Sunday, October 21, 2012

PANAS!!! Nizar minta calon PR di Perak yang bermasalah tarik diri

DS Nizar sedang berucap kepada jentera Pilihanraya PAS Perak ,kelmarin 21 Oktober ,dekat Taman Meru,Jelapang,Ipoh.


Peserta Perakite sedang mendengar amanat DS Nizar
Ipoh,21 Oktober-Ucapan DS Nizar kelmarin 21 Oktober ,amat menarik. Beliau meminta untuk calon-calon yang ada masalah untuk menarik diri daripada dicalonkan,


Beliau memberitahu musuh politik  UMNO akan menggunakan apa saja untuk memburukkan dan membongkarkan perbuatan bakal-bakal calon PRU 13.DS Nizar memberitahu peserta Perakite, contoh dalam PRK Bukit Gantang ,gambar fitnah beliau  bersama wanita Siam pun diedarkan.Jadi Nizar menasihat bakal-bakal calon PRU,jika ada masalah lebih baik tarik diri.

Disamping itu DS Nizar meminta bongkar lebih awal calon -calon PRU Pakatan Rakyat jika mereka sememangnnya tidak layak untuk bertanding. Sisi Bukit
Ucapan Nizar ini ditujukan kepada siapa? kepada calon PAS, PKR atau DAP.
Memandangkan ucapan ini dibuat kepada jentera pilihanraya PAS Perak, maka berkemungkinan besar ucapan ini ditujukan kepada calon PAS yang bermasalah tapi masih mahu dicalonkan bertanding.
Nizar bukan sahaja meminta calon bermasalah menarik diri malah meminta dibongkarkan lebih awal masalah calon berkenaan sebelum dibongkarkan oleh UMNO.
Persoalannya, siapakan calon PAS yang bermasalah?
Namun, diharapkan ucapan ini juga ditujukan kepada calon PKR dan DAP yang bermasalah.   

Read more ...

TERKINI!!! Siapa arahkan Musa Hassan batal sidang media?


Bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan yang sepatutnya dijadualkan berlepas ke Bangkok awal pagi tadi membatalkan hasrat tersebut.

Dalam satu kenyataan yang dipetik dari laman web Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT) yang beribu pejabat di sana, menyatakan bahawa sidang media berhubung pendedahan serta maklumat terbaru membabitkan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang dibunuh pada 19 Oktober 2006 dibatalkan.


Bagaimanapun punca pembatalan sidang tersebut tidak dapat dipastikan.


Musa mendakwa memperolehi beberapa maklumat penting berhubung misteri pembunuhan tersebut dan bersedia untuk mengadakan sidang tersebut yang telah dimuat naik di laman web FCCT pada Sabtu lalu.


Semalam, laman web Asia Sentinel mendakwa Musa akan terbang ke ibu negara Thailand itu seperti yang dijadualkan.


Selasa lalu, Musa menarik balik saman ke atas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkenaan skandal mata lebam yang dilakukan bekas ketua polis negara, Rahim Noor pada 20 September 1998 selepas Anwar dipecat dari kerajaan pada 2 September tahun yang sama.


Difahamkan, Musa pada awalnya telah membuat persetujuan tersebut beberapa minggu lalu tetapi secara tiba-tiba mendakwa tidak mengetahui apa-apa tentang perkara tersebut ketika dihubungi awal pagi semalam.


Desas-desus berkenaan Musa yang kini dipercayai mahu menyertai salah satu parti dalam Pakatan Rakyat serta dikatakan diberikan arahan khas oleh pemimpin politik tertinggi Malaysia adalah punca utama mengapa ia tidak diadakan.


Ketika pembunuhan Altantuya, Musa adalah ketua polis negara ketika itu dan telah bersara wajib pada 13 September 2009 tetapi disambung kontrak selama setahun lagi setelah berkhidmat selama 41 tahun dan digantikan oleh Ismail Omar sehingga sekarang.


JALAN PULANG

Read more ...

AMBIK KO!!! Kamera AES sudah menyembah bumi, ini kisahnya....

Rempuh AES kerana Silau!

Sebuah kamera AES tumbang kerana di langgar oleh sebuah kenderaan
yang pemandunya terperanjat setelah lampu sportligt yang sangat menyilaukan mata dari AES ini berkelip di hadapannya  dan mengenai tepat pada mata dan penglihatannya,

akibat dari kejadian itu 
sepasukan anggota bomba terpaksa di kerah dan bergegas ke tempat kejadian yang mana kamera AES itu telah gagal berfungsi dengan sempurna dan hampir 30 minit tidak henti henti berkelip setelah pelanggaran itu, dikatakan urat sarat AES ini telah tersumbat dan putus.

ini menyebabkan gangguan pada pengguna jalanraya yang lain
yang mana ianya menyilaukan mata dan membuatkan trafik  tidak bergerak sejauh 10 kilometer akibat orang ramai takut terkena bahan radioaktif yang di hasilkan dari kilauan cahaya dari kamera AES itu..

