Thursday, July 5, 2012

BAHANG HIMPUNAN OREN!!! Bekas Ketua UMNO Felda Melati , Jengka 11 keluar UMNO sertai PAS


JENGKA: Bekas Ketua Umno Felda Melati, Jengka 11, Nawi Mat Deris 70, kini meninggalkan Umno untuk menyertai PAS.

Nawi dalam ucapan sulungnya berkata, beliau meningalkan Umno yang diperjaungkan sejak muda, selepas menyedari perjuangan yang sebenar ialah perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Nawi memimpin Umno Jengka 11 dan menjadi ketua kampung selama 20 tahun sebagai ketua cawangan disamping menjadi Ahli jawatan kuasa Umno bahagian Maran.

Beliau menjadi penaja Umno Bahagian Kuala Krau yang diujudkan selepas persempadanan semula.

“Saya pilih PAS kerana perjuangan ini berasaskan perjuangan rasulullah S.A.W dan PAS ingin memerintah negara berasaskan sunnah,” katanya.

Beliau berikrar akan menggunakan pengalamanya untuk membantu PAS menang dalam pilihan raya ke umum ke -13 akan datang.

Beliau merayu rakan-rakanya yang masih bersama Umno supaya jangan ragu-ragu untuk bersama PAS.

TANIAH!!!Kerana ketangkasan polis selamatkan Najib dan UMNO


KUALA LUMPUR 5 Julai: Ketangkasan polis menubuhkan pasukan khas kononnya bagi menyiasat dokumen skandal projek Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang mengesahkan persepsi rakyat bahawa pasukan itu mengutamakan Umno berbanding keselamatan rakyat, kata Rafizi Ramli.

Pengarah Strategi KEADILAN itu berkata, sehingga kini polis enggan menyiasat dokumen sulit mengenai strategi dan kekuatan pertahanan negara yang dijual kepada syarikat asing seperti didedah di Mahkamah Perancis baru-baru ini.


“Apakah beliau (Datuk Seri Bakri Zinin) tidak memahami bahaya jutaan rakyat yang sedang dan bakal menggunakan sistem LRT laluan Ampang jika sebuah syarikat yang tiada pengalaman dalam sistem LRT dianugerah kontrak ini?

“Adakah beliau sendiri berani menaiki LRT sistem laluan Ampang saban hari ke tempat kerja jika beliau sedar seluruh kerja-kerja pembinaan dikendali oleh sebuah syarikat yang hanya berpengalaman mengilang meter air,” soalnya dalam kenyataan.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman itu mengumumkan penubuhan pasukan itu bagi menyiasat pendedahan dokumen tender kontrak sambungan projek LRT Ampang yang disifatkannya sebagai rahsia kerajaan.

Gambar menunjukkan kawasan projek yang terlibat.

“Kenyataan Bakri ini sebenarnya mengesahkan bahawa dokumen Kementerian Kewangan termasuk minit yang ditandatangani Datuk Seri Najib Razak dan dokumen lain berkaitan tender adalah benar dan asli.

“Malah kenyataan beliau juga menunjukkan Najib bimbang skandal ini bakal menggugat kedudukan beliau apabila maklumat mengenainya tersebar luas,” tegas beliau.

Kata Rafizi, sebarang usaha menakutkannya dari terus membongkar skandal itu adalah sia-sia.

“Saya juga meneruskan siri pendedahan seterusnya 9 Julai ini. Mulai minggu depan, kami mula turun ke stesen LRT untuk mengedar risalah maklumat dan melancar kempen ‘Utamakan Keselamatan Rakyat’ di seluruh LRT laluan Ampang,” kata Rafizi lagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=32330

PRU 13!!! Najib hanya mampu cakap besar bimbang kalah besar



Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang menyusahkan rakyat mengenai tarikh pilihanraya umum ke 13 (PRU13) yang masih menjadi tanda tanya hingga ke saat ini. Para ahlulnujum politik pun sudah jemu untuk meramal setelah sekurang-kurang tiga masa dianggap terbaik untuk BN mengadakan PRU berlalu begitu sahaja.

