Naib presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berpuas hati dengan
keputusan pemilihan untuk jawatan tersebut, yang menurutnya berjaya
menonjolkan pemimpin dari tiga kelompok utama dalam parti Islam itu –
ulama, aktivis dan profesional.
Katanya, setiap golongan dalam
PAS kini juga harus berpuas hati kerana telahpun mendapat wakil
masing-masing dalam pemilihan kali ini, dan memfokuskan usaha untuk
menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Jelasnya, beliau
melihat pandangan umum yang menganggap dua lagi naib presiden yang
mengekalkan kedudukan mereka dalam pemilihan kali ini – Salahuddin Ayub
dan Datuk Husam Musa – masing-masing sebagai tokoh aktivis dan tokoh
profesional.
Dua lagi yang calon yang kecundang dalam pemilihan
kali ini ialah Datuk Mahfuz Omar, yang disifatkannya sebagai tokoh
aktivis dan juga tokoh ulama Datuk Abu Bakar Chik.
Sunday, November 24, 2013
Thursday, November 21, 2013
PEMILIHAN PAS!!! Suhaizan menang Ketua Pemuda PAS Malaysia, Muslimat kekal
PETALING JAYA - Keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pemuda Pas sesi
2013-2015 menyaksikan Suhaizan Kaiat menewaskan dua calon Ketua Pemuda
Pas lain dengan 320 undi.
Sementara jawatan Timbalan Ketua Pemuda Pas milik Khalil Abdul Hadi dengan 355 undi.
Jawatan Naib Ketua Pemuda Pas dimenangi Mohd Khairi Nizam Khairuddin dengan 411 undi.
Keputusan diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Dewan Pemuda Pas Malaysia, Zulkarnain Lukman pada jam 9.45 malam ini di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

PEMILIHAN PAS!!! Penyokong Dato' Tuan Ibrahim paling ramai mengalih undi kepada Haji Muhamad Sabu
Poll untuk jawatan Timbalan Presiden PAS yang tinggal beberapa jam lagi, menyaksikan Haji Muhammad Sabu dengan memperoleh undian terbanyak iaitu 37 % daripada jumlah undian.
Walaupun pada peringkat awal undian Haji Muhamad Sabu berada di kedudukan ketiga di belakang Dato' Husam Musa dan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Namun , selepas kedua-dua calon ini mengumumkan menolak pencalonan bertanding jawatan Timbalan Presiden. Undi kepada Hj. Muhamad Sabu melonjak naik mengatasi kedua-dua calon ini.
Manakala undian terhadap Dato' Husam Musa dan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man semakin berkurangan apabila pengundi yang awalnya mengundi mereka telah beralih undi kepada Haji Muhamad Sabu.
Tuesday, November 19, 2013
PEMILIHAN PAS!!! Pilihan umum - Suhaizan Kayat, Raja Ahmad Iskandar, Ahmad Zamri Asa'ad akan menang
Poll bagi jawatan tertinggi Dewan Pemuda PAS Pusat tinggal beberapa jam akan ditutup . Sejak dari awal Poll ini dijalankan, ternyata undian menyebelahi tiga calon iaitu Suhaizan Kayat, Raja Ahmad Iskandar dan Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi.
Bagi jawatan Ketua Pemuda, Suhaizan memperolehi 72 % daripada jumlah undian , diikuti oleh Zulhazmi Shariff 16 % dan Kamarulzaman Muhammad 11 %.
Raja Ahmad Iskandar mendapat undian tertinggi bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda dengan memperoleh 79 % daripada jumlah undian, manakala Ust. Khalil Hadi mendapat 20 % .
Sementara bagi jawatan Naib Ketua Pemuda, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi memperolehi 72 % daripada jumlah undian berbanding Ir Khairil Nizam yang mendapat 27 %.
Jika dilihat dari persepsi umum penyokong PR yang menjadi pengunjung paling ramai blog ini, Suhaizan Kayat, Raja Ahmad Iskandar dan Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi menjadi pilihan kerana mereka lebih dikenali, lebih menonjol dan diharap mengubah persepsi buruk terhadap Dewan Pemuda PAS Pusat.
PEMILIHAN PAS!!! 4 calon garis empat agenda , 3 calon tidak hadir Wacana Hala Tuju Dewan Pemuda PAS
IPOH - Calon Naib Ketua Pemuda Pas Pusat, Ahmad Zamri Khuzaimi,
meletakkan empat agenda digariskan dalam jemaah bagi memacu hala tuju
Pemuda Pas.
Menurutnya, agenda pertama Pemuda Pas perlu terus turun bersama rakyat dan memasyarakatkan rakyat. Pas kehilangan 55-60 peratus undi anak muda.
"Tak cukup sekadar sidang media, jenguk rakyat tetapi lebih dari itu. Supaya Pas terus dilihat mesra anak muda.
"Kita juga perlu tarik dan gembleng golongan anak muda profesional ke dalam Pas supaya mereka dapat menyumbangkan kepakaran untuk perjuangan Pas," katanya ketika Wacana Hala Tuju Dewan Pemuda Pas, anjuran Pemuda Pas Ipoh Timur dan Batu Gajah, di sini, hari ini.

Sunday, November 17, 2013
PEMILIHAN PAS!!! Langgar etika kempen, AJK R&D Dewan Ulama PAS Pusat disiasat ?
Adakah ini majlis Liqa' Fikri yang dimaksudkan?
Jawatankuasa Pemilihan PAS sedang membuat kajian mendalam terhadap tuduhan seorang pensyarah terhadap dua pemimpin PAS dalam satu majlis anjuran parti itu di Perak baru-baru ini.
Pengerusinya Asmuni Awi berkata, pihaknya sedang menyiasat laporan itu dan setelah cukup maklumat, ia akan diserahkan lepada Lembaga Disiplin PAS untuk diambil tindakan.
Dalam majlis Liqa' Fikri (bercambahan pemikiran) anjuran Lajnah Tarbiyah PAS Perak itu, seorang penceramah program yang disertai ahli dan pemimpin PAS itu didakwa membuat pelbagai tuduhan terhadap dua pemimpin PAS iaitu Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Dzulkefly Ahmad dan ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Dr Mujahid Rawa.
PEMILIHAN PAS!!! Ustazah Nuridah mahu Muslimat lebih dinamik, haraki
KUALA LUMPUR:
Calon Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh menjadikan
matlamat untuk memposisi muslimat parti ini supaya lebih dinamik dan
berketrampilan.
"Pencalonan yang diterima dihormati dan saya menawarkan diri sebagai alternatif kepada perwakilan untuk membantu usaha melahirkan Muslimat PAS yang berjiwa haraki.
"Pemahaman muslimat untuk menggerakkan proses perubahan yang lebih baik penting demi mendukung kejayaan parti," katanya ketika dihubungi Harakah.
Sehubungan itu, beliau berazam untuk memberikan perhatian serius bagi membantu kejayaan cemerlang PAS pada PRU14 nanti.

