KUALA
LUMPUR 30 APR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mempersoalkan
tindakan kerajaan Malaysia menahan rakyat Malaysia di bawah Akta
Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012) atau SOSMA.
“Mengapa penahanan dengan tuduhan misi jihad ini dilakukan sebaik
sahaja Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama selesai mengadakan
lawatan beliau ke Malaysia?
“Timbul persoalan bahawa ini merupakan satu cubaan untuk membodek AS
agar Malaysia dilihat sebagai sebuah negara sekular yang bersekutu
dengan AS,” kata Ketua Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau
CheguBard.
CheguBard turut mempersoalkan apakah penahanan kali ini bagi mendapat
sokongan White House dalam isu kecelaruan demokrasi yang berlaku
Malaysia seperti dibangkitkan oleh Presiden AS Barrack Obama ketika
lawatannya minggu lalu.
Wednesday, April 30, 2014
Tuesday, April 29, 2014
KHABAR TERKINI MH370!!! Terhempas di Laut China Selatan berhampiran pantai Thailand ?
MH370: Juruterbang Dakwa Temui Pesawat Terhempas
SEORANG juruterbang dari New York mendakwa telah menemui serpihan pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu di lautan berhampiran pantai Thailand.
Michael Hoebel, 60, mendakwa telah menemui imej serpihan itu selepas membuat pencarian menerusi ribuan imej pelbagai satelit yang terdapat di sekitar laluan pesawat berkenaan.
Juruterbang dari Tonawanda itu berkata, dia terkejut dengan imej yang diperolehi dan percaya pesawat dalam air itu telah terhempas sejak dua bulan lalu di timur laut pantai Malaysia iaitu lokasi ia dikesan melakukan lencongan.
PENDIRIAN UMNO TAK JELAS!!! Bukti UMNO guna isu hudud pecahkan perpaduan dalam Pakatan
Pihak dalaman PAS menyalahkan Umno yang tidak berhenti dan terus-menerus
memainkan isu untuk melaksanakan undang-undang syariah, termasuk hudud,
sehingga menimbulkan pergeseran antara parti dalam Pakatan Rakyat.
Bekas ahli Exco Kelantan dan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata
beliau yakin Umno cuba memecahbelahkan perpaduan dalam Pakatan.
Beliau juga tidak fikir rang undang-undang
persendirian itu boleh pergi jauh selagi Umno tidak membuat pendirian
jelas mengenai perkara itu.
"Bagi saya, isu paling besar di sini sebelum kita pergi lebih jauh,
adalah untuk mengetahui apakah pendirian Najib. Adakah BN akan menyokong
rang undang-undang persendirian ini? Jika benar, maka kita boleh
berbincang. Jika tidak, jelas mereka hanya mempermainkan PAS demi
kepentingan agenda mereka," katanya.
Beliau merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
minggu lepas, bahawa Umno bersedia mendengar cadangan PAS mengenai
pelaksanaan hudud.
Sunday, April 27, 2014
DASAR PEMBOHONG!!! Gani Patail peguam peribadi Saiful? Obama pun Najib nak bohong
KUALA
LUMPUR 28 APR: Perdana Meneri, Datuk Seri Najib Razak berbohong tentang
kes Fitnah II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media
Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.
Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, kenyataan Najib bahawa Fitnah II adalah kes peribadi antara seorang individu dengan individu yang lain adalah sangat mengejutkan, tidak jujur dan terang-terangan palsu.
“Kes terhadap Anwar bukan tindakan peribadi oleh seorang individu. Ia adalah dakwaan jenayah yang dibawa Peguam Negara
“Peguam Negara adalah penasihat undang-undang dan bertindak bagi pihak kerajaan,” kata Surendran dalam kenyataannya hari ini.
Semalam, pada sidang media bersama Obama di Putrajaya, Najib berkata bahawa kes Fitnah II adalah kes yang difailkan seorang individu terhadap Anwar dan bukannya tindakan kerajaan.

11 800 PENGUNDI ISLAM BUKIT GELUGUR!!! Jika ikut pendirian ISMA kena letak calon, Abdullah Zaik tak berani Hafiz Nordin galang gantinya?
LEBIH 11 RIBU PENGUNDI MUSLIM SEBENARNYA SUDAH MEMENUHI SYARAT MELAYAKKAN ISMA MELETAKKAN CALONNYA
ISMA BOLEH LAGI GUNA LAMBANG BERJASA MACAM PRU 13
ANDAI ABDULLAH ZAIK TAK BERANI , ISMA BOLEH TAJA HAFIZ NORDIN YANG SUDAH AKTIF DI PULAU PINANG
HAFIZ NORDIN SUDAH PASTINYA CALON BERWIBAWA BAGI ISMA
TERPULANG PADA ISMA , SAMA ADA MASIH BERPEGANG PADA PENDIRIAN ATAU SANGGUP MELUPAKANNYA
BACA KENYATAAN PRESIDEN ISMA SEMASA PRU 13 LALU........
Saturday, April 26, 2014
PIKUL TANGUNGGJAWAB!!! Feri karam PM Korea letak jawatan, Pesawat MH370 hilang PM Malaysia gengam jawatan
Perdana Menteri Korea Selatan mengumumkan untuk meletak jawatan bagi memikul tanggungjawab ke atas kritikan ke atas kerajaan ekoran tragedi feri karam 16 April lalu yang mengorbankan hampir 300 orang.
Chung Hong-won dalam pengumumannya hari ini berkata ia adalah tindakan terbaik yang boleh dilakukannya – 11 hari selepas tragedi maritim tersebut.
“Perkara yang baik untuk saya lakukan ialah memikul tanggungjawab dan meletak jawatan,” katanya seperti dipetik dalam laporan agensi berita DPA.