PRU adalah perkara besar. Di samping banyak pihak yang terbabit dengan PRU, jika berlaku pula pertukaran kerajaan maka lagi banyak perubahan yang akan berlaku. Sebab itu tidak pelik jika ada pihak yang sentiasa dalam dilemma untuk merancang aktiviti kehidupan seharian selagi Najib belum bubarkan Parlimen. Hendak menunaikan umrah, haji, melancong, berpindah rumah, kenduri kendara bahkan nak khatankan anak pun jadi dilemma dalam penentuan tarikh.

Jabatan-jabatan kerajaan pun begitu. Hampir semua jabatan kerajaan yang terbabit langsung jika berlaku pilihanraya tidak dapat menyenaraikan agenda dalam taqwim tahunan dengan selesa. Jika berlaku pilihanraya, semua perancangan terpaksa dirombak. Persediaan untuk menghadapi pilihanraya terpaksa dibuat ke tahap maksimum sedangkan tarikh pilihanraya tidak diketahui.

Umno dengan angkuh melanyak PAS kerana kononnya lebih pentingkan politik dari ibadah haji apabila Ketua Penerangan PAS Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man menasihati orang terbabit dengan PRU dalam PAS supaya menangguhkan haji. Walhal jika PRU dibuat di musim haji, tiada seorang tokoh Umno yang tergila-gila nak jadi calon akan ke tanah suci. Perangai hipokrit Umno tak pernah berubah sejak dulu dan kini.

Perdana Menteri berhak bubarkan Parlimen manakala Menteri Besar berkuasa membubarkan DUN. Mujur empat ketua kerajaan Pakatan Rakyat yang mentadbir negeri sekarang tidak putuskan untuk bubarkan DUN berbeza dari Pusat. Jika ia berlaku, berapa banyak pula duit rakyat yang terpaksa dibazirkan oleh SPR.

Semua kerenah yang timbul akibat dari penyembunyian tarikh PRU ini ialah kerana peruntukan perlembagaan sedia ada memberi kuasa sepenuhnya kepada seorang Perdana Menteri untuk menentukan tarikh PRU. Hakikatnya sekarang, yang tahu tarikh sebenar PRU hanyalah Allah SWT, Rosmah Mansor dan Najib selaku Perdana Menteri.

Tidak banyak sudah negara di dunia ini di mana tarikh PRU ditentukan dari awal pentadbiran sesebuah kerajaan. Tinggal beberapa buah negara yang sangat primitif amalan demokrasinya yang diketuai oleh Zimbabwe masih mengamalkan kaedah kuno ini.

Tarikh PRU di negara ini bukan dibuat mengikut keselesaan rakyat tetapi sejauhmana parti yang memerintah mampu menang besar dalam PRU. Malangnya hingga ke saat ini Najib masih belum menjumpai tarikh yang memungkinkan BN menang besar. Walaupun beliau sudah menjelajah ke seluruh negara, semua kelompok manusia dari pelbagai kalangan sudah ditemui dan setiap perhimpunan kehadirannya dilaporkan mencecah puluhan ribu tapi tetap tak meyakinkan BN. Di setiap perjumpaan Najib berucap seolah-olah pembangkang di Malaysia sudah pupus dan BN mampu menang besar dalam PRU. Tapi hakikatnya Najib cuma mampu cakap besar tapi masih tak mampu menang besar.

Semakin Najib menangguhkan tarikh PRU, beliau sebenarnya semakin menyempitkan ruang untuk mengekalkan kuasa BN. BN sudah tidak mampu lagi untuk melonjakkan sokongan rakyat kerana apa yang dilakukan sekarang sudah melepasi zon tepu. Sebanyak mana lagi ‘rasuah politik’ yang akan dihulurkan Najib atas nama sumbangan dari kerajaan Pusat, ia sudah tidak mampu meningkatkan lagi sokongan terhadap BN dalam skala besar kerana pelbagai bantuan rakyat 1Malaysia telah menempuh anti klimaksnya apabila PRU tidak diadakan segera. Akhirnya jika bantuan terus diberikan pun, rakyat tidak lagi menganggap ia perkara besar melainkan ia adalah ‘perkara biasa’.

