Thursday, February 28, 2013

PENGAKUAN!!! Bekas Pegawai Penerangan UMNO mengaku bantu warga asing dapatkan IC

Wanita 2PETALING JAYA 28 FEB: Bekas ahli Umno, Siti Aminah Mahmud, 63, berkata, beliau bersama kumpulannya pernah membantu pendaftaran setengah juta kad pengenalan (IC) kepada pendatang tanpa izin di Sabah untuk dijadikan pengundi BN.

Menurutnya, pendaftaran segera itu dibuat di bawah ‘projek IC Mahathir’ dari 1990 hingga 1994.

“Setiap kali dihantar berguni-guni (IC). Ia diproses dalam jangka masa sebulan. Katakan (pendaftaran) dibuat pada satu hari bulan, maka ia (IC) akan diserahkan pada tarikh yang sama pada bulan yang akan datang,” kata bekas ahli Umno Cawangan Skudai Kanan, Johor Bahru itu pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.

Wednesday, February 27, 2013

SUMBER UMNO!!! Najib perlu ditukar jika BN mahu menang


KUALA LUMPUR: Sumber Umno menyatakan dengan jelas kepada Harakahdaily bahawa BN hanya mempunyai peluang untuk memenangi PRU13 sekiranya sedia menyatakan mempunyai calon Perdana Menteri yang baru.
Ditanya Harakahdaily yang merasakan perkara itu mustahil kerana jawatan itu secara tradisinya milik orang yang menjawat Presiden Umno, katanya, “Betullah. Maksud saya Presiden Umno kena tukar orang lain. Kalau tak, aniaya BN nanti di PRU13".

“Najib kan popular?” tanya Harakahdaily.

CABUT PINTU BELAKANG!!! Rosmah lari dari protes siswi UKM



BANGI: Sekumpulan mahasiswi daripada Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) hari ini telah melakukan protes aman di hadapan Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Lebih kurang 50 orang mahasiswi telah berkumpul di hadapan dewan tersebut bagi menyatakan protes terhadap penyelewengan yang telah dilakukan oleh isteri pemimpin nombor satu negara itu.

FITNAH JADI MAKANAN!!! Setpol MB Kedah saman Blogger UMNO Padi Jantan


Ni foto sidang media di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Suka Menanti tengahari tadi, memang sah Muhammad Sanusi Md Nor Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Besar Kedah melalui peguamnya (sebelah kanannya tu) failkan saman fitnah terhadap seseorang yang menjadi pemilik blog Padi Jantan. 

Tuesday, February 26, 2013

KAJIAN TERKINI!!! Sokongan kepada Najib turun lagi, semua kaum makin marah kepada BN

najib-peningKUALA LUMPUR 26 FEB: Penyelidik bebas Merdeka Center dalam laporan terkini hari ini mendapati sokongan pengundi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menurun daripada 65 peratus pada Mei 2012 kepada 61 peratus pada Januari tahun ini.

Dalam kajian yang melibatkan 1,021 pengundi berdaftar tersebut juga mendapati, kemarahan masyarakat Cina terhadap kerajaan Barisan Nasional masih tinggi iaitu pada kadar 68 peratus.

FORUM PENDEDAHAN PI BALA!!! Siapa bunuh Altantuya? nantikan esok....

forumKUALA LUMPUR 26 FEB: Bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala) akan tampil di forum ‘Rungkai Misteri di Sebalik Pembunuhan Altantuya’ esok, di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH).

Bala yang membuat dua akuan bersumpah (SD) yang bercanggah berkaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu tiba di Malaysia petang Ahad lalu selepas empat tahun tinggal di India.