PATUTLA BERANI HINA HUDUD!!! Rupanya Presiden Persatuan Perubatan ini penyokong kuat BN
Ikatan
Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) hari ini
menyelar kenyataan Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Datuk NKS
Tharmaseelan (gambar) yang dianggap cuba menjadikan pelaksanaan hudud
sebagai jenaka apabila mencadangkan kerajaan PAS Kelantan menggunakan
khidmat pemotong daging.
"Jika MMA tidak dapat bersetuju dengan cadangan yang dibuat oleh kerajaan negeri Kelantan, ia tidak seharusnya menjadikan isu hukum hudud ini sebagai suatu jenaka kepada 63.1% umat Islam di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menyifatkan kenyataan presiden MMA itu dibuat secara terburu-buru tanpa sebarang usaha untuk memahami kepentingan perundangan syariah kepada umum, khususnya kepada umat Islam dan ribuan profesional perubatan Islam di negara ini.
62 SERTAI PAS!!! Kubu UMNO pecah lagi
KOTA BHARU: Flat Buluh Kubu tidak jauh dari Pasar
Besar Siti Khatijah satu-satunya kawasan di parlimen Kota Bharu yang
tidak pernah kelihatan bendera PAS setiap kali kempen pilihan raya.
Rumah flat tersebut dibina kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika mentadbir Kelantan. Sejak 1990 sehingga sekarang, Umno mendominasi kawasan berkenaan. Namun malam tadi situasi itu tiba-tiba bertukar.
Seramai 62 ahli dan penyokong Umno yang menjadi penggerak jentera Umno di situ mulai menilai semula perjuangan lama. Diketuai bekas Setiausaha Cawangan Buluh Kubu, Mohd Nor Hashim Che Naim, 48 mereka menyerah borang menyertai PAS.
Borang tersebut diserah kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa pada ceramah yang diadakan di perkarangan flat tersebut. Ramai penduduk tempatan hadir.
Malam tadi mencatat sejarah baru apabila PAS berjaya mengadakan program ceramah di situ. Terdapat lebih 200 keluarga yang mendiami beberapa blok flat terbabit.
Turut hadir meraikan penghuni anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Muhammad Fadzli Hassan, Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Ketua Pemuda PAS Kota Bharu, Dr Rosli Alani Abdul Kadir dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Kelantan, Lim Guan Seng.

HUDUD!!! Dulu kata akan sokong, hari ini Ku Li dah lain nadanya
Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah bimbang hukum hudud yang dirancang dilaksanakan PAS di Kelantan boleh menimbulkan konflik agama bagi rakyat berbilang kaum di negara ini.
Beliau berkata, sejak PAS menimbulkan semula isu itu, sudah nampak bantahan daripada kalangan bukan Islam, dan PAS juga jelas menolak segala pandangan mana-mana parti gabungannya dalam Pakatan Rakyat.
Katanya, keadaan itu sesuatu yang mungkin berdepan dengan kerumitan dan sudah tentu perlu merujuk kepada Perlembagaan negara yang menjadi asas kekuatan kehidupan rakyat berbilang kaum di negara ini.
"Bagi kita orang Melayu dan parti Umno tidak menjadi masalah dalam perkara tersebut (hukum hudud)," katanya ketika berucap pada majlis Perjumpaan Profesional Muda Tempatan di Gua Musang, hari ini.
Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno bahagian Gua Musang berkata, masalah yang bakal dihadapi itu perlu difikirkan bersama, sama ada mereka yang berjawatan tinggi atau penduduk biasa, yang berpegang kepada ajaran Islam.
PERTANDINGAN TIMBALAN PRESIDEN PKR!!! Seorang calon telah menarik diri
Beliau berkata, JPP menerima surat bertarikh 25 April 2014 daripada Ramachandran berhubung penarikan diri itu.
"JPP telah mengadakan perbincangan mengenai perkara ini dan akhirnya menerima penarikan diri calon tersebut.
"Oleh itu, dengan ini mengumumkan bahawa Datuk K. Ramachandran telah menarik diri dan tidak lagi bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Friday, April 25, 2014
BERANIKAH SPRM?!!! Siasat Daim yang disyaki ada saham ribuan juta
KUALA
LUMPUR 25 APR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin disyaki
memiliki ribuan juta saham dengan jumlah berbilion ringgit, kata Ketua
Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Menurut Shamsul, Daim mempunyai kekayaan luar biasa melalui pegangan selain menaungi bank-bank seperti IC Bank Rt.(Hungary), International Commercial Bank Sh.A (Albania), International Commercial Bank Limited (Ghana) dan International Commercial Bank S.A (Guinea).
Daim turut menaungi ICB-Banco Internacional de Comercio SARL (Tanzania), International Bank of Malaysia (T) Limited (Mozambique), International Commercial Bank (Sierra Leone) Limited – Sierra Leone.
“Di samping (Daim) mempunyai kepentingan di dalam Bank Internasional Indonesia dan Bank Bumiputera Indonesia di mana Tun Daim memegang lebih separuh pegangan sahamnya
“Jumlah ini mungkin lebih besar sebelum ia dijual,” kata Shamsul dalam kenyataannya.

Thursday, April 24, 2014
DAKWAAN GOPOH!!! Hanipa ajak Gerakan berdebat bila-bila masa
PAS menyifatkan dakwaan Gerakan bahawa kewujudan hukum hudud akan mengakibatkan kewujudan dua sistem perundangan jenayah dalam negara ini adalah satu dakwaan yang gopoh, tidak berasas dan juga menunjukkan ketidakfahaman mereka tentang perjalanan sistem undang-undang jenayah dalam negara ini.
Pengerusi lajnah (biro) undang-undang PAS, Mohamed Hanipa Maidin (gambar) berkata, kewujudan dua sistem perundangan jenayah dalam negara ini wujud sejak Perlembagaan Persekutuan itu wujud.