Dari aspek serangan isu terhadap Pakatan, BN semakin kehabisan peluru apabila terpaksa menggunakan isu kitar semula. Penonjolan Umi Hafilda dan rangkaian bekas rakan-rakan Datuk Seri Anwar sehingga saban hari dalam media arus dan asyik-asyik isu Anwar, Anwar, Anwar menimbulkan rasa jelak rakyat umum.

BN tidak untung apa-apa apabila isu RM3 billion yang muncul 13 tahun lalu dikitar semula. Rakyat boleh fikir bahawa di negara ini ada polis dan ada SPRM, takkan lembab sangat sampai 13 tahun tak mampu selesaikan siasatan. Rakyat mampu fikir bahawa jika jika ada penyelewengan babitkan Anwar, jangankan RM3 billion, RM300 pun seleweng Anwar akan diseret ke mahkamah 13 tahun lalu.

Di pihak PAS, semakin tempoh permainan dipanjangkan oleh Najib nampaknya PAS semakin ghairah menggerakkan kebangkitan. Bayangkan setiap himpunan Hijau yang diadakan di seluruh negeri kehadirannya mencecah puluhan ribu. UMNO pun tak terbayang sebelum ini PAS mampu adakan himpunan ala rapat raksasa sebesar itu di Johor, Perak, Melaka dan Pahang.

Semakin lambat PRU diadakan juga, seorang demi seorang bekas tokoh-tokoh besar dalam kerajaan menyertai PAS. Lebih memeningkan kepala UMNO ialah seorang demi seorang artis ternama yang menyertai PAS, perkara yang tidak pernah dibayangkan lima tahun lalu. Siapapun tidak hairan jika artis bersama UMNO kerana budaya hedonisme dan UMNO adalah sinonim. Tetapi jika artis yang insaf berhijrah ke dalam PAS, ia sangat luar biasa. Artis mempunyai peminat yang kadangkala lebih besar dari orang politik.

Jika Najib mengadakan PRU bulan Mac lalu, maka Kedah adalah negeri Pakatan yang mungkin terjejas tekoran tragedi ‘ribut dalam cawan’. Alhamdulillah, kini semuanya sudah selesai. Kepimpinan PAS Kedah sudah berada dalam satu saf yang mantap. Terima kasih Najib kerana melambatkan PRU.Kedah La

BONGKAR!!! Siapa pemimpin UMNO yang kaut untung di atas tumpahan air mata siswa dan siswi?

SHAH ALAM 5 JULAI : PKR Selangor hari ini mencabar Datuk Seri Noh Omar memberikan penjelasan berhubung dakwaan ada pemimpin Umno Selangor yang diberikan kontrak pembinaan asrama pusat pengajian tinggi dan mendapat keuntungan ‘atas angin’.
Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei pemimpin itu didakwa mengaut keuntungan sebanyak 524 peratus atau RM508 juta dibandingkan dengan kosnya hanya RM94 juta.
“Ia dilakukan di atas tumpahan air mata siswa dan siswi anak negeri Selangor dan seluruh negara.
“Sila jawap persoalan ini, pemimpin Umno dari Permatang usahlah mendabik dada kononnya ‘menjaga’ Unisel. Tunggu sahaja sidang dewan akan datang,” tegas Shuhaimi dalam kenyataan medianya.
Ujar Shuhaimi, pemimpin Umno diseru untuk tidak berlagak cuba menjadi jaguh dalam isu Unisel, Kuis atau mana-mana institusi pengajian tinggi di Selangor.
Ia ekoran daripada tindakan tidak matang mereka membekukan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dikecam hebat.
Ujar Shuhaimi, Noh yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor gagal memahami tatacara pentadbiran berhemah dan berkebajikan yang dipelopori Pakatan Rakyat Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.
“PKR Selangor ingin mengingatkan beliau agar menyedari bahawa tahap ‘kurang cerdik’ Noh ini ditertawakan oleh ramai orang.
“Daripada penyokong Umno sendiri di Tanjong Karang sehingga ke Umno Pusat, yang menyedari usaha Noh untuk mengampu hanya ‘memakan dirinya sendiri’,” katanya.
Tegas Shuhaimi, dakwaan terbaru berhubung Unisel adalah modal terakhir propaganda Umno-BN yang ‘kebetulan berkembar’ melalui anak pemimpin MCA yang tercalar maruah, yang di bawah kementerian Noh Omar.
“Tidak syak lagi riwayat Umno di Selangor bakal tamat selepas PRU 13 akan datang,” katanya.