PEMILIHAN PAS!!! Dr Najihatussalehah azam tembusi Melayu luar bandar
KUALA LUMPUR:
Latar belakang dan pengalaman bergelumang dengan masyarakat Melayu di
luar bandar menjadikan Dr Najihatussalehah Ahmad terpanggil untuk
menawarkan khidmat sebagai Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS.
Beliau yang dicalonkan untuk jawatan nombor dua dalam sayap itu berazam untuk mencari jalan konkrit menembusi 'pasaran' golongan masyarakat berkenaan.
"Gabungan antara pemimpin pelbagai latar belakang dan budaya perlu diletakkan secara sistematik supaya Dewan Muslimat PAS boleh menjadi rujukan untuk wanita di luar sana.

Saturday, November 16, 2013
PEMILIHAN PAS!!! 18 yang dijangka menang jawatan AJK PAS Pusat
Seramai 61 calon akan bertanding jawatan
bagi merebut 18 tempat untuk AJK PAS Pusat . Seramai 11 penyandang akan
bertanding mempertahankan jawatan dan penulis jangka 10 daripadanya akan dapat
kekal. 10 penyandang ini adalah popular di kalangan perwakilan .
Tinggal 8 tempat lagi bakal jadi rebutan
calon yang lain. Sebelum itu, dipaparkan keputusan untuk jawatan AJK PAS Pusat
bagi pemilihan yang lalu.
1. Mazlan Aliman, – 804 undi
2. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. – 765 undi
3. Kamarudin Jaffar, YB Dato’ – 739 undi
4. Hanipa Maidin, Hj – 735 undi
5. Azizan Abdul Razak, YB Dato’ Seri Ustaz – 721 undi
6. Dzulkefly Ahmad, YB Dr – 702 undi
7. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. – 651 undi
8. Khalid Abd Samad, YB Hj. – 643 undi
9. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz – 579 undi
10. Amiruddin Hamzah, YB Ir. – 576 undi
11. Abdul Wahid Endut, YB Hj – 556 undi
12. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz – 527 undi
13. Mohd Amar Abdullah, YB Dato’ Ustaz – 470 undi
14. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr. – 449 undi
15. Siti Mariah Mahmud, YB Dr. – 445 undi
16. Hassan Mohamad Ali, YB Dato’ Dr. – 437 undi
17. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz – 430 undi
18. Nuridah Salleh, Ustazah – 416 undi
7 daripada penyandang ini tidak bertanding
untuk kali ini kerana beberapa sebab yang penulis tahu dan ada yang penulis tidak
tahu mengapa mereka tidak bertanding, kerana jika mereka bertanding peluang
menang adalah cerah.
Senarai yang penyandang yang tidak
bertanding seperti di bawah :
1- Almarhum Dato’ Seri Ustaz
Azizan Abdul Razak – meninggal dunia
2- Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin - Tidak tahu alasan tidak bertanding
2- Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin - Tidak tahu alasan tidak bertanding
3- YB Hj. Abdul Wahid Endut – Tidak tahu alasan tidak bertanding
4- Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik – Bertanding Naib Presiden
5- YB Dato’ Ustaz Mohd Amar Abdullah – Bertanding Timbalan Presiden
4- Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik – Bertanding Naib Presiden
5- YB Dato’ Ustaz Mohd Amar Abdullah – Bertanding Timbalan Presiden
6- Dato’ Dr. Hassan
Mohamad Ali – Dipecat
7-
Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman - Uzur
10 penyandang yang bertanding dan dijangka
kekal dipilih ialah :
1. Mazlan Aliman
2. YB Dr. Mohd Hatta Md Ramli
3. YB Dato’ Kamarudin Jaffar
4. YB Haji Hanipa Maidin
6. Dr. Dzulkefly Ahmad
6. YB Dato’ Dr. Mujahid Yusof Rawa
7. YB Haji Khalid Abd Samad
8. YB Ir. Amiruddin Hamzah
9. Dato’ Dr. Mahfodz Mohamed
10. YB Dr. Siti Mariah Mahmud
Friday, November 15, 2013
PEMILIHAN PAS!!! Ahmad Zamri mahu tarik profesional muda kukuh Pemuda PAS
KUALA LUMPUR:
Menarik serta menggembleng lebih ramai tenaga muda profesional daripada
pelbagai latar belakang bersama menjiwai perjuangan murni PAS menjadi
salah satu agenda utama Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi (gambar) sekiranya dipilih sebagai Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia dalam Muktamar PAS nanti.
Beliau yang merupakan Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) berkata, buah fikiran dan tenaga mereka ini amat diperlukan dalam Dewan Pemuda PAS berdasarkan kepada kepakaran dan kebolehan masing-masing.
"Selalu kita dengar mereka yang profesional ini cenderung kepada PKR dan DAP, dan kali ini kita akan pecahkan dan cuba tarik lebih ramai golongan muda berprofesional untuk memperkuatkan lagi Pemuda PAS," tambahnya.
Namun katanya, perkara paling penting adalah memasyarakatkan Pemuda PAS dengan isu-isu dan permasalahan yang membelenggu rakyat.