Monday, February 25, 2013

PARLIMEN BELUM BUBAR!!! Inilah yang meletihkan Najib sehingga terlepas tarikh sepatutnya bubar parlimen

Masih tak jumpa tarikh.....?
AKUAN BERSUMPAH BALA KEPADA NAJIB, BACA BETUL2,

25. Dalam perbincangan itu dan dalam usahanya untuk memujuk saya untuk terus memberikan perkhidmatan kepadanya, Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahawa:--

25.1. Dia telah diperkenalkan kepada Aminah oleh Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pameran berlian di Singapura.

UMNO UPAH PELAKON SIAM!!! Berlakon jadi ahli PAS keluar parti sertai UMNO


RANTAU PANJANG: Tanpa mengira seseorang itu berasal dari mana, Umno di sini terpaksa memperalatkan pihak berkenaan bagi menjayakan program penyokong PAS menyertai Umno baru-baru ini.

Itulah yang berlaku kepada beberapa penama yang didakwa kononnya bekas penyokong PAS, menyerah borang menyertai Umno kepada ketua bahagian Umno Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasin.

Noraini Dollah kini menetap di Kampung Tasik Bakong yang disebut menyertai Umno sebenarnya berasal dari Thailand dan tidak berdaftar sebagai pengundi.

Sunday, February 24, 2013

DEMO DEPAN MUHYIDDIN!!! Rakyat Sabah mula bangkit mahu melakukan perubahan



BERITA YANG DISOROKKAN OLEH MEDIA ARUS PERDANA!!!!... KUNJUNGAN MUHYIDDIN YASSIN KESABAH PADA 23HB FEBRUARI 2013 YANG LALU, DIMALUKAN OLEH PENDUDUK PENSIANGAN, SABAH

Kunjugan Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Sabah pada 23hb Februari 2013 yang lalu telah mendapat kejutan maut sambil dimalukan oleh penduduk DUN Nabawan Parlimen Pensiangan, Sabah apabila beberapa sepanduk menuntut janji-janji yang pernah ditaburkan oleh Kerajaan UMNO/BN kepada rakyat Sabah masih belum tertunai lagi.

Keberanian yang ditonjolkan oleh penduduk Sabah secara terbuka, tegas dan berani ini amat mengejutkan sekali.

SUDAH TIBA!!! Akuan Bersumpah Pertama (SD1) adalah benar, bala untuk Najib


P Balasubramanian (PI Bala) tiba di KLIA malam tadi dari luar negara dan bersumpah bahawa Akuan Bersumpah Pertama (SD1) beliau yang pertama adalah benar.

Sambil memegang kitab suci agama Hindu, Bhagawad Gita, PI Bala bersumpah, Akuan Bersumpah Kedua (SD2) yang beliau buat untuk memansuhkan SD1 adalah palsu.

TERKINI!!! Manifesto Pakatan Rakyat dibentangkan


SHAH ALAM: Pakatan Rakyat hari ini mengemukakan beberapa tawaran membantu ekonomi rakyat dalam manifesto mereka berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Manifesto ini dibacakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli sempena Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-4 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pagi ni.

Berikut antara yang diumumkan:

1-Mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan baru untuk rakyat dengan mengurangkan kebergantungan buruh asing secara berperingkat.

Saturday, February 23, 2013

MEMALUKAN!!! Inilah aksi pejuang Kalimah Allah tajaan Perkasa/UMNO


Najib ketika berucap merasmikan program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Terengganu berkata,.......Satu undi kepada PKR adalah satu undi yang membawa kerosakan akidah kepada negara.

Satu undi PAS, membawa kepada perpecahan umat Islam

dan satu undi DAP adalah satu undi yang membawa kepada penindasan umat Islam.

Friday, February 22, 2013

TERKINI!!! Dato' Harun Din pertegaskan terus bersama PAS, sahkan akan bertanding Parlimen Arau

http://panduanpercuma.info/wp-content/uploads/2012/02/dr-haron-din.jpgIsnin lalu, saya sempat berkunjung ke rumah Dr Haron Din, di Bandar Baru Bangi. Saya tidaklah berhasrat menimbulkan khabar angin yang tersebar luas dalam internet mendakwa beliau keluar PAS, banyak lagi perkara lain yang lebih urgent.