UNCLE SEEKERS TAK TAKUT!!! Tapi kenapa polis tangkap teman wanitanya juga ?




Dua gambar neh telah disebarkan oleh rakan2 facebook. Aku tak pasti siapa yang tangkap gambar neh tetapi uncle seekers dan makwe nya tak nampak macam takut pun walaupun ditahan reman selama 4 hari bermula hari neh.

Aku faham kenapa uncle seekers ditahan cuma aku tak sangka pula yang awek dia pun kena angkut sekali. Ada kena mengena ka? Tapi kedua2 individu dalam gambar memang tak nampak langsung cam takut pun kan. Kenapa ek? 

kah kah kah

Apa pun moga2 mereka berdua selamat dan akan dibebaskan selepas 4 hari direman. Tolong lah gunakan masa dan kuasa yang ada untuk siasat orang yang betul2 buat salah. Orang yang betul2 buat jenayah. Janganlah gunakan masa yang ada untuk siasat orang yang menulis sakan dalam blog. 

Bukan apa, kalau dilihat stastistik jenayah berat semakin lama semakin meningkat. Focus kat situ lah. Atasi yang paling penting. Buat ikut step. Apa yang orang tulis di blog bukan penting pun sampai perlu direman bagai. Melainkan kalau fitnah macam bloggers umno.Ameno World

THE VANCOUVER SUN!!! Siar rencana terbaru kes Scorpene , Najib jadi tumpuan


Satu rencana akhbar The Vancouver Sun pada 3 Julai lalu menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangguhkan rancangan mengadakan pilihan raya umum kes rasuah Scorpene. Rencana ditulis Jonathan Manthorpe itu melaporkan Setiausaha Parlimen Najib memaklumkan pilihan raya hanya akan diadakan selepas tamat mandat lima tahun pada Mac 2013, walaupun sebelum ini sumber dalam Umno mengatakan ia akan diadakan Julai. 
 
Lebih teruk bagi Najib, tulis Jonathan, dokumen siasatan polis Perancis menunjukkan firma pertahanan Perancis, DCNS membayar USD$45 juta untuk mendapatkan dokumen sulit Tentera Laut Malaysia.

“Pembangkang Malaysia berkata jika dakwaaan itu benar, penjualan dokumen sulit yang memberi kelebihan kepada DCNS dalam tender kapal selam itu adalah satu pengkhianatan.

“Masalah Najib yang bertimpa-timpa diberatkan lagi apabila 133 fail hasil serbuan Unit Anti-Jenayah Terancang Polis Kehakiman Perancis ke pejabat DCNS di Paris dibocorkan kepada laman Asia Sentinel.


“Dokumen itu antaranya menjelaskan DCNS bertindak membeli pengaruh melalui orang kanan Najib, Abdul Razak Baginda selepas merasa ketinggalan dengan syariket German, Kockums AB dalam persaingan melobi kerajaan Malaysia.


“Dalam dokumen lain, pegawai DCNS mengatakan bayaran USD142 juta kepada Perimekar akan dibahagikan kepada beberapa individu dan juga parti pemerintah iaitu UMNO,” jelas Manthorpe seperti dipetik.


