TEMERLOH - Para guru dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) disini menjadi mangsa, apabila pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) memergunakan jabatan kerajaan tersebut untuk tujuan memancing undi menjelang pilihanraya kecil Dwean Undangan DUN) Kerdau
Pada Rabu 2 Mac, dengan menggunakan PPD, Umno-BN telah memanggil semua guru-guru dalam daerah ini untuk satu perjumpaan politiK dengan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diadakan di Sekolah Menegah Integrasi Kerdau.
Walaupun Muhyiddin juga adalah Menteri Pelajaran, pertemuan tersebut tidak ada kepentingan dari segi pendidikan, selain cuba mempengaruhi para guru-guru agar menyokong Umno-BN sekaligus memburuk-burukkan lawan mereka, PAS
Beberapa orang guru merasa terkejut, apabila dibekalkan dengan enam helai risalah yang sarat dengan kempen politik sebaik mereka mendaftar untuk program tersebut.
Menurut mereka, sudahlah terpaksa meninggalkan murid, kelas dan aktiviti di sekolah, pemimpin Umno 'menangguk diair yang keruh' apabila melibatkan guru dengan politik kepartian.
Mereka mengeluh, walaupun berat hati, terpaksa menghadirkan diri kerana surat arahan tersebut dikeluarkan oleh PPD,isan Nasional
"Ia jelas dengan seruan "tekadkan pilihan anda, undilah Barisan Nasional" dalam risalah yang diedarkan,"ujar seorang guru.
Katanya, tindakan pemimpin Umno-BN itu akan menghilangkan fokus patra guru mendidik anak bangsa dan melahirkan generasi masa depan yang seimbang.
"apabila seorang guru yang sepatutnya berkecuali dalam soal parti politik, disuap dengan bahan 'politik ekstrem' soal rasis, sudah tentu ia mempengaruhi emosi,"katanya lagi
Hari ini, 3 Mac, tidak cukup dengan Muhyiddin sebagai Menteri Pelajaran, Fuad Zarkashi yang diamanahkan sebagai Timbalan pula akan sekali lagi mengganggu warga pendidik disini.
Guru-guru yang sudah dikenalpasti sebagai pengundi DUN Kerdau dipaksa hadir dalam satu pertemuan pagi ini.
Sekali lagi guru-guru tersebut akan meninggalkan murid, kelas dan aktiviti sekolah.
Bukan setakat itu, pemimpin Umno juga menyalahgunakan Sistem Maklumat Murid (SMM) yang bertujuan meningkatkan pentadbiran Hal Ehwal Murid (HEM), sebaliknya digunakan sebagai maklumat untuk tujuan politik Umno-BN.
Wednesday, March 2, 2011
PRK Kerdau : Guru pun tak tahan tekanan rasis Umno
“Saya bangga jadi anak Pulau Pinang" - sebab kerajaan PR perintah, jika BN perintah jangan harap la
GEORGETOWN - Seorang pelajar yang menuntut di Mesir bersyukur dengan sumbangan RM2,000 daripada Kerajaan Negeri, Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) dan Pusat Urus Zakat (PUZ).
Sumbangan itu adalah bagi meringankan beban keluarga menampung kos tiket penerbangan 318 pelajar untuk pulang ke Mesir bagi meneruskan pengajian yang tertangguh berikutan krisis yang berlaku di negara itu, baru-baru ini.
Pelajar Tahun Satu jurusan perubatan di Universiti Iskandariah, Mas Adil Mas Rosemal Hakim, 18, terharu dengan sumbangan itu dan akan menjadikannya sebagai pembakar semangat untuk menyambung semula pengajian yang tertangguh sebelum ini.
“Saya bangga jadi anak Pulau Pinang kerana dihargai walaupun sumbangan yang diterima ini tidak banyak. Namun sekurang-kurangnya menunjukkan Kerajaan Negeri prihatin terhadap kami yang dalam kesusahan.
“Saya akan belajar bersungguh-sungguh dan menghabiskan pengajian saya selama lima setengah tahun ini dengan cemerlang,” katanya yang sedang menyiapkan sebuah buku mengenai kejadian yang menimpanya ketika krisis di Mesir dahulu.
Ibunya, Dr Hazariah Abu Hassan, 53, terharu dengan sumbangan itu dan menganggap Kerajaan Negeri, PUZ dan Maipp prihatin masalah yang dihadapi keluarga penuntut, terutama soal kewangan.
Sementara itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) memutuskan untuk memberi bantuan kepada penuntut dari Pulau Pinang bagi membolehkan mereka pulang ke Mesir untuk menyambung pelajaran yang tergendala.
“Kita mahu meringankan bebanan keluarga pelajar selain membantu pembelian tiket pulang ke Mesir,” katanya selepas menyerahkan sumbangan kepada penuntut, semalam.
Henti khidmat pejabat pos untuk elak rakyat Kedah tanggung beban
Katanya, tindakan Sada itu adalah keputusan yang terbaik untuk keselesaan semua pihak.
“Keputusan Sada adalah tepat kerana Pos Malaysia mahu menaikkan caj komisen yang dikenakan bagi setiap bil daripada 70 sen kepada 90 sen. Kita hentikan khidmat supaya pengguna tidak dibebankan dengan kos tambahan ini dan pada masa sama tidak mahu Sada tanggung kerugian,” katanya pada media, selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, semalam.
Azizan yang juga Pengerusi Sada berkata, walaupun Pejabat Pos tidak lagi menjadi ejen kutipan bil air Sada, pengguna masih mempunyai banyak pilihan untuk membuat bayaran di ejen-ejen bayaran lain, antaranya Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia (TM) dan beberapa bank termasuk kaunter bayaran Sada.
“Selama ini Sada tanggung komisen itu dan apabila Pos Malaysia naikkan komisen kita ada minta kurang, tapi dia tak nak beri. Dia nak caj pengguna jika Sada tidak mahu tanggung komisen. Saya rasa tidak adil jika kita bebankan caj itu pada pengguna, sebab itu kita hentikan khidmat Pejabat Pos,” katanya.