ketika kejadian, seorang saksi mengatakan, bagaimana kamera AES yang berharga

RM 120 ribu ini tidak mempunyai ketahanan yang kuat dan kukuh? 
sepatutnya kamera AES ini tidak akan tumbang kerana dengan harga sebegitu mahal, adalah mustahil ia adalah barang tiruan yang lembik dan tidak berkualiti.

semasa kejadian, keadaan jalan yang teruk dan berlubang lubang menyukarkan

lagi pasukan bomba untuk sampai ke kawasan kejadian, bomba akhirnya dapat

menyelesaikan masalah itu apabila kamera AES itu tadi di humban 
ke dalam lori mengangkut sampah dari majlis bandaraya.


by @tiewnama - AES - Amno Eletronic Sideincome. kahkahkahkah


Erapasca

Read more ...

UMNO PENGECUT!!! Chua Soi Lek boleh hina hudud depan Najib, tanda lemahnya UMNO

Presiden MCA, Chua Soi Lek terus menyerang hukum hudud dengan mendakwa lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hukum Islam itu dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.

Dalam ucapannya di perhimpunan agung MCA ke-59 itu, Chua tidak menamakan mana-mana negara Islam, namun menggunakan dakwaan dangkal itu untuk menyerang Pakatan Rakyat.


NONE
"DAP berjaya meyakinkan orang bukan Islam bahawa hudud PAS akan mengurangkan jenayah dan rasuah di dalam negara. Ini satu lagi penipuan besar," katanya.

Dalam ucapan selama 45 minit itu, Chua secara umumnya menyerang seterunya DAP dan sesekali memuji perdana menteri.

Najib yang turut mendengar ucapan berapi Soi Lek berkenaan isu hudud kemudiannya memuji pendekatan yang dikatakan sambil menambah ia menaikkan semangat ahli BN menghadapi pilihanraya umum.


Katanya, DAP diperalatkan PAS bagi memenuhi cita-cita tinggi menawan Putrajaya sedangkan MCA yang menolak hudud dilaksanakan tidak dibantah Umno sehingga ke hari ini.

Chua menyerang slogan Ubah DAP, yang menurutnya satu singkatan bagi "Untuk Bentuk Agama dan Hudud ala PAS".

Dalam perkembangan berkaitan, MCA mendakwa telah bersedia menghadapi perang Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan penuh semangat kesepakatan dalam Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kejayaan lebih besar.

Berpegang slogan "Berperang dengan Penuh Keberanian", Soi Lek berkata, MCA kini sudah bangkit lebih sepakat, bersatu dan fokus dalam menangani isu-isu yang penting bersama-sama BN dan bersedia untuk menempuh apa jua masalah dan rintangan.

"Kami telah mengubah cara bekerja dengan menjadi lebih bersikap tegas, menyatakan pendirian dan mengambil pendirian dalam beberapa isu yang kami anggap tidak wajar ke atas rakyat.

"Kami telah menyatakan suara hati kami supaya kerajaan dapat mendengarnya dengan jelas dan nyata dan kepimpinan baharu MCA komited untuk terus bercakap bagi pihak semua rakyat Malaysia," katanya dalam ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-59 di Wisma MCA di Kuala Lumpur.

Read more ...

PANAS!!! Apa kontroversi Musa Hasan selepas tarik balik saman ke atas Anwar?

http://kedahan69ers.com/wp-content/uploads/2012/10/musa-hasan.jpgBila dah semakin hampir dengan pilihanraya umum ke 13 ni, tiba2 nama bekas KPN, Musa Hasan menjadi begitu popular. Mula2 dengan kes saman terhadap Anwar Ibrahim yang ditarik balik tanpa penjelasan. Atau lebih tepat lagi, diselesaikan secara rahsia antara mereka.

Wa yang pelik tu, Musa Hasan bagi warning supaya jangan pertikai keputusan tersebut kerana ianya masalah peribadi antara dia dengan Anwar Ibrahim dan orang lain tak payah masuk campur. Apa yang rahsia sampai orang lain tak boleh mabik tahu pun wa tak tau la. Terlalu peeribadi mungkin.


Terbaru cerita Musa Hasan nak buat sidang media di Thailand berkenaan kes pembunuhan model cun dari Monggolia, Altantuya Sharibuu. Apasal nak buat sidang media sampai ke Thailand? Kat Malaysia dah tak selamat ke? Takkan bekas KPN pun takut dengan ugutan kan?


Tapi bila perkara ni terdedah, Musa Hasan menafikan wujud perkara tu. Timbul kemusykilan bila pihak Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT) sendiri memuat naik ke laman mereka mengakui bahawa Musa Hasan mahu mengadakan sidang media berkenaan kes pembunuhan Altantuya Sharibuu di kelab tersebut.


Mungkin Musa Hasan berasa tak selamat bila perkara ini terdedah. Wa  cuma mintak kalau dia ni seorang yang berani dan jujur, mengapa mesti takut untuk nyatakan kebenaran. Atau mungkin dia berasa sudah tidak selamat memandangkan kebangkitan rakyat dalam menghadapi PRU 13 nanti, momentum rakyat untuk menukar kerajaan semakin terserlah.