7 Mei lalu, rencana Manthorpe dalam akhbar utama British Columbia itu melaporkan mahkamah Perancis memulakan perbicaraan kes Scorpene yang kini memasuki peringkat perbicaraan di Tribunal de Grande Instance, Paris.


Kes itu turut dikaitkan dengan Najib dan pembunuhan penterjemah Altantuya Sharibuu dalam skandal berkenaan. ~
keadilandaily

SEMAKIN LAMA NAJIB TANGGUH!!! Semakin kuat gelombang rakyat mahukan pilihanraya


http://greencastle.files.wordpress.com/2012/06/hijau1jun.jpgBahang pilihanraya makin panas malah makin lama Najib menangguhkan pembubaran parlimen, semangat rakyat semakin membuak-buak marahkan Umno/Bn. 

Sahabat jamaah dari kawasan bagi tahu penulis, setiap aktiviti yang jamaah kawasan anjur mendapat sambutan luar biasa. Jika dulu ceramah yang menarik kehadiran ramai hanya jika penceramah popular PR yang datang ceramah.

Namun sekarang, letaklah siapa pun penceramahnya. Rakyat akan keluar untuk memenuhi kawasan ceramah. Bukan hanya ceramah perdana, ceramah kelompok pun boleh capai kehadiran lebih 500 orang. 

Baru ini, jamaah kawasan ada buat program tarbiyaah Solat Hajat dan Tahlil Perdana. Dulu program tarbiyah begini kurang sangat sambutannya, tapi baru-baru ini belum pun sampai tarikh program dah penuh penyertaannya. Inilah gelombang kebangkitan rakyat menolak Umno/bn.

Bukan hanya di kawasan penulis, malah di seluruh negara. Dari utara Perlis sehingga selatan Johor, himpunan hijau catat kehadiran luar dugaan. Tak pernah kehadiran sebegitu ramai sebelum ini di Johor, tak pernah seramai itu di Pahang. 

Itu di negeri kubu Umno, jangan cakap la di negeri kubu jamaah  seperti  Kelantan , Kedah, Terengganu . Terengganu antara yang nampak jelas lonjakan rakyat menolak Umno/bn, hanya tunggu bubar parlimen sahaja untuk jamaah kuasai Terengganu.

Maknanya, selagi Najib tangguh bubar parlimen, semakin kuat gelombang rakyat bersama PR. Rakyat sudah tidak sabar menunggu tarikh mengundi untuk jatuhkan Umno/bn. 

Ini semua dalam pengetahuan Najib. Maklumat perisikan yang Najib terima mengerunkannya, sebab itulah tarikh pembubaran parlimen sentiasa ditangguh bagi mencari jalan menghalang gelombang rakyat atau sekurang-kurangnya meredakannya.

Segala tumpuan Najib dan regim bn sekarang adalah berusaha mencari sesuatu isu, cara, atau apa sahaja tindakan bagi mengalih semula sokongan rakyat kepada PR.  Sekarang adalah tempoh getir regim bn menggunakan seluruh jentera kerajaan , media massa perdana untuk mendapatkan semula sokongan rakyat.

Memang benar , 60 % orang Melayu menyokong Umno/bn. Tapi 60 % itu Melayu di mana? Kampung dan felda. Peringkat umur ? 50 tahun ke atas. Bagaimana orang Melayu di Bandar dan separa Bandar? Bagaimana peringkat umur 50 tahun ke bawah? . Jawapannya sudah ada pada Najib dan sebab itu Najib masih menangguhkan pembubaran parlimen.

Tidak cukup dengan hanya bergantung sokongan 60% orang Melayu di kampung dan felda yang berumur 50 tahun ke atas. Jumlah itu tidak cukup untuk menampung jumlah sokongan orang Cina kepada PR yang sudah menjangkau 70% malah lebih.