Menurutnya, Sada kini dalam proses menambah bilangan kaunter bayaran di setiap daerah, termasuk menaik taraf logistik untuk kemudahan pengguna.
Mengulas mengenai desakan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang mahu Kerajaan Negeri mengkaji semula keputusan itu atau membatalkan tindakan menamatkan khidmat Pejabat Pos memandangkan ia adalah pusat sehenti pelbagai kemudahan, Azizan berkata, pihaknya sudah menimbangkan perkara itu dengan sewajarnya.
“Kita sudah fikirkan yang terbaik untuk semua pihak, memang lah mula-mula agak payah sikit tapi masih ada pilihan lain yang kita sediakan,” katanya.
Ditanya rasional tindakan Pos Malaysia untuk menaikkan kadar komisen itu, Azizan berkata, perkara itu tidak dinyatakan dengan jelas.
“Apa yang berlaku ialah Pos Malaysia kenakan caj yang berbeza-beza bagi setiap negeri. Kedah di caj 70 sen dan sekarang 90 sen, ada negeri caj lebih rendah. Sukar untuk kita berurusan macam ini, lebih baik kita putuskan henti jadikan Pejabat Pos sebagai ejen,” katanya.
Selasa lalu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sada, Datuk Adzmi Din berkata, pemberhentian perkhidmatan itu terpaksa dibuat supaya pengguna tidak dibebankan dengan kos bayaran komisen yang dikenakan oleh Pejabat Pos kepada Sada apabila komisen dinaikkan daripada 70 sen kepada 90 sen.
Adzmi berkata, setiap bulan pihaknya terpaksa memberi subsidi kepada pengguna hampir RM100,000 sebulan, kerana tidak mahu memindahkan kos tanggungan itu kepada pengguna. Jika caj baru itu diterima, Sada akan menanggung kerugian sebanyak tambahan 30 peratus berbanding sebelum ini, sekitar RM1.2 juta setahun.
Kerajaan Kedah beri RM 5000 ganjaran julang Piala Suzuki
ALOR SETAR - Seramai lima pemain bola yang beraksi cemerlang membantu skuad negara menjulang Piala Suzuki AFF 2010 baru-baru ini, termasuk seorang Penolong Jurulatih pasukan negara iaitu Tan Cheng Hoe yang berasal dari Kedah serta pernah bermain untuk skuad Kedah, menerima ganjaran wang tunai RM5,000 setiap seorang.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, ganjaran itu adalah sebagai penghargaan kepada pemain bola sepak negeri ini yang mengharumkan nama negeri dan negara ke peringkat antarabangsa.
“Mereka berjaya merangkul Piala Suzuki AFF 2010 baru-baru ini, dan atas kejayaan itu, kita memberikan penghargaan kepada mereka dengan memberikan ganjaran RM5,000 seorang termasuk kepada seorang penolong jurulatih,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, semalam.
Lima pemain bertuah itu ialah pemain sayap Mohd Khyril Muhymeen Zambri, pertahanan, Mohd Sabre Mat Abu dan Khairul Helmi Johari serta pemain tengah Mohammad Faizal Abu Bakar dan Amar Rohidan yang berhijrah dari Perlis.
Sementara itu, Azizan yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) turut diminta mengulas mengenai prestasi Kedah yang berada di kedudukan kelapan dalam Liga Super 2011.
Menurutnya, tidak mustahil untuk pasukan negeri bangkit dari kedudukan itu dan menjuarai Liga Super pada musim ini.
“Saya berharap agar mereka akan berusaha bersungguh-sungguh, kemudahan yang ada untuk mereka seperti kemudahan di England, bezanya gaji sahaja, jadi kita harap mereka dapat tingkatkan usaha, pada saya tidak mustahil (untuk Kedah muncul juara),” katanya.
Ketika diminta mengulas mengenai ganjaran berupa tanah terhadap pemain yang dipertimbangkan Kerajaan Negeri sebelum ini, Azizan berkata, itu cerita lain.
Terdahulu, Kerajaan Negeri dilapor akan mempertimbangkan untuk memberi ganjaran lot tanah di Pokok Sena, kepada pemain negeri yang cemerlang namun belum ada pengumuman rasmi dibuat mengenai perkara itu.
Saman majlis dah tak kena sebab PR perintah, tapi saman ekor masih kena kerana BN perintah
OPERASI RAGUT DUIT RAKYAT BERMULA !!
1 Mac 2011, saya dalam perjalanan pulang dari MBSA setelah selesai membuat menghantar borang pembaharuan ruangan tapak perniagaan di Shah Alam. Mujurlah MBSA tidak menyenaraihitam peniaga yang pernah mempunyai saman dengan MBSA 2-3 tahun yang lalu. Jika ia berlaku, pastinya saya tidak berpeluang untuk memperbaharui lesen perniagaan.
Syukurlah kerana negeri Selangor masih diperintah oleh Pakatan Rakyat, maka saya masih boleh berniaga walaupun beberapa tahun lalu pernah disaman kerana berniaga secara 'rambo' malah perkakasan perniagaan juga pernah dirampas oleh MBSA ketika BN memerintah Selangor. Walaupun ada saman, tetapi mereka di MBSA tetap berhati perut membenarkan saya terus berniaga.
Bagusnya kerajaan Pakatan Rakyat apabila bertindak mengarahkan MBSA agar melunakkan cara melayani rakyat walaupun rakyat itu ialah peniaga yang tidak berlesen. Menyedari rakyat semakin susah untuk bertahan sebulan dengan hanya makan gaji semata-mata, perniagaan sampingan merupakan satu alternatif bagi membantu meringankan beban. Oleh itu, adalah menjadi satu lumrah perniagaan apabila ia dimulakan dengan sijil lesen yang serba kosong.
Namun seperti yang kita semua maklum, kerajaan yang diperintah oleh BN hari ini telah membuktikan mereka tidak punya hati perut apabila menafikan hak memperbaharui cukai jalan yang membolehkan kenderaan kita tersadai selagi nama tidak dibersihkan dari disenaraihitam.
