Wednesday, February 9, 2011

Anak muda Perak sertai PAS

Kempen tambah ahli PAS

IPOH , 10 Feb. : Dewan Pemuda Pas Negeri mempergiatkan kempen menambah keahlian di seluruh Perak bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Timbalan Ketuanya, Mohd Munir Ali berkata, kempen itu akan diperluaskan ke semua Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Terkini, di DUN Trong 7 Februari lalu, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menerima 23 permohonan keahlian Pas daripada orang muda di Kampung Sungai Baru.

“Manakala 14 Februari nanti di DUN Sungai Rapat, Naib Presiden, Salahuddin Ayub akan menerima 40 permohonan baru keahlian pemuda Pas,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Mohd Munir berkata, kumpulan orang muda itu akan diraikan dalam satu majlis serahan borang dan makan malam khas bersama pimpinan Pas, emuda negeri dan kawasan.

Katanya, Dewan Pemuda komited menggerakkan kempen itu bagi memberi keyakinan kepada orang muda terhadap perjuangan Pas dan Pakatan Rakyat (PR).

“11 bulan pemerintahan PR di Negeri Perak membuktikan kebajikan agenda utama dalam memastikan kekayaan hasil bumi Perak dapat diagihkan kepada yang berhak.

“Ini berbeza dengan UMNO Barisan Nasional (BN) yang lebih memberikan keutamaan kepada kaum keluarga dan kroni bukannya rakyat yang didahulukan,” katanya.SH

Read more ...

Umno fitnah!!! Kerajaan Selangor tidak bayar wang jaminan ADUN Sri Muda

Kerajaan Negeri tidak bayar wang jamin ADUN Sri Muda: Khalid

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/khalid_mb_wawancara.jpgSHAH ALAM, 10 Feb. : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, Kerajaan Negeri tidak membayar wang jaminan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dakwaan menghasut.

Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri hanya memberi kemudahan guaman sahaja setelah pihaknya membuat keputusan untuk menolong Shuhaimi berasaskan undang- undang yang dihadapinya.

“Sebagai seorang wakil rakyat, mereka berhak bersuara dan Kerajaan Negeri mesti beri sokongan kepada rakyat untuk bersuara.

“Kerajaan Negeri mesti beri kepercayaan kepada wakil rakyat yang bekerja untuk rakyat dengan menjalankan tugas dengan perasaan tidak khuatir dan memberikan pandangan yang baik,” katanya ketika diminta mengulas dakwaan bahawa Kerajaan Negeri membiayai kos perundangan ADUN berkenaan.

Shuhami yang juga Timbalan Ketua Cabang Kota Raja dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan menerbitkan artikel menghasut berhubung pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) di laman blognya, http ://srimuda.blogspot.com.

Shuhaimi dituduh menerbitkan artikel bertajuk Pandangan Saya Berasaskan Undang- Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 mengandungi ayat- ayat menghasut di laman blognya dan perbuatan itu dilakukan di Pusat Khidmat Rakyat, Kota Kemuning pada 30 Disember lalu.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua –duanya.

Mahkamah membenarkan Shuhaimi dibebaskan secara jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Mac nanti untuk sebutan kesnya.

Read more ...

Kerajaan PR telus demi rakyat

Selangor terbit laporan aset air

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgvnTq-STeCjQo7qGMiI6nu-FZgFrOvvDy3i-zx5picBuLOUm_eeC157v6VZEEHbOyZCKqC_LLeX4d2vt0UVVJqwbUfjzAY_hekpGqKjybKQgE08X0olq_3hUS4EOVh4qo1q7cjnChYlClM/s1600/MbSelangor.jpgSHAH ALAM , 10 Feb. : Kerajaan Negeri Selangor akan mengeluarkan laporan lengkap aset air negeri yang akan menyenaraikan keseluruhan jumlah, lokasi serta nilai setiap aset air kepunyaan negeri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, laporan tersebut dijangka siap pada Mac depan dan Kerajaan Negeri berharap syarikat konsesi berkaitan akan memberi kerjasama sepenuhnya supaya laporan tepat dapat disiapkan.

Menurutnya, penyediaan laporan itu adalah salah satu usaha bagi memastikan pengambil alihan industri air negeri daripada empat syarikat konsesi air dibuat dengan adil kepada semua pihak.

“Laporan ini antara lain mengambil kira kejuruteraan dan teknikal berkaitan bekalan air dan pengurusan pemprosesan air, loji- loji rawatan air, paip bekalan dan empangan serta sistem pam juga diberi perhatian ‘due diligence’ teknikal dan pengawasan harta tetap,” katanya dalam satu kenyataan media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, semalam.

Abdul Khalid berkata, sebelum ini tiada usaha menyeluruh yang diambil untuk mengenal pasti keseluruhan jumlah, lokasi- lokasi serta nilai aset air sebenar di negeri ini.

“Ini memberi peluang kepada syarikat konsesi mengambil kesempatan mengaut keuntungan yang berganda malah dalam dokumen perjanjian konsesi, sya-rikat konsesi dibenar menggunakan aset- aset tersebut tanpa dikenakan bayaran.

“Sebagai pemegang amanah kepada rakyat, Kerajaan Negeri bertanggungjawab untuk membuat inventori dan penilaian kesemua aset air yang bernilai lebih RM10 bilion,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri terus komited dalam usah penyu- sunan semula industri air negeri dengan memastikan kepentingan rakyat sentiasa dibela selari dengan agenda Merakyatkan Eko- nomi Selangor.

Read more ...

Kerajaan Kelantan tidak terima cadangan kerajaan pusat naikkan tarif air

Tarif air dijamin tidak naik: MB

http://farm4.static.flickr.com/3620/3362193839_f55fe73196.jpgKOTA BHARU, 9 Feb. : Kerajaan Pas Kelantan beri jaminan tidak akan menaikkan tarif air walaupun menerima cadangan dari Kerajaan Pusat untuk menyemak semula harga pada Oktober 2010.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pendekatan itu mengambil kira bebanan yang ditanggung rakyat ekoran kenaikan beberapa barangan lain seperti petrol yang menyukarkan kehidupan semasa rakyat.

“Kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak menaikkan tarif air, walaupun terpaksa memikul bebanan yang berat kerana kos untuk mengurus air besar.

“Pam air ke tangki memerlukan penggunaan elektrik dan untuk menyalurkan bekalan air yang bersih perlu menggunakan klorin, kos kedua-duanya meningkat,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco, semalam.

Ketika ini, Air Kelantan Sdn Berhad Sdn Bhd yang menguruskan bekalan air di negeri ini mengenakan caj 40 sen bagi penggunaan sehingga 20 meter padu manakala 75 sen bagi kegunaan 21 hingga 40 meter padu bagi kegunaan domestik.

Bagaimanapun Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas tidak mengulas lanjut mengenai tempoh jaminan Kerajaan Negeri untuk tidak menaikkan tarif air itu.

Dalam pada itu, Nik Aziz menyeru rakyat Kelantan menjadikan bulan memperingati kelahiran Rasulullah SAW atau bulan Maulud dengan memperbanyakkan program ilmu.

Menurutnya, sambutan bulan kelahiran Nabi itu perlu diperluaskan lagi dengan program ilmu sehingga menukar persepsi umat Islam memasuki bulan itu seperti memasuki sebuah sekolah agama.

“Bulan Maulud ini, amat sesuai kita perbanyakan program ilmu di masjid atau madrasah untuk menyebarkan ilmu Islam, ibu-bapa dan guru juga perlu memainkan peranan dalam hal ini,” katanya.

Read more ...

Anwar cabar Najib kena pada jawatan mereka, Mohd Nor Deris cabar MB Kelantan mana ada kelas

Debat dengan MB atau PM

http://www.blogtokguru.com/web/wp-content/uploads/2009/07/tokguru2707.jpg
KOTA BHARU, 9 Feb.: “Hanya Menteri Besar atau Perdana Menteri”, itu syarat yang dikemukakan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekiranya terdapat individu yang mahu mengadakan debat atau dialog mengenai Islam dengan beliau.

Menurutnya, Islam membenarkan dialog diadakan tetapi beliau hanya mahu berdepan dengan individu yang berkuasa bagi menyelesaikan masalah yang berbangkit.

“Dialog dalam agama ada, orang nak dialog dengan saya boleh, saya mahu yang ada kuasa, bukan individu biasa. Timbul dalam surat khabar saya mahu berdebat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan, semua ini mengarut. Orang yang berkuasa itu ialah Menteri Besar di peringkat negeri dan Perdana Menteri di peringkat Pusat,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat exco, semalam.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataannya sebelum ini yang bersedia untuk berdebat dengan individu yang berkuasa sahaja.

Jumaat lalu, Nik Aziz menyatakan kesediaannya berdialog dengan pihak yang berkaitan termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan bagi menjelaskan pendiriannya mengenai kenyataan yang pernah dikeluarkan itu.

Pada sidang akhbar di Tumpat itu, beliau meletakkan syarat supaya debat tersebut diadakan secara terbuka bagi memastikan rakyat dapat turut sama menyaksikan isu yang dibincangkan.

Bagaimanapun semalam, Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan menafikan beliau mahu mengadakan debat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan dan menganggap ia adalah percaturan individu yang ingin mengambil kesempatan.

Read more ...

Umno dibelakang sabotaj perarakan Rasul Maulud di Pulau Pinang ?

