Monday, April 23, 2012

TARIAN SEPARUH BOGEL, ARAK, BABI PANGGANG!!! Mai tengok Puak konon penentang LGBT bersama MCA dan UMNO ganggu pelancaran Bersih 3.0

IPOH 23 April 2012 Pelancaran Bersih 3.0 peringkat Parlimen Gopeng di hadapan Padang Desa Pakatan,Station 18 Ipoh , malam tadi terganggu dengan konsert pacak yang dipercayai di taja oleh ADUN Sungai Rapat Hamidah Osman. 
Konsert mereka kali cuma dipisahkan sebatang jalanraya yang mengundang kekecohan hadirin yang menggesa supaya perlahankan pembesar suara yang begitu kuat. Peralatan sistem bunyi canggih yang disewa khas dari syarikat dengan sebuah lori generator. 

Tindakan pantas pasukan Unit Amal dan pihak polis dapat mententeram keadaan daripada pergaduhan. Ini merupakan kali ke-7 Hamidah yang juga Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia mengganggu program ceramah penerangan Pakatan Rakyat dengan bertindak memasang khemah-khemahnya di saat akhir sebelahan program PR di Parlimen Gopeng. 

Konsert pacak yang dipercayai ditaja MCA dan UMNO Gopeng dilihat cuba mengalih hadirin dengan tarian ghairah, tarian naga, dentuman bunga api dan hidangan arak dan 4 ekor babi panggang namun hadirannya cuma sekitar 200 orang. 

Sementara ceramah Pelancaran Bersih 3.0 Pakatan Rakyat dihadiri lebih dari 3000 orang mendengar ucapan dari wakil PAS Sungai Rapat Radhi Zainon, Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye, Mantan Menteri Besar Perak Dato Seri Nizar dan ucaptama Pengerusi BERSIH 3.0 A.Samad Ismail. 

Samad Ismail yang baru hari lahirnya ke-77 melahirkan rasa bimbang kepada negara jika tidak diBersihkan golongan pemeras kalangan penguasa yang jurang pemisah yang semakin luas. Tindakan beliau daripada hanya menulis kepada turun bersama rakyat bawahan kerana kebebasan suara media terutama akhbar dan TV disekat dari tuntutan kebebasan dan demokraisi tulen. 

"Dengan itu saya menjemput tuan-puan semua datanglah ke Kuala Lumpur pada 28 April ini...bagi menyatakan hasrat murni didalam setiap jiwa kita..." Samad Said mengakhiri ucapan dengan dekramasi sebuah puisi perjuangan.

TU DIA!!! Pelakon filem Bukit Kepong sertai PKR, bertemu dengan Mat Sabu

Masih segar dalam ingatan Mat Sabu teruk dilanyak setiap hari hampir sebulan di kaca TV kerana isu komunis dan polis di Bukit Kepong. Natijahnya apa? Natijahnya balu polis Bukit Kepong menerima pencen yang tidak pernah diterimanya sejak tahun 1962.

Kini gempar pula pelakon dalam Filem Bukit Kepong - Shamsudin Baslah yang memegang watak MM (Mata-Mata) Abdul Khadir b. Jusoh telah menyertai Parti Keadilan Rakyat dan beliau sempat bertemu dengan Mat Sabu ketika Mat Sabu dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat termasuk sdr Azmizam Ketua AMK Selangor berceramah di Taman Rakyat, Sri Andalas, Klang


Pelakon Bukit Kepong pun tahu kebenaran dan sokong Pakatan Rakyat...dia tak mahu jadi "lembu umporno"...
SharpShooter