"Kalau Ustaz Haron Din betul keluar PAS, pasti Utusan dan TV3 terlebih dulu menghebohkannya," saya membalas SMS seorang rakan yang bertanyakan berita palsu itu. Rupanya ramai lagi yang tertanya-tanya isu yang sama. 

'INI KALILAH"!!!Gelombang terkuat dalam sejarah tukar k’jaan Sabah

AnwarSABAH 23 FEB: Sokongan rakyat Sabah terhadap Pakatan Rakyat jauh lebih hebat berbanding gelombang penukaran kerajaan negeri sebelum ini, katabekas pemimpin Umno negeri itu.

Bekas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Ahmad Shah Tambakau yang mengisytihar menyertai KEADILAN minggu lalu menyifatkan gelombang ‘Ini Kalilah’ tidak dapat disekat oleh Umno.

“Apabila Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing keluar BN dan sokong Pakatan, sambutan masyarakat Kadazan Dayak Murut begitu kuat.

Thursday, February 21, 2013

EDISI KANTOI!!! UMNO Lumut cerita 1000 DHPP keluar parti, sebenarnya ..

Umno pencacai Zambry Kadiaq cuba buat cerita yang tak masuk akal... he he he.. tak berbohong bukan umno la...
Dua hari sudah heboh beb,, 1000, seribu.. woi banyak tu...


Nak bagi tau,, Ahli dewan himpunan penyokong PAS, 800 orang pun tak sampai,, macam mana boleh diceritakan sampai seribu,,, tak apa...

UMNO MAKIN RESAH!!! Bekas Menteri & Timbalan Menteri dari Sabah sertai KEADILAN

AnwarSABAH 21 FEB: Dua lagi personaliti BN Sabah – bekas Menteri muda, Yapin Gimpoton dan bekas Timbalan Menteri Pusat, Datuk Ahmad Shah Tambakau menyertai KEADILAN.

Kedua-duanya – bekas ahli Berjaya, secara rasmi menyertai KEADILAN sewaktu lawatan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah pada hari pertama Tahun Baru Cina 10 Februari.

Wednesday, February 20, 2013

PANAS!!! Utusan dakwa PAS berpecah tapi kenapa bangunan UMNO yang runtuh?




Berita panas ni dijamin tak masuk Utusan Meloya dan TV3 Suku

Manusia mana kat dunia ni yang tak boleh dikritik..dikomen...atau ditegur...melainkan para nabi dan rasul...kerana mereka dah terserlah dengan sifat maksum dari segala dosa dan kesilapan...


tapi kalau dah kita sama-sama manusia marhein biasa ni...yang imannya pun macam roda..

hari ni kat atas..hari esok kat bawah...malam ni kuat..bangun tahajud...lepas tu sebulan tidoq berdengkuq..subuh pun jadi subuh gajah...

memang sure...jelas tanpa disuluh-suluh tentunya ada kesilapan dan boleh ditegur...

DULU UMNO SEKARANG PAS!!! Pak Din KB sertai PAS, tamparan hebat buat UMNO Bagan Serai



19 Feb 2013 : Munajat dan Ceramah Perdana PRU-13 Peringkat Negeri Perak, Masjid Tinggi Bagan Serai terlakar sejarah bagi PAS Perak apabila Adris B. Salleh 66 tahun yang lebih dikenali Pak Din KB oleh penduduk setempat menyertai PAS secara rasminya disini.



Pak Din KB yang dahulunya orang kuat UMNO dan kini menjadi ahli PAS memberi tamparan hebat buat UMNO Perak khususnya UMNO Bahagian Bagan Serai.