Perarakan Maulidur Rasul kena sabotaj lagi?

http://thestar.com.my/archives/2009/2/20/north/malik.jpgGEORGETOWN,9 Feb. : Jabatan Penerangan Pulau Pinang didakwa enggan memberi kerjasama kepada Kerajaan Negeri sempena perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri 15 Februari ini.

Exco Hal Ehwal Agama, Abdul Malik Abul Kassim berkata, pihaknya tidak menerima respons daripada jabatan itu setelah memohon mendapatkan kenderaan bagi alunan selawat mengiringi perarakan.

“Menerusi jawapan secara lisan dalam mesyuarat, saya dimaklumkan oleh jabatan itu bahawa kemudahan kenderaan tidak boleh dibekalkan kepada Kerajaan Negeri mengikut polisinya.

“Walau apa pun, saya masih menunggu jawapan secara bertulis daripada Jabatan Penerangan untuk mengetahui status permohonan,” katanya kepada media di sini, semalam.

Abdul Malik berkata, tahun lalu Kerajaan Negeri menghadapi masalah yang sama apabila Jabatan Penerangan memberi alasan kenderaannya sudah dijadualkan lebih awal untuk aktiviti penerangan mengenai dasar Kerajaan Pusat.

“Tahun ini mereka memberi alasan kenderaan tidak boleh dibekalkan sebab ia tidak terkandung dalam polisi mereka. Padahal, Kerajaan Negeri bawah tampuk kepimpinan Barisan Nasional mendapat kemudahan itu.

“Ketika pemerintahan BN, Jabatan Penerangan bukan sahaja mengambil bahagian dalam perarakan Maulidur Rasul malah menyediakan sekurang-kurangnya lima kenderaan bagi alunan selawat mengiringi perarakan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri tahun ini akan bermula 12 Februari bertemakan ‘Wasatiyyah Tonggak Kecemerlangan Ummah’, tema sama digunakan untuk Maal Hijrah yang membawa maksud ‘Kesederhanaan dalam Islam’.

Read more ...

Cuti bersalin dari 60 ke 90 hari di Pulau Pinang

Kakitangan awam dapat cuti bersalin 90 hari

http://www.thenutgraph.com/user_uploads/images/2010/03/03/Lim%20Guan%20Eng%20parlimen.jpgGEORGETOWN. 9 Feb. : Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengumumkan Pulau Pinang mendapat kelulusan untuk melanjutkan cuti bersalin kakitangannya daripada 60 kepada 90 hari.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri menghantar surat lanjutan cuti bersalin kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada 29 April tahun lalu.

“Kerajaan Pusat bersetuju berbuat demikian dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan pekeliling perkhidmatan Bil.14 tahun 2010 bagi melaksanakan dasar baru kemudahan cuti bersalin pegawai awam Kerajaan Negeri pada 2 Disember lalu.

“Pekeliling ini berkuat kuasa mulai 15 Oktober 2010 dan ia disetujui dalam Mesyuarat Exco 12 Januari tahun ini,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Menurutnya, cadangan itu disokong Kerajaan Negeri kerana cuti bersalin 90 hari adalah selaras dengan amalan lebih 80 peratus negara di seluruh dunia termasuk Singapura, India, Indonesia dan Thailand.

Sehubungan itu, mana-mana penjawat awam negeri yang bersalin selepas 15 Oktober 2010 layak mendapatkan cuti 90 hari.

“Bagaimanapun, kelayakan cuti bersalin bergaji penuh terhad 300 hari sepanjang perkhidmatan pegawai berkenaan.

“Pegawai juga diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh cuti bersalin sama ada 60 hari hingga 90 hari bagi setiap kelahiran,” katanya.

Guan Eng berkata jika, penjawat awam mengambil cuti 60 hari, mereka boleh menggunakannya sehingga anak kelima berbanding 90 hari cuti bergaji penuh yang terhad kepada anak ketiga sahaja.

Read more ...

Kekejaman polis terhadap anak muda Mesir cetus kebangkitan melalui Facebook

Kuasa Face Book runtuhkan Regim Mubarak

Wa'il Ghonim- pencetus revolusi Mesir kini. Melalui laman web Face Book 'Kulluna Khaled Sa'id' - berjaya mengajak rakyat Mesir bangkit menjatuhkan Rejim Husni Mubarak.

Foto Khaled sebelum dibunuh.

Foto Khaled selepas dibunuh.

Pencipta Face Book barangkali tidak menjangka FB boleh mencipta revolusi. Tunisia, Mesir, entah mana negara lagi.

Pemuda 30an ini - kini muncul di Dream Channel - satelite tv Mesir dengan isakan dan tangisan tetapi pendirian yang tidak tergugat - selepas 10 hari menjadi 'tamu' polis rahsia Mesir, bermula sehari selepas rakyat Mesir membanjiri Tahrir Square.

'Kulluna Khaled Sa'id - atau We are all Khaled Sa'id' bermula sebagai dedikasi sekumpulan anak muda Mesir terhadap Khaled Sa'id - anak muda Mesir berusia 28 tahun yang dibunuh secara kejam oleh dua orang polis Mesir.

Khaled, telah muat turun dalam You Tube imej polis Mesir sedang membahagikan wang dengan pengedar dadah. Ia menimbulkan kemarahan polis. Ia diburu.

Saksi-saksi melihat bagaimana Khaled diambil oleh dua anggota polis, kepalanya dihantuk ke dinding dan tangga bangunan sehingga mati. Mayatnya dicampak di tepi jalan dan selepas post mortem, polis mengeluarkan kenyataan Khaled mati kerana terlebih mengambil dadah.

Dalam kenyataannya, polis menyatakan tiada kecederaan parah bagi Khalid.

Kematian Khaled menimbulkan kemarahan anak muda Mesir yang telah sekian lama menyaksikan kekejaman polis Mesir dalam berbagai cara. Ditambah dengan pembohongan dan rasuah.

Khaled serta merta menjadi simbol kebangkitan anak muda Mesir. Fotonya terpampang di sudut laman Kulluna Khaled.

Selepas anak muda Tunisia - Bu Azizi - menjadi simbol kebangkitan anak muda Tunisia - dan berjaya menghalau Presiden Tunisia lari ke luar negara - anak muda Mesir mendapat inspirasi dan semangat untuk bangkit tidak tertahan lagi.

25 Januari lalu kebangkitan bermula. Wa'il Ghonim - pakar IT yang bekerja dengan Google di Dubai bergegas pulang untuk menyertai anak muda Mesir lain yang telah menyahut seruan laman FB mereka. Keesokan harinya, beliau ditahan.

Keluarga dan majikannya cuba mengesan jejak beliau tetapi gagal. Tidak ada sebarang berita mengenai di mana beliau berada, sehingga lah beliau muncul di kaca TV Dream Channel.

Sebelum beliau ditahan, beliau telah memberikan password kepada rakannya yang lain. Hanya kini, beliau mengetahui rakannya telah terbunuh dalam kebangkitan kini.

Dalam wawancara yang boleh disaksikan di You Tube, Wa'il menegaskan kebangkitan rakyat Mesir hanya untuk menuntut hak mereka yang sah, kebebasan bersuara, keadilan dan keselamatan. Serta pembelaan terhadap mereka yang telah dizalimi. Mereka bangkit bukan untuk menimbulkan huru hara. Kerana itu, beliau merasa kesal adanya kematian baik di pihak orang awam termasuk rakan-rakan beliau mahu pun anggota keselamatan. Kesemua mereka, kata Wa'il, adalah syahid.

Tidak ada pihak yang patut menekankan ideologi mereka dalam kebangiktan sekarang. Tetapi nasib rakyat Mesir lah yang menjadi agenda sebenar.

Beliau menyebut bahawa beliau bukan agen mana-mana pihak sekalipun pihak polis cuba menekan beliau mengaku menjadi alat pihak lain semasa dalam tahanan. Katanya, keluarga beliau adalah kaya raya dan beliau sendiri mempunyai pendapatan lumayan dengan kereta besar dan kehidupan mewah di Dubai. Kerana itu, beliau tidak perlukan sogokan tetapi atas cintanya terhadap Mesir yang telah porak poranda oleh regim yang ada, beliau memberanikan diri mencetuskan kebangkitan ini. Beliau hanya ingin bersuara bagi pihak yang teraniaya dan majoriti rakyat Mesir yang miskin.

Beliau tidak mahu digelar hero atas kebangkitan ini kerana hero yang sebenar adalah rakyat Mesir yang telah berani bangkit. Semua yang telah terkorban dan anak muda yang sanggup bertahan di Medan Tahrir hingga kini, sudah hampir dua minggu.

Wa'il Ghonim tidak mengambil masa yang lama selepas pembebasannya untuk bersama di Medan Tahrir. Sekalipun isterinya, rakyat Amerika beragama Islam sedang menunggu di Dubai dan bapanya berada di Saudi.

Kita boleh bayangkan bahawa Husni Mubarak tidak mempunyai pilhan melainkan berundur.

Dalam rangka mengekang kebangkitan menerusi kemudahan Twitter dan FB, kerajaan Mesir menyekat laluan internet selama tiga hari, minggu lalu. Ia dibuka semula kerana hasil sekatan itu, lebih ramai anak muda membanjiri Medan Tahrir kerana mereka tidak lagi dapat merayau di alam maya, ber chit chat dan FB atau bermain on line game. Memang sangat menakjubkan!

Kepalsuan propaganda media Mesir juga terdedah dengan mudah dengan kemudahan FB dan internet.