PEMILIHAN PAS!!! Suhaizan, Raja Ahmad Iskandar semakin jauh mendahului calon lain
Raja Ahmad Iskandar juga jauh di depan mendahalui Khalil Hadi bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda. Raja Ahmad mendapat 79% undi berbanding Khalil Hadi 20%.
Sementara , Poll bagi jawatan Naib Ketua Pemuda baru sahaja dibuat. Bagi jawatan ini ,jumlah undi yang diterima kedua calon tidak ketara perbezaannya. Ahmad Zamri mendapat 67% undi dan Mohd Khairil 32%.
Jika dikira undi pengunjung blog ini yang majoritinya penyokong PR. Suhaizan, Raja Ahmad memang jauh dikenali dan menjadi pilihan berbanding calon lain.
Perbezaan undi yang jauh tidak seperti Poll bagi jawatan Timbalan Presiden PAS yang menyaksikan persaingan undi yang sengit antara 3 orang calon.
Ramai yang memberitahu , undian Poll di blog dan Facebook tidak memaparkan kecenderungan sebenar perwakilan. Benar, tapi untuk pemilihan pimpinan PAS Pusat.
Bagi jawatan dalam Dewan Pemuda, ianya berlainan kerana majoriti perwakilan pemuda adalah pengguna facebook dan blog.
PEMILIHAN PAS!!! Salahudin mahu bawa PAS lebih inovatif dan dinamik
KUALA LUMPUR: Berhasrat untuk terus memposisikan
kedudukan PAS di pentas politik tanah air dan bersaing dalam menentukan
masa depan politik negara, Salahuddin Ayub berikrar akan meneruskan apa
yang sudah dilakukannya jika terpilih sekali lagi dalam muktamar kali
ini sebagai naib presiden.
Bercakap kepada Harakahdaily, hari ini Salahuddin berkata peranan beliau membina 'jambatan' bagi menghubungkan PAS dengan dunia luar itu perlu diperkukuhkan dan dianjakkan lagi bagi memastikan PAS sebagai sebuah parti progresif, inovatif dan dinamik.
"Bagi saya, PAS sebagai parti yang berdasarkan Islam ini mesti perlu progresif, inovatif dan dinamik bagi memposisikan diri sebagai sebuah parti yang dapat bersaing dalam suasana politik masa depan negara," tegas beliau.
Dalam pada itu, bekas Ahli Parlimen Kubang Kerian itu turut berpendapat PAS perlu muncul untuk jadi parti terkuat, yang merupakan satu lonjakan baru yang perlu didokong bersama yang turut akan dibina kelak.

PEMILIHAN PAS!!! Dr Rosni mahu Muslimat PAS jadi pencorak masyarakat
KUALA LUMPUR: Calon Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Dr Rosni Adam (gambar) berazam untuk menjadikan DMPP sebuah organisasi yang bergerak dan mampu mencorak masyarakat.
Beliau berkata, berbekalkan kekuatan dalaman dan kelebihan ilmu yang dimiliki pimpinan dan ahli, DMPP mampu menjadi organisasi yang mendepani isu-isu masyarakat khususnya isu wanita.
"Kita mahu DMPP menjadi organisasi yang bergerak berbekalkan kekuatan tarbiyah dan pengalaman ilmu untuk merasai denyut nadi masyarakat yang terdiri daripada pelbagai golongan dan tahap pendidikan," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Beliau juga berkata, DMPP perlu menjadi organisasi yang seimbang dari sudut siasah dan dakwah, bertepatan dengan dasar PAS yang memperjuangkan Islam.

Thursday, November 14, 2013
PEMILIHAN PAS!!! Raja Iskandar sasar Pemuda PAS dinamik
KUALA LUMPUR:
Dalam usaha melahirkan Pemuda PAS yang dinamik agar boleh meletakkan
diri di mana sahaja ia berada, maka sayap itu perlu ‘direbrandingkan’
dari pelbagai aspek agar memenuhi tuntutan semasa.
'Rebranding' itu perlu dilakukan dari sudut pendekatan, imej dan penampilan agar semua pihak yang berada dalam Pemuda PAS mampu memposisikan peranan masing-masing di arena nasional dan antarabangsa.
"Target saya untuk melahirkan anak-anak muda yang dinamik, agar boleh meletakkan diri masing-masing di mana sahaja ia berada, sama ada di peringkat nasional, antarbangsa, di kampung mahupun cawangan dalam memenuhi tuntutan semasa," tegas Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss kepada Harakahdaily, hari ini.
Itu antara harapan yang ingin dibawa calon Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia itu pada sayap terpenting parti Islam itu.
Tambah Raja Iskandar, Pemuda PAS perlu ke hadapan dalam usaha memimpin parti dengan memposisikan anak muda di arena antarabangsa yang dilihatnya begitu berkesan di negara-negara luar.

PEMILIHAN PAS!!! Siapa yang patut dipilih?
Lebih
kurang 2 minggu dari sekarang, pada tarikh 22-24 November 2013 ini,
Stadium Malawati Shah Alam akan menjadi tumpuan para perwakilan dan
pemerhati dari seluruh negara.
Muktamar Tahunan PAS yang akan menjangkau kali ke-59 bakal berlangsung dengan agenda utama yang menjadi fokus hangat di pihak kawan atau lawan adalah pemilihan kepimpinan baru PAS Pusat bagi sesi 2013/2015, sama ada di peringkat Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat serta Jawatankuasa PAS Pusat.
Persoalan yang akan terjawab di sana nanti adalah, bagaimana rupa bentuk saf baru yang akan menerajui sebuah Parti Islam paling berpengalaman dalam kancah dakwah, tarbiyah dan politik di peringkat dunia seperti Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Sebagai seorang ahli PAS, izinkan saya membuat beberapa analogi tentang bagaimana bentuk rupa kepimpinan yang menjadi hasrat saya:
Yang pertama, saya ditarbiyah dan diasuh bahawa individu yang menyertai sesuatu parti, gerakan atau pertubuhan adalah kerana beberapa sebab antaranya, kerana ikut-ikutan, berhajatkan jawatan serta kedudukan, kerana nak marah kepada pihak yang satu lagi maka dia masuk gerakan ini, kerana harta atau kerana kefahaman yang mendalam tentang dasar dan prinsip perjuangan.
Saya menyertai PAS kerana kefahaman dan keyakinan yang mendalam tentang dasar dan matlamat perjuangan gerakan Islam yang bernama PAS ini. Maka tentunya saya juga menginginkan ianya dipimpin oleh pemimpin yang bukan sekadar faham tetapi sanggup melakukan yang terbaik demi memperjuangkan apa yang kita yakini.
Yang kedua, saya diajar dengan ungkapan bahawa seseorang pemimpin itu bukan sahaja perlu baik tetapi perlu juga kelihatan baik disebabkan kewujudannya di dalam saf kepimpinan adalah bagi membawa mesej kebaikan yang diperjuangkan parti. Apa yang dibawa dan watak yang diolah oleh seseorang pemimpin bakal mencerminkan apa yang dipimpinnya.

