, khususnya yang berlaku disekitar kejiranan kediamannnya, Kampung Tanjung Bundong.

Buletinonline telah dibawa oleh Kak Ani menurut ke sebuah rumah tidak jauh dari rumahnya.

Ia sebenarnya bukanlah sebuah rumah melainkan susunan kayu-kayu buruk yang menjadi 'pondok berlindung' sebuah keluarga.

http://www.buletinonline.net/images/stories/prnsarawak1/tapis%20air%20hujan.jpgTurut serta dalam tinjauan tersebut adalah Penasihat Kontingen PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat dan Pengarah Pilihanraya PAS Terengganu, Ariffin Deraman.

Haji Hanafiah berkata ia adalah satu tragedi yang menyayat hati apabila, Taib Mahmud hidup dengan segala kemewahan, namun rakyat dibiarkan merana dalam kesusahan.

Selain kawasan kependudukan Melayu di Kota Samarahan, terdapat penduduk kaum Iban yang tinggal dikampung Merang dan Merang Baru didalam daerah mengundi Semarang masih mandi dalam air parit dan menerangakan gelap malam dengan lilin.

Kedudukan kampung -kampung tersebut bukan terletak beratus atau beribu batu, tetapi hanya beberapa puluh kilometer dari bandaraya Kuching.

Manakala Ariffin Deraman terkejut kerana penduduk di Kampung Merang Baru yang menampung air hujan kemudian menapisnya untuk dijadikan air minuman.BO

Read more ...

Kerajaan Taib Mahmud ambil tanah orang Iban

http://www.buletinonline.net/images/stories/prnsarawak1/ibansokongpas.jpgKOTA SAMARAHAN - Sekiranya Taib Mahmud membuat jala raya dengan baik di sesuatu kawasan, yakinlah, ada sesuatu perkara yang akan diambilnya dari rakyat.

Demikian dimaklumankan oleg seorang penyokong Pakatan Rakyat dari kaum Iban, Munan anak Sigan, 47, yang tinggal di Kampung Merang Lama, dalam daerah mengundi Semarang, DUN Muara Tuang di sini, 9 April.

Beliau berkata demikian kerana sebatang jalan baru yang dibina oleh Ketua Menteri Sarawak palig lama itu sebenarnya bertujuan untuk mengambil tanah adat (NCR) kaum Iban dekat dengan kampungnya.

(Gambar kanan - Kaum Iban penduduk di beberapa rumah panjang meyambut baik kehadiran PAS dlam kempen PRN Sarawak kali ini)

Rakannya, Che Bawi mendakwa, beribu-ribu hektar akan diambil oleh kerajaan BN Sarawak untuk dijadikan pelupusan sampah.

Menurutnya, Taib Mahmud hanya membayar wang pampasan sebanyak RM250 bagi setiap hektar tanah.

"Belah ini semuanya kena ambil ini, untuk dijadikan tempat buang sampah,"kata Che Bawi sambil menunjuk kawasan sekeliling rumah panjang Kampung Raeh.

"Tanah itu adalah tanah NCR tapi belum ada kepala (belum ada hak milik), dia bayar murah satu hektar baru RM250, (nilainya) tak sampai RM100 bagi satu ekar,"jelas Che Bawi yang juga bekas Ketua Pemuda PBB.

Che Bawi telah mengisytiharkan dirinya keluar dari parti komponen Baroisan Nasional itu kerana tindakan-tindakan zalim yang telah dilakukan oleh kerajaan BN Srawak keatas penduduk dan rakyat Sarawak.

http://www.buletinonline.net/images/stories/prnsarawak1/kempenrumahpanjang.jpgSehubungan itu, Munan yang telah bergiat aktif menentang Taib Mahmud sejak pilihanraya umum tahun 2008 adalah kerana menentang kerajaan Taib Mahmud yang tidak mempedulikan kehidupan rakyat, terutamanya kaum Iban disitu.

Menurutnya selain masalah tanah, Kampung Merang Lama dan Merang Baru tidak mempunyai bekalan air, walau ada paip air.

(Gambar - Ketua Lajnah Perpaduan Nasional Pas Dungun, Serena Lim Abdullah bersalaman dengan seorang pendudkk rumah panjang ketika membuat lawatan kempen rumah ke rumah)

"Tiap-tiap bulan kena bayar bil air, tapi bukan air yang datang, cuma angin,"jelasnya.

Katanya, penduduk di dua kampung terbabit bergantung kepada air hujan dan dari anak air di lemabh kampung tersebut untuk kegunaan harian, makan minum, mandi serta mencuci pakaian.

Tinjauan Buletinonline yang mengikuti rombongan kempen Kontingen PAS Terengganu menerima aduan dari 20 orang kampung Betong Kanawit yang masih belum dinekalkan dengan elektrik.

Manakala lebih dari lima orang penduduk dari rumah panjang Kampung Terong, tidak boleh mengundi kerana mereka masih belum mendaftar sebagai pengundi.

Mereka tidak layak mendaftar sebagai pengundi kerana masih belum memiliki kad pengenalan.

Read more ...

BONGKAR : Kenali STELLA Kharleen Tashman bomoh Taib Mahmud

Stella atau Kharleen Tashman

Stella ialah seorang rakyat Australia berketurunan Lebanon bernama Kharleen Tashman. Stella (yang dikatakan datangnya dari kaum gipsi di Sydney) telah dibawa masuk oleh Robert dan Raziah pada tahun 2002 untuk menjadi penasihat peribadi ilmu hitam kepada Raziah!.

Raziah Mahmud

Selepas itu, Raziah dengan cerdik mengembangkan pengaruhnya ke atas Taib, dengan mengeksploitasi kesedihan Taib di atas kematian saudara rapatnya, Arip, yang telah meninggal dunia akibat serangan barah paru-paru pada tahun 2005. Menurut ahli keluarga mereka, Stella dikatakan telah ‘memindahkan aura Arip’ kepada Raziah, dan kini Raziah mempunyai karisma seperti Arip!

Raziah akhirnya berjaya meyakinkan Taib dengan mendakwa dirinya kini layak menggantikan Arip sebagai rakan-niaga dan perancang kepada Taib (dahulunya tugas tersebut dilaksanakan oleh saudara mereka, Onn Mahmud, yang kemudiannya telah bersengketa dengan Raziah dan ahli-ahli keluarga mereka yang lain).


