Tuesday, January 11, 2011

Khairy tak payah nak berlagak, mari sepentas dengan pemuda PAS

Debat: Khairy dicabar sertai forum pemuda PAS

http://media.themalaysianinsider.com/images/stories/2009nov11/1208_kait.jpgKUALA LUMPUR, 12 Jan: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dicabar ke pentas forum Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) dahulu sebelum berkira-kira mahu berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangan DPPP, Suhaizan Kaiat berkata, DPPP mempelawa Khairy untuk menyertai mereka dalam forum 'Janji 100 Hari Pakatan Rakyat' yang akan diadakan 19 Januari ini.

Katanya, DPP sememangnya sudah menyediakan pentas kepada wakil Umno dalam forum tersebut.

Namun melihat kesungguhan Khairy menyahut debat yang dilontar Anwar kepada Datuk Seri Najib semalam, maka DPPP katanya mahu Khairy mengisi tempat wakil Umno tersebut.

"Dengan segala hormatnya, saya mempelawa Khairy untuk menyertai forum kita.

"Saya kira ianya lebih sesuai untuk Khary...Saya sudah hantar SMS kepada beliau, dan kita sedang tunggu jawapan," katanya kepada Harakahdaily.

Semalam, Khairy dilaporkan sedia menggantikan Perdana Menteri menyahut debat yang dilontar Anwar yang juga Ketua Umum PKR.

Sebelum itu, Anwar pada sidang medianya pagi semalam mancabar Najib berdebat selepas Perdana Menteri itu didakwa membidas pelan 100 hari Pakatan Rakyat pada perhimpunan bersama kakitangan kerajaan kelmarin.

Bagaimanapun, belum 24 jam cabaran dibuat, Khary pula tampil menyatakan kesedian berdebat.

Sehubungan itu Pemuda PAS mahu Khairy menerima jemputan tersebut jika beliau bersungguh mahu berdebat berhubung isu tersebut.

Forum anjuran Pemuda PAS tersebut akan diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), bermula jam 9.30 hingga 12 malam dan terbuka kepada semua.

Ianya akan menampilkan empat orang panel, masing-masing dua mewakili Pakatan Rakyat dan dua lagi mewakili BN manakala moderatornya adalah penganalisis politik, Prof Mohd Agus Yusof.

Pakatan Rakyat akan diwakili AJK PAS Pusat Dr. Dzulkefly Ahmad dan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua manakala panel dari parti Gerakan dan Umno mewakil BN.

"Kita sudah menghantar surat jemputan kepada parti Gerakan, dan mereka telah bersetuju cuma mereka belum beri nama siapa yang mewakili mereka.

"Untuk Umno kita telah menjemput Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah, namun belum ada apa-apa jawapan. Oleh kerana kita lihat Khairy lebih bersungguh, jadi kita beri ruang ini untuk Khairy," kata Suhaizan.

Negeri PR tak bankrap pun

Pelan 100 Hari diyakini tidak bankrap negara

http://dinmerican.files.wordpress.com/2010/07/lge2.jpgGEORGETOWN , 12 Jan.: Negeri yang berada bawah kerajaan Pakatan Rakyat (PR) tidak akan bankrap jika menjalankan Pelan 100 Hari seperti yang didakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, walaupun banyak program dijalankan Kerajaan Negeri, namun tiada satu pun yang boleh membankrapkan sebaliknya lebih kukuh seperti dalam Laporan Ketua Audit Negara terhadap prestasi terbaik Pulau Pinang pada 2008 dan 2009.

“Apa yang dikatakan Najib itu tidak benar malah akan menyelamatkan negara dengan memulihkan ekonominya. Sungguhpun banyak program dijalankan oleh kerajaan PR, tiada satu negeri pun yang bankrap malah lebih kukuh dan Pulau Pinang dianggap mempunyai prestasi terbaik pada 2009.

“Dengan lebihan bajet paling besar dalam sejarah Pulau Pinang sebanyak RM88 juta pada 2008 dan RM77 juta pada 2009, pelbagai program dijalankan seperti membasmi miskin tegar dengan pemberian wang RM500 sebulan setiap keluarga dan rebat air RM100 setiap keluarga sederhana rendah dan bawah pada 2009,” katanya kepada media, semalam.

Sehubungan itu, Guan Eng berkata, kenyataan itu adalah tuduhan tidak berasas dan tidak benar apabila Kerajaan Barisan Nasional (BN) mendakwa Pelan 100 Hari itu akan membuatkan negara bankrap.

“Ketirisan berikutan penyelewengan kewangan dan amalan rasuah melibatkan sekurang-kurangnya RM28 juta setiap tahun membuktikan semua program pro-rakyat tidak pernah dilaksanakan selama 51 tahun pada zaman pemerintahan BN tetapi dapat dibuat dalam tempoh tiga tahun oleh kerajaan PR.

“Saya minta rakyat nilai dengan melihat prestasi keempat-empat negeri bawah PR yang tiada satu pun bankrap termasuk Pulau Pinang,” katanya.
SH

Ketua Pemuda Umno Perak yang baru orang kepercayaan Zambry

Ramai tolak Maslin

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi_2DYO0U3PTt41k7LB6JCekx8XuvgePrD57E2ZVNeTcgQAf_FK8J5rLXaAD9qf8RQDD1_4m5Pt1EFnd5F_hE_sD8FlBt1N_gQG6UP25GmPyXcoVdeJDtjNEt8x5A8g4fmHuBH7RKVvtQI/s1600/raja+iskandar.jpgIPOH, 12 Jan. : Dewan Pemuda Pas Perak menyifatkan pertukaran Ketua Pemuda UMNO membuktikan pergerakan itu memang menghadapi masalah apatah lagi terdapat desakan hampir 18 Pemuda UMNO Bahagian di Perak menolak Maslin Sham Razman sebagai ketua, sekali gus menjelaskan berlakunya pergelutan dalaman Pemuda UMNO Negeri.

Setiausahanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss mengalu-alukan pelantikan Khairul Azwan sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baru dan merakamkan ucapan tahniah serta berharap imej buruk Maslin Sham selama memimpin Pemuda UMNO Perak tidak berulang.

“Kita berharap Khairul Azwan dapat menyelesaikan krisis keyakinan hampir 18 Pemuda UMNO Bahagian di Perak untuk kembali memberikan sokongan kepada beliau,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, di sini, kelmarin.

Raja Ahmad berkata, Pemuda Pas difahamkan, desakan pengunduran itu bukan sahaja dalam kalangan pemimpin Pemuda UMNO tetapi turut disertai beberapa pemimpin Pemuda Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, terdapat sumber dalaman Pemuda BN memberitahu desakan itu juga disebabkan kelemahan kepimpinan di bawah Maslin Sham yang hanya sekali sahaja mengadakan mesyuarat.

Menurut beliau, dengan pelantikan Khairul Azwan sebagai ketua yang baru, Pemuda BN mungkin dapat menjalankan mesyuarat mereka selepas ini dengan lebih baik.

Katanya, Khairul Azwan yang menjadi orang kepercayaan Menteri Besar (MB), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memegang beberapa jawatan penting dalam Kerajaan Negeri perlu membuktikan kemampuan memimpin Pemuda UMNO Negeri.

Kelmarin, penyerahan tugas secara rasmi Ketua Pemuda UMNO Perak telah diadakan di hadapan MB oleh Maslin Sham kepada Khairul Azwan.

Tanah orang Rembau nak kena rampas, Khairy pi mana?

Penempatan Warisan Melayu Kg Chembong Terancam, MP Rembau Buat Tak Tahu


REMBAU 12 Jan.: Penempatan warisan Melayu Kampung Chembong, Rembau terancam apabila rampasan tanah secara tidak sah bagi membuka laluan kepada pembinaan landasan keretapi berkembar elektrik atau PLBE.

Seorang warga emas menceritakan detik cemasnya berhadapan dengan pihak berkuasa yang mendesak beliau keluar dari rumahnya, tanpa hitam-putih yang menjanjikan pampasan sewajarnya.

Awal pagi semalam seorang warga emas Hasnah Latip, 80, mempertahankan rumah dengan sebatang penyapu buruk ketika pegawai kepada Ahli Parlimen Rembau, polis dan Ikatan Relawan Rakyat(RELA) untuk merobohkan rumahnya.

"Saya turun lompat ke situ. geram sungguh, saya dah nak pegang penyapu dah, rakyat didahulukan, ye lah tu. Rakyat ditanamkan, dia tanam dalam
longkang. apa nak jadi jadilah, saya dah tak peduli," katanya kepada Tv Selangor.

Hasnah juga melahirkan rasa kecewa terhadap wakil rakyat Barisan Nasional yang tidak ambil berat terhadap dirinya walaupun beliau menyokong Barisan Nasional selama ini.

Hasnah memberitahu beliau bersedia untuk berpindah asalkan kerajaan Umno-BN memberi pampasan tanah dan sebuah rumah sebagai ganti kepada
tanah adat yang didudukinya sekarang.

Apa yang merunsingkan adalah tiada pihak yang bersedia menjanjikan pampasan sebegitu secara bertulis. Meskipun Hasnah dijanjikan gantirugi RM97,000 ringgit, namun jumlah itu termasuk pembayaran kepada peguam.

Dengan nilai tanah dan pembinaan rumah yang amat tinggi, jumlah itu sekadar membantu beliau hidup menyewa sehingga tulang empat-kerat tidak lagi mengizinkannya bekerja.

"Kita takut kerana salah, berani kerana benar. Saya tak dapat pun takpa, saya dah biasa hidup miskin. tapi saya mahukan keadilan," katanya.

Kes Hasnah adalah kes terbaru dalam pergelutan antara penduduk Rembau dan Kerajaan Persekutuan yang berlarutan sejak 2008 lagi.

Ketua PKR Cabang Rembau Badrul Hisham Shaharin berkata Pakatan Rakyat dan jawatankuasa bertindak setempat berusaha mendapatkan penyelesaian sejak projek PLBE digerakkan.

Wang ganti rugi ditawarkan pada harga serendah RM1.20 hingga RM1.50 bagi setiap satu kaki persegi. Perobohan dijalankan sewenang-wenangnya, dan tanah yang dirampas tidak diganti.

"Mereka menggunakan akta tanah untuk pecah rumah ikut suka dan langsung tidak dibayar ganti dengan setimpal. Ini tanah adat Melayu. Akta tanah ini menjanjikan tanah yang diambil satu depa diganti dengan satu depa supaya tanah orang Melayu tak pupus.