PEMILIHAN PAS!!! TKP dan NKP - Ku Is , Ust. Khalil sengit, Ahmad Zamri ada peluang
Jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat
akan menyaksikan persaingan sengit antara Dr. Raja Ahmad Iskandar ( Ku Is)
dengan Ust. Khalil Abdul Hadi.
Penulis kenali Ku Is sejak beliau menjadi
SU politik Dato’ Mahfuz yang ketika itu Ketua Pemuda PAS Pusat. Masa itu, nama
Ku Is dah dikenali perwakilan pemuda berikutan peranan Ku Is sebagai SU politik
Ketua Pemuda.
Ku Is ketika itu , walaupun masih muda
sudah menampakkan ciri kepimpinan yang proaktif , ramai menjangka Ku Is bakal
menjadi pemimpin muda masa depan.
Selepas menyambung pelajaran ke luar
negara, nama Ku Is sudah kurang kedengaran sehinggalah beliau pulang dan terus
bergiat dalam Dewan Pemuda PAS Perak. Tak lama selepas itu beliau telah
dilantik menjadi Exco Pemuda PAS Pusat memegang Lujnah politik antarabangsa.
PEMILIHAN PAS!!! Dato' Nik Amar, Ust. Nasarudin tak pilih debat
Kenyataan tersebut adalah sebagai mengulas cadangan Pensyarah Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusof supaya diadakan forum untuk jawatan Timbalan Presiden Pas dan Naib Presiden Pas.
Mohd Amar berkata, cara sedia ada yang digunakan kini untuk menyampaikan mesej kepada umum berhubung visi pencalonan baginya sudah memadai.
“Insya-ALLAH saya sendiri sudah sampaikan sebab saya menawarkan diri untuk bertanding pada muktamar nanti dan selebihnya semua itu boleh dinilai sendiri oleh perwakilan,” katanya.
PEMILIHAN PAS!!! PAS Kelantan tidak sokong sesiapa
Ketua Penerangan Pas Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Datuk Hassan berkata, perkara itu diserahkan sepenuhnya kepada perwakilan tambahan pula mesyuarat Badan Perhubungan Pas Negeri tidak pernah membuat sebarang ketetapan mengenai perkara tersebut.
Menurutnya, bukan amalan Pas Kelantan untuk menetapkan sokongan kepada mana-mana pihak dalam pemilihan parti itu.
“Tidak ada sebarang ketetapan dibuat oleh Pas negeri untuk menyokong calon-calon dari negeri ini, terpulang kepada individu untuk membuat pertimbangan dan memilih calon yang terbaik.
PEMILIHAN PAS!!! Ust. Khalil berhasrat jadikan Pemuda PAS lebih relevan
KUALA LUMPUR:
Calon Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil
Abdul Hadi berhasrat membawa Pemuda PAS ke arah yang lebih relevan
bersesuaian dengan suasana masa kini, khususnya dalam usaha menarik
lebih ramai anak muda.
Bercakap kepada Harakahdaily, hari ini Khalil berhasrat untuk mempelbagaikan pendekatan dalam Pemuda PAS agar menjadi lebih kukuh dalam usaha meneruskan perjuangan Islam yang dibawa PAS.
"Saya bersedia memastikan kesinambungan dasar perjuangan PAS itu diteruskan mengikut suasana zaman sekarang melalui pendekatan yang pelbagai. Yang sedia ada sudh baik, cuma mahu dikembangkan lagi agar menjadi lebih baik untuk semua," tegas beliau.
Menyifatkan perjuangan bersama Pemuda PAS bukan sebagai perjuangan peribadi, Khalil berkata perjuangan itu akan digerakkan bersama secara kolektif bagi memastikan Pemuda PAS benar-benar menjadi satu badan yang memahami kehendak anak muda.

Wednesday, November 13, 2013
PEMILIHAN PAS!!! Ketua Pemuda PAS Pusat - Suhaizan ada kelebihan, Kamarulzaman bergelut, Zulhazmi dihina
Semasa pemilihan PAS tahun 2011 , penulis di luar negara.
Hanya mengikuti perkembangan pemilihan melalui blog dan facebook. Penulis ada
membuat jangkaan sendiri pemenang bagi jawatan Timbalan, Naib Presiden dan AJK
PAS Pusat.
Jangkaan penulis semasa pemilihan 2011 hampir 70 % adalah tepat terutama untuk jawatan AJK PAS Pusat. Penulis membuat jangkaan melalui jangkaan kecondongan perwakilan yang mewakili PAS Kawasan.
Bagi pemilihan 2011 perwakilan membuat pemilihan kepada calon-calon yang lama bergiat dalam parti, calon yang bersama semasa susah senang PAS, calon yang berani melawan UMNO, calon yang setia dan kuat bekerja . Bagaimana dengan pemilihan 2013?
Penulis memulakan dengan jawatan Ketua , Timbalan Ketua dan Naib Ketua Pemuda PAS Pusat . Pada pemilihan 2011, penulis tidak membuat jangkaan pemenang jawatan dalam Dewan Pemuda.
Pada peringkat awal, ada kedengaran Ust. Nik Abduh akan bertanding jawatan ini kerana Ust. Nasarudin akan bertanding jawatan Naib Presiden . Manakala jawatan Timbalan Ketua akan ditandingi Saudara Kamarulzaman Muhammad dan Naib pula Ust. Khalil Abdul Hadi.

PEMILIHAN PAS!!! Permata 'kepimpinan ulama' dalam perjuangan PAS
ULASAN Pembaca pelbagai penulisan serta
‘analisa politik dalaman PAS' yang begitu rancak disiarkan di media
perdana mahupun media alternatif seperti Facebook dan Twitter sejak
beberapa hari lalu amat menarik untuk diulas.
Ini ditambah pula dengan kerancakan pemilihan pucuk pimpinan parti yang bakal menerajui kepimpinan PAS menjelang muktamar yang akan berlangsung.
Kepimpinan ini jugalah yang bakal mewarnai corak dan pendekatan PAS bagi menghadapi cabaran politik akan datang.
Gambaran yang cuba dipaparkan adalah pertarungan sebenar aliran-aliran utama dalam PAS, khususnya golongan yang dilabelkan sebagai "kumpulan ulama" dan golongan yang dilabelkan sebagai "kumpulan profesional" dalam kepimpinan PAS.
Isu ini kian hangat diperkatakan apabila adanya pertandingan di peringkat negeri serta pencalonan untuk menerajui jawatan tertinggi dalam PAS.
Dua persoalan utama yang sering diperdebatkan serta dilemparkan kepada umum:
(1) Apakah PAS menggadaikan prinsip perjuangannya setelah menjalinkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP?