PANAS!!! ADUN UMNO didakwa beri IC pada warga asing

(Oleh: Masdar Wahid)
KUALA LUMPUR 23 April: Umno didakwa memberikan kad pengenalan segera kepada warga asing yang memiliki status Pemastatutin Tetap (PR), dipercayai bagi menarik undi mereka dalam pilihan raya akan datang.
Seorang penduduk berstatus PR, Abu Talib Abdul Rahman mendedahkan, kumpulan warga asing dalam DUN Paya Jaras, Sungai Buluh Selangor, diberikan kad pengenalan secara mudah dengan bantuan Umno kawasan itu.
Beliau berkata, komplot sejak setahun lalu itu didalangi Adun Umno, Datuk Ir Bushro Mat Johor yang menang tipis pada PRU 2008.
“Saya menerima bukti dari warga Kemboja bahawa mereka mendapat status kewarganegaraan ‘segera’ dari Umno dan saya cuba mendapatkan kepastian termasuk dari Adun Paya Jaras sendiri.
“Saya turut ditawarkan oleh YB ini, namun saya tolak kerana ia jelas bertentangan dengan undang-undang. Saya boleh jadi warganegara jika saya mahu, namun enggan kerana berpendapat cara ini salah,” katanya ketika datang ke pejabat Suara Keadilan.
Abu talib berkata, beliau memohon menjadi warganegara Malaysia sejak 2002 dan sepanjang tempoh itu, beliau berulang alik ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), namun permohonannya gagal.
Beliau hanya diberi kad pengenalan yang memiliki tarikh luput di mana ia hanya akan diperbaharui menurut budi bicara JPN.
Berdasarkan rekod, tiga adik beradiknya yang lain adalah warganegara Malaysia dan beliau menjadi pemastautin tetap selepas kad pengenalannya hilang ketika berusia 15 tahun.
“Selepas saya merujuk kepada JPN, mereka memberi alasan sama, tunggu sahaja pengumuman dari kerajaan,” kata ayah kepada lima anak ini.
Ekoran itu, beliau berdepan pelbagai kesukaran termasuk anak-anaknya dinafi bantuan walaupun mereka warganegara Malaysia.
Katanya, beliau juga bertukar kerja sebanyak lima kali dan pernah menganggur selama dua tahun, selain bantuan zakat turut dinafikan kerajaan.
“Kalau saya ikut cara Umno untuk mendapatkan kad pengenalan, sia-sia sahaja usaha saya selama ini turun-naik ke pejabat JPN untuk memohon kewarganegaraan,” katanya kesal.
MIMPI SENJA

BN JOHOR MAKIN GOYAH!!! Semakin ramai pemimpin kanan PR berminat bertanding di Johor

PKR tidak menolak kemungkinan menambah calon-calon terdiri daripada pemimpin kanan parti itu untuk bertanding di Johor pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, menegaskan idea untuk menambah calon di Johor yang terdiri daripada pemimpin kanan parti akan dibincangkan sekiranya terdapat keperluan bagi tujuan tersebut.


"Idea itu memang baik memandangkan Johor sebuah negeri yang memang mempunyai prospek yang begitu baik bagi Pakatan Rakyat mengambil-alih, yang boleh bersaing dengan begitu kuat.


"Cuma tinggal lagi untuk kita membincangkannya di peringkat tertinggi parti, sama ada ingin menambah calon-calon pemimpin kanan untuk bertanding di Johor pada pilihan raya umum akan datang," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.


Bagaimanapun, Saifuddin berkata PKR sudah bersedia dengan calon sedia ada seperti Datuk Seri Chua Jui Meng yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi PKR.


Adanya Chua yang merupakan Pengerusi PKR Johor itu, kata Saifuddin, sudah memadai untuk PKR dalam usaha menawan Johor.


"Sejak dua tahun lepas, dengan peranan Chua di negeri itu, berlaku perubahan dan pertambahan ahli yang mendadak.  Itu cukup baik untuk PKR.


Tetapi, kita masih terbuka untuk membincangkan tentang pertambahan calon sekiranya ada keperluan tersebut.  Sudah tentu ia akan memberi impak kepada Pakatan Rakyat," tambah Ahli Parlimen Machang itu lagi.


Sebelum ini, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub disahkan akan bertanding di Johor pada pilihan raya umum akan datang.  