"MP Rembau berjanji untuk bela dan bawa peguam mereka. Kami tak kisah asalkan mereka terbela. Tiba di mahkamah, peguam yang dilantik ini tidak membela orang kampung. Mereka hadir dan memperakui sahaja tanpa sebarang hujah di mahkamah," Badrul.

Kampung Chembong adalah diantara beberapa perkampungan yang diteroka seawal 500 tahun dahulu. Tapak yang terletak di tanah adat ini menjadi tempat anak suku dan saudara semenda berlindung, bertemu dan mengadakan kerapatan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani, usaha Pakatan Rakyat membawa kes ke perhatian kerajaan negeri juga tidak mendapat perhatian sewajarnya.

"Mungkin ada cara untuk kita bantu, melalui mengadakan pertemuan dengan pihak berwajib. Setakat ini tiada reaksi dari MB seolah-olah beliau tidak mahu ambil tahu," katanya.

Beliau meminta Umno-BN supaya sekurang-kurangnya menggesa pihak pemaju supaya mengendalikan usaha pembinaan di tanah-tanah orang kampung dengan penuh cermat sepertimana yang diberikan kepada tanah milik keluarga Ahli Parlimen Rembau.

Berjalan bogel dari Perak hingga ke Marang kerana dengar arahan Tuhan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh0V0i-lf5rdbX6MDxRf7xCDBRV4P06QbAvP9ZuxWEo1goE6wrJzS_IewLx9azPX4-dnEnnyEMNaSt5ybgUy7sXBaAaWF5lxnU9Rs8xybfvccJMI2hE-qpqezcyVmnr4nX5RQM0R_QxY_w/s1600/Orang+Gila+Yang+Pengen+Jadi+Kodok.jpg
Gambar hiasan bukan orang gila pi Marang

MARANG , 12 Jan. : “Saya perlu berjalan kaki ke seluruh dunia kerana ia adalah arahan Tuhan,” kata seorang lelaki dipercayai kurang siuman ketika ditanya seorang penunggang motosikal di sebuah pondok bas di Sentol Patah di sini, semalam.


Tindakan lelaki yang mempunyai ketinggian kira-kira dua meter itu berjalan berkaki ayam dengan hanya mengenakan baju-T tanpa memakai seluar dari bandar Marang menuju ke Kampung Sentol Patah mengejutkan orang ramai.

Sebelum itu, Sinar Harian difahamkan, lelaki terbabit yang berusia lingkungan 30-an juga dilihat merayau-rayau di bandar Marang sekitar jam 9 pagi, tetapi masih lengkap berpakaian sebelum menanggalkan kainnya selepas itu.

Dia dipercayai menanggalkan kain yang dipakai semasa berjalan kaki ke Kampung Gong Nangka dan tiba di Kampung Sentol Patah sekitar jam 11 pagi.

Dia bagaimanapun ditahan seorang penunggang motosikal terbabit di Kampung Sentol Patah dan diberikan sehelai seluar panjang sebelum dua anggota polis yang kebetulan melalui kawasan itu tiba di lokasi dan menyoal siasat pemuda berkenaan.

Ketika disoal siasat lelaki itu juga mendakwa dia menerima bisikan Tuhan agar berjalan berkaki ayam tanpa memakai seluar, walaupun mengetahui perbuatannya itu sudah pasti menimbulkan curiga orang ramai yang melalui jalan itu.

“Saya tahu salah, tetapi saya hanya menerima arahan (Tuhan),” katanya yang turut mendakwa sudah berjalan kaki beratus-ratus kilometer bermula di Perak, Melaka dan Pahang sebelum tiba di kampung berkenaan kerana mendapat arahan Tuhan.

Bagaimanapun, lelaki yang dipercayai kurang siuman itu dilepaskan dua anggota polis terbabit selepas diberikan amaran dan bimbang ditahan serta dibawa ke balai polis turut berjanji akan memakai pakaian lengkap.
SH

PAS yakin tawan kembali Terengganu

http://www.facebook.com/profile/pic.php?oid=AQCvGfusm8pqt8If9c6GX3PSKoJojNW6HxZ7j32Ibby85izOFGmyIbgx5RovACZy-qU&size=normal&usedef=1KEMAMAN, 12 Jan.: Pas berkeyakinan tinggi mampu menawan kembali Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berdasarkan ‘mood’ rakyat yang kini marahkan kerajaan, rentetan kenaikan harga petrol sekali gus menyebabkan beberapa barangan keperluan harian turut melambung tinggi ketika ini.

Pengarah Pas Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Chukai, Hanafiah Mat berkata, rentetan kenaikan harga petrol, beberapa barangan keperluan termasuk bawang naik mendadak sehingga rakyat semakin susah dan menderita.

Katanya, kenaikan harga barang yang bertembung dengan musim pembukaan sesi persekolahan baru menyebabkan rakyat semakin terbeban disebabkan di sesetengah sekolah, yuran persekolahan turut naik.

“Bebanan yang terpaksa ditanggung rakyat pada awal tahun ini cukup hebat dengan bahang kenaikan harga barang. Malah, rakyat juga semakin tidak yakin dengan sistem pengurusan Kerajaan Negeri yang berkecamuk.

“Paling teruk, pertukaran pegawai kanan Kerajaan Negeri pada tahun lalu. Pertukaran dan kenaikan pangkat pegawai kanan ini sehingga ada yang melangkau beberapa gred turut mencetuskan rasa tidak puas hati,” katanya yang memantau kerja persiapan program Himpunan Kebangkitan Rakyat bertemakan Pas Ganti UMNO di Dataran Tok Guru, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Hanafiah berkata, berdasarkan beberapa faktor berkenaan, Pas yakin mampu meraih sokongan daripada golongan pegawai, rakyat kelas sederhana (yang terbeban dengan fenomena barang naik) dan pengundi atas pagar.

Katanya, rakyat juga sudah muak dengan isu perbalahan antara pemimpin UMNO negeri yang tidak berkesudahan sehingga sekarang.

“Justeru, Pas bersama Pakatan Rakyat (PR) memberi jaminan dalam tempoh 100 hari selepas diberi mandat oleh rakyat, kami akan menyelesaikan segala masalah mereka.

“Dalam 100 hari mendapat mandat rakyat kami akan merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat,” katanya.

Sementara itu, menurutnya, setakat semalam persiapan bagi menjalankan program mega itu telah siap kira-kira 95 peratus.SH

Jika di Selangor , dah selesai masalah ini

Pangsapuri terbengkalai, MB lepas tangan

http://www.thenutgraph.com/user_uploads/images/2010/02/24/Azan%20Ismail%20parlimen.jpgBENTONG, 12 Jan: Harapan 24 pembeli rumah pangsa Taman Perdana Raya Karak, dekat sini untuk tinggal selesa berkecai apabila rumah yang mereka beli itu tidak disempurnakan oleh pemaju selain daripada tidak selamat untuk diduduki.

Tidak cukup dengan itu, pangsapuri kos sederhana rendah yang bernilai antara RM56,000 hingga RM63,000 (tingkat bawah) itu telah diubah oleh pemaju daripada pelan asalnya yang diluluskan.

Akibatnya, bentuk pangsapuri tersebut bertukar menjadi seperti sebuah bangunan sekolah manakala binaan dalamannya tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan sehingga Majlis Daerah Bentong (MDB) tidak mengeluarkan sijil menduduki (CF).

Dalam tinjauan Harakahdaily ke pangsapuri yang terbengkalai sejak 2006 itu kelmarin, didapati dikelilingi semak samun sementara bangunannya sudah banyak yang retak dan longkang serta cermin tingkapnya pecah.

Kebanyakan kabel elektrik sudah dicuri. Di bahagian dalamnya dipenuhi sampah dipercayai menjadi ‘port’ remaja melakukan maksiat dan tempat penagih melepaskan gian.

Namun begitu 11 pembeli Melayu, 10 Cina dan tiga India itu terpaksa juga membayar ansuran antara RM300 hingga RM520 kepada bank kerana wang pinjaman telah dikeluarkan hampir seratus peratus kepada pemaju.

Perumahan yang mula dibina pada tahun 2003 itu terletak di atas tanah kerajaan atas nama Puncak Properties di lot 3335, H.S (D) 14104 P.T 594 dan dimajukan oleh sebuah syarikat yang dipercayai ada kaitan dengan Umno Bahagian Bentong, IT Prima Development Sdn Bhd.

Tidak puas hati dengan keadaan tersebut, pembeli telah menubuhkan jawatankuasa bertindak dan membuat laporan polis.

Mereka juga telah mengadu hal berkenaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabai, Ahli Parlimen Bentong, pembantu peribadi Perdana Menteri dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob minta diselesaikan.

Lepas tangan


Malangnya, kata Setiausaha jawatankuasa berkenaan Krishnan A/L Kassim Maruthiah, 46, semuanya tidak berhasil kerana masing-masing berlepas tangan.

“Beberapa bulan lalu kami telah mengadu kepada Biro Pengaduan Awam dan Senator Datuk T. Murugiah sendiri telah turun mengadakan rundingan dengan wakil jawatankuasa dan jabatan berkaitan malangnya wakil pemaju tidak hadir dan masalah kami terus senyap tanpa penyelesaian.

“Seterusnya kami telah berhubung dengan pejabat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah. Akhirnya atas inisiatif Majlis Perbandaran Bentong (MPB) pemaju telah berjanji memulangkan semula wang kami dengan tiga bayaran.

“Namun sehingga kini tiada tindakan dan bayaran balik yang dibuat. Unit korporat pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang juga berjanji untuk selesaikan dalam tempoh 10 hari, tapi sampai ini tak beres,” jelasnya.

Tambahnya lagi, isu perumahan ini juga telah dibawa ke parlimen oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail tahun lalu.

Menurut Krishnan, beliau mendapat rumah ditingkat bawah pangsapuri berkenaan dengan harga RM63,000 dan telah membuat ansuran bayaran sebanyak RM520 sebulan. Sehingga kini, katanya, sebanyak RM30,000 telah dijelaskan kepada bank.

Seorang pembeli lagi, Zuraini Zulkifli, 30, berkata beliau pada mulanya begitu gembira apabila ditawarkan membeli rumah dipangsapuri berkenaan sehingga mengeluarkan RM10,000 daripada KWSP kerana selama ini hanya tinggal menyewa.