Pak Din KB yang sekarang menetap di Kubu Gajah Gunung Semanggol telah menjadi ahli UMNO sejak 26 tahun yang lalu juga pernah memengang banyak jawatan-jawatan terpenting didalam UMNO hari ini telah terbuka pintu hati bersama PAS untuk memperjuangankan Al-Quran dan Hadis sebagai landasan.


UMNO!!! Pengkhianat sebenar orang Melayu

Orang Melayu harus menerima hakikat bahawa DAP tidak pernah mengancam kedudukan mereka apalagi agama Islam yang jelas diangkat sebagai Agama Persekutuan dalam perlembagaan negara.
Malah, realitinya kini, semakin ramai orang Melayu menyertai DAP kerana asakan dan fitnah jahat dari UMNO yang menuduh DAP anti-Melayu dan anti-Islam tidak benar sama sekali dan bohong.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin berkata, walaupun DAP mempunyai majoriti orang bukan Melayu dan Islam, parti itu tidak pernah mengancam kedudukan Melayu Islam seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tuesday, February 19, 2013

CALON MB BN KEDAH!!! Muhkriz pun belum tentu disenangi pemimpin UMNO Kedah!


Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno Kedah berhati-hati dalam menyokong Mukhriz Mahathir sebagai calon menteri besar jika parti tersebut memenangi negeri jelapang padi itu dengan mengatakan pengalaman di peringkat pusat atau faktor keturunan bukanlah jaminan kepada kejayaan.
Beberapa ADUN yang dihubungi The Malaysian Insider mengatakan Mukriz tidak mempunyai kelebihan kerana beliau anak kepada bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, atau sebagai timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri, sambil menegaskan mentadbir negeri di utara tersebut berbeza dengan pentadbiran di peringkat pusat.

PRU 13!!! Zambry gugur?


PAS Perak mendakwa mereka mendapat maklumat dalaman bahawa Menteri Besar, Zambry Abdul Kadir akan digugurkan dalam pilihan raya umum ke 13 ini.
Koordinator Jawatankuasa Isu dan Strategik PAS negeri, Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, pengguguran Zambry bukan lagi rahsia dan cerita dongeng, malah ianya ‘hangat’ diperkatakan oleh banyak pihak.
Naib Ketua Pemuda PAS Pusat itu juga mendakwa, majlis perasmian serentak Umno cawangan seluruh  Perak pada 8 Mei 2010 oleh Datuk Seri DAhmad Zahid Hamidi apabila beliau meninggalkan majlis selepas merasmikan tanpa menunggu ucapan Dr Zambry.

Monday, February 18, 2013

PAS GANTI UMNO!!! Dato' Mohamad Nazli bin Abd Majid sertai PAS

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita15/Dato%27%20Nazli.jpg
KUALA NERUS - Bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia, Dato' Mohamad Nazli bin Abd Majid yang pernah berkhidmat selama 30 tahun di bawah Kementerian Pertanian secara rasminya memilih PAS sebagai wadah perjuangan politiknya.

Berasal yang berasal dari negeri Perak darul Ridzwan dan menetap di Paka, Dungun, Terengganu dengan menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Majlis Perasmian Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS Ganti Umno Kali Ke-7 (PGU7.0) di Kampung Banggol Pradong dekat sini, Sabtu petang 16 Februari.

Sunday, February 17, 2013

TU DIA!!! Terbongkar sudah penyokong tegar UMNO, pengikut Skinhead jadi pelakon ahli PAS

 
Bukan nak aibkan tetapi perlu dedahkan siapa sebenarnya melaon yang menyamar sebagai ahli PAS konon membuat demo bantah mengenai isu Kalimah Allah sampai mendesak PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

Sampai keluar TV3 lagi demo melaon ini beb!!!

Saturday, February 16, 2013

FATHUL BARI HILANG AKHLAK!!! Sanggup berlakon bohong untuk burukkan PAS



'Ustaz Redza' ini sudah lama bersama puak-puak Ulama Muda UMNO


KRONOLOGI KISAH PALING TAK CERDIK - ARAHAN FATHUL BARI DI TAMAN EQUINE ?? 