Selain itu, nama-nama besar seperti Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan; dan beberapa nama lagi juga dikatakan akan bertanding di Johor.


Pada 16 April lalu, akhbar Sin Chew melaporkan terdapat desas-desus Ahli Parlimen Ipoh Timur itu akan bertanding di Johor sebagai langkah strategik untuk menumbangkan kubu kuat BN di negeri selatan itu.


Selain itu, laman web The Malaysian Times turut melaporkan perkara yang sama bahawa Lim kemungkinan besar bertanding di Kulai atau Labis, kedua-dua kerusi MCA yang kini disandang bekas presiden MCA Ong Ka Ting dan anak presiden kepada presiden MCA kini, Chua Tee Yong.


Bukan itu sahaja, Fong yang digeruni di parlimen dan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching turut dikatakan akan bertanding di Johor atas faktor keluarga.


Suami Fong merupakan Setiausaha DAP Johor, Tan Chen Choon, manakala Teo sememangnya berasal dari Batu Pahat.


Exco kerajaan negeri Selangor, Dr. Yaakob Sapari juga berasal dari Johor.

SAMSENG TAIK MINYAK DITAHAN POLIS!!! Akan didakwa atau sekadar wayang sahaja

Polis menahan tiga lagi individu yang didakwa menyerang 'perkhemahan' aktivis yang menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan percuma pada awal pagi Khamis lalu.

Jumlah itu menjadikan kesemuanya empat orang ditahan polis setakat ini berhubung insiden serangan yang menyebabkan kecederaan ke atas siswa berkenaan.


Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh ketiga-tiga lelaki itu ditahan di Subang Jaya dan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (Merusuh).


Dalam satu kenyataannya hari ini, Mohmad berkata pihak polis telah memperolehi perintah reman sehingga 25 April ini.

Katanya, dua daripada suspek berkenaan daripada Kampung Kebun, Kelang masing-masing merupakan seorang tukang kimpal berusia 30 tahun dan seorang penganggur berusia 28 tahun.


Seorang lagi suspek, daripada Kampung Pandan Klang merupakan seorang penganggur berusia 29 tahun.


Dalam kejadian awal pagi Khamis lalu, seorang siswa cedera apabila kumpulan yang berkhemah di Dataran Merdeka diserang sekumpulan lelaki yang didakwa 'samseng'.


Saksi berkata kumpulan itu mengepung pelajar di tapak khemah tersebut dan mula mengganggu kumpulan siswa berkenaan dalam kejadian bermula kira-kira jam 2.45 pagi.


Koordinator Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema), Heng Kiah Chun memberitahu Malaysiakini bahawa kumpulan tersebut kemudiannya mengasari siswa berkenaan dan turut merobohkan khemah mereka.


Pelajar yang mengalami kecederaan itu dibawa ke hospital.


Kumpulan berkenaan juga naik berang apabila pelajar berkenaan cuba merakam insiden itu menggunakan kamera dan telefon bimbit serta merosakkan sebahagian daripada alat rakaman tersebut.


http://www.malaysiakini.com/news/195785

Pesuruhjaya PAS Perak , Ahli Parlimen Parit Buntar turun bertemu rakyat


PARIT BUNTAR : Pesuruhjaya PAS Perak Ust. Abu Bakar Husin dan Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa mengambil kesempatan bertemu rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat dan kaum sambil mengedarkan risalah penerangan di Pasar Sehari , Pekan Bagan Tiang.

Penyelaras program Hairul Nizam Ishak berkata, kedua –dua pemimpin ini bersama beberapa orang pimpinan PAS Perak dan Parit Buntar mengambil masa lebih sejam memasuki pasar berkenaan  bersalam-salaman dengan ramai pengunjung yang membeli belah.

“ Program edar risalah ini mempunyai tujuan serampang dua mata, iaitu menyampaikan maklumat bertulis kepada rakyat.

“ Kedua-dua pemimpin PAS ini juga dapat bertemu terus dengan rakyat, bersalam-salaman dan bertanya khabar” katanya

 Hairul Nizam berkata, program edar risalah ini diadakan bersempena Program Gerak Tawan Perak anjuran bersama PAS Perak dan PAS Parit Buntar.