Tuesday, November 12, 2013
PEMILIHAN PAS!!! Debat Haji Muhammad Sabu dan Dato' Nik Amar wajar?
Sebagai seorang profesional dengan latarbelakang sebagai seorang peguam,
Asmuni Awi telah memperliharkan sikap terbukanya apabila beliau turut
mengalu-alukan sebarang penganjuran debat secara terbuka di antara calon
yang bertanding dalam Muktamar PAS ke-59.
Ini, katanya, bagi menggalakan kempen secara sihat. Beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat di mana beliau mengumumkan ini di sidang akhbar di Pejabat Agung PAS, Sabtu lalu.
Menurutnya, dengan debat terbuka, kedua-dua belah pihak akan dapat menjelaskan pandangan, pendirian serta visi mereka dalam usaha memenangi hati perwakilan.
Debat ini juga, katanya, akan memperlihatkan kematangan PAS dalam memilih pemimpin berbanding Barisan Nasional yang masih kekal dengan tradisi lama.
"Ia memberi ruang kepada calon untuk berkempen secara bersemuka untuk diteliti oleh perwakilan. Tidaklah seorang bercakap di sana, dan seorang lagi bercakap di sebelah sini," kata Asmuni.
Beliau percaya, mungkin ada calon yang bertanding pada pemilihan kali ini akan menganjurkan debat terbuka.
Dengan pengumumannya ini, kini pelbagai pihak sedang menunggu inisiatif menganjurkan debat tersebut, sama ada dianjurkan oleh pihak NGO atau pihak callon PAS sendiri di mana ia perlu diadakan sebelum Muktamar 22 Noember ini.

PEMILIHAN PAS!!! Siti Zailah impikan muslimat yang berani
KUALA LUMPUR:
Siti Zailah Mohd Yusoff yang mempertahankan jawatan Ketua Dewan
Muslimat PAS Pusat (DMPP) bersedia memantapkan kepimpinan DMPP dalam
menghadapi suasana politik yang semakin mencabar.
Beliau berkata, kepimpinan yang mantap dari sudut jasmani dan rohani amat perlu untuk mendepani isu-isu semasa khususnya melibatkan wanita.
Di samping berazam meneruskan misi dan visi sebelum ini, Siti Zailah juga mahu melihat saf kepimpinan muslimat lebih maju dan berani mendepani segala cabaran.
"Saya akan teruskan dasar muslimat yang sedia ada dan saya melihat dalam suasana politik hari ini perlunya kepimpinan muslimat yang mantap.
"Dalam kita menerajui sebuah organisasi kita perlu kepimpinan yang mantap yang boleh menggerunkan musuh.

PEMILIHAN PAS!!! Dr Mariah mahu teruskan agenda wanita Malaysia
KUALA LUMPUR:
Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Dr Siti Mariah Mahmood
yang mempertahankan jawatan pada pemilihan Muktamar Dewan Muslimat PAS
kali ke-53 berjanji akan menyambung visi untuk menguatkan tahaluf siyasi
dengan wanita Pakatan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14.
Menurut beliau, dalam tempoh sepenggal kepimpinan DMPP yang dipilih pada muktamar 2011 lalu telah berjaya mengadakan pelan tindakan bersama visi agenda wanita Malaysia.
Bagaimanapun katanya, masih banyak perancangan atau pelan tindakan yang belum dapat dilaksanakan kerana keterbatasan waktu menghadapi Pilihan raya Umum ke-13.
"Banyak perkara sebenarnya yang kita jalankan baru separuh. Dalam masa dua tahun kita tidak sempat buat semua, sebab itu saya menawarkan diri setelah dicalonkan oleh kawasan untuk mempertahankan jawatan Timbalan DMPP," katanya.

Monday, November 11, 2013
PEMILIHAN PAS!!! Poll Pemuda, Suhaizan dan Ku Is jauh di hadapan calon lain
Poll
undian Ketua dan Timbalan Ketua Pemuda PAS terkini 8 hari sebelum ditutup
menyaksikan calon Ketua Pemuda Suhaizan Kayat dan calon Timbalan Ketua Pemuda Raja Ahmad Iskandar (Ku Is) jauh meninggalkan pencabar masing-masing.
Undian untuk Suhaizan mencapai 71% daripada jumlah undian, manakala undian untuk Raja Ahmad Iskandar sebanyak 79%.
Calon Ketua Pemuda Zuhazmi Shariff walaupun dihina secara tidak berakhlak dalam dunia maya masih mendapat undian agak baik ditangga kedua dengan mendapat 19%.
Sungguhpun seorang lagi calon Ketua Pemuda Kamarulzaman Muhammad mendapat tempat menjawab isu PAS Putrajaya dan isu HIMPUN di Page rasmi FB Dewan Pemuda PAS Malaysia, kedudukannya masih di belakang dengan mendapat 8% undian.
PEMILIHAN PAS!!! Haji Mohamad Sabu mahu bantu Presiden lebar pengaruh PAS
KUALA LUMPUR:
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mempertahankan jawatannya dalam
pemilihan kali ini sebagai usaha bagi membantu Presiden mengembangkan
pengaruh PAS kepada bukan ahli PAS.
Katanya, usaha ini termasuklah membantu mendekatkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan badan bukan kerajaan di kalangan bukan Melayu seperti kaum Cina, India dan sebagainya.
"Kita bantu Presiden kembangkan pengaruh PAS kepada orang yang bukan ahli PAS, terutama di kalangan orang Melayu dan Ngo seperti Suaram, Aliran, MTUC, Kesatuan Sekerja, dan banyak lagi.