Umpamanya kononnya letupan bom di Gereja Koptik baru ini dilakukan oleh Hamas, terdedah ianya dilakukan oleh polis rahsia Mesir sendiri.

Percubaan memainkan sentimen agama - sama seperti berlaku di bumi One Malaysia - digagalkan oleh imej-imej pemuda Islam yang sedang bersolat di depan kereta perisai tentera Mesir dilindungi oleh pemuda Kristian Mesir yang bersalib dan pemuda Kristian yang bersembahyang pada hari Ahad di Medan Tahrir dilindungi pula oleh Pemuda Muslim! Ia imej kesatuan hati dan budi yang luar biasa dari kebangiktan ini!

Isra' Abdul Fatah - pemudi Mesir adalah antara pencetus revolusi yang lain. Peranan gadis muda ini yang giat menerusi lamannya, menyatakan, revolusi hanya boleh berlaku bila mana semua orang benar-benar pergi berhimpun di Medan Tahrir dan tidak hanya berada dalam alam maya. Beliau pernah dipenjara selama lapan belas hari. Imej You Tube penuh emosi pada hari beliau dibebaskan dari tahanan sudah cukup membangkitkan sentimen anak muda Mesir. "Jika Mubarak membohongi rakyat Mesir selama tiga puluh tahun, adakah beliau akan bercakap benar beliau akan berundur seleosa September?" Tanya Isra'.

Di depan pemuda seperti Wa'il dan pemudi seperti Isra' - regim Mubarak sudah hilang legitimasinya dan menunggu masa untuk runtuh.

Kebobrokan Mubarak yang merata dan kekejaman yang lama, dengan menutup pintu kebebasan samada melalui pilihanraya palsu mahupun pembohongan media, serta membina rangkaian korupsi yang kian membarah, kini berhadapan dengan pembalasan dari rakyatnya sendiri.

Read more ...

Pendedahan awal '13 kejayaan' Ali Rustam

Prk Merlimau : Senarai 'Rekod Cemerlang' BN Di Melaka

Ketua Menteri, Mohd Ali Rustam menyatakan bahawa rakyat negeri ini akan terus menyokong BN pada PRK Merlimau kerana mereka tahu tentang rekod cemerlang pemerintahan BN selama ini.

Di bawah ini disenaraikan rekod-rekod cemerlang BN:-

1) Monorail-dilancarkan pada 20 Oktober 2010 rosak pada hari pelancarannya.

2) Jam bunga di hadapan MBMB - RM500,000. Apa pentingnya jam ini untuk rakyat. Bila rakyat mohon untuk peruntukan kebajikan dan lain-lain pimpinan kerajaan menjawab tiada wang.

3) Wang peruntukan setiap DUN ialah RM325,000 tetapi sehingga kini wang ini tidak dilaporkan kepada rakyat ke mana perginya DUN ini.

4) Banjir terus berulang melibatkan beberapa tempat seperti Durian Tunggal, Sg Rambai dan dan lain-lain. Banjir kilat juga terus melanda di banyak tempat di seluruh Melaka.

6) Menipu rakyat dengan status negeri maju di mana OECD sendiri menafikan bahawa mereka mengiktiraf Melaka sebagai negeri maju.

7) JUmlah anak luar nikah puratanya 2.8 orang sehari dari 2007 - 2009

8) Lapangan Terbang yang menelan belanja ratusan juta tetapi tiada pesawat yang beroperasi

9) Melaka ditadbir oleh seorang Ketua Menteri yang rasuah.

10) Eye On Melaka yang ditutup menyebabkan kerugian puluhan juta wang rakyat.

11) Kegagalan kerajaan dan negeri menguruskan harta wakaf seperti yang dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2009.

12) Litar Go-Kart di Durian Tunggal yang ditutup kerana tidak berdaya maju sehingga pihak pengurusan gagal membayar sewa

13) Hutang kerajaan negeri yang berjumlah lebih RM500 juta dan dijangka meningkat kepada RM700 juta seperti dilaporkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2009.

Dan banyak lagi ...........akan didedahkan dari masa ke semasa

Read more ...

Pokke lebih mahal dari katak Kulim

Pemburu pokke perlu modal besar

http://images03.olx.com.my/ui/11/99/35/1295520225_159399435_1-Pictures-of--tokkeTokekGeckoTokayPokke-Untuk-Dijual.jpgKULIM, 9 Feb. : Cicak besar, gecko atau lebih dikenali dengan panggilan pokke adalah sejenis cicak yang menjadi ‘kegilaan’ sesetengah pihak pada masa ini.

Ada yang sanggup untuk membeli haiwan ini dengan harga jutaan ringgit.

Sehingga kini khasiat yang ada pada pokke dikatakan mampu mengubati penyakit barah, Aids dan boleh dijadikan vaksin kepada senjata biologi merbahaya.

Walaupun sehingga kini tidak ada bukti yang mengatakan cicak ini mampu mengubati penyakit itu, tetapi ia terus menjadi buruan sehingga mereka sanggup merentasi benua.

Seorang pemburu pokke yang hanya dikenali dengan nama Mie berkata, sehingga kini kumpulannya sudah mengumpul lebih 4,000 haiwan eksotik itu.

“Untuk memburu pokke ia memerlukan modal yang besar selain kecekapan dan pengetahuan mengenai tempat persembunyian habitat ini. Kenyataan menyatakan cicak ini selalunya ditangkap pada waktu malam adalah tidak benar.

“Pokke akan bergerak aktif dan garang pada waktu malam serta operasi menangkapnya hanya boleh dibuat pada waktu siang sahaja. Di Kulim terdapat beberapa kawasan di mana pokke boleh diperoleh antaranya di banjaran Gunung Inaz di Sedim. Selain itu pokke juga boleh diperoleh di hutan Baling,” katanya.

Menurutnya, dia bersama empat ahli kumpulannya sering menangkap pokke di beberapa negara jiran antaranya Thailand, Myanmar, Laos dan Kemboja.

Katanya, ini kerana kebanyakan hutan yang ada di sana masih mengekalkan habitat asal pokke.

Dalam pada itu, dia berkata, di Thailand sahaja, lebih 30 kawasan hutan yang menjadi tempat persembunyian cicak itu.

“Selain itu, pokke juga adalah haiwan peliharaan bunian di mana fizikal cicak itu akan bertukar selepas dibawa keluar dari habitatnya. Sepanjang pengalamannya menjadi pemburu pokke sepenuh masa, saya pernah melihat pokke gergasi yang dipelihara oleh seorang ‘kiai’ (guru agama) di sebuah kampung di Surabaya.

“Bukan senang untuk memelihara pokke. Ini adalah kerana kos makanannya tinggi di mana RM30 hingga RM60 diperlukan untuk membeli makanan seperti cengkerik dan anak katak. Di Malaysia masih ada hutan yang mengekal habitat asal pokke tetapi semakin pupus berikutan pembangunan pesat hari ini,” katanya.

Menurutnya, harga pokke berubah mengikut pasaran dan cicak yang dipeliharanya sekarang ini seberat 280 gram hingga 400 gram.

Selain berhadapan dengan masalah kecurian, dia juga pernah ditipu oleh seorang peniaga yang mahu membeli 30 cicak itu darinya dengan harga RM300,000 sebelum sambutan Tahun Baru Cina lalu.

Katanya, selepas pokke diserahkan, tiada sebarang bayaran dibuat sehingga hari ini.SH

Read more ...

ADUN BN Pulau Betong akan disaman

Ketua Menteri mahu saman Farid

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi48QZ321QI33R-h94o5UhAl_1P5TEfSxUQZ22K1Lx1raPncRtBjexwFPQlGuW8hRCXcN1xBEoqsWqECbJaPNfpQ8CDW8uEtiFQlZiQwbqnNvanSuCQ-XQ188yVqgFaSID-dTqN5P6jyUE/s1600/farid.jpgGEORGETOWN, 9 Feb. : Ketua Menteri, Lim Guan Eng mewakili Kerajaan Negeri memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhamad Farid Saad.

Menurutnya, mesyuarat Exco semalam memutuskan untuk memfailkan saman terhadap Farid dalam tempoh terdekat.

“Dalam perbincangan itu, saya mendapatkan sokongan penuh ahli untuk memfailkan saman terhadap Farid atas tuduhannya menyatakan Kerajaan Negeri mengedarkan risalah My Balik Pulau secara senyap-senyap.

“Perkara itu tiada kaitan dengan Kerajaan Negeri,” katanya semalam.

Guan Eng turut menegaskan, tuduhan bersifat rasis oleh Farid mendakwa Kerajaan Negeri ‘Lupa Sejarah, Hina Melayu’ adalah perkataan serius.

“Oleh demikian, Kerajaan Negeri atas pandangan Penasihat Undang-undang Negeri memutuskan tindakan saman. Sekiranya terdapat tuduhan palsu terhadap Kerajaan Negeri, Ketua Menteri perlu bertanggungjawab membersihkan imej menerusi tindakan saman malu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberi ruang kepada ADUN Pulau Betong menarik semula kenyataannya itu dan memohon maaf secara terbuka sebelum pihaknya memfailkan saman.

“Jika Farid berpura-pura berlakon tidak tahu apa-apa dan enggan memohon maaf serta menarik balik kenyataan itu. Kerajaan Negeri tidak boleh bertolak ansur atau bersabar lagi. Kita akan pergi ke mahkamah untuk mengambil tindakan terhadapnya,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau turut menyatakan laporan akhbar semalam menjelaskan secara terperinci usaha mengeluar dan mengedar risalah My Balik Pulau dilakukan badan bukan kerajaan (NGO) yang tiada kaitan dengan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR).