Kerajaan tidak pernah memikirkan masalah yang dihadapi rakyat apabila dengan sembrono mengambil kesempatan ke atas rakyat yang terdesak dengan saman yang dikenakan. Tidak membayar saman samada tidak berduit atau punya masalah kewangan yang kritikal, menyebabkan kenderaan rakyat itu tersadai. Lantas ia bukan hanya tidak menyelesaikan masalah rakyat susah, tetapi menambahkan lagi kekusutan rakyat apabila terpaksa mengambil risiko membawa kenderaan yang tidak punya 'roadtax' seumpama membawa 'keranda' sendiri.
Apa-apa yang berlaku kepada si pembawa kenderaan tidak berlesen atau tidak bercukai jalan akan menyebabkan hukuman maksimum sekiranya ditahan pihak berkuasa dan jika mengalami kemalangan, tidak akan ada syarikat insuran yang akan menanggung sebarang kos kemalangan tersebut. Apalah dosa rakyat sehingga dihukum sedemikian rupa hanya kerana tidak mampu membayar saman?
Saman itu pula berbentuk saman ekor, yang hadir secara tiba-tiba tanpa tandatangan si pesalah. Tidak dijatuh hukum salah di mahkamah lagi, tetapi telah disenaraihitam dari memperbaharui lesen dan cukai jalan? Undang-undang sedemikian rupa menyamai akta ISA yang seharusnya kita humban jauh-jauh dari bumi bertuah ini! Oleh demikian, adalah menjadi kewajaran untuk kita lawan kebejatan musibah saman ekor!
Berbalik kepada cerita asal tadi, saya baru pulang dari MBSA dan melalui highway NPE kerana ingin terus ke Bangsar. Sampai di area depan Taman Medan, jalan dengan tak semena-mena sesak teruk. Banyak kereta, motor dan lori yang ditahan. Rupa-rupanya JPJ sedang beraksi menambah pendapatan negara.
Saya terus snap satu gambar sebagai bukti bahawa kerajaan hari ini begitu seronok kerana dah masuk terma baru dalam era saman-menyaman.
Dalam gambar di atas, anda boleh lihat berapa banyak kereta yang kenderaan yang ditahan di atas pelbagai sebab yang boleh diada-adakan sekelip mata. Dengan doa tolak bala yang dibaca, Alhamdulillah saya melepasi roadblock JPJ dengan selamat. Saya di antara yang terselamat daripada ramai yang tidak berjaya melepasi tanpa ditahan. Di sebelah kiri dan kanan saya masih banyak kenderaan ditahan.
Seterusnya saya menyusuri lebuhraya NPE untuk masuk laluan ke Bangsar dengan persediaan bayaran tol sebanyak RM1.60. Ketika melepasi Taman Dato Harun iaitu sebelum naik ke flyway di highway NPE, di seberang jalan iaitu berhampiran dengan kedai aksesori kereta Brothers, satu lagi sekatan jalan raya besar-besaran berlaku.
Sebentar tadi saya menempuhi sekatan besar-besaran oleh JPJ menghala ke Bangsar/K.Lumpur, manakala kali ini di seberang sana bertentangan jalan menghala ke Sunway/Shah Alam pula satu lagi sekatan besar-besaran dari cawangan polis trafik. Ramai anggota trafik terlibat dari segala pangkat yang ada. Saya tidak sempat untuk snap gambar kerana ketika itu sedang memecut di atas kelewatan dari kesesakkan sekatan JPJ sebentar tadi.
Benak fikiran ini kembali melayang-layang apabila memikirkan, adakah kerajaan begitu rakus apabila masuk 1hb Mac? Saman-menyaman dilakukan secara besar-besaran kerana terma dan syarat baru yang memberi keuntungan kepada pihak berkuasa yang menadah wang rakyat hasil dari saman yang dilontar. Hanya saman sahajakah yang benar-benar boleh membantu kerajaan mengurangkan kemalangan? Atau hanya membantu kerajaan dalam menghadapi kos pilihanraya sahaja? hehehe...
Saya ada buah fikiran untuk difikir oleh kerajaan. Mengapa tidak kita hadiahkan wang ringgit berbentuk diskaun tol kepada mereka yang bebas dari sebarang saman?
Setiap pengguna jalanraya yang tidak ada saman langsung, berhak memperolehi diskaun 50% dari mana-mana tol yang ditempuhi, 50% untuk bayaran semua jenis cukai dan sebarang pembayaran kepada kerajaan atau PBT. Jadi dengan cara sebegini, pasti ramai rakyat Malaysia yang pastikan semua saman dibayar untuk menikmati pelbagai keuntungan apabila menjadi pengguna jalanraya yang tidak punya walau satu saman.
Adakah idea saya begitu idealistik yang tidak boleh dipraktikkan? Pasti ada caranya dengan teknologi sedia ada yang membenarkan idea saya menjadi kenyataan. Tolong jangan lupa kredit idea ini kerana idea saya juga bukan percuma atau saya akan senaraihitamkan kerajaan daripada menerima sebarang idea rakyat marhein selepas hari ini.
Kerajaan tidak harus bergantung kepada saman semata-mata. Atau tidak salah saya menuduh Kerajaan Malaysia hanya menyediakan pelbagai saman demi untuk meragut duit rakyat? Sesungguhnya Kerajaan Malaysialah peragut bersiri paling kejam dan harus dipukul beramai-ramai oleh rakyat Malaysia !!
EDYES @ edyesdotcom
COURT oF PUBLIC OPINION
(Tolong Sebar Artikel Ini)
PRK Kerdau : Calon BN tiada ketokohan cuma tumpang populariti MB
Pangarah Pilihan Raya Pas DUN Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini menimbulkan tanda tanya kepada pengundi siapa yang bertanding di kawasan berkenaan.
Menurutnya, Pas telah membuat bantahan berhubung isu itu dan berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat mengambil tindakan.
”Ia kedengaran melucukan, tetapi jika dibiarkan akan menimbulkan tanda tanya terutama pengundi golongan warga emas.