Stella tidak sukar untuk mempengaruhi Taib, tambahan pula dia tinggal bersama keluarga Raziah, yang bersebelahan dengan kediaman Taib.


“Setiap awal pagi Stella akan datang ke laman rumah Taib untuk melakukan upacara mengusir mahluk-mahluk jahat”
kata seorang pemberi maklumat kami.

Seorang lagi kenalan rapat keluarga Taib juga memberitahu kami,
“Ketamakan Taib semakin menjadi-jadi sejak dibawah pengaruh Raziah. Dialah yang paling berkuasa di Sarawak, bukannya Taib. Taib telah dipukau. Dia telah berkuasa ke atas Taib sebaik sahaja Laila meninggal!”

Kehadiran Stella di beberapa majlis keluarga dan majlis-majlis kenalan rapat mereka dibuktikan dengan beberapa gambar, di mana dia sering diajak bergambar bersama keluarga itu. Pada majlis perkahwinan Elia pada tahun 2010, Stella juga turut dijemput duduk bersama-sama tetamu kehormat mereka. Malah Stella juga turut menghadiri Pertunjukan Fesyen Pakaian Islam di Monaco, yang dibiayai oleh Taib bagi pihak isteri PM, Rosmah Mansor, sebagai suatu cara meyakinkan Najib menjelang pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak kini.


Stella (dua dari kiri) dan Raziah Mahmud (tiga dari kanan) ketika menghadiri menghadiri Pertunjukan Fesyen Pakaian Islam di Monaco.

Jumlah upah yang diterima Stella amatlah menakjubkan ketika dia berada di kemuncak kegiatan kebomohannya. Biasanya dia akan menerima upah sebanyak RM10,000 sekali dalam dua bulan. Setelah mendapat upah dia akan kembali ke Sydney. Malah, kami juga diberitahu, bahawa ibu kepada empat orang anak itu telah menerima setengah juta ringgit sebagai upah perkhidmatanya!.

Tiga bomoh Taib Mahmud yang turut hadir pada hari penamaan calon.

Tiga bomoh ini turut hadir semasa penamaan calon N51 DUN Balingian, seorang dipercayai rakyat Australia (Stella) dan seorang lagi berbangsa Yahudi bekerjasama dengan naib presiden kanan PBB, Datuk Awang Tengah Ali Hasan, adik perempuan Taib – Raziah Mahmud dan Taib sendiri semasa menyediakan senarai calon BN.


Datuk Salleh Jafaruddin

Calon Bebas Balingian Datuk Salleh Jafaruddin mendakwa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dikelilingi oleh ‘bomoh luar negara’.

“Kita mahu selamatkan Sarawak daripada dipimpin seorang ketua yang tunduk dan menyerahkan akal fikiran, keupayaan fizikal dan kerohanian dipengaruhi bomoh sihir luar negara yang mengelilinginya.


“Saya secara peribadi saya berjumpa dan berdepan dengan tiga bomoh itu pada hari penamaan calon di Mukah.

“Saya beritahu mereka tidak ada hak memberi nasihat spiritual kepada ketua menteri, khususnya pada pilihan raya sehingga mempengaruhinya dalam keputusan memuktamadkan senarai calon Barisan Nasional,” kata Salleh pada sidang media kelmarin.


Kredit : Mkini, Sarawak Report

Read more ...

"Kalau kami jembalang, dah tentu dia bapak jembalang,"

Anak muda Sarawak mula dekati PAS

KOTA SAMARAHAN, 9 April: Ceramah PAS di Kampung Jawa, Dun Muara Tuang yang pada mulanya agak lengang malam tadi kemudiannya bertukar meriah dengan kehadiran hampir 50 anak muda.

Kira-kira setengah jam ceramah berlangsung, mereka datang dan berdiri dalam gelap kemudiannya mengambil tempat di kerusi yang disediakan.

Untuk pilihanraya negeri Sarawak kali ini, Noraini Hamzah, 49, (gambar) akan berhadapan dengan adik Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud (BN-PBB) yang juga merupakan penyandang kepada DUN ini.

Noraini hampir menang percuma di DUN ini semasa sesi penamaan calon tempoh hari apabila Ali gagal mengemukan penyataan kewangan pilihanrayanya bagi tahun 2006 sebelum tempoh penamaan tamat. Namun ia diselamatkan oleh SPR dan lain-lain pihak.

Pada 2006, Mohamad Ali menang dengan mendapat 7.863 undi menewaskan calon PKR, Abang Ibrahim Abang Othman (1,536 undi) and calon bebas, Jong Nyuk Chan (415 undi).


AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memulakan ceramahnya dengan menekankan prinsip Pakatan Rakyat yang membela rakyat tanpa membela kaum.

Katanya, atas dasar itulah PAS bertanding di Sarawak dan menanamkan semangat kepada ahlinya untuk berusaha sehabis mungkin bagi merampas kerusi daripada BN.

"30 tahun saudara-saudari di bawah pemerintahan Taib Mahmud,nasib masih tidak berubah sebaliknya puak-puak mereka yang mengaut keuntungan.

"PAS datang untuk pastikan saudara-saudari tidak lagi berada di bawah kekuasaan BN," katanya.

Semalam Nizar bersama dengan pemimpin Pakatan Rakyat dari PKR dan DAP melancarkan bersama manifesto Pakatan Rakyat.

(Gambar: Nizar [paling kanan] melancarkan manifesto Pakatan Rakyat bersama pimpinan PKR dan DAP)

Sepuluh perkara yang terkandung di dalamnya ialah kebebasan kepercayaan, pentadbiran yang baik, reformasi tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra, pembasmian kemiskinan, hubungan persekutuan negeri Sarawak yang lebih hijau, layanan adil kepada semua rakyat Sarawak, kebudayaan dan pendidikan, hak wanita dan melabur dalam masa depan.

Bagi reformasi tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra,Pakatan Rakyat memberi jaminan untuk menubuhkan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumitputra bagi menyiasat semua tuntutan Tanah Hak Adat Bumiputra (NCR),dan selepas itu mengkaji selidik dan mengeluarkan geran atau pajakan bagi tanah yang dipersoal sejajar dengan adat kaum asli Sarawak.

Seorang lagi AJK PAS, Hanipa Maidin yang turut berceramah berkata, walaupun PAS masih baru di Sarawak, namun rakyat Sarawak sudah boleh menerima kehadiran PAS.

"Apa yang membezakan ceramah PAS dengan BN, saudara-saudari tak dapat dengar apa yang kami cakap dalam surat khabar atau televisyen.

"Walaupun PAS masih muda di sini, tapi setakat hari ini, dalam ceramah-ceramah kita menunjukkan orang Sarawak boleh menerima PAS," katanya.

Katanya, rakyat Sarawak tidak termakan dengan kata-kata Timbalan Perdana Menteri yang menuduh Pakatan Rakyat sebagai jembalang.

"Muhyiddin kata PAS jembalang akan masuk Sarawak.

"Kalau kami jembalang, dah tentu dia bapak jembalang," katanya.

Turut berucap malam tadi ialah bekas setiausaha politik Nizar, Ustaz Misbahul Munir dan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Salbiah Wahab.

Sementara itu, bagi suasana pilihan raya pula, belum menampakkan kemeriahan dengan 'perang poster' di kawasan ini baik di pihak PAS mahupun BN.

Di tepi-tepi jalan tidak begitu kelihatan bendera dan poster calon-calon yang bertanding seperti yang biasa dilihat setiap kali pilihan raya.

Read more ...

BN Sarawak gagal setelah lebih 40 tahun

MIRI, 9 April: PAS Kawasan Miri menyeru semua pengundi mengunakan peluang terbaik di dalam Pilihan raya Negeri 10 (PRN10) pada 16 April ini dengan menolak BN yang terbukti gagal membela nasib rakyat selama ini.

Yang Dipertua PAS kawasan, Haji Jofri Jaraiee (tiga dari kanan) berkata, rakyat terutamanya pengundi telah melihat kegagalan demi kegagalan berlaku di hadapan mata meskipun diberi peluang kepada BN memerintah selama lebih 40 tahun.

"Semua pengundi mesti bersatu untuk menumbangkan BN kali ini dan berilah peluang kepada Pakatan Rakyat untuk menunjukkan kaedah pemerintahan bentuk baharu bagi mengatasi segala macam salahlaku pimpinan BN selama ini.

"Rakyat Sarawak tidak perlu lagi terpengaruh dengan segala jenis janji yang dibuat oleh pimpinan BN kerana terbukti selama ini mereka gagal mengkotakan apa yang dijanjikan meskipun diberi peluang memerintah selama sembilan penggal.

"Sudah sampai masanya rakyat Sarawak membuat perubahan dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan yang lebih kerana PR telah membuktikan prestasi cemerlang memerintah Negeri Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya di dalam majlis ceramah yang diadakan di Morshjaya, dekat sini di dalam usaha memenangkan calon Pakatan Rakyat yang diwakili oleh Keadilan, Dr Teo.

Ramai pimpinan PR yang turut berucap malam tadi antaranya Ketua Umum Keadilan yang juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Setiausaha Agung Keadilan yang juga Ahli Parlimen Machang dan Adun Titi Serong merangkap Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim Abdullah.

Kehadiran anggota masyarakat Cina terutamanya di semua majlis ceramah PR memberikan satu rangsangan besar di dalam melonjakkan semangat pimpinan, ahli, penyokong, pengundi, pengundi dan simpati dari orang ramai.

Dalam pada itu, Haji Jofri turut membangkitkan isu pekerjaan dalam banyak bidang yang masih lagi bermasalah terutamanya kepada rakyat tempatan seperti gaji, upah atau bonus yang tidak selesai, begitu dengan pekerja-pekerja swasta syarikat yang mengadukan hal mereka kepadanya.

Beliau turut menyebutkan PR mendapat dokongan yang kuat daripada PAS Miri, Pemuda dan Muslimat dalam semua gerakerja dan sokongan padu dari Dewan Himpunan Penyokong PAS yang terdiri dari anggota masyarakat Cina dan Iban.

Pada hari ketiga ini, suasana pilihan raya sudah mula terasa dengan kelihatan poster dan pemidang di banyak tempat namun masih tidak dapat menandingi suasana pilihan raya di Semenanjung yang seolah-olah berpesat dengan musim pilihan raya acapkali ia tiba.

Read more ...

Anwar007

Ketua Umum PKR kini digelar Anwar007

MIRI, 9 Apr: Mulai sekarang semua rakyat boleh memanggil Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan gelaran Anwar007 kerana pelbagai jenis agen yang dituduh ke atas beliau.

Dengan gelaran ini diharapkan Anwar akan berada dalam keadaan tersepit dan akan dipandang hina oleh rakyat terutamanya pengundi.

Perkara ini diucapkan sendiri oleh Anwar dalam satu ceramah anjuran Keadilan Senadin yang turut disertai ramai pemimpin PR.

(Gambar: Anwar sedang menceritakan bagaimana beliau dituduh dengan pelbagai tuduhan oleh pemimpin BN dan media mereka termasuk pelbagai jenis agen asing. Jadi nama beliau sekarang adalah Anwar007 sebagaimana agen James Bond dalam filem Ingggeris)

"Dulu mereka tuduh saya agen Amerika, Yahudi, Israel, Kristian, Arab dan Cina," tegasnya.

Lokasi program di Morsjaya, dekat sini menjadi sesak dengan kehadiran ribuan rakyat berbagai kaum terutama Cina.

Antara pimpinan turut berucap adalah Setiausaha DAP, Lim Guan Eng, Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim Abdullah dan YDP PAS Kawasan Miri, Haji Jofri Jaraaie.

Calon Pakatan, Dr Teo Yu Kheng, Naib Presiden Keadilan, Tian Chua, Ketua Pemuda, Shamsul Iskandar Akin dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke turut hadir.

Dalam masa sekitar satu jam itu, Anwar menjelaskan keperluan Sarawak untuk berani membuat perubahan terutama di dalam pilihan raya 16 April ini.