“Kenyataan itu, secara langsung mencerminkan Farid seorang rasis melemparkan tuduhan melulu ke atas Kerajaan Negeri,” katanya.

Read more ...

Ng Yen Yen pun belajar menipu dari Umno

Pelancongan di Kedah menggalakkan - MB

http://cikwiduri.files.wordpress.com/2008/04/azizan.jpg?w=497ALOR SETAR, 9 Feb: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyatakan kemasukan seramai 50 ribu pelancong ke Langkawi sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini membuktikan permintaan terhadap pusat pelancongan tersebut adalah menggalakkan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Pelancongan, Datuk Sei Dr.Ng Yen Yen yang menyelar kerajaan negeri Kedah kononnya kemasukan pelancong ke negeri tersebut merosot.

Menurut Azizan, alternatif bagi menampung kekurangan penginapan sedang giat dilaksanakan oleh kerajaan negeri dengan pembinaan sebuah hotel bertaraf tiga bintang yang mempunyai 300 bilik di Langkawi.

Hotel yang akan dibangunkan oleh anak syarikat kerajaan negeri, iaitu Permodalan Kedah Berhad atau PKB ini mampu untuk mengatasi masalah kekurangan tempat penginapan kepada pelancong yang berkunjung ke Langkawi.

Katanya lagi bagi merealisasikan perkara tersebut, pembinaan hotel bajet juga menjadi fokus utama kerajaan negeri bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada pelancong tempatan dengan harga yang berpatutan.

Azizan berkata, menjadi harapan utama kerajaan negeri untuk menjadikan Langkawi sebagai sebuah bandar raya pelancongan yang terkenal dalam negara ini.

Disamping itu pulau lagenda ini juga diharapkan akan menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara khususnya sebagai pusat kesihatan pelancong peringkat antarabangsa tidak lama lagi.

Baru-baru ini, Ng telah membidas kerajaan negeri Kedah apabila beliau menyifatkan jumlah pelancong ke negeri Kedah merosot walaupun peruntukan bagi pelancongan dalam Rancangan Malaysia ke-9 adalah tinggi.

Read more ...

Sokongan orang Cina di Merlimau kepada PR sudah 70 peratus

Isu perkauman makan diri: PAS

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/01/Merlimau-Melaka.jpg
MERLIMAU, 9 Feb. : Pas yakin isu perkauman yang sering dimainkan Barisan Nasional (BN) untuk menakut-nakutkan rakyat supaya menyokong mereka hanya akan memakan diri sendiri.

Ketua Dewan Pemuda Pas Melaka, Kamaruddin Sidik berkata, trend itu jelas kelihatan apabila sokongan masyarakat bukan Melayu, khususnya kaum Cina kepada Pas semakin meningkat.

Menurutnya, berdasarkan kajian yang dilakukan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, sokongan masyarakat Cina dikatakan sudah meningkat sehingga 70 peratus.

“Saya yakin isu perkauman yang digunakan BN untuk menakut-nakutkan pengundi adalah antara faktor yang menyumbang kepada trend ini,” katanya.

Kamaruddin berkata, beliau percaya jentera pilihan raya BN akan cuba memenangi hati pengundi Cina semasa kempen Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau supaya menyokong BN.

Menurutnya, ia adalah petanda bahawa BN bimbang dan takut mereka akan memberikan undi kepada calon Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya itu nanti.

“Bagaikan sudah menjadi kebiasaan untuk BN memberi apa saja semasa kempen PRK semata-mata mahu mendapat sokongan.

“Nasihat saya ketika hari mengundi, gunakan keberanian untuk berubah,” katanya.SH

Read more ...

Tanya Anuar Musa mana RM 200 Ribu, pemain Kelantan belum terima?

Juara Piala Malaysia: RM200 ribu milik semua pemain

KOTA BHARU, 9 Feb:Tindakan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dikatakan tidak mengagih secara adil anisiatif berupa wang tunai kepada pemain Skuad The Red Warriors yang telah membawa pulang Piala Malaysia 2010 dikesali kerajaan negeri.

Demikian dijelaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Kelantan Abdul Fattah Mahmood.

Beliau ditemui selepas Mesyuarat Exco negeri hari ini berkata, sekiranya benar dakwaan bekas pemain Kelantan yang terdiri dari Indra Putra Mahyuddin, Nor Farhan Muhammad, Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan Azizi Mat Ros bahawa KAFA telah bertindak menafikan hak mereka sebagai pemain yang sama-sama membawa Kelantan menjuarai Piala Malaysia 2010, kerajaan Kelantan hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu hal ini.

“Saya akan berbincang dengan pengurusan KAFA untuk menadapatkan penjelasan tentang perkara ini," kata beliau.

Kata Abdul Fattah, semua pemain sepatutnya mendapat sumbangan dari RM200 ribu yang kita bagi itu kerana mereka juga merupakan pemain Kelantan walaupun kini sudah berhijrah ke negeri lain.

"Sumbangan tersebut adalah untuk tahun 2010”, tambah beliau.

Menyentuh langkah kerajaan negeri menawarkan sebuah rumah kepada Penjaga gol Kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat awal tahun ini, Abdul Fattah berkata kerajaan melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan(PKINK) telah bersetuju menyediakan sebuah rumah di Taman Kurnia Jaya,Pengkalan Chepa berhampiran dengan rumah milik pelajar Pintar Kelantan Nik Nur Madhiah Nik Mohd Kamal.

Pembinaan rumah yang bernilai lebih RM100 ribu tersebut akan dimulakan secepat mungkin dan dijangka dapat diserahkan kepada Khairul Fahmi pertengahan tahun ini.

“Alhamdulillah dengan persetujuan Menteri Besar, rumah milik Khairul Fahmi akan disiapkan secepat mungkin dan ada sedikit perubahan terhadap plan rumah tersebut agar selari dengan bentuk Islamik”kata beliau lagi

Read more ...

Geng Hafiz Nordin bakar 'My Balik Pulau'

Guan Eng vs Farid - siapa yang buat fitnah?

Sekumpulan NGO Melayu yang menggelarkan diri mereka sebagai Gabungan Bela Hak Insan (Gabungan) bertindak membakar buku kontroversi 'My Balik Pulau' di Pulau Pinang hari ini.

Gabungan tersebut diwakili oleh Persatuan Anak Jati Melayu, Badan
Anti-Islam Liberal, International Islamic Propagation Society dan Sekretariat Dakwah - semuanya dari Pulau Pinang.

Presiden Gabungan, Mohamed Nordin Mohd Nor (foto, tengah) berkata, buku tersebut memang mengandung unsur sejarah palsu dan menghina orang Melayu di Pulau Pinang.

Menurutnya, buku itu sengaja diterbitkan untuk memadam sejarah awal orang Melayu di Balik Pulau.

gabungan bela hak insan presidentBeliau menganggap penerbitan buku itu merbahaya dan mempunyai motif politik dan rasis.

Mohamed juga menafikan bahawa Gabungan itu sebuah wadah politik, sambil menegaskan bahawa pihaknya tidak pasti siapakah yang bertanggungjawab terhadap isu tersebut.

"Bagaimanapun, kami mahu kerajaan sekarang mengharam dan menarik balik buku kecil itu," katanya.

Gabungan juga mahu tindakan diambil terhadap penerbitnya, Arts Ed, kerana mereka menggunakan logo negeri.

Jika kerajaan negeri gagal mengambil tindakan, katanya, Gabungan akan mendapatkan bantuan kerajaan persekutuan untuk menyelesaikan masalah tersebut, termasuk menghantar surat kepada Kementerian Dalam Negeri.

Sharpshooter - Pulau Pinang tidak henti-henti dilanda isu, satu demi satu setiap bulan, ada saja isu yang timbul. Mengapa Guan Eng teruk diserang dan difitnah, sebab Guan Eng menggugat umno dan b-end. Mengapa Anwar teruk diserang dan difitnah, sebab Anwar menggugat umno dan b-end.

Antara Farid dan Guan Eng...kita tengok siapa yang kena....siapa yang buat fitnah...


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)

Read more ...

20 tahun bela rakyat mana sama 20 tahun tindas rakyat

Sikap Utusan Diselar Cuba Buruk Pimpinan PR


SHAH ALAM 9 Feb.: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyelar tindakan Utusan Malaysia yang terus-terusan menggunakan taktik licik untuk mengaburi mata rakyat.

Kali ini editorial akhbar itu cuba mengaitkan Presiden Mesir Hosni Mubarak dengan kepimpinan lama dalam Pakatan Rakyat seperti Menteri Besar Kelantan, Datuk Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Karpal Singh, Lim Kit Siang dan beberapa lagi pimpinan dalam Pakatan Rakyat yang disifatkan sebagai lama dalam pentadbiran.

" Dia (Utusan) cuba untuk mencari sesuatu yang yang dia boleh kaitkan dengan faktor lama Hosni Mubarak memegang tampuk pemerintahan sedangkan apa yang berlaku bukan masalah lama atau pun singkat. Pemimpin lama memerintah pun kalau dia adil, itu akan terus diberikan mandat dan kepercayaan oleh rakyat," katanya.