"Sejak awal lagi negara kita dan Perlembagaan merestui kewujudan dua sistem perundangan jenayah itu iaitu jenayah yang dibicarakan di Mahkamah Sivil dan jenayah syariah yang dibicarakan di Mahkamah Syariah," kata Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang dalam satu kenyataannya hari ini.
Katanya, sama ada hudud wujud atau tidak, hakikatnya negara kita mempunyai dua sistem perundangan jenayah dan ini diperuntukkan oleh Perlembagaan.
"Nampaknya bukan PAS yang melanggar Perlembagaan sebaliknya hujah Gerakan yang menyalahi Perlembagaan," kata Hanipa dalam kenyataannya.
Malahan jika mengambil kira wujudnya Mahkamah Tentera yang membicarakan kes jenayah yang melibatkan tentera maka terdapat lebih dari dua sistem perundangan jenayah dalam negara ini.
Bagaimana pula dengan kewujudan mahkamah seperti Mahkamah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang juga diberi kuasa membicarakan kes saman berunsur jenayah, soal Hanipa.
TAK TOLAK SEBENARNYA TOLAK!!! Cara Najib tolak sama macam Speaker DUN Terengganu tolak hudud?
Kerajaan tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang ditetapkan oleh Allah tetapi banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum ia dapat dilaksanakan, kata Datuk Seri Najib Razak (gambar).
Perdana menteri berkata banyak kekangan dan keutamaan yang perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum hukum hudud ini dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan matlamat hukum yang sebenar.
"Terdapat perbezaan yang cukup ketara antara menolak hukum hudud dengan tidak melaksanakannya kerana kekangan dan kesulitan yang pelbagai
"Sebab itulah kita memerlukan ulama dalam kalangan mujtahid untuk memperhalusi dan melakukan ijtihad baharu dalam menentukan pelaksanaan hukum hudud supaya keadilan yang menjadi matlamat mampu ditegakkan," katanya ketika merasmikan majlis penutupan Ijtimak Pondok Malaysia 2014 di Alor Setar hari ini.
Katanya kerajaan menyokong niat baik pihak mana sekalipun untuk melaksanakan hukum hudud tetapi ia perlu mengambil kira hal-hal lain yang menuju ke arah Islam yang sejati.
Wednesday, April 23, 2014
ISU HUDUD!!! UMNO jelas menolak, hanya produk 'War Room' UMNO
Tidak semena-mena Umno mendakwa mereka menyokong pelaksanaan
hudud khususnya di Kelantan jika kerajaan negeri mahu melaksanakan hukum Allah
tersebut. Sedangkan sebelum ini berbagai dalih dan alasan yang mereka berikan.
Di saat sesetengah pemimpin bawahan mereka bercakap untuk
menyokong hudud, Dewan Undangan Negeri Terengganu yang bersidang minggu lalu
menolak usul berkenaan hudud yang dibawa oleh Adun Bukit Payong Ustaz Mohd Nor
Hamzah. Malah 'Mursyid' mereka iaitu Mahathir juga mengulangi 'fatwa' lamanya
dengan mengeluarkan kenyataan yang cukup 'mengerikan'.
Pimpinan kerajaan negeri Kelantan sejak dari zaman Tok Guru Nik
Abdul Aziz Nik Mat tetap bertegas ingin melaksanakan hukum hudud. Namun
kekangannya ialah perlembagaan tertinggi negara kita yang jelas meletakkan apa
juga undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan negara akan terbatal
dengan sendirinya.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa menjadi Menteri Besar
pernah beberapa kali 'memohon restu' untuk mendapat sokongan kerajaan pusat
bagi melaksanakan kanun jenayah syariah negeri Kelantan berkaitan hudud, takzir
dan qisas yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan di era 90-an.
Namun jawapannya adalah amat negatif. Lebih malang lagi kerajaan
pusat pernah memberi amaran kepada kerajaan Kelantan supaya jangan melaksanakan
draf undang-undang hudud ini di mana jika kerajaan meneruskan hasratnya
kerajaan pusat akan bertindak. Begitulah kerasnya amaran yang diberikan oleh
kerajaan pusat kepada kerajaan negeri Kelantan.
Malah bekas Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub pernah
membawa usul berkenaan hudud ini di Parlimen. Namun ianya ditolak dengan alasan
tradisional oleh Speaker Dewan Rakyat. Ini jelas membuktikan bahawa Umno tidak
mahu membantu Kelantan melaksanakan hukum Allah ini.
Kini Menteri Besar Kelantan sekarang, Dato' Ahmad Yaakob sekali
lagi menegaskan bahawa kerajaan negeri serius untuk melaksanakan draf hudud
ini. Antara usaha yang mereka rancang ialah untuk membawa usul ini di Parlimen
melalui usul persedirian melalui Ahli Parlimen PAS.
Namun begitu usul ini bukan semudah itu boleh diluluskan di
Parlimen. Ini kerana Perkara 8 dan Jadual
Sembilan Perlembagaan Persekutuan jelas
menjadi penghalang kepada usul ini. Perkara 8 berkaitan kebebasan beragama dan
Jadual Sembilan perlembagaan negara secara terang menyatakan bahawa kuasa
menggubal undang-undang jenayah terletak dalam bidang kuasa kerajaan
persekutuan. Untuk meminda perlembagaan ini sokongan dari 148 ahli-ahli Parlimen
diperlukan. Umno tahu bahawa mana
mungkin pindaan ini dapat dibuat. Pada masa
sekarang PAS kekurangan 39 undi. Umno dengan sejumlah 88 Ahli Parlimen dan PAS
dengan 21 Ahli Parlimen, maka PAS hanya mempunyai
109 undi sahaja. Jadi sudah tentu sokongan dari Ahli Parlimen PKR dan DAP.