“ Seperti program-program lain yang diatur, program edar risalah ini juga mendapat sambutan baik dari penduduk yang hadir ke pasar sehari ini.

“ Penduduk pelbagai kaum menyambut mesra dan menerima edaran risalah dari pimpinan PAS yang menemui mereka” katanya

Menurutnya, Kedua-dua pemimpin PAS berkenaan juga mengunjungi kedai-kedai yang terdapat di Pekan Bagan Tiang.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Ust. Misbahul Munir Masduki serta beberapa orang pimpinan PAS Parit Buntar.


Gambar lagi di sini Pesuruhjaya PAS Perak , Ahli Parlimen Parit Buntar turun bertemu rakyat

KUIL DIROBOH DI P.PINANG!!! Tapi kenapa tak keluar TV3 dan Utusan ?


Kalau Masjid dan Surau pun mereka sanggup merobohkannya... setakat Kuil Hindu ni apalah sangat...

KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tengah hari tadi mengulangi kecaman kepada Penang Port Sdn Bhd (PPSB) dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) gara-gara kuil (gambar di atas) berusia hampir 40 tahun di Perai Bulk Cargo Terminal (BCT) dekat Kawasan Perindustrian Perai dirobohkan tanpa notis.

Hampir 50 penduduk Hindu tempatan turut menyuarakan protes ke atas pihak berwajib, termasuk kepada Pengerusi PPC yang juga Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (Pengerusi PPSB merangkap Pengerusi Bahagian Umno Balik Pulau).

Mereka menuntut pihak berwajib supaya memohon maaf serta membina semula sebuah kuil di kawasan lain yang dirasakan wajar.

Namun, dua wakil PPSB yang ditemui di sini memberitahu pihaknya enggan berbuat demikian seperti yang dilaporkan akhbar The Star sebelum ini.

Kuil tersebut dirobohkan pada Jumaat lepas.


"Mereka memang enggan membina semula kuil di sini, malah mendakwa wartawan berkenaan tersalah lapor.

"Insiden ini menjadi  'amaran keras'  kepada penganut Hindu di negara ini bahawa mereka (Barisan Nasional) tidak akan menghormati kebebasan beragama sekiranya masih terus berkuasa (menjadi kerajaan pusat)," ujar Guan Eng kepada wartawan selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan wakil PPSB dan PPC.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, pihak berwajib seharusnya menghormati kebebasan beragama.

"Sekurang-kurangnya beri notis pemberitahuan kepada mereka (penganut Hindu setempat sebelum merobohkan kuil)," tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Prof Dr P.Ramasamy turut menyuarakan kecaman kepada pihak berkenaan.

Jurucakap Badan Bertindak Tuntut Bina Semula Kuil berkenaan, M Goviin (kiri) dalam reaksi spontan kepada PenangInsight.com akan mengumpulkan tanda tangan (referandum) penganut Hindu berwajib bagi membuktikan kuil itu telah wujud sejak hampir 40 tahun lepas.

PenangInsight.com
difahamkan, kuil itu didirikan sebelum pembangunan komersial dibangunkan di sini.

Perkembangan terbaru itu diduga memberi kesan berantai pada Barisan Nasional, khususnya Umno di negeri berkenaan.

UMNO TUDUH PAS SESAT!!! Bila mati panggil orang PAS sembahyang mayat

Oleh: ustaznik"Dialek Terengganu di atas bermakna ‘Orang yang kamu katakan sesat inilah yang tolong solatkan jenazah’. Ayat ini muncul spontan apabila Umno Terengganu melalui kuasa yang ada di peringkat negeri Terengganu mengadakan wacana secara ‘halal’ mencop PAS sebagai Parti Ajaran Sesat. 