Bahkan bingkisan editorial Utusan itu yang ditulis oleh Zaini Hassan itu turut disanggah oleh pimpinan baru dalam Pakatan Rakyat.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin menyifatkan tonggak kepimpinan dalam Pakatan Rakyat sebagai tokoh yang dikenang kerana karismatik dalam pentadbirannya malah disanjung tinggi oleh masyarakat.

Oleh yang demikian katanya, nama-nama seperti Lim Kit Siang, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Karpal Singh,hatta Anwar Ibrahim masih relevan sehingga ke hari ini.

Mengambil contoh kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mentadbir negeri itu lebih 20 tahun, ada sesuatu yang ada pada Nik Aziz, namun tidak dimiliki oleh pemimpin yang disifatkan berjaya seperti Tun Dr Mahathir Mohamad.

" Isunya ialah kekejaman pemerintahan di bawah Tun Dr Mahathir, kalau hendak dibandingkan dengan pentadbiran Tok Guru Nik Aziz, umpama langit dengan bumi," kata Shamsul.

" Isu keadilan sosial, isu memberikan pulangan yang sama rata kepada seluruh rakyat, memberikan ruang kepada rakyat pelbagai kaum untuk mengamalkan agama mereka, mengamalkan fahaman politik secara terbuka, itu tidak berlaku ketika di zaman Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri," katanya.

Laman editorial Utusan hari ini cuba mengaitkan apa yang berlaku di Mesir dengan senario politik di Malaysia dan melabelkan pemimpin ulong seperti Nik Aziz sebagai tidak waras sekiranya terus bertanding pada PRU ke 13.

Malah penulis dengan sinis berkata, Nik Aziz masih "berakar" di kerusinya walaupun setelah lebih 20 tahun masa berlalu.

" Walaupun 20 tahun itu ramai yang mempertikaikan tetapi pendekatan yang lebih jujur itu melihat dan menilai keberkesanan mereka sebagai pemimpin di dalam sesebuah negara.

" Ini perkara yang harus dinilai oleh rakyat. Pendekatan kepimpinan yang bercorak lebih adil dan lebih wajar, memberikan keterbukaan kepada rakyat, sudah tentu itulah yang diterima oleh rakyat Malaysia," katanya.

Read more ...

Unisel bakal dikenali sebagai Universiti Selangor



SHAH ALAM 9 Feb.: Universiti Industri Selangor (Unisel) bakal dikenali dengan nama baru iaitu Universiti Selangor bermula 14 Februari ini.

Presiden dan Naib Canselor Unisel Datuk Dr Rosti Saruwono berkata nama baru itu dipilih bagi menyesuaikan trend global dunia pendidikan pada hari ini yang lebih meluas dan tidak hanya tertumpu pada satu bidang.

"Singkatan Unisel masih dikekalkan dan nama baru ini dipilih sempena penjenamaan semula Unisel setelah 11 tahun ditubuhkan termasuk logo baru yang akan dilancarkan pada hari yang sama," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata penjenaam semula itu dibuat hasil daripada pandangan dan perbincangan membabitkan semua pihak termasuk tenaga pengajar dan pentadbiran Unisel sejak pertengahan tahun lepas bagi memastikan institusi pengajian tinggi (IPT) itu mampu terus bersaing.

Rosti berkata perkataan 'Industri' yang digunakan sebelum ini menimbulkan kekeliruan kepada ibu bapa dan pelajar yang beranggapan Unisel hanya menawarkan kursus berkaitan bidang industri berat dan kejuruteraan.

"Kami mempunyai pelbagai kursus dan merangkumi semua lapangan termasuk Kejururawatan, Komunikasi Massa, Pendidikan dan Fotografi yang ditawarkan kepada pelajar di peringkat diploma dan ijazah pertama," katanya.

Beliau berkata bidang seperti kejuruteraan, bioteknologi dan teknologi maklumat masih dikekalkan kerana ia antara kursus yang mendapat permintaan tinggi di pasaran pekerjaan.

Selain itu, Rosti berkata Unisel mengutamakan jalinan industri apabila setiap program di universiti itu mempunyai penasihat industri masing-masing bagi mempersiapkan graduan yang memenuhi kehendak pasaran.

"Kita juga menetapkan latihan industri antara enam hingga lapan bulan bergantung kepada bidang pengajian yang diambil dalam usaha memastikan pelajar dapat menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan yang sebenar," katanya.

Ditanya mengenai Canselor Unisel yang baru, Rosti berkata perkara itu bakal diumum bulan ini oleh kerajaan Selangor. Kerusi Canselor Unisel bakal kosong selepas isteri Perdana Menteri DatinSeri Rosmah Mansor mengumumkan pengundurannya pada 20 November lepas.

Read more ...

ADUN BN Sarawak bohong , belajar dari Umno

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang bercakap bohong ketika pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini disifatkan sebagai ‘bongkak’ kerana merahsiakan prestasi dan penerimaan sebenar masyarakat terhadap mereka.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, tindakan Adun yang enggan mendedahkan perkara sebenar itu lebih menjurus kepada usaha melobi pemimpin nombor satu negara agar terus dipilih sebagai calon pada pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, beliau yakin perdana menteri dan Ketua Menteri, Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud mempunyai butiran dan maklumat lengkap prestasi sebenar semua Adun di Sarawak.

“Kalau nak kelentong perdana menteri dan ketua menteri … itu tindakan yang tidak bertanggungjawab serta merugikan parti dan diri sendiri kerana kedua-dua pemimpin ini mempunyai maklumat lengkap mengenai prestasi semua Adun.

“Tindakan ini juga salah satu daripada bentuk ‘melobi’ agar mereka terus dipilih sebagai calon pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Haji Daud Abdul Rahman mengenai pembohongan segelintir Adun dalam sesi pertemuan bersama Najib ketika menyampaikan sumbangan katil khas kepada seorang warga emas yang lumpuh separuh badan di Kampung Bako Indah di sini, hari ini.

Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong juga percaya kedua-dua pemimpin parti Barisan Nasional (BN) negeri dan pusat itu berkenaan sudah mempunyai maklumat mengenai calon-calon yang bakal diketengahkan dalam pilihan raya kelak.

Dalam pada itu, Junaidi turut memuji tindakan berani Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Haji Daud Abdul Rahman yang mengkritik segelintir Adun BN yang didakwa tidak menceritakan hal sebenar di kawasan mereka.

“Selaku Naib Presiden PBB, beliau (Daud) berhak membuat teguran kerana ada segelintir wakil rakyat tidak melaksanakan tugas secara bersungguh-sungguh atau sekadar bertindak sebagai Adun ‘potong reben’,” katanya sambil menambah, setiap Adun harus menilai prestasi mereka berdasarkan pencapaian rekod pilihan raya sebelum ini.

Bagi Junaidi, tindakan melobi pemimpin atasan tidak akan menjamin seseorang wakil rakyat itu terus kekal sebagai calon pilihan raya, sebaliknya usaha ikhlas membantu rakyat adalah kunci utama untuk terus disayangi parti dan rakyat keseluruhannya.

Read more ...

Ops Lalang: Kenyataan Mahathir amat memalukan

KUALA LUMPUR, 9 Feb: Penjelasan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempersalahkan polis atas Operasi Lalang yang menyebabkan 106 ditangkap di bawah ISA pada tahun 1987 lalu, jelas merupakan kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab dan memalukan.

Selain itu, kenyataan itu juga boleh dilihat sama ada Mahathir telah lupa dengan apa yang telah dilakukan atau mahu menutup imejnya yang buruk semasa menjadi Perdana Menteri dahulu yang amat banyak melakukan tangkapan di bawah ISA.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan, selaku eksekutif atau Perdana Menteri di negara ini ketika beliau menjadi Perdana Menteri dulu, mustahil Mahathir tidak tahu dengan tangkapan ISA dan membiarkan pihak polis yang bertindak sendirian dalam hal itu.

Menurut beliau, pada hal, penggunaan ISA ke atas seseorang itu bukan berada di bawah kuasa polis, tetapi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), manakala Menteri Dalam Negeri pula ketika itu adalah Mahathir sendiri.

"Untuk menahan seseorang itu di bawah ISA, ia mestilah ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri yang juga Perdana Menteri ketika itu iaitu Mahathir sendiri. Jadi macam mana Mahathir boleh kata dia tak tahu menahu perkara itu dan polis telah bertindak di luar perancangannya atau lain dari yang ingin dilakukannya?" katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Jadi, menurut beliau, kenyataan Mahathir itu tentunya tidak boleh diterima oleh sesiapa sahaja yang berakal waras kerana semua tindakan yang dilakukan itu adalah di bawah tanggugjawab beliau sendiri selaku Perdana Menteri, apatah lagi dalam masa yang sama turut menjadi Menteri Dalam Negeri.

"Malah jika benar apa yang dikatakan oleh Mahathir itu, ia jelas merupakan sesuatu yang ganjil, memalukan dan kegagalan Mahathir sendiri dalam melaksanakan tanggungjawabnya selaku Perdana Menteri ketika itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mahathir yang mempersalahkan polis atas Ops Lalang yang menyaksikan 106 orang termasuk seteru politiknya ditangkap mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1987.

Dalam buku terbaru mengenai Mahathir yang berjudul 'Doctor M: Operation Malaysia - Conversations with Mahathir Mohamad', bekas perdana menteri yang meneraju Malaysia selama 22 tahun itu mengakui bahawa beliau berang dengan tindakan polis itu.