"Kita berharap kesediaan rakyat berubah dari BN dengan memilih PR pada kali ini akan membuahkan hasil yang baik.
"Malah kita juga amat berharap dengan perubahan yang dimulai dengan Sarawak menjadi laluan PR untuk merampas Putrajaya," tegasnya.

Sementara itu, Lim mendedahkan kedudukan Malaysia berada di tempat kelima antara negara seluruh dunia yang terlibat di dalam rasuah.

Negara ini, jelas Lim, terrlibat di dalam rasuah dengan jumlah wang sebanyak RM888 bilion seperti didedahkan sebuah majalah Amerika.

Dikatakan dalam masa sama, kehadiran rakyat di dalam ceramah yang diadakan serentak di hadapan klinik Dr Teo berhadapan BSN, dekat sini melebihi lima ribu hadirin..

Read more ...

Sukarela ke Pejabat SPRM untuk bunuh diri ?

Kematian Pegawai Kastam : Kenyataan PM Tidak Masuk Akal


SHAH ALAM 8 APRIL : Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Allahyarham Ahmad Sarbani datang ke Pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) secara sukarela sebagai tidak masuk akal.

Nik Nazmi melalui kenyataan medianya berkata, ini kerana beliau telah ditahan dalam Ops 3B 1 April lalu dan dibebaskan dengan ikat jamin pada 2 April, dan tiada sebab mengapa Ahmad Sarbani perlu ke SPRM sekiranya tidak dipanggil oleh SPRM?

Jelas Nik Nazmi, kenyataan Najib dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa Ops 3B akan diteruskan dalam ketegasan kerajaan melawan aktiviti rasuah juga amat menyedihkan lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan pimpinan politik Umno-Barisan Nasional.

“Ini bukan kali pertama kerajaan BN lebih tegas bertindak terhadap penjawat awam berbanding pemimpin mereka sendiri,” tegasnya.

“Najib dan Nazri juga mengambil kesempatan meneruskan desakan penubuhan Suruhanjaya DiRaja dalam isu video Dato’ T. Malang sekali pemimpin BN nampaknya lebih mahu bermain politik dan bukannya menjawab persoalan yang bermain di minda ramai penjawat awam dan rakyat umum yang cintakan keadilan dan kebenaran,” ujar beliau.

Menurut Nik Nazmi, kesemua 62 pegawai Kastam yang ditahan dan disiasat berhubung kes rasuah dan penyelewengan badan tersebut juga didakwa menjadi kambing hitam dalam Operasi 3B yang dilaksanakan SPRM.

"Beberapa hari yang lalu saya mendapat maklumat bahawa pegawai-pegawai Kastam ini merasakan diri mereka menjadi kambing hitam dalam Operasi 3B yang dilaksanakan oleh SPRM untuk menyiasat rasuah dan penyelewengan Kastam," katanya.

Timbalan Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Salbani Mohamed, 56 disiasat SPRM di bawah Operasi 3B sejak awal minggu lalu ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur, pagi kelmarin.

Menurut pengarah Penyiasatan SPRM Datuk Mustafar Ali, Ahmad Salbani dikatakan naik ke tingkat tiga bangunan SPRM di Jalan Cochrane untuk disoal siasat sebelum di jumpai mati diaras bawah bangunan itu , kira- kira jam 10.15 pagi.

Awal minggu ini, SPRM menahan lebih enam puluh pegawai Kastam dan merampas sejumlah wang bersabit siasatan rasuah di bawah beberapa akta termasuk Akta Pengubahan Wang Haram.

Tragedi berlaku ketika sebuah Suruhanjaya Diraja sedang menyiasat prosedur operasi SPRM susulan kematian bekas pembantu Exco Kerajaan Selangor Teoh Beng Hock, yang mati pada Julai 2009.

Teoh, 30, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Polis pada mulanya mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut, namun satu badan siasatan diwujudkan bagi menyiasat punca kematian Teoh.

Selepas 17 bulan dibicarakan mahkamah menetapkan tiada keputusan dicapai yang mana tidak dapat dipastikan sama ada Teoh membunuh diri atau dibunuh.

Ekoran keputusan itu, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak mewujudkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat punca kematian Teoh.

Nik Nazmi yang juga Adun Seri Setia menegaskan satu Suruhanjaya Siasatan Di Raja harus ditubuhkan bagi mensyiasat kematian Allahyarham Sarbani dengan segera serta melibatkan masyarakat sivil sekali gus menyiasat struktur dan organisasi SPRM dalam kes ini.

Pada masa yang sama, Nik Nazmi berharap Kongres Kesatuan Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bertindak tegas dalam memperjuangkan kebajikan penjawat awam yang disiasat SPRM yang seolah-olah bersalah sebelum diputuskan oleh mahkamah.

Tambah Nik Nazmi, beliau juga berharap Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) yang ditubuhkan dapat menyiasat kejadian tersebut bagi memulihkan keyakinan penjawat awam dan rakyat terhadap institusi penguatkuasaan di negara ini.

Read more ...

Rakyat Sarawak mampu berubah bersama PR



MIRI 9 APRIL : Kehidupan daif rakyat Sarawak boleh diubah melalui dasar baik Pakatan Rakyat yang jauh lebih komited dalam memperjuangkan hak asasi rakyat tanpa mengira kaum.

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Sarawak, Baru Bian berkata, hal ini dibuktikan oleh rakyat di empat negeri di Semenanjung yang yakin akan kemampuan Pakatan dan hari ini sedang menikmati hasil dari keberanian mereka pada pilihanraya umum 2008.

"Sebelum 2008 saudara kita di sini ada persepsi yang kita tak boleh lawan BN kerana asasnya sudah kukuh. Ia membawa kepada persepsi BN ialah pemerintah dan pemerintah ialah BN. Jadi apa yang berlaku di Semenanjung membuktikan bahawa ini hanya persepsi dan kita boleh melawan, menukar dan mengubah pemerintah. Kerana itu kita berjaya membawa mesej perubahan kepada rakyat," kata beliau ketika ditemuramah TV Selangor dalam rancangan Fokus Berita di sini.

Beliau yang dicanang PKR dan DAP sebagai Ketua Menteri Sarawak jika Pakatan Rakyat mampu merampas negeri ini telahpun memperjuangkan nasib hak asasi rakyat Sarawak semenjak lewat 80-an lagi.