Namun apabila sehingga kini rumah yang dibeli tidak boleh didiami, menyebabkan ibu kepada empat anak itu amat kecewa dan malu apabila ditanya oleh adik beradik tentang ‘rumah baru’nya itu

Rumah baru atau pulangkan duit


“Macam-macam cara dibuat termasuk pernah bertemu dengan Menteri Besar minta beliau campur tangan, tapi beliau kata tidak tahu menahu sedangkan ini ialah kawasannya. Kami juga ada mengutus surat kepada Sultan Pahang meminta baginda melihat nasib kami, tapi hingga kini masih senyap daripada sebarang penyelesaian.

“Saya membayar ansuran sebanyak RM400 sebulan, tapi dah kena macam ini dah tak larat lagi membayar sebab rumah sewa kena bayar, kos perubatan suami lagi. Suami saya bekerja di kilang kertas Bentong dan dia penghidap sakit jantung tepaksa berulang hospital Selayang dua bulan sekali,” ujarnya.

Tambah Zuraini, beliau telah dua tahun tidak membayar kepada bank kerana kesempitan wang dan kini namanya telah disenaraihitam.

“Harapan saya jika perumahan berkenaan tidak boleh dibaiki semula hingga boleh diduduki, pulangkanlah balik duit saya,” rayunya.

Tambahnya, beliau percaya jika perkara seperti ini terjadi di negeri Pakatan Rakyat atau berlaku pilihan raya kecil pasti kerajaan akan selesaikan.

Seorang pembeli lagi, Yang Kong Fatt, 31, berkata beliau membeli rumah itu kerana mahu berkahwin dulu dan sekarang sudah mempunyai anak rumah masih belum siap.

“Pada masa itu saya beli mahu hadiahkan rumah itu kepada isteri kerana masa itu belum berkahwin. Saya pinjam bank dan bayar secara ansur dan sudah habis lebih RM30,000, tapi kecewa sangat sampai sekarang masih menyewa.

“Rumah ini sekarang tak boleh duduk, jadi saya mahu balik wang saya untuk beli rumah lain,” tegasnya.

Kroni lebih penting bagi Umno, rakyat boleh boleh digula-gula

Belanja untuk rakyat tak mampu, tapi kroni lulus

KUALA LUMPUR, 12 Jan: PAS mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya janganlah kalau untuk kepentingan rakyat umum tidak mampu tetapi untuk kepentingan kroni mampu pula diluluskan peruntukan.

Demikian kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad yang turut merasa hairan dengan kenyataan Najib yang mengatakan janji 100 hari Pakatan Rakyat akan membawa anak cucu merana kerana tidak ada kemampuan kewangan.

“Sepatutnya seorang Perdana Menteri mesti berfikiran positif apabila perancangan baik untuk rakyat di negara ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Soalnya, apakah salah apabila Pakatan Rakyat mengemukakan rancangan untuk manfaat majoriti rakyat di samping menghapuskan Felda Plantation dan membuka ladang-ladang baru kepada generasi kedua dan ketiga.

“Salahkah Pakatan Rakyat hendak menyusun kembali tol yang dianggap sebagai penyebab bebanan terpaksa ditanggung oleh rakyat dengan peningkatan kos operasi?

“Salahkah Pakatan Rakyat untuk memberi imbuhan bulanan tambahan kepada guru RM500 sebulan?” soalnya lagi.

Baginya, Najib cuba menimbulkan keraguan tentang kemampuan kewangan jika janji 100 hari dilaksanakan.

“PAS mengucap terima kasih kepada Najib kerana baru sedar tentang hal ini, kalau hendak belanja ukurlah kemampuan dahulu,” katanya sinis.

Beliau mempersoalkan adakah Najib sudah mengambil kira kemampuan kewangan negara ketika mencadang untuk membina Menara Warisan 100 tingkat.

Katanya, wang sebanyak RM5 bilion mampu membina 1,667 buah sekolah yang bernilai RM3 juta sebuah dan mampu memberi biasiswa pelajar perubatan seramai 5 ribu orang di United Kingdom dengan kos RM1 juta seorang dan boleh menampung biasiswa 10 ribu pelajar di fakulti perubatan di Mesir.

Katanya, kenapa peruntukan untuk Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang boleh dimanfaatkan hampir 3 juta di tiga negeri hanya RM178 juta iaitu 3.6% daripada kos pembinaan Menara Warisan.

“Apakah peruntukan untuk Permata yang dikendalikan oleh Datin Seri Rosmah sebanyak RM111 juta tidak membazir, sedangkan untuk Sekolah Agama Rakyat RM95 juta?” tanya beliau.

PAS, katanya merasa hairan dengan kenyataan seorang Perdana Menteri yang mengatakan negara ini akan menjadi seperti negara Greece kalau mengikut perancangan PR.

Katanya, kenyataan yang sama juga ketika PAS memerintah di Kelantan pada tahun 1990.

Ketika itu, ujarnya pemimpin Umno mendakwa PAS hanya mampu memerintah selama 3 bulan sahaja.

Dakwaan mereka itu, katanya hanya menurut kaca mata mereka yang penuh dengan rasuah, ketidak cekapan dan salah urus.

Begitu juga, tambahnya ketika kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberi air percuma sebanyak 20 meter padu, pemimpin umno kata ini perbelanjaan membazir.

“Pendek kata untuk rakyat semuanya membazir, kerana bimbang apabila rakyat senang, BN tidak ada harapan untuk menjerat leher pengudi dalam setiap pilihan raya,” katanya.

PAS, jelasnya ingin menjawab keraguan Perdana Menteri yang ragu tentang daripada mana sumber yang akan PR perolehi.

“Antara sumbernya ialah kita akan memerangi rasuah yang menyebabkan wang negara hilang sebanyak RM28 bilion,” jelasnya.

Menurutnya, Pakatan Rakyat tidak akan membuat Persidangan Wanita Pertama kendalian Datin Seri Rosmah selama 3 hari hampir RM4.5 juta.

Selain itu, katanya subsidi untuk penjana kuasa bebas sebanyak RM19 bilion perlu dikaji semula kerana membebankan negara.

“PAS berkeyakinan janji 100 hari, Pakatan rakyat mampu laksanakan, berdasarkan pengalaman di Kelantan yang mampu memberi kebajikan kepada rakyat walaupun sumber yang terhad.

“Keadaan berbeza apabila Pakatan Rakyat memerintah di peringkat pusat yang mempunyai sumber kewangan yang lebih luas untuk dijanakan bagi manfaat rakyat,” tegasnya.

Agenda Umno untuk kroni ?

Agenda politik punca gagal bangun Kg Baru

KUALA LUMPUR, 12 Jan: Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Ghazali mendakwa kegagalan Kerajaan Persekutuan membangunkan Kampung Baru disebabkan terlalu banyak agenda politik dan tujuan mengaut keuntungan lumayan daripada pembangunan kawasan itu.

Lo' Lo' berkata demikian sebagai mengulas pengakuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang gagal menyelesaikan isu pemulihan dan pembangunan Kampung Baru sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri sebelum ini.

"Saya kira sebab utama kegagalan membangunkan Kampung Baru daripada dahulu sehingga sekarang adalah kerana terlalu banyak agenda politik dan kewangan untuk mengaut keuntungan lumayan dari pembangunan Kampung Baru.

"Agenda dan hak pemilih tanah adalah bukan keutamaan utama dan acapkali diabaikan,” ujarnya.

Menurut Lo' Lo', apa yang lebih malang apabila korporat Melayu sendiri melakukan penipuan dan manipulasi terhadap pemilik-pemilik hartanah sehingga mereka terlepas hak pemilikan.

Penipuan demi penipuan ini katanya, menyebabkan pemilik tanah Kampung Baru serik dan meragui keihklasan mana-mana pihak yang mendakwa ingin memajukan kawasan itu.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan referendum dibuat ke atas pemilik-pemilik tanah Kampung Baru untuk memastikan mereka terlibat secara langsung dalam membuat keputusan dan suara mereka didengari.

Tambanhya, beliau bersedia berkerjasama dengan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB)dalam menyediakan input referendum yang akan dikemukakan.

"Pendekatan yang diambil oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik (Raja Zainal Abidin) baru-baru ini dengan memaksa orang Kampung Baru menerima rang undang-undang Akta Perbadanan Pembangunan Kg Baru 2010 (PPKB) semakin menambahkan kemarahan mereka.

"Makmal perbincangan yang diadakan di Melaka pada akhir tahun 2010 adalah diragui kredibilitinya kerana peserta yang hadir adalah bukan mewakili keseluruhan pemilik tanah. Malah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sendiri tidak dilibatkan dalam perbincangan tersebut," katanya yang juga ahli jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat.

Lebih menyedihkan ujarnya apabila Malay Agriculture Settlement (MAS) dan NGO-NGO lain yang terlibat menyatakan bahawa apa yang terkandung dalam rang undang-undang PPKB berbeza dengan apa yang dicadangkan semasa bengkel.

Lo' Lo' juga berkata, sehingga sekarang, hanya PKNS yang telah membuktikan jasa membangunkan Kampung Baru dengan memberi pinjaman mudah yang dibayar dengan kutipan sewa.

"Kalau China Town boleh dibangunkan dengan mengekalkan ciri-ciri kecinaan, kalau 'Little India' pun DBKL boleh beri RM90 juta untuk dibangunkan dengan warisan keindiaan.

“Kenapa Kampung Baru warisan orang Melayu yang kawasannya jauh lebih besar, kerajaan pusat tidak boleh berikan dana sekurang-kurangnya RM1 hingga RM2 billion dan dibangunkan mengikut warisan Melayu Islam?” soalnya.

Pembentangan draf rang undang-undang PPKB juga tegasnya amat meragukan dan menimbulkan banyak persoalan.

Menteri Wilayah Persekutuan tergesa-gesa membawa draf tersebut untuk bacaan pertama di Parlimen pada sesi yang lepas sedangkan beliau telah berjanji untuk berjumpa dan kemukakan dahulu kepada pemilik tanah Kampung Baru sebelum dijadikan undang-undang.

"Beliau hanya berjumpa orang Kampung Baru setelah draf tersebut dibentangkan di Parlimen," katanya.

Beliau turut menyelar kegagalan Tun Dr. Mahathir dan Perdana Menteri selepas beliau, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang gagal melaksanakan Projek Menara Puncak Baru yang dijanjikan dan tapak pasar minggu di Kampung Baru.