"Ya, saya akan tangani secara berbeza, tetapi polis ingin melakukan hal-hal ini (tangkapan ISA) kerana mereka menyatakan ia perlu.

"Saya sebenarnya berjumpa dengan semua ahli pembangkang (terlebih dahulu) dan menyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditangkap. Dan awak tahu apa yang polis lakukan? Polis menangkap mereka. Kredibiliti saya hilang," kata Mahatahir.

Tom Plate yang mewawancara Mahathir dan mengarang buku itu kemudiannya bertanya kepada Mahathir dengan lebih lanjut sama ada beliau marah atau tidak dengan tindakan polis itu.

"Yeah, tapi apa yang boleh saya lakukan? Saya perlu menerima hakikat bahawa mereka adalah orang-orang yang membuat keputusan. Saya memberikan kuasa umum kepada mereka untuk bertindak," jawab Mahathir.

Semasa penangkapan besar-besaran pada 27 Oktober 1987, lebih seratus orang ditangkap. Sebahagian besar daripada mereka yang ditangkap itu terdiri daripada pemimpin pembangkang dan segelintir ahli politik dari Umno dan MCA. Selain itu, permit penerbitan untuk akhbar The Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan telah ditarik balik.

Kerajaan kemudian menawarkan penjelasan bahawa tangkapan ISA yang kedua terbesar sejak rusuhan perkauman 13 Mei itu adalah 'perlu' bagi membendung 'ketegangan perkauman' yang semakin memuncak, akibat protes besar-besaran berhubung pelantikan pengetua bukan berpendidikan Cina di sekolah-sekolah vernakular Cina.

Umno pula kemudiannya membalas dengan mengadakan protes besar-besaran juga yang diketuai oleh ketua pemudanya ketika itu, Datuk Seri Najib Razak di Kampung Baru, beberapa hari sebelum tangkapan beramai-ramai dibuat.

Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Dr Mujahid menegaskan, kenyataan Mahathir itu bukan sekadar membuktikan kegagalannya dalam melaksanakan tugas sebagai Perdana Menteri, tetapi juga amat mengejutkan.

"Mahathir tidak sepatutnya menyalahkan pihak polis atau pihak lain dalam hal itu kerana dialah sebenarnya yang bertanggungjawab dengan semua itu.

"Semasa menjadi Perdana Menteri dulu, Mahathir sememangnya banyak melakukan tindakan yang bercanggah dengan demokrasi termasuk penggunaan ISA, menarik balik permit akhbar, menyekat kebebasan rakyat memberikan pandangan, menyekat kebebasan bersuara dan menyekat kebebasan akhbar," katanya.

Kini setelah sekian lama bersara, menurut beliau, barulah Mahathir sedar kesalahannya itu dan mahu menutup kesalahannya dengan membuat kenyataan seperti itu, walaupun ia lebih memalukan dirinya sendiri.

Read more ...

Sebatang pen RM 2300 : Menteri Besar Kedah membazir

Read more ...

Polis kena bayar ganti rugi kepada Dr Hatta

Mahkamah tentu jumlah saman Dr Hatta terhadap polis

KUALA LUMPUR, 9 Feb: Mahkamah Tinggi Kuantan akan menetukan jumlah tuntutan saman yang dimenangi Bendahari PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli dan dua rakannya terhadap polis, sebelum 15 Mac ini.

Menurut Dr Hatta yang dihubungi Harakahdaily, hari ini berlangsung perbincangan dengan peguam kedua-dua pihak namun jumlah sebenar tuntutan belum boleh diputuskan.

Dr Hatta, Timbalan YDP PAS Rompin Mazlan Mohamed Yasin dan Ketua Pemuda Rompin Nazri Ahmad menang dalam saman terhadap bekas Ketua Polis Daerah Rompin di Mahkamah Tinggi Kuantan berkaitan kes penangkapan semasa berceramah di premis sendiri pada 2004 lalu.

(Gambar fail: Dr Hatta bersama peguamnya, Mohamed Hanipa menunjukkan dokomen mahkamah yang memutuskan polis perlu membayar ganti rugi kepada Dra Hatta)

Hakim Datuk Mariana Yahya dalam penghakimannya pada 26 Ogos lalu memutuskan Hanapi Daud (pihak polis) telah secara salah menangkap Dr. Mohd Hatta Ramli, Mazlan Mohamed Yasin dan Nazri Ahmad.

Hakim dalam keputusannya berkata, pihak polis telah gagal menyatakan sebab penangkapan di samping ternyata bersalah menceroboh kediaman persendirian semasa penangkapan itu.

Berikutan itu, hakim memutuskan Hanapi selaku defendan dikehendaki membayar ganti rugi khas, ganti rugi am, ganti rugi tauladan dan ganti rugi melampau kepada tiga aktivis PAS terbabit.

Menurut fakta kes, pada jam 9.15 malam 10 Jun 2004 satu majlis ceramah penerangan telah diadakan di Markas Pas Kawasan Rompin, di nombor 42 Desa Teratai, Muadzam Shah. Ketua Polis Daerah yang mengetuai sekumpulan anggota polis dari Ibupejabat Polis Rompin telah mengeluarkan arahan supaya majlis tersebut dihentikan diatas alasan tiada permit perhimpunan dikeluarkan.

Ketua Polis Daerah juga telah mengarahkan anggota-anggota polis melakukan serbuan keatas premis ceramah tersebut dan telah menangkap plaintif kedua, ketiga dan keempat tanpa menunjukkan sebarang waran tangkapan.

Anggota-anggota polis yang melakukan serbuan dan tangkapan keatas premis tersebut telah merampas segala peralatan sistem bunyi (P.A. System) dan secara kasar yang telah mengakibatkan kecederaan pada plaintif keempat.

Berikutan itu, mereka bertiga telah ditahan, digari dan dibawa ke ibu pejabat Polis Daerah Rompin untuk disoal-siasat sehingga keesokan harinya.

Kes tersebut difailkan oleh ketiga-tiga ahli PAS itu pada 1 Disember 2004 di Mahkamah Tinggi Malaya Kuantan melalui firma guaman Mohamad Hanipa & Associate.

Plaintif memohon deklarasi bahawa penangkapan dan penahanan mereka pada masa ceramah tersebut tidak sah, terbatal, tidak berpelembagaan dan tidak mempunyai apa-apa kesan.

Plaintif juga memohon deklarasi bahawa majlis ceramah yang diadakan di markas PAS Kawasan Rompin (pada 10 Jun 2004) tidak memerlukan permit polis di bawah Seksyen 27 Akta Polis 1967.

Selain itu, plaintif memohon deklarasi bahawa defendan telah bertindak melampaui batas kuasainya di bawah Akta Polis 1967 dan tindakan defendan tersebut adalah satu penyalahgunaan kuasa (abuse of power).

Plaintif turut memohon deklarasi bahawa defendan telah melakukan pencerobohan ke atas markas PAS Kawasan Rompin dan menuntut ganti rugi serta lain-lain relif difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Read more ...

Hasil balak Kedah : Zaman BN RM 8.OO juta, Zaman PAS RM 53 juta - BN lebih pandai memerintah

BN terbukti Pandai Memerintah : Depa hasil RM8juta Azizan cuma RM53juta sahaja..!!


Eishhh biaq betoi Azizan nie.... depa kata dia tak tera perintah negeri... depa kata dia lebai kampung.... dalam depa dok kata tu pon dapat hasil sampai terra nie.. lantak hangpa la nak kata apa... janji dari duit hasil nie dah dapat recover banyak dah antaranya cukai pontu & tanah yg MB lama penaik sampai 300% tuu... serta dah dapat bagi buat Skim Kifalah RM500 bila mati dan lagi dapat penaik elaun JKM sebanyak 100%.. nak nafi apa lagik....

Read more ...

Tun Mahathir dicabar senaraikan nama pemimpin pembangkang yang ditemui

Lim: Siapa pemimpin pembangkang itu?

NONEPemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad menamakan pemimpin pembangkang yang ditemuinya dan dijanjinya tidak akan ditangkap dalam Operasi Lalang 1987.

"Biar Mahathir namakan pemimpin pembangkang yang beliau temui dan berjanji tidak akan menangkap mereka tetapi telah dilanggar oleh polis dalam tangkapan Operasi Lalang," kata Lim dalam kenyataannya.

Cabaran itu dibuat berikutan kenyataan Mahathir dalam buku "Doctor M: Operation Malaysia – Conversations with Mahathir Mohamad” oleh Tom Plate.

Dalam buku itu, bekas perdana menteri itu dalam wawancaranya berkata dia telah menemui semua pemimpin pembangkang dan meyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditangkap menjelang Operasi Lalang tahun 1987.

"Dan awak tahu apa yang polis buat? Polis menangkap mereka. Habis kredibiliti saya," kata Mahathir dalam wawancara itu.

ops lalang 261005 star front pageBagi Lim, Mahathir bukan sahaja menghidap penyakit ingatan terpilih dan salah ingatan tetapi juga memutarbelitkan kebenaran sepanjang 22 tahun sebagai perdana menteri.

"Saya tidak pernah bertemu Mahathir dan dia tidak pernah memberikan jaminan kepada saya bahawa saya tidak akan ditangkap sebelum Operasi Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987, walaupun sehari sebelum itu saya telah bercakap di Parlimen bagi membahaskan bajet 1988," kata Lim.