Menurut Baru, masyarakat di kawasan pedalaman Sarawak dari kaum Iban misalnya juga sudah mula berubah.

Malah, mereka juga dilihat tertarik dengan apa yang dibawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak menyebelahi kaum tertentu untuk berkuasa tetapi memberi peluang dan bantuan kepada semua.

Hal ini turut dibuktikan dengan pencapaian cemerlang Pakatan Rakyat di negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

"Tiap-tiap kali Ketua Umum datang Sarawak, dia mengatakan Keadilan mengutamakan hak sama rata. Dia kata anak Iban anak saya, Anak Bidayuh anak saya, Anak
Cina anak saya, Anak Ulu anak saya. Dengan kata-kata itu dan empasis terhadap isu hidup telah menarik perhatian rakyat Sarawak dengan apa yang telah dilaksanakan di empat-empat negeri. Terbukti telah dilaksanakan apa yang dijanjikan tanpa kekangan bangsa, adalah contoh yang baik," kata beliau.

Mengulas mengenai manifesto Pakatan Rakyat, Baru menerangkan ia jauh lebih realistik daripada slogan retorik Barisan Nasional iaitu 'Menjadikan Sarawak Negeri Terkaya di Malaysia.'

Baru menyatakan Sarawak memang negeri terkaya cuma kekayaannya tidak dapat diagihkan kepada rakyat yang memerlukan.

"Kita utamakan pembangunan luar bandar. Menghidup semula pembangunan selain isu tanah adat, isu yang dirisaukan rakyat Sarawak juga kemiskinan. Kerana terbukti dalam laporan rasmi yang mengatakan bahawa orang Sarawak ialah golongan paling miskin di Malaysia walaupun Sarawak negeri terkaya kalau dikira ikut sumber hasil bumi," tegas Baru.

Manifesto yang dilancarkan kelmarin oleh pemimpin Pakatan Rakyat itu setebal 8 halaman itu menawarkan 10 perubahan, antaranya menjamin kebebasan agama sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.serta mengamalkan pentadbiran yang baik berdasarkan prinsip antarabangsa engan mengagih kekayaan hasil bumi terus kepada rakyat.

Baru percaya jika diberi mandat, Pakatan Rakyat Sarawak mampu merealisasikan janji itu kerana ia senada dan seiring perjuangan mereka.

"Kita ada visi untuk merubah nasib orang kita di sini. Dan Kita ada manifesto yang realistik dan praktikal sebab itu kita ada tanggungjawab dan janji. Sebab itu saya percaya dengan mandat yang diberikan kita boleh realisasikan janji yang ada dalam manifesto itu," katanya lagi.

Read more ...

Suruhanjaya Siasatan DiRaja mahu diperalatkan lagi?


SHAH ALAM 9 APRIL : Ketika anggota keluarga dan seluruh negara berkabung di atas kematian Penolong Pengarah Kastam Ahmad Sarbani Mohamed di bangunan pejabat SPRM, Jemaah Menteri mahu menubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat sama ada wujudnya unsur zina dalam video seks fitnah Anwar Ibrahim.

Dalam keghairahan Umno untuk “mengenakan” Anwar, Jemaah Menteri , seperti yang dijangka, mengelak daripada memberikan pembelaan tegas kepada keluarga Sarbani.

Keputusan muktamad mesyuarat Jemaah Menteri semalam adalah: RCI untuk Anwar (jika siasatan polis tidak “meyakinkan”) dan “kemungkinan” siasatan inkues diadakan untuk Allahyarham Sarbani.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz dikenali sebagai seorang yang tidak pernah ambil peduli reaksi rakyat terhadap kenyataan-kenyataannya selagi beliau kekal memegang jawatan berstatus Menteri.

Justeru, sekalipun seluruh rakyat berkumpul di luar Parlimen membantah penubuhan RCI untuk menyiasat fitnah video lucah Anwar, ia tidak memberi sebarang kesan kepada Nazri mahupun Jemaah Menteri.

Bagi Nazri, tidak ada keperluan menjelaskan kepada rakyat kenapa kes Altantuya tidak ada RCI. Begitu juga dalam kes Sarbani.

Nazri dan Perdana Menteri Najib Razak perlu menjawab kepada keluarga Sarbani kenapa Jemaah Menteri menganggap kematian Allahyarham “tidak sama” dengan kematian Teoh Beng Hock walhal kedua-dua mereka adalah saksi penting yang mati dalam perkarangan pejabat SPRM.

Yang jelas, kes Sarbani menerima reaksi yang begitu hambar daripada Najib dan Jemaah Menteri sendiri kerana fokus mereka adalah sebuah video lucah yang dipergunakan untuk mengaib musuh politik utama Umno-BN iaitu Anwar.

Ramai pihak menggeleng kepala dengan persoalan sama - Kenapa video lucah memerlukan penubuhan RCI manakala kematian seorang pegawai kastam dibiarkan “mengikut prosedur undang-undang yang ada”.

Oh ya, kerana Anwar mungkin jadi PM, kata Nazri dan juak-juak Umno.

Mungkin Anwar akan jadi PM……Hakikat adalah Najib SUDAH pun menjadi PM sementara kematian Altantuya dan pembayaran komisyen untuk kapal selam masih belum terjawab.

Hakikat juga adalah satu lagi nyawa sudah diragut di pejabat SPRM dalam keadaan mencurigakan.

Ucapan takziah untuk keluarga Allahyarham Sarbani diiringi dengan persoalan di mana letaknya keutamaan Jemaah Menteri dalam memberi pembelaan kepada rakyat.

Namun, semua pertanyaan ini tidak akan memberi kesan kepada Umno dan BN.

Kematian seorang pegawai kanan Kastam tidak akan mengalih Umno daripada misi mengaibkan Anwar Ibrahim sebaik mungkin.

Nazri berkata jika “rakyat” tidak puas hati dengan hasil siasatan polis terhadap isu video lucah itu, maka RCI akan ditubuhkan untuk menyiasat siapa pelakunya dan sama ada unsur zina berlaku.

Bagi mereka yang arif dengan simpang siur Umno, kenyataan Nazri itu dilihat sebagai satu ugutan halus untuk polis memastikan siasatan mereka mendapati Anwar adalah pelaku yang melanggan khidmat pelacur dalam rakaman itu.