Jadi kalau kerajaan yang ada sekarang ni tumbang, tak mustahil kes tersebut akan di korek semula dan beliau seterusnya akan menjadi sasaran kerana kes tersebut berlaku semasa dia masih laggi memegang jawatan sebagai Ketua Polis Negara.


Daripada di sabitkan kemudian, lebih baik dia selamatkan diri dia dari sekarang, itu pendapat wa la tapi apa pun kita tunggu kerana kebenaran bakal terserlah jugak nanti. Mana mungkin bangkai gajah mampu di tutup begitu sahaja.Kopitarikkaw2

Read more ...

MCA ANTI ISLAM!!! UMNO mesti keluar BN, jangan jadi lidah bercabang

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiHZDseAG0r4KMjHMXQdxMAtls1hiEsL9D0Jj196GfjhQQPWHVMp4-83j56hvTw8HvTedHlrbC8mbrrHA9Akyrkxzwd-TfnkV4p_wa8KzWA4H_eySvju7vZyzMsN-SzkrmTxqHRUuLMWnLX/s1600/2012-08-07_185741.jpg1.     Semakin jelas “MCA anti Islam”. MCA terlalu prejudis terhadap Islam malah berani menentangnya secara terbuka. Tidak hanya Presiden MCA Dr Chua Soi Lek sebelum ini mengambil posisi lantang mempertikai perlaksanaan hukum Islam, tetapi kini Pengerusi Wanita MCA Yu Chok Tow dan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie mendedahkan sikap dan wajah MCA yang sebenar.

2.     Pengerusi Wanita MCA Yu Chok Tow melahirkan kebimbangan MCA terhadap Ahli Parlimen Islam khasnya daripada UMNO dan BN akan menyokong perlaksanaan hudud di Malaysia berasaskan tanggungjawab sebagai seorang muslim.


3.     Satu kecelaruan yang parah sedang berlaku dalam Barisan Nasional hari ini khasnya melibatkan kedudukan UMNO dan MCA. Selama ini UMNO telah cuba menunjuk sikap bahawa mereka menentang hasrat PAS untuk melaksanakan hukum Allah swt. tetapi kelantangan UMNO itu belum cukup meyakinkan sekutunya MCA untuk menerima UMNO sebagai rakan “sebantal” dalam menentang Islam dan perlaksanaan syariatnya di Negara ini.


4.     UMNO terpaksa “menutup mata” dan “menyumbat mulut” terhadap apa jua kenyataan dan tindakan MCA demi mencari sepangkah dua undi dari non muslim yang rata – rata pada hari ini telah menolak Barisan Nasional yang penuh dengan kurap dan kudis rasuah.


5.     Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie pula secara terbuka memfitnah Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Mursyidul AM PAS sekaligus mempersendakan hukum Allah apabila beliau menyebut :


"Pakatan menipu kita untuk percaya bahawa hudud PAS tidak akan menjejaskan hak bukan Islam kerana (berdasarkan hujah Nik Aziz) tiada undang-undang untuk menghalang orang Islam daripada merogol bukan Islam.


"Jika kamu tonton klip Youtube, kamu tahu bahawa Nik Aziz berkata berkata, wanita patut tutup aurat, jika tidak mereka patut dirogol.


"Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?"


6.     Saya mendesak supaya Heng meminta maaf di atas keceluparan dan kebiadabannya terhadap Islam dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Tuduhan yang tidak masuk aqal dan berniat jahat.


7.     UMNO dan MCA sangat terdesak berdepan scenario iklim politik mutaakhir yang menyaksikan peralihan undi ketara kalangan non muslim dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat. Akhirnya mereka terpaksa mengamalkan “politik biawak” apabila bercabang lidah dalam kempen mereka.



8.     Berdepan pengundi melayu, mereka berkempen supaya jangan sokong PR kerana kemenangan PR akan menyebabkan kuasa politik dan ekonomi akan jatuh ke tangan non muslim. DAP akan jadi Perdana Menteri dan sebagainya.


9.     Lidah yang sama terus bercabang apabila mereka berkempen pula di kawasan pengundi non muslim supaya jangan menyokong PR kerana kemenangan PR akan menyebabkan hukum hudud terlaksana di Malaysia. Sokong PR ertinya sokong DAP. Sokong DAP ertinya sokong hudud. Begitulah nada dan bahasa kempen mereka.


10.  Kini MCA melahirkan pula keraguan mereka kepada UMNO. Selayaknya mereka berpisah apabila “bersekedudukan” tanpa mempercayai antara satu sama lain. Selayaknya UMNO keluar dari Barisan Nasional kerana tidak lagi dapat kepercayaan daripada MCA. Orang melayu sewajarnya membuka mata melihat apa yang berlaku hari ini untuk mreka membuat pilihan yang tepat.



Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Read more ...