Bagi pemimpin kanan DAP itu, adalah tidak wajar bagi Mahathir untuk melepaskan bebanan Operasi Lalang itu kepada polis.

operasi lalang ops lalangIni kerana, dia bukan sahaja telah mempertahankan tindakan polis menangkap 106 orang di bawah Seksyen 73 ISA itu bahkan juga telah menggunakan kuasanya sebagai menteri dalam negeri untuk memerintahkan 49 daripada mereka ditahan selama dua tahun di Kamunting.

Lim juga mendakwa Mahathir membuat dakwaan palsu terhadap ahli parlimen DAP dengan berkata mereka ditangkap bukan kerana mereka ahli parlimen atau fahaman politik mereka tetapi kerana 'cuba mencetuskan ketegangan kaum'.

Misalnya, Mahathir telah memberitahu Asiaweek 11 November 1988, "Segelintir mereka masih ditahan kerana mereka enggan berhenti daripada mencetuskan ketegangan kaum.

ops lalang 261005 star detainees"(Lim) telah ditangkap bukan kerana dia pemimpin pembangkang tetapi kerana dia mencetuskan ketegangan kaum di negara ini. Mereka akan terus ditahan sehinggalah mereka berubah fikiran untuk membuat perkara yang betul.."

"Mahathir tidak boleh mengelakkan diri dari bertanggung jawab dan meletakkannya di bahu polis tetapi perlu memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana telah menjadi peneraju dalam Operasi Lalang, satu peristiwa gelap dalam sejarah hak asasi manusia di Malaysia," kata Lim.

Read more ...

Kerajaan BN perintah harga barang naik, kerajaan PR perintah elaun naik

Kerajaan Negeri Naikkan Elaun Guru KAFA RM300


SHAH ALAM 9 Feb.: Guru kelas agama fardu ain atau KAFA di negeri Selangor mendapat perkhabaran gembira apabila kerajaan negeri memutuskan untuk meningkatkan elaun tambahan guru sebanyak RM300.

Dengan tambahan elaun RM300 ini menjadikan elaun bulanan guru-guru KAFA di SRA dan SRAI di Selangor sebanyak RM1,300 sebulan. Kenaikan elaun ini berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Kelulusan untuk kenaikan elaun itu dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang diadakan hari ini.

Tambahan elaun ini melibatkan 3,935 guru KAFA yang mengajar di 208 buah SRA dan 11 buah SRAI seluruh Selangor.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengumumkan perkara ini pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat MMKN berkata, kenaikan elaun bulanan ini akan melibatkan peruntukan tambahan Kerajaan Negeri lebih RM14 juta setahun.

Pada masa ini, guru KAFA di SRA dan SRAI di Selangor menerima elaun sepenuhnya dari Kerajaan Negeri dan Baitulmal sebanyak RM1,000 sebulan atau RM61 juta setahun.

"Kerajaan Negeri berharap kenaikan elaun bulanan ini akan mendorong guru KAFA di SRA dan SRAI berusaha meningkatkan kualiti kerja seharian," katanya.

Read more ...

GEMPAR!!! 30 OO ahli PAS sertai Umno tertarik dengan gelombang merah

30 anggota Pas sertai UMNO di Pasir Puteh. err.. betuika?

PASIR PUTEH - Seramai 30 anggota Pas termasuk bekas Timbalan Ketua Pas Cawangan Bunut Rendang, Raja Abdullah Raja Mahmod dan bekas Ketua Muslimat Pas Semerak, Noriah Salleh menyertai UMNO hari ini.

Raja Abdullah, 57, menyerahkan borang keanggotaan kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh Zawawi Othman pada majlis di Kampung Gong Datuk di sini.

"Kami tidak mahu lagi menjadi pengikut kepada sebuah parti yang hilang arah tuju, sekali boleh dan sekali tak boleh," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang itu.

Selain itu, katanya pemimpin Pas sentiasa membuat sangkaan buruk terhadap anggota UMNO seperti mengkafirkannya sedangkan Islam melarang keras umatnya berbuat demikian dan menggalakkan umatnya supaya sentiasa membuat sangkaan baik terhadap sesama Islam.

Bernama

Read more ...

Umno si pondan tua

PRK Merlimau: Strategi Pondan UMNO BN Guna Harta Awam Untuk Kegunaan Parti


Setiausaha jentera pilihanraya PAS di Melaka, Bahiki Ismail kesal dengan sikap Umno/BN yang terus menerus menggunakan kemudahan awam untuk program politik kepartian.

Terbaru, dakwanya kerajaan menyalah-gunakan Dewan Politeknik Merlimau untuk program suaikenal bapa angkat dengan jawatankuasa peti undi DUN Merlimau. Program tersebut melibatkan pengerusi perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang juga adalah ketua menteri.


Program telah berlangsung Isnin lalu dan melibat semua ketua-ketua peti undi di DUN Merlimau.

"Umno/BN sering menuduh PAS berpolitik di masjid dan surau tanpa bukti tetapi sebaliknya merekalah yang sering menggunakan surau, masjid, sekolah dan institusi masyarakat yag lain untuk program politik mereka".

"Kita tidak kisah jika program itu adalah program kerajaan dan agensi-agensinya tetapi yang kita kesalkan ialah mereka secara terang-terang menggunakan harta rakyat yang dibiayai dengan duit rakyat untuk program politik mereka." kata Bahiki (atas, kanan) dalam satu kenyataan.

Justeru, beliau menggesa tindakan menggunakan harta awam untuk program parti dihentikan serta merta kerana ia jelas mengheret institusi awam ke kancah politik.

Bahiki juga mengingatkan semua pengarah, pengetua, guru besar dan pegawai kerajaan supaya tidak tunduk dengan tekanan politik kepartian sehingga membenarkan institusi di bawah tanggungjawab mereka digunakan sewenang-wenangnya oleh Umno/BN untuk program parti.

"Tuan-tuan dan puan-puan diberi amanah untuk menjaga harta dan kemudahan awam janganlah kerana tekanan politik kita sanggup mengabaikan amanah yang dipikul oleh kita.

"Pengunaan harta dan kemudahan awam sudah berlaku dari dulu, kini dan mungkin selamanya namun kita kesal kerana pihak berwajib seperti polis, SPRM, SPR dan sebagainya tidak berani mengambil tindakan walaupun sudah acapkali kita membuat laporan agar tindakan di ambil ke atas pihak terbabit" katanya.

Beliau berharap Umno/BN tidak mengulangi kesilapan itu pada kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau kerana ia perbuatan menyalah-gunakan duit rakyat.

"Umno/BN wajar mencontohi PAS yang menjalankan program di premis parti kerana PAS tahu etika dan undang-undang.

"Jika perkara ini berulang, PAS juga sepatutnya dibenarkan untuk mengadakan program di semua institusi awam kerana PAS juga parti berdaftar" kata Bahiki lagi. -mk

Read more ...

Sudah!sudahlah Awang Selamat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhnWjr2aJAwWE5678VtQGy6rNdasVSekytUUE5iyBc7nL0hxVQuB3KhRhcy6CAGUN8YZmLEUdZl5xdAMU23Awrjw-PTOdvRchGCnQKVdB36yDZtk_1KeFD86kkzIbJ8gGDPltZvZkYb353H/s400/awang+selamat+utusan.JPG
Sudah lah Awang Selamat!, berhentilah jadi pengampu,.. berhentilah menjadi lidah biawak kepada UmnoBn. Segala putarbelit dan sandiwara kamu, orang dah muak dan loya.

Bertaubatlah!! Jangan tunggu nafas sudah terputus atau atau batang tubuh sudah dimasuk kedalam lubang kubur baru nak insaf!!

Berhentilah dari kerja membuat fitnah, menyuburkan api perkauman dan melaga-lagakan parti pembangkang. Berilah ruang dan peluang untuk politik dan demokrasi hidup bebas subur dan terkawal!!

Terbaru, kamu puji dan sanjung Haji Hadi begitu hebat sekali, dan kamu kutuk Anuar Ibrahim habis-habisan. Kamu kata Haji Hadi lebih layak menjadi Ketua pembangkang! Bukan Anuar!. Soalnya kenapa sekarang?

Kenapa sekarang baru nak puji? Sah ! pujian kamu kepada Haji Hadi hanya manis dibibir, lain tujuan tak ada. Matlamat kamu, kedua-dua pemimpin itu mesti dilagakan Sikap sesekali puji tetapi selalu kutuk itu sudah menjadi kerja tetap kamu selaku pencacai Umno. Itu merupakan sebahagian dari putarbelit dan sandiwara kamu!!

Teman nak tanya kamu Awang Selamat!. Tidak kah kamu malu bahawa selama ini kamu banyak memperlihatkan kebodohan kamu sendiri? Tidakkah kamu berasa malu cakap bodoh kamu itu telah diketawakan oleh orang ramai atau pembaca? Agaknya, memang kamu jenis manusia yang tak tahu malu!

Nampaknya kamu tak jemu-jemu menulis, walaupun orang dah meluat !. Niat disebalik tulisan-tulisan kamu orang dah tahu, memang tidak pernah ikhlas! Melainkan semuanya berniat jahat. Mengapalah agaknya tuhan jadikan hati kamu hitam gelap macam arang?

Wahai Awang Hitam atau Awang Selamat berhati hitam! Pembaca zaman ini ramai yang dah cerdik, tak macam dulu-dulu lagi, zaman sebelum kebangkitan laungan refomasi 1998. Seluruh rakyat Malaysia kini sudah menjadi tersangat cerdik terutama selepas kelahiran alam siber dan internet.