APA MASALAHNYA?!!!Daim mengaku ada bank di luar negara
Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin semalam mengaku bahawa beliau memang memiliki bank di Tanzania seperti didakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Ya... memang saya ada bank di sana (Tanzania)... lama dah. Anwar pun tahu sebab dia ambil alih Menteri Kewangan daripada saya dulu.
"Masa Anwar jadi Menteri Kewangan, dia mempengerusikan satu jawatankuasa mengenai rasuah (peringkat kabinet)... kenapa waktu itu tidak ambil tindakan terhadap saya," kata Daim dipetik Berita Harian.
Beliau berkata demikian selepas hadir program Bicara Petang Bersama Tun Daim Zainuddin di ibu negara semalam.
Beliau turut mengakui pernah dua kali disiasat pada 1999 berhubung pemilikan itu.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dalm siri ceramahnya sebelum ini mendakwa mempunyai bukti penyelewangan besar Daim.
Beliau turut mendakwa Daim menyimpan duit di Tanzania, salah sebuah negara di Afrika Timur.
Tuesday, April 22, 2014
CUBA KIRA!!! 50 polis untuk kawal 30 000 orang, bolehkah polis hantar hanya 160 anggota untuk kawal 100 000 orang bakal hadir Himpunan 1 Mei?
Polis Pulau Pinang menempatkan lebih 50 pegawai dan anggota
bertugas sepanjang empat hari tempoh memberi penghormatan terakhir
hingga pembakaran mayat Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh di
Krematorium Batu Gantung di Georgetown, Ahad lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata selain menjaga lalu lintas pihaknya turut menempatkan pegawai dan anggota polis di rumah mendiang di Jalan Utama, di Georgetown serta dua balai polis bergerak di perkarangan Dewan Sri Pinang ketika mayat mendiang dibawa ke situ untuk penghormatan terakhir.
"Saya telah mengarahkan anggota trafik bertugas dari mula mayat mendiang tiba di Juru dan mengiringi hingga ke rumahnya di Jalan Utama dan dalam masa sama dua pegawai bersama 20 anggota polis trafik ditugaskan menjaga kawasan berkenaan (rumah Karpal Singh).

Monday, April 21, 2014
TIDAK JUMPA DI LAUTAN HINDI!!! Ini berita kemungkinan terbaru pesawat MH370
Pasukan penyiasat antarabangsa dilaporkan sedang melihat semula kemungkinan bahawa penerbangan Malaysia Airlines pesawat MH370 mungkin mendarat di satu lokasi tertentu dan tidak berakhir di Lautan Hindi.
Laporan New Straits Times yang memetik satu sumber tidak dinamakan menyebut, ia merupakan antara kemungkinan baru yang sedang diteliti.
Ia memandangkan pencarian yang dijalankan sehingga hari ini masih belum menemui sebarang serpihan pesawat, lapor akhbar itu.
Sumber-sumber yang tidak dinyatakan itu juga menyebut, pesawat tersebut juga mungkin terhempas di satu lokasi terpencil.
Bagaimanapun, pencarian di selatan Lautan Hindi yang masuk hari ke-45 hari ini masih perlu diteruskan, kata sumber tersebut dalam laporan NST.
Selain itu, pasukan penyiasat juga sedang mempertimbangkan untuk menggunakan lebih banyak aset dalam pencarian, dan meliputi kawasan lebih luas di Lautan Hindi.
Sunday, April 20, 2014
KENAPA SEMBUNYIKAN?!!! Senarai kargo MH370 tidak didedahkan timbul banyak persoalan
Menurut Anwar, banyak persoalan berhubung misteri kehilangan pesawat berkenaan belum dijawab Kerajaan Malaysia termasuk penjelasan mengenai kandungan kargo.
“Setiap kapal terbang yang berlepas mesti ada ‘cargo manifest’, maknanya keterangan barangan yang dibawa dan semuanya direkodkan, (tapi) yang ada (dalam MH370) hanyalah empat tan manggis dan bateri (lithium ion).
“Sampai sudah Kerajaan Malaysia dan MAS belum bagi maklumat dan masih lagi berahsia. Kenapa takut sangat? Benda apa yang nak dicuri?
Apa sebenarnya barang yang nak dibawa ke China? Najib tolong beritahu,” kata Anwar dilapor KeadilanDaily.
Saturday, April 19, 2014
BERITA DEMO BERGEGAR TV3!!! Bila disiasat tiada seorang pun pelajar Unisel, semuanya macai upahan
Kesian.. terpaksa UPAH orang untuk buat demo.
UNiSEL di tubuhkan dan dirangka perjanjian RUGI zaman BN..
2 ANAK RAJA!!! Senarai penuh calon , siapa bakal terajui bolasepak negara?
Penyandang presiden FAM Sultan Ahmad Shah bakal dicabar anakanda
baginda, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah serta Presiden Persatuan Bola
Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada kongres
tahunan ke-50 FAM, 25 Mei ini.
Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata tiga calon bakal bersaing untuk mengisi dua slot jawatan Timbalan Presiden iaitu Datuk Seri Subahan Kamal dan Datuk Seri Afandi Hamzah yang merupakan penyandang Naib Presiden, selain Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Datuk Abdul Mokhtar Ahmad.
Katanya lapan calon akan bersaing merebut empat jawatan Naib Presiden iaitu Datuk Takiyuddin Hassan, Datuk Sudarsono Osman, Datuk Rozabil Abdul Rahman, Datuk Astaman Abdul Aziz, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Datuk Rosmadi Ismail, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin dan Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.
"Nama-nama itu merupakan pencalonan yang kita terima (daripada anggota gabungan) sebelum tarikh tutup 23 Mac lepas, namun ada beberapa calon yang menarik diri di saat akhir atas beberapa faktor," kata Hamidin.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif ke-11 FAM bagi penggal 2010-2014 di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini hari ini.