”Adakah calon BN ini tidak dikenali ramai sehingga terpaksa menumpang populariti Menteri Besar?” katanya pada sidang media di Markas Pas, semalam.
Tinjauan Sinar Harian mendapati sepanjang jalan Temerloh-Jerantut terdapat poster Adnan diletakkan antara poster calon BN.
Menurutnya, poster terbabit mempunyai persamaan penuh dengan poster calon BN dari segi saiz dan rupa.
”Ini bercanggah dengan Akta Pilihan Raya dan boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengundi di DUN Kerdau.
Umno hina pengundi setiap kali pilihanraya
SEREMBAN – Pas tidak menghina pengundi Kerdau, sebaliknya UMNO melakukannya melalui sumbangan diberikan ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) sahaja.
Pesuruhjaya Pas Negeri, Zulkefly Mohd Omar berkata, UMNO bersikap prihatin hanya pada pilihan raya untuk meraih undi.
“Kenapa baru sekarang orang UMNO nampak bumbung rumah bocor, jalan berlubang, rakyat miskin dan baru mahu beri bantuan, sedangkan sebelum ini tiada tindakan yang menampakkan sumbangan dihulurkan kepada penduduk.
“Kami mengutuk sikap pemimpin sebegini. Bukan sahaja Pas, tetapi parti pembangkang yang lain turut mengutuk pemimpin Barisan Nasional (BN) atas sikap menjelikkan ini,” katanya kepada pemberita, semalam.
Menurutnya, Pas turut mengutuk tindakan BN yang menggunakan wang kerajaan untuk memberi bantuan ketika kempen PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.
“PRK ini melibatkan parti yang bertanding. Berikutan itu, BN tidak sepatutnya menggunakan duit kerajaan.
“Segala bantuan dan kerjasama daripada agensi kerajaan ternyata mahu meraih undi penduduk Kerdau,” katanya.
Zulkefly berkata, salah guna kuasa dilakukan BN apabila menggunakan jentera kerajaan ternyata menggambarkan negara tidak mengamalkan sistem demokrasi.
“Demokrasi negara akan tempang sekiranya BN masih berterusan mengamalkan sikap seperti ini setiap kali PRK.
"Sekiranya BN menggunakan kaedah betul ketika berkempen, pasti pihak pembangkang tidak menghina parti berkenaan terutama pemimpinnya," katanya.
Semalam, Sinar Harian melaporkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendakwa Pas menghina pengundi Kerdau berikutan tindakan Pas melabelkan projek pembangunan dilaksanakan kerajaan BN sebagai rasuah kepada rak-yat dalam kempen PRK DUN Kerdau.
Sharizat berkata, tindakan Pas itu adalah penghinaan kepada pengundi kerana mereka rasa seolah-olah pengundi tidak boleh berfikir.
Dr B Chandran tekad bantu PAS
Wakil DHPP Terengganu, Dr B Chandran berkata, pihaknya akan menjalankan kempen penerangan untuk menjelaskan kepada golongan bukan Islam berhubung kepentingan untuk mewujudkan kepimpinan pentadbiran Islam di bawah Pas.
Menurutnya, keyakinan terhadap kerajaan Pas akan dikongsi dengan masyarakat bukan Islam lain yang masih tidak melihat kehebatan Islam mampu mewujudkan keadilan sejagat.
“Kita sebagai orang bukan Islam nampak adanya sebuah kepimpinan Islam yang baik di Kelantan dan kita melihat tiada masalah pentadbiran di negeri itu dan tiada rungutan daripada kaum lain.
“Jadi, kita melihat perlunya sebuah pentadbiran Islam di Terengganu kerana Islam mempunyai ‘standard’ tersendiri.
“Kalau Islam dapat diwujudkan dan ditadbir oleh orang Islam kita yakin orang bukan Islam akan mendapat keadilan sama,” katanya.
Dalam masa sama, beliau mendakwa kerajaan sedia ada tidak mampu memberi keadilan khususnya terhadap kaum India yang memerlukan pembelaan daripada kerajaan.
Beliau menjelaskan, MIC tidak mampu membela kaum tersebut dan mendakwa UMNO parti yang kuat dan mampu mempengaruhi sesuatu keputusan.
“Kita sedar berlaku ketidakadilan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan apabila mereka tidak prihatin kehendak masyarakat India,” katanya.
Beliau turut mendakwa UMNO tidak menjaga kepentingan kaum Melayu tetapi lebih kepada kroni.
“Dulu kita sokong 110 peratus BN dengan mengharapkan keadilan tetapi itu tidak berlaku,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, pihaknya tiada pilihan melainkan berusaha membantu Pas untuk menubuhkan sebuah pentadbiran Islam kerana yakin hanya pentadbiran Islam sahaja boleh melakukan keadilan.
Beliau juga turut yakin dengan perundangan Islam apabila menganggap tiada perundangan lain yang boleh mengatasi perundangan Islam.
Anwar banyak bantu Selangor, Umno banyak punahkan Selangor
SHAH ALAM 2 MAC : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menyatakan bahawa peranan Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim banyak memberikan sumbangan positif kepada pembangunan ekonomi di negeri ini.
Tan Sri Khalid berkata Anwar Ibrahim yang mempunyai jaringan antarabangsa yang luas banyak membantu mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi di Selangor dengan negara luar.
"Datuk Seri Anwar memberi sumbangan yang sangat positif kepada negeri Selangor, saya anggap yang paling penting bagi saya ialah mempunyai jaringan, perhubungan yang baik (dengan negara-negara luar dalam menjana pertumbuhan ekonomi)," katanya.
Khalid berkata lagi, dengan adanya hubungan baik Anwar bersama pemimpin-pemimpin luar, contohnya negara Indonesia, turut memudahkan Kerajaan Negeri mendapatkan bekalan pekerja terutamanya dalam bidang perindustrian yang memberi banyak sumbangan kepada ekonomi Selangor.