Najib dan regim bn juga tahu bahawa purata sokongan orang Cina semasa PRU 12 adalah sekitar 60% sahaja. Itu pun sudah tumbang 5 buah negeri.  Buktinya, di dua dun dalam kawasan penulis, sokongan orang Cina hanya 55% kepada PR tapi Umno /bn tumbang di kedua-dua dun ini. Bayangkan , jika sokongan orang Cina melonjak sehingga 75% . Bukan sahaja menang , malah menang besar.

Kawasan lain juga keadaannya sama sahaja, peratus sokongan orang Cina ini akan menutup majoriti yang bn menang semasa PRU 12 yang lalu. Adakah Najib tidak tahu? Ini semua dalam pengetahuan Najib, sebab itulah Najib masih belum berani bubar parlimen.

Nak harapkan pengundi India, setakat ini pengundi India tidak pun menampakkan akan kembali menyokong bn. Jika PRU 12, sokong pengundi India menyokong PR mencapai 60%. Sekarang jika turun pun tidak sampai 10%. Ini tidak cukup membantu bn.

Bukahkah pendatang asing banyak yang diberi kewarganegaraan mengundi di Selangor? . Memang ada bukti , tunggu hasil dapatan siasatan di buat kerajaan Selangor.  Namun, setakat ini Najib masih belum yakin semua pendatang asing akan mengundi bn. 

Berbeza dengan kes Terengganu PRU 2004, pada masa itu bukan warga asing tapi pengundi luar negeri Terengganu yang didaftarkan di Terengganu.  Sama macam kes PRU di Sabah, tapi pada masa itu pembangkang tidak tahu kerja jahat bn daftarkan warga asing. Maka , mudahlah mereka laksanakan kerja kotor ini secara senyap-senyap. Warga asing pun tak rasa tertekan dan diperhatikan.

Suasana sekarang berbeza warga asing juga melayari internet sebab itu sumber maklumat mereka untuk berhubung dan mendapatkan malkumat negara asal. Mustahil mereka tidak melihat kemarahan rakyat terhadap mereka yang didaftarkan sebagai pengundi. 

Mereka tahu mereka salah, mereka tahu mereka sentiasa diperhatikan. Adakah mereka akan selesa untuk keluar mengundi?.  Mana lebih baik , tidak keluar mengundi atau keluar mengundi dan ditangkap penyokong PR. Otak mereka akan berfikir, ini bukan negara asal mereka. Bukan boleh buat pandai-pandai.

Apa yang akan membantu Najib dan regim bn sekarang? Jawapannya, kesilapan pemimpin PR, kerajaan PR dan apa-apa kaitan dengan PR. Justeru , pada masa sekarang pemimpin PR perlu mengelak membuat kenyataan yang menimbulkan bibit perpecahan PR.

Pemimpin PR jangan ‘gatai mulut’ membuat kenyataan yang boleh menimbulkan kemarahan rakyat. Parti-parti dalam PR perlu mengelakkan politik dalaman masing dibuka kepada umum. 

Najib dan regim bn sedang menunggu , sedang mencari, sedang meneropong kesilapan PR. Jika , dapat satu isu besar, serangan akan dibuat habis-habisan. Selepas itu , parlimen akan dibubarkan.

Penantian Najib sebenarnya satu penderaan kepada rakyat yang menunggu parlimen dibubarkan. Setiap hari semakin bertambah rakyat yang rasa terdera , setiap hari rakyat menunggu tarikh bubar parlimen. 

Maka , cara rakyat menunjukkan rasa tidak senang kepada regim bn adalah dengan menzahirkan sokongan kepada PR. Hadir program anjuran PR,satu kepuasan sebelum parlimen dibubarkan.Tulahan

LEPAS TOLAK HUDUD!!!Syarikat MCA kongsi untung saman rakyat?


PETALING JAYA: Syarikat berkaitan dengan MCA didakwa bakal berkongsi untung saman trafik yang dikenakan JPJ ke atas rakyat mulai hujung tahun ini.

Bagi memaksimakan keuntungan pula, kadar saman trafik akan dinaikan ke RM300 - RM2,000  melalui satu rang undang-undang yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat.