Ia dipengerusikan Sultan Ahmad Shah dan turut dihadiri Tengku Abdullah serta anggota gabungan FAM.
Senarai Penuh Calon Pada Kongres Tahunan FAM ke-50:
Presiden:
Sultan Ahmad Shah (penyandang)
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (penyandang Timbalan Presiden)
Tunku Ismail Sultan Ibrahim (Presiden PBNJ)
Friday, April 18, 2014
ZOL NORDIN!!! Najib masih simpan kerana menguntungkan UMNO?
Bekas Naib Presiden Perkasa, Zulkifli Noordin rupanya bukanlah seorang
yang mahu mengakui kesilapan serta mudah mengungkapkan kata-kata maaf
atas keterlanjuran perbuataannya.
Setelah tindakannya menulis di twitter sesuatu yang tidak wajar mengenai kematian Karpal Singh dan ditegur oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, beliau nampaknya bukan saja tidak mahu mengalah, malah seolah-olah beliau tidak pernah melakukan kesilapan sebelum ini.
Di ketika semua pihak, termasuk Najib sendiri menunjukkan sikap terpuji dan merasakan kehilangan atas pemergian Karpal Singh dalam kemalangan jalanraya, Zulkifli terus angkuh dengan menempelak pula KJ yang bertindak betul menegur dan menyuruhnya diam akibat kenyataannya yang keterlaluan itu.
Sebaik kematian Karpal Singh, Zulkifli menulis di twitter yang memberi gambaran seolah-olah Allah sengaja mematikan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu untuk memberi laluan kepada Pas melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
Ini berikutan Karpal sebelum ini menentang perlaksaan hukum itu dengan keras sambil memberi amaran "langkah mayat saya dulu" jika mahu hukum Islam itu dilaksanakan.
Komen Zulkifli yang dianggap keterlaluan, tidak sesuai dengan suasana keluarga Karpal yang sedang dalam kesedihan dan cuba mempolitikkan kematian tokoh DAP itu, bukan saja dikecam oleh banyak pihak, termasuk menteri dan komponen BN sendiri, tetapi KJ adalah yang paling awal dan lantang mengkritik bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu itu.

SISI POSITIF!!! 3 kisah Mendiang Karpal yang tidak boleh ditutup UMNO
Pemimpin dan ahli-ahli UMNO memberikan riaaksi yang bercampur-campur di dalam isu kematian Karpal Singh.
Di saat ketika ada diantara pemimpin UMNO yang bersimpati dan mengucap takziah kepada keluarga mendiang disamping ada yang turut melahirkan kekaguman terhadap Karpal Singh, namun rata-rata para macai UMNO terus melamparkan penghinaan terhadap mendiang.
Kami paparkan beberapa kisah, sekalipun Karpal dikatakan oleh beberapa macai sebagai anti-hudud malah anti-Islam, namun kisah-kisah di bawah membuktikan disebaliknya.
Kuala Lumpur : Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Khalil Yaakob, pernah mengeluarkan arahan supaya semua wanita yang bekerja dengan kerajaan tidak memakai purdah. Sila rujuk artikel The Star bertarikh 12 Mac 1985.
Thursday, April 17, 2014
BUAT MALU!!! Antara Karpal, Hudud dan Ekor, inilah Melayu UMNO?
Tadi masa di kedai makan kebetulan berita
tengahari sedang ke udara jadi adalah berita mengenai insiden kemalangan yang
melibatkan tokoh politik DAP iaitu YB Karpal Sigh dan berhampiran meja saya
adalah tiga lelaki islam berusia 40an (tekaan saya) bercakap dan komen mengenai
mendiang.
"Pergi dah seorang yang lantang menolak hudud dan negara
islam,itulah mulut terlebih 'bijak' sangat."
Saya malas nak mencelah sebab rasa tiada manfaat pun mahu mencelah
dengan pemikiran 'pekat' ortodoksnya.
Tak lama lepas itu saya terdengar perbualan
dengan rakannya yang saya rasa macam tersembur nasi dekatnya.
Wednesday, April 16, 2014
ISLAM LARANG!!!! Tapi lihatlah penghinaan dari Macai, Pemimpin dan Penyokong UMNO kepada Mendiang Karpal Singh
Ini penghinaan dari Macai UMNO
Cuba baca artikal dari blog Cikgu Najmy atau Taipingmali...Inilah rupa penulis seorang guru sekolah kebangsaan Palma Kemunting Taiping yang menjadi macai belaan UMNO Munafikun..
Kalau IM Asyraf pun kenang jasa Karpal Singh..... kenapa mereka menghina..?? ......................
Kalau IM Asyraf pun kenang jasa Karpal Singh..... kenapa mereka menghina..?? ......................
Sumber : blog Orang ni
KARPAL SINGH MAUT!!! Terlibat dalam kemalangan dekat Tapah
Ahli parlimen Bukit Gelugor dan peguam kanan Karpal Singh maut dalam kemalangan dekat Tapah awal pagi ini.
Pembantu beliau Michael Cornandez turut meninggal dunia apabila kereta
yang mereka naiki melanggar sebuah lori dalam perjalanan menuju utara di
Lebuh Raya Utara Selatan kira-kira jam 1 pagi tadi.
Anaknya Ram Karpal dan pemandu kereta dilaporkan cedera.
Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 1 pagi berhampiran kilometer 301.6 arah utara Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS).
Gambar di kawasan kemalangan menunjukkan kereta kenderaan Karpal rosak teruk.
Seorang jurucakap polis memberitahu Malaysiakini kemalangan dipercayai
berlaku apabila Toyota Alphard tersebut merempuh lori yang menukar
laluan tanpa memberi isyarat.