"Tapi melalui jaringan saudara Anwar Ibrahim yang dia kenal pemimpin-pemimpin Indonesia termasuk menteri-menteri dan ahli-ahli penggubal undang-undang Indonesia, dia telah mengaturkan supaya Menteri Besar dapat berjumpa dengan speaker Dewan Negara Indonesia dan membincangkan tentang bagaimana kita boleh selesaikan masalah bersama," katanya.
Tambah beliau, dakwaan Satim Diman ini adalah tidak tepat, bagaimana seorang pemimpin harus bersama-sama, sedangkan tanggungjawab yang dipikul adalah berbeza, ibarat sebuah kapal tidak boleh mempunyai dua nakhoda yang boleh mengakibatkan kerugian kepada negara.
"Jadi kita tak boleh buat analisa daripada segi saya mesti bersama-sama dengan Datuk Seri Anwar berjalan ke sana ke mari, itu tidak ada. Perkara itu adalah sangat tidak relevan dan merugikan negara," katanya lagi.
Khalid berkata demikian di Bilik Sidang Media, Tingkat 20, Bangunan Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah selepas mesyuarat exco.
Hari ini, Datuk Satim Diman mendakwa peranan Anwar dilihat tidak membawa perubahan positif kepada ekonomi negeri.
Umno dan Perkasam tak mahu siasatkah sumber mana kerajaan P.Pinang bagi RM 2000 kepada pelajar kembali ke Mesir
GEORGETOWN, 2 Mac: Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini menyerahkan RM2,000 kepada 318 pelajar Mesir dari negeri ini termasuk anak kepada Yang bekas Dipertua Majlis Agama Islam (Maipp), Shabudin Yahya. Sumbangan tersebut adalah pembuka tirai negeri pertama menyerahkan sumbangan berbanding negeri lain di Malaysia. Sebelum ini Pulau Pinang juga mendahului mengumumkan peruntukan dan mengadakan perjumpaan antara pelajar dan waris pada Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri yang diadakan di Dewan Sri Pinang baru-baru ini. Pada peringkat awal Yang Dipertua Maipp, Ustaz Elias Zakaria telah bertekad memberi keringanan kepada ibu bapa dengan mengeluarkan wang menerusi Pusat Urus Zakat (PUZ) sekurang-kurangnya RM1,000 seorang. Tetapi, setelah perbincangan dalam mesyuarat Exco semua sepakat menambah RM1,000 lagi daripada kerajaan negeri menjadikan RM2,000 semuanya. Pada program yang dimulai meraikan pelajar dan ibu bapa dengan makan tengah hari itu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, hasil penjimatan akhirnya banyak perkara boleh Kerajaan Pakatan Rakyat melaksanakannya termasuk bantuan berkenaan sebagai meringankan tanggungan ibu bapa. Slogan Cekap, Akautabiliti dan Telus (CAT) membawa kebaikan walaupun pada awal pemerintahan terpaksa berhadapan cercaan dan hutang peninggalan Kerajaan Barisan Nasional (BN). Selepas mempekenalkan dasar CAT pada umum ia terus melonjak terutamanya para pelabur yang bertambah sejak kebelakangan ini. "Tentu pelajar tertanya-tanya apakah CAT. Ia bukan kucing sepertimana yang selalu dihebohkan oleh Umno sebaliknya pentadbiran yang menjurus kepada kebebasan, keadilan dan jauh daripada sikap rasuah," ujar Guan Eng. Sementara itu, Yang Dipertua Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir, Muhamad Hilmi Mohd Yusuf menyifatkan, bantuan itu sebagai galakan terhadap pelajar untuk teruskan belajar di serata univesiti di Mesir. "Saya mewakili keseluruhan pelajar ucap terima kasih yang tidak terhingga dan berharap kerajaan negeri dapat pula ke sana menziarahi kami sebab sampai saat ini belum ada seorang pun kepimpinan negeri yang berbuat demikian," katanya. |
Harussani buat kenyataan hanya yang untungkan Umno
Tok Guru Nik Aziz Kesal Dengan Kenyataan Terbaru Harussani
Kenyataan Tok Guru Nik Aziz Yang Dipetik Dari Laman Facebook Beliau..
Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Perak di dalam Sinar Harian hari ini. Kata beliau, jangan guna hukum untuk tarik undi. Saya kesal dengan kenyataan tersebut.
Tidakkah seluruh amalan dlm hidup ini tertakluk pada hukum? Samada wajib, sunat, harus, makruh atau haram.
Jika masuk tandas pun ada hukum, takkanlah memilih pemimpin tidak ada hukumnya? Tidakkah Nabi meninggalkan kota Mekah untuk berjuang menegakkan negara di Madinah, ertinya perjuangan menegakkan negara merupakan sebahagian perjuangan baginda. Terfikir saya, muftikah ini?
ULASAN TINTA HIJAU DKB
Pilihanraya adalah satu pilihan bagi Pas dalam mendaulatkan Islam di Malaysia. Dan undi tentunya diperlukan untuk menang dalam pilihanraya.
kalau dah tak boleh cakap soal hukum dalam menarik undi samalah seperti memisahkan agama dari politik dan apa pula hukumnya orang yang memisahkan agama dari politik.
Kenyataan Tok Guru Nik Aziz yang dipertikaikan Harussani harus dilihat dalam kontek lebih luas dan dinilai secara keseluruhan ucapan beliau bukannya ambil separuh dan hentam secara membuta tuli.
Yang menariknya kenapa kenyataan Harussani dikeluarkan menjelang hari hari terakhir tempoh berkempen PRK Kerdau dan Merlimau.Mungkin ada maksud yang tersirat.
Ambo sebenarnya masih menunggu respon Harussani berkaitan isu lawatan Najib ke makam Mustaffa Kamal Ataturk LIHAT DISINI .Namun sehingga hari ini masih belum ada apa2 kenyataan yang dikeluarkan Mufti Perak ini.