"Apa yang berlaku benar-benar mengecewakan pemilik tanah KampungBaru dan mereka merasakan mereka akan kehilangan hartanah Kampung Baru.

"Orang Melayu akan kehilangan hak hartanah yang mereka miliki beratus tahun di bawah pemerintahan British kerana kurang kepekaan dan amanah kerajaan pusat yang dterajui oleh Umno BN," katanya.

Nazri tak ada kelas nak berdebat dengan Anwar

Tengok jawapan bodoh Nazri yang ditertawakan Ahli Parlimen

http://www.umno-reform.com/NAZRI_Aziz.jpg

KUALA LUMPUR, 27 Okt.10 : Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang memberi alasan dangkal bahawa kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya mendaftarkan 4 juta pengundi disebabkan oleh faktor salah alamat.

Anwar berkata tugas SPR sepatutnya menjamin pilihan raya diadakan dalam keadaan bebas dan adil.

"Kalau SPR betul-betul adil dan bebas kenapa tidak boleh pantau perkara ini.

"Kalau menurut jaminan Menteri, SPR adalah adil dan bebas dan jika ini betul maka tidak akan boleh kalah. Itu merupakan logik yang tidak betul sebab ada kes di mahkamah kadang-kadang perompak pun boleh menang tidak semestinya dia betul," bidas Anwar yang menyebabkan Ahli Parlimen lain ketawa dengan penjelasan Nazri tersebut.

Beliau juga menjelaskan bukan niatnya untuk mengumpamakan SPR sebagai perompak tetapi alasan yang diberikan Menteri tidak langsung masuk akal.

"Sepatutnya SPR mempertimbangkan pendaftaran 4 juta pengundi yang tercicir daripada daftar pemilih. Maknanya ada proses yang harus diperbaiki.

"Ini kata 4 juta tidak berdaftar sebab salah alamat, ini merupakan alasan karut," tegas beliau.

Kata beliau lagi, sebab yang diberikan adalah cuma sekadar alasan untuk tidak menjawab persoalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

"Sepatutnya Menteri yang bertanggungjawab mencari jalan supaya sekurang-kurangnya 3/4 daripada jumlah itu boleh mengundi. Ini tidak, Menteri pula yang bagi jawapan salah alamat. Mana dia tahu salah alamat?," soalnya ketika bangun meminta Nazri memberi penjelasan berhubung isu sama ada kerajaan bercadang untuk mendaftarkan pengundi yang layak secara automatik.

Sebelum itu, dalam menjawab sesi soal jawab pertanyaan lisan pagi semalam, Ahli Parlimen Ketereh, Abdul Aziz Abdul Kadir dalam soalannya meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi penjelasan samada kerajaan bercadang mencari kaedah penyelesaian bagi memdaftarkan pengundi secara automatik.

Nazri dalam jawapannya berkata kerajaan tidak ada cadangan untuk mengadakan pendaftaran pemilih secara automatik bagi pengundi yang mencapai umur 21 tahun dengan alasan sebahagian rakyat Malaysia tidak tinggal di alamat yang tercatat di dalam kad pengenalan.SK


Cuba ingat semasa beliau berdebat dengan Salahudin Ayub. Bukan berdebat tapi merapu tak ada fakta

Pakatan hanya perlu RM19 bilion untuk rakyat

Kenyataan Perdana Menteri kononnya Janji 100 Hari Pakatan Rayat tidak dapat dilaksanakan atas alasan negara tidak berkemampuan membuktikan lagi Umno/BN berselindung di sebalik penguasaan media untuk memadamkan fakta.

Maka memandangkan isu ini mendesak dan menyentuh kepentingan rakyat dan negara, kami syorkan diadakan satu debat terbuka.

Tuduhan beliau bahawa Janji 100 Hari Pakatan Rakyat akan menjadikan negara muflis adalah dangkal kerana hakikatnya, Umno/BN yang berhutang setiap tahun sehingga hutang negara menggunung.

Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan pada 25 Oktober 2010 memberi amaran bahawa nisbah hutang negara kepada KDNK telah melepasi paras 50% buat kali pertama dalam sejarah negara.

Hutang kerajaan Malaysia bagi tahun 2009 meningkat kepada RM362.39 billion atau 53.7% dari KDNK.

Malapetaka ekonomi ini berlaku di bawah pentadbiran Perdana Menteri sekarang sebagai Menteri Kewangan. Dalam tahun 2010, kerajaan melancarkan 19 program menjual bon yang membabitkan hutang tambahan bernilai RM58.1 bilion.

Tabiat berhutang Umno/BN akan diperhebatkan tahun ini. Pada 14 Disember 2010, Bank Negara Malaysia mengumumkan kerajaan akan menjual 29 bon tambahan dalam tahun 2011.

Menurut anggaran Institut Penyelidikan RHB, penjualan 29 bon ini akan membabitkan hutang baru kerajaan persekutuan berjumlah RM83 bilion.

Makanya, alasan Perdana Menteri untuk menolak Janji 100 Hari Pakatan Rakyat perlu dikaji dengan berlatar belakangkan perkara-perkara ini.

Malaysia sememangnya sedang menuju ke gerbang kemuflisan jika Umno/BN terus berhutang sewenangnya seperti sekarang – tetapi ia bukanlah disebabkan oleh Janji 100 Hari Pakatan Rakyat.

Malaysia akan muflis akibat ketagihan Umno/BN kepada pembaziran dan rasuah yang berleluasa, demi mempertahankan sistem kroni kapitalisme yang didokong Umno/BN.

Contoh-contoh pembaziran Umno/BN sudah diketahui rakyat. Perdana Menteri terlampau taksub dengan bangunan 100 tingkat yang menelan belanja RM5 bilion, sedangkan isu perumahan mampu milik meruntun golongan berpendapatan rendah dan orang muda.

Kerajaan UMNO/BN akan mengugut bahawa negara akan muflis setiap kali Pakatan Rakyat memperjuangkan imbuhan tambahan para guru, tetapi ia tidak rasa bersalah apabila meluluskan kontrak RM77 juta kepada APCO. Senarainya terlalu panjang untuk dihuraikan disini.

Oleh itu, tindakan pertama Kerajaan Pakatan Rakyat adalah melancarkan perang habis-habisan menentang rasuah di setiap peringkat, bermula dengan pemimpin-pemimpin kanan politik.

Ini akan menyelamatkan RM28 bilion yang tiris dari Perbendaharaan setiap tahun akibat rasuah, seperti yang dianggarkan oleh Ketua Audit Negara.

Selepas itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan menstrukturkan semula sistem subsidi untuk memansuhkan subsidi korporat yang hanya mengkayakan beberapa kerat kroni.

Jumlah RM19 bilion subsidi korporat yang ditanggung oleh PETRONAS untuk membayar IPP milik kroni akan dipulangkan kepada Perbendaharaan.

Kita juga akan menyemak semula sistem konsesi toll untuk memansuhkan bayaran pampasan RM4 bilion setiap tahun yang kini ditanggung kerajaan.

Dua tindakan yang mudah ini akan memulangkan RM51 bilion kepada rakyat – lebih dari cukup untuk melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat yang jumlahnya hanyalah satu pertiga dari jumlah yang diselamatkan:

Imbuhan khas perguruan berjumlah RM500 sebulan menelan belanja RM3.2 bilion setahun.

Jaminan Pakatan Rakyat bahawa subsidi minyak akan dikekalkan untuk golongan berpendapatan rendah akan melibatkan penstrukturan semula sistem subsidi, supaya hanya golongan yang berkelayakan menikmati subsidi minyak.

Kos subsidi di bawah sistem sebegini dianggarkan berjumlah RM4 bilion setiap tahun.

Kerajaan Pakatan Rakyat akan meneruskan subsidi gas memasak, berjumlah RM4 bilion setiap tahun.

Penstrukturan semula sistem tol di bawah PLUS dianggarkan menelan belanja RM23 bilion, berdasarkan harga pasaran yang ditawarkan oleh Khazanah dan KWSP.

Kos tambahan yang perlu ditanggung kerajaan untuk mengambil alih operasi dari pemegang saham minoriti dianggarkan berjumlah RM8 bilion.

Justeru, jumlah dana yang diperlukan untuk melaksanakan Janji 100 Pakatan Rakyat hanyalah RM19.2 bilion; yakni sama dengan subsidi korporat yang diberikan kepada IPP milik kroni setiap tahun.

Jumlah ini adalah terlampau sedikit berbanding RM51 bilion yang hilang setiap tahun akibat ketirisan dan rasuah demi memastikan kroni gembira dan bersenang-lenang.

Janji-janji lain seperti skim air percuma dan skim wi-fi percuma telah pun dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Kami telah membuktikan ia mampu dilaksanakan.

Oleh yang demikian, Perdana Menteri tidak boleh berdolak dalih lagi kenapa Umno/BN tidak mahu melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat apabila rakyat tahu bahawa ia mampu dilaksanakan.

Tabiat berhutang Umno/BN yang membebankan generasi akan datang adalah sangat tidak bertanggungjawab, apatah lagi apabila wang yang dipinjam tidak dibelanjakan untuk rakyat.

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

KETUA PEMBANGKANG

11 JANUARI 2011

Mahu perkuat PKR, PR Perak

http://ureka.asia/wp-content/uploads/2010/11/n100000191866406_3318-150x150.jpgIPOH , 11 Jan. : “Tanggung jawab yang akan saya pikul cukup berat dan mencabar.” Itulah kata-kata pertama Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (PMPN) Perak yang baru dilantik, Dr Muhammad Nur Manuty ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, pelantikannya sebagai PMPN yang baru menggantikan Mustaffa Kamil Ayub sebagai amanah yang berat dalam menguatkan PKR Perak.

Menurut Muhammad Nur, kepercayaan yang diletakkan oleh pimpinan pusat untuk beliau menerajui Negeri Perak sangat dihargai.

“Saya berterima kasih kepada pimpinan pusat yang memberi kepercayaan kepada saya untuk mengetuai Perak dan saya akan pikul amanah ini sebaik mungkin.

“Insya-Allah, saya akan bekerja keras untuk memastikan PKR Perak terus mantap dan teguh,” katanya.

Beliau berkata, soal jawatan tidak penting tetapi yang paling penting adalah untuk memperkukuhkan lagi Pakatan Rakyat (PR) Negeri.