Ahli panel yang sememangnya dikenali, juga resolusi yang mungkin telah disediakan berhari-hari lebih awal mewarnai wacana sumbang dan sesat itu.
Sebelum ini Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu, Dato’ Hj Husin Awang sendiri telah membuat kenyataan yang boleh diakses di  buletinonlinemenjawab tuduhan Ahmad Said al-kijali as-sesati yang menyatakan PAS sebagai parti ajaran sesat. Jawaban itu berdasarkan fakta mengenai hakikat dasar, matlamat dan perjuangan PAS itu sendiri yang berusia sudah melebihi 50 tahun. 

Saya rasa ia tidak perlu diulang di sini kerana akan menjadi tahsilulhasil (perkara yang sama diulang), terutama kepada mereka yang masih bodoh dan membodohkan diri sendiri tidak mahu memahami dan mengerti perjuangan PAS ini.

 Namun apabila ia diwacanakan secara ‘halal’, menyesatkan perjuangan Islam bagi menegakkan Islam secara syumul, maka ia adalah sesuatu yang besar. Tapi kita boleh faham, isu ini dibangkitkan dan digembar-gemburkan kerana Umno sebenarnya sudah tidak ada modal bagi menyerang PAS. 

Isu tahaluf siasi dengan DAP, isu undi Melayu kurang jika Umno kalah, isu PAS menjadi kuda tunggangan DAP dan lain-lain sebenarnya PAS ada jawabannya sendiri dan telah dijelaskan oleh PAS melalui media cetak atau ceramah pimpinan PAS dari semasa ke semasa.


Ahmad Said yang dikenali sebagai agak pongah dan cepat melenting pernah mencabar Pesuruhjaya PAS Terengganu sekarang, YB Hj Abdul Wahid Endut dalam sidang DUN negeri Terengganu suatu masa dahulu bertumbuk di luar dewan selepas YB Wahid Endut membangkitkan suatu isu ketika itu. Wajarkah diajak bertumbuk di luar dewan? Kepongahan itu rupanya tidak dapat dibendung. Ia dilihat oleh semua orang. 

Tidak malukah dengan perangai buruk itu?
Kali ini bukan sahaja pongah, tetapi sangat biadab dengan menuduh PAS sebagai sesat. Ia tuduhan tidak bertanggungjawab. 

Sesat adalah suatu perkara yang besar apatah lagi melibatkan PAS sebagai parti politik dan satu organisasi besar dengan keahlian yang ramai dan sokongan rakyat kepada perjuangan Islam. 

Bukan Islam boleh memahami perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Kenapa Ahmad Said tidak boleh faham dan sengaja membebalkan diri dan hati dari hakikat dan kebenaran ini?

Ahmad Said kena ingat. Juga penyokong-penyokong Umno yang mengiakan tuduhan ini bahawa apabila berlaku kematian, siapakah yang dipanggil untuk membantu meramaikan solat jenazah? Bukan anak-anak pondok yang menyokong PAS? Bukan ahli qaryah yang menjadi penyokong tegar PAS? 

Justeru, kami sebagai ahli PAS mendesak Ahmad Said menarik balik tuduhan itu, meminta maaf kepada PAS atau bersedia berdebat/muzakarah sekali lagi dengan pimpinan PAS. Itupun kalau kamu anak jantan.
Lihat Perlembagaan PAS:
Fasal 3 Dasar PAS adalah ISLAM
Fasal 4 Seruan PAS adalah ALLAHU AKBAR
Fasal 7.1 Hukum tertinggi dalam perjuangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK ‘ULAMA dan QIAS yang terang dan nyata
Fasal 5 Tujuan (Matlamat) Perjuangan PAS
  • Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.
  • Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Fasal 6 Bagi mencapai tujuan perjuangan, PAS menjalankan usaha-usaha berikut
  • Menyeru umat manusia kepada syari’at Allah dan sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan. Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari’ah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.
  • Memupuk dan memperkuatkan ukhwah Islamiah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.
  • Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam.
  • Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik dan keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.
  • Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.
  • Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya di samping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.
  • Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.
  • Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.
  • Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.
  • Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan keluar.
"