Peniaga lega kerana PR perintah, jika BN perintah jangan harap la
Peniaga Taman Pelangi lega
JURU – Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) mendesak Kerajaan Negeri dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) supaya menyediakan kemudahan tapak kepada peniaga di Taman Pelangi sebelum tindakan roboh dikenakan.Ketuanya, Amir Mohd Ghazali berkata, ia bagi memastikan tiada lagi kesulitan berlaku pada masa akan datang ketika MPSP menjalankan operasi penguatkuasaan, sepertimana yang berlaku hari ini.Menurutnya, kedua-dua pihak perlu melihat dari pelbagai sudut terutama aspek kemanusiaan sebelum membangunkan sesebuah kawasan, sebagai contoh, Auto City yang dirancang dengan baik.
"Masalah timbul hari ini apabila tapak perniagaan yang disediakan terhad kerana ia tidak dirancang dengan baik ketika kawasan perumahan ini dibangunkan dahulu. Pertambahan jumlah peniaga setiap hari menyebabkan mereka mengambil jalan dengan membina stuktur yang tidak sah dan apabila tindakan diambil, mereka tiada tempat lagi untuk berniaga.
"Jika PDC menyediakan tempat secukupnya sejak awal lagi, masalah ini pasti tidak akan timbul dan MPSP juga dapat menjalankan tindakan dengan mudah dan berkesan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyerahan surat kelulusan tapak sementara kepada lapan daripada 18 peniaga yang terlibat dengan operasi roboh oleh MPSP, 7 Februari lalu.
Turut diserahkan pada petang itu adalah dua buah khemah sumbangan peribadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah, Ong Chin Wen yang diwakili pembantu khasnya, Amizudin Ahmat.
Amir dalam pada itu berkata, tapak yang diluluskan MPSP di kawasan taman permainan itu hanyalah tapak sementara dan keutamaan diberikan kepada peniaga makanan dan minuman sahaja. Manakala, tapak bagi 10 peniaga lain akan diberikan kemudian.
Katanya, pihaknya kini dalam proses perbincangan dengan PDC bagi mendapatkan kelulusan untuk menempatkan peniaga di satu kawasan terbiar berhampiran jalan masuk ke taman perumahan itu.
Jelasnya, tapak di situ dilihat sesuai kerana ia tidak pernah dibangunkan sejak 18 tahun lalu dan berharap PDC dapat meluluskannya untuk dijadikan tapak kekal agar peniaga dapat menjalankan perniagaan mereka secara sah.
"Operasi penguatkuasaan akan tetap dijalankan selepas ini. Justeru, saya berharap mereka yang mendapat notis supaya mengambil tindakan sendiri sebelum MPSP datang merobohkan premis bagi mengelakkan sebarang kesukaran pada masa akan datang," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Pengerusi Penaja Persatuan Peniaga Kecil (PPK) Taman Pelangi, Abdul Kadir Mohamad yang mewakili peniaga mengucapkan berterima kasih kepada MPSP kerana memberi kelulusan dan kebenaran meneruskan perniagaan di tapak gerai sementara di kawasan padang itu.
Katanya, dengan adanya tapak sementara itu mereka dapat kembali meneruskan perniagaan yang sebelum ini terjejas selepas gerai dirobohkan - Azila - Sinar Harian
DUN Sarawak akan bubar, BN Sarawak boleh tumbang
Pilihanraya negeri Sarawak kali ini merupakan pilihanraya yang paling sengit bagi negeri itu. Pembangkang nampaknya siap sedia untuk menghadapi kekuatan kuasa Taib Mahmud dan kali ini Taib tidak boleh lagi merasa keyakinan yang berlebihan yang beliau akan membawa kemenangan mutlak seperti yang beliau pernah berikan kepada BN.
Kesungguhan pihak yang membangkang untuk mengambil alih dari BN Sarawak pimpinan Taib kali ini lebih nyata kerana suara-suara halus yang inginkan perubahan dan peralihan kuasa di kalangan rakyat negeri itu semakin hari semakin kuat. Oleh kerana BN pimpinan Taib begitu bermaharajalela pada pandangan masyarakat maka banyak idea yang innovatif muncul untuk mendekati rakyat bagi memujuk mereka untuk melakukan perubahan untuk kebaikan negeri itu.
Masalah parti-parti pembangkang ialah untuk menghampiri rakyat pengundi di kawasan pedalaman yang mudah dilakukan oleh BN yang berkuasa. Blog ini telah menyebutkan bagaimana parti-parti pembangkang selama ini menghadapi kesulitan untuk mendekati pengundi di kawasan pedalaman seperti di rumah-rumah panjang dan kawasan penempatan-penempatan rakyat yang miskin.
Setiap kali pilihanraya pengempen-pengempen bagi parti pembangkang tidak dapat mendekati pengundi dengan mudah kerana penekanan yang dilakukan oleh Taib Mahmud dengan kuasa politik dan wang yang ada kepada beliau. Kalaulah negara kita melaksanakan demokrasi secara tulin dengan memberikan pembiayaan kepada parti pemerintah dan alternatif dan dibenarkan kedua-dua pihak mendekati rakyat dengan terbuka, perubahan di Sarawak sudah lama berlaku.
Kali ini pembangkang yang begitu serius untuk menolak kepimpinan BN di bawah Taib telah menggunakan kaedah mendekati rakyat dari jauh dengan menggunakan perkhidmatan radio, ‘Free Sarawak Radio' yang beroperasi dari Convent Garden, London yang diharapkan dapat mendekati hati rakyat yang ingin diperjuangkan oleh pihak yang ingin melihat tamatnya pemerintahan kuku besi Taib selama ini.
Dengan adanya gerakan seperti ini terhadap sesuatu pemerintahan ianya hanya membawa satu kefahaman bagi mereka yang mempunyai pemikiran siasah yang serius; iaitu mereka serius untuk memperbetulkan keadaan yang begitu serius yang dihadapi oleh rakyat. Bagi rakyat Sarawak yang tidak boleh berbuat apa-apa oleh kerana kuasa politik yang menekan yang dilakukan oleh Taib, kumpulan yang sedar dan insaf akan tanggungjawab mereka terhadap negeri kelahiran mereka terpaksa melakukan gerakan yang mereka anggap sebagai tanggungjawab yang patut dipikul oleh mereka untuk membetulkan keadaan.