•Jam 9.30pm, YB Satim mula bicara. Serangan pada Kerajaan Negeri bermula. Termasuklah auta2 yg disorak penyokong Umno lebih kurang 150 orang. Agak lucu bila dia menipu ahlinya yg berkitab Utusan mengatakan bila Umno jatuh, gereja terbesar di Asis Tenggara dibina di Selangor (padahal KL), Selangor kalah kes saman ibu tunggal (padahal kes belum bicara cuma bantahan ditolak) dan mcm2 lagi. Simpati pada penyokong Umno yg dibodohkan seburuk ini.

•9.45pm, giliran guest of honor, UFB berucap. Tak sampai 5 minit, seorang kanak2 sekolah rendah bagi note pada dia ada "ustad PAS" nak berdebat diatas pentas. UFB "nampak" (atau buat2) terkejut, tapi setuju.

Friday, February 15, 2013

TERBONGKAR!!! Senjata terakhir UMNO pecahkan PAS dari Pakatan Rakyat

GEROMBOLAN MAHU PECAHKAN PAS DARI PAKATAN

PROJEK PECAHKAN PAS DARI PAKATAN

gambar banner yang sedang dicetak 

dan sudah mulai digantung sejak semalam.



banner ini dicetak melebihi 10 ribu 

di beberapa buah kilang di ampang / pandan.


DEMO CAI UMNO MENYAMAR PAS!!! Tak ada gaya ahli PAS, dihadiri tak sampai sedozen orang


Lakonan hebat pencacai Umno Melaka terbongkar lagi. Kali ini pencacai Umno menyamar sebagai ahli PAS dan berdemo di masjid Selat adalah lawak yang hebat.

Sudahlah gaya pun takde macam ahli PAS, buat demo di masjid yang terpencil dari orang ramai. Di hadiri tak sampai sedozen penyokong. Lawak hebat dari pencacai Ali Rustam.

BUKAN BERLAKON MACAM UMNO!!! Kubu UMNO pecah lagi, 2 cawangan PAS ditubuh di Parit Sulong


Malam tadi 2 Cawangan baru PAS dapat ditubuhkan iaitu PAS Cawangan Kg Pt Gantung dan Bt 22 Jalan Muar. Hampir 50 orang menyertai PAS termasuk bekas2 pemimpin dan penyokong kuat Umno.

Meskipun UMNO cuba manipulasi isu Kalimah Allah dengan buat Solat Hajat selepas jumaat di seluruh Masjid di negeri Johor dan menakutkan orang melayu dengan DAP; ia tidak menghalang lebih ramai ahli Umno menyertai PAS.

Pt Gantung dan Bt 22 terletak dalam Parlimen Pt Sulong.

TERKINI!!! Bas rombongan ke program PM terhumban ke dalam parit


Simpang Pulai - “Saya sempat bergayut di palang berhampiran kerusi sebelum melihat penumpang lain terhumban dan terhimpit ke sebelah kiri bas,” ujar Urusetia Persatuan Orang Asli Kelantan, Jabbar Salleh, 53.

Jabbar adalah seorang daripada 36 Orang Asli yang menaiki bas persiaran dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar dekat sini.

Bas tersebut adalah salah satu daripada 25 bas yang membawa kira-kira 1,000 Orang Asli dari Kelantan bagi menghadiri Program Himpunan Perdana Warga Orang Asli Bersama Perdana Menteri dan Pelancaran Program Mengubah Destini Orang Asli di Padang A, petang semalam.

TU DIA!!! Himpunan rakyat Kedah pertahan Kerajaan PAS/PR, senyap UMNO.....

RAKYAT KEDAH BANGKIT MEMPERTAHANKAN KERAJAAN PAS/PR KEDAH PIMPINAN YAB DS AZIZAN RAZAK DARI DISERANG DENGAN FITNAH JAHAT UMNO!!!!!..