Menurutnya PKR, DAP dan Pas akan terus bekerja keras sebagai satu pasukan dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang yang dijangka tidak lama lagi.

Katanya, PKR bersama komponen PR yang lain akan memastikan lebih banyak kerusi akan dimenangi pada masa akan datang di samping mempertahankan kerusi yang sedia ada.

Ditanya mengenai perancangan awal selepas dilantik menjadi PMPN, beliau berkata, dalam masa terdekat akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Cabang.

Menurutnya, mesyuarat juga akan diadakan dengan pemimpin Negeri yang lain bagi mendapatkan pandangan mereka untuk memperkukuhkan lagi parti di peringkat akar umbi.

Mengenai beberapa isu yang berkaitan dengan PKR Negeri yang timbul sejak akhir-akhir ini, beliau enggan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan.

Exco sahkan tak tutup KCE

http://hazrul7.files.wordpress.com/2009/03/s-manikumar-1.jpgALOR SETAR, 11 Jan.: Anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah, Kedah Communication & Event Sdn Bhd (KCE) tidak akan tutup sebaliknya diberi tempoh untuk mengenal pasti masalah dalaman yang dihadapinya serta untuk membuat penilaian semula dalam beberapa aspek bagi usaha penambahbaikan.

Exco Kerajaan Negeri, S Manikumar yang juga Pengerusi KCE berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed), Datuk Bakar Din di sini, semalam.

“KCE tak akan ditutup dalam masa terdekat. Pihak pengurusan KCE diberi tempoh untuk meneliti masalah yang timbul dan perkara itu akan dibincangkan bersama di peringkat atasan,” katanya ketika dihubungi selepas mengadakan mesyuarat bersama PMBKed di Wisma Darul Aman.

Menurutnya, desas-desus KCE akan ditutup dalam masa terdekat berikutan semua kakitangannya diberikan notis pemberhentian kerja dan operasi syarikat sejak seminggu lalu, belum muktamad.

“Surat yang diterima oleh pekerja terbabit bukan keputusan muktamad, sebaliknya hanya sekadar pemberitahuan awal. Mesyuarat memutuskan masih ada pilihan lain untuk meneruskan operasi KCE. Perinciannya akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang,” katanya.

Manikumar berkata, butiran terperinci belum diputuskan dalam mesyuarat itu dan hanya membariskan beberapa opsyen.

“Mungkin kita kaji sama ada perlu serapkan pekerja ke agensi Kerajaan Negeri yanglain atau buat pilihan lain jika mahu terus beroperasi,” katanya.

Menurutnya, segala masalah atau perselisihan faham sebelum ini harus dirungkai semula untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.

“Saya percaya ia ambil masa sedikit. Perkara ini bukan mudah seperti disangka. Saya tidak mahu ada pihak teraniaya atau kerugian kerana kajian masih dibuat sama ada harus dikekalkan atau ditutup,” katanya.

Manikumar memberi jaminan akan cuba mempertahankan KCE dengan membuat penyatuan semula dalam semua aspek termasuk pengurusan.

“Saya percaya dan yakin masih ada ruang dan masa untuk semua pihak memulihkan KCE. Buat masa ini, operasi berjalan seperti biasa. Sekiranya ada kekangan tertentu setelah dibuat perincian, barulah kita akan umum kenyataan rasmi,” katanya.

Menurutnya, beliau akan memperincikan semula hala tuju dan masa depan KCE untuk diketengahkan dalam perbincangan akan datang.

“Dalam perbincangan itu memang wujud ketidaktentuan dalam komunikasi antara pengurusan KCE dan PMBKed. Bukan masalah besar dan boleh diselesaikan. Saya mempunyai harapan besar pada KCE dan yakin sepenuhnya pada peneraju PMBKed,” katanya.

Manikumar berkata, akan akur pada keputusan yang dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kelak.

“Saya percaya apa jua keputusan kelak pasti ada rasionalnya. Selagi saya memikul tanggungjawab ini, saya akan lakukan seperti yang diamanahkan,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan KCE mungkin ditutup dalam masa terdekat setelah dipercayai mengalami kerugian RM4 juta sejak diambil alih Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR). KCE dipertanggungjawabkan membantu Pejabat Menteri Besar dan Kerajaan Negeri amnya, dalam pelbagai bidang yang merangkumi media, komunikasi dan penganjuran acara.

KCE diketuai Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Hisham Nordin dan Pengurus Besar, Ahmad Yani Bakar yang turut bertindak sebagai jentera perhubungan awam dan korporat Kerajaan Negeri di samping mewujudkan sistem perpustakaan maklumat dan bahan hebahan untuk maklumat awam.SH

MCA tak boleh nampak Umno guna isu perkauman

http://media1.malaysiakini.com/27/53ebd3cc3522fe0d9f5483f2b40bcb10.jpgSEREMBAN, 11 Jan. : Dakwaan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mengatakan pembangkang akan menggunakan isu perkauman bagi meraih undi dalam kalangan bukan Melayu adalah tidak berasas.

Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook berkata, beliau tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat Presiden MCA itu dan beranggapan ia hanya sekadar mahu memburukkan imej Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, sebelum kenyataan itu dikeluarkan, Soi Lek harus melihat keadaan dalam parti Barisan Nasional (BN) itu sendiri, yang sebenarnya banyak membangkitkan isu perkauman dalam kalangan masyarakat.

“Sebelum kita membuat dakwaan tidak pasti, lebih baik melihat dalam parti sendiri, sama ada pernah melakukan atau tidak.

“Kenapa perlu melihat kepada parti pembangkang sahaja, sedangkan parti sendiri berdepan dengan pelbagai masalah dan sering membangkitkan isu sensitif dalam kalangan masyarakat,” katanya kepada Sinar Harian.

Siew Fook berkata, mereka (BN) mengeluarkan kenyataan berkenaan hanyalah semata-mata mahu membangkitkan perasaan benci masyarakat terhadap PR.

Bagaimanapun menurutnya, taktik itu silap kerana rakyat kini semakin bijak dan pandai menilai mana yang benar atau sebaliknya.

“Justeru, saya mahu menegaskan kepada seluruh pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang bahawa tiada isu perkauman yang akan digunakan bagi meraih undi.

“Kita hanya akan lebih mendekatkan diri dengan masyarakat setempat melalui program yang akan dilaksanakan ketika berkempen nanti,” katanya.SH

Polis bersalah terima rasuah

http://cbn.edu.my/kadetpolis/files/2009/08/logo-kadet.jpgAYER KEROH, 11 Jan.: Seorang pegawai polis di cawangan trafik dihukum penjara 18 bulan dan denda RM13,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam, selepas didapati bersalah menerima rasuah, tujuh tahun lalu.

Hukuman dijatuhkan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi terhadap tertuduh, Mastor Ibrahim, 47, yang berdepan dengan dua pertuduhan pada hari mendengar keputusan rayuan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh secara rasuah menerima suapan wang tunai RM570 melalui Abdul Shukor Hassan sebagai dorongan untuk mengurangkan tindakan saman trafik ke atas lori milik Pang Sen Haw.

:Mastor melakukan kesalahan itu di Wijaya Auto Accessories & Air Conditioner Centre, No 9905, Majlis Tanah kira-kira jam 5.30 petang pada 2 November 2004.

Polis yang berpangkat Cif Inspektor itu didakwa mengikut Seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta yang sama.

Bagi pertuduhan kedua, Mastor telah bertindak melengah-lengahkan Penolong Penguasa Badan Pencegah Rasuah Negeri, Khairul Azidi Yahidin dalam melaksanakan kewajipannya di bawah Akta Pencegah Rasuah 1997 dengan melarikan diri ketika dibawa balik ke pejabat BPR Melaka berkaitan kes BPR Melaka Aduan No 19/2004.

Kesalahan itu dilakukan di persimpangan lampu isyarat Masjid Al-Azim kira-kira jam 1.50 pagi, pada 3 November 2004.

Mastor yang sebelum ini bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah dituduh mengikut Seksyen 29 (b) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum penjara di bawah Seksyen 58 akta yang sama.

Kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Roziza Sidek, memohon kepada mahkamah memberikan hukuman berat terhadap tertuduh kerana melakukan kesalahan serius.

Hakim kemudian menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan denda RM10,000 terhadap pertuduhan pertama dan denda RM3,000 atau tiga bulan penjara jika tidak membayar denda bagi pertuduhan kedua.

Mastor yang diwakili peguam bela, Yau Jiok Hua meminta penangguhan hukuman, sementara menunggu keputusan di mahkamah rayuan disebabkan anak guamnya itu akan menunaikan umrah pada 3 Mac depan.

Polis jangan jadi alat Umno

Siasat ADUN Sri Muda: Polis Gagal Ikut Prosedur


SHAH ALAM 11 Jan.: Tindakan ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafie tidak hadir bagi siasatan di IPD Shah Alam hari ini kerana polis gagal melaksanakan prosedur dan notis dibawah seksyen 111 kanun tatacara jenayah.

Perkara ini dinyatakan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua sewaktu hadir menyatakan sokongan kepada Shuhaimi dan memberi penjelasan kepada media mengapa Shuhaimi tidak hadir hari ini.

"Saya harap polis tidak melibatkan diri dalam isu-isu politik. Polis harus bertindak profesional, menjaga keselamatan masyarakat, itu adalah 'priority' polis dan saya masih ingat IGP baru yang dilantik mengatakan 'priority' adalah keselamatan orang awam. Perkara yang melibatkan YB Shuhaimi tidak ada apa-apa kaitan dengan keselamatan awam," kata beliau.

Beliau seterusnya berkata, beliau dan rakan-rakan sepejuangan hanya akan bersetuju untuk menasihati Shuhaimi agar menghadirkan diri ke balai polis sekiranya polis mengeluarkan arahan di bawah Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah dan keputusan ini diambil setelah berbincang dengan para peguam PKR.

Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah memberikan kuasa kepada mana-mana anggota polis yang menyiasat sesuatu kes untuk mengarahkan mana-mana individu untuk hadir memberikan keterangan di hadapan anggota tersebut dan arahan perlu diberikan secara bertulis kepada individu berkenaan.