Baru-baru ini, syarikat berkaitan MCA didakwa telah mendapat kontrak projek saman pengangkutan Sistem Penguatkuasaan Automatik (Automated Enforcement System – AES) yang akan dilaksanakan kerajaan penghujung tahun ini.


Bendahari PKR William Leong ketika mendedahkan perkara itu berkata, syarikat-syarikat tersebut adalah Ates Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd.
Beliau mendakwa, salah seorang pengarah syarikat Beta Tegap Sdn Bhd iaitu Datuk Arianta Alikusno mempunyai hubungan dengan pemimpin MCA dan pernah diberikan kontrak yang besar pada tahun 2005 daripada Kementerian Kesihatan melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd.

“Dalam senarai pemegang saham syarikat Beta Tegap Sdn Bhd yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati Arianta dan anaknya Dr Andres Teoh serta isterinya, Yap Kim See @ Yap Ai Lin dan seorang iaitu Datuk Mohd Yunus Othman merupakan antara pemegang saham syarikat itu.


“Begitu juga dengan syarikat Mediharta Sdn Bhd, adalah orang yang sama,” katanya pada sidang media semalam.


Bagaimanapun, sebelum ini MCA telah menafikan kaitan partinya dengan kontrak ini.


Mengulas lanjut, ahli parlimen Selayang itu juga mendedahkan bahawa kerajaan dan kedua-dua syarikat terbabit akan berkongsi keuntungan daripada hasil bayaran saman oleh orang ramai.


Dalam laporan kedua-dua syarikat itu katanya, setiap syarikat itu akan mendapat RM16 daripada setiap saman yang dikeluarkan.


Jumlah itu menurut William lagi akan diberikan kepada kedua-dua syarikat itu sehingga saman yang dikeluarkan mencecah lima juta.


Selepas mencecah lima juta saman, pihak kerajaan dan syarikat-syarikat terbabit akan berkongsi keuntungan masing-masing 50 peratus sehingga syarikat itu mendapat keuntungan RM272 juta setahun.


“Oleh kerana itu, kedua-dua syarikat terbabit mensasarkan untuk mengeluarkan sekurang-kurangnya 10 juta saman setiap tahun,” katanya.


Justeru, beliau meminta Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek memberi penjelasan berhubungan kaitan dengan nama-nama terbabit.


Ketika perbahasan di Dewan Rakyat minggu lalu, ahli parlimen Pakatan Rakyat membantah keras pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang menyatakan denda minimum sebanyak RM300 dan maksimum RM2000 akan dikenakan bagi setiap kesalahan.


Mereka berpendapat bahawa pindaan tersebut bukan hanya akan terus membebankan pengguna jalanraya malah menguntungkan syarikat pengendali AES tersebut.

PROJEK RM 244.5 JUTA!!!Kroni BN dapat projek selenggara kawalan trafik


Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mendedahkan, kerajaan Umno BN memberikan kontrak penyelenggaraan sistem kawalan trafik di seluruh negara kepada kroni mereka.

Katanya, projek bernilai RM244.5 juta itu diberi kepada Selex Sistemeni Integrati (Selex) dan Advanced Air Traffic Systems (AAT) dengan kontrak selama lima tahun.
Beliau berkata, berdasarkan dokumen sebut harga yang ditinggalkan di depan pejabatnya, anggaran penyelenggaraan untuk setiap tahun berjumlah RM45,142, 987.

“Ia meliputi Kawalan Trafik Udara (ATC) Kuala Lumpur, Subang Interim, Stesen Radar Pengawasan Menengah Monopulse (MSSR) Genting, Stesen Pengawasan Radar Rendah (PSR) dan Pengawasan Radar menengah (SSR) Langkawi, Kuching, Kota Kinabalu dan Miri.