Puluhan ribu rakyat Kedah Darul Aman semalam telah turun beramai-ramai tanda memberikan sokongan padu dan jitu kepada Kerajaan PAS/PR Kedah pimpinan YAB DS Azizan Razak dengan berhimpun aman di Charok Genting Bunga, Empangan Pedu, Kuala Nerang, Kedah petang semalam selepas solat Jumaat.

Jalan ke lokasi Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah sesak dan trafik jem sehingga lebih dari 3Km panjangnya, sehingga ribuan rakyat terperangkap tidak dapat ke lokasi himpunan.

Rakyat mula berhimpun Di Dataran Putra Kuala Nerang., Kedah lebih kurang jam 3.00 petang dan berkonvoi ke lokasi dengan didahului konvoi anak-anak muda bermotosikal, sekitar 2 ribu buah motosikal ambil bahagian.

POLIS DAH JAWAB!!! Ternyata bakal Ketua Menteri Melayu BN terkantoi menipu


GEORGE TOWN– Pihak polis tidak menerima sebarang laporan ancaman ke atas bintang dari Korea Selatan Psy pada Isnin lalu, kata ketua Jabatan Siasatan Jenayah SAC Mazlan Kesah.

Thursday, February 14, 2013

UPAHAN UMNO!!! Mai tengok kaki karaoke mengaku ahli PAS buat demo

Ahli “PAS Seremban” ini rupanya kaki karaoke.. alahai UMporNO carilah budak Pondok Pak Ya ka nak berlakon jadi ahli PAS pun..



ANWAR JATUH KENA PAPAH!!! Blogger UMNO pencacai Hamidah nak fitnah tapi bangang, akhirnya terkantoi...


Inilah rakaman video paling pendek dalam dunia! Durasi selama 30 saat sahaja! Ha! ha! Korang lihatlah sendiri ~
Kelakar betul bila baca blog penjilat Hamidah tu. Ada video tunjuk Anwar jatuh! Anwar jatuh sebaik pijak bumi Pengkalan Pegoh? Kah! Kah! Kah! Kah! Korang lihat gambar berikut yg aku ambil dari rakaman blogger Penjilat Hamidah pada saat ke 10.



Wednesday, February 13, 2013

RAMPAS PADANG ANWAR CERAMAH!!! Hamidah terkantoi, tergolek-golek atas padang bola

Aku tak tahu apa jadi kat padang bola di Kg Pengkalan Pegoh malam tadi.
Aku  hanya rasa simpati dengan Hamidah kerana dia gagal nak provok program ceramah Pakatan Rakyat setelah padang bola tersebut diserahkan sepenuhnya kepada Hamidah. 
Sewaktu nak balik tadi, aku terserempak dengan 10 bas yang kebanyakannya penumpang-penumpang wanita yg Hamidah angkut dari merata tempat ....

SERIK DITIPU BN!!! Rakyat Sarawak tekad mahu tukar kerajaan

Kedatangan Anwar disambut meriah oleh penduduk pekan Beluru, Bakong petang semalam. KUALA LUMPUR 14 FEB: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari berkata, rakyat Sarawak kini yang peka dan memahami keperitan mereka alami sejak lebih 50 tahun lalu tekad lakukan perubahan pada pilihan raya umum nanti.

“Banyak kesedaran terutama dari segi ekonomi, termasuk peluang pekerjaan, kos hidup dan gaji minimum begitu jauh beza dengan Semenanjung. Rakyat Sarawak serik ditipu dengan janji manis Umno,” katanya ketika dihubungi.

