DS Nizar sedang berucap kepada jentera Pilihanraya PAS Perak ,kelmarin 21 Oktober ,dekat Taman Meru,Jelapang,Ipoh. |
Peserta Perakite sedang mendengar amanat DS Nizar |
Beliau memberitahu musuh politik UMNO akan menggunakan apa saja untuk
memburukkan dan membongkarkan perbuatan bakal-bakal calon PRU 13.DS
Nizar memberitahu peserta Perakite, contoh dalam PRK Bukit Gantang
,gambar fitnah beliau bersama wanita Siam pun diedarkan.Jadi Nizar
menasihat bakal-bakal calon PRU,jika ada masalah lebih baik tarik diri.
Disamping itu DS Nizar meminta bongkar lebih awal calon -calon PRU
Pakatan Rakyat jika mereka sememangnnya tidak layak untuk bertanding. Sisi Bukit
Ucapan Nizar ini ditujukan kepada siapa? kepada calon PAS, PKR atau DAP.
Memandangkan ucapan ini dibuat kepada jentera pilihanraya PAS Perak, maka berkemungkinan besar ucapan ini ditujukan kepada calon PAS yang bermasalah tapi masih mahu dicalonkan bertanding.
Nizar bukan sahaja meminta calon bermasalah menarik diri malah meminta dibongkarkan lebih awal masalah calon berkenaan sebelum dibongkarkan oleh UMNO.
Persoalannya, siapakan calon PAS yang bermasalah?
Namun, diharapkan ucapan ini juga ditujukan kepada calon PKR dan DAP yang bermasalah.