Bahang pilihanraya makin panas malah makin
lama Najib menangguhkan pembubaran parlimen, semangat rakyat semakin
membuak-buak marahkan Umno/Bn.
Sahabat jamaah dari kawasan bagi tahu
penulis, setiap aktiviti yang jamaah kawasan anjur mendapat sambutan luar
biasa. Jika dulu ceramah yang menarik kehadiran ramai hanya jika penceramah
popular PR yang datang ceramah.
Namun sekarang, letaklah siapa pun
penceramahnya. Rakyat akan keluar untuk memenuhi kawasan ceramah. Bukan hanya
ceramah perdana, ceramah kelompok pun boleh capai kehadiran lebih 500 orang.
Baru ini, jamaah kawasan ada buat program
tarbiyaah Solat Hajat dan Tahlil Perdana. Dulu program tarbiyah begini kurang
sangat sambutannya, tapi baru-baru ini belum pun sampai tarikh program dah
penuh penyertaannya. Inilah gelombang kebangkitan rakyat menolak Umno/bn.
Bukan hanya di kawasan penulis, malah di
seluruh negara. Dari utara Perlis sehingga selatan Johor, himpunan hijau catat
kehadiran luar dugaan. Tak pernah kehadiran sebegitu ramai sebelum ini di
Johor, tak pernah seramai itu di Pahang.
Itu di negeri kubu Umno, jangan cakap la di
negeri kubu jamaah seperti Kelantan , Kedah, Terengganu . Terengganu
antara yang nampak jelas lonjakan rakyat menolak Umno/bn, hanya tunggu bubar
parlimen sahaja untuk jamaah kuasai Terengganu.
Maknanya, selagi Najib tangguh bubar
parlimen, semakin kuat gelombang rakyat bersama PR. Rakyat sudah tidak sabar
menunggu tarikh mengundi untuk jatuhkan Umno/bn.
Ini semua dalam pengetahuan Najib. Maklumat
perisikan yang Najib terima mengerunkannya, sebab itulah tarikh pembubaran
parlimen sentiasa ditangguh bagi mencari jalan menghalang gelombang rakyat atau
sekurang-kurangnya meredakannya.
Segala tumpuan Najib dan regim bn sekarang
adalah berusaha mencari sesuatu isu, cara, atau apa sahaja tindakan bagi
mengalih semula sokongan rakyat kepada PR.
Sekarang adalah tempoh getir regim bn menggunakan seluruh jentera kerajaan
, media massa perdana untuk mendapatkan semula sokongan rakyat.
Memang benar , 60 % orang Melayu menyokong
Umno/bn. Tapi 60 % itu Melayu di mana? Kampung dan felda. Peringkat umur ? 50
tahun ke atas. Bagaimana orang Melayu di Bandar dan separa Bandar? Bagaimana peringkat
umur 50 tahun ke bawah? . Jawapannya sudah ada pada Najib dan sebab itu Najib
masih menangguhkan pembubaran parlimen.
Tidak cukup dengan hanya bergantung
sokongan 60% orang Melayu di kampung dan felda yang berumur 50 tahun ke atas. Jumlah
itu tidak cukup untuk menampung jumlah sokongan orang Cina kepada PR yang sudah
menjangkau 70% malah lebih.
Najib dan regim bn juga tahu bahawa purata
sokongan orang Cina semasa PRU 12 adalah sekitar 60% sahaja. Itu pun sudah
tumbang 5 buah negeri. Buktinya, di dua
dun dalam kawasan penulis, sokongan orang Cina hanya 55% kepada PR tapi Umno
/bn tumbang di kedua-dua dun ini. Bayangkan , jika sokongan orang Cina melonjak
sehingga 75% . Bukan sahaja menang , malah menang besar.
Kawasan lain juga keadaannya sama sahaja,
peratus sokongan orang Cina ini akan menutup majoriti yang bn menang semasa PRU
12 yang lalu. Adakah Najib tidak tahu? Ini semua dalam pengetahuan Najib, sebab
itulah Najib masih belum berani bubar parlimen.
Nak harapkan pengundi India, setakat ini
pengundi India tidak pun menampakkan akan kembali menyokong bn. Jika PRU 12, sokong
pengundi India menyokong PR mencapai 60%. Sekarang jika turun pun tidak sampai
10%. Ini tidak cukup membantu bn.
Bukahkah pendatang asing banyak yang diberi
kewarganegaraan mengundi di Selangor? . Memang ada bukti , tunggu hasil dapatan
siasatan di buat kerajaan Selangor.
Namun, setakat ini Najib masih belum yakin semua pendatang asing akan
mengundi bn.
Berbeza dengan kes Terengganu PRU 2004,
pada masa itu bukan warga asing tapi pengundi luar negeri Terengganu yang
didaftarkan di Terengganu. Sama macam
kes PRU di Sabah, tapi pada masa itu pembangkang tidak tahu kerja jahat bn
daftarkan warga asing. Maka , mudahlah mereka laksanakan kerja kotor ini secara
senyap-senyap. Warga asing pun tak rasa tertekan dan diperhatikan.
Suasana sekarang berbeza warga asing juga
melayari internet sebab itu sumber maklumat mereka untuk berhubung dan
mendapatkan malkumat negara asal. Mustahil mereka tidak melihat kemarahan
rakyat terhadap mereka yang didaftarkan sebagai pengundi.
Mereka tahu mereka salah, mereka tahu
mereka sentiasa diperhatikan. Adakah mereka akan selesa untuk keluar
mengundi?. Mana lebih baik , tidak
keluar mengundi atau keluar mengundi dan ditangkap penyokong PR. Otak mereka
akan berfikir, ini bukan negara asal mereka. Bukan boleh buat pandai-pandai.
Apa yang akan membantu Najib dan regim bn
sekarang? Jawapannya, kesilapan pemimpin PR, kerajaan PR dan apa-apa kaitan
dengan PR. Justeru , pada masa sekarang pemimpin PR perlu mengelak membuat
kenyataan yang menimbulkan bibit perpecahan PR.
Pemimpin PR jangan ‘gatai mulut’ membuat
kenyataan yang boleh menimbulkan kemarahan rakyat. Parti-parti dalam PR perlu
mengelakkan politik dalaman masing dibuka kepada umum.
Najib dan regim bn sedang menunggu , sedang
mencari, sedang meneropong kesilapan PR. Jika , dapat satu isu besar, serangan
akan dibuat habis-habisan. Selepas itu , parlimen akan dibubarkan.
Penantian Najib sebenarnya satu penderaan kepada
rakyat yang menunggu parlimen dibubarkan. Setiap hari semakin bertambah rakyat
yang rasa terdera , setiap hari rakyat menunggu tarikh bubar parlimen.
Maka ,
cara rakyat menunjukkan rasa tidak senang kepada regim bn adalah dengan
menzahirkan sokongan kepada PR. Hadir program anjuran PR,satu kepuasan sebelum
parlimen dibubarkan.Tulahan