KANTOI !!! Ramli Sudin / Pelakon Demo Zoo Taiping bukan Ahli PAS

Ramli Sudin....Kantoi..!!!! 
Nama sebenar-nya HASMADI ISMAIL... bukan watak Dr Hasmadi dalam filem "Kasim Selamat"  tapi dalam lakonan Demo Zoo Taiping semalam mungkin di-atas arahan director (UMNO Taiping) nama itu ditukar dengan nama RAMLI BIN SUDIN. 



RAMLI SUDIN menjadi jurucakap dan mengaku sebagai Ahli dan Penyokong PAS Taiping telah membuat Demo semalam.


KEKAL TOLAK BN!!! Najib sudah boleh berkemas keluar dari Seri Perdana



Sambutan perayaan Tahun Baru Cina tahun ini sepatutnya menjadi perayaan yang bermakna buat Najib. Ini kerana sambutan Tahun Baru Cina tahun ini merupakan perayaan terakhir sebelum pilihanraya umum diadakan yang mana tarikh edahnya ialah 28 April depan. 

Setelah sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha penghujung tahun lalu, Krismas 25 Disember dan Thaipusam penghujung Januari yang lepas, Najib diramal banyak pihak akan membubarkan Parlimen selepas sambutan Tahun Baru Cina yang baru disambut beberapa hari lalu.

Selepas semua kaum menyambut hari raya masing-masing, maka sesuailah diadakan pilihanraya.

Tuesday, February 12, 2013

ALAHAI MUKHRIZ!!! Bapa kaki kelentong ,anak kaki auta



Jangan tuduh Pengarah Hutan ni sokong PR pulak...

Oleh : Pak Non Mahang

Hari ni Pak Non tak pi motong,pasai kena bawak anak Pak Leh Congo sebelah rumah pi hospital kena sengat lipan bara.


Dok tunggu nombor giliran lama sangat Pak Non dan baca Sinar Harian cerita Dato' Mukhriz dok pertikai Kerajaan Negeri pasai bukak dusun di Pedu nu..

KANTOI!!! Pemimpin UMNO, potong kuku pun upah awek Cina




Akhirnya, Syed Saifuddin Syed Harman pun memberi dan membuka PELUANG SELUAS-LUASNYA kepada para pecacai Pakatan Rakyat untuk membelasah dan menyamakannya dengan perbuatan maksiat yang amat keterlaluan serta tidak selayaknya buat seorang pemimpin masyarakat.

Dengan kata lain, Syed Saifuddin Syed Harman yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pandan dan salah seorang panel pemikir JASA, merupakan cerminan kepada UMNO yang gemar melakukan maksiat.

MALUNYA BN!!! Video dan cerita Bintang Korea tidak mahu gaul yee-sang bersama Najib




PENANG - Bintang antarabangsa Korea, Psy telah memberi tamparan hebat kepada parti pemerintah apabila dia enggan naik ke pentas untuk bersama-sama perdana menteri bermasalah beserta ahli-ahli tertinggi BN setiba masanya untuk upacara tradidi menggaul 'yee-sang' dalam konsert meraikan Tahun Baru Cina.


Di Pulau Pinang untuk menyanyikan lagunya yang terkenal, Oppa Gangnam-style, Psy telah memberikan persembahan seperti yang dijanjikan bernilai RM2 juta itu. Orang ramai turut menyanyi dan menari bersama-sama artis itu dan para penarinya yang begitu menarik dan bergaya.

Selama 4 minit, ribuan rakyat Pulau Pinang yang datang ke padang sekolah Han Chiang bagaikan terpukau. Mereka menuntut apa yang mereka mahu dan Psy telah memberikannya. Lagu Gangnam!

NASIB PELAKON UPAHAN!!! Benarkah Azizan Abu Bakar merayau-rayau sasau di Melaka Tengah?

Oleh: senik

"Assalamualaikum,,..

Ingatkah lagi, Ummi Hafilda, superwoman yang menjadi pembela kepada Azizan Abu Bakar yang diliwat DSAI? Bermati matian Ummi mempertahankan Azizan yang menjadi hampir sasau ketika itu kerana trauma yang tidak terhingga. 


