Wednesday, June 13, 2012

PILIHANRAYA PRESIDEN MESIR!!! Calon Pro Mubarak, Ahmad Syafig sogok wang , jalankan kempen kotor sama seperti UMNO/BN

al-ikhwan.net – Ismailiya, Jentera kempen calon Presiden Mesir  Ahmad Syafiq di Ismailiya melakukan pelanggaran dan tindakan tidak terpuji. Mereka menganggu perjalanan kempen Dr. Mursi dari Ikhwanul Muslimin. Mereka juga menakut-nakutkan masyarakat yang tidak menyokong calon mereka.

Dr. Ali Abdullah, Wakil FJP Ismalia mengatakan bahawa jentera dan kempen Ahmad Syafiq sudah tidak lagi menghiraukan etika berkempen.. Mereka menjalankan kempen kotor dan fitnah terhadap calon Dr Mursi dan FJP. Mereka juga mendakwa disokong oleh pentadbiran setempat.

Dia menjelaskan bahawa ada sogokan wang yang sangat besar untuk membeli pengundi. Di beberapa tempat satu undi bernilai seribu pound Mesir.  Begitu juga ada SB yang membayar orang-orang yang mahu membuat keganasan samseng supaya wujud rasa takut di tengah masyarakat.

Namun Abdullah yakin bahawa rakyat Mesir sudah bijak menilai dan bersedia  menghadapi berbagai macam kempen kotor, terutama kerana hasil pengundian di luar negeri menunjukkan sokongan kuat bagi calon Dr. Mursi. Ia juga menyatakan bahawa Syafiq tidak akan menang kecuali dengan penipuan , dan kami serta rakyat Mesir akan menghadapi penipuan ini dengan segenap kekuatan kami. [io]

No comments: