KUALA LUMPUR, 4 Ogos: Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) mendapati isu pembelian 38 unit tren elektrik (EMU) enam gerabak secara runding terus oleh kerajaan, mempunyai asas dan wajar disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Perkara itu dinyatakan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) pada sidang media di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, hari ini.
"Setelah meneliti laporan tersebut, PAC mendapati ianya wajar disiasat oleh SPRM kerana kerajaan akan mengalami bayaran perolehan lebih tinggi dari harga asal lebih kurang RM500 juta," katanya yang mendapat makluman mengenai perkara itu daripada PAC.
Turut serta pada sidang media tersebut, Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo’ Ghazali, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Pesuruhjaya PAS Wilayah, Mohamad Nor Mohamad.
Beliau sebelum ini mendedahkan kemungkinan kerugian ditanggung kerajaan ekoran pembelian itu akhir Jun lalu di parlimen.
Menurutnya, kerajaan didakwa akan kerugian RM500 juta jika membeli 38 unit EMU 6 gerabak secara runding terus dari sebuah syarikat China dengan harga RM1.824 bilion lebih mahal daripada tender asal.
Apa yang mencurigakan beliau adalah apabila syarikat Zhu Zhou Electric Locomotive yang mendapat tender asal pada 2008 untuk membekal 8 unit EMU 3 gerabak, hanya menawarkan harga RM13.725 juta seunit.
Namun selepas Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menetap keperluan baru tahun ini kepada set EMU 6 gerabak, rundingan terus dengan syarikat sama menyaksikan harga meningkat kepada RM48 juta seunit, lebih tiga kali ganda lebih tinggi daripada harga asal.
Harga itu, menurutnya tidak munasabah biarpun setelah mengambil kira pelbagai kos lain yang mempengaruhi seperti inflasi, kadar pertukaran wang asing, peningkatan bahan mentah dan sebagainya.
Lebih pelik katanya, mengikut Penyata Keperluan KTMB, konfigurasi set EMU 6 gerabak tersebut sebenarnya adalah gabungan dua unit set EMU 3 gerabak.
Maka sewajarnya harga tersebut hanya dua kali ganda atau lebih sedikit berbanding set EMU 3 gerabak tersebut.
Lebih malang katanya, harga yang perlu dibayar tersebut tidak termasuk kos selenggaraan, perbaikan dan overhaul (MRO) pakej.
Kerajaan juga bakal mengulangi kesilapan sama seperti kes pembelian General Electric (GE) Blue Tiger lokomotif, yang yang juga tidak disertakan dengan pakej MRO.

1 comment:
Assalammualaikum, saya rasa blog ini lebih baik ditulis mengenai permasalahan yang dihadapi di parit buntar.. berbanding permasalahan luar. Sebagai contoh. di parit buntar sendiri masih byk masalah cth: kelab2 malam tumbuh mcm cendawan. tetapi penulis masih berbincang masalah luar. mcm monyet di hutan disusukan.. anak dirumah mati kelaparan. harap penulis blog dapat menulis blog berkaitan permasalahan dihadapi di pb. terima kasih.
Post a Comment