Kalau gerakan yang begitu seirus dilakukan oleh anak-anak Sarawak dengan kaedah yang betul-betul disiplin, selalunya gerakan itu akan berjaya. Banyak contoh-contoh yang boleh kita lihat dengan mata kepala kita sendiri yang perubahan boleh berlaku dengan sekelip mata sahaja.
Banyak perubahan telah berlaku dengan pantas dan apa yang berlaku di keseluruhan Semananjung Arab dan Utara Afrika sekarang ini adalah contoh yang sedang kita lihat dengan begitu jelas. Keruntuhan Tembuk Berlin yang telah memisahkan Jerman kominis dengan Jerman yang demokratik pada tahun 1989 dahulu berlaku dalam masa sebulan dua sahaja.
Di negara-negara Arab tidak ada parti-parti politik yang dibenar beroperasi secara halal pun boleh melakukan perubahan dengan cepat tetapi mereka melakukannya dengan cara berkonfrontasi yang merbahaya. Tetapi di negara kita, rakyat tidak perlu melakukan demonstrasi jalanan kerana kita mempunyai banyak parti-parti politik yang dihalalkan oleh perlembagaan negara dan rakyat hanya perlu memberikan undi kepada mereka melalui pilihanraya yang diadakan setiap 45 tahun sekali.
Rakyat tidak perlu berpenat lelah untuk berdemonstrasi dan melumpuhkan sistem kehidupan seharian kita. Walaupun begitu banyak kenyataan pemimpin-pemimpin kita membuat kenyataan untuk menyedapkan telinga dan hati sendiri, hakikatnya tetap yang BN di Sarawak tidak lagi sebuah ‘coalition' yang semantap dahulu.
Penolakan rakyat semakin hari semakin jelas dan dengan adanya kesempatan untuk melakukan perubahan secara aman di negara ini maka kesempatan inilah yang memungkinkan BN kecundang dalam masa yang terdekat ini. Alasan untuk menolak kepimpinan BN oleh Taib ini adalah merupakan asas yang tidak lagi boleh dipersoalkan kebaikan niat pihak yang inginkan perubahan ini.
Dalam masa dan zaman ini mana-mana pemerintahan yang dikendalikan oleh seorang individu yang seperti pemerintahan sistem Raja dan Maharaja seperti di negara-negara Arab akan mendapat tentangan dari rakyat yang inginkan cara pemerintahan yang tidak rasuah yang menerbitkan sistem krnism yang begitu menebal. Di Sarawak elemen ini jelas kedapatannya.
Jika ada pihak yang serius yang melakukan pembelaan kepada rakyat maka isu penekanan Taib dan parti pemerintah terhadap rakyat dan siasah negeri itu, pihak itu akan mudah mendapat sokongan dan dukungan rakyat yang ramai.
Hanya yang perlu dilakukan oleh parti-parti pembangkang ini ialah untuk mendekati rakyat dengan waktu dan masa yang mencukupi untuk melakukan perubahan itu. Alasan untuk rakyat memberikan sokongan terhadap usaha mereka adalah kuat dan jika ada apa-apa perubahan di Sarawak, itu adalah perubahan yang akan membawa keabikan dan faedah kepada negeri dan rakyat negeri itu.
Kita perlu ingat, perubahan drastik dan cepat memang tidak mustahil untuk berlaku dan dialami dizaman sekarang ini. Perubahan memang tidak lagi mustahil
Utusan Malaysia bohong lagi
SHAH ALAM 2 MAC : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menjelaskan bahawa Sultan Selangor Sultan Sarafuddin Idris Shah sudah dimaklumkan terlebih dahulu berkenaan pelantikan Canselor baru Universiti Selangor apabila perbincangan tersebut dilakukan selepas Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.
Justeru, tuduhan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang mendakwa Kerajaan Selangor membelakangi Sultan Selangor adalah tuduhan yang tidak berasas.
"Dalam mana-mana perlembagaan organisasi, Unisel juga turut membincangkan perkara ini dan bukan satu perkara rahsia untuk siapa hendak dilantik Canselor dan sebagainya. Saya ingat polemik tentang siapa yang dilantik ini selepas Rosmah sangat banyak, oleh sebab itu saya anggap perkara ini biasa sahaja," katanya.
Tambah Khalid lagi, perbincangan pelantikan Canselor yang baru ini dilakukan sejurus selepas tempoh lantikan Datin Sri Rosmah Mansor tamat iaitu pada 5 Februari lalu.
"Pelantikan ini sudah lama dibincangkan tetapi kita melalui masa dan yang penting di mana apabila Rosmah tamat tempoh pelantikan dan selepas itu dibincangkan mengenai pelantikan Canselor yang baru ini," katanya.
Utusan hari ini mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas apabila menuduh kerajaan Negeri Selangor tidak merujuk Sultan Selangor mengenai pengumuman pelantikan Tan Sri Raja Arshad Raja Tun Uda sebagai Canselor Unisel yang dibuat oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr. Halimah Ali pada 14 Februari lalu.
Utusan turut mendakwa tindakan Dr Halimah mengumumkan pelantikan Raja Arshad yang juga Pengerusi Ekuiti Nasional Bhd. itu dilihat seolah-olah membelakangi bidang kuasa Sultan Selangor dalam soal itu.
Semalam Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik Tan Sri Raja Arshad Tun Uda sebagai Canselor Universiti Selangor (Unisel) yang baru berkuat kuasa mulai 1 Mac 2011 sehingga 29 Februari 2016.
Syarikat kroni bolot RM 23 Billion wang petronas
Anwar Dedah Syarikat Kroni Bolot RM23 Bilion Wang Petronas
MERLIMAU 3 MAC : Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan wang Petronas RM 23 bilion di bolot baru-baru ini oleh syarikat kroni, contoh terbaru yang menandakan amalan rasuah dan penyelewengan kuasa terus berlaku di bawah kerajaan pimpinan Najib Razak.