PEMILIHAN PAS!!! Mahfuz mahu bantu PAS terajui perubahan
KUALA LUMPUR:
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar hari ini menyatakan hasrat untuk
menawarkan diri mempertahankan jawatan bagi membantu PAS menerajui
perubahan yang telah dilakukan parti sebelum ini.
Jelasnya, PAS sebelum ini berjuang untuk membawa perubahan baru dalam lanskap politik negara dan sekarang sudah pun berada dalam arus perubahan sehingga menjadi sebuah parti utama dalam libatan politik Malaysia.
"Jika kita lihat PAS sebelum ini berusaha untuk membawa perubahan sehinggalah kita berjaya melakukannya dan sekarang sudah sampai mana untuk kita menerajui perubahan tersebut agar terus meningkat," jelasnya pada sidang media di lobi Parlimen.
Katanya lagi, PAS perlu mengekalkan perubahan yang sedia ada bagi memastikan ia seiring dengan apa yang berlaku agar tidak ketinggalan dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat.

PEMILIHAN PAS!!! Kamaruzaman mahu teruskan legasi Pemuda PAS
KUALA LUMPUR:
Kamaruzaman Mohamad berikrar akan meneruskan legasi, warisan dan
tradisi Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yang diasaskan kepimpinan
terdahulu.
Bercakap kepada Harakahdaily, hari ini, Kamaruzaman yang menerima pencalonan bagi jawatan Ketua DPPM tersebut atas semangat fastabiqul khairat, iaitu berlumba-lumba untuk memberi sumbangan menegaskan beliau juga akan mempertahankan ketulenan dan keabsahan manhaj perjuangan Islam yang didukung PAS.
"Saya berjanji mempertahankan ketulenan dan keabsahan manhaj perjuangan Islam yang didukung PAS dengan gandingan mantap antara profesional muda, ulama muda dan aktivis muda, tanpa menolak perlunya agenda tajdid dan islah," tegas beliau.
Dalam masa sama, bekas Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan itu turut berikrar untuk meneroka ruang dan peluang baru untuk membawa Pemuda PAS mendepani cabaran semasa dan menguasai isu serta keperluan anak muda masa kini secara kolektif.

PEMILIHAN PAS!!! Mumtaz mahu sambung tugas, suburkan demokrasi
KOTA BHARU:
Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Mumtaz Md Nawi yang mempertahankan
jawatan Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat pada Muktamar PAS Ke-59
nanti mengikut kemampuan yang ada demi untuk kepentingan parti.
Ketika ditemui hari ini Mumtaz memberitahu, beliau menerima pencalonan itu bagi memenuhi hasrat anggota parti sendiri di samping menyuburkan demokrasi dalam parti.
“Saya menerima pencalonan dari kawasan ini kerana berhasrat untuk menyambung tugas dan khidmat, saya sahut seruan ini juga dengan kadar kemampuan yang ada,” ujarnya.
Ketika ditanya berhubung ada calon lain untuk bertanding jawatan itu, beliau mengalu-alukannya.

PEMILIHAN PAS!!! Khairil Nizam dipilih Ketua Pemuda PAS Wilayah
KUALA
LUMPUR: Ir Khairil Nizam Khirudin dipilih sebagai Ketua Dewan Pemuda
PAS Wilayah Persekutuan sesi 2013-2013 pada muktamar dewan itu, semalam.
Manakala jawatan bagi Timbalan dan Naib Ketua Pemuda diamanahkan kepada Nurul Islam Mohamed Yusoff dan Ustaz Mohd Farkhan Md Zin.
Muktamar yang diadakan di Dewan Kohilal, Diamond Square telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Ketua sesi lalu, Kamaruzaman Mohamad melepaskan jawatan kerana faktor usia.

Sunday, November 10, 2013
PEMILIHAN PAS!!! Saya tidak dipengaruhi bapa (Presiden PAS) - Ust. Khalil Abdul Hadi
Mohd Khalil Abdul Hadi, 36, berkata, walaupun beliau anak kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ia bukan faktor dan tidak mempengaruhi keputusannya bertanding Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia.
Anak sulung kepada Presiden Pas ini berkata, beliau menghormati setiap keputusan yang diputuskan perwakilan dan melihat ia sebagai tanggungjawab dan amanah besar untuk digalas walaupun terdapat mereka yang lebih layak.
“Saya dicalonkan untuk bertanding jawatan nombor dua dalam Pemuda Pas. Melihat kepada pencalonan ini, sebagai ahli parti saya lihat ia amat penting bagi menyaksikan kesinambungan legasi Pemuda Pas dan mendepani cabaran yang akan dihadapi pada masa akan datang.
PEMILIHAN PAS!!! “Andainya Tuan Ibrahim masih bertanding, saya tidak akan bertanding jawatan itu (Timbalan Presiden),” - Dato' Nik Amar
KOTA BHARU: Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti bagi memberi ruang kepada perwakilan untuk ‘memilih’.
Katanya, setelah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menarik diri bertanding jawatan tersebut, beliau menerima tanggung jawab bagi memenuhi hasrat perwakilan yang turut mencalonkannya untuk bertanding jawatan tersebut.
Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung hasratnya menerima pencalonan jawatan Timbalan Presiden PAS di pejabatnya, di Kota Darulnaim, tengahari tadi.
Amar berkata demikian sebagai reaksi awalnya berhubung hasrat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden bagi menentang penyandang, Mohamad Sabu pada Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-59, November ini.
“Kebetulan Datuk Tuan Ibrahim menarik diri daripada bertanding timbalan presiden, jadi saya bersedia menawarkan diri.
PEMILIHAN PAS!!! Dinamik, inklusif, peduli - motto Suhaizan Kayat
KUALA LUMPUR:
Membawa motto 'Dinamik, Inklusif, Peduli', calon Ketua Pemuda PAS
Pusat, Suhaizan Kayat berikrar akan menterjemahkannya dalam lima agenda
utama yang dibawa bersama.
Ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini, Suhaizan berkata kelima-lima agenda yang dibawa beliau itu terangkum dalam motto yang digunakan, di mana dinamik itu dari sudut tarbiyah, inklusif dari sudut dakwah dan peduli dari sudut rakyat.
Jelas beliau, lima agenda utama yang akan dibawa itu ialah mendepani isu-isu masyarakat dengan lebih berkesan, perlu dilihat inklusif bukan eksklusif, menjadi 'check and balance' kepada parti, memposisikan pemimpin muda yang berbakat dan memperkukuh agenda tarbiyah untuk menyatukan pemuda PAS.