Sebarang hasil siasatan polis yang tidak merumuskan sedemikian akan mengundang limpahan memorandum daripada Perkasa, GAPS dan badan-badan yang kononnya mewakili rakyat, menuntut di tubuhkan RCI.

Inilah “rakyat” jati yang dimaksudkan oleh Nazri dan suara mereka menjadi pedoman kepada beliau dan Jemaah Menteri pimpinan Najib.

Persoalannya kenapa badan-badan ini dan Nazri begitu gah membawakan isu RCI KETIKA polis masih menjalankan siasatan?

Kenapa tidak tunggu sehingga siasatan polis selesai dan biar polis sendiri mempamerkan ketelusan siasatan bersabit video lucah itu sebelum langkah susulan dipertimbangkan?

Jawapannya adalah terikat kepada keinginan dan keghairahan Umno untuk mengaibkan Anwar seberapa lama yang boleh.

Tidak puas hati dengan kenyataan Ketua Polis Negara Ismail Omar yang sekadar mengesahkan video itu tulen namun pelakunya belum dikenalpasti , Umno mengatur langkah mempersiapkan sebuah Suruhanjaya di Raja pula untuk memastikan Anwar terus diaibkan.

Malah Nazri sudah pun mengumumkan bahawa antara terma rujukan RCI itu adalah untuk memastikan sama ada berlaku jenayah zina oleh pelaku dalam rakaman itu! Nampaknya semua sudah pun ditentukan. Hanya anggota panel RCI sahaja belum didedahkan.

Umno sengaja lupa bahawa Anwar sendiri membuat laporan polis untuk membolehkan siasatan terhadap video fitnah itu dijalankan selepas menolak beliau kononnya adalah pelaku dalam rakaman itu.

Anwar dan pejabat Parti Keadilan Rakyat turut mengemukakan bukti-bukti berkaitan untuk mensabitkan video itu adalah fitnah semata-mata oleh dalang yang disokong pimpinan tertinggi Umno .

Namun Tan Sri Rahim Thamby Chik, Sharzyl Eskay dan Shuib Lazim yang mengaku menayangkan video kepada media masih bebas.

Hubungan mereka dengan Umno adalah amat jelas, malah mereka dilaporkan berjumpa dengan Perdana Menteri Najib Razak pada 22 Mac, sehari selepas video berkenaan disebarkan dan identiti mereka terbongkar.

Haruskah rakyat percaya bahawa Najib dan Kabinetnya, termasuk Nazri bertindak atas kepentingan nasional semata-mata dalam mengusulkan penubuhan RCI bersabit sebuah video lucah.

Bagaimana pula dengan keperluan untuk memberi pembelaan setimpal kepada Allahyarham Sarbani dan mendiang Altantuya?.

Dalam dunia politik matlamat menghalalkan cara, lebih-lebih lagi apabila kelangsungan Umno bergantung kepada agenda memusnahkan Anwar Ibrahim baik dari segi politik mahupun maruahnya sebagai seorang insan.

Read more ...

Perbandingan Negeri Pakatan punca rakyat jijik dengan Taib Mahmud

KUCHING: Rakyat Sarawak mula membuka mata terhadap sifat kebajikan Pakatan Rakyat di negeri yang ditadbir dengan membandingkan dengan kezaliman yang berleluasa sepanjang pemerintahan Tan Sri Taib Mahmud.

Dengan berbuat demikian, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin, berkata rakyat Sarawak kini jelek dan jijik dengan pemerintahan Taib Mahmud dan Barisan Nasional (BN).

“Walaupun baru tiga tahun Pakatan Rakyat mentadbir, jelas amalan pentadbiran berkebajikan rakyat yang diamal, sudah berjaya membuka mata dan menyedarkan rakyat, terutama penduduk Sarawak.

“Jika dibuat perbandingan antara pemerintahan BN dan kerajaan Pakatan Rakyat di empat negeri – Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, jauh berbeza,” katanya pada satu kenyataan media, hari ini.

Gambar Hiasan

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, Taib Mahmud yang mulai gentar dengan perubatan rakyatnya, sebaliknya menipu apabila terus-terusan memburukkan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat

Merujuk berita muka depan akhbar New Sarawak Tribune bertarikh 8 April lalu, bertajuk ‘Only BN is capable‘ (Hanya BN bermampuan), beliau percaya, Taib Mahmud merasai amarah tuntutan perubahan rakyat Sarawak.

“Dalam artikel itu, Taib Mahmud ada menyebut: ‘No other party can administer Sarawak the way BN does‘ (Tiada parti lain mampu mentadbir Sarawak dengan baik seperti BN).

“Saya persoalkan, bagaimana Taib Mahmud menganggap Pakatan tidak mampu mentadbir Sarawak walhal Pakatan masih belum menang?

Zuraida juga menyifatkan kenyataan Taib Mahmud itu sebagai memperlekeh hak rakyat Sarawak untuk menilai, memilih dan mencipta perubahan.

Read more ...

DNA bukan bukti dalam Islam




SHAH ALAM 9 APRIL : Ketika anggota keluarga dan seluruh negara berkabung di atas kematian Penolong Pengarah Kastam Ahmad Sarbani Mohamed di bangunan pejabat SPRM, Jemaah Menteri mahu menubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat sama ada wujudnya unsur zina dalam video seks fitnah Anwar Ibrahim.

Dalam keghairahan Umno untuk “mengenakan” Anwar, Jemaah Menteri , seperti yang dijangka, mengelak daripada memberikan pembelaan tegas kepada keluarga Sarbani.

Keputusan muktamad mesyuarat Jemaah Menteri semalam adalah: RCI untuk Anwar (jika siasatan polis tidak “meyakinkan”) dan “kemungkinan” siasatan inkues diadakan untuk Allahyarham Sarbani.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz dikenali sebagai seorang yang tidak pernah ambil peduli reaksi rakyat terhadap kenyataan-kenyataannya selagi beliau kekal memegang jawatan berstatus Menteri.

Justeru, sekalipun seluruh rakyat berkumpul di luar Parlimen membantah penubuhan RCI untuk menyiasat fitnah video lucah Anwar, ia tidak memberi sebarang kesan kepada Nazri mahupun Jemaah Menteri.