"Pada setakat ini tidak ada motis yang rasmi yang dikeluarkan untuk mewajibkan YB Shuhaimi untuk hadir ke balai polis hari ini, ini perkara pertama. Walau bagaimanapun bagi pihak PR, sesiapapun yang diperlukan untuk siasatan, kami sedia bekerjasama, tidak ada unsur kami menolak atau melarikan diri," jelas beliau lagi.

Semalam polis mencari Shuhaimi di kediamannya dan meminta Shuhaimi menghadirkan diri ke IPD Shah Alam pada pukul 2 petang hari ini.

Selain itu, beliau mencabar Umno-BN memberikan penjelasan berkenaan kain rentang yang mempersoalkan hak Sultan yang dilihat sebagai fitnah Shuhaimi.

"Saya, teman-teman saya mengesyaki, yang ada kepentingan dalam perkara ini adalah pihak Umno dan dan dengan cara yanng dibuat ini, saya mencabar supaya Umno Selangor untuk membersihkan imej mereka dan mengutuk tindakan ini bersama kita," tegas beliau.

Ini berikutan insiden di mana sejak pagi semalam, beberapa kain rentang yang mengandungi perkataan 'No to Royal' (Tidak kepada Raja) serta gambar Shuhaimi telah dinaikkan di sekitar Shah Alam oleh pihak tertentu dipercayai bertujuan memfitnah Shuhaimi.

Katanya lagi, polis sepatutnya menjalankan tugas menjaga ketenteraman awam, bukannya menjadi alat politik pihak-pihak tertentu dan beliau juga menuntut agar Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Ismail Omar berpegang kepada janjinya semasa perlantikannya.

Petang tadi, Tian Chua beserta ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar, ADUN Taman Medan, Haniza Talha, ADUN Rawang, Gan Pei Nei, Pengerusi Biro Kepengunaan serta sebagai wakil Ketua-ketua Cabang PKR Selangor, Yahya Sahri dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kota Raja, Azmizam Zaman Huri dan 200 ahli PKR hadir menyatakan sokongan kepada Shuhaimi.

Najib tidak boleh dipercayai, pembohong

Najib berbohong, tidak yakin pilihan raya awal

KUALA LUMPUR, 11 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak yakin mengadakan pilihan raya awal kerana beliau sendiri pun bercakap bohong, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Mengulas laporan bahawa Najib tidak yakin mengadakan pilihan raya seawal Mac atau Julai tahun ini kononnya kerana prihatin dengan janji-janji yang belum dilaksanakan oleh wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di setiap kerusi pilihan raya, Mahfuz berkata Najib sendiri banyak kali didapati bercakap bohong.

"Isu terbesarnya bukan janji-janji yang belum dilaksanakan oleh wakil-wakil rakyat di bawahnya, tetapi Najib sendiri pun banyak kali didapati berbohong.

"Contohnya dalam isu terbunuhnya Teoh Beng Hock di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, keluarga mangsa kini menuntut Najib menunaikan janjinya untuk menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat punca kematian tersebut, jika mereka tidak berpuas hati dengan hasil siasatan inkues," katanya.

Sekarang, kata Mahfuz, ternyata mereka tidak berpuas hati dengan hasil siasatan inkues itu dan Najib pula tiba-tiba mengumumkan bahawa suruhanjaya tersebut hanya akan meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang digunapakai.

"Ternyata Najib telah membohongi keluarga mangsa," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Bagi beliau, Najib bukan sahaja menipu keluarga mangsa, malah menipu seluruh rakyat Malaysia yang tertanya-tanya siapa yang membunuh Teoh.

"Persoalannya mengapa Najib kelihatan beria-ia mengelak dan memesong dari janjinya kepada keluarga Teoh bagi menyiasat punca kematian tersebut, jika mereka tidak berpuas hati dengan hasil siasatan inkues.

"Rakyat semakin tertanya-tanya , apakah yang cuba hendak disembunyikan oleh Perdana Menteri memandangkan Teoh didapat terbunuh di pejabat SPRM Selangor, iaitu di premis salah sebuah agensi kerajaan," katanya.

Mahfuz juga menyifatkan keenganan Najib itu sebagai bukti amat jelas bahawa kerajaan pimpinannya bersungguh-sungguh mengelak dari bersifat telus.

"Barangkali sebab itulah Najib dilaporkan tidak yakin lagi untuk mengadakan pilihan raya, mungkin imej pembohong dan tidak telus menyebabkan Najib sentiasa ragu-ragu untuk berhadapan dengan rakyat," katanya.

Beliau percaya, rakyat semakin bersedia untuk menghukum kerajaan yang penipu dan tidak telus.

PEMANDU jadi penipu, buang duit rakyat ?

Kajian PEMANDU Tipu Rakyat - Tony Pua


HULU KELANG 11 Jan. : Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan Jabatan Perdana Menteri (PEMANDU) gagal berperanan memberi informasi sebenar dan mengawal harga barangan walaupun sepatutnya unit itu membantu program merasionalisasikan subsidi, ujar Tony Pua.

Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara mendakwa kajian yang dilakukan PEMANDU terhadap impak kenaikan harga barangan merupakan penipuan kerana hakikatnya adalah berbeza.

PEMANDU dipimpin oleh dua Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dan Tan Sri Koh Tsu Koon.

"Dia kata kita buat kajian. Bila Barisan Nasional(BN) naikkan harga petrol, gula, diesel dan lain, lain harga teh tarik akan naik satu sen. Saya tak cakap main-main. Boleh tengok website pemandu www.pemandu.gov.my ada kertas fakta boleh muat turun. 70 perkara dia kata mee goreng mamak naik dari RM3 kepada RM3.01

Tetapi memberi contoh lain berkenaan harga teh tarik, walaupun PEMANDU menyatakan kajian harga teh tarik hanya akan naik satu sen daripada harga asal RM 1.20 sen.

Hakikatnya harga teh tarik yang telahpun dinaikkan sebanyak 20 sen pada awal tahun ini seperti dirancang Persatuan Pekedai kopi dan teh Selangor dan Kuala Lumpur menjadikan harga naik kepada RM 1.40.

Justeru Tony secara berseloroh meminta kerajaan Barisan Nasional 'memulangkan' 19 sen bagi setiap teh tarik yang diminum oleh rakyat sebagai tanda prihatin dan berpegang kepada kajian yang dibuat.

"Saya nak minta sama kerajaan hari ni saya minum teh tarik di kedai mamak RM1.40. Saya nak mintak BN pulangkan 19 sen kepada saya untuk setiap gelas yang saya minum. Kita mintak pulangkan setiap 19 sen kerana kerajaan kata harganya hanya RM 1.21," jelasnya.

Kenaikan harga barangan makin menjadi apabila harga gula meningkat sebanyak 55 peratus pada tahun lepas sahaja dan harga petrol dan diesel dinaikkan secara berjadual setiap beberapa bulan.

Menurut Tony lagi, kerajaan BN pula gemar menggunakan istilah 'penyelarasan subsidi' berbanding 'naik harga' demi memaparkan kononnya kesejahteraan negara di masa akan datang atau penggunaan istilah ekonomi berbunyi pengurangan defisit.

"Kita dapat lihat dengan jelas bila kos naik. Subsidi kena potong. Dia kata kena rasionalkan subsidi di negara kita kalau tidak kita muflis. Yang akan muflis itu Barisan Nasional," katanya.

DUN Selangor siap untuk bersidang

Dewan Negeri Selangor Siap Sedia Pinda Perlembagaan



SHAH ALAM 11 Jan.: Pakar Perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata pihaknya sudah selesai memberikan pandangan dan nasihat serta kesan-kesan pindaan dalam draf yang disediakan Kerajaan Negeri Selangor bagi meminda perlembagaan negeri itu.

Aziz Bari ketika dihubungi Tv Selangor berkata, kerajaan negeri menyediakan draf pindaan dan Khalid sebagai Menteri Besar akan menjelaskan kepada Dewan mengenai kronologi dan isu sebenar dalam krisis pelantikan tersebut.

Sebelum itu, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim Khalid dilaporkan berkata, kerajaan negeri melantik Aziz Bari yang juga pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa dan peguam Datuk Param Cumaraswamy, bagi menyediakan draf pindaan Seksyen 52 Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Ujar Khalid, ia membabitkan cadangan untuk meminda perlembagaan negeri bagi mengembalikan kepada Sultan dan Menteri Besar, kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang.

"Menteri Besar juga akan menerangkan bagaimana kerajaan negeri menangani isu ini setakat ini serta menjelaskan kekeliruan supaya ahli Dewan dapat faham kedudukan sebenar.

"Kita cuma diminta memberikan nasihat dan menyediakan draf pindaan sahaja, yang lain itu merupakan keputusan dan pendekatan politik yang diambil oleh kerajaan negeri dan saya tidak campur tangan dan saya pun tidak tahu kerana perkara itu berada di dalam pengetahuan dan kebijaksanaan kerajaan negeri," jelasnya.

Cuma jelas Aziz selepas itu, mungkin ahli Dewan akan bertanyakan soalan dan mungkin usul tertentu yang akan dibawa oleh ahli Dewan dan terpulang kepada Dewan untuk menerima atau tidak.

Dalam kenyataan pejabat Speaker DUN Selangor hari ini, Datuk Teng Chang Khim telah mengarahkan setiausaha DUN supaya memaklumkan perkara itu kepada semua ADUN Selangor.

Sidang 24 Januari ini nanti diadakan mengikut Peraturan 10(3) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.

Menurut kenyataan itu, Speaker memanggil mesyuarat tersebut selepas berpuashati dengan alasan yang dikemukakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, bahawa kepentingan awam berkehendakkan mesyuarat tersebut diadakan lebih awal dari tarikh DUN ditangguhkan.

Najib tidak akan berani berdebat, Rosmah mungkin berani

Debat Program 100 Hari, Najib Diminta Terima Cabaran Anwar


SHAH ALAM 11 Jan. : Perdana Menteri dicadang agar segera menerima cabaran yang diutarakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat berhubung Program 100 Hari Pakatan Rakyat yang dipertikaikannya, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

"Kita kemukakan masing-masing. Pembangkang beri cadangan, kerajaan berikan cadangan. Ini sepatutnya telah diamalkan lama di negara kita. Tetapi itu tidak dibuat.

"Kenapa kalau realisitik (program transformasi) tetapi tidak mahu berdepan dengan awam? Terangkanlah kepada orang awam tetapi kalau sebaliknya, kalau Najib kata Pakatan Rakyat atau Anwar berikan perkara yang tidak realistik, kenapa Anwar pula yang hendak berdepan dengan orang ramai untuk beritahu pelan kita yang pada pandangan mereka tidak realisitk," selar Azan.

