Tuesday, February 18, 2014

RAHSIA GULING NAJIB BOCOR!!! Itu sebab Mahathir tak henti-henti serang Anwar

Perang panjang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad berterusan apabila ketua pembangkang mengatakan bekas ketuanya itu takut beliau menjadi menteri besar Selangor.

Menurut Anwar, Dr Mahathir bimbang jika beliau dilantik mengetuai Selangor, negeri terkaya Malaysia selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac.

"Daripada dulu hingga kini memang semua salah Anwar, Ops Lalang pun dikatakan salah saya, padahal ketika itu yang menjadi perdana menteri Dr Mahathir, bukan saya,” kata ketua umum PKR itu ketika berceramah di Taman Impian Murni, Kajang.

"Dan tiba-tiba katakan pula dikatakan saya pro-Amerika Syarikat. Kemudian cuba melagakan PAS dengan PKR, ini semua membuktikan betapa takutnya beliau sekiranya saya menjadi menteri besar Selangor.”

Beliau mengulas amaran Dr Mahathir semalam yang mengatakan jika mahukan kerajaan yang pro Amerika Syarikat, rakyat boleh mengundi Anwar.

Read more ...

KHUTBAH JUMAAT HARAM DI PP!!! Fitnah dari twitter Abdul Aziz Johari didakwa bergiat dalam Pemuda UMNO Kuala Nerus


Laporan polis dibuat terhadap seorang pengguna akaun Twitter yang menyebarkan maklumat palsu bahawa khutbah Jumaat mungkin akan diharamkan di masjid-masjid di Pulau Pinang.

Tweet tersebut dihubungkan dengan artikel di sebuah berjudul “Penang pertimbang haramkan Khutbah Jumaat” di blog yang dikaitkan dengan Pakatan Rakyat.

Ketua Pemuda DAP Bukit Bendera Mohd Haris Zuan Jaharuddin menafikan blog itu diuruskan Pakatan.

Beliau membuat laporan polis di balai polis Timur Laut di Jalan Pattani hari ini.

Read more ...