Bagi Nazri, tidak ada keperluan menjelaskan kepada rakyat kenapa kes Altantuya tidak ada RCI. Begitu juga dalam kes Sarbani.

Nazri dan Perdana Menteri Najib Razak perlu menjawab kepada keluarga Sarbani kenapa Jemaah Menteri menganggap kematian Allahyarham “tidak sama” dengan kematian Teoh Beng Hock walhal kedua-dua mereka adalah saksi penting yang mati dalam perkarangan pejabat SPRM.

Yang jelas, kes Sarbani menerima reaksi yang begitu hambar daripada Najib dan Jemaah Menteri sendiri kerana fokus mereka adalah sebuah video lucah yang dipergunakan untuk mengaib musuh politik utama Umno-BN iaitu Anwar.

Ramai pihak menggeleng kepala dengan persoalan sama - Kenapa video lucah memerlukan penubuhan RCI manakala kematian seorang pegawai kastam dibiarkan “mengikut prosedur undang-undang yang ada”.

Oh ya, kerana Anwar mungkin jadi PM, kata Nazri dan juak-juak Umno.

Mungkin Anwar akan jadi PM……Hakikat adalah Najib SUDAH pun menjadi PM sementara kematian Altantuya dan pembayaran komisyen untuk kapal selam masih belum terjawab.

Hakikat juga adalah satu lagi nyawa sudah diragut di pejabat SPRM dalam keadaan mencurigakan.

Ucapan takziah untuk keluarga Allahyarham Sarbani diiringi dengan persoalan di mana letaknya keutamaan Jemaah Menteri dalam memberi pembelaan kepada rakyat.

Namun, semua pertanyaan ini tidak akan memberi kesan kepada Umno dan BN.

Kematian seorang pegawai kanan Kastam tidak akan mengalih Umno daripada misi mengaibkan Anwar Ibrahim sebaik mungkin.

Nazri berkata jika “rakyat” tidak puas hati dengan hasil siasatan polis terhadap isu video lucah itu, maka RCI akan ditubuhkan untuk menyiasat siapa pelakunya dan sama ada unsur zina berlaku.

Bagi mereka yang arif dengan simpang siur Umno, kenyataan Nazri itu dilihat sebagai satu ugutan halus untuk polis memastikan siasatan mereka mendapati Anwar adalah pelaku yang melanggan khidmat pelacur dalam rakaman itu.

Sebarang hasil siasatan polis yang tidak merumuskan sedemikian akan mengundang limpahan memorandum daripada Perkasa, GAPS dan badan-badan yang kononnya mewakili rakyat, menuntut di tubuhkan RCI.

Inilah “rakyat” jati yang dimaksudkan oleh Nazri dan suara mereka menjadi pedoman kepada beliau dan Jemaah Menteri pimpinan Najib.

Persoalannya kenapa badan-badan ini dan Nazri begitu gah membawakan isu RCI KETIKA polis masih menjalankan siasatan?

Kenapa tidak tunggu sehingga siasatan polis selesai dan biar polis sendiri mempamerkan ketelusan siasatan bersabit video lucah itu sebelum langkah susulan dipertimbangkan?

Jawapannya adalah terikat kepada keinginan dan keghairahan Umno untuk mengaibkan Anwar seberapa lama yang boleh.

Tidak puas hati dengan kenyataan Ketua Polis Negara Ismail Omar yang sekadar mengesahkan video itu tulen namun pelakunya belum dikenalpasti , Umno mengatur langkah mempersiapkan sebuah Suruhanjaya di Raja pula untuk memastikan Anwar terus diaibkan.

Malah Nazri sudah pun mengumumkan bahawa antara terma rujukan RCI itu adalah untuk memastikan sama ada berlaku jenayah zina oleh pelaku dalam rakaman itu! Nampaknya semua sudah pun ditentukan. Hanya anggota panel RCI sahaja belum didedahkan.

Umno sengaja lupa bahawa Anwar sendiri membuat laporan polis untuk membolehkan siasatan terhadap video fitnah itu dijalankan selepas menolak beliau kononnya adalah pelaku dalam rakaman itu.

Anwar dan pejabat Parti Keadilan Rakyat turut mengemukakan bukti-bukti berkaitan untuk mensabitkan video itu adalah fitnah semata-mata oleh dalang yang disokong pimpinan tertinggi Umno .

Namun Tan Sri Rahim Thamby Chik, Sharzyl Eskay dan Shuib Lazim yang mengaku menayangkan video kepada media masih bebas.

Hubungan mereka dengan Umno adalah amat jelas, malah mereka dilaporkan berjumpa dengan Perdana Menteri Najib Razak pada 22 Mac, sehari selepas video berkenaan disebarkan dan identiti mereka terbongkar.

Haruskah rakyat percaya bahawa Najib dan Kabinetnya, termasuk Nazri bertindak atas kepentingan nasional semata-mata dalam mengusulkan penubuhan RCI bersabit sebuah video lucah.

Bagaimana pula dengan keperluan untuk memberi pembelaan setimpal kepada Allahyarham Sarbani dan mendiang Altantuya?.

Dalam dunia politik matlamat menghalalkan cara, lebih-lebih lagi apabila kelangsungan Umno bergantung kepada agenda memusnahkan Anwar Ibrahim baik dari segi politik mahupun maruahnya sebagai seorang insan.

Read more ...

BONGKAR : Betulkah TV Selangor digodam atau kerja orang dalam?

Benarkah TV Selangor digodam? Kenyataan penolong pengurus, penerbitan kreatif, TV Selangor, Nik Ahmad Nik Mohamad Daud laman itu digodam seperti di bawah:

Tv Selangor Kembali Pulih Selepas Digodam Pagi Tadi


SHAH ALAM 9 APRIL : Laman sesawang kerajaan negeri, TV Selangor sekali lagi digodam hari ini.

Menurut penolong pengurus, penerbitan kreatif, TV Selangor, Nik Ahmad Nik Mohamad Daud, laman TvSelangor disedari digodam kira-kira jam 9 pagi ini dan telah menutupnya sementara waktu sehingga dibaik pulih.