Tuesday, April 15, 2014
CARA FITNAH ANWAR!!! Kini As Sisi tiru cara yang sama terhadap Dr Morsi
Penipuan yang dilakukan oleh kerajaan Kudeta dan badan kehakiman mereka, apabila satu perbicaraan yang melibatkan Dr Mursi telah diselewengkan oleh badan kehakiman.
Pihak kehakiman dan keselamatan kudeta telah membawa "Dr Mursi" yang lain (pelanduk dua serupa) ke mahkamah dan menyamar menjadi Dr Mursi yang sebenar dengan menghadiri perbicaraan yang melibatkan dirinya.
Sewaktu perbicaraan itu dijalankan, Dr Mursi yang menyamar itu langsung tidak bercakap, membantah, melawan atau memberikan reaksi serta tindak balas sepanjang perbicaraan itu dijalankan.
Hal ini, dijelaskan lagi oleh anak perempuan Dr Mursi sendiri iaitu Alshymaa Mohammed Morsy, apabila beliau menulisnya di laman FB kepunyaan sendiri dengan mengatakan :

MASIH NAK PERCAYA UMNO SOKONG HUDUD!!! Belum pun bawa ke parlimen, UMNO dah tolak Usul Hudud di sidang DUN
Walaupun pemimpin Umno di peringkat pusat dan negeri Kelantan berjanji untuk menyokong undang-undang syariah khasnya hudud jika ia dibawa oleh PAS di Parlimen, tetapi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini menolak usul sama dibawa oleh parti Islam itu.
Speaker DUN Terengganu, Mohd Zubir Embong pagi ini menolak usul yang dibawa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah di bawah peraturan mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap DUN.
Bagaimanapun, Zubir mencadangkan semua ahli Parlimen beragama Islam menyokong usul yang akan dibawa oleh Kelantan ke Dewan Rakyat.
Mohd Nor berkata, tindakan menolak usul itu kerana Umno Terengganu cuba melepaskan diri dan takut dengan tekanan daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) terutama MCA dan MIC.
"Mereka takut dengan kerajaan pusat," kata Mohd Nor kepada The Malaysian Insider.
Monday, April 14, 2014
BERMEWAH MACAM ROSMAH!!! Siapa bocor rahsia, siapa sabotaj Muhyiddin?
Berikutan pendedahan mengenai lawatan mewah Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin ke Dubai yang lebih dipenuhi dengan acara main golf dan menikmati jamuan mewah berbanding menghadiri program rasmi berkaitan pendidikan bermula 8 hingga 12 April lalu, Ketua Setiausaha Negara, Ali Hamsa memberi amaran tidak akan berkompromi terhadap penjawat awam yang membocorkan rahsia kerajaan.
Beliau berkata, tindakan tegas termasuk pemecatan akan diambil terhadap kakitangan yang berbuat demikian, sambil mengingatkan bahawa menjadi tanggungjawab mereka menjaga kerahsiaan kerajaan demi keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.
Baru-baru ini Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim mempertikaikan lawatan lima hari Muhyiddin bersama beberapa pegawainya ke Dubai kerana didakwa tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat berikutan ianya lebih dipenuhi acara bermain golf dan menikmati pelbagai jamuan bertaraf mewah.
Dalam lawatan lima hari itu, Muhyiddin didakwa hanya memperuntukkan tiga jam untuk acara rasmi berkaitan pendidikan manakala selebihnya banyak dipenuhi dengan bermakn golf, menikmati pelbagai jamuan mewah, pertemuan dengan ahli perniagaan dan seolah-olah percutian yang menggunakan wang rakyat.
Saturday, April 12, 2014
DAH LA ZALIM TAMAK PULA!!! Putrajaya rayu hukuman penjara lebih panjang bagi Anwar
Putrajaya nampaknya cuba menyukarkan lagi keadaan Datuk Seri Anwar
Ibrahim dengan memfailkan rayuan balas untuk meningkatkan lagi hukuman
penjara lima tahun terhadap ketua pembangkang itu yang didapati bersalah
atas kes liwat bulan lepas.
Peguamnya, Karpal Singh berkata rayuan Anwar terhadap keputusan dan hukuman beliau seperti akan dipercepatkan untuk Mahkamah Persekutuan, memandangkan pejabat pendaftar mahkamah sudah pun menghantar sebahagian daripada rekod rayuannya.
"Selepas meneliti rekod rayuan, saya dapati pihak pendakwa raya membuat rayuan untuk meningkatkan lagi hukuman penjara Anwar," kata Karpal kepada The Malaysian Insider.
Ini berlaku selepas hampir dua minggu Putrajaya membuat rayuan balas terhadap hukuman yang lebih ringan dikenakan terhadap Karpal yang didakwa bersalah dalam kesalahan menghasut.
Pada 11 Mac, Karpal disaman RM4,000 tetapi pendakwa raya membuat rayuan balas, menggesa Mahkamah Rayuan untuk mengenakan hukuman yang lebih berat.
Dalam kes Anwar pula, Mahkamah Rayuan dengan tiga hakim menjatuhkan hukuman lima tahun penjara kepada pemimpin de facto PKR itu, selepas membenarkan rayuan Putrajaya untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang pada mulanya membebaskan beliau.
Anwar yang juga merupakan ahli Parlimen Permatang Pauh, dalam risiko kehilangan kerusi Parlimennya dan mungkin akan kecundang alam kerjaya politiknya jika mahkamah tertinggi itu menegakkan keputusan Mahkamah Rayuan.
Di bawah Perlembagaan Persekutuan, seorang wakil boleh tersingkir daripada kerusinya jika disaman lebih daripada RM2,000 atau dipenjarakan untuk lebih daripada setahun.
Hukuman liwat di bawah Seksyen 377B Kod Penal membawa penjara sehingga 20 tahun dan pesalah juga kemungkinan disebat.