PEMILIHAN PAS!!! Mengembalikan martabat dan aura Pemuda - Zulhazmi
KUALA LUMPUR:
Calon Ketua Pemuda, Zulhazmi Sharif berjanji akan mengembalikan
martabat dan aura Pemuda sepertimana gerakan Pemuda suatu ketika dahulu
yang menjuarai isu-isu rakyat bersama rakyat.
Katanya, Pemuda sewaktu dipimpin oleh Datuk Ustaz Abu Bakar chik, Mohamad Sabu, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub sentiasa berdepan dengan isu-isu yang membabitkan rakyat serta peka dengan apa yang dihadapi oleh rakyat.
Zulhazmi dengan melalui agenda 'Merakyat Pemuda, Memudakan Rakyat' yakin dengan pendekatan yang akan dibawakan nanti, keseluruhan pemuda yang berada di luar akan berasa lebih yakin untuk mendekati PAS.
"Saya bertekad akan mengembalikan martabat dan aura Pemuda kepada satu tahap yang kita akan banggakan.

PEMILIHAN PAS!!! Salahguna majlis rasmi, benarkah Liqa' Fikri PAS Perak medan hentam pimpinan ?
Liqa Al-Fikri PAS Perak pada Jumaat minggu pertama Disember ini ,sudah
tentu mempunyai pimpinan PAS yang baru dipilih pada 22 November 2013.
Naqib pun tidak ada lagi akan menghentam pimpinan PAS Malaysia yang
dipilih oleh perwakilan.Sebelum ini terdapat Naqib yang dijemput Lajnah
Tarbiyyah PAS Perak menghentam AJK PAS Pusat.
Mula-mula menghentam YB Khalid Samad.Bulan berikut menghentam YB Husam
Musam.Bulan November lalu menghentam YB Dr Mujahid dan Dr Zulkifli
Ahmad.Semua pimpinan itu dipilih oleh perwakilan dalam Muktamar pada
tahun 2011 untuk bertugas memimpin PAS 2011-2013.
Dengan kehadiran pelbagai pihak dalam Liqa al-Fikri PAS Perak itu
,tidak sewajarnya isu sensitif mengkritik pimpinan dijadikan "modal
Naqib".Walhal pimpinan yang dikritik tidak berpeluang untuk membela
diri.
Harap-harap bulan depan tidak ada lagi Naqib di Liqa al-Fikri PAS Perak
dijadikan medan untuk menghina dan menghentam pimpinan yang dipilih
perwakilan Muktamar PAS Malaysia.SISI BUKIT
KUALA LUMPUR:
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi mengingatkan
semua calon untuk berkempen secara sihat tanpa menyerang mana-mana calon
lain.PEMILIHAN PAS!!! Saingan sengit isi kerusi Timbalan, Naib Presiden dan kepimpinan Pemuda, Muslimat
KUALA LUMPUR: Muktamar Tahunan PAS ke-59 akan menyaksikan pemilihan untuk jawatan tertinggi di peringkat pusat dan dewan-dewan bagi penggal 2013-2015, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi.
Bagi jawatan Timbalan Presiden, menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon bertahan, Mohamad Sabu yang akan dicabar Datuk Ustaz Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan.
Sementara itu, kerusi Naib Presiden pula menggamit pertandingan lima penjuru. Tiga yang mempertahankan jawatan masing-masing iaitu Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub akan berdepan dengan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK PAS Pusat, Datuk Ustaz Abu Bakar Chik.
Seramai 61 orang akan bertanding untuk kerusi AJK PAS Pusat.
Friday, November 8, 2013
PEMILIHAN PAS!!! Hanya Dato' Nik Amar cabar Haji Muhamad Sabu untuk jawatan Timbalan Presiden PAS
Selepas penerimaan pencalonan ditutup petang ini, sah akan berlaku
pertembungan satu lawan satu antara penyandang timbalan presiden Mohd
Sabu dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Ini ekoran pengumuman di saat-saat akhir penerimaan pencalonan oleh Mohd Amar dan penolakan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa daripada bertanding jawatan itu.
Mohd Amar mengesahkan mencabar Mohamad dalam SMS kepada Malaysiakini hari ini.
Manakala Husam pula mengesahkan akan mempertahankan jawatan yang disandangnya sekarang.
Menurut Husam, beliau membuat pilihan itu selepas mengambil kira pencalonan terbanyak yang diterimanya untuk mempertahankan jawatan - yang dianggap isi hati akar umbi.

PEMILIHAN PAS!!! Dato' Husam terima pencalonan Naib Presiden PAS, Dato' Mujahid hanya bertanding AJK PAS Pusat
KUALA LUMPUR:
Datuk Husam Musa hari ini mengesahkan hanya akan mempertahan jawatan
Naib Presiden PAS yang disandangnya dan menolak untuk pencalonan jawatan
Timbalan Presiden.
Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata, pengesahan penerimaan pencalonan itu baru sahaja dibuat sebentar tadi.
"Penerimaan untuk bertanding hanya jawatan Naib Presiden sahaja dan tidak jawatan lain adalah berpedoman kepada jumlah pencalonan terbanyak untuk saya adalah untuk jawatan tersebut.
"Saya menggagap itu adalah isi hati dan pilihan akar umbi PAS jawatan mana mereka inginkan saya tempatkan diri saya," katanya.