Menurut Azan cadangan Program 100 Hari Pakatan Rakyat yang menelan belanja sebanyak RM19.2 bilion sudah mengambil kira perkara di luar jangka.

"Mereka kena sedar orang yang membuat anggaran itu adalah bekas seorang Menteri Kewangan yang tahu formula-formula, yang sudah tentu tahu sangat kaedah-kaedah merumuskan belanjawan untuk pentadbiran negara.

"Perkara itu sangat-sangat realisitik sebab kos sebenar 100 hari untuk pengubahsuaian memang rendah daripada itu. Itupun setelah mengambil kira faktor sekiranya berlaku perkara luar jangka. Itu sudah diambil kira," katanya lagi.

Menurutnya, akibat gagal menyakinkan rakyat menyebabkan Perdana Menteri akhirnya terpaksa memburuk-burukkan dasar dan rancangan kerajaan Pakatan Rakyat untuk mengaburi kelemahan mereka.

Dalam keadaan terdesak itu, Najib tampil membuat kenyataan bahawa program 100 Pakatan Rakyat bersifat populis dan tidak bertanggungjawab.

Tambahnya, walaupun mengumumkan pelbagai program transformasi diselang-seli dengan kritikan pentadbiran Pakatan Rakyat, Najib bagaimanapun masih gagal meraih kepercayaan rakyat.

Sehingga kini dakwa Azan kira-kira 35 peratus golongan yang menjadi agen sebenar dalam sektor-sektor di negara kita, baik ekonomi, kewangan, sosial, agama, budaya, pendidikan gagal diyakinkan oleh kerajaan.

Kegagalan Najib menyampaikan mesej perubahan melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dibawanya itulah yang menyebabkan beliau mula hilang arah dan gementar dengan Program 100 Pakatan Rakyat yang dicadangkan pada konvensyen yang lalu, tambah Azan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata Najib nyata bukan hanya tidak memahami program itu tetapi nyata tidak memahami juga dari sudut angka dan kos perkara seperti yang Pakatan Rakyat sebutkan.

Mengambil contoh pengiktirafan yang bakal diberikan kepada tenaga pengajar dan kakitangan awam dalam sektor pendidikan dengan imbuhan RM500 sebulan kepada 537,221 penjawat, masih belum mampu menyaingi jumlah subsidi yang diberikan kerajaan kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP)

"Itu telah kami hitung tidak akan membelanjakan lebih dari RM3.2 bilion setahun. Sementara kalau kami mahu ambil dari bayaran subsidi kepada Tenaga Penjana Bebas (IPP) yang hari ini menelan belanja RM9 bilion, dari situ sahaja kita boleh membiayai cadangan kami untuk memberi imbuhan kepada tenaga pengajar di seluruh negara kita," jelas Dr Dzul lagi.

Menurut Dr Dzul lagi, sudah sampai masanya rakyat didedahkan dengan maklumat dari pelbagai sumber dan media menerima hakikat bahawa Malaysia adalah negara dua parti.

Maka katanya, cadangan Anwar untuk berdebat dengan Najib tidak harus dipandang dari sudut politik semata namun ia atas dasar kebertanggungjawaban untukmemberikan yang terbaik kepada rakyat.

Khusrin memang tidak layak

Isu SUK, Saya Hanya Dedah Kebenaran-Khalid Samad




SHAH ALAM 11 Jan.: Pendedahan berkenaan penyelewengan proses pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor hanya berlandaskan untuk mendedahkan kebenaran semata-mata, kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Katanya, pendedahan itu tidak langsung membabitkan masalah peribadi tetapi disebabkan ada satu usaha secara tidak bermoral merampas kembali negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat.

"Kalau kerajaan negeri memilih Khusrin, beliau ditemubual dan nombor satu dari pada enam calon yang dicalonkan, saya tidak ada masalah, tetapi beliau adalah calon nombor enam daripada enam yang ditemubual dan beliau juga bukan pilihan kerajaan negeri.

"Dan beliau juga banyak kekurangan dari segi keupayaan untuk menyandang peranan SUK, ini bukan soal peribadi tetapi ini soal mencari calon yang terbaik untuk memegang jawatan SUK. Kalau beliau yang terbaik saya terima dan ini terbukti kerana kita jalankan temubual," katanya.

Terdahulu, Khalid mendedahkan konspirasi dalam pelantikan Khusrin sebagai SUK dengan mendakwa bekas SUK, Selangor Datuk Ramli Mahmud adalah dalang dengan memgemuka nama Khusrin kepada istana Selangor pada 3 Disember lalu tanpa pengetahuan Menteri Besar.

Khalid sebelum ini, sering menegur tindakan Khusrin sewaktu menjawat jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor.

Antaranya Khusrin digesa meletakkan jawatan jika beliau tidak mampu mengasingkan kecenderungan politik dari jawatan yang dipegangnya kerana didapati melanggar titah Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan agar masjid dan surau-surau di Selangor tidak dipolitikkan.

Khusrin ketika itu, dilihat beria-ria menyokong permohonan rasmi Umno yang mahu menggunakan Masjid Al-Ihsan di Kampung Medan, Petaling Jaya untuk program bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Anwar khuatir Suruhanjaya Diraja Beng Hock tidak selesai masalah



PETALING JAYA 11 Jan. : Suruhanjaya Siasatan Diraja yang bakal ditubuhkan bersabit kes Teoh Beng Hock dikhuatiri tidak akan membawa kepada sebarang penyelesaian berasaskan kegagalan Umno-BN bertindak atas hasil siasatan seumpama itu sebelum ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan kerajaan menyembunyikan fakta dan melindungi pihak tertentu menyebabkan tidak ada tindakan diambil mantan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad bersabit video VK Lingam mahupun terhadap Peguam Negara yang didakwa memalsukan bukti dalam kes mata lebam beliau.

"Soal Teoh Beng Hock, Suruhanjaya Diraja. Setakat siasatan akan dihadkan dan kalaupun keputusan dibuat, tindakan tidak diambil. Sebagai contoh kes VK Lingam disahkan tapi tiada tindakan diambil kerana pembesar-pembesar UMNO terlibat. Tokey kaya terlibat dalam UMNO.

"Kedua kes mata lebam. Saya dah perhatikan Datuk Mat Zain yang siasat buktikan bagaimana Peguam Negara terlibat dalam sembunyi fakta. Ini ketua penyiasat polis dan kita hanya padamkan. Dia kata DNA di situ Peguam Negara, Ketua Polis Negara terlibat dalam penipuan. Tapi kes ini ditutup," ujar Anwar.

Perdana Menteri, Najib Razak berkata Suruhanjaya Diraja itu hanya akan menyiasat sama ada hak asasi Beng Hock dicabuli dan bukannya merungkai kematian mendiang, sebagaimana yang dituntut oleh keluarga beliau dan rakyat keseluruhan.

Koroner Azmil Muntapha Abas memutuskan minggu lalu bahawa tidak ada bukti mencukupi untuk beliau memutuskan sama ada Beng Hock mati dibunuh atau membunuh diri selepas mayatnya di jumpa di bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah di Shah Alam pada Julai 2009.

Anwar berkata keputusan itu tidak masuk akal itu dan menzahirkan kegagalan sistem keadilan negara.

"Apa yang kita pelajari dari kes Teoh Beng Hock ialah kegagalan Badan Penguatkuasaan dan kegagalan sistem kehakiman negara. Dia tidak berani membuat keputusan yang tidak memihak dari segi politik kepada UMNO dia ambil jalan selamat. Jadi bahan lucuan tapi ini tragedi, seorang mati tak dibunuh atau bunuh diri, jadi jatuh dengan sendirinya,"kata Anwar lagi pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Beng Hock adalah Pembantu kepada Exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah. Mendiang mati setelah menjalani soal siasat sepanjang malam oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Kewibawaan inkues itu dipertikaian oleh keluarga mendiang yang khuatir pihak berkuasa sedang cuba menutup kebenaran yang mengakibatkan kematian mengejut Beng Hock.

PRU : DUN Kedah bayang tidak ikut pusat




ALOR SETAR 11 Jan. : Datuk Seri Azizan Razak membayangkan negeri itu tidak semestinya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan Pilihan Raya Umum (PRU) peringkat pusat , lapor Harakahdaily.

Menurut Menteri Besar Kedah itu, pembubaran DUN Kedah bergantung kepada keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang bersepakat untuk memutuskan sendiri tarikh PRU bagi negeri-negeri yang dikuasai.

Ketika ini PR menguasai empat buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

"Bagi kerusi DUN, kehendak kerajaan BN (menentukan tarikh pilihan raya umum) tidak semestinya menjadi ikutan (negeri)," kata beliau.

Bagaimanapun kata Azizan dalam kontek kerusi parlimen, PAS akan menyertainya tidak kira waktu bila pilihan raya itu akan diumumkan oleh kerajaan pusat.

"Kita tidak akan beri ruang sedikit pun kepada BN walaupun pilihan raya akan diadakan dalam masa terdekat. Tapi bagi negeri yang kita kuasai, ia bergantung kepada Majlis Pimpinan PR untuk memutuskan bila DUN akan dibubarkan," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah.

Pembubaran DUN walaupun lazimnya dilakukan selepas pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum dijalankan serentak tetapi Menteri Besar mempunyai kuasa untuk mengadakan pilihan raya negeri dengan mendapat perkenan Sultan.

Sebelum ini, Kerajaan Selangor turut menegaskan untuk tidak membubarkan DUN sekiranya kerajaan pusat mengadakan pilihan raya umum tergempar atau dalam masa terdekat.

Keputusan yang diambil hasil perbincangan pimpinan PR peringkat negeri itu antaranya mengemukakan alasan mahu menggunakan mandat lima tahun sepenuhnya bagi melaksanakan janji-janji kepada rakyat tanpa terikat dengan rentak Barisan Nasional.

Mengulas lanjut tentang tarikh pilihan raya umum yang sentiasa menjadi teka-teki di negara ini, Azizan menasihatkan pimpinan kerajaan BN supaya tidak lagi mengamalkan sikap demikian.