Justeru tidaklah menghairankan antara individu terkaya di Malaysia adalah adik Najib, Nazim Razak dan anak Tun Mahathir Mohamad, Mokhzani yang menerima habuan daripada Petronas, kata Ketua Pembangkang itu .
Anwar berkata Petronas baru-baru ini mengambil keputusan mengalihkan pelaburan RM23 bilion ringgit yang sepatutnya digunakan untuk mencari gali minyak di luar negara kepada tiga syarikat tempatan.
"Petronas ada kontrak RM23 Bilion, yang selalu dibelanja untuk mencari gali minyak di Sudan, Iran, Afrika, Iraq, dan lain-lain. Sejak Tan Sri Hasan Merican, diberhentikan, dan diganti dengan orang yang dipilih oleh Najib, dia bawa balik RM 23 bilion ini, " kata Anwar
"Ia tidak dilabur diluar negara tetapi di dalam. Di luar, kalau kita ada syarikat cari gali, Shell atau BP, . dia dapat minyak, kita kongsi. Tetapi 23 bilion yang baru diputuskan di dibawah Datuk Seri Najib adalah untuk ... 3 syarikat utama,' tambah Anwar. "
Anwar berkata antara syarikat yang menerima habuan itu adalah KENCANA, milik Datuk Mokhzani Tun Mahathir.
Anwar berkata demikian pada ceramah di Padang Serai Merlimau sempena pilihanraya kecil dewan undangan negeri pada hujung minggu ini.
Beliau yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat melahirkan rasa kesal kerana syarikat kroni pemimpin Umno dahulu dan sekarang terus diberikan kontrak berjuta-juta ringgit manakala rakyat dihimpit dengan kos sara diri yang semakin meningkat.
"Ramai tak ada kerja, anak muda gaji RM1,000 saja sebulan. Fikirlah anak-anak ini, nak makan juga, nak hantar anak sekolah, dan ada barang nak beli. Tetapi kamu nak fikir anak kamu (Mahathir) saja sebab apa? Saya marah sebab ini. (Jadi) saya akan lawan tetap lawan,"
Anwar memberitahu ratusan orang yang hadir bahawa kredibiliti Umno semakin merudum kerana kewibawaan pemimpin-pemimpin yang diamanahkan mengurus wang rakyat.
"Saya Menteri Kewangan 8 tahun, kalau saya nak punggah kekayaan, berbilion boleh dapat. Tengok menteri sebelum saya, Tun Daim (Zainuddin) berapa banyak kekayaan dia. Tengok menteri-menteri sekarang... rumah, KL, London, Florida," kata Anwar disambut tepukan dan sorakan hadirin.
Pada majlis ini Anwar meminta pengundi supaya tidak termakan dengah tohmanah pemimpin Umno BN dan media seperti Utusan Malaysia.
Sebaliknya mereka harus menilai rekod pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan sebagai perbandingan dengan apa yang dilakukan oleh BN.
"Banding Melaka dengan Selangor. Selangor 50 tahun bawah Umno, banding apa yang diperolehi orang Melayu, Cina, India di Selangor sekarang. Tak ada bandingan. Kerajaan sekarang beri RM500 sebagai wang khairat, anak masuk universiti dapat RM1n000, lahir saja RM100 di beri" tambah beliau.
Tv Selangor/-
Ulama dunia sokong kerjasama PAS-DAP, sebab itu Najib kecam Dr Yusuf Qardhawi
MERLIMAU – Kerjasama Pas dalam Pakatan Rakyat (PR) bukan ‘perbincangan kedai kopi’, tetapi mendapat sokongan gerakan Islam di seluruh dunia.
Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa (gambar) mendakwa, keputusan menubuhkan PR dan bekerjasama dengan parti bukan Islam dicapai hasil perbincangan panjang dengan pemimpin-pemimpin gerakan Islam yang dipengerusikan oleh Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.
Menurutnya, Presiden Pas ketika itu, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor, mengarahkan beliau yang ketika itu memegang lajnah (atau biro) antarabangsa Pas Pusat, untuk mengatur pertemuan dengan pemimpin-pemimpin gerakan Islam dunia untuk berbincang mengenai pendekatan politik yang harus dilaksanakan di Malaysia.
Ini berikutan pergolakan politik melibatkan perlucutan jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dakwaan beliau terlibat dalam kes liwat.
”Kita tubuhkan Barisan Alternatif (kini PR) pada 1998 bukan kita bincang di kedai kopi, tapi dicapai selepas pertemuan 13 pimpinan terkanan Pas yang diketuai Allahyarham Ustaz Fadzil (Mohd Noor), (Presiden Pas) Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Harun Taib dan pimpinan lain dengan 13 pemimpin gerakan Islam antarabangsa.
”Majlis itu dipengerusikan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi di England. Tiga hari tiga malam kita bincang; akhirnya keputusan dicapai, dibaca sendiri oleh Dr Yusuf,” katanya dalam ceramah di Kampung Chin Chin, malam kelmarin.
Ahad lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika berucap di Majlis Mesra Bersama Warga Felda Jengka 23 berkata, Pas sepatutnya bekerjasama dengan UMNO untuk memperjuangkan isu-isu berkaitan umat Islam di negara ini dan bukannya memilih bersahabat dengan DAP.
Nasharudin, yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata, menurut Yusuf, dalam konteks Malaysia, gerakan Islam harus bekerjasama dengan parti bukan Islam yang menyokong prinsip keadilan dan ingin melawan kezaliman UMNO dan Barisan Nasional (BN).
”Untuk kita bawa risalah keadilan dan untuk rakyat rasa keadilan, menjadi satu dasar kepada pergerakan kerja kita ini, kita kena berganding bahu dengan mana-mana parti politik yang, walaupun nama dan dasarnya tidak Islam, mereka bersedia terima prinsip yang diperjuangkan Pas.
”kita kena berkawan dengan dia dan lawan kezaliman yang dilakukan Barisan Nasional,” katanya.
Nasharudin berkata, dakwaan BN bahawa Pas menjadi kuda tunggangan DAP tidak berasas dan menggambarkan parti itu ketandusan isu.SH