Dalam usahanya, Ummi turut membabitkan beberapa orang lagi termasuk kakak iparnya dan abang kandungnya. Hebat Ummi. 

Kemudian DSAI didapati bersalah dan dihukum penjara, sementara Azizan mendapat sebuah syarikat yang dibongkar oleh sebuah stesen TV Australia.

Monday, February 11, 2013

RAKYAT TAK BODOH!!! Hadir 1000 , Media UMNO edit gambar jadi 10 000

Media 'syaitan dikenali' perbodohkan rakyat, edit foto nak tunjuk kata ramai...


Kehadiran sekitar 1000 orang tapi dakwa 10 ribu... mangkok tingkat punya UMNO! Cha tengok foto di bawah... tak professional langsung buat editing

KECOH DI PERAK!!! Zambry arah Presiden MIC tutup mulut

Kecoh...Kecoh...kecoh....!!!!
Zambry Abd Kadir meminta agar sebarang spekulasi berkaitan pengagihan kerusi kepada MIC pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dihentikan segera memandangkan belum ada keputusan rasmi dibuat mengenai perkara itu.

Merujuk kepada kenyataan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel yang tidak bersetuju dengan tawaran dua jawatan Senator sebagai tukaran melepaskan DUN Behrang dan Pasir Panjang, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata:

 

“Kenyataan mengenai perkara tersebut (tawaran) tidak seharusnya berlaku kerana masih terlalu awal untuk membuat sebarang pengumuman memandangkan ia belum pernah dibincangkan bersama Barisan Nasional (BN) negeri,” katanya.

TERLALU TERDESAK!!! Adun UMNO Tukang Serah BR1M paksa penerima BR1M undi BN

RASUAH-POLITIKKUALA LUMPUR 12 Feb: Memaksa penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mengundi Barisan Nasional (BN) bukti kerajaan Umno tidak ikhlas bantu rakyat, kata Naib Pengerusi KEADILAN Johor, Hassan Abdul Karim.

“Kita tahu BR1M adalah rasuah kepada rakyat menjelang PRU 13, tetapi dengan memaksa rakyat untuk mengundi BN selepas menerima bantuan bukti mereka memang tidak ikhlas,” katanya kepada Keadilan Daily.

Beliau mengulas arahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nusa Jaya, Datuk Aziz Supian yang memaksa penerima BR1M 2.0 supaya mengundi BN.

TERKINI DARI SABAH!!! Mantan Ketua Pemuda UMNO & 2 lagi pemimpin Sabah masuk KEADILAN

Sabh 1SABAH 11 Feb: Beberapa tokoh pemimpin Umno Sabah termasuk mantan Ketua Pemuda Umno Negeri isytihar sertai KEADILAN di majlis yang dihadiri Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut berbuat demikian, mantan Ketua Penerangan Umno Tuaran dan bekas Setiausaha Akhbar Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor.

Kemasukan itu sempena lawatan Anwar ke Sabah pada sambutan Tahun Baru Cina.

KRONOLOGI REGIM ZALIM TUMBANG!!! Sama sahaja Mubarak, Ben Ali dan menyusul Najib


Sepanduk I Love PM fonomena biasa pemimpin hujung usia pemerintahan
Tulisan : che’GuBard
11 Disember 2012

SEPANDUK ‘I LOVE PM’ BUKTI JIWA HAMBA DAN NAJIB DALAM KEADAAN TERTEKAN

Perasan atau tidak kita sejak kebelakangan ini hampir setiap majlis yang diadakan oleh Najib Razak pasti akan ada diedarkan playkad tertera I LOVE PM diedar dan dipaksa diangkat untuk tujuan menunjukkan kekuatan Najib secara peribadi.
Mubarak muncul ketika riak protes mula muncul dengan berselindung dengan perbagai imej media wajah baik