Thursday, November 7, 2013
PEMILIHAN PAS!!! 2 Ustaz tolak pencalonan bertanding Naib Presiden PAS
KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat , Ustaz Idris
Ahmad memutuskan untuk tidak bertanding jawatan Naib Presiden PAS pada
pemilihan parti bagi sesi 2013-2015, sebaliknya hanya menerima untuk
bertanding di peringkat Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat.
Ketika dihubungi Hrakahdaily, hari ini, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata keputusan yang dibuatnya itu tidak dipengaruhi mana-mana pihak, sebaliknya telah diperhalusi beliau sendiri.
"Saya fikir, cukuplah untuk AJK. Belum masanya untuk saya bertanding untuk jawatan naib presiden. Apa yang penting, bagi saya untuk memastikan parti dalam perjuangan yang diterima masyarakat, yang boleh menjadi amal soleh apabila kita mati kelak," tegas beliau.
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kawasan yang mencalonkan beliau untuk kedua-dua jawatan tersebut, bagaimanapun memohon maaf kerana menolak pencalonan untuk bertanding jawatan naib presiden

PEMILIHAN PAS!!! Ust. Nor Azam teraju baru Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan
JEMPOL: Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan menerima teraju baru apabila Ustaz Nor Azman Mohamad dipilih sebagai ketua dewan itu pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan kali ke-28 baru-baru ini.
Muktamar pemilihan itu berlangsung di Muassasah Darus Syarif, di sini di mana menyaksikan Nor Azman telah menang tanpa bertanding sekaligus menggantikan Mohd. Khairil Anuar Mohd. Wafa yang tidak mempertahan jawatan.
Beliau juga sebelum ini adalah bekas Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan.
Dalam ucapan penangguhan beliau, Nor Azman berkata pemuda harus berusaha dalam membina jaringan bagi melebarluaskan keterlibatan dalam masyarakat.
PEMILIHAN PAS!!! Terkini, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man terima pencalonan jawatan Naib Presiden PAS
Keputusan penerimaan pencalonan
Terdahulunya, saya ucapkan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada semua kawasan yang telah mencalonkan saya dalam mesyuarat Agong PAS kawasan masing-masing.
Pencalonan ini adalah satu penghormatan tinggi kepada saya. Setelah surat pencalonan yang dihantar oleh Jawatankuasa pemilihan, saya dapati ada tiga jawatan yang dicalonkan, iaitu Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa Pusat. Saya berasa amat bertuah atas kepercayaan dan penilaian tinggi yang diberikan oleh kalian semua.
Di dalam perlembagaan PAS, hak pecalonan diberikan sepenuhnya ke PAS kawasan, manakala yang dicalon pula diberikan hak untuk menerima atau tidak menerima.
Keputusan seseorang calon untuk tidak menerima pencalonan bukan bermakna calon tidak menghargai pencalonan kawasan; manakala keputusan menerima pula tidak harus dilakukan sekadar untuk alasan merai kehendak kawasan.
Pada pandangan saya, kepimpinan adalah amanah besar yang perlu dipikul di dunia sampai ke akhirat. Kerana itu, keputusan menerima atau tidak menerima perlu dilakukan berdasarkan kemampuan seseorang untuk memikul amanah tersebut. PAS kini berhadapan dengan cabaran besar masa depan dan muafakat dalam Pakatan Rakyat yang perlu diperkukuhkan serta ukhuwah jamaah yang perlu diperkasakan, antara faktor penting dalam penilaian kemampuan menerima atau tidak sesuatu jawatan itu.
Walaupun saya amat menghargai kepercayaan dan penilaian tinggi yang diberikan oleh PAS kawasan yang mencalonkan saya ke jawatan Timbalan Presiden, namun pada saya, jawatan itu adalah sangat besar dan diluar kemampuan saya untuk memikulnya buat masa kini, tambahan pula terdapat beberapa nama lain yang layak untuk memikul amanah ini.

PEMILIHAN PAS!!! Poll Timbalan Presiden PAS, Haji Muhammad Sabu atasi Dato' Tuan Ibrahim
Poll undian Timbalan Presiden PAS terkini 14 hari sebelum ditutup menyaksikan undian untuk Haji Muhamad Sabu kini mengatasi undian untuk Dato' Tuan Ibrahim.
Jika sebelum ini undian untuk Dato' Tuan Ibrahim mengatasi undian untuk Haji Muhamad Sabu , pada hari ini undian kepada Haji Muhamad Sabu sudah mengatasi .
Undian untuk Haji Muhamad Sabu sebanyak 27%, manakala undian untuk Dato' Tuan Ibrahim sebanyak 26%.
Bagaimanapun undian untuk Dato' Husam Musa masih berada di hadapan dengan memperolehi 41% dari jumlah undian.

PEMILIHAN PAS!!! Ulama mampu rebut semula naib presiden PAS
Kebangkitan mereka kali ini antaranya didorong oleh kegagalan mendapat tempat dalam pemilihan 2011 apabila dua 'heavyweight' agamawan PAS - Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Idris Ahmad (kiri) - kecundang kepada penyandang sedia ada.
Kecuali pemilihan lalu, dalam tempoh sepuluh tahun terakhir, ulama sentiasa menjadi pilihan perwakilan sebagai salah seorang naib presiden bagi bergandingan dengan calon-calon profesional PAS.
Tokoh-tokoh pilihan naib presiden sebelum ini, Tan Sri Azizan Razak (2003), Datuk Dr Hasan Ali (2005), Ahmad Awang (2007) dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (2009).
Dalam pemilihan kali ini, lima daripada 10 pemimpin yang dicalonkan PAS kawasan terdiri daripada golongan ulama, iaitu Tuan Ibrahim, Mohd Amar, Idris, Datuk Abu Bakar Chik dan Nasrudin Hassan.
PEMILIHAN PAS!!! Penyandang tak terkesan berdepan calon baru
KUALA LUMPUR - Tindakan perwakilan menghantar sehingga 12 nama calon
untuk jawatan naib presiden seharusnya dilihat secara positif
memandangkan ramai pihak yang diberi penghormatan untuk berkhidmat
kepada parti.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan itu membuktikan Pas tidak ketandusan calon bagi menjawat jawatan ketiga tertinggi dalam parti.
“Itu terpulang kepada perwakilan, tiada masalah kepada penyandang apa jua jawatan sekalipun untuk berdepan dengan orang lain yang menawarkan diri untuk berkhidmat kepada parti.
“Penting bagi saya, adalah untuk berkhidmat kepada parti dan bukannya mencari apa jua kedudukan dalam parti kerana ia bukan ada apa-apa yang boleh mengenyangkan dan memenuhkan poket,” katanya.
Wednesday, November 6, 2013
PEMILIHAN PAS!!! Poll terbaru PASPB, jawatan Ketua dan Timbalan Ketua Pemuda
Poll ini dibuat berdasarkan perkembangan terkini Ust. Nasarudin dan Ust. Nik Abdul tidak mempertahankan jawatan masing-masing.
Bagi jawatan Ketua Pemuda 3 calon yang berkemungkinan besar bertanding ialah Suhaizan, Kamarulzaman dan Zulhazmi.