Kata beliau, rakyat hari ini tidak boleh diperbodohkan sepertimana yang dilakukan sebelum ini kerana sebahagian besar rakyat sudah celik politik malah menyedari apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Selain itu kata beliau, teka-teki tarikh pilihan raya yang menjadi permainan BN langsung tidak menggusarkan Pakatan Rakyat (PR), sebaliknya BN yang takut untuk mengumumkan tarikh PRU sekiranya mereka merasa sukar untuk mendapat kemenangan.

Lima polis belasah peniaga didakwa hari ini


PETALING JAYA 11 Jan.: Lima anggota polis hari ini dihadapkan ke mahkamah majistret Petaling Jaya hari ini berhubung dakwaan membelasah ahli perniagaan Chia Buang Hing.

Daripada lima anggota itu, empat konstabel didakwa mengikut seksyen 323, Kanun Keseksaan kerana dakwaan mencederakan mangsa.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu ke atas Chia di balai polis Kota Damansara daripada jam 12.30 pagi hingga 3 pagi pada 19 Disember tahun lalu.

Keempat-empat konstabel itu adalah Mohd Azwan Hassan, Norzali Rosle, Ahmad Saifullah Osman and Alizulhafiz Abdul Ghafar.

Mohd Azwan dan Norzali menghadapi pertuduhan kedua atas akta yang sama kerana mencederakan Chia di Jalan PJU 3/15, Persiaran Tropicana, Petaling Jaya antara jam 11.30 malam 18 Disember hingga 12.30 awal pagi hari keesokannya.

Keempat-empat mereka mohon dibicarakan. Jika bersalah mereka boleh dipenjarakan maksimun setahun, denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Seorang lagi anggota yang didaakwa adalah lans korporal Mohadi Adam yang didakwa mengikut seksyen 166, Kanun Kesiksaan kerana tidak mematuhi undang-undang dalam usaha untuk mencederakan pengadu.

Mohadi mohon dibicarakan. Jika bersalah dia menghadapi hukuman penjara maksimun setahun, denda dan juga kedua-duanya.

Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan tidak menetapkan sebarang ikat jamin bagi pembebasan kelima-lima mereka sementara menunggu perbicaraan yang ditetapkan pada 14 Februari depan.

Chia sebelum ini juga mendakwa anggota polis berkenaan bukan sahaja menyerang tetapi merompak wang tunai RM13,000 daripadanya.-Malaysiakini.

Kerja puak-puak Songkok Tiga Jengkal nak rosakkan nama PR

Isu SUK: Pakatan nafi naik kain rentang

Pakatan Rakyat Selangor hari ini menafikan bahawa gabungan itu menggantung kain rentang yang yang didakwa menolak campur tangan sultan dalam pentadbiran negeri.

NONE"Kami menafikan ianya daripada pihak kami. Daripada isu kandungan (kain rentang) ia bercanggah dengan (pendirian) Pakatan.

"Kita tidak mahu ada sengketa dengan pihak Istana. Ia terbukti apabila MB dan Exco hadir dalam majlis Sultan (dalam pelantikan setiausaha kerajaan negeri," kata ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad (dua dari kiri).

Bercakap dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Shah Alam, Khalid berkata, terdapat tiga kain rentang, di mana salah satu daripadanya berbunyi "Dimanakah Keadilan Sultan Dalam isu pemilihan SUK Siapa Lebih Berhak?" ditemui di Seksyen 9, Shah Alam.

Dua lagi kain rentang ditemui di seksyen 13 dan satu lagi bulatan di kawasannya.

NONEMenurutnya lagi, dalam kain rentang tersebut tertera bendera ketiga-tiga parti gabungan Pakatan, dan tertulis biro penerangan PKR Selangor.

Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah ahli Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor (MPN) Yahya Sahri, timbalan setiausaha DAP Selangor Ng Suee Lim dan Presiden Kelab Penyokong Menteri Besar Selangor Khairul Anuar Othman.

Mengulas lanjut, Khalid berkata pendirian Pakatan Rakyat jelas terus mempertahankan Islam, Institusi Raja, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu sepertimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan persekutuan.

Katanya, perkara tersebut telah diputuskan dan ditandatangani oleh ketiga-tiga presiden gabungan itu pada September 2008.

"Tetapi sikap kita terhadap (pihak) Istana dan orang Melayu sering dijadikan isu," kata beliau yang juga yang dipertua PAS Shah Alam.

Ditanya jumlah kain rentang yang ditemui, Khalid menjelaskan setakat ini hanya tiga yang diperolehi dan beliau tidak menolak kemungkinan "ada lebih daripada itu" terutama di luar kawasannya.

"Saya meminta ahli majlis menurunkan kain rentang tersebut dan Dr Badrul Amin (pengarah penerangan Selangor) juga mengarahkan AMK menurunkkannya sekiranya jumpa," katanya.

Sementara Yahya menyifatkan tindakan menggantung kain rentang itu adalah "satu provokasi dan ianya bukan satu perkara baru" kerana sebelum ini Pakatan menghadapi situasi yang sama di Johor.

Malah katanya, isu pelantikan SUK melibatkan soal pentadbiran dan kuasa Sultan serta menteri besar perlu dihormati.

Manakala Suee Lim pula berkata DAP Selangor sepakat menjunjung perlembagaan dan komited menjunjung prinsip demokrasi.

"Kita tidak ada unsur-unsur untuk melakukan apa yang dinyatakan dalam kain rentang di Shah Alam," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta polis menyiasat terperinci perkara tersebut serta mendesak ahli politik mengamalkan budaya politik sihat dan membendung perbuatan "jijik" seperti itu.

Sementara itu, seorang ahli jawatankuasa PAS Shah Alam telah membuat laporan polis berhubung kain rentang tersebut.


Mohd Sofian Mohd Shariff membuat laporan tersebut di balai polis Seksyen 11, Shah Alam.

Dalam laporannya, Mohd Sofian berkata, beliau menemui kain rentang tersebut pada jam 9 pagi di Seksyen 9 dan mengesyaki ianya dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"PAS tidak pernah mempersoalkan keadilan Sultan. YDP (yang dipertua) mengarahkan saya menurunkan banner (kain rentang) tersebut. Sejurus selepas itu, sebuah kereta peronda polis datang dan mengambil banner (kain rentang) tersebut.

"Saya membuat laporan polis ini kerana ia merupakan fitnah jahat yang dibuat oleh pihak yang bertanggungjawab untuk menimbulkan perasaan benci oleh rakyat kepada Pakatan rakyat," laporan polis itu dipetik.

Sehubungan itu, Mohd Sofian meminta polis menyiasat pihak yang bertanggungjawab membuat hasutan tersebut dan dibawa kemuka pengadilan.

Pengundi cerdik Umno tersepit

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/news_dec2010/abu%20bakar%20chik2.jpgKUALA TERENGGANU, 11 Jan. : Pas yakin pengundi dan pemilih pada hari ini adalah lebih intelek dan bersifat adil bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Terengganu, Datuk Abu Bakar Chik berkata, rakyat pada hari ini ingin melihat apakah perubahan dan pembaharuan yang dibawa oleh pemimpin bagi menjamin kehidupan yang lebih naik.

“Setelah 50 tahun merdeka, rakyat kini inginkan pembaharuan, dan Pas sudah memulakannya sekarang dengan penerbitan risalah Merah dan Jingga,” katanya ketika dihubungi Sinar harian.

Menurutnya, pemimpin Barisan Nasional (BN) hari ini tidak nampak seperti menyelesaikan isu rasuah, keruntuhan moral yang semakin parah, gejala sosial yang semakin menjadi-jadi, malah ia dilihat semakin hari semakin teruk.

Abu Bakar berkata, setakat ini tiada jaminan yang diberikan oleh BN untuk mengatasi masalah ra-suah, dan mereka seharusnya menyelesaikan dahulu segala masalah dan bertindak memulihkan keadaan, bukan memburukkan lagi.

“Hal ini ternyata berbeza dengan Pas yang lebih menjaga dan menitik beratkan kepentingan rakyat demi menegakkan serta memperjuangkan keadilan banyak perkara,”katanya.SH

PAS Kelantan yakin kekalkan kuasa

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhzYZ6mt12z8luYKbC9fSWOrVOrG1yavlwSOMWOyqQOcsSCflgWtDUGbfZFrel_ce-zh2XYuJQ49Plmq6A9ZNavo4zTNIgY-oi5aDgicoGlYOTd4jGMjqAw11Op3OddLmf3hLOEHSxOQ50/s1600/mohd-amar.jpgKOTA BHARU, 11 Jan. : Pas Kelantan yakin negeri ini mampu dipertahankan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) meskipun Barisan Nasional (BN) kini menggandakan usaha untuk merampas beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Timbalan Pesuruhjaya Pas III Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya tidak terkejut dengan sasaran BN untuk mendapatkan 23 kerusi DUN bagi memerintah negeri ini, namun parti itu perlu sedar hakikat politik di negeri tidak menjuruskan kepada sasaran parti tersebut.

“Sasaran adalah biasa dalam politik, kita menghormatinya, namun BN juga perlu ingat tujuh kerusi yang dimiliki juga tidak selamat. Kita juga menyasarkan untuk merampas kembali kerana BN menang dengan majoriti yang kecil kecuali DUN Ketereh,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Semalam, Pengerusi Perhubungan BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, parti itu menyasarkan sekurang-kurangnya mendapatkan 23 dari 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13).

Mustapa berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada sokongan dan minat rakyat kepada BN dan buktinya dapat dilihat pada pilihan raya kecil sebelum ini termasuk di Galas.

Mohd Amar yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, Pas dan Pakatan Rakyat (PR) kini bukan sahaja berhasrat untuk mengekalkan Kelantan dan tiga negeri yang lain, malah menyasarkan untuk memerintah Putrajaya.

“Kita bukan sahaja bercakap soal negeri, malah hajat kita lebih besar untuk mendapatkan Putrajaya, saya percaya perkara ini bukannya perkara yang mustahil untuk dicapai,” katanya yang juga ADUN Panchor.

Dalam pada itu, ditanya adakah Pas Kelantan tidak bimbang dengan senario PRU 2004 yang menyaksikan parti itu memerintah dengan kelebihan satu kerusi, Mohd Amar berkata, senario itu tidak berlaku sekiranya BN bertarung dengan adil.

“Ramai kata bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah faktor yang menjurus kepada keputusan itu, namun hasil kajian kita, pemindahan mengundi dan ketidakadilan dalam pilihan raya pun menjadi antara faktornya,” katanya.SH