“Laman TV Selangor dipercayai digodam pagi tadi. Laman kami telah ditampal dengan kata-kata lucah dan berita-berita palsu.

“Ini kali kedua laman kami diserang. Kali terakhir adalah pada 31 Mac lalu ,” katanya.

Menurut Nik Ahmad, kerja-kerja membaik pulih sedang dijalankan dan kembali pulih sekitar jam 3.00 petang tadi.

TV Selangor adalah saluran televisyen milik kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Ia mula beroperasi pada tahun 2008 selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik sebagai menteri besar.

TV Selangor diwujudkan kerana mendakwa kerajaan persekutuan yang ditadbir oleh BN tidak memberi peluang kepada kerajaan Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat untuk menggunakan media miliknya seperti RTM bagi menyebarkan maklumat kepada rakyat Selangor.

Ia adalah stesen milik penuh kerajaan Selangor. Namun, siarannaya hanya boleh ditonton menerusi internet kerana kerajaan persekutuan tidak memberi lesen penyiaran kepada TV Selangor untuk memancarkan siaran menerusi gelombang UHF/VHF ataupun menerusi satelit di Selangor.

Betulkah digodam dari luar atau kerja orang dalam?

Apa jenis godam tak tahulah, tapi macam yang godam tu orang dalam sendiri. Siap boleh buat berita burukkan PKR , DAP dan PAS.

Blogger yang blognya pernah kena godam boleh bagi tahu pengalaman kena godam. Rasa tak pernah yang kena godam, laman tu elok saja cuma berita bertukar. Ini namanya godam tahu password. Tak tahulah kot ada yang kena godam macam tu.

Macam mudah aja dapat masuk laman ini. Kerja mudah-mudah ni adalah kerja orang yang tahu password. Apa pun harap pimpinan PKR tolong siasat betul2 laman ini digodam dari luar atau kerja orang dalam ?

Boleh beri perhatian kepada tulisan blogger Addin di bawah:

Ekoran pendedahan oleh PASPB blog semalam amat memeranjatkan ramai pihak. Bagaimana laman web kepunyaan PKR boleh mengeluarkan artikel yang mengutuk perjuangan sendiri dan rakan-rakannya PAS dan DAP, perkara ini amat-amat mengejutkan.

Sebenarnya sahabat Addin pernah memberitahu yang beliau mengenali seorang individu yang bernama Dzulkarnain Taib yang bertugas di TVSelangor. Beliau mengenali individu ini semasa beliau belajar di UKM, Dzulkarnain Taib pernah datang bersama-sama dengan mantan YB Tanjung Dawai, Rosnah Majid untuk bertemu pimpinan siswa UKM pada era reformasi 1998.

Menurut maklumat sahabat Addin, Dzulkarnain Taib ini pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia dan RTM. Selepas mengetahui Dzulkarnain Taib ini bertugas di TVSelangor, sahabat Addin pernah memberitahu Ketua AMK iaitu Shamsul Iskandar supaya menyiasat individu ini.

Adakah Dzulkarnain Taib ini yang membuat onar dan menjadi ejen UMNO di TVSelangor selama ini? Addin meminta mana-mana pimpinan atau ahli-ahli PKR yang membaca ,posting' ini agar menyiasat perkara ini. Sehingga ke saat ini laman web TVSelangor masih tidak boleh di 'access'..

Addin

Read more ...

Mari tengok pandainya BN tadbir Kedah dulu

Read more ...

Manifesto PR : " Kami Menjulang Kedaulatan Rakyat, Ketuanan Rakyat"

KUCHING 8 APRIL : Pemimpin utama PKR, DAP dan PAS hari ini bersama-sama melancarkan manifesto Pakatan Rakyat dengan motto "Kami Menjulang Kedaulatan Rakyat, Ketuanan Rakyat".

PKR dan DAP masing-masing diwakili oleh presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Lim Kit Siang.

Manakala PAS diwakili oleh AJK Pusatnya, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, yang juga bekas Menteri Besar Perak.

Manifesto setebal 8 muka surat menawarkan 10 perubahan, antaranya:

1. Menjamin kebebasan agama sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

2. Pentadbiran yang baik berdasarkan prinsip antarabangsa - cekap, Akauntabel, Telus atau CAT dengan mengagih kekayaan hasil bumi terus kepada rakyat; di samping menolak amalan nepotisme dan rasuah sebagaimana yang diamalkankan Barisan Nasional Sarawak sebelum ini.

3. Suruhanjaya Tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra dengan menyelesaikan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan mengembalikan semula tanah adat Orang Asal.

4. Menubuhkan Dana Pembasmian Kemiskini sebanyak RM1 bilion untuk menangani keluarga rakyat di bawah paras kemiskinan.

5. Menjamin hubungan baik antara persekutuan dan negeri Sarawak dengan meningkatkan pemberian royalti dari 5 peratus ke 20 peratus.

6. Membela Sarawak yang lebih hijau dengan menghentikan pembinaan empangan yang berlebihan serta melarang sama sekali pembinaan loji nuklear di Sarawak.

7. Layanan adil kepada semua rakyat Sarawak dengan membantu daftar kerakyatan rakyat tempatan, menyumbang RM200 untuk setiap anak anak masuk darjah 1 serta pemberian RM600 untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas setiap tahun.

8, Mempertahan identiti kebudayaan etnik-etnik di Sarawak dengan menggalakkan pembelajaran bahasa ibunda serta memberikan peruntukan sistematik kepada anak Sarawak tanpa mengira kaum sebagaimana yang telahpun diamalkan oleh di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

9. Membela hak wanita dengan keserataan jantina di samping membina prasarana bagi membela nasib wanita dan kanak-kanak yang mengalami keganasan rumah tangga dan lain-lain.

10. Melabur untuk masa depan dalam modal insan, infrastruktur termasuk membangunkan prasarana jalur lebar (WiFi) dalam masa 2 tahun sekiranya diberi mandat kelak.

Manifesto itu dibaca oleh pemimpin Pakatan Rakyat Sarawak David Wong Kee Woan yang juga calon DUN Kota Sentosa.

Sebanyak 71 kerusi menjadi rebutan pada pilihanraya negeri kali ini.

Read more ...