"Dalam membuat rayuan balas ini, saya percaya pihak pendakwa raya mahukan Mahkamah Persekutuan untuk mengenakan masa penjara lebih daripada lima tahun. Menyebat Anwar memang tidak akan terjadi kerana beliau sudah 66 tahun," katanya.
Anwar didapati bersalah meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di kondominium mewah di Bukit Damansara pada 26 Jun, 2008.

Friday, April 11, 2014
MENGHABISKAN BERAS!!! Gaji Samy Vellu lebih tinggi daripada jumlah pelancung India ke Malaysia
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan kedudukan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri dengan hanya bergajikan RM1.
Katanya, dibandingkan dengan bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu (gambar) yang dilantik Putrajaya menjadi duta khas ke India dan menerima gaji serta elaun lebih tinggi daripada jumlah pendapatan yang diperoleh melalui tarikan pelancong India ke Malaysia.
"Kalau saudara lihat Samy Vellu, bekas menteri pelancongan, begitu ramai yang bukan dapat seringgit tapi beratus ribu ringgit untuk dijadikan penasihat kerajaan persekutuan.

PANDA PAJAK!!! Kenapa China tangguh hantar Panda ke Malaysia?
KUALA LUMPUR: China menanggguhkan penghantaran sepasang beruang panda ke Malaysia yang dijadualkan pada minggu depan, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel.
Kedua-dua negara itu bersetuju pada 2012 bahawa China akan menghantar sepasang panda untuk ditempatkan di Malaysia selama 10 tahun.
Mereka (China) sedang menunggu keputusan MH370. Mereka akan lewatkan penghantaran beruang itu dan mereka mungkin hantar pada lewat Mei," katanya.
Thursday, April 10, 2014
SELEPAS PENCALONAN DITUTUP!!! Tian Chua tarik diri, 4 calon bertanding Timbalan Presiden PKR
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sah mencabar isteri beliau Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk merebut jawatan presiden parti itu.
Ini merupakan percubaan pertama ketua pembangkang itu bertanding jawatan yang disandang Wan Azizah sejak penubuhan parti itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Datuk Johari Abdul turut mengumumkan Tian Chua dan Elizabeth Wong menarik diri dari persaingan jawatan timbalan dan naib presiden PKR.
MALAYSIA HARI INI!!! Panda luar negara dibayar berjuta-juta, rakyat dalam negara masuk penjara kerana kebuluran
AYER KEROH - “Saya terdesak tuan, saya dah minta kerja di kilang tetapi mereka tidak mahu ambil kerana faktor usia," kata Mohd Zahar Basiron, 43, yang dijatuhi hukuman penjara 3 tahun 6 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Beliau menerima hukuman berkenaan selepas mengaku bersalah atas tuduhan cuba merompak sebuah kedai runcit, bulan lalu.
Hukuman diputuskan Majistret Mohd Firdaus Saleh terhadap pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.
Berdasarkan pertuduhan, Mohd Zahar didakwa cuba melakukan rompakan ke atas kedai milik Lim Terk Loong, 29, di kedai runcit Star Biz Mini Market di Jalan Rambai Jaya 2, Taman Rambai Jaya, kira-kira 8.30 malam pada 6 Mac lalu.
Wednesday, April 9, 2014
HANIPA, AZMIN DIARAH KELUAR DEWAN!!!! Semua MP Pakatan protes keluar Dewan beramai-ramai
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertindak meninggalkan Dewan beramai-ramai
hari ini selepas dua ahli Parlimen mereka diarah keluar oleh Speaker
Pandikar Amin Mulia.
MP Gombak Azmin Ali dari PKR diarah keluar Dewan apabila beliau berterusan menuntut penjelasan speaker mengapa dia mengutamakan urusan kerajaan dan tidak mempercepat usul Azmin untuk mengecam tiga hakim.
MP PAS Sepang Hanipa Maidin juga diarah keluar ketika cuba membangkitkan perintah tetap berhubung keengganan speaker mempercepatkan usul Azmin, yang ditandatangani oleh 63 MP, menjadi semakin panas.
Ini mendorong MP Pakatan yang turut tidak puashati dengan speakar, bertindak keluar beramai-ramai meninggalkan Dewan.

GUNA DUIT RAKYAT!!! Lawatan Muhyiddin ke Dubai, 3 jam kerja, 10 jam main golf
Lawatan lima hari Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Dubai, yang sedang berlangsung, dipersoalkan dua anggota Parlimen Pembangkang hari ini.
Steven Sim (Bukit Mertajam) dan Zairil Khir Johari (Bukit Bendera) membangkitkan laporan sebuah blog pembocor maklumat yang memuatkan jadual Muhyddin di negara itu.
Menurut mereka, tugas rasmi Muhyiddin hanya antara jam 10 pagi hingga 1 petang hari ini, 9 April.
Selain itu, ia didakwa cuma diisi dengan pertemuan “peribadi”, jamuan makan malam “tidak rasmi” dan dua kunjungan ke padang golf.
MALAYSIA HARI INI!!! Hakim Fitnah II macam bomoh, tengok atas bawah terus jatuh hukum
SHAH ALAM 9 APRIL: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim
berkata, hukuman lima tahun penjara berhubung Fitnah II ke atasnya
sebegitu mudah dan diputuskan sekelip mata oleh hakim, yang diibaratkan
beliau umpama seorang bomoh.
“Fail tebal dari atas sampai bawah dalam masa sehari belum tentu habis baca, tapi hakim sekarang macam bomoh tengok saja dari atas sampai bawah, sah Anwar masuk penjara lima tahun,” katanya pada Himpunan Jelajah Reformasi 2.0 di Taman Rakyat Jalan Kebun, di sini, malam tadi.