Jadi tak usahlah kamu nak memperbodohkan rakyat yang sudah bijak berfikir!! Tak usahlah kamu teruskan kerja mengampu! dan mengagong-agongkan parti Umno yang sudah teramat lemah itu. Sesungguhnya Umno sudah busuk sampai keusus ! (meminjam kata Dr Mahathir) dan kini hampir menjadi pekong !!

Oleh : rahimothman

Read more ...

PAS cukup bersedia dengan dana, calon dan jentera di Merlimau

PAS menolak dakwaan kekurangan dana untuk bertanding pada PRK Merlimau selepas tewas di Tenang.

PETALING JAYA: PAS menafikan pihaknya semakin kekurangan peruntukan dana untuk menggerakkan jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Merlimau selepas tewas PRK Tenang 30 Januari lalu.

Selepas PRU12 pada tahun 2008, sebanyak 15 PRK diadakan dan dalam Pakatan Rakyat (PR), PAS menyertai lapan manakala Parti Keadilan Rakyat (6), dan DAP (1).

PAS memenangi empat kerusi daripada jumlah PRK yang disertainya, dua daripadanya kerusi Parlimen (Kuala Terenganu dan Bukit Gantang) dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (Manek Urai dan Permatang Pasir).

Daripada jumlah PRK yang ditandinginya juga, PAS gagal merebut kerusi Dun Tenang, Galas dan Bagan Pinang.

“Tak timbul soal PAS Pusat kekurangan bajet kerana kebiasaannya perbelanjaan untuk menggerakkan jentera PRK adalah tanggungjawab parti peringkat negeri.

“Lagi pun, PR sudah sebulat suara meletakkan harapan kepada PAS untuk menawan semula Dun Merlimau. Kita (PAS) sudah (setuju) masuk, maknanya kita sudah bersedia.

“Jadi tidak benar dakwaan yang mengatakan PAS tidak bersedia atau tidak lagi mampu memberikan komitmen sepenuhnya (termasuk bantuan dana) untuk PRK Dun Merlimau kerana tewas dua kali berturut-turut di Galas dan Tenang, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Datuk Halim Abdul Rahman ketika dihubungi FMT.

Walaupun mengakui Dun Merlimau sebagai ‘kubu kuat’ Umno dan Barisan Nasional (BN), Halim berkata PAS masih mempunyai peluang yang baik memandangan kedudukan Merlimau yang terletak di pinggir bandar.
Kebanyakan penduduk Melayu di situ adalah penoreh, petani, dan penjawat awam manakala masyarakat Cina pula kebanyakannya peniaga, dan India pekerja estet dan lain-lain pekerjaan.

Katanya, faktor pengaruh kuasa Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam mungkin dapat ‘dirobohkan’ memandangkan BN dikawasan itu tidak ada ‘deposit tetap’ seperti di Bagan Pinang, Galas, mahupun Tenang.

Seperti di Dun Galas menurut Halim, BN mempunyai kekuatan undi daripada masyarakat Orang Asli yang nyata masih mempunyai kekurangan mendapatkan maklumat, manakala di Bagan Pinang terdapat 4,571 jumlah pengundi pos dan kebanyakannya anggota tentera, satu jumlah besar yang boleh dimanipulasi BN.

‘Deposit tetap’ BN

Sementara semasa PRK Tenang pula, BN menggunakan ‘deposit tetap’ daripada majoriti pengundi Felda dikawasan tersebut.

“Dengan ketiadaan ‘deposit tetap’ seperti yang dimiliki BN sebelum ini akan dijadikan sebagai kekuatan PR dan PAS untuk tawan Dun Merlimau.

Mengikut statistik semasa PRU 2004, Datuk Mohammad Hidhir Abu Hasan (BN) mengalahkan calon Jayatahas Sirkunavelu (PKR) dengan majoriti 5,087 undi.

Namun jumlah itu berkurang apabila pada PRU 2008, Datuk Hidhir hanya mampu mengalahkan calon Mejar (B) Jasmee Tompang (PAS) dengan hanya majoriti 2,154 undi, hilang 2,933 jumlah undi BN kepada PAS.

“Tiada istilah ‘kubu kuat’ dalam negara demokrasi. Sebelum wujudnya PR, Umno sudah hilang banyak undi di Merlimau. Kita juga mendapati kawasan Jasin mempunyai bilangan keahlian PAS paling ramai berbanding kawasan lain di Melaka.

“Jadi apa yang PAS akan lakukan nanti adalah meningkatkan undi kami terutamanya daripada pengundi atas pagar sekaligus mengurangkan lagi jumlah majoriti yang diperoleh BN semasa PRU12 lalu,” kata Timbalan Pesuruhjaya I PAS Melaka Adly Zahari kepada FMT.

Selain mengetengahkan isu semasa seperti kenaikan harga barangan, Adly berkata terdapat beberapa isu tempatan yang boleh dibangkitkan semasa kempen nanti.

Antaranya, isu kegagalan pemimpin BN menguruskan harta kerajaan negeri termasuk pembaziran perbelanjaan, penggunaan tanah wakaf, dan penyelewengan bajet, kata Adli.

PAS nafi ketandusan calon

Sementara itu, Adli juga menafikan PAS Melaka ketandusan calon berwibawa apabila pihaknya sehingga sekarang masih menerima nama calon yang dicadangkan daripada cawangan Jasin.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya empat calon perlu dikemukakan kepada Jawatankuasa Politik PAS Pusat sebelum diputuskan pada 13 Februari nanti.

Sumber memberitahu FMT, antara nama yang sedang berada dalam senarai teratas ialah seorang doktor yang dikenali penduduk tempatan serta mempunyai klinik sendiri di Merlimau.

“Beliau juga aktif dalam PAS negeri selain terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan,” kata sumber.

Difahamkan, PAS Melaka turut mempertimbangkan calon Muslimat, iaitu bekas pengetua yang pernah berkhidmat di beberapa sekolah di Merlimau serta calon Pemuda lulusan Universiti Al-Azhar di Mesir yang pernah dua kali bertanding di Dun Serkam pada PRU lalu.

“Penentu utama kemenangan PRK terletak pada personaliti calon yang dipertandingkan, kekuatan parti terletak ditangga kedua,” kata Datuk Halim.

Dalam PRK Merlimau ini, Jasmee yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Jasin dilantik mengetuai jentera pilihan raya.

Kerusi Merlimau kosong berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir, 54, pada 20 Januari lalu selepas mengalami serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari ini sebagai tarikh penamaan calon dan pengundian pada 6 Mac, sekiranya ada pertandingan.

Read more ...

Malaysia negara cukai ?

Kadar Faedah Dan Percukaian Perlu Dikaji Untuk Kurangkan Beban Rakyat


SHAH ALAM 9 Feb.: Kadar faedah dan percukaian di negara ini harus dikaji semula jika mahu mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat.

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan mengemukakan dasar alternatif menyelesaikan masalah hutang isi rumah pada Konvensyen Ekonomi Pakatan Rakyat bulan depan.

Menurut Mahfuz, beliau bersetuju bahawa perlu ada dasar yang jelas dalam mengurangkan beban hutang rakyat yang terlalu tinggi.

" Kita tidak boleh mengurangkan hutang tetapi dasar yang hendak dibawa itu nanti ialah dasar untuk mengurangkan, contohnya, kadar faedah dan cukai yang terlalu tinggi yang dikenakan ke atas rakyat dalam pembelian-pembelian rumah, kereta milik peribadi dan sebagainya, ini yang menyebabkan kita terpaksa menanggung hutang yang terlalu tinggi," jelas Mahfuz ketika dihubungi Tv Selangor.

Semalam, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dalam satu sidang media berkata, hutang isu rumah di negara ini mencecah RM577 bilion.

Malah katanya, perangkaan menunjukkan jumlah itu berada pada kedudukan 74 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada November 2010.

Menurut Azmin, pada konvensyen itu nanti,Pakatan Rakyat akan merumuskan pendekatan ekonomi yang sesuai untuk meningkatkan pendapatan rakyat sekaligus menurunkan kadar hutang keluarga.

Mengulas hal sama, Mahfuz berkata, antara langkah yang boleh dilakukan ialah dengan mengurangkan kadar cukai seperti cukai import kenderaan.

" Apabila cukai dikurangkan, saya percaya kita hanya berhutang dengan jumlah yang kecil. Jadi ini yang harus disemak semula iaitu dasar percukaian yang ada dalam negara sama ada cukai eksport eksport ini, cukai eksais perlu dikurangkan khususnya kepada kenderaan dan juga perumahan-perumahan," jelas Mahfuz.

" Ini menyebabkan kos hidup kita meningkat. Seperti kenderaan misalnya, ia kini menjadi satu keperluan. Yang keduanya kerajaan pula gagal menyediakan sistem pengangkutan awam yang baik, murah dan sebagainya," tambahnya lagi.

Malah ujarnya, kerajaan tidak perlu tertumpu dengan dasar rumah mampu milik namun tidak berjaya mengurangkan kadar faedah pinjaman perumahan yang melambung tinggi.

Menurut statistik Bank Negara Malaysia, hutang isi rumah yang dicatat berjumlah RM577 bilion. Ia merangkumi beban pinjaman kereta (RM118 bilion), pinjaman perumahan (RM225 bilion) dan pinjaman peribadi (RM22 bilion) selain anggaran hutang kad kredit (RM200 bilion).

Read more ...