“Ia turut melibatkan stesen PSR, SSR dan ATC Johor Bahru, Kota Bharu, Sibu, Penang, Tawau serta Kuala Terengganu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini pagi tadi.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut mendedahkan, kos keseluruhan penyelenggaraan Program Pemodenan Perkhidmatan Trafik Udara Malaysia (MATSMP) bernilai RM35,521,610 dalam empat lebel.

Izzah berkata, kerajaan memberikan kontrak secara runding terus kepada Selex dan AAT kononnya syarikat lain tidak pakar dengan sistem yang dipasang kedua-dua syarikat itu.

“Sepatutnya, tender perlu dibuat berasingan untuk mendapat nilai terbaik. Saya difahamkan sistem sedia ada di KLIA dibekalkan 10 syarikat berbeza,” katanya.

Lebih dikesalinya, kedua-dua syarikat itu bukan sahaja gagal menyelenggara sistem radar malah wujud kecacatan sistem trafik hingga mengancam keselamatan ruang udara.

Menurut Izzah, maklumat dalaman diperoleh daripada Jabatan Penerbagan Awam (DCA) mendapati, sistem radar telah beku daripada 0614z hingga 0625z selama lima saat.

“Selain itu, berlaku ‘rebooting’ komputer pegawai-pegawai trafik udara dan tiada pertukaran teknologi seperti yang dijanjikan Selex dan AAT.

“DCA terpaksa menunggu jurutera dari Itali hingga melambatkan bantuan teknikal yang diperlukan sedangkan kos kontrak adalah tinggi,” ujarnya.

Pada 8 Jun lalu, Izzah mendedahkan, projek MATSMP bernilai RM280 juta diberi kepada Selex dan AAT secara tender tertutup.

Selex merupakan sebahagian syarikat Finmeccanica Spa dari Itali dan terlibat pelbagai dakwaan rasuah di Itali, Cyprus, Panama dan Namibia.

Manakala AAT dimiliki oleh Tirai Variasi Sdn Bhd iaitu syarikat keluarga Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. -KD

BENARKAH!!!! Filem Leftenan Adnan, Drama Gerak Khas sudah kena 'Gam'

http://wayangmalaysia.files.wordpress.com/2007/07/leftenan-adnan.jpg?w=450 
Cuba perhatikan susur-susur perkembangan tentang polis kita dan askar. Setelah BERSIH 3.0, banyak kecaman terhadap polis oleh rakyat mengenai keganasan mereka.

Tetapi jika melihat perkembangan terkini, seolah ada "cahaya " di hujung sana !

Pertamanya, orang nombor tiga dalam PDRM dahulu masuk PAS iaitu Dato Fauzi Shaari. Kemudian dua orang "polis lakonan" dalam Gerak Khas iaitu Zulkifli Ismail dan Abby Abadi mula berjinak dengan PAS (nota: Zulkifli telah masuk PAS).

Terkini, TG Presiden minta ahli PAS tidak menjadikan polis sebagai musuh. Satu uslub dakwah meramaikan kawan mengurangkan musuh.
Terakhirnya, Hero askar Melayu " Lt Adnan " Hairie Othman masuk PAS.

Kesannya, Gerak Khas bakal "dipadam" dari RTM jika ada lakonan Zul dan Abby. Jika anggota polis mahu jadi polis mithali, contohilah lakonan "polis baik" Abby dan Zul.


Dan yang harunya, Bulan Kemerdekaan kita bulan depan, bakal diharamkan tayangan filem "Lt Adnan" dalam TV kita. Cuba tanya Pembakar Jambatan Rais Yatim, benarkah begitu?


Jika lagu "Oh Azizah" serta filemnya Penarik Beca P Ramlee pun diharamkan dalam Radio RTM, apa lagi dengan filem Lt Adnan.


Tonton Gerak Khas....terbayang Abby dan Zul dengan PASnya.

Tonton Lt Adnan.....terbayang Hairie dengan PASnya.

Hebat juga pengaruh PAS ! Ada di mana-mana.


http://tokpepijat.blogspot.com/2012/07/apabila-polis-dan-askar-masuk-pasapa.html