Beliau berkata, sistem penghakiman di Malaysia sudah tidak bebas dan adil ekoran rencana Umno untuk menjatuhkannya supaya beliau tidak memegang apa-apa jawatan.
HANYA TAHU FITNAH!!! 16 tahun keluarga difitnah, pemimpin UMNO tak pernah rasa
KUALA LUMPUR 9 APRIL: Sesi perbahasan Dewan Negeri Selangor (DNS)
mencuri tumpuan hari ini apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail buat pertama kali berucap
bagi membahaskan titah Tuanku Sultan Selangor.
Beliau sekali lagi mempertahankan Ketua Umum KEADILAN yang juga suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terus menjadi sasaran serangan pelbagai pihak termasuk Pembangkang DUN Selangor dalam isu Fitnah II, MH370 dan pertikaian peranan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.
Wan Azizah dengan tenang meminta dewan menyelami sendiri perasaan mereka jika berada di tempat beliau sekeluarga yang terus menjadi mangsa fitnah, sejak 16 tahun lalu.
“Kalau tuan berada di tempat saya, apa perasaan anda? Saya ada anak dan keluarga,” kata Presiden KEADILAN itu merujuk kes Fitnah II yang dilemparkan terhadap Anwar, lapor Selangor Kini.

Tuesday, April 8, 2014
ANWAR BUKAN 'HERO BALING'!!! Kasihan Brahim Ali tak diangkat 'Hero Baling' , sebaliknya hanya 'Hero Lompat'
Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah memimpin perhimpunan bersejarah Demonstrasi Baling 1974 bagi memperjuangkan nasib petani miskin Kedah, dedah veteran politik Datuk Ibrahim Ali.
Ibrahim, yang bergiat dalam aktivisme mahasiswa ketika itu, berkata semasa kebangkitan rakyat Baling, Anwar sebenarnya berada di luar negara.
“Masa kebangkitan rakyat Baling, dia (Anwar) di luar negara.
"Mahasiswa sambung tunjuk perasaan selepas dua Perhimpunan Baling, di Dataran Merdeka.
“Kalau tak silap saya, hari kedua,di Dataran Merdeka, barulah Anwar muncul,” kata Ibrahim yang juga presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA.
Monday, April 7, 2014
TUNTUT RM 3 JUTA!!! Semua nak tahu, bekas perempuan simpanan MB PAS, PKR atau UMNO?
Bekas perempuan simpanan seorang Menteri Besar (MB) dikatakan menuntut RM3 juta kerana MB mungkir janji memberi satu projek kepadanya.
Menurut sumber, bekas perempuan simpanan itu yang merupakan seorang ahli perniagaan telah memohon satu projek dengan MB pada tahun lepas.
Tetapi, sumber itu menambah, MB kata tunggu selepas pilihanraya umum 5 Mei 2013.
Setelah pilihanraya umum berlalu, MB dikatakan mungkir janji dan enggan meluluskan projek tersebut kepada janda yang berusia 30an itu.
3 PERKARA MH370!!! Datuk Husam kritik, Hishamudin , Najib tolong jawab
MUAR: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa membidas kelemahan kerajaan dalam menangani isu
kehilangan pesawat MH370 sehingga mendedahkan keselamatan dan kedaulatan
negara kepada bahaya.
Antara komennya, 3 perkara seperti dipetik dari Harakah Daily..
Satu:
"Bagaimana polis boleh benar FBI yang siasat keluarga Kapten Zaharie (Ahmad Shah). Ini tamparan hebat kepada polis Malaysia.
Antara komennya, 3 perkara seperti dipetik dari Harakah Daily..
Satu:
"Bagaimana polis boleh benar FBI yang siasat keluarga Kapten Zaharie (Ahmad Shah). Ini tamparan hebat kepada polis Malaysia.
"Tak kan kita tiada kepakaran nak soal siasat sampai pihak luar ceroboh kedaulatan kita, malu la kita," kata beliau sambil menambah sepatutnya polis boleh meminta FBI hanya menghantar soalan dan siasatan dilakukan polis Malaysia.
BEREBUT KETUA KAMPUNG LAGI!!! Ugut keluar UMNO jika tak lantik Ketua Kampung baru
BOTA - Pelantikan Ketua Kampung Selat, Jalan Tronoh, Bota, di sini
mendapat tentangan beberapa penduduk yang tidak berpuas hati dengan
pemilihan itu.
Penduduk, Ghani Abu Sari, 47, berkata, pelantikan yang masih mengekalkan ketua kampung lama tidak dipersetujui dan mereka mahu ia dibuat secara undian.
Menurutnya, penduduk mempunyai pilihan sendiri yang boleh dilantik sebagai ketua kampung.
“Saya tidak bersetuju ketua kampung lama dilantik semula, sepatutnya ketua kampung dilantik berdasarkan undian penduduk supaya lebih adil.
“Kami memang tidak berpuas hati dengan ketua kampung yang dilantik semula itu kerana banyak perkara yang tidak diselesaikan,” katanya.
Manakala Lahut Amin, 58, pula berkata, mereka tidak teragak-agak untuk keluar daripada Umno jika pemilihan ketua kampung tidak dibuat semula.

Sunday, April 6, 2014
DEMI PANDA!!! Kerajaan sanggup belanja RM 25 Juta, untuk rakyat?
KUALA LUMPUR 7 APRIL: Tindakan kerajaan membawa dua ekor panda dari
negara China dengan kos RM25 juta adalah tidak masuk akal dan merupakan
pembaziran berulang, kata Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Shari.
Yahya berkata, pembaziran tersebut jelas bertentangan dengan seruan kerajaan yang menggesa rakyat supaya berjimat cermat ketika kenaikan harga barang dan kos sara hidup.
“Memang tidak masuk akal, belanja untuk dua ekor panda sampai RM25 Juta.